excellent accounting @ your service · hutang persekutuan meningkat sebanyak rm17.94 bilion (2.85%)...

293
Excellent Accounting @ Your Service

Upload: phamhuong

Post on 29-Aug-2019

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Excellent Accounting @ Your Service

    COVER PENYATA KEWANGAN-12-7-2017.indd 1 7/14/17 8:26 AM

  • ANMJABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

    Excellent Accounting @ Your ServiceKERAJAAN MALAYSIA

    DITERBITKAN DENGAN PERINTAH

    PENYATA KEWANGAN KERAJAAN 2016PERSEKUTUAN

    1 T.Page (BM).indd 1 7/14/17 8:31 AM

  • 1 T.Page (BM).indd 2 7/14/17 8:31 AM

  • SURAT PENYAMPAIAN

    YANG AMAT BERHORMATDATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK PERDANA MENTERIDAN MENTERI KEWANGANMALAYSIA

    YAB. Dato’ Sri,

    Mengikut kehendak Seksyen 16 Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], saya dengan hormatnya mengemukakan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan bagi tahun berakhi r 31 Disember 2016 yang telah diaudit untuk dibentang di Parlimen.

    Dengan hormatnya dikemukakan,

    Dato’ Haji Che Pee bin SamsudinAkauntan Negara Malaysia

    10 JULAI 2017

    2 Penghargaan (BM).indd 1 7/14/17 8:33 AM

  • PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 2016

    peng

    harg

    aan

    ii

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

    Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penjawat awam khususnya pihak pengurusan dan semua anggota kerja perkhidmatan perakaunan di Kementerian, Jabatan, Negeri dan Cawangan di atas sumbangan, dedikasi dan komitmen yang telah diberikan kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dalam menyediakan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2016.

    Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T atas limpah rahmat dan izin-Nya, Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2016 telah berjaya dikemukakan kepada Ketua Audit Negara bersama Kertas Kerja Sokongan pada 27 Februari 2017.

    PENGHARGAAN

    P a d a 8 M e i 2 0 1 7 , Ketua Audit Negara telah m e n g e s a h k a n P e n y a t a K e w a n g a n K e r a j a a n Persekutuan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016 menun jukkan gambaran yang benar dan saksama k e d u d u k a n k e w a n g a n Kerajaan Persekutuan dan rekod perakaunannya juga telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini

    Pada 8 Mei 2017, Ketua Audit Negara telah mengesahkan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016 telah menunjukkan gambaran yang benar dan saksama kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan dan rekod perakaunannya juga telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini. Sehubungan itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di atas kejayaan dalam penyediaan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2016 dengan sempurna dan bertepatan masa untuk diaudit serta dibentang di Parlimen. Kejayaan ini adalah hasil daripada sifat dedikasi, kesetiaan, integriti, mesra pelanggan, profesionalisme dan semangat kerja berpasukan semua pihak. Semoga prestasi cemerlang ini akan terus berkekalan bagi tahun – tahun yang akan datang.

    Tahun 2016 memperlihatkan kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan yang kekal stabil walaupun berdepan dengan krisis ekonomi global semasa yang tidak menentu dan semakin mencabar terutamanya semasa kejatuhan harga minyak mentah dunia bermula pada tahun 2015. Sehubungan itu, pelbagai langkah proaktif telah diambil oleh Kerajaan Persekutuan bagi meningkatkan dan mempelbagaikan sumber hasil di samping mengoptimumkan perbelanjaan Kementerian dan Jabatan. Ini adalah untuk memastikan pencapaian prestasi kewangan Kerajaan Persekutuan kekal berdaya tahan serta memastikan pertumbuhan ekonomi yang kekal mampan walaupun beroperasi di dalam persekitaran ekonomi yang bergelora. Prestasi positif ini dapat dicerminkan dengan peratusan defisit fiskal kepada Keluaran Dalam Negara Kasar yang berkurang kepada 3.12% pada tahun 2016 berbanding 3.22% pada tahun 2015.

    2 Penghargaan (BM).indd 2 7/14/17 8:33 AM

  • PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 2016

    peng

    harg

    aan

    iii

    Dato’ Haji Che Pee bin SamsudinAkauntan Negara Malaysia

    10 Julai 2017

    Seperti mana yang sedia maklum, kerajaan dalam proses melaksanakan transformasi ke arah perakaunan akruan bagi membantu pengurusan fiskal yang lebih cekap dan berkesan. Pelaporan kewangan berasaskan perakaunan akruan yang lebih tepat, telus dan komprehensif akan membantu Kerajaan dalam membuat keputusan berkaitan pengurusan hasil dan perbelanjaan dengan lebih baik. Semua warga JANM perlu mendepani cabaran dan peranan yang lebih mencabar pada tahun mendatang dengan melakukan anjakan pemikiran supaya semua warga perkhidmatan awam bersedia untuk menggalas tanggungjawab yang lebih besar apabila perakaunan akruan dilaksanakan kelak.

    Akhir kata, saya berharap warga kerja perkhidmatan perakaunan dapat mengekalkan prestasi operasi dan pelaporan kewangan di tahap yang tertinggi setanding dengan pelaporan kewangan negara maju selaras dengan aspirasi JANM iaitu “Excellent Accounting @ Your Service”.

    2 Penghargaan (BM).indd 3 7/14/17 8:33 AM

  • 2 Penghargaan (BM).indd 4 7/14/17 8:33 AM

  • PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 2016

    peny

    ata

    kew

    anga

    n ke

    raja

    an p

    erse

    kutu

    an 20

    16

    v

    Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2016 disediakan oleh Akauntan Negara Malaysia mengikut kehendak Seksyen 16(1) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] dan diaudit oleh Ketua Audit Negara sebelum dibentang di Parlimen mengikut kehendak Seksyen 16(2) Akta yang sama.

    Penyediaan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan adalah untuk menunjukkan kedudukan kewangan, aliran wang tunai dan prestasi kewangan. Penyata ini melaporkan urus niaga kewangan berkaitan punca dan penggunaan sumber kewangan seperti yang telah diperuntukkan oleh Parlimen bagi tahun kewangan 2016.

    Persembahan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan adalah selaras dengan amalan terbaik bagi memudahkan pemahaman dan analisis oleh pengguna penyata kewangan. Penyata ini mengandungi Penyata Kedudukan Kewangan, Penyata Penerimaan dan Pembayaran Wang Tunai, Penyata Prestasi Kewangan, Penyata Akaun Memorandum dan Nota Kepada Penyata Kewangan.

    PENyAtA kEwANGAN kERAjAAN PERsEkutuAN 2016

    2 Penghargaan (BM).indd 5 7/14/17 8:33 AM

  • 2 Penghargaan (BM).indd 6 7/14/17 8:33 AM

  • PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 2016 vii

    kand

    unga

    n

    KANDUNGANTINJAUAN KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

    RINGKASAN EKSEKUTIF

    LAPORAN AKAUNTAN NEGARA

    PENYATA KEWANGAN LAMPIRAN KEPADA NOTA

    LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

    GLOSARI PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

    PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN

    PENYATA PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN WANG TUNAI

    PENYATA PRESTASI KEWANGAN

    PENYATA AKAUN MEMORANDUM

    NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN

    LAMPIRAN 1PENYATA PERBELANJAANMENGURUS

    LAMPIRAN

    PERANGKAAN KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 2007-2016

    CARTA ORGANISASI - KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

    CARTA ORGANISASI - JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

    2

    17

    40

    43

    PERNYATAAN KETUA SETIAUSAHA PERBENDAHARAAN DAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

    44

    45

    46

    48

    49

    50

    66

    LAMPIRAN 2PENYATA PERBELANJAANPEMBANGUNAN

    LAMPIRAN 3PENYATA AKAUN MEMORANDUM PINJAMAN DAN PENDAHULUAN BOLEH DITUNTUT

    LAMPIRAN 4PENYATA AKAUN MEMORANDUM PELABURAN

    LAMPIRAN 5PENYATA AKAUN MEMORANDUM HUTANG PERSEKUTUAN

    LAMPIRAN 6PENYATA AKAUN MEMORANDUM JAMINAN BERKANUN

    214

    249

    255

    261

    267

    278

    273

    280

    603-8882 1000

    603-8889 5821

    Format PDF di www.anm.gov.my

    Jabatan Akauntan Negara MalaysiaAras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan No.1, Persiaran Perdana PreSint 2, 62594 PUTRAJAYA

    2 Penghargaan (BM).indd 7 7/14/17 8:33 AM

  • 2 Penghargaan (BM).indd 8 7/14/17 8:33 AM

  • RINGKASAN EKSEKUTIF

    PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 2016

    3 Ringkasan Excecutive (BM).indd 1 7/14/17 8:38 AM

  • PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 2016

    ring

    kasa

    n ek

    seku

    tif

    2

    Belanjawan 2016 digubal dengan memberi fokus kepada “Mensejahtera Kehidupan Rakyat” dengan menggariskan lima (5) keutamaan seperti berikut: Pertama

    Memperteguh Ketahanan Ekonomi Negara Kedua

    Meningkatkan Produktiviti, Inovasi dan Teknologi Hijau Ketiga

    Mempersiaga Modal Insan Keempat

    Memperkasa Agenda Bumiputera Kelima

    Meringankan Kos Sara Hidup Rakyat

    Belanjawan 2016 telah menyediakan peruntukan sebanyak RM267.22 bilion bagi melaksanakan program dan projek pembangunan. Peruntukan yang disediakan ini ditumpukan kepada program dan projek untuk kesejahteraan rakyat, transformasi negara dan pembangunan ekonomi. Kerajaan Persekutuan telah membuat unjuran hasil sebanyak RM224.89 bilion pada tahun 2016. Kutipan hasil Kerajaan pada tahun 2016 berjumlah RM212.42 bilion. Secara keseluruhannya Kerajaan Persekutuan telah berbelanja sebanyak RM252.17 bilion berbanding anggaran disemak sebanyak RM257.30 bilion. Ini menyebabkan Kerajaan Persekutuan mengalami defisit berjumlah RM39.75 bilion.

    Pada tahun 2016, Kerajaan Persekutuan telah mencatatkan lebihan hasil berjumlah RM2.25 bilion dalam akaun semasa. Walau bagaimanapun Kerajaan Persekutuan masih mengalami defisit keseluruhan sebanyak 3.12% berbanding KDNK. Defisit ini menurun sedikit berbanding defisit keseluruhan tahun 2015 iaitu 3.22%.

    Wang Tunai Kerajaan Persekutuan mencatat penurunan sebanyak RM6.91 bilion kepada RM16.06 bilion dalam tahun 2016 disebabkan bayaran yang berjumlah RM322.92 bilion melebihi terimaan yang berjumlah RM316.01 bilion.

    Terimaan dalam tahun 2016 terdiri daripada kutipan hasil yang merupakan komponen utama terimaan berjumlah RM212.02 bilion (67.09%), pinjaman berjumlah RM99.71 bilion (31.55%) dan bantuan luar negeri berjumlah RM0.15 bilion (0.05%), terimaan modal berjumlah RM3.89 bilion (1.23%) dan terimaan amanah berjumlah RM0.24 bilion (0.08%).

    Bayaran dalam tahun 2016 terdiri daripada Perbelanjaan Mengurus yang merupakan komponen utama bayaran berjumlah RM208.38 bilion (64.53%), RM42.00 bilion (13.01%) untuk Perbelanjaan Pembangunan, RM61.34 bilion (19.00%) untuk pembayaran balik pinjaman dan bantuan luar negeri dan RM11.20 bilion (3.46%) untuk perbelanjaan amanah.

    RINGKASAN EKSEKUTIF

    3 Ringkasan Excecutive (BM).indd 2 7/14/17 8:38 AM

  • PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 2016

    ring

    kasa

    n ek

    seku

    tif

    3

    Aset Kerajaan Persekutuan yang dilaporkan dalam Penyata Akaun Memorandum hanya meliputi Pinjaman Boleh Dituntut berjumlah RM55.81 bilion dan Pelaburan berjumlah RM30.93 bilion. Manakala Liabiliti Kerajaan Persekutuan yang dilaporkan dalam Penyata Akaun Memorandum terdiri daripada Hutang Persekutuan berjumlah RM648.48 bilion dan Pelbagai Liabiliti berjumlah RM0.77 bilion.

    Hutang Persekutuan meningkat sebanyak RM17.94 bilion (2.85%) kepada RM648.48 bilion pada tahun 2016 yang terdiri daripada hutang dalam negeri berjumlah RM624.83 bilion (96.35%) dan hutang luar negeri termasuk bantuan luar negeri berjumlah RM23.65 bilion (3.65%). Kos kewangan bagi tahun 2016 adalah 12.60% (RM26.48 bilion) daripada jumlah Perbelanjaan Mengurus.

