203 hadis berkenaan hutang

51
HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI, SAHIH MUSLIM, SUNAN AT-TERMIZI, SUNAN AN-NASAI, SUNAN IBNU MAJJAH, SUNAN ABU DAUD, KATAKUNCI: “HUTANG” Jumlah Carian: 203 Hadis SUMBER CARIAN: http://sigir.uitm.edu.my/webhadis/ Disalin Oleh: Suhaimi Mohamed Sharif https://www.facebook.com/suhaimisarip Fb: kursuspercumadotcom April 2014.

Upload: suhaimi-mohamed-sharif

Post on 20-Jun-2015

2.735 views

Category:

Spiritual


0 download

DESCRIPTION

203 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI SAHIH MUSLIM SUNAN AT-TERMIZI SUNAN AN-NASAI SUNAN IBNU MAJJAH SUNAN ABU DAUD

TRANSCRIPT

Page 1: 203 hadis berkenaan hutang

HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI, SAHIH MUSLIM, SUNAN AT-TERMIZI, SUNAN AN-NASAI,

SUNAN IBNU MAJJAH, SUNAN ABU DAUD,

KATAKUNCI: “HUTANG”

Jumlah Carian: 203 Hadis

SUMBER CARIAN: http://sigir.uitm.edu.my/webhadis/

Disalin Oleh: Suhaimi Mohamed Sharif

https://www.facebook.com/suhaimisarip

Fb: kursuspercumadotcom

April 2014.

Page 2: 203 hadis berkenaan hutang

Disclaimer:

Sebarang kemuskilan mengenai hadis.

Sila rujuk kepada Ahli hadis mengenai syarah dan penerangan hadis.

Sila Rujuk kepada Kitab Hadis yang diberikan.

Saya hanya mengumpulkan terjemahan dan menyalin semula untuk memudahkan rujukan.

Terjemahan dalam bahasa Indonesia.

Mungkin ada kesilapan ejaan atau makna pada terjemahan.

Page 3: 203 hadis berkenaan hutang

HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA hutang BERJAYA MENCAPAI 203 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH

BUKHARI SAHIH MUSLIM SUNAN AT-TERMIZI SUNAN AN-NASAI SUNAN IBNU MAJJAH SUNAN ABU

DAUD

Sumber: http://sigir.uitm.edu.my/webhadis/

1 Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1325.

Muhammad bin Basyar menceritakan kepada kami, Abdurrahman bin Mahdi menceritakan kepada kami,

Sofyan menceritakan kepada kami dari Abu Zinad dari A'raj dari Abu Hurairah dari Nabi Saw bersabda:

"Menunda-nundanya orang kaya untuk membayar hutang (memberi hak kepada orang lain) adalah

Zalim. Maka apabila seorang diantara kamu dipindahkan hutang piutangnya kepada orang yang punya,

hendaklah ia mengikutinya." Di dalam bab ini ada hadis yang diriwayatkan dari Ibnu Umar dan Syarid.

hadisnya Abu Hurairah adalah hadis hasan sahih. Arti hadis ini adalah: Bahwasanya ketika salah seorang

dari padamu dipindahkan hutang piutangnya kepada orang yang mampu membayarnya, maka

hendaknya ia mahu mengikutinya. Sebahagian ulama' berkata: "Ketika seorang lelaki dipindahkan

hutang piutangnya kepada orang yang mampu membayarnya dan dia mahu atas perpindahan itu, maka

lepaslah tanggungan orang yang memindahkan (muhil), dan bagi orang yang dihutangi (muhtal) tidak

boleh meminta kembali kepada muhil. Dan inilah pendapat Syafi'i, Ahmad dan Ishaq. Sebahagian ulama'

berkata: "Ketika rusak (habis) harta bendanya muhtal kerana bangkrutnya muhal alaih (orang yang

berhutang kepada muhil atau orang yang menanggung hutangnya muhil atas muhtal) maka boleh bagi

muhtal untuk meminta kembali hutang piutangnya kepada muhil. Para ulama' berhujjah dengan

pendapat Utsman dan yang lainnya ketika mereka berkata: "Tidaklah atas harta orang muslim hilang

musnah". Ishaq berkata untuk menjelaskan hadisnya Usman, yaitu: Tidaklah atas harta seorang muslim

itu hilang musnah. Ini apabila seorang lelaki memindahkan hutang piutangnya kepada orang lain dan

orang yang dipindahkan hutangnya mengetahui bahawa orang yang bakal bayar hutang adalah orang

mampu dan ketika itu orang mampu itu bangkrut, maka tidaklah atas harta benda orang muslim

(muhtal) itu hilang musnah."

2 Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2435.

Mewartakan kepada kami Abu Kuraib; mewartakan kepada kami Risydin bin Sa'ad dan 'Abdurrahman

bin Al-Muharibiy dan Abu Usamah dan Ja'far bin 'Aun, dari Ibnu An'um, dia Abu Kuraib berkata:

Mewartakan kepada kami Waki', dari Sufyan, dari Ibnu An'um, dari 'Imran bin 'Abdu Al-Ma'afiriy, dari

'Abdullah bin 'Amr, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya- hutang itu akan sentiasa

diminta pembayarannya dari orang yang berhutang jika dia mati pada hari kiamat. Kecuali orang yang

berhutang kerana tiga hal: Seseorang yang lemah kekuatannya dalam jihad fii sabilillah lalu dia

berhutang untuk memperkuat dirinya dalam memerangi musuh Allah dan musuhnya; dan seseorang

yang berada di samping orang muslim yang mati, sedangkan dia tidak mendapati sesuatu yang dapat

dipakai untuk mengkafaninya dan menutupinya kecuali dengan hutang; dan seseorang yang takut

kepada Allah atas dirinya kalau tetap membujang, lalu dia menikah kerana takut terhadap agamanya.

Maka sesungguhnya Allah akan membayar hutang mereka itu pada hari kiamat". Dalam Az-Zawa-id:

Page 4: 203 hadis berkenaan hutang

Dalam isnadnya 'Abdurrahman bin Ziyad bin An'um AsySyaibaniy, seorang Qadhi (hakim) dari Afrika, dia

daif. Ahmad, Ibnu Ma'in dan An-Nasa-iy serta yang lain melemahkannya.

3 Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2286.

Imran bin Musa Al-Qazzaz Al-Bashri menceritakan kepada kami. Hammad bin Zaid memberitahukan

kepada kami, Ali bin Zaid memberitahukan kepada kami dari Abi Nadhrah dari Abi Said AI-Khudri

berkata: "Rasulullah melakukan solat pada suatu hari diwaktu siang. Kemudian beliau berdiri untuk

berkhutbah lalu tidak meninggalkan urusan apapun yang terjadi sampai datangnya hari kiamat

melainkan beliau memberitahukannya kepada kami menghafalnya orang yang menghafalnya dan

melupakannya orang yang melupakannya. Di antara apa yang beliau sabdakan: "Sesungguhnya dunia itu

adalah hijau serta manis dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu sebagai khalifah padanya, lalu Dia

memandang bagaimana kamu berbuat. Ingatlah takutlah kepada (tipu daya) dunia dan takutlah kepada

(tipu daya) wanita. Termasuk apa yang beliau sabdakan: "Ingatlah janganlah kewibawaan manusia

mencegah seseorang untuk berkata tentang kebenaran jika mengetahuinya". Rawi berkata: lalu Abu

Said menangis kemudian dia berkata: "Sungguh demi Allah kami mengerti beberapa hal lalu kami takut

mengatakannya. Di antara apa yang beliau sabdakan: "Ingatlah sesungguhnya ditegakkan bendera bagi

setiap pengkhianat di hari kiamat sesuai dengan khianatnya dan tidak ada khianat yang lebih berat dari

pada khianat seorang pemimpin yang mengurusi kemashlahatan umum, ditancapkan benderanya pada

pantatnya. Di antara apa yang kami hafal pada waktu itu: "Ingatlah sesungguhnya anak Adam diciptakan

dengan tingkatan yang bermacam-macam. Di antara mereka ada orang yang dilahirkan dalam keadaan

mukmin, hidup dalam keadaan mukmin, dan mati dalam keadaan mukmin. Di antara mereka ada yang

dilahirkan dalam keadaan kafir, hidup dalam keadaan kafir, dan mati dalam keadaan kafir. Di. antara

mereka ada yang dilahirkan mukmin, hidup dalam keadaan mukmin dan mati dalam keadaan kafir. Di

antara mereka ada yang dilahirkan dalam keadaan kafir, hidup dalam keadaan kafir dan mati dalam

keadaan mukmin. Ingatlah di antara mereka ada orang yang lambat marah tapi cepat kembali, dan

diantara mereka ada yang cepat marah lambat kembali. Ingatlah sebaik-baik mereka adalah orang yang

lambat marah, cepat kembali, dan seburuk-buruk mereka adalah orang yang cepat marah lambat

kembali. Ingatlah sesungguhnya di antara mereka ada orang yang baik pembayaran hutangnya baik

penagihannya, dan diantara mereka ada orang yang buruk pembayaran hutangnya baik penagihannya,

dan di antara mereka ada orang yang baik pembayaran hutangnya buruk penagihannya, maka orang itu

sama dengan orang ini. Ingatlah di antara mereka ada orang yang buruk pembayaran hutangnya buruk

penagihannya. Ingatlah sebaik-baik mereka adalah orang yang baik pembayaran hutangnya baik

penagihannya. Ingatlah seburuk-buruk mereka adalah orang yang buruk pembayaran hutangnya buruk

penagihannya. Ingatlah sesungguhnya marah itu seperti bara api di hati anak Adam, apakah kamu tidak

melihat kepada kemerahan kedua matanya dan menggembungnya otot-otot lehernya. Barang siapa

merasakan timbulnya sesuatu tadi, maka hendaklah dia menempelkan dirinya di bumi". Dia berkata:

"Lalu kami memperhatikan matahari, apakah ada sesuatu yang tertinggal dari padanya? Rasulullah SAW

bersabda: "Ingatlah sesungguhnya tidak tersisa dari hari-hari dunia terhadap hari-hari yang telah lewat

melainkan sebagaimana waktu yang tersisa dari hari mu ini terhadap waktu yang telah lewat." Hadis ini

adalah hasan. Dalam bab ini terdapat hadis dari Al-Mughirah bin Syubah, Abi Zaid bin Akhthab,

Page 5: 203 hadis berkenaan hutang

Hudzaifah dan Abi Maryam. Mereka menyebutkan: (bahawa Rasulullah SAW menceritakan kepada

mereka kejadian yang terjadi sampai datangnya dari kiamat).

4 Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 4531.

Dari Zaid ibnu 'Amr ibnu Hind dari Imran ibnu Khudzaifah berkata: "Maimunah sering berhutang dan ia

banyak hutangnya, sehingga keluarganya memakinya dan memarahinya. la berkata: "Aku tidak akan

mati meninggalkan hutang kerana aku telah mendengar kekasihku Rasulullah saw bersabda: "Tiada

seorangpun yang pernah berhutang, kemudian Allah tahu bahawa ia ingin melunasi hutangnya,

melainkan pasti Allah akan melunasi hutangnya selagi ia masih di dunia".

5 Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1932.

Dari Jabir katanya: "Biasanya Nabi saw tidak mahu mensolatkan jenazah seorang yang masih

mempunyai tanggungan hutang. Ketika dibawa kehadapan beliau jenazah seseorang, maka beliau

bertanya: "Apakah orang ini masih mempunyai tanggungan hutang?" Jawab Kaumnya: "Ya, dia masih

mempunyai tanggungan hutang sebanyak 2 Dinar". Sabda Nabi: "Kalau begitu, solatkanlah jenazah

orang itu". Kata Abu Qatadah pada Rasulullah saw: "Solatkanlah dia, aku yang akan menanggung hutang

orang ini". Dengan ucapan Abu Qatadah ini, maka beliau saw mahu mensolatkan jenazah itu. Setelah

Allah memberi harta yang banyak pada Rasulullah saw, maka beliau bersabda: "Aku adalah wali bagi

setiap mukmin. Barangsiapa yang meninggal dunia sedang dia masih mempunyai tanggungan hutang,

maka aku yang akan menanggungnya. Dan barangsiapa yang meninggal dunia sedangkan dia

meninggalkan harta waris, maka harta waris itu menjadi hak ahli warisnya."

6 Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2406.

Mewartakan kepada kami Muhammad bin Ash-Shabbah; mewartakan kepada kami 'Abdul-Aziz bin

Muhammad Ad-Darawardiy, dari 'Amr bin Abu 'Amr, dari 'Ikrimah, dari Ibnu 'Abbas, bahawasanya pada

masa Rasulullah saw., ada seseorang yang menagih orang yang berhutang kepadanya sebanyak sepuluh

dinar. Maka orang yang berhutang tersebut berkata: "Aku tidak punya sesuatu yang dapat aku bayarkan

kepadamu". Maka dia berkata: "Tidak demi Allah, aku tidak akan meninggalkanmu sampai engkau

membayarku atau engkau mendatangkan seorang penjamin kepadaku". Maka dia menyeret orang

tersebut kepada Nabi saw. Kemudian Nabi saw. berkata padanya: Berapa hari* engkau memberinya

tempoh?" "Sebulan." Jawabnya. Lalu Rasulullah saw. berkata: "Aku yang akan menjaminnya". Maka

orang yang berhutang tersebut datang kepadanya, pada waktu yang telah ditentukan oleh Nabi saw.

Kemudian Nabi saw. berkata kepadanya: "Darimana engkau mendapatkan barang ini?" "Dari Ma'din".

Jawabnya. Beliau berkata: "Tidak ada kebaikan di sana". Dan beliaupun membayar hutang orang

tersebut.

Page 6: 203 hadis berkenaan hutang

7. Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1165.

Dari Khabbab r.a., katanya: Saya adalah seorang tukang besi di zaman jahiliah. 'Ash bin Wail berhutang

kepada saya beberapa dirham. Saya datang kepadanya menagih hutang itu. Ia menjawab: "Saya tidak

akan membayar hutang kepada mu sebelum engkau kafir dengan Muhammad." Saya berkata: "Tidak,

demi Allah! Saya tidak akan kafir dengan Muhammad s.a.w., walaupun engkau dimatikan Tuhan lalu

dihidupkannya kembali." Kata 'Ash: "Biarlah saya mati, kemudian dihidupkan kembali, lalu saya diberi

harta dan anak, baru saya bayar hutang saya kepada mu." Maka tidakkah engkau merasa hairan

memikirkan (wahai Muhammad), akan orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami serta

ia berkata: "Demi sesungguhnya aku akan diberikan harta kekayaan dan anak-pinak pada hari akhirat?"."

(Maryam, 77)

8.Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1116.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Sesungguhnya pernah dibawa orang kepada Rasulullah saw. jenazah

orang yang mempunyai hutang. Lalu sabda beliau,"Adakah dia meninggalkan harta untuk pembayar

hutangnya?" Kalau dikatakan kepada beliau bahawa mayat itu ada meninggalkan harta yang mencukupi

untuk pembayar hutangnya, maka mayat itu beliau solatkan. Tetapi, kalau tidak, beliau bersabda kepada

seorang muslim, "Solatkanlah temanmu itu!" Setelah Allah memberikan kemenangan demi kemenangan

bagi kaum Muslimin, beliau bersabda, "Aku lebih mengutamakan orang-orang mukmin daripada diri

mereka sendiri. Barangsiapa orang yang meninggal dunia, sedangkan ia meninggalkan hutang maka

tanggunganku membayarnya. Dan siapa yang meninggalkan warisan, maka warisan itu untuk ahli

warisnya."

9.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3492.

Dari Asy Sya'by dari Jabir ibnu Abdullah berkata: "Ayahku gugur sebagai syahid dalam perang Uhud, ia

meninggalkan enam anak perempuan, disamping itu ia meninggalkan hutang. Maka pada saat musim

memungut hasil kurma, aku datang pada Rasuulllah saw dan berkata pada beliau; "Wahai Rasulullah,

engkau tahu bahawa ayahku telah gugur sebagai syahid dalam perang Uhud, sedangkan ia meninggalkan

hutang yang banyak, kerana itu aku ingin mengajak engkau, agar orang-orang yang berpiutang sudi

memberi tempoh padaku". Sabda beliau: "Tumpuklah setiap hasil kurma ditempatnya masing-masing".