    3 Ringkasan Excecutive (BM).indd 3 7/14/17 8:38 AM

  • PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 2016

    ring

    kasa

    n ek

    seku

    tif

    4

    SOROTAN SEPANJANG TAHUN

    3.04%

    Hasil

    2016: RM212.42b2015: RM219.09b

    3.15%

    belanja MenguRus

    2016: RM210.17b2015: RM217.00b

    3.02%

    belanja PeMbangunan

    2016: RM42.00b2015: RM40.77b

    0.10%

    KadaR defisitKePada KdnK

    2016: 3.12%2015: 3.22%

    19.21%

    Wang aWaM2016: RM39.37b2015: RM48.73b

    16.20%

    aKaun aManaH disatuKan2016: RM7.19b2015: RM8.58b

    3 Ringkasan Excecutive (BM).indd 4 7/14/17 8:38 AM

  • PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 2016 5

    ring

    kasa

    n ek

    seku

    tif

    SOROTAN SEPANJANG TAHUN

    2.01%

    PelabuRan

    2016: RM30.93b2015: RM30.32b

    7.04%

    jaMinan beRKanun

    2016: RM985.10b2015: RM920.34b

    47.75%

    PinjaMan &PendaHuluan

    boleH dituntut2016: RM55.81b

    2015: RM106.82b

    6.89%

    aKaun beluM teRiMa

    2016: RM21.07b2015: RM22.63b

    2.85%

    Hutang PeRseKutuan2016: RM648.48b2015: RM630.54b

    1.75%

    KadaR HutangKePada KdnK

    2016: 52.75%2015: 54.50%

    3 Ringkasan Excecutive (BM).indd 5 7/14/17 8:38 AM

  • 3 Ringkasan Excecutive (BM).indd 6 7/14/17 8:38 AM

  • 7PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 2016

    RING

    KASA

    N EK

    SEKU

    TIF

    analisis kewangan kerajaan persekutuan

    Secara keseluruhannya, kedudukan Kumpulan Wang Disatukan tahun 2016 berjumlah RM39.37 bilion, menurun sebanyak RM9.36 bilion (19.21%) berbanding RM48.73 bi l ion pada tahun 2015. Walaupun mengalami penurunan, kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan berupaya untuk kekal stabil dan berdaya tahan dalam menghadapi suasana ekonomi global yang mencabar pada tahun 2016.

    Wang Tunai Kerajaan Persekutuan pada tahun 2016 mewakili 40.79% daripada jumlah keseluruhan Wang Awam menunjukkan penurunan yang ketara sebanyak RM6.91 bilion kepada RM16.06 bilion berbanding RM22.97 bilion pada tahun 2015. Penurunan ini disebabkan oleh pencairan pelaburan Deposit tiga (3) bulan dan ke bawah bagi menampung perbelanjaan Kerajaan Persekutuan pada tahun 2016.

    Akaun Hasil Disatukan menunjukkan pergerakan menurun Has i l dan Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Persekutuan dalam tempoh lima (5) tahun. Walau bagaimanapun, prestasi kewangan Kerajaan Persekutuan masih mencatatkan lebihan akaun semasa lebih tinggi berjumlah RM2.25 bilion berbanding tahun 2015 disebabkan oleh penurunan Perbelanjaan Mengurus yang lebih besar berbanding penurunan hasil.

    -20

    -10

    0

    10

    20

    30

    40

    50

    60

    RM bilion

    Akaun Amanah Disatukan

    Akaun Pinjaman Disatukan

    Akaun Hasil Disatukan

    Pelaburan

    Wang Tunai

    Rajah 1: Penyata Kedudukan Kewangan Kerajaan Persekutuan

    53.40

    29.35

    28.90

    12.64

    10.84 8.48

    7.19

    39.59

    26.3828.39

    20.32

    24.05

    11.86

    2012

    11.8611.86 11.86 11.86

    17.43

    23.41

    24.03

    25.76

    23.31

    25.05

    22.97

    16.06

    40.8449.08 48.73 39.37

    (10.61)

    2013 2014 2015 2016

    Rajah 2: Akaun Hasil Disatukan

    0

    50

    100

    150

    200

    250

    Hasil Perbelanjaan Mengurus

    Pindahan ke KumpulanWang Pembangunan

    207.91 213.37

    211.27

    220.63

    219.59

    205.54

    2.37 1.04 2.09 2.252.10

    219.09

    217.00212.42

    210.17

    RM bilion

    Nota : Baki Akaun Hasil Disatukan kekal pada jumlah RM11.86 bilion.

    2012 2013 2014 2015 2016

    3a. Sekilas Pandang.indd 7 7/14/17 8:59 AM

  • PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 20168

    RING

    KASA

    N EK

    SEKU

    TIF

    analisis kewangan kerajaan persekutuan

    Baki Akaun Pinjaman Disatukan pada tahun 2016 berjumlah RM20.32 bilion merupakan baki bersih tahun semasa Terbitan Pelaburan Kerajaan yang memerlukan resolusi Dewan Rakyat untuk dipindahkan ke Kumpulan Wang Pembangunan. Jumlah keseluruhan pinjaman bersih Kerajaan Persekutuan tahun 2016 adalah RM38.52 bilion, menurun sebanyak 11.91% berbanding RM43.73 bilion pada tahun 2015.

    Akaun Amanah Disatukan tahun 2016 berjumlah RM7.19 bilion telah mencatatkan sed ik i t penurunan berbanding RM8.58 bilion pada tahun 2015. Pengurangan ini disebabkan oleh penurunan baki Kumpulan Wang Amanah Awam dan Kumpulan Wang Amanah Kerajaan. Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan telah ditutup selaras dengan pengkorporatan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam bermula 1 Januari 2016.

    Rajah 3: Akaun Pinjaman Disatukan

    Terimaan

    Bayaran

    Pindahan ke Kumpulan Wang Pembangunandan Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan

    RM bilion

    0

    20

    40

    60

    80

    100

    120

    140

    139.63 140.67

    65.35

    73.66

    40.63

    121.35

    99.86

    135.46

    35.77

    29.38

    66.50

    77.62

    61.34

    46.5854.95

    2012 2013 2014 2015 2016

    28.90 39.5926.38 28.39 20.32

    -35

    -30

    -25

    -20

    -15

    -10

    -5

    0

    5

    10

    15

    Baki Akaun Amanah Kerajaan

    Baki Akaun Amanah Awam

    Baki Akaun Deposit

    (6.55)

    (9.61)

    9.74 9.45

    2012 2013 2015 20162014

    (29.39)

    (10.09) (10.58)

    9.558.229.119.4610.20

    8.589.74

    10.71

    Rajah 4: Akaun Amanah Disatukan

    RM bilion

    12.64 10.84 (10.61) 8.48 7.19

    3a. Sekilas Pandang.indd 8 7/14/17 8:59 AM

  • 9PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 2016

    RING

    KASA

    N EK

    SEKU

    TIF

    analisis kewangan kerajaan persekutuan

    Kumpulan Wang Pembangunan mencatatkan pengurangan ketara baki debit berbanding tahun 2015 disebabkan oleh terimaan melebihi perbelanjaan sebanyak RM8.18 bilion. Walau bagaimanapun, Perbelanjaan Pembangunan pada tahun 2016 meningkat sebanyak RM1.23 bilion (3 .02%) kepada RM42.00 b i l ion berbanding RM40.77 bilion pada tahun 2015.

    Secara amnya, prestasi kewangan Kerajaan Persekutuan menunjukkan pencapaian yang stabil dalam tempoh lima (5) tahun. Kurangan keseluruhan Kerajaan Persekutuan tahun 2016 berjumlah RM39.75 bilion adalah lebih tinggi berbanding RM38.68 bilion pada tahun 2015 terutamanya disebabkan oleh Perbelanjaan Pembangunan yang lebih tinggi pada tahun 2016.

    Rajah 5: Kumpulan Wang Pembangunan

    Terimaan

    Perbelanjaan Pembangunan

    Lebihan/Kurangan bagi tahun

    Baki Kumpulan WangPembangunan

    (43.82)

    58.34

    2012 2013 2014 2015 2016

    46.93

    11.41

    45.5042.21

    3.29

    26.12

    39.50

    13.38

    52.82

    40.77

    12.05

    50.18

    42.00

    8.18

    (40.53)

    (53.91)

    (41.86)(33.68)

    RM bilion

    -60

    -40

    -20

    0

    20

    40

    60

    80

    Rajah 6: Prestasi Kewangan Kerajaan Persekutuan

    -100

    -50

    0

    50

    100

    150

    200

    250

    Perbelanjaan Pembangunan

    Perbelanjaan Mengurus

    Hasil

    Lebihan/(Kurangan)Keseluruhan

    (44.56)

    207.91 213.37 220.63 219.09 212.42

    210.17205.54 211.27219.59 217.00

    46.93 42.21 39.50 40.77 42.00

    (40.11) (38.46) (38.68) (39.75)

    2012 2013 2014 2015 2016

    RM bilion

    3a. Sekilas Pandang.indd 9 7/14/17 8:59 AM

  • PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 201610

    RING

    KASA

    N EK

    SEKU

    TIF

    Prestasi Hasil Kerajaan Persekutuan pada tahun 2016 adalah RM212.42 bilion iaitu 99.92% berbanding anggaran disemak dengan jumlah RM212.60 bilion. Kutipan hasil pada tahun 2016 adalah lebih rendah berbanding tahun 2015 disebabkan oleh pengurangan kutipan hasil berkaitan petroleum berikutan harga minyak yang rendah. Manakala, Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Persekutuan adalah berjumlah RM210.17 bilion, iaitu 99.00% berbanding anggaran disemak dengan jumlah RM212.30 bill ion. Pengurangan Perbelanjaan Mengurus i n i d i sebabkan o leh pelaksanaan rasionalisasi perbelanjaan untuk mengimbangi impak penurunan hasil.

    Nisbah Kadar Defisit berbanding KDNK pada tahun 2016 berupaya menepati sasaran 3.12% dan menunjukan pola pergerakan menurun yang posit if sepanjang tempoh lima (5) tahun.

    analisis kewangan kerajaan persekutuan

    Rajah 7: Prestasi Hasil dan Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan

    0

    100

    200

    300

    400

    500

    Pindahan Ke KumpulanWang Pembangunan

    Perbelanjaan Pembangunan

    Perbelanjaan Mengurus

    Hasil

    Anggaran PerbelanjaanPembangunan

    Anggaran PerbelanjaanMengurus

    Anggaran Hasil

    207.25 207.91

    213.37

    220.63

    219.09

    212.42

    210.17212.30

    42.00

    217.00

    40.77

    219.59

    39.50

    211.27

    42.21

    205.54

    46.93

    220.42

    2.37 2.10 1.04 2.09 2.25

    225.09

    222.45

    212.60

    45.00

    221.73

    43.03

    222.08

    42.16

    216.65

    46.46

    198.74

    51.11

    RM bilion

    2012 2013 2014 2015 2016

    -44 0

    1

    2

    3

    4

    5

    -42

    -40

    -38

    -36

    -3420162015201420132012

    4.64%3.92%

    3.47%3.22% 3.12%

    -41.93

    -38.54

    -37.36 37.20

    -38.40

    Jumlah Amaun Defisit

    Nisbah Defisit Kepada KDNK (%)

    Rajah 8: Defisit Kerajaan Persekutuan

    RM bilion %

    3a. Sekilas Pandang.indd 10 7/14/17 8:59 AM

  • 11PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 2016

    RING

    KASA

    N EK

    SEKU

    TIF

    Kos kewangan Kerajaan Persekutuan menunjukkan peningkatan sepanjang tempoh lima (5) tahun. Pada tahun 2016 , kos kewangan Ke ra jaan Persekutuan adalah 12.60% daripada jumlah Perbelanjaan Mengurus. Kos kewangan ini merangkumi perbelanjaan pembayaran faedah, diskaun atas sekuriti hutang, caj komitmen dan bayaran pengurusan bagi mendapatkan pinjaman.

    K e d u d u k a n A s e t K e r a j a a n Persekutuan tahun 2016 mencatatkan penurunan ketara sebanyak RM51.01 bilion (47.75%) kepada RM55.81 bilion berbanding RM106.82 bilion pada tahun 2015. Liabiliti Kerajaan Persekutuan tahun 2016 pu la menun jukkan peningkatan sepanjang tempoh lima (5) tahun terutamanya disebabkan oleh peningkatan Hutang Persekutuan.

    analisis kewangan kerajaan persekutuan

    Rajah 10: Akaun Memorandum Kerajaan Persekutuan

    Pelbagai liabilitiPelaburan

    Hutang PersekutuanPinjaman dan Pendahuluan Boleh Dituntut

    RM bilion

    0 100 200 300 400 500 600

    2012

    2013

    2014

    2015

    2016

    55.81

    648.48

    30.930.77

    106.82

    630.54

    30.320.71

    99.04

    582.83

    29.880.32

    92.44

    539.86

    29.680.29

    95.61

    501.62

    28.110.28

    0

    5

    10

    15

    20

    25

    30

    20162015201420132012

    Rajah 9: Kos Kewangan Kerajaan Persekutuan

    Kos Kewangan Kos Kewangan berbanding PerbelanjaanMengurus (%)

    0

    2

    4

    6

    8

    10

    12

    14

    RM bilion %

    9.51% 9.83%10.29%

    11.19%

    12.60%

    19.5420.78

    22.5924.28

    26.48

    3a. Sekilas Pandang.indd 11 7/14/17 8:59 AM

  • PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 201612

    RING

    KASA

    N EK

    SEKU

    TIF

    Penurunan Aset Kerajaan Persekutuan pada tahun 2016 adalah disebabkan oleh sebahagian besar Pinjaman dan Pendahuluan Boleh Dituntut dari kategori pinjaman perseorangan berjumlah RM51.00 bilion telah dikeluarkan dari pelaporan berikutan pengkorporatan Bahag ian P in jaman Perumahan Perbendaharaan kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam. Pelaburan bagi tahun 2016 pula mencatatkan sedikit peningkatan kepada RM30.93 bilion berbanding RM30.32 bilion pada tahun 2015 disebabkan oleh pertambahan jumlah pelaburan dalam ekuiti Syarikat sepanjang tahun 2016.