Maka aku melaksanakan petunjuk Rasulullah, kemudian aku mengundangnya. Ketika orang-orang

berpiutang melihat kehadiran beliau, maka seakan-akan mereka marah padaku saat itu. Setelah

Rasulullah saw tahu sikap mereka, maka beliau mengelilingi tumpukan kurma yang paling besar tiga kali,

kemudian beliau duduk di atasnya, setelah itu beliau bersabda padaku: "Panggillah orang-orang yang

berpiutang itu." Kemudian tak henti-hentinya beliau menakar korma itu untuk mereka, hingga

terbayarlah semua hutang ayahku, dan aku puas kerana Allah telah membayar semua hutang ayahku.

Sedangkan penghasilan kurmaku waktu itu seakan-akan tidak berkurang sedikitpun."

Page 7: 203 hadis berkenaan hutang

10.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2409.

Mewartakan kepada kami Ibrahim bin Al-Mundzir; mewartakan kepada kami Ibnu Abu Fudaik;

mewartakan kepada kami Sa'id bin Sufyan, Maula Al-Aslamiyyin, dari Ja'far bin Muhammad, dari

ayahnya, dari 'Abdullah bin Ja'far, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya Allah sentiasa

bersama orang yang berhutang, sehingga dia membayar hutangnya, selama hutang tersebut bukan

sesuatu yang dibenci Allah". Muhammad berkata: "Dan adalah 'Abdullah bin Ja'far berkata kepeda

bendaharawannya: "Pergilah engkau dan carikan hutang untukku. Karena sesungguhnya aku tidak suka

untuk bermalam kecuali Allah selalu bersamaku. Sesudah aku mendengarnya dari Rasulullah saw".

Dalam Az-Zawa-id: isnadnya sahih.

21.Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0903.

Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Seorang wanita dari suku Juhainah datang kepada Nabi saw., bertanya:

"Ibu saya bernazar untuk mengerjakan haji. Tetapi belum sempat ia menunaikannya, ia telah meninggal.

Bolehkan saya menunaikannya untuk beliau?" Jawab Nabi saw., "Ya, hajikanlah untuknya! Bagaimana

pendapatmu sekiranya ibumu berhutang, adakah engkau membayarnya? Bayarlah hutang kepada Allah,

kerana hutang kepada Allah lebih berhak untuk dibayar."

22 .Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0454.

Aisyah r.a. isteri Nabi saw. menceritakan, bahawasanya Nabi saw. mendoa dalam solat. Doanya:

"Allahumma inni a'udzubika' min 'adzabil qabri, wa a'udzu bika min fitnatil masihid dajjaal, wa a'udzu

bika min fitnatil mahyaa wa fitnaatil mamati, Allahumma inni a'udzu bika minal ma'tsam wal maghram."

(Wahai, Allah! Aku berlindung dengan Engkau dari seksa kubur, dan aku berlindung dengan Engkau dari

fitnah dajjal, dan aku berlindung dengan Engkau dari bencana kehidupan dan dari bencana kematian.

Wahai, Allah! Aku berlindung dengan Engkau dari segala dosa dan bencana hutang). Seseorang

bertanya, "Mengapa sering benar Tuan meminta perlindungan dari bencana hutang?" Jawab Nabi,

"Sesungguhnya apabila seseorang telah berhutang, biasanya apabila dia berkata dia dusta. Dan apabila

dia berjanji dia mungkir."

23.Hadis Sunan Abu-Daud Jilid 1. Hadis Nombor 0843.

Dari Aisyah R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. biasa berdoa dalam solat: "Allaahumma innii a'uudzu bika

min 'adzaabil qabri, wa a'uudzu bika min fitnatil masiihi d-dajjaali, wa a'uudzu bika min fitnatil mahyaa

wal mamaati. Allaahumma innii a'uudzu bika minal ma'tsami wal maghrami-wahai Allah, aku berlindung

kepada Engkau dari siksa kubur, aku berlindung kepada Engkau dari bencana dajjal Al Masih dan aku

berlindung kepada Engkau dari bencana hidup dan mati. Wahai Allah, sesungguhnya aku berlindung

kepada Engkau dari banyak dosa dan banyak hutang". Lalu seseorang (Aisyah) berkata: "Alangkah

seringnya engkau mohon lindungi dari banyak hutang?" Beliau bersabda: "Sesungguhnya seseorang

apabila telah biasa berhutang, dia berbicara lalu suka bohong, dan (apabila) berjanji, lalu suka mungkiri".

Hadis ini juga dikeluarkan oleh Bukhari, Muslim dan Nasaai.

Page 8: 203 hadis berkenaan hutang

24.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 4464.

Dari Sa'id ibnu Hanik berkata: Aku telah mendengar 'Irbadl ibnu Sariyah berkata: "Aku telah

menghutangkan seekor unta pada Rasulullah saw: Pada suatu hari, ketika aku datang pada beliau untuk

menagih hutang, maka beliau bersabda: "Tunggu dulu aku tidak akan melunasi pinjamanku padamu

melainkan dengan seekor unta yang bagus." Maka beliau mengembalikan pinjamannya padaku dengan

cara yang sebaik-baiknya." Dan ketika seorang Badwi datang menagih unta yang berumur satu tahun

pada beliau; beliau bersabda pada para sahabat: "Berikanlah padanya unta yang berumur satu tahun."

Kerana tiada unta yang berumur sekian, maka mereka memberi Badwi itu unta yang lebih besar. Kata

Badwi itu: "Unta ini lebih bagus daripada unta yang kupinjamkan padamu." Sabda beliau: "Sebaik-baik

kamu adalah orang yang paling baik dalam pengembalian hutangnya."

25.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2424.

Mewartakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah; mewartakan kepada kami Waki': mewartakan

kepada kami Isma'il bin Ibrahim bin 'Abdullah bin Abu Rabi'ah Al-Makhzumiy dari ayahnya, dari

kakeknya, bahawasanya Nabi saw. pernah berhutang padanya tiga puluh ribu atau empat puluh ribu

pada saat perang Hunain. Kemudian tatkala kembali, beliau melunasi hutang itu kepadanya. Kemudian

Nabi saw. berkata kepadanya: "Semoga Allah memberkahimu dalam keluargamu dan hartamu.

Sesungguhnya balasan bagi sebuah hutang adalah pelunasan serta pujian".

26.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2408.

Mewartakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah; mewartakan kepada kami 'Ubaidah bin Humaid,

dari Manshur dari Ziyad bin 'Amr bin Hind, dari Abu Hudzaifah (dia adalah 'Imran), dari UmmulMu-minin

Maimunah. 'Imran berkata: "Pernah Ummul-Mu-minin berhutang, maka salah seorang keluarganya

berkata: "Jangan engkau lakukan.", dan dia mencela dan melarangnya. Ummul-Mu-minin Maimunah

berkata: "Ya, sesungguhnya aku pernah mendengar Nabiku dan kekasihku saw. bersabda: "Tiada

seorang muslim yang berhutang, dan Allah mengetahui darinya, bahawa dia berniat membayarnya,

melainkan Allah akan menunaikan hutangnya itu di dunia".

27.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1332.

Abu Kuraib menceritakan kepada kami, Wakie' menceritakan kepada kami dari Ali bin Shaleh dari

Salamah bin Kuhail dari Abu Salamah dari Abu Hurairah berkata: "Rasulullah saw menghutang hewan

unta dan beliau membayar unta yang lebih bagus dari untanya. Lalu beliau bersabda: "Sebaik-baik kamu

semua adalah yang terbaik cara melunasi hutangnya." Di dalam bab ini ada hadis yang diriwayatkan dari

Abu Rafi'. Hadisnya Abu Hurairah adalah hadis hasan sahih. Syu'bah dan Sofyan telah meriwayatkan

hadis ini dari Salamah. Melaksanakan hadis ini menurut ulama', mereka berpendapat tidak jadi apa

menghutang unta muda dibayar dengan unta tua dan inilah pendapat Syafi'i, Ahmad dan Ishaq, dan

sebahagian ulama' ada yang melarangnya.

Page 9: 203 hadis berkenaan hutang

28.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2415.

Mewartakan kepada kami Ahmad bin 'Amr bin As-Sarh Al-Mishriy; mewartakan kepada kami 'Abdullah

bin Wahb; mengkhabarkan kepadaku Yunus, dari Ibnu Syihab, dari Abu Salamah, dari Abu Hurairah,

bahawasanya Rasulullah saw. pernah bersabda: "Pada masa Rasulullah saw., apabila ada seorang

mukmin yang mati, sedangkan dia menanggung hutang, maka beliau bertanya (lebih dahulu): "Apakah

dia meninggalkan sesuatu untuk membayar hutangnya?" Jika mereka, para sahabat menjawab ya, maka

beliau mensolatinya. Dan jika mereka menjawab tidak, maka beliau memerintah: "Solatilah teman kalian

itu". Kemudian tatkala Allah telah memberikan kemenangan-kemenangan atas Rasul-Nya, beliau

bersabda: "Saya lebih berhak (menanggung) atas orangorang mukmin dari pada diri mereka sendiri.

Barangsiapa mati, sedangkan dia menanggung hutang, maka sayalah yang akan menanggung

pembayarannya. Dan barangsiapa mati meninggalkan harta, maka ia untuk ahli warisnya".

29.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0650.

Qutaibah menceritakan kepada kami, Al-Laits memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Bukair

bin 'Abdullah bin Al-Asyajj dari 'lyadh bin 'Abdullah dari Sa'id Al-Khudri dimana ia berkata: "Pada masa

Rasulullah s.a.w. ada seorang laki-laki ditimpa musibah dalam buah-buahan yang ia perdagangkan lalu ia

mempunyai banyak hutang, kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: "Berzakatlah kamu sekalian

kepadanya". Maka orang-orang pun berzakat kepadanya, akan tetapi (yang ia terima) itu tidak cukup

untuk membayar hutangnya, kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda kepada orang-orang yang memberi

hutang kepadanya: "Ambillah apa yang kamu dapatkan dan kamu tidak dapat mengambil kecuali itu

(hasil pengumpulan zakat tadi)." Masalah yang sama diriwayatkan pula dari 'Aisyah, Juwairiyah dan

Anas. Abu 'Isa berkata: "hadis Abu Sa'id itu ddalah hadis hasan sahih."

30.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 4461.

Dari Abu Minhal berkata: Aku telah mendengar Ibnu Abas ra berkisah: "Ketika Rasulullah datang ke kota

Madinah, saat orang-orang sedang menghutangkan pohon kurma mereka selama dua tahun atau tiga

tahun. Maka Rasulullah saw melarang mereka. Sabda beliau: "Barang siapa menghutangkan suatu

barang, maka hendaklah ia menghutangkannya dengan takaran tertentu atau timbangan tertentu dalam

waktu yang tertentu pula."

31.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1931.

Kata Salamah ibnul Akwa': "Ketika dihadapkan pada Nabi jenazah seseorang agar disolatkan oleh beliau,

maka beliau bertanya: "Apakah orang ini masih mempunyai tanggungan hutang?" Jawab mereka: "Ya".

Tanya beliau: "Apakah dia mempunyai harta untuk membayar hutangnya?" Jawab mereka: "Tidak".

Sabda beliau: "Kalau begitu solatkanlah dia". Maka Abu Qatadah berkata pada Rasulullah saw:

"Solatkanlah dia dan aku yang akan menanggung hutang orang ini". Maka Rasulullah saw mensolatkan

jenazah orang itu."

Page 10: 203 hadis berkenaan hutang

32.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2429.

Mewartakan kepada kami Muhammad bin Yahya dan Yahya bin Hakim, keduanya berkata: Mewartakan

kepada kami 'Utsman bin 'Umar; memberitakan kepada kami Yunus bin Yazid, dari Az-Zuhriy, dari

'Abdullah bin Ka'ab bin Malik, dari ayahnya, bahawasanya dia menagih hutang Ibnu Abu Hadrad di

masjid, lantas suara mereka menjadi tinggi. Sehingga Rasulullah saw. mendengar suara mereka,

sedangkan beliau berada di rumahnya. Lalu beliau keluar menemui mereka berdua, dan memanggil

Ka'ab. Maka Ka'ab menjawab: "Labbaik (aku penuhi panggilanmu) ya Rasulullah!" Beliau memerintah:

Ringankanlah hutang orang ini" Sambil mengisyaratkan dengan tangannya sampai setengah. Ka'ab

berkata; "Aku telah kerjakan". Beliau berkata: "Bangkitlah dan bayarlah hutangmu padanya".

33.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2356.

Mewartakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah; mewartakan kepada kami Syababah; mewartakan

kepada kami Al-Laits bin Sa'ad, dari Bukair bin 'Abdullah bin Al-Asyaj dari 'lyadh bin 'Abdullah bin Sa'ad,

dari Abu Sa'id Al-Khudriy, dia berkata: "Di masa Rasulullah saw. ada seorang laki-laki yang terkena

musibah pada buah-buahan yang dibelinya, sehingga hutangnya menjadi banyak. Kemudian Rasul Allah

saw. bersabda: "Bersedekahlah kalian padanya." Lalu orang-orang bersedekah padanya, tetapi hasil

sedekah itu belum cukup untuk membayar hutangnya. Kemudian Rasulullah saw. bersabda: "Ambillah

apa saja yang kalian dapati, dan tidak ada lagi bagi kalian kecuali itu." Yakni; orangorang yang

menghutangi.

34.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3493.

Dari Asy Sya'by dan Jabir ra. bahawa ayahnya wafat dengan meninggalkan hutang, maka aku datang

pada Rasulullah saw. dan berkata: "Wahai Rasulullah, ayahku telah wafat dengan meninggalkan hutang,

sedangkan beliau tiada meninggalkan apa-apa kecuali hasil kebun kurmanya, dan hasil itu tidak akan

cukup melunasi hutangnya, melainkan setelah beberapa tahun, maka sertailah aku, wahai Rasulullah,

agar orang-orang yang berpiutang itu tidak mencerca ku." Setelah Rasulullah saw. datang ke kebun

kurma, beliau mengelilingi setiap tumpukan kurma, kemudian mengucapkan salam kepada

sekelilingnya, dan mendoakannya, kemudian beliau duduk di atasnya. Setelah itu beliau memangil

orang-orang yang berpiutang dan membayar mereka satu persatu dengan kurma itu. Anehnya, kurma

yang tersisa masih banyak yang mereka bawa."

35.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2174.

Bundar menceritakan kepada kami, Yazid bin Harun memberitahukan kepada kami, Sufyan

memberitahukan kepada kami, dari Abi Ishaq dari Al- Harits dari Ali bahawa dia berkata: "Sesungguhnya

kamu membaca ayat ini (Sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat dan sesudah dibayar hutang-

hutangmu) Surah An Nisa': ayat 11, Dan sesungguhnya Rasulullah SAW memutuskan melunasi hutang

sebelum wasiat dan sesungguhnya saudara-saudara seayah seibu saling mewarisi dengan tidak memberi

pembahagian waris kepada saudara seayah. Seseorang mewarisi saudaranya laki-laki seayah seibu

dengan tidak memberi pembahagian waris kepada saudara laki-laki seayah."

Page 11: 203 hadis berkenaan hutang

36.Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1113.

Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Seorang wanita datang bertanya kepada Rasulullah saw., katanya: "Ibuku

meninggal. Sedangkan dia punya hutang puasa selama sebulan. Bagaimana itu?" Jawab Rasulullah saw.,

"Bagaimana pendapatmu, andaikan dia mempunyai hutang kepada seseorang, adakah engkau bayar?"

Jawab wanita itu, "Tentu, ya Rasulullah!" Sabda Rasulullah saw., "Hutang kepada Allah lebih patut

dibayar?"

37.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1933.

Dari Abu Hurairah katanya: "Jika ada seorang mukmin meninggal dunia sedangkan dia masih

mempunyai tanggungan hutang, maka beliau bertanya pada keluarganya: "Apakah orang ini mempunyai

harta yang bisa dipakai untuk membayar hutangnya?" Jika mereka menjawab "Ya", maka Nabi saw

mahu mensolatkan jenazah orang itu. Tapi jika mereka mengatakan "Tidak", maka Nabi saw bersabda:

"Solatkanlah jenazah orang ini". Ketika Allah telah membukakan pintu kurnia-Nya bagi Rasulullah saw,

maka beliau bersabda: "Aku lebih pantas menjadi wali bagi setiap mukmin dari diri mereka sendiri. Jika

seorang mukmin meninggal dunia sedangkan dia masih mempunyai hutang, maka aku yang akan

membayarnya dan jika dia meninggalkan harta waris, maka harta waris itu menjadi hak ahli warisnya."

38.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2434.