    Akaun Belum Terima Kerajaan Pe rseku tuan pada tahun 2016 mencatatkan penurunan yang marginal iaitu sebanyak RM1.56 bilion (6.89%) kepada RM21.07 bilion. Komponen Akaun Be lum Te r ima Ke ra j aan Persekutuan terdiri daripada tunggakan hasil, tunggakan bayaran balik pinjaman dan tunggakan hutang lain.

    analisis kewangan kerajaan persekutuan

    0

    20

    40

    60

    80

    100

    120

    140

    160

    20162015201420132012

    Rajah 11: Memorandum Aset

    Pinjaman dan PendahuluanBoleh Dituntut

    Pelaburan

    95.61

    28.11

    92.44

    29.68

    99.04106.82

    29.88 30.32

    55.81

    30.93

    RM bilion

    0

    5

    10

    15

    20

    25

    20162015201420132012

    1.241.29

    1.30 1.34

    1.30

    19.38

    20.52

    20.62 21.81 22.58 22.63 21.07

    21.28 21.29

    19.77

    Rajah 12: Akaun Belum Terima Kerajaan Persekutuan

    Perbendaharaan Kementerian/Jabatan

    RM bilion

    3a. Sekilas Pandang.indd 12 7/14/17 8:59 AM

  • 13PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 2016

    RING

    KASA

    N EK

    SEKU

    TIF

    analisis kewangan kerajaan persekutuan

    Hutang Persekutuan tahun 2016 yang lebih tinggi berbanding tahun 2015 adalah disebabkan oleh peningkatan terbitan hutang dalam negeri bagi membiayai Perbelanjaan Pembangunan. Walaupun pola pergerakan Hutang Persekutuan menunjukkan peningkatan yang agak ketara dalam tempoh lima (5) tahun, nisbah Hutang Persekutuan berbanding KDNK adalah 52.75% dan masih berada di bawah nilai siling yang ditetapkan iaitu 55.00%.

    Jaminan Berkanun juga mencatatkan peningkatan yang ketara dalam tempoh lima (5) tahun dengan jumlah RM985.10 bilion pada tahun 2016. Sebahagian besar daripada jumlah jaminan berkanun ini adalah jaminan Kerajaan bagi simpanan pendeposit di Bank Simpanan Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Guru-Guru, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Lembaga Tabung Haji berjumlah RM797.87 bilion iaitu 80.99% daripada jumlah keseluruhan.

    Rajah 13: Hutang Persekutuan

    Dalam Negeri Luar Negeri

    Nisbah Hutang kepada KDNK (%)

    RM bilion

    0

    200

    400

    600

    20162015201420132012

    484.77

    566.05

    609.06 624.83

    16.85 16.76 16.78 23.6521.48

    %539.86 582.83 630.54 648.48501.62

    53.58%

    54.84%

    54.06%

    54.50%

    52.75%

    49.0

    51.0

    53.0

    55.0

    523.10

    0

    200

    400

    600

    800

    1000

    2016201520142013 2012

    920.34

    690.42

    768.41

    850.04

    985.10

    Rajah 14: Jaminan Berkanun Kerajaan Persekutuan

    RM bilion

    3a. Sekilas Pandang.indd 13 7/14/17 8:59 AM

  • 3a. Sekilas Pandang.indd 14 7/14/17 8:59 AM

  • LAPORAN AKAUNTAN NEGARA

    PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 2016

    4. LAN (BM) new.indd 15 7/14/17 9:02 AM

  • 4. LAN (BM) new.indd 16 7/14/17 9:02 AM

  • 17PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 2016

    LAPO

    RAN

    AKAU

    NTAN

    NEG

    ARA

    KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

    Kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan pada tahun 2016 kekal teguh walaupun beroperasi dalam persekitaran ekonomi yang mencabar berikutan ketidakstabilan ekonomi dunia. Kerajaan Persekutuan masih berada di landasan yang kukuh dalam memastikan pertumbuhan ekonomi negara kekal mampan di samping berjaya melaksanakan program dan projek yang mengutamakan rakyat.

    Belanjawan 2016 digubal dengan fokus mengekalkan pertumbuhan ekonomi supaya terus berkembang kukuh selaras dengan objektif keseluruhan untuk mencapai kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat. Bagi memenuhi objektif ini, Belanjawan 2016 yang bertemakan “Mensejahtera Kehidupan Rakyat”, bertunjangkan lima (5) keutamaan berikut:

    i) Memperteguh Ketahanan Ekonomi Negara;

    ii) Meningkatkan Produktiviti, Inovasi dan Teknologi Hijau;

    iii) Mempersiaga Modal Insan;

    iv) Memperkasa Agenda Bumiputera; dan

    v) Meringankan Kos Sara Hidup Rakyat.

    Belanjawan 2016 telah diluluskan oleh Parlimen pada Disember 2015 dengan peruntukan sebanyak RM267.22 bilion bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan yang menumpukan kepada kesejahteraan rakyat, transformasi negara dan pembangunan ekonomi. Daripada jumlah peruntukan tersebut, RM215.22 bilion adalah untuk Perbelanjaan Mengurus dan RM52.00 bilion adalah bagi Perbelanjaan Pembangunan.

    Jumlah Perbelan jaan Mengurus dan Pembangunan bag i tahun 2016 ada lah RM252.17 bilion (tidak termasuk RM2.25 bilion yang dipindahkan dari Akaun Hasil Disatukan ke Kumpulan Wang Pembangunan), ia i tu 98.01% daripada peruntukan dipinda berjumlah

    RM257.30 bilion. Daripada jumlah ini, Perbelanjaan Mengurus adalah sebanyak RM210.17 bilion manakala Perbelanjaan Pembangunan berjumlah RM42.00 bilion.

    Perbelanjaan Mengurus adalah termasuk Perbelanjaan Tanggungan dan Perbelanjaan Bekalan. Perbelanjaan Tanggungan berjumlah RM52.40 bilion, iaitu 98.46% daripada jumlah peruntukan dipinda RM53.22 bilion. Perbelanjaan Bekalan pula berjumlah RM157.77 bilion, iaitu 99.18% daripada jumlah peruntukan dipinda RM159.08 bil ion. Kementerian Pendidikan, Perbelanjaan Kerana Hutang Negara dan Perkhidmatan Am Perbendaharaan mencatatkan perbe lan jaan te r t ingg i dengan mas ing-masing berjumlah RM39.61 bilion (18.85%), RM26.48 bilion (12.60%) dan RM23.99 bilion (11.41%).

    Jumlah Perbe lan jaan Pembangunan bagi tahun 2016 adalah RM42.00 bilion iaitu 93.33% daripada jumlah peruntukan dipinda berjumlah RM45.00 bilion. Daripada jumlah perbelanjaan ini, perbelanjaan cara langsung adalah RM40.05 bilion, manakala perbelanjaan pinjaman berjumlah RM1.95 bilion.

    IMBASAN DAN ANALISIS KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

    Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016 telah sempurna disediakan dan dikemukakan kepada Ketua Audit Negara pada 27 Februari 2017. Ketua Audit Negara mengikut peruntukan Akta Audit 1957 [Akta 62] telah mengaudit Penyata Kewangan 2016 dan mengeluarkan Laporan Ketua Audit Negara pada 8 Mei 2017.

    Skop perbincangan ini meliputi Penyata Kedudukan Kewangan, Penyata Penerimaan dan Pembayaran Wang Tunai dan Penyata Akaun Memorandum. Ia disediakan berasaskan Recommended Practice Guideline (RPG) 2-Financial Statement Discussion and Analysis yang dikeluarkan oleh International Public Sector Accounting Standards Board (IPSASB).

    Laporan akauntan negara

    4. LAN (BM) new.indd 17 7/14/17 9:02 AM

  • PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 201618

    LAPO

    RAN

    AKAU

    NTAN

    NEG

    ARA

    PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN

    Penyata Kedudukan Kewangan Kerajaan Persekutuan menunjukkan jumlah Wang Tunai dan Pelaburan yang dipegang bagi ketiga-tiga akaun Kumpulan Wang Disatukan iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Pinjaman Disatukan dan Akaun Amanah Disatukan. Selaras dengan asas perakaunan tunai ubahsuai yang digunakan oleh Kerajaan Persekutuan, hanya pelaburan yang dipegang bagi akaun hasil dan akaun amanah tertentu sahaja di laporkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan. Pelaburan lain dilaporkan dalam Nota Kepada Penyata Kewangan dengan maklumat terperinci di Penyata Akaun Memorandum.

    Carta 1 meringkaskan baki Kumpulan Wang Disatukan bagi tempoh lima (5) tahun.

    Tunai Dalam Tangan. Wang Tunai Dalam Bank terdiri daripada Akaun Semasa dan Akaun Simpanan Tetap bagi tempoh tiga (3) bulan dan ke bawah. Wang Tunai Dalam Perjalanan terdiri daripada wang tunai belum dibankkan dan wang tunai dalam bank yang belum diambil kira dalam buku tunai Pejabat Perakaunan pada akhir tahun kewangan. Manakala Wang Tunai Dalam Tangan adalah merupakan baki Panjar Wang Runcit.

    Pengurusan wang tunai yang ef is ien adalah penting untuk memastikan semua perbelanjaan Kerajaan Persekutuan dapat dibiayai dengan kedudukan wang tunai yang kukuh. Lebihan wang tunai dilaburkan dalam deposit tiga (3) bulan dan ke bawah bagi memastikan kecairan yang mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian.

    Wang Tuna i Ke ra j aan Pe rseku tuan berkurangan sebanyak RM6,910 juta (30.08%) kepada RM16,063 juta pada tahun 2016 berbanding RM22,973 juta pada tahun 2015. Jadual 1 menunjukkan kedudukan baki Wang Tunai Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2016 dan 2015.

    Jadual 1

    Wang Tunai Kerajaan Persekutuan

    Perihal 2016(RM)2015(RM)

    Wang Tunai Dalam Bank 14,879,566,399 22,031,497,574

    Wang Tunai Dalam Perjalanan 1,180,511,453 937,652,138

    Wang Tunai Dalam Tangan 3,383,840 3,398,403

    Jumlah Wang Tunai 16,063,461,692 22,972,548,115

    Wang Tunai Dalam Bank terdiri daripada Akaun Semasa berjumlah RM10,068 juta (67.66%) dan Akaun Simpanan Tetap bagi tempoh tiga (3) bulan dan ke bawah berjumlah RM4,812 juta (32.34%).

    Maklumat lanjut mengenai Wang Tunai boleh dirujuk kepada Nota 3, Nota Kepada Penyata Kewangan.

    Kedudukan Kewangan Kerajaan Persekutuan

    Kumpulan Wang Disatukan Akaun Pinjaman Disatukan

    Akaun Hasil Disatukan Akaun Amanah Disatukan

    (RM bilion)

    Carta

    1

    2012 2014 2015 20162013

    11.86

    53.40

    49.08 48.73

    11.86 11.86 11.86 11.86

    28.9026.38

    20.32

    40.84

    39.59

    8.4810.84

    12.64

    28.39

    (10.61)

    7.19

    39.37

    WANG AWAM

    Wang Tunai

    Wang Tunai Kerajaan Persekutuan boleh diklasifikasikan sebagai Wang Tunai Dalam Bank, Wang Tunai Dalam Perjalanan dan Wang

    4. LAN (BM) new.indd 18 7/14/17 9:02 AM

  • 19PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 2016

    LAPO

    RAN

    AKAU

    NTAN

    NEG

    ARA

    Pelaburan

    Pelaburan Kerajaan Persekutuan dilaporkan sebagai salah satu i tem di bawah Wang Awam di Penyata Kedudukan Kewangan selain daripada Wang Tunai. Nilai pelaburan yang d i laporkan ada lah pe laburan yang dibuat daripada lebihan dana Kumpulan Wang Disatukan.

    Pelaburan Kerajaan Persekutuan terdiri daripada Pelaburan Kumpulan Wang Amanah dan Pe laburan Am. Pe laburan te rsebut terbahagi kepada beberapa jenis pelaburan iaitu Sekuriti Kerajaan Luar Negeri, Sekuriti Kerajaan Malaysia, Sekurit i Tersiar Harga, Sekuriti Tidak Tersiar Harga, Deposit serta Pelbagai pelaburan. Pelaburan Kumpulan Wang Amanah yang d i l apo rkan ada lah termasuk pelaburan Kumpulan Wang Amanah Negara yang diuruskan oleh Bank Negara Malaysia. Butiran terperinci perbandingan amaun pelaburan mengikut jenis bagi tahun 2015 dan 2016 adalah seperti di Jadual 2.

    Secara keseluruhannya, jumlah pelaburan pada tahun 2016 menunjukkan penurunan yang ketara berbanding tahun 2015. Carta 2 menunjukkan pelaburan Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2012 hingga 2016.

    Pada tahun 2016, jumlah pelaburan Kerajaan Persekutuan telah menurun sebanyak RM2,444 juta (9.49%) kepada RM23,310 j u t a b e r b a n d i n g R M 2 5 , 7 5 4 j u t a p a d a tahun 2015. Jumlah pelaburan sebanyak RM23,310 juta tersebut terd i r i dar ipada Pelaburan Kumpulan Wang Amanah berjumlah RM16,204 juta dan Pelaburan Am berjumlah RM7,106 juta. Penurunan jumlah pelaburan a d a l a h d i s e b a b k a n o l e h p e n g u r a n g a n jumlah pelaburan Deposit Jangka Pendek Meleb ih i 3-12 Bu lan Da lam Neger i dan Pelbagai pelaburan di bawah Kumpulan Wang Amanah. Walau bagaimanapun, masih terdapat pertambahan pelaburan di dalam Sekurit i Kerajaan Luar Negeri dan Sekuriti Kerajaan

    Carta

    2Pelaburan Kerajaan Persekutuan(RM juta)

    24,049 24,033

    23,415

    25,754

    23,310

    2012 2013 2014 2015 2016

    Jadual 2Perbandingan Amaun Pelaburan Mengikut Jenis Pelaburan

    Jenis Pelaburan

    Nilai Buku Peningkatan / (Penurunan)

    2016(RM juta)

    2015(RM juta) (RM juta) %

    Pelaburan Kumpulan Wang Amanah

    Sekuriti Kerajaan Luar Negeri 6,956 6,457 499 7.73

    Sekuriti Kerajaan Malaysia 3,013 2,467 546 22.13

    Sekuriti Tersiar Harga Dalam Negeri 1 1 - -

    Sekuriti Tidak Tersiar Harga Dalam Negeri 440 440 - -

    Deposit Jangka Pendek Dalam Negeri Melebihi 3 – 12 Bulan

    5,794 7,459 (1,665) (22.32)

    Pelbagai - 188 (188) (100.00)

    Jumlah 16,204 17,012 (808) (4.75)

    Pelaburan Am

    Sekuriti Tidak Tersiar Harga Dalam Negeri 6,718 6,618 100.00 1.51

    Deposit Jangka Pendek Dalam Negeri Melebihi 3 – 12 Bulan

    386 2,122 (1,736) (81.81)

    Pelbagai 2 2 - -

    Jumlah 7,106 8,742 (1,636) (18.71)

    JUMLAH KESELURUHAN 23,310 25,754 (2,444) (9.49)

    4. LAN (BM) new.indd 19 7/14/17 9:02 AM

  • PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 201620

    LAPO

    RAN

    AKAU

    NTAN

    NEG

    ARA

    Carta

    3Pelaburan Kerajaan Persekutuan Tahun 2016Mengikut Kategori

    Pelaburan KumpulanWang Amanah

    69.52%

    Pelaburan Am30.48%

    RM23,310 juta

    Sekuriti Kerajaan Luar Negeri

    Sekuriti Kerajaan Malaysia

    Deposit Jangka Pendek Dalam Negeri Melebihi 3 - 12 Bulan

    Pelbagai

    Sekuriti Tersiar Harga Dalam Negeri Sekuriti Tidak Tersiar Harga Dalam Negeri

    Pelaburan Kumpulan Wang Amanah Mengikut Jenis(RM juta)

    Carta

    4

    2012 2014 2015 20162013

    14,76413,67313,389 17,012 16,204

    2012 2014 2015 20162013

    3,4884,133

    2,025

    7,514

    7,364

    4401

    1

    1

    1

    1440

    440

    7,459

    188

    5,794

    1,952

    2,467

    6,457

    5,007

    6,956

    3,013

    1,238

    8,134

    528

    Malaysia bagi Kumpulan Wang Amanah serta pertambahan pelaburan di dalam Sekuriti Tidak Tersiar Harga Dalam Negeri di bawah Pelaburan Am. Carta 3 menunjukkan pecahan pelaburan Kerajaan Persekutuan mengikut kategori bagi tahun 2016.

    jumlah pelaburan. Carta 4 menunjukkan Pelaburan Kumpulan Wang Amanah mengikut jenis pelaburan bagi tahun 2012 hingga 2016.

    Pelaburan Kumpulan Wang Amanah

    Pelaburan Kumpulan Wang Amanah pada tahun 2016 menurun sebanyak RM808 juta (4.75%) berbanding RM17,012 juta pada tahun 2015. Penurunan ini disebabkan oleh amaun pelaburan Deposit Jangka Pendek Melebihi 3 – 12 Bulan Dalam Negeri yang menurun sebanyak RM1,665 juta (22.32%) dan pengeluaran 100% bagi Pelbagai pelaburan Kumpulan Wang Amanah yang berjumlah RM188 juta. Walau bagaimanapun, terdapat peningkatan amaun pelaburan dalam Sekuriti Kerajaan Luar Negeri sebanyak RM499 juta (7.73%) dan Sekuriti Kerajaan Malaysia sebanyak RM546 juta (22.13%). Manakala Sekuriti Tersiar Harga Dalam Negeri dan Sekuriti Tidak Tersiar Harga Dalam Negeri tidak mengalami sebarang perubahan dalam

    Pelaburan Am

    Secara keseluruhannya, jumlah Pelaburan Am pada tahun 2016 menurun sebanyak RM1,636 juta (18.71%) berbanding RM8,742 juta pada tahun 2015. Penurunan ini disebabkan oleh pengurangan pelaburan dalam Deposit Jangka Pendek Melebihi 3 – 12 Bulan Dalam Negeri sebanyak RM1,736 juta (81.18%) berbanding tahun 2015. Manakala untuk Sekuriti Tidak Tersiar Harga Dalam Negeri terdapat peningkatan sebanyak RM100 juta (1.51%) bagi tahun 2016. Jumlah pelbagai pelaburan bagi Pelbagai adalah kekal seperti tahun 2015. Carta 5 menunjukkan Pelaburan Am mengikut jenis pelaburan dari tahun 2012 hingga 2016.

    Maklumat lanjut mengenai Pelaburan boleh dirujuk kepada Nota 4, Nota Kepada Penyata Kewangan.

    4. LAN (BM) new.indd 20 7/14/17 9:02 AM

  • 21PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 2016

    LAPO

    RAN

    AKAU

    NTAN

    NEG

    ARA

    AKAUN HASIL DISATUKAN

    Hasil

    Jumlah anggaran hasil disemak Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2016 ber jumlah RM212,595 juta adalah lebih rendah sebanyak RM12,297 juta (5.47%) berbanding anggaran asal berjumlah RM224,892 juta. Kerajaan Persekutuan telah meminda anggaran hasil tahun 2016 berikutan purata anggaran harga minyak mentah Brent telah disemak semula daripada USD48 setong kepada USD30 setong. Prestasi hasil sebenar Kerajaan Persekutuan tahun 2016 adalah 99.92% berbanding anggaran disemak.

    Pada tahun 2016, hasil Kerajaan Persekutuan berkurang sebanyak RM6,668 juta (3.04%) kepada RM212,421 juta berbanding kutipan tahun 2015 berjumlah RM219,089 juta. Pengurangan hasil ini disebabkan oleh Hasil Bukan Cukai yang lebih rendah iaitu RM40,006 juta berbanding RM51,467 juta pada tahun 2015. Hasil Cukai kekal sebagai penyumbang utama kepada jumlah hasil keseluruhan sebanyak RM169,343 juta (79.72%). Manakala Hasil Bukan Cukai pula menyumbang sebanyak RM40,006 juta (18.83%) daripada jumlah hasil keseluruhan. Terimaan Bukan Hasil

    dan Hasil Wilayah Persekutuan masing-masing menyumbang sebanyak RM2,114 juta dan RM958 juta, menjadikan 1.45% daripada jumlah hasil keseluruhan. Pecahan hasil mengikut jenis adalah seperti di Carta 6.

    Sekuriti Tidak Tersiar Harga Dalam Negeri

    Deposit Jangka Pendek Dalam Negeri Melebihi 3 - 12 Bulan

    Pelbagai

    Pelaburan Am Mengikut Jenis(RM juta)

    Carta

    5

    2012 2014 2015 20162013

    6,204

    4,154

    2,5062,122

    386

    8,65110,360 8,742 7,106

    2 2

    2

    22

    6,6186,143 6,718

    5,564

    5,094

    10,660

    Carta

    6Pecahan Hasil Tahun 2016

    Hasil Cukai79.72%

    Terimaan Bukan Hasil danHasil Wilayah Persekutuan

    1.45%

    RM212,421 juta

    Hasil Bukan Cukai18.83%

    Bagi Hasil Cukai, cukai langsung kekal sebagai penyumbang utama dengan jumlah kutipan sebanyak RM109,608 juta (64.73%). Komponen utama cukai langsung terdiri daripada cukai pendapatan syarikat, cukai pendapatan individu dan cukai pendapatan petroleum. Kutipan cukai pendapatan syarikat menyusut RM54 juta (0.08%) kepada RM63,625 juta berbanding RM63,679 juta bagi kutipan tahun 2015. Penyusutan cukai pendapatan syarikat adalah selaras dengan pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan pada tahun 2016 dengan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2016 yang lebih perlahan sebanyak 4.2% berbanding 5% pada tahun 2015.

    Kutipan cukai pendapatan individu pula meningkat sebanyak RM1,245 juta (4.73%) kepada RM27,566 juta berbanding kutipan tahun 2015 yang berjumlah RM26,321 juta, didorong oleh pertumbuhan stabil guna tenaga dan upah. Kutipan cukai pendapatan petroleum menyusut sebanyak

    4. LAN (BM) new.indd 21 7/14/17 9:02 AM

  • PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 201622

    LAPO

    RAN

    AKAU

    NTAN

    NEG

    ARA

    RM3,137 juta (27.14%) kepada RM8,422 juta berbanding RM11,559 juta pada tahun 2015. Pengurangan ini disebabkan oleh purata tahunan harga minyak mentah dunia pada tahun 2016 yang lebih rendah iaitu USD44.05 setong (Brent) berbanding USD52.40 setong pada tahun 2015.

    Bagi komponen cukai langsung yang lain, kutipan duti setem menurun sebanyak RM286 juta (4.79%) kepada RM5,688 juta berbanding RM5,974 juta pada tahun 2015 terutamanya disebabkan oleh pengecualian 50% duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman mulai 1 Januari 2015 hingga 31 Disember 2016 bagi pembelian rumah pertama berharga tidak melebihi RM500,000. Di samping itu, cukai keuntungan hartanah turut berkurang RM234 juta (13.53%) kepada RM1,495 juta berbanding RM1,729 juta pada tahun 2015 berikutan pengurangan aktiviti pelupusan hartanah.

    Kutipan cukai tidak langsung pula mencatat RM59,736 juta, iaitu RM6,065 juta (11.30%) lebih tinggi berbanding kutipan tahun 2015 yang berjumlah RM53,671 juta. Peningkatan ini disumbangkan terutamanya oleh pertambahan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan kutipan berjumlah RM41,206 juta berbanding RM27,012 juta pada tahun 2015. Peningkatan ketara ini adalah berikutan pelaksanaan GST bagi tempoh 12 bulan berbanding 9 bulan pada tahun 2015 dan pertumbuhan penggunaan swasta tahun 2016 pada kadar 7.90% (harga semasa). Kutipan GST ke atas barang dan perkhidmatan tempatan berjumlah RM25,973 juta (63.03%) daripada kutipan GST keseluruhan manakala kutipan GST import pula mencatat RM15,233 juta (36.97%).

    Kutipan duti eksport yang berjumlah RM980 juta berkurang sebanyak RM59 juta (5.70%) berbanding kutipan tahun 2015 yang berjumlah RM1,039 juta disebabkan oleh purata tahunan harga minyak mentah dunia yang lebih rendah pada tahun 2016 berbanding tahun 2015. Sebaliknya, kutipan duti import meningkat sebanyak RM173 juta (6.33%) kepada RM2,905 juta berbanding kutipan tahun 2015 yang berjumlah RM2,732 juta disumbangkan terutamanya oleh

    kutipan duti ke atas motokar CBU yang lebih tinggi. Kutipan duti eksais pula berkurang sebanyak RM185 juta (1.56%) kepada RM11,705 juta berbanding kutipan tahun 2015 yang berjumlah RM11,890 juta ekoran pengurangan jualan kenderaan penumpang dan kenderaan pelbagai guna (MPV) iaitu sebanyak 60,192 unit, 503,691 unit pada tahun 2016 berbanding 563,883 unit pada tahun 2015. Walau bagaimanapun, kutipan levi pula meningkat sebanyak RM82 juta (50.00%) kepada RM246 juta pada tahun 2016 berbanding RM164 juta pada tahun 2015. Kutipan pelbagai cukai tidak langsung adalah sebanyak RM2,486 juta, menurun sebanyak RM86 juta (3.34%) berbanding kutipan tahun 2015 yang berjumlah RM2,572 juta.