Mewartakan kepada kami 'Abdurrahman bin Ibrahim Ad Dimasyqiy; mewartakan kepada kami Syu'aib

bin Ishaq; mewartakan kepada kami Hisyam bin 'Urwah, dari Wahb bin Kaisan, dari Jabir bin 'Abdullah,

bahawasanya ayahnya wafat, serta meninggalkan atasnya hutang kepada seorang Yahudi sebanyak tiga

puluh wasaq (kurma). Lalu Jabir bin 'Abdullah meminta tempoh kepadanya. Namun Yahudi itu menolak

memberinya tempoh. Maka Jabir mengadu Rasulullah saw., agar beliau sudi menolongnya. Maka

Rasulullah saw. 'mendatanginya, dan mengajak orang Yahudi itu berbicara, supaya dia mahu mengambil

buah pohon kurma Jabir sebagai penebus hutang yang menjadi tanggungannya. Namun dia menolak:.

Kemudian Rasulullah saw. kembali mengajaknya berbicara, namun dia menolak untuk memberi tempoh

kepada Jabir. Kemudian Rasulullah saw. masuk ke kebun kurma Jabir, serta berjalan di sana. Kemudian

berkata kepada Jabir: "Petiklah kurma itu serta tunaikan yang menjadi haknya". Lalu Jabir memetik

kurma tersebut baginya, sesudah Rasulullah saw. kembali, sebanyak tiga puluh wasaq, dan masih lebih

dua belas wasaq. Lantas Jabir datang menemui Rasulullah saw. untuk memberitahu beliau dengan apa

yang telah dia kerjakan, namun dia tidak mendapati Rasulullah saw. Maka ketika Rasulullah saw.

kembali, dia mendatanginya dan memberitahu bahawa dia telah menunaikan hutang tersebut pada

orang Yahudi. Dan dia juga memberitahu beliau dengan kelebihan yang ada. Maka Rasulullah saw.

berkata: "Beritahulah dengan kejadian itu kepada 'Umar bin Al Khaththab". Lalu Jabir pergi menemui

'Umar dan memberitahunya. Maka 'Umar berkata padanya: "Sungguh aku telah tahu ketika Rasulullah

saw. berjalan di kebun itu, (sebenarnya) Allah benar- benar memberkahi kebun itu".

Page 12: 203 hadis berkenaan hutang

39.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1282.

Hannad dan Ali bin Hujr menceritakan kepada kami mereka berkata: "Ismail bin Ayyasy menceritakan

kepada kami dari Syurahbil biq Muslim Al Khaulani dari Abu Umamah berkata: "Saya mendengar

Rasulullah saw bersabda didalam khutbahnya yaitu pada tahun haji wada: "Pinjaman itu harus

dikembalikan penjamin (hutang) wajib mengembalikan hutang, dan hutang itu wajib dibayar." Di dalam

bab ini ada hadis yang diriwayatkan dari Samurah, Shofwan bin Umayyah dan Anas. Hadis ini

diriwayatkan juga dari beberapa rawi dari Abu Umamah dari Nabi saw.

40.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2425.

Mewartakan kepada kami Muhammad bin 'Abdul-A'la AshShan'aniy; mewartakan kepada kami Mu'tamir

bin Sulaiman dari ayahnya, dari Hanasy, dari 'Ikrimah, dari Ibnu 'Abbas dia berkata: "Seseorang datang

menagih hutang kepada Nabi saw. atau menuntut hak. Dia berbicara dengan ucapan yang tidak enak,

sehingga para sahabat Rasulullah saw. bermaksud memukulinya. Kemudian Rasulullah saw. berkata:

"Biarkanlah dia. Sesungguhnya pemilik hutang mempunyai kuasa atas orang yaag dihutanginya,

sehingga dia membayarnya". Dalam Az-Zawa-id: Dalam isnadnya ada Hanasy, namanya adalah Husain

bin Qais, juga dipanggil Abu 'Ali Ar-Rahbiy. Dilemahkan oleh Ahmad, Ibnu Ma'in, Abu Hatim serta Abu

Zur'ah.

41.Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1157.

Dari Jabir bin Abdullah r.a., ia bercerita bahawa bapanya meninggal dunia dengan berhutang sebanyak

tiga puluh wasq kepada seorang laki-laki Yahudi. Jabir minta agar hutang itu ditangguhkan, tetapi orang

Yahudi itu tidak mahu. Jabir menceritakan hal ini kepada Rasulullah saw. Untuk minta pertolongan

beliau terhadap orang Yahudi itu. Beliau pergi kepada orang Yahudi itu, lalu minta orang Yahudi itu

mengambil buah kurma Jabir sebanyak piutangnya. Orang Yahudi itu tetap tidak mahu. Rasulullah saw.

Masuk ke dalam kebun itu dan terus berjalan di dalamnya. Kemudian beliau berkata kepada Jabir:

"Petiklah buah kurma itu untuk orang Yahudi itu dan cukupkan haknya." Lalu Jabir memetiknya setelah

Rasul pergi. Dipetiknya tiga puluh wasq, dan masih masih tinggal untuknya tujuh belas wasq lagi.

Kemudian Jabir pergi menghadap Rasulullah saw. Untuk menceritakan apa yang telah terjadi.

Dijumpainya beliau sedang solat Asar. Setelah beliau selesai solat, langsung diceritakannya buah kurma

yang berlebih-lebih itu. Beliau bersabda: "Ceritakanlah hal itu kepada Umar bin Khattab." Jabir pun

pergilah kepada Umar menceritakan hal itu. Umar berkata kepadanya: Saya tahu bahawa sewaktu

Rasulullah saw. Berjalan dalam kebun itu, sebenarnya beliau memintakan berkat untuk kebun itu.

42.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 5241.

Dari Zakaria ibnu Ishak dari 'Amr ibnu Dinar dari Abu Sya'sya' dari Ibnu Abbas, bahawasanya seorang

lelaki telah datang kepada Rasulullah saw seraya bertanya: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya ayahku

sudah sangat tua, apakah aku boleh menunaikan ibadat haji untuknya?" Jawab beliau: "Ya, bagaimana

pendapatmu andaikan ayahmu menanggung hutang, kemudian kamu membayarnya, apakah itu dapat

melunasi hutangnya?"

Page 13: 203 hadis berkenaan hutang

43.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1076.

Abu Fadhal Maktum bin Abbas menceritakan kepada kami ia berkata:"Abdullah bin Shalih menceritakan

kepada kami Al Laits menceritakan kepada kami,Uqail menceritakan kepada kami dari Ibnu Syihab,Abu

Salamah bin Abdurrahman memberitahukan kepada kami dari Abu Hurairah, sesungguhnya Rasulullah

saw bersabda:"Apakah tanggungnya hutangnya ada yang mahu membayarnya?"Jikalau beliau diberitahu

bahawa ia meninggalkan janji untuk membayarnya, maka Rasulullah saw mensolatinya dan kalau tidak

diberitahu, maka Rasulullah saw bersabda kepada orang-orang muslim,solatkanlah atas teman-

temanmu".Dan ketika Allah telah membuka keluasan rezeki,Rasulullah saw berdiri(diatas mimbar)dan

bersabda:"Saya lebih utama dari orang-orang mukmin atas dirinya sendiri,barang siapa meninggal dari

orang-orang mukmin yang punya hutang, maka akulah yang membayarnya dan barang siapa

meninggalkan harta benda,maka harta benda,itu untuk ahli warisnya." Abu Isa berkata:hadis ini hasan

sahih,hadis ini telah diriwanyatkan oleh yahya binn Bukair dan yang lainnya dari Al Laits bin Sa'ad.

44.Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2335.

Dari Suhail r.a. katanya: "Abu Shalih menyuruh kami apabila kami hendak tidur supaya berbaring ke

rusuk kanan, kemudian membaca doa: "Allahumma rabbas samaawaati wa rabbal ardhi wa rabbal 'arsyil

'azhim, rabbanaa wa rabba kulli syai-in, faaliqal habbi wan nawaa, wa munzilat Tauraati wal Injiili wal

Furqaan. A 'udzu bika min syarri kulli syai-in anta aakhidzu binaashiyatihi. AIlahumma antal awwallu

falaisa qablaka syai-un, wa antal aakhiru falaisa ba'daka syai-un, wa antazh zhaahiru falaisa fauqaka

syaiun, wa antal baathinu falaisa duunaka syai-un. aqdhi 'annad dayna wa aghnina minal faqri." ( Wahai

Allah! Tuhan langit dan bumi, Tuhan Arasy yang agung, Tuhan kami dan Tuhan segala-galanya, Tuhan

yang membelah biji-bijian dan benih-benihan, Tuhan yang menurunkan Taurat, Injil dan Al-Quran. aku

berlindung dengan Engkau dari kejahatan segala sesuatu, Engkaulah yang memegang ubun-ubunnya.

Wakai Allah ! Engkaulah yang pertama-tama ada, tidak ada sesuatu sebelum Engkau. dan Engkaulah

yang akhir, tanpa ada sesuatu sesudah Engkau. Engkaulah yang zahir, tanpa ada sesuatu di atas Engkau,

Dan Engkau lah yang batin, tanpa ada sesuatu di bawah Engkau. Tolonglah lunaskan segala hutang-

hutang kami dan cukupkan segala kebutuhan kami ) Kata Suhail, hadis ini diriwayatkannya dari Abu

Hurairah yang menerimanya dari Nabi saw.

45.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 4455.

Dari Qatadah dari Anas ibnu Malik, bahawasanya pada suatu hari Anas datang pada Rasulullah saw

dengan membawa roti dan gandum dan lemak yang sudah basi (busuk). Ketika itu Rasulullah saw telah

meninggalkan baju besinya kepada seorang Yahudi di Madinah sebagai jaminan hutang beliau atas

hutang gandum untuk keperluan keluarganya."

46.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 4454.

Dari Aswad dari 'Aisyah ra berkata: "Rasulullah saw pernah membeli bahan makanan dari seorang

Yahudi secara menghutang, kemudian beliau meninggalkan baju besi beliau sebagai jaminan atau

hutangnya."

Page 14: 203 hadis berkenaan hutang

47.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 5318.

Menceritakan pada kami Salim ibnu Ghailan At-Tajibiy bahawa dia mendengar Darrajan Abu Samh,

bahawasanya dia mendengar Abu Haitsan, bahawa dia mendengar Abu Sa'id berkata: "Aku telah

mendengar Rasulullah saw dalam berdoa: "A'uudzu billaahi minal kufri waddaini (Aku berlindung

kepada-Mu ya Allah dari kekufuran dan hutang)." Seseorang bertanya: "Apakah sebanding hutang

dengan kufur?" Jawab beliau: "Ya"

48.Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0546.

Dari 'Aisyah r.a., isteri Nabi saw., katanya: "Nabi saw. sentiasa mendoa dalam solat: "Allahuma inni

a'udzubika min 'adzabil qabri, wa a'udzu bika min fitnatil masihid dajjal, wa a'udzu bika min fitnatil

mahya wal mamati. Allahumma inni a'udzu bika minal ma'tsam wal maghram." Lalu bertanya seorang

pedanya, "Berapa banyakkah hutang anda, sampai anda berlindung kepada Allah, ya Rasulullah?" Jawab

beliau, "Apabila seseorang terlibat hutang, kalau dia bicara biasa dusta, kalau dia berjanji biasa

mungkir."

49.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0045.

Mewartakan kepada kami Suwaid bin Said dan Ahmad bin Tsabit Al-Jahdariy keduanya berkata:

Mewartakan kepada kami AbdulWahhab Ats-Tsaqafiy, dari Jaafar bin Muhammad, dari ayahnya dari

Jabir bin 'Abdullah, dia berkata: "Adalah Rasulullah Saw., apabila sedang berkhutbah, maka memerah

kedua matanya dan meninggi suaranya dan bertambah sangat kemarahannya. Seolah-olah beliau adalah

komandan pasukan perang yang berteriak: "Musuh datang menyerbu (pagi ini)!!!! Musuh datang

menyerbu (petang ini)!!!!" Kemudian beliau melanjutkan: "Saat aku diutus dengan datangnya hari

kiamat adalah seperti ini." Seraya mensejajarkan antara kedua jarinya, telunjuk dan jari tengah.

Kemudian bersabda: "Amma Ba'du, sesungguhnya sebaik-baik perkara adalah Kitabullah. Dan sebaik-

baik petunjuk adalah petunjuk yang dibawa Muhammad. Dan sejelek-jeiek urusan adalah perkara-

perkara yang baru, dan setiap bidaah adalah sesat." Dan beliau pernah juga bersabda: "Barangsiapa

yang mati meninggalkan harta kekayaan, maka keluarganyalah yang memperolehnya. Dan barangsiapa

yang mati meninggalkan hutang dan keluarga, maka hutang dan keluarganya itu menjadi

tanggunganku."

50.Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1050.

Dari Jabir r.a. katanya: "Abdullah bin 'Amru bin Haram meninggal dunia sedangkan ia mempunyai

hutang. Saya minta tolong kepada Nabi saw. supaya orang-orang yang mempiutanginya sudi

meringankan hutangnya. Nabi saw. menyampaikan permintaan itu kepada mereka, tetapi mereka tidak

mahu memenuhinya. Nabi saw. bersabda kepada ku, "Pergilah atur kurma engkau bermacam-macam!

'Ajwah sebahagian dan 'Azqa Zaid. kemudian beritahukan kepada ku kalau sudah selesai. Lantas apa

yang diperintahkan Nabi saw. itu saya laksanakan, dan setelah selesai ku beritahukan kepada beliau.

Beliau duduk di atas atau ditengah-tengah kurma itu, lalu beliau bersabda, Nah, gantanglah untuk kaum

yang berpiutang itu" Lalu saya gantangi dan saya berikan secukupnya kepada mereka masing-masing.

Ternyata kurmaku yang tinggal tidak kurang satu jua pun dari semula."

Page 15: 203 hadis berkenaan hutang

51.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 5263.

Dari Salamah ibnu Kuhail dari Atha' dari Jabir ibnu Abdullah berkisah: "Seorang Ansar telah menjanjikan

kemerdekaan bagi budaknya bila dia telah meninggal, padahal dia seorang miskin dan dia mempunyai

tanggungan hutang. Setelah Rasulullah saw mendengar hal itu, maka beliau menjual budak itu dengan

harta lapan ratus dirham. Kemudian dari hasil penjualan itu beliau berikan pada sahabat Ansar seraya

bersabda: "Lunasilah hutangmu dan berilah nafkah pada keluargamu."

52.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3494.

Dari Asy Sya'by dari Jabir ra. berkisah: "Ayahku (Abdullah ibnu 'Amar ibnu Haram) wafat dengan

meninggalkan hutang, maka aku meminta pertolongan pada Rasulullah saw untuk menjumpai orang-

orang yang berpiutang, agar mereka mahu mengurangi piutangnya. Maka beliau meminta mereka

mengurangi piutang itu, tetapi mereka menolaknya. Akhirnya beliau bersabda padaku: "Pergilah kamu,

lalu bagilah hasil kurmamu menjadi beberapa bahagian, kurma yang terbungkus menjadi satu tumpuk,

kurma yang bertandan menjadi satu bahagian, dan beberapa bahagian yang lain menurut jenisnya

masing-masing, setelah itu panggillah aku". Maka aku segera melaksanakan saran beliau. Kemudian

beliau datang, lalu duduk di atas tumpukan itu atau di tengah-tengahnya. Beliau bersabda: "Sekarang

takarlah kurma untuk membayar kaum itu". Maka aku menakar kurma itu untuk mereka, hingga aku

dapat melunasi hutang ayahku pada mereka, sedangkan sisa kurmaku itu masih banyak, seakan-akan ia

tidak berkurang sedikitpun."

53.Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1163.

Dari Ka'b r.a., ia menagih piutangnya kepada Ibnu Abi Hadrat dalam masjid sampai kedua orang itu

mengeraskan suaranya sehingga kedengaran oleh Rasulullah s.a.w. Beliau waktu itu dalam rumah, lalu

beliau ke luar melihat kedua orang itu. Ketika beliau membuka tirai kamar, beliau berkata: "Hai Kaab!

Kaab menjawab: "Saya, ya Rasulullah!" Rasul berkata:. "Kurangkanlah piutangmu itu!" sambil memberi

isyarat untuk mengurangi sebahagian dari hutangnya. Ia menjawab: "Telah saya lakukan, ya Rasulullah!"

Beliau berkata kepada orang yang berhutang: "Bayarlah kepadanya."

54.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2407.