    Pada tahun 2016, kutipan Hasil Bukan Cukai berkurang sebanyak RM11,461 juta (22.27%) kepada RM40,006 juta berbanding RM51,467 juta pada tahun 2015. Penurunan ini disebabkan terutamanya oleh terimaan faedah dan pulangan daripada pelaburan yang lebih rendah sebanyak RM11,413 juta (34.76%) kepada RM21,425 juta berbanding R M 3 2 , 8 3 8 j u t a p a d a t a h u n 2 0 1 5 . Penyusutan yang ketara in i d isebabkan oleh terimaan dividen PETRONAS yang lebih rendah sebanyak RM16,000 juta berbanding RM26,000 juta yang diperoleh pada tahun 2015. Kutipan hasil daripada lesen, bayaran pendaftaran dan permit juga berkurang sebanyak RM233 juta (1.86%) kepada RM12,307 juta berbanding kutipan tahun 2015 yang berjumlah RM12,540 juta. Selain itu, terimaan royalti petroleum juga lebih rendah iaitu sebanyak RM1,481 juta (28.80%) kepada RM3,661 juta berbanding RM5,142 juta pada tahun 2015.

    Walau bagaimanapun, Terimaan Bukan Hasil meningkat dengan drastik sebanyak RM824 juta (63.88%) kepada RM2,114 juta berbanding RM1,290 juta pada tahun 2015. Peningkatan ini disumbangkan oleh hasil daripada terimaan balik bayaran tahun-tahun lalu yang meningkat sebanyak RM825 juta (65.22%) kepada RM2,090 juta berbanding RM1,265 juta pada tahun 2015. Hasil Wilayah Persekutuan pula meningkat RM67 juta (7.52%) kepada RM958 juta berbanding RM891 juta pada tahun 2015.

    4. LAN (BM) new.indd 22 7/14/17 9:02 AM

  • 23PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 2016

    LAPO

    RAN

    AKAU

    NTAN

    NEG

    ARA

    Carta 7 meringkaskan Hasil Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2012 hingga 2016. Maklumat lanjut boleh dirujuk kepada Nota 5, Nota Kepada Penyata Kewangan.

    perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan termasuk penyelenggaraan, sewaan dan kos operasi lain.

    Dari segi penjenisan Perbelanjaan Mengurus, RM73,108 juta (34.79%) adalah untuk Emolumen, RM30,070 juta (14.31%) untuk Perbelanjaan Perkhidmatan dan Bekalan, RM676 juta (0.32%) untuk Aset, RM105,405 juta (50.15%) untuk Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap (tidak termasuk pindahan kepada Kumpulan Wang Pembangunan sebanyak RM2,248 juta) dan RM914 juta (0.43%) untuk perbelanjaan lain. Pecahan Perbelanjaan Mengurus mengikut jenis belanja pada tahun 2016 adalah seperti di Carta 8.

    2012 2014 2015 20162013

    Carta

    7Hasil Kerajaan Persekutuan(RM juta)

    Terimaan Bukan Hasil dan Hasil Wilayah Persekutuan

    Hasil Bukan Cukai

    Hasil Cukai

    151,643

    54,909

    1,361

    54,450

    2,968

    53,899

    2,522

    51,467

    2,181

    40,006

    3,072

    155,952 164,205 165,441 169,343

    207,913 213,370 220,626 219,089 212,421

    Perbelanjaan Mengurus

    Jumlah anggaran disemak Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2016 berjumlah RM212,301 juta, adalah lebih rendah sebanyak RM2,923 juta (1.36%) berbanding anggaran asal berjumlah RM215,224 juta. Anggaran Perbelanjaan Mengurus adalah dipinda bagi mengimbangi impak penurunan anggaran hasil. Prestasi Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Persekutuan tahun 2016 adalah 99.00% berbanding anggaran disemak.

    Perbelanjaan Mengurus tahun 2016 adalah berjumlah RM210,173 juta (tidak termasuk pindahan berjumlah RM2,248 juta kepada Kumpulan Wang Pembangunan). Sebahagian besar perbelanjaan adalah untuk menampung perbelanjaan di bawah pemberian dan kenaan bayaran tetap, iaitu subsidi, pemberian kepada Kerajaan Negeri dan badan berkanun, bayaran hutang negara, pencen dan elaun, emolumen iaitu gaji dan elaun anggota perkhidmatan awam dan

    Carta

    8

    Emolumen34.79%

    Perbelanjaan Lain0.43%

    Pemberian danKenaan

    Bayaran Tetap50.15%

    Pecahan Perbelanjaan Mengurus Tahun 2016

    Aset0.32%

    Perkhidmatan danBekalan14.31%

    RM210,173 juta

    Perbelanjaan Tanggungan adalah berjumlah RM52,401 juta, iaitu 24.93% daripada jumlah keseluruhan Perbelanjaan Mengurus tahun 2016. Sebahagian besar Perbelanjaan Tanggungan ini adalah terdiri daripada Perbelanjaan Kerana Hutang Negara, itu sebanyak RM26,480 juta yang merupakan 50.53% daripada jumlah Perbelanjaan Tanggungan.

    Perbelanjaan Bekalan berjumlah RM157,772 juta (tidak termasuk pindahan kepada Kumpulan Wang Pembangunan) merupakan 75.07% daripada jumlah keluruhan Perbelanjaan Mengurus tahun

    4. LAN (BM) new.indd 23 7/14/17 9:02 AM

  • PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 201624

    LAPO

    RAN

    AKAU

    NTAN

    NEG

    ARA

    Carta 9 menun jukkan Perbe lan jaan Mengurus Kerajaan Persekutuan dari tahun 2012 hingga 2016. Maklumat lanjut boleh dirujuk kepada Lampiran 1 – Penyata Perbelanjaan Mengurus.

    2016. Kementerian Pendidikan kekal mencatat perbelanjaan tertinggi iaitu RM39,614 juta diikuti Perkhidmatan Am Perbendaharaan yang berjumlah RM23,989 juta.

    Perbelanjaan Emolumen telah meningkat sebanyak RM3,058 juta (4.37%) kepada RM73,108 juta berbanding RM70,050 juta bagi tahun 2015. Kenaikan ini adalah disebabkan pergerakan gaji tahunan, penambahbaikan skim perkhidmatan, imbuhan tahunan dan pember ian khas .

    Perbelanjaan Perkhidmatan dan Bekalan menurun sebanyak RM6,303 juta (17.33%) kepada RM30,070 juta berbanding RM36,373 juta pada tahun 2015. Perbelanjaan dalam kategori ini adalah untuk membiayai perbelanjaan penyelenggaraan, sewaan, kerja-kerja pembaikan, perbelanjaan pengangkutan dan perjalanan, kos utiliti, perbelanjaan bekalan pejabat dan bahan mentah.

    Perbelanjaan perolehan Aset berjumlah RM676 juta menunjukkan penurunan sebanyak RM1,047 juta (60.77%) berbanding RM1,723 juta pada tahun 2015. Sebahagian besar daripada perbelanjaan ini adalah untuk pembelian peralatan, kerja-kerja pembaikan bangunan dan kemudahan serta pembelian kenderaan bagi jabatan kerajaan.

    Perbelanjaan di bawah Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap yang berjumlah RM105,405 juta merupakan komponen perbelanjaan mengurus yang terbesar. Pemberian termasuk subsidi, bantuan dan inisiatif dan pemberian kepada Kerajaan Negeri dan badan berkanun adalah berjumlah RM49,643 juta (t idak termasuk pindahan kepada Kumpulan Wang Pembangunan), manakala perbelanjaan bagi faedah, dividen dan kenaan bayaran hutang negara yang lain berjumlah RM31,613 juta. Bayaran pencen dan ganjaran pula berjumlah RM20,779 juta diikuti dengan bayaran bagi biasiswa, dermasiswa dan bantuan pelajaran yang berjumlah RM2,624 juta. Selain itu, termasuk dalam pemberian dan kenaan bayaran tetap adalah tuntutan insurans dan pampasan berjumlah RM746 juta.

    Perbelanjaan Lain yang berjumlah RM914 juta pada tahun 2016 merangkumi bayaran balik hasil dan hapus kira.

    Carta

    9Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Persekutuan(RM juta)

    20162015201420132012

    205,537 211,270 219,589 216,998 210,173

    110,323

    3,236

    31,962

    60,016

    2,647

    33,860

    61,001

    3,286

    34,259

    66,947

    2,831

    36,373

    70,050

    1,590

    30,070

    73,108

    113,762115,097 107,744 105,405

    Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap Aset dan Perbelanjaan Lain

    Bekalan dan Perkhidmatan Emolumen

    AKAUN PINJAMAN DISATUKAN

    Kerajaan Persekutuan terus memberi tumpuan kepada sumber domestik dalam membuat pinjaman. Pinjaman yang dilaksanakan adalah untuk membiayai perbelanjaan projek pembangunan. Pada tahun 2016, jumlah pinjaman kasar Kerajaan Persekutuan adalah berjumlah RM99,858 juta. Daripada jumlah ini, RM86,000 juta (86.12%) pinjaman telah dibuat melalui sumber dalam negeri. Jumlah pinjaman dalam negeri adalah terdiri daripada terbitan Sekuriti Kerajaan Malaysia sebanyak RM43,500 juta dan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia sebanyak RM42,500 juta.

    Bil Perbendaharaan merupakan instrumen pinjaman jangka pendek yang diterbitkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi tujuan pengurusan aliran tunai. Pada tahun 2016, terbitan Bil Perbendaharaan berjumlah RM7,876 juta. Selepas mengambil kira pembayaran balik sebanyak RM56,194 juta yang terdiri daripada RM26,141 juta bagi Sekuriti Kerajaan Malaysia,

    4. LAN (BM) new.indd 24 7/14/17 9:02 AM

  • 25PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 2016

    LAPO

    RAN

    AKAU

    NTAN

    NEG

    ARA

    RM22,000 juta bagi Terbitan Pelaburan Kerajaan dan RM8,053 juta bagi Bil Perbendaharaan, pinjaman bersih dalam negeri adalah RM37,682 juta pada tahun 2016 berbanding RM43,016 juta pada tahun 2015.

    Pada tahun 2016, pinjaman luar negeri daripada terbitan pinjaman pasaran berjumlah RM5,837 juta dibuat melalui terbitan Sukuk Global yang dijadikan sebagai penanda aras. Sementara itu, Bantuan Luar Negeri bagi pinjaman projek berjumlah RM145 juta berbanding RM256 juta pada tahun 2015.

    Maklumat lanjut boleh dirujuk kepada Nota 6, Nota Kepada Penyata Kewangan.

    Pinjaman Dalam Negeri

    Pada tahun 2016, jumlah keseluruhan terbitan Bil Perbendaharaan adalah RM7,876 juta. Sepanjang tahun 2016, Bil Perbendaharaan yang diterbitkan telah digunakan bagi membiayai bil yang matang berjumlah RM8,053 juta. Oleh itu, bayaran balik bersih adalah berjumlah RM177 juta.

    Terbitan Pelaburan Kerajaan adalah bagi memenuhi permintaan terhadap Kertas Kerajaan berdasarkan prinsip Islam. Pada tahun 2016, sejumlah RM42,500 juta Terbitan Pelaburan Kerajaan telah diterbitkan yang membolehkan Kerajaan memperolehi dana bersih sebanyak RM20,500 juta. Sebagai perbandingan, pada tahun 2015, sebanyak RM41,000 juta Terbitan Pelaburan Kerajaan telah diterbitkan dengan dana bersih berjumlah RM28,500 juta.

    Sekuriti Kerajaan Malaysia terus menjadi sumber utama pinjaman dalam negeri Kerajaan Persekutuan, merangkumi 50.58% daripada jumlah pinjaman dalam negeri kasar pada tahun 2016 berbanding 56.96% pada tahun 2015. Sebanyak RM26,141 juta daripada RM43,500 juta yang diterbitkan digunakan untuk menebus Sekuriti Kerajaan Malaysia yang matang pada tahun 2016. Dengan mengambil kira penebusan Sekuriti Kerajaan Malaysia ini, pinjaman bersih Sekuriti Kerajaan Malaysia adalah sebanyak RM17,359 juta berbanding RM10,430 juta pada tahun 2015.

    Terbitan Pelaburan Kerajaan dilaksanakan di bawah Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275] dan Sekuriti Kerajaan Malaysia di bawah Akta

    Pinjaman (Tempatan) 1959 [Akta 637]. Pada masa kini, jumlah siling bagi kedua-dua akta tersebut adalah tidak melebihi 55.00% daripada KDNK.

    Pinjaman dan Bantuan Luar Negeri

    Kerajaan sentiasa memastikan pengurusan hutang yang berhemat dengan mengawal p e n i n g k a t a n h u t a n g l u a r n e g e r i b a g i mengurangkan pendedahan terhadap risiko pertukaran mata wang asing. Pada tahun 2016, pinjaman luar neger i kasar adalah daripada terbitan pinjaman pasaran berjumlah RM5,837 juta,manakala bantuan luar negeri bag i p in jaman pro jek ada lah ber jumlah RM145 juta. Pinjaman pasaran dibuat melalui terbitan Sukuk Global. Pinjaman projek pula dibuat melalui pengeluaran pinjaman projek sedia ada daripada sumber dua hala. Dengan mengambil kira bayaran balik pinjaman sebanyak RM5,147 juta, pinjaman luar negeri bersih mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM835 juta.

    Pinjaman luar negeri dilaksanakan berdasarkan kepada Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 [Akta 403]. Pada masa kini, nilai sil ing di bawah akta tersebut adalah RM35 bil ion. Carta 10 menunjukkan pinjaman bersih Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2012 hingga 2016.

    Carta

    10

    (RM juta)

    46,728 38,105 42,588 43,743 38,517

    Pinjaman Bersih Kerajaan Persekutuan

    Dalam Negeri Luar Negeri

    2012 2013 2014 2015 2016

    46,742

    (14) (221) 727(359) 835

    38,326

    42,947

    37,682

    43,016

    4. LAN (BM) new.indd 25 7/14/17 9:02 AM

  • PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 201626

    LAPO

    RAN

    AKAU

    NTAN

    NEG

    ARA

    AKAUN AMANAH DISATUKAN

    Akaun Amanah Disatukan terdiri daripada Kumpulan Wang Amanah Kerajaan, Kumpulan Wang Amanah Awam dan Akaun Deposit.

    Pada tahun 2016, Akaun Amanah Disatukan telah berkurang sebanyak RM1,292 juta (15.24%) kepada RM7,186 juta berbanding tahun 2015. Pengurangan ini adalah disebabkan oleh pengurangan baki Kumpulan Wang Amanah Awam sebanyak RM1,235 juta (13.06%) dan pengurangan baki Kumpulan Wang Amanah Kerajaan sebanyak RM494 juta (4.90%). Pengurangan ini telah diimbangi oleh peningkatan baki Akaun Deposit sebanyak RM437 juta (4.80%). Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan di bawah kategori Kumpulan Wang Amanah Kerajaan telah ditutup dan baki kumpulan wang tersebut yang berjumlah RM1,784 juta telah dipindahkan kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam selaras dengan pengkorporatannya bermula 1 Januari 2016.

    Maklumat lanjut boleh dirujuk kepada Nota 7, Nota Kepada Penyata Kewangan.

    Kumpulan Wang Amanah Kerajaan

    Kumpu lan Wang Amanah Ke ra j aan mengakaunkan terimaan daripada peruntukan kerajaan dan sumbangan awam serta bayaran bagi maksud tertentu mengikut Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61].

    Kumpulan Wang Amanah Kerajaan terdiri daripada Kumpulan Wang Pembangunan dan Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan

    Kumpulan Wang Pembangunan

    Kumpulan Wang Pembangunan merupakan Kumpulan Wang Amanah Kerajaan yang ditubuhkan mengikut Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406] bagi tujuan pembangunan ekonomi negara.

    Pada tahun 2016, kurangan terkumpul Kumpulan Wang Pembangunan menunjukkan penurunan sebanyak RM8,179 juta (19.54%)

    kepada RM33,677 juta berbanding RM41,856 juta pada tahun 2015. Penurunan ini disebabkan o leh ter imaan ber jumlah RM50,174 juta melebihi perbelanjaan berjumlah RM41,995 juta. Perbelanjaan Pembangunan meningkat sebanyak RM1,227 juta (3 .01%) kepada RM41,995 juta berbanding RM40,768 juta pada tahun 2015.

    Caruman dari Akaun Hasi l Disatukan kepada Kumpulan Wang Pembangunan pada tahun 2016 berjumlah RM2,248 juta berbanding pindahan berjumlah RM2,091 juta pada tahun 2015. Jumlah pindahan ini merupakan lebihan hasi l berbanding Perbelanjaan Mengurus bagi tahun semasa. Pindahan dari Akaun Pinjaman Disatukan berjumlah RM46,579 juta adalah termasuk Sekuriti Kerajaan Malaysia sebanyak RM17,359 juta yang merupakan punca pembiayaan utama Kumpulan Wang Pembangunan. Terimaan balik pinjaman berjumlah RM1,079 juta adalah termasuk pelarasan dan penukaran pinjaman kepada ekuiti manakala pelbagai terimaan pula berjumlah RM268 juta berbanding RM250 juta pada tahun 2015.

    Maklumat lanjut boleh dirujuk kepada Nota 7(a)(i), Nota Kepada Penyata Kewangan.

    Perbelanjaan Pembangunan

    Perbelanjaan Pembangunan bagi tahun 2016 berjumlah RM41,995 juta. Prestasi Perbelanjaan Pembangunan adalah 93.32% daripada peruntukan dipinda berjumlah RM45,003 juta. Daripada jumlah ini, perbelanjaan cara langsung adalah RM40,052 juta, manakala perbelanjaan pinjaman berjumlah RM1,943 juta.

    Perbelanjaan Pembangunan cara langsung telah meningkat sebanyak RM1,456 juta (3.77%) kepada RM40,052 juta bagi tahun 2016 berbanding RM38,596 juta pada tahun 2015. Perbelanjaan Pembangunan cara pinjaman kepada agensi sektor awam pada tahun 2016 berkurang sebanyak RM229 juta (10.54%) kepada RM1,943 juta berbanding RM2,172 juta pada tahun 2015. Kementerian dengan perbelanjaan yang besar adalah Jabatan Perdana Menteri (RM11,793 juta), Kementer ian Kemajuan Luar Bandar dan

    4. LAN (BM) new.indd 26 7/14/17 9:02 AM

  • 27PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 2016

    LAPO

    RAN

    AKAU

    NTAN

    NEG

    ARA

    Wilayah (RM4,422 juta), Kementerian Kerja Raya (RM3,783 juta) , Kementer ian Pertahanan (RM3,577 juta), Kementerian Pengangkutan (RM2,211 juta), Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (RM1,852 juta) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (RM1,589 juta).

    Dari segi penjenisan perbelanjaan mengikut sektor, perbelanjaan bagi sektor ekonomi adalah berjumlah RM25,113 juta (59.80%) daripada keseluruhan Perbelanjaan Pembangunan tahun 2016. Sebahagian besar daripada perbelanjaan ini di bawah sub sektor pengangkutan (RM7,827 juta), perdagangan dan perindustrian (RM4,841 juta), tenaga dan kemudahan-kemudahan awam (RM2,927 juta), pertanian dan pembangunan luar bandar (RM2,902 juta) serta pemuliharaan alam sekitar (RM2,224 juta).

    Perbelanjaan bagi sektor sosial adalah berjumlah RM10,429 juta (24.83%) daripada keseluruhan Perbelanjaan Pembangunan tahun 2016. Sebahagian besar daripada perbelanjaan ini adalah bagi perbelanjaan sub sektor pendidikan dan latihan (RM3,727 juta), perumahan (RM2,238 juta), kesihatan (RM1,495 juta), pembangunan masyarakat dan desa (RM1,487 juta) dan majlis tempatan (RM727 juta).

    Perbelanjaan bagi sektor keselamatan yang berjumlah RM4,832 juta merupakan 11.51% daripada keseluruhan Perbelanjaan Pembangunan tahun 2016. Sebanyak RM3,945 juta daripadanya merupakan perbelanjaan sub sektor pertahanan untuk pembinaan kemudahan dan pembelian peralatan. Perbelanjaan sub sektor keselamatan dalam negeri yang berjumlah RM887 juta adalah untuk menampung perbelanjaan bagi agensi yang berkaitan dengan keselamatan dalam negeri.

    Perbelanjaan bagi sektor pentadbiran am adalah berjumlah RM1,621 juta (3.86%) daripada Perbelanjaan Pembangunan tahun 2016. Perbelanjaan ini termasuklah perkhidmatan bagi jabatan kerajaan, pembaikan dan pengubahsuaian, kemudahan asas bangunan dan perkhidmatan serta kelengkapan komputer.

    Maklumat lanjut mengenai Perbelanjaan Pembangunan boleh dirujuk kepada Lampiran 2 - Penyata Perbelanjaan Pembangunan. Carta 11 menunjukkan Perbelanjaan Pembangunan Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2012 hingga 2016.

    2012 2014 2015 20162013

    Carta

    11Perbelanjaan Pembangunan Kerajaan Persekutuan(RM juta)

    Langsung Pinjaman

    44,978

    1,954 1,737 1,879 2,172 1,943

    40,473 37,624 38,596 40,052

    46,932 42,210 39,503 40,768 41,995

    Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan

    Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan terbahagi kepada lima (5) kategori utama iaitu:

    (a) Akaun Penyelesaian;

    (b) Akaun Perniagaan;

    (c) Akaun Pinjaman;

    (d) Kumpulan Wang Luar Jangka; dan

    (e) Kumpulan Wang Yang Lain yang ditubuhkan di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61].

    Pada tahun 2016, sejumlah 158 akaun telah diselia berbanding 168 akaun pada tahun 2015. Baki Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan adalah berjumlah RM23,092 juta iaitu pengurangan sebanyak RM6,888 juta (22.98%) berbanding RM29,980 juta pada tahun 2015.

    4. LAN (BM) new.indd 27 7/14/17 9:02 AM

  • PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 201628

    LAPO

    RAN

    AKAU

    NTAN

    NEG

    ARA

    Pengurangan ini sebahagian besarnya disebabkan oleh pengurangan baki akaun di bawah kategori Akaun Pinjaman sebanyak RM3,882 juta dan pengurangan baki akaun di bawah kategori Kumpulan Wang Yang Lain sebanyak RM5,375 juta berbanding tahun 2015. Carta 12 menunjukkan pecahan baki Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan bagi tahun 2016.

    dan RM2,868 juta berbanding RM6,751 juta dan RM2,706 juta pada tahun 2015. Daripada baki Kumpulan Wang Amanah Am yang berjumlah RM5,353 juta, sebanyak RM614 juta adalah baki Akaun Amanah Inisiatif Pembiayaan Swasta manakala RM1,270 juta adalah baki Akaun Amanah Aktiviti Pembangunan Khas Pembiayaan Swasta. Carta 13 menunjukkan pecahan baki Kumpulan Wang Amanah Awam pada tahun 2016.

    Akaun Amanah InisiatifPembiayaan Swasta

    7.47%

    PelbagaiAmanah Khas

    34.89%

    Pelbagai KumpulanWang Amanah Am

    42.19%

    Kumpulan Wang Amanah Awam Tahun 2016Mengikut Kategori

    Carta

    13

    RM8,221 juta

    Akaun AmanahAktiviti Pembangunan Khas

    Pembiayaan Swasta 15.45%

    Akaun Pinjaman15.92%

    Kumpulan WangYang Lain61.99%

    Kumpulan WangLuar Jangka

    2.89%

    Akaun Perniagaan0.34%

    Akaun Penyelesaian18.86%

    Pelbagai Kumpulan Wang Amanah KerajaanTahun 2016 Mengikut Kategori

    RM23,092 juta

    Carta

    12

    Maklumat lanjut boleh dirujuk kepada Nota 7 (a) (ii), Nota Kepada Penyata Kewangan.

    Kumpulan Wang Amanah Awam

    Kumpulan Wang Amanah Awam terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu Kumpulan Wang Amanah Am yang ditubuhkan di bawah Seksyen 9, Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] dan Kumpulan Wang Amanah Khas yang diperuntukkan di bawah pelbagai akta yang berkaitan.

    Pada tahun 2016, sebanyak 368 akaun Kumpulan Wang Amanah Awam dengan baki berjumlah RM8,221 juta telah diselia berbanding 329 akaun pada tahun 2015. Baki Kumpulan Wang Amanah Am dan Kumpulan Wang Amanah Khas pada tahun 2016 adalah masing-masing ber jumlah RM5,353 ju ta

    Akaun Amanah Inisiatif Pembiayaan Swasta dan Akaun Amanah Aktivit i Pembangunan K h a s P e m b i a y a a n S w a s t a d i w u j u d k a n dengan peruntukan masing-masing berjumlah RM20,000 juta dan RM10,000 juta bagi membiayai 880 program dan projek kera jaan. Pada tahun 2016, perbelanjaan kedua-dua akaun amanah ini berjumlah RM206 juta dan RM527 juta.

    Maklumat lanjut boleh dirujuk kepada Nota 7(b), Nota Kepada Penyata Kewangan.

    Akaun Deposit

    Wang Deposit terdiri daripada Deposit Am dan Deposit Pelarasan. Deposit Am adalah wang yang diterima khusus bagi sesuatu maksud di bawah undang-undang atau perjanjian dan perlu

    4. LAN (BM) new.indd 28 7/14/17 9:02 AM

  • 29PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 2016

    LAPO

    RAN

    AKAU

    NTAN

    NEG

    ARA

    dibayar balik apabila maksud telah dicapai. Deposit Pelarasan adalah akaun sementara yang diguna sebelum bayaran dibuat atau pelarasan kepada akaun tertentu. Carta 14 menunjukkan baki deposit mengikut kategori bagi tahun 2016.

    Tunai pada tahun 2016 adalah RM16,063 juta berband ing RM22,973 ju ta pada tahun 2015.

    Terimaan berjumlah RM316,011 juta terdiri daripada Hasil (RM212,018 juta), Pinjaman Dalam dan Luar Negeri (RM99,714 juta), Bantuan Luar Negeri (RM145 juta), Terimaan Modal (RM3,891 juta) dan Terimaan Amanah (RM243 juta).

    Terimaan Hasil sebanyak RM212,018 juta terdiri daripada terimaan Hasil Cukai (RM169,343 juta), terimaan Hasil Bukan Cukai (RM39,803 juta), Terimaan Bukan Hasil (RM1,914 juta) dan terimaan Hasil Wilayah Persekutuan (RM958 juta).

    Terimaan pinjaman sebanyak RM99,859 juta terdiri daripada terimaan Pinjaman Dalam Negeri (RM93,877 juta), terimaan Pinjaman Luar Negeri (RM5,837 juta) dan terimaan Pinjaman Bilateral (RM145 juta).