Mewartakan kepada kami Muhammad bin Basysyar, Abu 'Amir; mewartakan kepada kami Syu'bah, dari

'Utsman bin 'Abdullah bin Mauhab, dia berkata: Aku mendengar dari Abdullah bin Abu Qatadah, dari

ayahnya, bahawasanya Nabi saw. pernah didatangkan padanya jenazah, agar beliau mensolatinya. Maka

beliau memerintah: "Solatilah teman kalian ini! Sesungguhnya dia masih menanggung hutang". Maka

Abu Qatadah berkata: "Saya yang akan menanggungnya". Nabi saw. bertanya: "Semuanya?" "Ya,

semuanya". Jawabnya. Dan adalah hutang orang tersebut sebanyak lapan belas atau sembilan belas

dirham.

Page 16: 203 hadis berkenaan hutang

55.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 5238.

Dari Yahya ibnu Abu Ishak dari Sulaiman ibnu Yasar dari Abdullah ibnu Abbas bahawasanya seorang

bertanya kepada Rasulullah saw: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibadah haji diwajibkan ketika ayahku

telah tua dan dia tidak lagi bisa duduk tegak di atas kenderaan, bila aku menahannya kuat-kuat, aku

takut dia mati. Apakah aku boleh menunaikan haji untuknya?" Tanya Rasulullah saw: "Bagaimana

pendapatmu, bila ayahmu menanggung hutang, kalau kamu melunasinya, apakah itu dapat menutupi

hutangnya?" Jawab orang itu: "Ya". Sabda beliau: "Kalau begitu, tunaikan haji untuk ayahmu."

56.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2285.

Mewartakan kepada kami Hisyam bin 'Ammar; mewartakan kepada kami Muslim bin Khalid,

mewartakan kepada kami Zaid bin Aslam, dari 'Atha-bin Yasar, dari Abu Rafi', bahawasanya Nabi saw..

pernah meminjam (berhutang) seekor unta muda dari seorang lelaki. Beliau berkata: "Apabila datang

unta zakat, kami akan membayarmu". Kemudian ketika onta-onta yang dimaksudkan telah datang,

beliau berkata: "Hai Abu Rafi'! Bayarlah kepada lelaki ini unta mudanya!" Aku tidak mendapati kecuali

unta yang berumur tujuh tahunan dan yang ke atas. Maka akupun memberitahu hal itu kepada Nabi

saw. Beliau berkata: "Berikan adanya. Sesungguhnya sebaik-baik manusia itu adalah orang yang paling

baik dalam membayar hutang".

57.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2715.

Mewartakan kepada kami 'Ali bin Muhammad; mewartakan kepada kami Waki'; mewartakan kepada

kami Sufyan, dari Abu Ishaq, dari Al-Harits, dari 'Ali, dia berkata: Rasulullah saw. telah memutuskan

bahawa (pelunasan) hutang itu sebelum (pelaksanaan) washiyat. Dan kalian membacanya dalam Al-Qur-

an, yang ertinya: -(Pembagian warisan itu) adalah sesudah pengambilan washiyat yang dia buat atau

sesudah melunasi hutangnya). Dan sesungguhnya saudara lelaki sekandung itu saling waris mewarisi

satu sama lain, dan menghalangi saudara lelaki sebapa".

58.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1930.

Dari Usman bin Abdullah bahawasanya dia telah mendengar Abdullah bin Abi Qatadah mendengar dari

ayahnya: "Pada suatu kali ketika dihadapkan pada Rasulullah saw jenazah seorang Ansar agar beliau

mensolatkannya, maka beliau berkata pada para sahabatnya: "Solatkanlah dia, sebab dia masih

mempunyai tanggungan hutang. Kata Abu Qatadah: "Aku akan menanggung hutangnya". Tanya Nabi:

"Apakah benar-benar engkau akan memenuhi janjimu itu?" Jawab Abu Qatadah: "Ya". Maka Nabi saw

mensolatkan jenazah lelaki Ansar itu."

59.Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1790.

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya: Datang seorang laki-laki kepada Nabi saw. menanyakan tentang

saudaranya yang perempuan telah bernazar untuk mengerjakan haji dan dia telah meninggal dunia

(sebelum sempat memenuhi nazarnya). Nabi bertanya: Bagaimanakah kalau saudara mu itu berhutang,

adakah engkau yang membayarnya?" Jawabnya: "Ya! " Sabda beliau: "Sebab itu, bayarlah hutang

kepada Allah, kerana itu lebih patut dibayar."

Page 17: 203 hadis berkenaan hutang

60.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2404.

Mewartakan kepada kami Isma'il bin Taubah; mewartakan kepada kami Husyaim, dari Yunus bin 'Ubaid,

dari Nafi', dari Ibnu 'Umar, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Penundaan orang yang mampu

membayar itu adalah zalim. Apabila engkau (diminta) untuk memindahkan pembayaran hutangmu

kepada orang kaya, maka terimalah pemindahan itu". Dalam Az-Zawa-id: Dalam isnadnya ada yang

terputus, yakni antara Yunus bin bin 'Arafah, keduanya berkata: Mewartakan kepada kami Isma'il bin

'Ayyasy; mewartakan kepadaku Syurahbil bin Muslim Al-Khaulaniy, dia berkata: Aku mendengar Abu

Umamah Al-Bahiliy berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Orang yang menanggung itu

adalah sebagai jaminan. Dan hutang itu (wajib) dibayar".

61.Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0270.

Cerita dari Kaab r.a., katanya: "Pada suatu ketika dia menagih hutangnya kepada Ibnu Abu Hadrad di

masjid. Kedua-duanya keras suaranya hingga terdengar oleh Rasulullah saw. yang ketika itu sedang

berada di rumahnya. Rasulullah saw. keluar mendatangi keduanya hingga tabir bilik beliau jadi terlopong

terbuka saja. Beliau memanggil, "Hai, Kaab!" Jawab Kaab, "Saya, ya Rasulullah!" Sabda Nabi saw.,

Kurangilah piutangmu itu sebegini!" (Nabi memberi isyarat seperdua). Jawab Kaab, "Ya, saya kurangi ya,

Rasulullah!" Kata Rasulullah kepada Ibnu Abu Hadrad, "Nah! Berdirilah dan bayarlah hutang Anda!"

62.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 5319.

Dari Abu Haitsan dari Abu Sa'id ra dari Rasulullah saw biasa berdoa: A'uudzu billaahi minal kufri

waddaini (Aku berlindung kepada-Mu, ya Allah dari kekufuran dan hutang.". Seorang bertanya: "Apakah

sebanding hutang dengan kekufuran?" Jawab beliau: "Ya".

63.Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1528.

Dari 'Abdullah bin Abu Qatadah r.a., katanya: "Abu Qatadah mencari seorang yang berhutang

kepadanya dan menghilang, kemudian orang itu bertemu. Dia berkata kepada Abu Qatadah, "Aku

sedang dalam kesulitan." Maka kata Abu Qatadah, "Demi Allah! Demi Allah! Aku mendengar Rasulullah

saw. bersabda: "Siapa yang ingin dibebaskan Allah dari kesulitan pada hari kiamat, maka hendaklah dia

memberi kelapangan bagi orang-orang yang dalam kesulitan atau membebaskannya dari hutang."

64.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1085.

Muhammad bin Basyar menceritakan kepada kami, Abdur Rahman bin Mahdi memberitahukan kepada

kami,Ibrahim bin Saud memberitahukan kepada kami dari ayahnya dari Umar bin Salamah dari ayahnya,

dari Abu Hurairah dari Nabi saw bahawanya beliau bersabda:"Jiwa orang mukmin terhalang(dari

tempatnya yang mulia) oleh hutangnya sampai hutang itu dibayarnya." Abu Isa berkata: Hadis ini hasan

dan hadis ini lebih sahih dari para hadis pertama."

Page 18: 203 hadis berkenaan hutang

65.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2413.

Mewartakan kepada kami Abu Marwan Al-'Utsmaniy; mewartakan kepada kami Ibrahim bin Sa'ad, dari

ayahnya, dari 'Umar bin Abu Salamah, dari ayahnya, dari Abu Hurairah dia berkata: Rasulullah saw.

bersabda: "Jiwa seorang mukmin itu sentiasa terikat dengan hutangnya, sehingga hutangnya itu

dibayar".

66.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 3983.

Dari Az-Zuhri dan Muhammad ibnu Ali dari Yazid ibnu Hurmuz berkata: "Aku menulis surat balasan Ibnu

Abbas yang dikirim kepada Najdah, yang isinya menjawab pertanyaan Najdah iaitu: "Jika kamu bertanya

tentang bagian untuk keluarga Rasulullah saw, kini untuk siapa bahagian itu? Bagian itu adalah untuk

kami, ahlul bait. Dulu Umar pernah menawarkan kepada kami untuk memberi bantuan buat janda-janda

untuk biaya kahwin, memberi keluarga kami (yang miskin) serta membayar hutang-hutang keluarga

kami dari bahagian hasil pajak. Tetapi kami menolaknya, kecuali jika ia telah menyerahkan bahagian itu

pada kami, akan tetapi ia menolak usul kami, maka kami biarkan bahagian itu padanya."

67.Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1111.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Orang kaya yang melambat-lambatkan

(membayar hutang, zakat harta dan lain-lain kewajiban yang harus dibayarnya) adalah zalim (aniaya).

Apabila seorang di antaramu dipindahkan hutang-piutangnya kepada orang yang berpunya (kaya)

hendaklah diturutinya (ditagihnya)."

68.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 1693.

Yahya bin Thalhah AI-Kufi menceritakan kepada kami, Abu Bakar bin Ayyasy menceritakan kepada kami

dari Humaid dari Anas dia berkata: "Rasulullah saw bersabda: "Dibunuh di jalan Allah dapat menghapus

semua dosa lalu Malaikat Jibril berkata: "Selain hutang." Kemudian Rasulullah saw bersabda: "Selain

hutang." Dalam bab ini terdapat hadis dari Kaab bin Ujrah, Jabir, Abu Hurairah dan Abi Qatadah. Hadis

Anas adalah gharib, kami tidak mengetahuinya dari hadis Abu Bakar selain dari hadis Syaikh ini dan aku

bertanya kepada Muhammad bin Ismail tentang hadis ini tapi dia tidak mengetahuinya dan berkata:

"Aku menyangka bahawa Yahya bin Thalhah, menghendaki hadis Humaid dari Anas dari Rasulullah saw

bahawa beliau bersabda: "Tidaklah seseorang penghuni Syurga yang ingin kembali ke dunia selain orang

yang mati syahid."

Page 19: 203 hadis berkenaan hutang

69.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2410.

Mewartakan kepada kami Hisyam bin 'Ammar; mewartakan kepada kami Yusuf bin Muhammad bin

Shaifiy b-'n Shuhaib Al-Khair; mewartakan kepadaku 'Abdul-Hamid bin Ziyad bin Shaifiy bin SHuhaib, dari

Syu'aib bin 'Amr; mewartakan kepada kami Shuhaib Al-Khair, dari Rasulullah saw., beliau bersabda:

"Siapa saja orang yang berhutang, sedangkan dia bemiat untuk tidak melunasi hutang tersebut kepada

pemiliknya, kelak dia akan bertemu Allah sebagai pencuri". Mewartakan kepada kami Ibrahim bin Al-

Mundzir Al-Hizamiy mewartakan kepada kami Yusuf bin Muhammad bin Shaifiy, dari 'Abdul-Hamid bin

Ziyad, dari ayahnya, dari kakeknya Shuhaib, dari Nabi saw. seperti hadis di atas. Dalam Az-Zawa-id:

Dalam isnadnya ada Yusuf bin Muhammad, disebutkan Ibnu Hibban dalam Ats-Tsiqqat Abu AHatim

berkata: Tidak mengapa dengannya. AlBukhariy berkata: tentang dia ada yang perlu

diperhatikan/ditinjau. selesai. Dan 'Abdul-Hamid bin Ziyad disebutkan Ibnu Hibban dalam Ats-Tsiqqat.

Sedangkan Abu Hatim berkata: Syeikh. Selesai dan Ziyad bin Shaifiy disebutkan Ibnu Hibban dalam Ats-

Tsiqqat.

70.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 4529.

Dari Abu Katsir (Maula Muhammad ibnu Jahesy dari Muhammad ibnu Jahesy berkisah: "Ketika kami

sedang duduk di sisi Rasulullah, tiba-tiba beliau menengadahkan wajahnya ke langit, kemudian beliau

meletakkan tapak tangannya ke dahinya sambil berkata: "Subhanallah, (Maha Suci Allah), ancaman

apakah yang telah diturunkan?" Sehingga kami diam dan takut; keesokan harinya, aku bertanya pada

beliau: "Wahai Rasulullah, ancaman apakah yang telah diturunkan kelmarin.". Jawab beliau: "Demi Allah

yang jiwaku berada di tangan-Nya andaikan seseorang gugur dalam berjuang di jalan Allah, kemudian ia

dihidupkan lagi, lalu gugur lagi dalam berjuang di jalan Allah, kemudian dihidupkan lagi, lalu ia gugur lagi

dalam berjihad di jalan Allah, tetapi ia mempunyai tanggungan hutang, maka ia tidak akan dapat masuk

syurga sehingga hutang itu terlunasi."

71 .Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2357.

Mewartakan kepada kami Muhammad bin Basysyar; mewartakan kepada kami Abu 'Ashim; mewartakan

kepada kami 'Abdullah bin Muslim bin Hurmuz, dari Salamah Al-Makkiy, dari Jabir bin Abdullah,

bahawasanya Rasulullah saw. membebaskan Mu'adz bin Jabal dari orangorang yang menghutanginya.

Kemudian menugaskannya di Yaman. Kemudian Mu'adz bin Jabal berkata: "Sesungguhnya Rasulullah

saw. mengambil hartaku (untuk membayar hutangku) kemudian menugaskan aku". Dalam Az-Zawa-id:

Dalam isnadnya ada Salamah Al-Makkiy, tidak diketahui keadaannya. Dan 'Abdullah bin Muslim,

sebagaimana kata Ibnu Hibban, Memarfu'kan hadis mauquf dan menyandarkannya, oleh sebab itu tidak

boleh berhujjah dengannya. Al-Ajriy berkata: dari Abu Dawud, dari Ahmad: Semua ujian daripadanya.

Ibnu Ma'in berkata: Benar (shadduq), namun banyak membuat kesalahan.

Page 20: 203 hadis berkenaan hutang

72.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1335.

Abdu bin Humaid menceritakan kepada kami, Rauh bin Ubadah menceritakan kepada kami, Malik bin

Anas menceritakan kepada kami dari Zaid bin Aslam dari Atha' bin Yasar dari Abu Rafi' hamba sahaya

Rasulullah saw berkata: "Rasulullah saw mengutang unta muda.Dan datanglah kepada Rasulullah seekor

unta untuk disedekahkan (kepada Beliau). Abu Rafi' berkata: Maka Rasulullah saw memerintahkan

kepada ku untuk melunasi hutang unta mudanya dan saya tidak mendapatkan unta, kecuali unta yang

lebih baik dan sudah sampai umur. Beliau bersabda: "Berikanlah unta itu kepadanya kerana sebaik-baik

orang itu, ialah yang terbaik dalam cara melunasi hutangnya." Hadis ini sahih.

73.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2205.

Ibnu Abi Umar menceritakan kepada kami, Sufyan bin Uyainah memberitahukan kepada kami, dari Abi

Ishaq AI-Hamdani dari AlHarits dari Ali bahawa Rasulullah SAW memutuskan mendahulukan

pembayaran hutang sebelum wasiat dan kamu sekalian membaca ayat bahawa hutang didahulukan

sebelum wasiat.

74.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2778.

Mewartakan kepada kami 'Ubaidullah bin Yusuf Al-Jubairiy, mewartakan kepada kami Qais bin

Muhammad Al-Kindiy, mewartakan kepada kami 'Ufair bin Ma'dan Asy-Syamiy, dari Sulaim bin 'Amir, dia

berkata: Saya mendengar Abu Umamah mengatakan: Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Orang

yang mati syahid di lautan adalah seperti dua orang yang mati syahid di daratan. Orang yang kepalanya

pusing di lautan adalah seperti orang yang berdetak keras dalam darahnya di daratan. Jarak antara dua

gelombang ombak adalah seperti orang yang memotong dunia dengan ketaatan kepada Allah. Dan

sesungguhnya Allah SWT. menyerahkan kepada Malaikat Maut untuk mencabut semua roh, kecuali

orang yang mati syahid di lautan. Sebab sesungguhnya Dia -Allah- menguasai mencabut roh-roh mereka,

mengampuni orang yang mati syahid di daratan segala dosa-dosa kecuali hutang. Tapi untuk orang yang

mati syahid di lautan segala dosa dan hutangnya".