    Terimaan Modal berjumlah RM3,891 juta terdiri daripada terimaan balik pinjaman (RM1,079 juta), pelbagai terimaan modal (RM267 juta) dan jualan instrumen kewangan (RM2,545 juta).

    Terimaan Amanah berjumlah RM243 juta terdir i daripada terimaan daripada Akaun Amanah Inisiatif Pembiayaan Swasta (RM174 juta) dan terimaan daripada Akaun Amanah Aktiviti Pembangunan Khas Pembiayaan Swasta (RM69 juta).

    Pembayaran Wang Tunai

    Jumlah bayaran sebanyak RM322,921 juta adalah terdiri daripada Perbelanjaan Mengurus (RM208,382 juta), Perbelanjaan Pembangunan (RM41,995 juta), bayaran balik Pinjaman Dalam Negeri dan Luar Negeri (RM60,864 juta), bayaran Bantuan Luar Negeri (RM477 juta) dan Perbelanjaan Amanah (RM11,203 juta).

    Bayaran Perbelanjaan Mengurus sebanyak RM208,382 juta terdir i dar ipada bayaran Emolumen (RM73,108 juta), Perkhidmatan dan Bekalan (RM30,071 juta), Aset (RM676 juta), Pember ian dan Kenaan Bayaran Te tap (RM103,682 juta) dan Perbelanjaan–perbelanjaan Lain (RM845 juta).

    Deposit Pelarasan6.93%

    Deposit Am93.07%

    Deposit Tahun 2016 Mengikut Kategori

    Carta

    14

    RM9,551 juta

    Pada tahun 2016, jumlah deposit yang dipegang oleh kerajaan telah meningkat sebanyak RM438 juta (4.81%) kepada RM9,551 juta berbanding RM9,113 juta pada tahun 2015. Daripada jumlah ini, sebanyak RM8,889 juta (93.07%) merupakan Deposit Am, manakala RM662 juta (6.93%) adalah Deposit Pelarasan.

    Maklumat lanjut boleh dirujuk kepada Nota 7(c), Nota Kepada Penyata Kewangan.

    PENYATA PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN WANG TUNAI

    Penerimaan Wang Tunai

    Ke ra jaan Persekutuan mencata tkan pengurangan wang tunai sebanyak RM6,910 juta pada tahun 2016. Ini adalah disebabkan jumlah bayaran RM322,921 juta melebihi jumlah terimaan sebanyak RM316,011 juta. Baki Wang

    4. LAN (BM) new.indd 29 7/14/17 9:02 AM

  • PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 201630

    LAPO

    RAN

    AKAU

    NTAN

    NEG

    ARA

    Bayaran Perbelanjaan Pembangunan sebanyak RM41,995 juta terdiri daripada bayaran perbelanjaan cara langsung (RM40,052 juta) dan bayaran perbelanjaan cara pinjaman (RM1,943 juta).

    Bayaran pinjaman sebanyak RM61,341 juta, yang terdiri daripada bayaran Pinjaman Dalam Negeri (RM56,194 juta), Pinjaman Luar Negeri (RM4,670 juta), Pinjaman Multilateral (RM157 juta) dan Pinjaman Bilateral (RM320 juta).

    Bayaran perbelanjaan Akaun Amanah sebanyak RM11,203 juta terdiri daripada bayaran Akaun Amanah Inisiatif Pembiayaan Swasta (RM990 juta), bayaran Akaun Amanah Aktiviti Pembangunan Khas Pembiayaan Swasta (RM535 juta) dan bayaran pelbagai amanah (RM9,678 juta).

    Penyata Penerimaan dan Pembayaran Wang Tunai Kerajaan Persekutuan ditunjukkan dalam Jadual 3.

    Jadual 3Penyata Penerimaan dan Pembayaran Wang Tunai

    Perihal 2016RM juta2015

    RM juta

    Terimaan

    Hasil 212,018 219,088

    Pinjaman 99,714 121,108

    Bantuan Luar Negeri 145 256

    Terimaan Modal 3,891 1,030

    Terimaan Amanah 243 688

    Jumlah 316,011 342,170

    Bayaran

    Perbelanjaan Mengurus (208,382) (215,045)

    Perbelanjaan Pembangunan (41,995) (40,768)

    Pinjaman (60,864) (77,208)

    Bantuan Luar Negeri (477) (410)

    Perbelanjaan Modal - (1,865)

    Perbelanjaan Amanah (11,203) (1,328)

    Jumlah (322,921) (336,624)

    Tambahan/(Kurangan) Wang Tunai (6,910) 5,546

    Wang Tunai pada 1 Januari 22,973 17,427

    Wang Tunai pada 31 Disember 16,063 22,973

    ASET

    Pinjaman dan Pendahuluan Boleh Dituntut

    Kerajaan telah menyediakan kemudahan pinjaman kepada sektor terpi l ih sebagai pe laburan st rategik untuk meningkatkan keupayaan produktiviti ekonomi. Penyaluran dana kepada bidang keutamaan dalam bentuk pinjaman ini termasuklah bagi tujuan penyediaan keper luan asas sepert i bekalan a i r dan perumahan awam kos rendah, memajukan sektor pertanian, industri kecil sederhana, teknologi maklumat dan membiayai keperluan modal. Usaha ini bertujuan untuk menggalakkan sektor yang berpotensi untuk dimajukan dan berupaya meningkatkan ekonomi negara serta taraf sosio-ekonomi rakyat.

    Pinjaman dan Pendahuluan Boleh Dituntut te rd i r i dar ipada P in jaman Persekutuan , Pendahuluan Kerajaan Negeri dan kemudahan pinjaman serta pendahuluan kepada penjawat awam. Pinjaman Persekutuan adalah pinjaman yang diberi oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun, Koperasi , Syar ikat dan pelbagai agensi. Pendahuluan Kerajaan Negeri pula adalah pendahuluan yang diberi oleh Kera jaan Persekutuan bag i menampung kepe r l uan a l i r an tuna i d i nege r i yang memerlukan. Manakala kemudahan pinjaman dan pendahuluan kepada penjawat awam adalah pinjaman komputer, pendahuluan diri dan pendahuluan pelbagai.

    Kedudukan baki Pinjaman dan Pendahuluan Boleh Dituntut bagi tahun 2012 hingga 2016 adalah seperti di Jadual 4 dan Carta 15.

    Jadual 4Kadar Perubahan Pinjaman Boleh Dituntut

    Tahun 2012 2013 2014 2015 2016

    Pinjaman Boleh Dituntut(RM juta)

    95,614 92,445 99,036 106,822 55,813

    Kadar Perubahan (%) #7.6% $3.2% #7.1% #7.9% $47.8%

    4. LAN (BM) new.indd 30 7/14/17 9:02 AM

  • 31PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 2016

    LAPO

    RAN

    AKAU

    NTAN

    NEG

    ARA

    Baki Pinjaman dan Pendahuluan Boleh Dituntut pada tahun 2016 adalah sebanyak RM55,813 juta. Jumlah ini menurun sebanyak RM51,009 juta (47.75%) berbanding RM106,822 juta pada tahun 2015. Pengurangan yang ketara ini adalah disebabkan oleh amaun pinjaman perumahan (di bawah kategori pinjaman perseorangan) telah dikeluarkan daripada pelaporan mulai tahun 2016 selaras dengan pengkorporatan Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam. Baki Pinjaman dan Pendahuluan Boleh Dituntut mengikut kategori peminjam bagi tahun 2016 adalah seperti di Carta 16.

    Pengeluaran bayaran Pinjaman Persekutuan yang di luluskan pada tahun 2016 adalah sebanyak RM2,263 juta. Jumlah ini menurun sebanyak RM1,227 juta (35.16%) daripada RM3,490 juta pada tahun 2015. Bagi tahun 2016, pengeluaran Pinjaman Persekutuan yang terbesar adalah kepada Syarikat iaitu sebanyak RM1,275 juta (56.34%) diikuti Kerajaan Negeri sebanyak RM818 juta (36.15%), Badan Berkanun sebanyak RM100 juta (4.42%), Koperasi sebanyak RM50 juta (2.21%) dan pelbagai agensi sebanyak RM20 juta (0.88%). Carta 17 memberi gambaran ringkas perbandingan jumlah pengeluaran Pinjaman Persekutuan bagi tahun 2015 dan 2016.

    Carta

    15Pinjaman Boleh Dituntut(RM juta)

    95,61492,445

    99,036

    106,822

    55,813

    2012 2013 2014 2015 2016

    Carta

    16Pinjaman Boleh Dituntut Tahun 2016Mengikut Kategori

    Syarikat51.30%

    RM55,813 juta

    Pelbagai3.11%

    Badan Berkanun11.40%

    Perseorangan0.64%

    Pihak Berkuasa Tempatan0.55%

    Koperasi0.46%

    Kerajaan Negeri32.54%

    2015 2016

    Syarikat KerajaanNegeri

    BadanBerkanun

    Koperasi Pelbagai

    30

    2,155

    1,275

    1,150

    818

    105 100 50 50 20

    Carta

    17Pengeluaran Pinjaman PersekutuanBagi Tahun 2015 dan 2016(RM juta)

    Pengeluaran Pinjaman Persekutuan mengikut sektor adalah melibatkan projek bekalan air (31.86%), sektor pertanian (20.77%), pinjaman modal (4.64%), infrastruktur (31.46%), perindustrian (0.22%) dan pelbagai (11.05%). Perbandingan pengeluaran Pinjaman Persekutuan mengikut sektor bagi tahun 2015 dan 2016 adalah seperti di Carta 18.

    4. LAN (BM) new.indd 31 7/14/17 9:02 AM

  • PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 201632

    LAPO

    RAN

    AKAU

    NTAN

    NEG

    ARA

    Tuntutan Bayaran Balik

    Syarikat KerajaanNegeri

    BadanBerkanun

    PihakBerkuasaTempatan

    Pelbagai Koperasi

    9

    2,055

    1,315

    912

    483

    123

    585

    21 23 23 12 9

    Carta

    19Tuntutan Dan Bayaran Balik Pinjaman Tahun 2016Mengikut Kategori Peminjam(RM juta)

    2015 2016

    Syarikat KerajaanNegeri

    BadanBerkanun

    Pelbagai Koperasi PihakBerkuasaTempatan

    8

    2,055

    1,431

    443 483

    12356

    18 23 12 12 9

    Carta

    20Perbandingan Bayaran Balik Pinjamanbagi Tahun 2015 dan 2016(RM juta)

    2015 2016

    Bekalan Air Pertanian PinjamanModal

    Infrastruktur PelbagaiPerindustrian

    250

    28583

    712

    425

    105

    470

    342

    721

    886

    1,726

    Carta

    18Pengeluaran Pinjaman Persekutuan MengikutSektor bagi Tahun 2015 dan 2016(RM juta)

    Jumlah tuntutan tahun 2016 bagi Pinjaman Persekutuan berjumlah RM2,865 juta manakala bayaran balik adalah sebanyak RM2,705 juta. Perbandingan jumlah Tuntutan Dan Bayaran Balik Pinjaman Persekutuan mengikut kategori peminjam bagi tahun 2016 adalah seperti di Carta 19.

    Bayaran balik Pinjaman Persekutuan tahun 2016 meningkat sebanyak RM737 juta (37.45%) kepada RM2,705 juta berbanding RM1,968 juta pada tahun 2015. Bayaran balik Pinjaman Persekutuan yang terbesar adalah daripada Syarikat sebanyak RM2,055 juta (75.97%) diikuti Kerajaan Negeri sebanyak RM483 juta (17.85%), Badan Berkanun sebanyak RM123 juta (4.55%) dan RM44 juta (1.63%) daripada Koperasi, Pihak Berkuasa Tempatan dan Pelbagai. Perbandingan jumlah Bayaran Balik Pinjaman Persekutuan bagi tahun 2015 dan 2016 adalah seperti di Carta 20.

    Kerajaan Persekutuan telah mewujudkan struktur pembiayaan dan terma bersesuaian bagi pinjaman yang diberikan kepada agensi dari sektor terpil ih. Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan masih menghadapi risiko terutamanya dari segi keupayaan pembayaran balik pinjaman dan daya maju industri yang diceburi peminjam bagi menjana aliran tunai. Sehubungan itu, perancangan teliti, pemantauan berterusan dan struktur pembiayaan yang berkesan adalah perlu bagi memastikan pelaburan strategik ini kekal sebagai salah satu agenda Kerajaan untuk mencapai status negara maju dan rakyat berpendapatan tinggi.

    4. LAN (BM) new.indd 32 7/14/17 9:02 AM

  • 33PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 2016

    LAPO

    RAN

    AKAU

    NTAN

    NEG

    ARA

    Maklumat lanjut boleh dirujuk kepada Nota 8(a), Nota Kepada Penyata Kewangan dan Lampiran 3 – Penyata Akaun Memorandum Pinjaman dan Pendahuluan Boleh Dituntut.

    Memorandum Pelaburan

    Pelaburan di dalam Syarikat, Badan Berkanun dan Agensi Antarabangsa adalah merupakan sebahagian daripada aset kewangan Kerajaan Persekutuan. Pelaburan ini dipertanggungkan kepada Perbelanjaan Mengurus atau Pembangunan tetapi tidak dinyatakan di Penyata Kedudukan Kewangan. Walau bagaimanapun, pegangan ekuiti Kerajaan Persekutuan di dalam agensi-agensi tersebut dinyatakan dalam Penyata Akaun Memorandum Pelaburan.