75.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 2493.

Ibnu Abbas r.a. berkata, bahawa seorang wanita telah menyuru Sinan ibnu Salamah Al-Juhany supaya

bertanya kepada Rasulullah saw tentang perihal ibunya yang mati sebelum berhaji, maka apakah ia

boleh menunaikan haji untuk ibunya?" Ya, kerana jika ibunya menanggung hutang, lain ia yang

melunasinya, maka bukanlah hutang itu sudah terlunasinya?, kerana itu hendaknya ia menunaikan haji

untuk ibunya."

Page 21: 203 hadis berkenaan hutang

76.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 4523.

Dari lyadi ibnu Abdullah dari Abu Sa'id Al-Khudry berkisah: "Pada masa Rasulullah saw ada seorang telah

terjerat hutang kerana buah yang telah dijualnya rosak. Sehingga Rasulullah saw bersabda pada para

sahabat: "Berilah ia sedekah". Para sahabat memberi sedekah padanya. Tetapi itupun masih belum

dapat menutupi hutangnya; Akhirnya Rasulullah saw bersabda kepada yang berpiutang: "Ambillah

barang apa saja yang kamu dapatkan ada padanya, dan kamu tidak boleh menuntut apa yang ia tidak

mampu membayarnya.

77.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 5253.

Dari Abdullah ibnu Ka'ab dari ayahnya, bahawasanya pada suatu hari dia menuntut ibnu Abu Hadrad

untuk melunasi semua hutangnya, tetapi Abu Hadrad meminta padanya agar hutangnya diringankan.

Kerana Ka'ab menolaknya, akhirnya keduanya bertikai, dan suara mereka terdengar keras sekali, hingga

suara mereka terdengar oleh Rasulullah. Ketika itu beliau sedang berada di rumah. Kemudian Rasulullah

saw menuju mereka, lalu membuka pintu rumah Ka'ab dan bersabda: "Wahai Ka'ab". Jawab Ka'ab:

"Labbaika ya Rasulullah". Sabda beliau: "Berilah dia keringanan dari piutangmu sekian (beliau sambil

mengisyaratkan dengan jarinya yang menunjukkan separuh)." Jawab Ka'ab: "Ya aku akan

melaksanakannya". Sabda beliau pada Ibnu Abu Hadrad: "Bangunlah kamu, dan bayarlah dia."

78.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 4460.

Dari Syu'bah ia berkata; Ibnu Abu Mujalid atau Abdullah atau Muhammad berkata: "Abu Burdah dan

Abdullah ibnu Syaddad berdebat tentang hutang piutang. Maka orang-orang mengutus-ku pergi pada

Ibnu Abu Aufa untuk menanyakan hal ini padanya; jawabnya: "Pada masa Rasulullah saw, masa Abu

Bakar, dan pada masa Umar, kami biasa menghutang dari gandum, jagung, kismis dan kurma kepada

suatu kaum yang kami tidak tahu mereka, apakah mereka punya ataukah tidak." Kemudian ketika hal itu

kutanyakan pada Ibnu Abza, ia juga berkata demikian.''

79.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3495.

Dari Ammar ibnu Abu Ammar dari Jabir Ibnu Abdullah berkata: "Ayahku telah berhutang kurma pada

orang Yahudi, tiba-tiba ia gugur dalam perang Uhud dengan meninggalkan dua kebun kurma, sedangkan

hasil kurma dari dua kebun itu tidak mungkin bisa melunasi piutang orang Yahudi itu. Maka Rasulullah

saw bertanya pada Yahudi; "Sekarang maukah kamu menerima separuh dari piutangmu, dan

menangguhkan yang separuhnya?" Tetapi Yahudi itu menolaknya. Akhirnya Rasululah saw bersabda

padaku; "Setelah kamu menuai kurmamu, maka panggillah aku." Maka aku segeralah melakukan

perintah beliau, kemudian aku memanggil beliau. Beliau datang bersama Abu Bakar, kemudian beliau

menakar kurma itu langsung di bawah pohonnya sambil berdoa meminta berkah. Akhirnya kami dapat

melunasi semua hutang ayahku pada si Yahudi itu dari hasil kebun yang kecil tadi." Ammar

menambahkah: "Kemudian aku mengundang para sahabat untuk makan kurma dan minum air segar,

maka setelah mereka makan dan minum, Rasulullah saw bersabda: "Ini adalah sebahagian dari nikmat

yang kalian akan ditanya oleh Allah tentang ini."

Page 22: 203 hadis berkenaan hutang

80.Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1966.

Dari Ibnu Abbas r.a. bahawa seorang perempuan datang kepada Nabi saw. bertanya: "Ibu saya bernazar

akan mengerjakan haji, tetapi dia telah meninggal dunia sebelum sempat mengerjakannya. Bolehkah

saya mengerjakan haji menggantikannya?" Jawab Nabi: "Ya boleh! Kerjakanlah haji itu untuk

menggantikannya! Bagaimana pendapat engkau, kalau kiranya ibu engkau berhutang engkaukah yang

akan membayarnya?" Jawab perempuan itu: "Ya!" Kata Nabi: "Bayarlah, kerana hutang (kewajiban)

kepada Allah lebih patut dibayar."

81.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 4541.

Dari Atha' ibnu Farukh dari Utsman ibnu Affan ra berkata: "Rasulullah saw bersabda: "Allah akan

memasukkan syurga orang yang tidak banyak mulut ketika membeli, ketika menjual, ketika membayar

hutang, dan ketika menagih hutang.''

82.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2428.

Mewartakan kepada kami Hadiyyah bin 'Abdul-Wahhab mewartakan kepada kami An-Nadhr bin

Syumail; mewartakan kepada kami Al-Hirmas bin Habib, dari ayahnya, dari kakeknya dia berkata: "Aku

datang kepada Nabi saw. dengan membawa orang yang berhutang padaku." Beliau berkata kepadaku:

"Tahanlah dia!" Kemudian pada penghujung siang beliau melewatiku dan bertanya: "Apa yang diperbuat

tahananmu wahai saudara bani Tamim". (Maksudnya dia sudah membayar hutangnya atau belum).

83.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1084.

Mahmud bin Ghailan menceritakan kepada kami, Abu Usamah memberitahukan kepada kami dari

Zakaria bin Abu Zaidah dari Saad bin Ibrahim dari Abu Salamah dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah

saw bersabda: "Jiwa orang mukmin terhalang oleh hutangnya sampai hutang itu dibayarnya."

84.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 4375.

Dari 'lyadi ibnu Abdullah dari Abu Sa'id Al-Khudry berkata: "Pada masa Rasulullah saw, ada seorang yang

terbelit oleh hutang kerana buah yang telah dijualnya tiba-tiba terkena hama; sehingga Rasulullah saw

bersabda pada orang-orang: "Berilah ia sedekah". Orang-orang memberi sedekah padanya, tetapi itupun

belum dapat menutup hutangnya. Rasulullah saw menyuruh mereka yang berpiutang: "Ambillah apa

yang kamu dapatkan darinya, dan janganlah kamu meminta apa yang ia tidak mampu membayarnya."

Page 23: 203 hadis berkenaan hutang

85.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1333.

Muhammad bin Mutsanna menceritakan kepada kami, Wahb bin Jarir menceritakan kepada kami,

Syubah menceritakan kepada kami dari Salamah bin Kuhail dari Abu Salamah dari Abu Hurairah;

Bahwasanya seorang lelaki menagih hutang kepada Rasulullah saw dan agak keras cara menagihnya,

para sahabat segera ingin membalasnya. Maka Rasulullah saw bersabda: "Biarkanlah dia, kerana yang

mempunyai hutang itu berhak dipermalukan". Kemudian Nabi bersabda: "Belikanlah untuknya unta dan

berikanlah untuknya, maka para sahabat membelikannya dan mereka tidak mendapatkan, kecuali unta

yang lebih bagus dari untanya. Nabi bersabda: "Belilah unta itu dan berikan unta itu kepadanya, kerana

sebaik-baik kamu semua adalah yang terbaik cara melunasinya."

86.Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1156.

Dari Jabir bin Abdullah r.a.. ia bercerita bahawa bapaknya meninggal pada hari peperangan Uhud dalam

keadaan berhutang. Semua orang yang berpiutang mendesak menuntut hak mereka. Lalu saya

menghadap Rasulullah s.a.w. Beliau meminta kepada orang-orang itu agar mereka mahu menerima

buah kebun kurma saya untuk pembayar hutang bapa saya, akan tetapi mereka tidak mahu. Rasulullah

s.a.w. tidak mahu memberikan kebun saya itu kepada mereka. Beliau berkata: "Besok pagi kami akan

datang kepada mu." Besok paginya beliau datang kepada kami. Beliau lalu mengelilingi pohon-pohon

kurma itu dan beliau mendoakan buahnya. Kemudian saya memetik buahnya membayar mereka,

sedang sisanya masih ada tinggal untuk kami.

87.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 4537.

Dari Abdullah ibnu Abu Qatadah dari ayahnya bahawasanya tatkala seorang dari golongan Ansar

meninggal dunia, Rasulullah saw didatangkan padanya agar beliau mensolati atas jenazahnya. Tetapi

beliau bersabda: "Sesungguhnya kawanmu ini masih mempunyai tanggungan hutang." Maka aku (Abu

Qatadah) berkata: "Aku yang akan menanggung hutangnya." Tanya beliau: "Dengan melunasinya.".

Jawabku: "Ya, dengan melunasinya."

88.Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1520.

Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya: "Pada masa Rasulullah saw., ada seorang lelaki mendapat

musibah, kerana buah-buahan yang dibelinya rosak binasa, sehingga dia ditimpa banyak hutang." Maka

bersabda Rasulullah saw., "Bersedekahlah anda semua kepadanya!" Maka bersedekahlah orang ramai

kepadanya, tetapi masih belum cukup untuk melunasi hutangnya. Kerana itu Rasulullah bersabda

kepada orang yang menerima piutang- (kreditor), "Ambillah seberapa yang dapat kamu terima. Tidak

ada lagi yang dapat kamu terima kecuali hanya itu."

89.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 4495.

Dari Al-Aswad dari Aisyah ra berkisah: "Rasulullah saw pernah menghutang makanan dari seorang

Yahudi dengan meninggalkan baju besi beliau padanya sebagai jaminan atas hutangnya itu."

Page 24: 203 hadis berkenaan hutang

90.Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1529.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Mengulur-ngulur waktu pembayaran hutang

bagi yang mampu, adalah suatu kezaliman; dan apabila piutangmu dialihkan kepada orang kaya,

terimalah."

91.Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1154.

Dari Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa yang berhutang dengan maksud membayarnya

kembali, Tuhan akan menolongnya dalam membayar kembali. Siapa yang mengambil harta orang lain

dengan maksud untuk menghilangkannya, Tuhan akan menolong menghilangkannya.”

92.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0662.

'Ali bin Hujr menceritakan kepada kami, 'Ali bin Mushiz memberitahukan kepada kami (yang berasal)

dari 'Abdullah bin 'Atha' dari 'Abdullah bin Buraidah dari ayahnya dimana ia berkata: "Sewaktu saya

duduk di hadapan Nabi s.a.w., tiba-tiba seorang perempuan datang kepada beliau lantas berkata:

"Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya bersedekah seorang budak perempuan atas nama (untuk) ibu

saya sedangkan ia telah meninggal dunia". Beliau bersabda: "Tentu kamu mendapat pahala; dan harta

pusaka itu kembali kepadanya atas nama kamu". la bertanya: "Wahai Rasulullah, ibu saya mempunyai

hutang puasa bulan (Ramadlan) apakah saya harus berpuasa atas namanya?" Beliau menjawab:

"Puasalah atas nama ibumu". la bertanya lagi: "Wahai Rasulullah, ia sama sekali tidak pernah

mengerjakan haji, apakah boleh saya mengerjakan haji atas nama nya.". Beliau menjawab: "Ya,

berhajilah atas nama ibumu." Atau Isa berkata: "Hadis ini adalah hadis hasan sahih yang tidak diketahui

berasal dan hadis Buraidah kecuali melalui riwayat ini. 'Abdullah bin 'Atha' adalah orang yang dapat

dipercaya menurut ahli hadis." Pengamalan tentang kandungan hadis ini menurut para ulama' yaitu

bahawa apabila seseorang bersedekah dengan suatu suatu pemberian kemudian ia mewariskannya

maka hal itu boleh baginya. Ulamak yang lain berpendapat bahawa sesungguhnya sedekah itu adalah

sesuatu yang dilakukan kerana Allah. Oleh kerana itu apabila seseorang mewariskan sedekah itu maka ia

wajib melakukannya untuk hal yang serupa. Sufyan Ats-Tsauriu dan Zuhair bin Mu'awiyah meriwayatkan

hadis ini dari 'Abdullah bin 'Atha'.

93.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 4302.

Dari Al-Hasan dari 'Amr ibnu Taghlib ra berkata: "Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya di antara

tanda-tanda hari kiamat ialah adanya harta yang melimpah ruah, perdagangan tersebar di mana-mana,

dan ilmu pengetahuan makin maju, seseorang yang menjual barangnya pada orang lain, tapi ia tak dapat

menjual barangnya kecuali dengan cara yang serba sulit dan harus dengan wang riba, dan waktu itu

seseorang akan sulit menemukan seorang penulis/pencatat hutang-piutang yang adil, walaupun

dicarinya di tempat umum yang ramai populasinya."

Page 25: 203 hadis berkenaan hutang

94.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 2502.

Dari Sulaiman bin Yasar dari Fadlel bin Abbas bahawa ia membonceng di belakang Rasulullah saw, tiba-

tiba datang seorang lelaki pada Rasulullah dan berkata: "Wahai Rasulullah, sungguh ibuku sudah sangat

tua, jika aku membawanya pergi, ia tidak akan mampu dan jika aku paksa, maka saya takut ia akan

mati." Sabda beliau: "Bagaimana pendapatmu, andaikan ibumu menanggung hutang, apakah kamu akan

melunasinya?" Jawabnya: "Ya, tentu". Sabda beliau: "Maka tunaikanlah haji untuk ibumu."

95.Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1574.

Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. pernah membeli pangan dari seorang Yahudi dengan cara

berhutang dalam jangka waktu tertentu. Untuk itu beliau menggadaikan baju besinya."

96. Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2909.

Mewartakan kepada kami 'Abdurrahman bin 'Ibrahim AdDimasyqiy; mewartakan kepada kami Al-Walid

bin Muslim; mewartakan kepada kami Al-Auza'iy, dari Az-Zuhriy, dari Sulaiman bin Yasar, dari Ibnu

'Abbas, dari saudaranya Al-Fadhl bahawasanya dia pernah membonceng Rasulullah saw. pada pagi hari

Nahar (hari kesepuluh bulan Dzulhijjah), lalu datang seorang perempuan dari bani Khats'am kepada

beliau, dan berkata: "Ya Rasulullah! Sesungguhnya kewajiban haji yang diperintahkan Allah kepada

hamba-hamba-Nya, telah mengenai ayahku, padahal dia sudah tua umurnya, dan tidak mampu

menunggang kenderaan. Apakah aku boleh berhaji untuknya?" Beliau berkata: "Boleh, kerana jika

ayahmu punya hutang, engkau juga yang harus membayarnya".

97.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2423.

Mewartakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah; mewartakan kepada kami Syababah. Mewartakan

kepada kami Muhammad bin Basysyar; mewartakan kepada kami Muhammad bin Ja'far. Keduanya

berkata: Mewartakan kepada kami Syu'bah, dari Salamah bin Kuhail; Aku mendengar Abu Salamah bin

'Abdurrahman mewartakan hadis dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda:

"Sesunguhnya sebaik-baik kalian (atau, termasuk orang yang terbaik diantara kalian) adalah orang yang

terbaik diantara kalian dalam membayar hutangnya".

98.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2403.

Mewartakan kepada kami Hisyam bin 'Ammar; mewartakan kepada kami Sufyan bin 'Uyainah, dari

Abuz-Zinad, dari Al-A'raj, dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Penundaan orang

yang mampu membayar itu adalah zalim, dan apabila salah seorang diantara kalian dipindahkan

(pembayaran hutangnya) kepada orang kaya, maka terimalah pemindahan itu".

Page 26: 203 hadis berkenaan hutang

99.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 5321.

Mengkhabarkan padaku 'Amr ibnu Abu 'Amr dari Anas ibnu Malik ra berkata: "Rasulullah saw biasa

membaca doa: "Allaahumma innii a'uudzu bika minal hammi wal hazani wal kasali wal bukhli wal jubni

wa diala'id daini wa ghalabatir rijaali (Ya Allah, aku berlindung kepada-mu dari rasa gelisah, rasa susah,

sifat malas, sifat kedekut, rasa takut, tekanan hutang dan tekanan orang-orang)."

100.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 1765.

Qutaibah menceritakan kepada kami, Al-Laits menceritakan kepada kami dari Said bin Abi Said dari

Abdillah bin Abi Qatadah dari ayahnya bahawa dia mendengar dia menceritakan dari Rasulullah saw

bahawasanya Beliau berdiri ditengah para sahabat Beliau lalu Beliau menerangkan kepada mereka

bahawa berperang di jalan Allah dan iman kepada Allah adalah sebaik-baik amal perbuatan, lalu

seseorang berdiri kemudian berkata: "Wahai Rasulullah! beritahukanlah kepada ku kalau aku terbunuh

di jalan Allah, apakah menghapus semua kesalahanku?" Beliau bersabda: "Ya, kalau kamu terbunuh di

jalan Allah sedang kamu sabar, mengharap keridhaan Allah, maju terus, serta tidak mundur." Kemudian

Beliau bersabda: "Bagaimana yang kamu katakan?" Dia berkata: "Beritahukanlah kepada ku kalau aku

terbunuh di jalan Allah, apakah Allah menghapus semua kesalahanku?" Beliau bersabda: "Ya, dengan

syarat kamu sabar mengharapkan keridhaan Allah, maju terus, serta tidak mundur, selain hutang,

sesungguhnya malaikat Jibril berkata demikian kepada ku."

101.Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1930.

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi saw. beliau bersabda: "Kalau seandainya aku mempunyai emas sebesar

bukit Uhud, aku ingin supaya sesudah tiga hari, hanya tinggal lagi satu dinar saja selain untuk membayar

hutang yang telah diperoleh orang akan yang menerimanya."

102.Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1521.

Dari Abdullah bin Ka'ab bin Malik, dari bapanya, katanya pada masa Rasulullah saw. dia menagih

piutangnya kepada Ibnu Abu Hadrad di dalam masjid. Keduanya sama-sama bersuara keras, sehingga

kedengaran oleh Rasulullah saw., yang ketika itu sedang berada di rumah beliau. Lalu beliau keluar

hendak mendapatkan keduanya. Ketika tirai kamar beliau terbuka, beliau panggil Ka'ab bin Malik.

Sabdanya, "Hai, Ka'ab!" Sahut Ka'ab, "Hamba, ya Rasulullah!" Lalu beliau memberi isyarat dengan

tangannya kepada Ka'ab supaya dia mengurangi piutangnya seperdua. Jawab Ka'ab, "Aku laksanakan, ya

Rasulullah!" Kemudian beliau bersabda kepada Hadrad, "Berdirilah! Bayar hutangmu kepadanya."

Page 27: 203 hadis berkenaan hutang

103.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 0712.

Abu Sa'id Al-Asyajj menceritakan kepada kami, Abu Khalid Al-Ahmar memberitahukan kepada kami

(yang berasal) dari Al-A'masy dari Salamah bin Kuhail dan Muslim Al-Bathin dari Sa'd bin Jubair, 'Atha'

dan Mujahid dari Ibnu 'Abbas dimana ia berkata: "Ada seorang perempuan yang datang kepada Nabi

s.a.w. lantas berkata: "Sesungguhnya saudari saya meninggal dunia dan ia mempunyai kewajipan puasa

dua bulan berturut-turut". Baginda bersabda: "Bagaimana pendapatmu seandainya saudarimu itu

mempunyai hutang, apakah kamu akan membayarnya?" Orang perempuan itu berkata: "Ya". Baginda

bersabda: "Hak Allah itu lebih berhak (untuk dilaksanakan)." Masalah yang sama diriwayatkan pula dari

Buraidah, Ibnu 'Umar dan 'Aisyah. Abu 'Isa berkata: "Hadis Ibnu 'Abbas itu adalah hadis hasan sahih."

104.Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1565.

Dari Usamah bin Zaid r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Sesungguhnya riba itu bisa terjadi pada jual beli

secara hutang (kredit)."

105. Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 2497.

Dari Yusuf ibnu Zubair dari Abdullah ibnu Zubair r.a berkata Ada seorang lelaki dari qabilah Khats'am

datang kepada Rasulullah dan berkata: "Ayahku sudah sangat tua dan ia tidak kuat bermusafir tika Allah

menurunkan kewajiban haji. Apakah tercukupi haji itu, bila aku yang menunaikan haji untuknya?" Tanya

beliau: "Apakah kamu anak yang terbesar?" Jawabnya: "Ya". Tanya beliau: "Bagaimana pendapatmu,

andaikan ayahmu menanggung hutang, apakah kamu akan melunasinya?" Jawabnya: "Tentu". Sabda

beliau: "Kalau begitu, tunaikanlah haji untuknya."

106. Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0820.

Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Biasanya, bila Rasulullah saw. berkhutbah, kedua matanya merah

(berapi-api), suaranya lantang, dan semangatnya berkobar tinggi, bagaikan seorang panglima perang

sedang memberi komando kepada bala tenteranya. Sabda beliau antara lain, "Waspadalah selalu, pagi

dan petang. Masa kebangkitanku dah hari kiamat seperti ini lalu beliau perlihatkan telunjuk dan jari

tengahnya (maksudnya sangat dekat). "Sesungguhnya sebaik-baik pengajaran ialah Kitabullah, dan

sebaik-baik pemimpin ialah kepemimpinan Muhammad saw. Dan sejahat-jahat perbuatan ialah yang

diada-adakan; sedangkan tiap-tiap yang diada-adakan itu adalah sesat. Agamaku lebih utama bagi setiap

orang mukmin daripada dirinya sendiri. Kerana itu bila seorang mukmin mati meninggalkan harta, maka

harta itu untuk keluarganya. Tetapi jika dia meninggalkan hutang atau keluarga yang terlantar, maka hal

itu adalah tanggungjawab ku."

Page 28: 203 hadis berkenaan hutang

107.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 2499.

Dari Sulaiman ibnu Yasar dari Abdullah ibnu Abbas r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah

saw: "Ayahku mendapatkan kewajiban haji ketika ia sudah sangat tua, sehingga ia tidak kuat naik

kenderaan, jika saya memaksanya, saya khawatir kalau ia mati, kerana itu apakah aku boleh menunaikan

haji untuknya?" Sabda beliau: "Bagaimana pendapatmu seandainya ia menanggung hutang, lalu kamu

melunasinya, apakah itu sudah mencukupinya?" Jawabnya: "Ya". Sabda beliau: "Tunaikanlah haji untuk

ayahmu."

108.Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1571.

Dari Abu Rafi' r.a., katanya Rasulullah saw. pernah meminjam unta muda usia kepada seseorang. Setelah

itu, ada orang menghantarkan unta sedekah kepada beliau. Lalu Nabi saw. menyuruh Abu Rafi'

membayar unta muda yang dipinjamnya. Abu Rafi' mengatakan kepada beliau. "Ya, Rasulullah, belum

ada unta muda yang ada hanyalah unta pilihan yang telah dewasa. Sabda beliau, "Berikanlah itu! Sebaik-

baik manusia, ialah yang mengutamakan pelunasan suatu hutang."

109.Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0945.

Dari Abu Dzar r.a. katanya: "Pada suatu senja, aku berjalan beserta Rasulullah saw. di tanah berbatu-

batu hitam sambil kami memandang ke bukit Uhud. Tiba-tiba Rasulullah saw. memanggil ku, "Hai, Abu

Dzar!" Jawab ku, "Hamba, ya Rasulullah!" Sabda beliau, "Seandainya bukit Uhud itu menjadi emas bagi

ku, maka hal itu tidaklah akan menggembirakan ku, jika hari ketiga emas itu masih ada di tangan ku satu

dinar, di samping satu dinar yang ku sediakan untuk membayar hutang. Tetapi akan ku panggil para

hamba Allah, lalu ku katakan kepada mereka: Ini! sambil beliau meraih ke depan, ke kanan dan ke kiri,

seolah-olah beliau sedang membahagi-bahagi. Sementara itu kami masih terus juga berjalan, lalu beliau

memanggil ku pula, "Hai, Abu Dzar!" "Hamba, ya Rasulullah!" ujarku. Sabda beliau. "Orang-orang kaya

yang menumpuk-numpuk harta, pada hari kiamat kelak mereka miskin. Melainkan orang-orang yang

berkata: Ini! Ini! Ini! (membahagi-bahagikan hartanya) seperti yang dilakukan Nabi saw. mula-mula. Kata

Abu Dzar selanjutnya, "Sementara itu kami terus juga berjalan. Dan tiba-tiba beliau memanggil ku pula:

"Hai, Abu Dzar! Tetaplah engkau di sini sampai aku kembali!" Lalu beliau pergi, sehingga hilang dari

penglihatan ku. Tidak lama kemudian terdengar olehku suara gaduh. "Mungkin Rasulullah saw.

mendapat kesulitan," fikir ku. Dan aku bermaksud hendak menyusul beliau. Tetapi aku ingat perintah

beliau, jangan ke mana-mana sampai aku kembali. Kerana itu ku tunggu saja beliau. Ketika beliau tiba,

ku ceritakan kepada beliau suara gaduh yang kedengaran olehku. Kata beliau, "Itu adalah Jibril. Dia

datang kepada ku." Kata Jibril, "Siapa saja di antara umatmu yang mati dalam keadaan tidak

menyekutukan Allah dengan sesuatu, nescaya dia masuk syurga." Nabi saw. bertanya, "Sekalipun dia

berzina dan mencuri?" Jawab Jibril, "Ya, sekalipun dia berzina dan mencuri!"

110.Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1112.

Dari 'Aisyah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang meninggal, sedangkan dia mempunyai

hutang puasa, maka hendaklah dibayar oleh walinya."

Page 29: 203 hadis berkenaan hutang

111.Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2327.

Dari 'Aisyah r.a., katanya Rasulullah saw. sering mendoa dengan doa-doa sebagai berikut: "Allahumma,

fainni a'udzu bika min fitnatin naari wa 'adzabin naari, wafitnatil qabri wa 'adzabil qabri, wa min sharri

filnatil ghina, min syarri fitnatil faqri, wa a'udzu bika min syarr fitnatil masihid dajjal. Allahummaghsil

khathaayaaya bi maa-its tsalji wal baradi, wa naqqi qalbi' minal khathaaya kama naqqaitats tsaubal

abyadha minad danas, wa baa'id baini wa baina khathaayaaya kama baa'adta bainal masyriqi wal

maghribi. Allahumma, fainni a'udzu bika minal kasali wal harami wal ma'tsami wal maghrami( Wahai

Allah! Bahawasanya aku berlindung denganMu dari bencana dan seksa neraka, dari bencana dan seksa

kubur, dari kejahatan bencana kaya, dan dari kejahatan bencana melarat. Dan aku berlindung dengan

Engkau dari bencana kejahatan Al Masih Dajjal. Wahai Allah! Bersihkanlah segala kesalahanku dengan

air salji dan air ais, bersihkanlah hatiku dari segala kesalahan sebagaimana Engkau membersihkan kain

putih dari kotoran. Dan jauhkanlah antaraku dengan kesalahan(dosa-dosaku) sebagaimana Engkau

menjauhkan timur dan barat. Wahai Allah! aku berlindung dengan Engkau dari kemalasan, dari

kepikunan, dari segala dosa dan dari hutang.)

112.Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1570.

Dari Jabir r.a., katanya: "Kami berangkat dari Mekah ke Madinah bersama-sama dengan Rasulullah saw.

Di tengah jalan untaku sakit. Lalu diceritakannya kisah di atas, yang antara lain: Kemudian Rasulullah

saw. bersabda kepada ku, "Juallah untamu ini kepadaku!" Jawab ku, "Tidak ku jual, ya Rasulullah! Tetapi

ku hadiahkan kepada Anda." Sabda beliau, "Jangan! Juallah kepada ku." Jawab ku, "Jangan, tetapi ku

berikan saja untuk Anda." Sabda beliau, "Tidak! Juallah kepadaku!" Jawab ku, "Aku punya hutang kepada

seseorang satu uqiyah emas, sebanyak itu sajalah Anda bayar." Sabda beliau, "Baiklah! Bawalah unta itu

sampai ke Madinah." Setelah tiba di Madinah, Rasulullah saw. memerintahkan kepada Bilal, "Hai, Bilal!

Bayar kepada Jabir wang harga untanya satu uqiyah emas, dan tambahi." Lalu Bilal memberikan kepada

ku satu uqiyah emas, ditambahnya dengan beberapa qirath."

113.Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1111.

Dari Abu Salamah r.a., katanya dia mendengar 'Aisyah r.a. bercerita: "Aku masih punya hutang puasa

Ramadhan. Tetapi aku belum membayarnya sehingga tiba bulan Syaaban barulah ku bayar,

berhubungan dengan kesibukanku bersama Rasulullah saw."

114.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 2498.

Dari Ikrimah dari Ibnu Abbas r.a. berkata, seorang lelaki bertanya: "Wahai Rasulullah, ayahku telah

meninggal, sedang ia belum menunaikan haji, apakah boleh aku menunaikan haji untuknya?" Sabda

beliau: "Bagaimana pendapatmu, seandainya ayahmu menanggung hutang, apakah kamu akan

melunasinya?" Jawabnya: "Tentu wahai Rasulullah". Sabda beliau: "Melunasi hak Allah itu lebih berhak."

Page 30: 203 hadis berkenaan hutang

115.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0190.

Mewartakan kepada kami Ibrahim bin Al-Mundzir Al Hizamiy dan Yahya bin Habib bin Araby, mereka

berkata: mewartakan kepada kami Musa bin Ibrahim bin Katsir Al-Anshoriy Al-Hizamiy, dia berkata: Saya

mendengar Tholhah bin Khirosy, dia berkata: Saya mendengar Jabir bin Abdullah mengatakan: Tatkala

Abdullah bin Amr bin Haram terbunuh pada waktu perang Uhud, maka Rasulullah SAW. menemui aku.

Kemudian beliau berkata: "Wahai Jabir, maukah aku mengkhabarkanmu apa yang dikatakan Allah

kepada ayahmu?" Yahya -bin Habib- berkata dalam hadisnya:... Saya menjawab: "Wahai Rasulullah,

ayahku gugur syahid, beliau meninggalkan keluarga dan hutang." Nabi berkata: "Apakah mahu, aku

memberi khabar gembira padamu dengan sesuatu hal yang telah dipertemukan Allah kepada ayahmu?"

Dia menjawab: "Ya mahu, hai Rasulullah". Nabi berkata: "Tiadalah Allah berbicara dengan seorangpun,

kecuali di belakang hijab. Tapi Allah berbicara dengan ayahmu secara terbuka -tanpa hijab dan tanpa

ada seorang utusan-. Allah berkata: "Hai hambaku, berharaplah kamu kepadaKu, maka aku akan

memberimu". Dia -yakni ayah Jabir yang gugur syahid itu- menjawab: "Ya Tuhanku, hendaklah Engkau

menghidupkan aku, supaya aku dapat terbunuh di jalan-Mu yang kedua kali." Allah SWT. berkata:

"Bahawasanya telah sejak dahulu dan padaKu, bahawa mereka tidak akan kembali ke dunia lagi." Dia

berkata: "Ya Tuhanku, maka sampaikanlah kepada orang yang di belakangku -yakni yang masih hidup-.

Nabi melanjutkan sabdanya: Kemudian Allah menurunkan firman (yang ertinya): "Janganlah kamu

mengira, bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi

Tuhannya, mereka diberi rezeki". (Ali Imran, 3:169). As-Sindiy berkata: Hadis ini bukan satu-satunya yang

diriwayatkan oleh Ibnu Majah saja, baik matan atapun sanadnya. At-Tirmidziy meriwayatkannya dalam

kelompok (kitab) Tafsir, dia mengatakan: Ini hadis Hasan Gharib, Kami tidak mengetahuinya kecuali dari

hadis Musa bin Ibrahim, tokoh-tokoh ahli hadis meriwayatkannya dari beliau -Musa bin Ibrahim itu--.

116.Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0944.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Tidaklah menggembirakan ku, seandainya

aku punya emas sebesar bukit Uhud, jika pada hari ketiga emas itu masih bersisa pada ku satu dinar

selain yang telah ku sediakan untuk membayar hutangku."

117.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 3062.