    Pada tahun 2016, Kerajaan Persekutuan mempunyai kepentingan di dalam 110 entiti yang terdiri daripada satu (1) Agensi Antarabangsa, enam (6) Badan Berkanun dan 103 Syarikat dengan nilai pelaburan berjumlah RM30,926 juta. Sejumlah RM38 juta (0.12%) merupakan pelaburan dalam Agensi Antarabangsa, RM1,219 juta (3.94%) adalah pelaburan dalam Badan Berkanun dan RM29,669 juta (95.94%) adalah pelaburan dalam Syarikat. Carta 21 menunjukkan pecahan jumlah pelaburan Kerajaan Persekutuan mengikut entiti pada tahun 2016.

    Pada tahun 2016, terdapat peningkatan pelaburan sebanyak RM610 juta (2.01%) kepada RM30,926 juta berbanding RM30,316 juta pada tahun 2015. Peningkatan tersebut disumbangkan sepenuhnya oleh pertambahan jumlah pelaburan dalam ekuiti Syarikat sepanjang tahun 2016. Tiada perubahan pada nilai pelaburan di dalam Agensi Antarabangsa dan Badan Berkanun pada tahun 2016. Carta 22 menunjukkan perbandingan jumlah pelaburan bagi tempoh lima (5) tahun.

    Agensi Antarabangsa0.12%

    Syarikat95.94%

    Badan Berkanun3.94%

    Pelaburan Kerajaan Persekutuan Tahun 2016Mengikut Entiti

    Carta

    21

    RM30,926 juta

    Carta

    22Pelaburan Kerajaan Persekutuan(RM juta)

    28,110

    1,219 1,219 1,219 1,219 1,21938 38 38 38 38

    29,679 30,208 30,316 30,926

    26,85328,422 28,951

    29,059 29,669

    Badan BerkanunAgensi Antarabangsa Syarikat

    2012 2013 2014 2015 2016

    Sepanjang tahun 2016, terdapat pertambahan ekuiti yang dipegang oleh Kerajaan Persekutuan sebanyak RM983 ju ta yang me l iba tkan lima (5) buah syarikat dan pengurangan pegangan ekuiti bernilai RM373 juta bagi tiga (3) buah syarikat. PETRONAS masih kekal sebagai penyumbang utama kepada dividen pelaburan dengan nilai dividen sebanyak RM16,000 juta daripada jumlah keseluruhan sebanyak RM19,751 juta bagi tahun 2016.

    Maklumat lanjut boleh dirujuk kepada Nota 8(b), Nota Kepada Penyata Kewangan dan Lampiran 4 – Penyata Akaun Memorandum Pelaburan.

    4. LAN (BM) new.indd 33 7/14/17 9:02 AM

  • PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 201634

    LAPO

    RAN

    AKAU

    NTAN

    NEG

    ARA

    LIABILITI

    Hutang Persekutuan

    Kedudukan Hutang Persekutuan pada tahun 2016 adalah berjumlah RM648,475 juta. Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak RM17,935 juta (2.84%) berbanding RM630,540 juta pada tahun 2015. Hutang Persekutuan terdiri daripada sumber pembiayaan dalam dan luar negeri. Pinjaman dalam negeri merangkumi terbitan sekuriti hutang dalam negeri manakala hutang dari sumber luar negeri terdiri daripada terbitan sekuriti luar negeri dan bantuan luar negeri yang merupakan pinjaman berjangka dari kerajaan dan institusi luar negeri.

    Perbandingan kedudukan Hutang Persekutuan, Kos Kewangan dan Nisbah Hutang Kepada KDNK bagi tempoh lima (5) tahun adalah seperti di Carta 23.

    sekuriti hutang, caj komitmen dan bayaran pengurusan bagi mendapatkan pinjaman. Peratus Hutang Persekutuan berbanding KDNK adalah terkawal pada kadar 52.75% yang menunjukkan penurunan berbanding 54.50% pada tahun 2015.

    Pinjaman dalam negeri merangkumi terbitan sekuriti hutang iaitu Bil Perbendaharaan, Terbitan Pelaburan Kerajaan dan Sekurit i Kerajaan Malaysia. Pada tahun 2016, Sekuriti Kerajaan Malaysia kekal menjadi penyumbang terbesar hutang daripada sumber dalam negeri iaitu sebanyak RM357,422 juta (57.20%), meningkat sebanyak RM17,359 juta berbanding tahun 2015. Ini diikuti oleh Terbitan Pelaburan Kerajaan dengan jumlah RM234,500 juta (37.53%) dengan peningkatan sebanyak RM20,500 juta. Sukuk Perumahan Kerajaan kekal tidak berubah pada RM28,400 juta (4.55%). Baki 0.72% merupakan Bil Perbendaharaan jangka pendek dengan jumlah RM4,500 juta yang menurun sebanyak RM200 juta berbanding tahun 2015. Mulai tahun 2016, pinjaman berjangka bagi membiayai Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan dikeluarkan dari pelaporan selaras dengan pengkorporatan Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam. Carta 24 memberi gambaran ringkas kedudukan Hutang Persekutuan dari sumber pinjaman dalam negeri bagi tempoh lima (5) tahun.

    Carta

    23Kedudukan Hutang Persekutuan(RM juta)

    20162015201420132012

    Luar Negeri

    Dalam Negeri

    484,769

    16,848

    19,538

    53.58% 54.84%56.06% 54.50%

    52.75%

    523,095

    16,762

    20,776

    566,052

    16,776

    22,588

    609,063

    21,477

    24,283

    624,822

    23,653

    26,480

    539,857 582,828 630,540 648,475501,617

    Nisbah Hutang kepada KDNK (%)

    Kos Kewangan

    Carta

    24Pinjaman Dalam Negeri(RM juta)

    20162015201420132012

    484,769 523,095 566,052 609,063 624,822

    2,399

    42,400

    41,20026,20020,400

    21,90028,400

    28,400

    143,500

    4,320 4,320 4,320 4,700 4,500

    292,150

    305,075329,632

    340,063

    357,422

    172,500185,500 214,000 234,500

    Sukuk Perumahan Kerajaan Pinjaman Berjangka PinjamanPerumahan

    Sekuriti Kerajaan Malaysia Terbitan Pelaburan Kerajaan

    Bil Perbendaharaan

    Hutang Persekutuan didominasi oleh sumber dalam negeri dengan jumlah RM624,822 juta (96.35%) berbanding RM23,653 juta (3.65%) dari sumber luar negeri. Kos Kewangan Hutang Persekutuan bagi tahun 2016 pula menunjukkan peningkatan sebanyak RM2,197 juta (9.05%) kepada RM26,480 juta berbanding RM24,283 juta pada tahun 2015. Jumlah ini merangkumi perbelanjaan pembayaran faedah, diskaun atas

    4. LAN (BM) new.indd 34 7/14/17 9:02 AM

  • 35PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 2016

    LAPO

    RAN

    AKAU

    NTAN

    NEG

    ARA

    (2.29%) kepada RM6,442 juta pada tahun 2016 berbanding RM6,298 juta pada tahun 2015. Jumlah tersebut terdiri daripada pinjaman Bilateral berjumlah RM5,944 juta dan pinjaman Multilateral berjumlah RM498 juta. Perbandingan baki belum selesai bagi Bantuan Luar Negeri bagi tahun 2012 hingga 2016 adalah seperti di Carta 26.

    Pegangan bukan pemastautin bagi sekuriti hutang dalam negeri meningkat sebanyak RM14,670 juta (8.28%) kepada RM191,784 juta (30.69%) pada tahun 2016 berbanding RM177,114 juta (30.16%) pada tahun 2015. Perbandingan pegangan pemastautin berbanding bukan pemastautin bagi sekuriti hutang dalam negeri adalah seperti di Jadual 5.

    Jadual 5Pegangan Pemastautin dan Bukan Pemastautin

    Sekuriti Hutang Dalam Negeri

    Sekuriti Hutang

    Pemastautin(RM juta) %

    Bukan Pemastautin

    (RM juta)% Jumlah(RM juta)

    Bil Perbendaharaan 2,724 60.53 1,776 39.47 4,500

    Terbitan Pelaburan Kerajaan

    212,972 90.82 21,528 9.18 234,500

    Sekuriti Kerajaan Malaysia

    188,942 52.86 168,480 47.14 357,422

    Sukuk Perumahan Kerajaan

    28,400 100.00 - 0.00 28,400

    Jumlah 433,038 69.31 191,784 30.69 624,822

    Hutang dari instrumen luar negeri kekal rendah pada kadar 3.65% daripada keseluruhan Hutang Persekutuan dengan ni la i setara Ringgit Malaysia pada 31 Disember 2016 berjumlah RM23,653 juta. Walau bagaimanapun, ni la i hutang luar negeri in i menunjukkan peningkatan sebanyak RM2,176 juta berbanding RM21,477 juta (3.41%) pada tahun 2015. Pinjaman pasaran luar negeri yang merupakan terbitan Sukuk Global adalah komponen utama instrumen hutang luar negeri. Dengan terbitan baharu bernilai USD1.5 bilion berbanding instrumen yang matang bernilai USD1.2 bilion, nilai setara sekuriti hutang luar negeri tersebut meningkat kepada RM17,211 juta berbanding RM15,179 juta pada tahun 2015. Kedudukan nilai setara pinjaman pasaran luar negeri bagi tahun 2012 hingga 2016 adalah seperti di Carta 25.

    Bantuan Luar Negeri yang merupakan pinjaman bersindiket dari institusi kewangan antarabangsa (Multilateral) dan kerajaan luar negeri (Bilateral) meningkat sebanyak RM144 juta

    Carta

    25Nilai Setara Pinjaman Pasaran Luar Negeri(RM juta)

    10,05210,791

    11,469

    15,179

    17,211

    2012 2013 2014 2015 2016

    Pinjaman Multilateral Pinjaman Bilateral

    Carta

    26Bantuan Luar Negeri(RM juta)

    6,795 5,971 5,307 6,298 6,442

    712

    721

    656

    647498

    2012 2013 2014 2015 2016

    6,083

    5,250

    4,651

    5,6515,944

    4. LAN (BM) new.indd 35 7/14/17 9:02 AM

  • PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 201636

    LAPO

    RAN

    AKAU

    NTAN

    NEG

    ARA

    Maklumat lanjut boleh dirujuk kepada Nota 9(a), Nota Kepada Penyata Kewangan dan Lampiran 5 - Penyata Akaun Memorandum Hutang Persekutuan.

    Pelbagai Liabiliti

    Jumlah pelbagai liabiliti pada tahun 2016 adalah sebanyak RM765 juta yang terdiri daripada Nota Kena Bayar, Sekuriti Tak Dituntut dan Akaun Depositori Pusat. Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak RM55 juta (7.75%) berbanding RM710 juta pada tahun 2015. Faktor peningkatan ini disebabkan oleh pertambahan Nota Kena Bayar sebanyak RM56 juta (8.33%) kepada RM728 juta pada tahun 2016 berbanding RM672 juta pada tahun 2015. Walau bagaimanapun, peningkatan ini tidak mendedahkan Kerajaan Malaysia kepada risiko yang besar kerana ia merupakan pertambahan amaun Securities Custody Account yang dipegang bagi pihak Bank Pembangunan Asia dan Pertubuhan Pembangunan Antarabangsa atas sekuriti hutang Kerajaan yang telah dilanggan.

    Lain-lain item pelbagai liabiliti pada tahun 2016 tidak menunjukkan perubahan yang ketara berbanding tahun 2015. Sekuriti Tak Dituntut yang diserahkan kepada Akauntan Negara Malaysia menurut peruntukan Seksyen 65 Akta Pemegang Amanah 1949, Seksyen 36 Akta Syarikat Amanah 1949 dan Seksyen 353 Akta Syarikat 1965 menunjukkan sedikit penurunan kepada RM23 juta pada tahun 2016 berbanding RM24 juta pada tahun 2015. Akaun Depositori Pusat yang merujuk kepada sekuriti yang dikreditkan ke akaun Akaun Depositori Pusat Kementerian Kewangan Malaysia selaras dengan peruntukan Seksyen 14, 29 dan 30 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) (Pindaan) (No.2) 1998 (SICDA) tidak berubah dengan jumlah RM14 juta. Akauntan Negara bertindak bagi pihak Kerajaan selaku pemegang amanah atas Sekuriti Tak Dituntut dan Akaun Depositori Pusat. Ia tidak melibatkan sebarang risiko dan ketidaktentuan yang material.

    Perbandingan baki Pelbagai Liabiliti mengikut komponen bagi tempoh lima (5) tahun adalah seperti di Carta 27. Maklumat lanjut boleh dirujuk kepada Nota 9(b), Nota Kepada Penyata Kewangan.

    Sekuriti Tak Dituntut danAkaun Depositori Pusat

    Nota Kena Bayar

    Carta

    27Pelbagai Liabiliti(RM juta)

    276 287 318 710 765

    37 3637

    38

    37

    2012 2013 2014 2015 2016

    239 251281

    672

    728

    Liabiliti Luar Jangka

    Liabiliti Luar Jangka akan menjadi liabiliti sebenar Kerajaan sekiranya entiti berkenaan gagal memenuhi obligasi perjanjian atau berlaku sesuatu peristiwa tertentu.

    Maklumat