Maksudnya : "Muhammad bin Marzuq Al B;ashri menceritakan kepada kami, Hatim bin Maimun iaitu

Abu Sahal memberitahukan kepada kami dari Tsabit Al Bunani dari Anas bin Malik dari Nabi SAW

bersabda :"Barang siapa membaca :"Qul Huwallaahu Ahad" dua ratus kali setiap hari, maka ia dihapus

dosanya lima puluh tahun kecuali ia mempunyai hutang". Dengan sanad ini dari Nabi SA W bersabda

:"Siapa yang hendak tidur di tempat tidurnya dan dia tidur pada rusuk kanannya, kemudian membaca

:"Qul Huwallaahu Ahad" seratus kali, maka tatkala hari kiamat, Tuhan Tabaaraka Wata'ala berfirman

kepadanya :"Hai HambaKu masuklah syurga yang ada di sebelah kananmu". Hadis ini gharib dari

hadisnya Tsabit dari Anas. Hadis ini diriwayatkan juga dari beberapa rawi dari Tsabit.

Page 31: 203 hadis berkenaan hutang

118.Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1155.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Seandainya saya mempunyai emas sebesar

bukit Uhud, saya tidak akan merasa senang kalau emas itu masih ada pada saya selama tiga hari, selain

dari apa yang dipersiapkan untuk membayar hutang."

119.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 5332.

Menceritakan padaku Abu Abdur Rahman Al-Hubuly dari Abdullah ibnu 'Amr ibnu Ash bahawasanya

Rasulullah saw biasa membaca doa: "Allahumma innii a'uudzu bika min ghalabatid daini wa ghalabatil

'aduwwi wa syamaatatil a'daa-i (Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari terjerat hutang, dari

kemenangan musuh dan kegembiraan di hati musuh atas kegagalan kami).''

120.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1336.

Abu Kuraib memberitahukan kepada kami, Ishaq bin Sulaiman menceritakan kepada kami dari Mughirah

bin Muslim dari Yunus dari Hasan dari Abu Hurairah; Bahwasanya Rasulullah saw bersabda:

"Sesungguhnya Allah merasa senang, (hambaNya) mempermudah di dalam menjual, mempermudah

didalam membeli, mempermudah didalam membayar hutang". Hadis ini gharib. Sebahagian perawi

meriwayatkan hadis ini dari Yunus dari Sa'id Al Maqburi dari Abu Hurairah.

121.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1337.

Abbas bin Muhammad Ad Duriy menceritakan kepada kami, Abdul Wahhab bin Atha' menceritakan

kepada kami dari Zaid bin Atha' bin Saib dari Muhammad Al Munkadir dari Jabir, Rasulullah saw

bersabda: "Allah telah mengampuni seorang lelaki dari sebelum kamu semua, yang ia mempermudah

didalam menjual, mempermudah didalam membeli dan mempermudah didalam membayar hutang".

hadis ini gharib sahih, hasan dari sanad ini.

122.Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0254.

Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: "Aku datang kepada Nabi saw. ketika itu beliau sedang di masjid.

Kata Nabi;" solatlah dua rakaat!" Nabi ada berhutang kepada ku, lalu dibayarnya dan beliau menambah

bayaran untukku."

123.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 2492.

Dari Ibnu Abbas r.a, bahawa seorang wanita telah bernazar akan menunaikan ibadah haji, tetapi

kemudian ia meninggal dunia. Saudaranya datang kepada Nabi saw dan bertanya kepada beliau tentang

hal itu. Tanya beliau: "Bagaimana pendapatmu, seandainya saudaramu menanggung hutang, apakah

kamu akan melunasinya?" Jawabnya: "Ya". Sabda beliau: "Maka bayarlah hak Allah, dan Dia lebih berhak

untuk ditepati."

Page 32: 203 hadis berkenaan hutang

124.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2. Hadis Nombor 1841.

Mewartakan kepada kami Muhammad bin Yahya; mewartakan kepada kami Ma'mar, dari Zaid bin

Aslain,dari 'Atha- bin Yasar, dari Abu Sa'id Al-Khudriy, dia berkata: Rasulullah Saw. bersabda: "Tidak halal

zakat bagi orang kaya/kecukupan kecuali lima orang: Bagi pemungutnya, atau bagi orang yang

berperang di jalan Allah, atau bagi orang yang membelinya (zakat tersebut) dengan wangnya, atau bagi

orang kaya yang diberi hadiah orang miskin dari zakat yang diberikan kepadanya, atau bagi orang yang

berhutang."

125.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2. Hadis Nombor 1758.

Mewartakan kepada kami 'Abdilah bin Sa'id, mewartakan kepada kami Abu Khalid Al-Ahmar, dari Al-

A'masy, dari Muslim AlBathin, Al-Hakam dan Salamah bin Kuhail, dari Sa'id bin Jubair, 'Atha- dan

Mujahid, dari Ibnu 'Abbas, dia berkata: Ada seorang wanita datang kepada Nabi SAW., lalu berkata:

Wahai Rasulullah, sesungguhnya saudara perempuanku meninggal dunia, sementara dia mempunyai

tanggungan puasa dua bulan berturut-turut. Beliau SAW. berkata: "Apa pendapatmu, kalau sekiranya

saudara perempuan mempunyai hutang. Apakah kamu membayarnya?" Dia menjawab: "Ya, saya

membayarnya". Nabi SAW. berkata: "Maka dari itu, hak Allah harus lebih -dibayarkan-".

126.Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1572.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Seorang lelaki berpiutang kepada Rasulullah saw., lalu ditagihnya

dengan cara kasar. Kerana itu para sahabat tidak senang terhadap orang itu. Maka bersabda Nabi saw.,

"Orang yang berpiutang berhak menagih. Belikan dia seekor unta muda, kemudian berikan kepadanya!"

Kata para sahabat, "Tidak ada unta muda, ya Rasulullah. Yang ada hanya unta dewasa dan lebih bagus

daripada untanya." Sabda beliau, "Belilah! Kemudian berikan kepadanya. Sesungguhnya sebaik-baik

kamu, ialah yang paling baik membayar hutang."

127.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2854.

Maksudnya :Suwaid bin Nashr menceritakan kepada kami, Abdullah bin AI Mubarak menceritakan

kepada kami, Syu'bah memberitahukan kepada kami, dari Muhammad bin AI-Munkadir, dari Jabir

berkata :"Aku minta izin kepada Nabi SAW dalam urusan hutang yang menjadi tanggung jawab ayahku,

lalu beliau bersabda :"Siapa ini ?" Aku menjawab :"Saya", kemudian beliau bersabda :"Saya saya ... ?"

seolah-olah beliau tidak senang jawaban tersebut".Hadis ini adalah hadis hasan sahih.

128.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 5333.

Menceritakan padaku Abu Abdur Rahman Al-Hubuly dari Abdullah ibnu 'Amr ibnu As bahawa Rasulullah

saw biasa membaca doa: "Allaahumma innii a'uudzu bika min ghalabatid daini wa syamaatatil a'daa-i (Ya

Allah, aku berlindung kepada-Mu dari terjerat hutang, dari ejekan musuh).''

Page 33: 203 hadis berkenaan hutang

129.Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1841.

Dari Abu Qatadah r.a. katanya: "Pada suatu ketika Rasulullah saw. berdiri di hadapan para sahabat, lalu

bersabda: "Sesungguhnya Jihad fi sabilillah serta iman kepada Allah, adalah amal yang paling utama."

Maka berdiri seorang lelaki seraya bertanya, "Ya, Rasulullah! Bagaimana jika aku mati dalam jihad fi

sabilillah, hapuskah dosa-dosaku?" Jawab Rasulullah saw., "Hapus, jika engkau mati, sedangkan engkau

seorang yang sabar dan ikhlas kerana Allah, engkau mati kerana maju bertempur tidak kerana lari dari

pertempuran," Kemudian beliau bertanya, "Apa tanyamu tadi? Maka diulangnya pertanyaannya,

"Bagaimana jika aku mati dalam jihad fi sabilillah, hapuskah dosa-dosaku?" Jawab Rasulullah, "Ya, hapus,

jika engkau seorang pejuang yang sabar, ikhlas kerana Allah semata-mata, mati kerana maju bertempur,

tidak kerana lari dari pertempuran. Kecuali yang tidak hapus ialah hutang. Begitulah kata Jibril kepada

ku."

130.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3018.

Dari Abdullah ibnu Abu Qatadah dari ayahnya berkata: "Ketika Rasulullah saw berkhutbah di atas

mimbar, tiba-tiba datang seseorang dan bertanya: "Wahai Rasulullah, bagaimana pendapatmu, aku

mengayunkan pedangku fisabilillah dengan sabar, ikhlas kerana Allah, terus maju dan pantang undur

hingga aku gugur, adakah Allah akan mengampuni semua dosaku?" Jawab beliau: "Ya". Setelah orang itu

pergi beliau memanggilnya lagi dan bersabda padanya: "Jibril menyampaikan padaku, kecuali jika kamu

ada hutang."

131.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 4521.

Dari Abu Bakar ibnu Abdur Rahman ibnu Harits ibnu Hisyam dari Abu Hurairah dari Rasulullah saw

bersabda: "Bila ada seorang pailit lagi pula terbelit hutang, kemudian seorang yang berpiutang

mendapatkan ia masih memiliki barang, maka orang yang berpiutang itu lebih berhak mengambil barang

itu daripada orang lain yang telah menawarkan barang itu."

132.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 3982.

Dari Az-Zuhri dari Yazid ibnu Hurmuz, bahawasanya ketika Nijdah Al-Haruri telab berhasil dalam menarik

hati Ibnu Zubair, maka ia berkirim surat pada Ibnu Abbas dan bertanya padanya tentang bahagian untuk

keluarga Rasulullah, bagian itu kini untuk siapa?" Jawab Ibnu Anas: "Bahagian itu untuk kami, keluarga

dekat Rasulullab saw, sebagaimana dulu Rasulullah saw telah memberikan pada kami. Dan Umar pernah

menawarkan sesuatu yang menurut kami itu bukan hak kami maka kami tidak mahu menerimanya.

Umar menawarkan kepada kami untuk memberi bantuan buat mereka yang akan nikah, membayar

hutang keluarga kami dan memberi keluarga kami yang miskin dari hasil pajak itu, dan ia tak mahu

menambah lebih dari bahagian itu."

Page 34: 203 hadis berkenaan hutang

133.Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1551.

Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Jangan menukar (jual-beli) emas

dengan emas, kecuali sama berat, dan jangan melebihkan yang satu atas yang lain. Dan jangan menakar

(jual-beli) perak dengan perak, kecuali sama berat. Dan jangan menjual yang satu dengan hutang

sedangkan yang lain dengan tunai (tetapi kedua-duanya harus tunai)."

134.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 4522.

Dari Abu Bakr ibnu Abdur Rahman dari hadis Abu Hurairah ra, bahawasanya Rasulullah telah

menerangkan tentang orang yang pailit lagi pula terbelit hutang; bila ia kedapatan memiliki barang yang

hendak dijual, maka orang yang berpiutang berhak mengambilnya.

135.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 5299.

Dari Urwah dari Aisyah ra berkata: "Rasulullah saw sering meminta perlindungan dari kerugian dan dosa.

Pada suatu hari aku bertanya: "Wahai Rasulullah, mengapa engkau banyak meminta perlindungan dari

kerugian?" Jawab beliau: "Kerugian ialah bila seseorang meminta tempoh untuk membayar hutang,

maka bila tiba waktu membayar, dia berbohong, dan bila dia berjanji, dia mengingkari."

136.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 2151.

Dari Abdullah bin Syaqiq katanya: "Aku pernah bertanya pada Aisyah: "Apakah Rasulullah saw biasa

melakukan solat dhuha?" Jawab Aisyah: "Tidak, kecuali jika beliau tiba dari bermusafir". Tanyaku:

"Apakah Rasulullah saw biasa melakukan puasa di hari-hari tertentu diluar bulan Ramadhan?" Jawab

Aisyah: "Demi Allah, beliau tidak pernah berpuasa sebulan penuh diluar bulan Ramadhan hingga beliau

wafat dan beliau tidak pernah hutang puasa Ramadhan".

137.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2203.

Hannad dan Ali bin Hujr menceritakan kepada kami mereka berkata: "Ismail bin Ayyasy

memberitahukan kepada kami, Syurahbil bin Muslim Al-Khaulani dari Abu Umamah Al-Bahili berkata:

"Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda dalam khutbahnya pada tahun haji perpisahan:

"Sesungguhnya Allah telah menentukan hak tiap-tiap ahli waris maka tidak ada hak wasiat bagi ahli

waris. Anak itu bagi orang yang memiliki hamparan (suami atau tuan) dan bagi penzina memperoleh

batu (rajam) dan perhitungan mereka diserahkan kepada Allah. Barang siapa mengaku keturunan

kepada selain ayahnya atau kepada selain tuannya maka dia terkena laknat Allah yang terus menerus

sampai hari kiamat. Seorang wanita tidak boleh bersedeqah dengan harta dari rumah suaminya selain

dengan izin suaminya". Ditanyakan: "Wahai Rasulullah, apakah tidak boleh bersedekah makanan?"

Beliau bersabda: "Makanan itu adalah sebaik-baik harta kita" dan beliau bersabda: "Pinjaman itu

dikembalikan kepada yang memilikinya. Pemberian manfaat itu dikembalikan barangnya. Hutang itu

harus dibayar. Penanggung itu harus membayar." Dalam bab ini terdapat hadis dari Amr bin Kharijah

dan Anas bin Malik. Hadis ini hasan dan benar-benar diriwayatkan dari Abu Umamah dari Rasulullah

SAW dengan selain Sanad ini, Riwayat Ismail bin Ayyasy dari orang Iraq dan orang Hijaz tidaklah hadis

Page 35: 203 hadis berkenaan hutang

hasan tentang hadis yang dia sendiri meriwayatkannya kerana dia meriwayatkan dari hadis-hadis

munkar dan riwayat dia dari orang Syam lebih sahih. Demikianlah Muhammad bin Ismail berkata: "Aku

mendengar Ahmad bin Al-Hasan berkata; "Ahmad bin Hanbal berkata: "Ismail bin Ayyasy itu lebih baik

dari pada Baqiyyah. Baqiyyah mempunyai hadis munkar dari orang-orang yang dipercaya, Aku

mendengar Abdullah bin Abdur Rahman berkata: "Aku mendengar Zakaria bin Adi berkata: "Abu Ishaq

Al-Fazari berkata: "Ambillah dari Baqiyyah hadis yang diceritakan dari orang-orang yang bisa dipercaya

dan janganlah kamu mengambil dari Ismail bin Ayyats hadis yang dia ceritakan dari orang-orang yang

bisa dipercaya maupun orang-orang yang tidak dipercaya."

138.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 2980.

Dari Muhammad ibnu Ajlan dari Sa'id Al Maqburiy dari Abu Hurairah ra. dari Rasulullah saw. bersabda:

"Ada tiga orang pasti akan mendapatkan bantuan dari Allah: 1. Seorang berjihad di jalan Allah. 2.

Seseorang yang menikah, kerana ia ingin menghindari perbuatan keji. 3. Budak mukatab yang bekerja

keras untuk melunari hutangnya."

139.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 3873.

Mewartakan kepada kami Muhammad bin 'AbduI-Malik bin Abusy- Sywarib, mewartakan kepada kami

'Abdul-'Aziz bin Al-Mukhtar, mewartakan kepada kami Suhail, dan ayahnya, dari Abu Hurairah, dari Nabi

saw. bahawasanya beliau mengucapkan doa bila hendak pergi tidur (yang ertinya begini): "Ya Allah, Dzat

yang memelihara langit dan bumi, Dzat yang memelihara segala sesuatu, Dzat yang menumbuhkan butir

tumbuhan dan biji buah-buahan, Dzat yang menurunkan Taurat, Injil dan Al-Qur'an yang agung. Aku

berlindung din kepada-Mu dari keburukan setiap binatang melata, yang Engkau adalah pemegang ubun-

ubunnya. Engkau adalah yang Awwal, maka tidak ada sesuatupun sebelum Engkau. Engkau adalah yang

Akhir, maka tidak ada sesuatupun setelah Engkau. Engkau adalah yang Zhahir (nyata bukti-buktinya),

maka tidak ada sesuatupun yang melebihi Engkau. Engkau adalah yang Bathin(yang halus), maka tidak

ada sesuatupun yang melebihi daripada Engkau. Bayarkanlah hutangku dan jadikanlah aku kaya jauh

dari kefakiran".

140.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 4533.

Dan Al-A'raj dari Abu Hurairah dari Rasulullah saw bersabda: "Bila piutang salah seorang dari kamu

dipindahkan pada orang yang mampu, maka hendaklah ia menerima pemindahan piutang itu. Orang

yang zalim itu ialah orang mampu yang menunda membayar hutang."

141.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 4534.

Dari Wabar ibnu Aba Dulailah dari Muhammad ibnu Maimun dari 'Amr ibnu Syarik dari ayahnya berkata:

"Rasulullah saw bersabda: "Orang berada yang terbelit hutang ialah orang yang menghalalkan harta

orang yang memberikan pinjaman padanya sedang ia selalu menahan harta itu."

Page 36: 203 hadis berkenaan hutang

142.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 4530.

Dari Sam'an dari Samrah berkisah: "Tatkala kami berada di hadapan orang mati bersama Rasulullah saw,

beliau bertanya: "Adakah disini seorang dari keluarga orang yang mati?" Setelah beliau mengulangi

pertanyaan tersebut hingga tiga kali; maka seseorang berdiri, maka Rasulullah saw bertanya padanya:

"Apakah yang mencegahmu untuk menjawab pertanyaanku tadi?" Sungguh aku tidak ingin

menyampaikan berita padamu melainkan demi kebaikan. Sesungguhnya si Fulan mati dan tidak dapat

masuk syurga dikeranakan hutangnya yang belum terlunas."

143.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 4536.

Dari Al-A'raj dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda: "Orang mampu, yang menunda

membayar hutangnya adalah seorang yang zalim. Bila piutang salah seorang dari kamu dipindahkan

pada orang yang mampu, maka hendaknya ia mahu menerimanya."

144.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 4535.

Dari 'Amr ibnu Syarid dari ayahnya dari Rasulullah saw bersabda: "Orang kaya yang terbelit hutang ialah

orang yang menghalalkan harta orang yang berpiutang dan menahan harta itu."

145.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 4462.

Dari Atha' ibnu Yasar dari Abu Rafi' ra bahawasanya Rasulullah saw pernah meminjam seekor unta yang

masih muda dari seseorang. Tiba-tiba orang itu datang pada beliau dan menagih" untanya pada beliau.

Sabda beliau pada seorang utusannya: "Pergilah dan belilah seekor unta untuknya." Setelah pergi; maka

utusan itu kembali kepada beliau dan berkata: "Aku tidak mendapatkan unta yang sama umurnya

kecuali unta yang berumur empat tahun." Sabda beliau: "Belilah unta itu dan berilah padanya kerana

sebaik-baik orang Muslim ialah orang yang paling baik dalam mengembalikan pinjaman/hutangnya."

146.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 4463.

Dari Abu Salamah dari Abu Hurairah berkisah: "Seseorang telah meminjamkan untanya yang berumur

sekian tahun pada Rasulullah. Pada suatu hari ia datang dan beliau untuk menagih piutangnya, maka

sabda beliau pada para sahabat: "Bayarlah seekor unta yang berumur sekian tahun padanya." Tetapi

mereka tidak mendapatkan unta itu, yang ada hanya unta yang umurnya lebih banyak daripada unta

yang dipinjam oleh beliau. Sabda beliau: "Berikanlah unta padanya." Kata orang itu: "Engkau telah

mengembalikan pinjaman padaku dengan cara yang lebih baik." Sabda beliau: "Sesungguhnya sebaik-

baik kamu ialah yang paling baik diantara kamu dalam mengembalikan pinjaman/hutang."

Page 37: 203 hadis berkenaan hutang

147.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 4528.

Dari Isma'il ibnu Ibrahim ibnu Abdullah ibnu Abu Rabi'ah dari ayahnya dari datuknya berkisah:

"Rasulullah saw pernah meminjam wang sebanyak empat puluh ribu dariku; ketika beliau datang padaku

untuk membayar hutang itu, beliau mendoakanku: "Semoga Allah memberi berkah padamu di dalam

keluargamu dan hartamu. Sesungguhnya balasan bagi suatu pinjaman ialah ucapan terima kasih dan

peluasannya."

148.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2. Hadis Nombor 1797.

Mewartakan kepada kami Suwaid bin Sa'id; mewartakan kepada kami Al-Walid bin Muslim, dari Al-

Bakhtariy bin 'Ubaid, dari ayahnya, dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Saw. bersabda: "Apabila

kalian telah memberikan zakat, maka janganlah kalian lupa (minta) balasannya, yaitu dengan membaca:

"Allahummaj 'alhaa maghnaman wa laa taj alhaa maghraman. Artinya: Ya Allah jadikanlah zakatku itu

sebagai suatu keberuntungan, dan jangan jadikan ia sebagai suatu (pembayar) hutang saja." Dalam Az-

Zawa-id: Dalam isnadnya ada Al-Walid bin Muslim Ad-Dimsyqiy, dia adalah seorang mudallis. Sedangkan

Al-Bukhariy telah disepakati atas kedaifannya. Dan dia berkata tentang hadis ini: Mempunyai Syahid

(penyaksi) dari hadis "Apabila seseorang datang kepadanya untuk memberikan zakat hartanya, beliau

berselawat atasnya

149.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3460.

Abdullah bin Abdur Rahman menceritakan kepada kami, Amr bin Aun memberitahukan kepada kami,

Khalid bin Abdillah memberitahukan kepada kami dari Suhail dari ayahnya dari Abu Hurairah berkata:

"Rasulullah SAW memerintahkan kepada kami apabila seseorang mengambil tempat tidurnya agar

membaca:(Wahai Allah, Tuhan semua langit, Tuhan semua bumi, Tuhan kami dan Tuhan bagi setiap

sesuatu yang memecah biji dan biji kurma, dan Yang menurunkan kitab Taurat dan kitab Injil dan kitab Al

Quran, aku berlindung kepada Mu dari kejahatan setiap makhluk yang jahat di mana Engkau yang

memegang ubun-ubunnya. Engkau adalah yang Maha Dahulu tidak ada sesuatu apapun sebelum Mu

dan Engkau adalah Yang Kekal, tidak ada sesuatu apa sesudah Mu, Yang Zahir tidak ada sesuatu apapun

yang lebih nampak daripada Mu, dan yang batin tidak ada sesuatu apapun yang menghalangi Mu

bayarilah hutang ku dan cukuplah aku dari kefakiran ". Hadis ini adalah hasan sahih.

150.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2414.

Mewartakan kepada kami Muhammad bin Tsa'labah bin Sawa-; mewartakan kepada kami pamanku

Muhammad bm Sawa-, dari Husain Al-Mu'allim, dari Mathar Al-Warraq, dari Nafi' dari Ibnu 'Umar, dia

berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu

dinar atau satu dirham, maka akan diambilkan (ganti) dari kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar

dan tidak ada pula dirham". Dalam Az-Zawa-id: Dalam isnadnya ada Muhammad bin Tsa'labah bin Sawa-

. Abu Hatim berkata mengenainya: Aku pernah menemuinya, namun aku tidak menulis hadis darinya.

Dan aku tidak melihat para Imam yang lain membicarakannya. Dan sisa perawi isnad hadis ini

terpercaya, mengikuti syarat Muslim.

Page 38: 203 hadis berkenaan hutang

151.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 4496.

Dari Ikrimah dari Ibnu Abbas berkata; "Ketika Rasulullah saw wafat, baju besi beliau masih tergadaikan

pada seorang Yahudi sebagai jaminan atas tiga puluh shak gandum yang dihutang beliau untuk membeli

makanan keluarganya.''

152.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 3838.

Mewartakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah, mewartakan kepada kami 'Abdullah bin Numair.

Dan mewartakan kepada kami 'Ali bin Muhammad, mewartakan kepada kami Waki'. Semuanya dari

Hisyam bin 'Urwah, dari ayahnya, dan 'Aisyah, bahawasanya Nabi saw. selalu berdoa dengan kalimat doa

ini: "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung diri kepada-Mu dari fitnah neraka dan seksa neraka, dari

fitnah kubur dan seksa kubur, dari keburukan fitnah kaya dan keburukan fitnah fakir, dan dari keburukan

fitnah Dajjal. Ya Allah, cucilah kesalahan-kesalahanku dengan air salju dan ais. Bersihkanlah hatiku dari

kesalahan-kesalahan sebagaimana Engkau membersihkan kain yang putih dari kotoran. Jauhkanlah

antara aku dan kesalahan-kesalahanku sebagaimana Engkau menjauhkan antara timur dan barat. Ya

Allah, sesungguhnya aku berlindung diri kepada-Mu dari malas, lemah (kerana tua), dosa dan hutang".

153.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 5295.

Dari 'Amr ibnu Abu 'Amr dari Anas ibnu Malik berkata: "Rasulullah saw tak pernah meninggalkan

membaca doa: "Allaahumma innii a'uudzu bika minal hammi wal hazani, wal 'ajzi, wal kasali wal bukhli

wal jubni wad dain wa ghalabatir rijaal (Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari rasa gelisah, rasa

susah, sifat lemah, sifat malas, sifat kedekut, rasa takut, tekanan hutang dan tekanan orang-orang).

154.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2359.

Mewartakan kepada kami Hisyam bin 'Ammar; mewartakan kepada kami Isma'il bin 'Ayyasy, dari Abu

Bakr bin 'Abdurrahman bin Al-Harits bin Hisyam, dari Abu Hurairah, bahawasanya Nabi saw. bersabda:

"Siapa saja orang yang menjual barang, kemudian dia mendapati barangnya itu masih utuh di tangan

seseorang yang bangkrut. Sedangkan dia belum menerima sedikitpun dari harga barangnya itu, maka

barang itu adalah untuknya. Dan jika dia telah menerima sebahagian dari harganya, maka dia bersekutu

dengan orang-orang lain yang menghutanginya".

155.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2426.

Mewartakan kepada kami Ibrahim bin 'Abdullah bin Muhammad bin 'Utsman, Abu Syaibah; mewartakan

kepada kami Ibnu Abu 'Ubaidah (aku mengira dia berkata) Mewartakan kepada kami ayahku, dari Al-

A'masy, dari Abu Shalih, dari Abu Sa'id Al-Khudriy, dia berkata: "Seorang badawi datang kepada Nabi

saw. menagih hutang yang ada padanya. Dia bersikap kasar terhadapnya, sampai-sampai dia berkata:

"Aku akan membuatmu kesulitan jika engkau tidak segera membayarku". Maka para sahabat

mengherdiknya, dan berkata: "Celaka engkau! Tahukah kamu kepada siapa engkau berbicara?" Dia

menjawab: "Aku hanya minta hakkiu". Kemudian Nabi saw. berkata:,"Mengapa kalian tidak bersikap

baik kepada pemilik hak ini?" Kemudian beliau mengutus seseorang kepada Khaulah bint Qais, lalu

beliau berkata padanya: "Jika engkau mempunyai kurma'; maka pinjamkanlah pada kami, sehingga

Page 39: 203 hadis berkenaan hutang

kurma kami berbuah dan kami akan membayarmu". "Ya, saya punya. Demi ayahku ya Rasulullah!"

jawabnya. Abu Sa'id melanjutkan: "Lalu Khaulah meminjami beliau. Dan beliau membayar badawi

tersebut, dan memberinya makan. Maka berkatalah dia: "Engkau telah melunasinya, semoga Allah

menyempurnakannya untukmu." Beliau berkata: "Mereka itu adalah sebaik-baik manusia.

Sesungguhnya suatu umat itu tidak akan disucikan selama orang yang lemah tidak dapat mengambil

haknya tanpa ada rasa terancam (terintimidasi.". Dalam Az-Zawa-id: Isnad hadis ini Shahih, para

perawinya terpercaya. Oleh kerana Ibrahim bin 'Abdullah, dikatakan Abu Hatim sebagai Shadduq

(benar).

156.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2416.

Mewartakan kepada karai 'Ali bin Muhammad; mewartakan kepada kami Waki'; mewartakan kepada

kami Sufyan, dari Ja'far bin Muhammad, dari ayahnya, dari Jabir, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda:

"Barangsiapa meninggalkan harta, maka untuk ahli warisnya. Dan barangsiapa meninggalkan hutang

atau tanggungan keluarga, maka sayalah yang akan membayarnya dan menanggung urusannya. Dan

saya lebih berhak atas orang-orang mukmin".

157.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1251.

Ahmad bin Mani' menceritakan kepada kami, Ismail bin Ibrahim menceritakan kepada kami, Ayyub

menceritakan kepada kami, Amr bin Syuaib menceritakan kepada kemi, ia berkata: ayahku menceritakan

kepadaku, ia dari ayahnya (ia menyebut sanad) sampai kepada Abdullah bin Amr, sesungguhnya

Rasulullah saw bersabda: "Tidak halal pinjam dan jual) dan tidak halal dua syarat di dalam satu

penjualan 2) dan tidak halal keuntungan sesuatu barang yang belum di tangannya 3) dan tidak boleh

menjual sesuatu yang tidak ia miliki." Hadis ini hasan sahih. Ishaq bin Mansur berkata: saya bertanya

kepada Ahmad; apa erti larangan pinjam dan jual? Dia berkata: yaitu seseorang minta dipinjami

sesuatu, kemudian ia mahu menjual barangnya dengan wang yang lebih dari pinjamannya itu. Dan

mungkin bisa juga seorang meminjam sesuatu, kemudian dia berkata; kalau saya tidak bisa

mengembalikan pinjaman ini maka barangku yang ada padamu engkau beli. Ishaq bertanya, seperti apa

yang saya tanyakan kepada Ahmad tentang jual beli yang belum bisa ditanggung". Ahmad menjawab:

menurut saya jual beli semacam itu tidak ada kecuali hanya ada pada makanan yang belum engkau

pegang. Ishaq berkata; seperti apa yang dikatakan Ahmad di dalam setiap makanan yang ditakar atau

ditimbang. Ahmad berkata: kalau ada orang berkata: saya jual kain ini kepadamu dengan syarat

menjahit dan seterikanya untukku. Jual beli semacam itu termasuk contoh dua syarat di dalam akad jual.

Tetapi kalau dia berkata: kain ini saya jual kepadamu; tetapi menjahitnya bahagianku, jual beli semacam

ini tidak jadi apa atau ia berkata; saya jual kain ini kepadamu, tetapi seterikanya bahagianku; jual beli ini

juga tak menjadi apa, kerana itu hanya syarat satu. Ishak berkata: atau yang sejenis dengan itu. 1)

seperti contoh: saya jual baju ini, tetapi engkau harus memberi hutang kepadaku sekian rupiah. 2)

seperti contoh: Saya tebaskan manggaku ini dengan sarat; 1) diambil sedikit-sedikit, 2) saya harus diberi

bahagian. 3) seperti contoh: saya membeli burung, burung yang belum sampai saya terima itu sudah

saya jual lagi. Hadis Hakim bin Hizam adalah hadis hasan, hadis itu diriwayatkan dari beberapa rawi

ayyub As Sahtiyaani dan Abu Bisyr telah meriwayatkan hadis ini dari Yusuf bin Mahak dari Hakim bin

Hizam. Auf bin Hisyam bin Hussan juga telah meriwayatkan hadis ini dari Ibnu Sirin dari Hakim bin Hizam

Page 40: 203 hadis berkenaan hutang

dari Nabi saw. hadis ini adalah hadis mursal; hanya saja Ibnu Sirin meriwayatkan hadis ini; ia dari Ayyub

As Sahtiyaani dari Yusuf bin Mahak dari Hakim bin Hisyam seperti hadis di bawah ini.

158.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 5298.

Dari Abdullah ibnu Al-Muthallib dari Anas ibnu MaUk, bahawasanya bila Rasulullah saw berdoa, maka

beliau membaca: "Allaahununa innii a'uudzu bika minal hammi wal hazani wal 'ajzi wal kasali wal bukhli

wal jubni wa diala'id daini wa ghalabatir rijaali (Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari rasa gelisah,

rasa susah, sifat lemah, sifat malas, sifat kedekut, rasa takut, tekanan hutang dan dari tekanan orang-

orang)."

159.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3634.

Abdullah bin Abdur Rahman menceritakan kepada kami, Yahya bin Hasan memberitahukan kepada

kami, Abu Muawiyah memberitahukan kepada kami dari Abdur Rahman bin Ishaq dari Sayyar dari Abi

Wa'il dari Ali "Bahwa seorang hamba sahaya mukatab datang kepadanya lalu berkata: "Sesungguhnya

kami tidak mampu membayar wang kitabah kami maka bantulah kami", dia berkata: "mahukah kami

mengajarkan kepada mu kalimat yang Rasulullah SAW telah mengajarkannya kepada kami? Seandainya

kamu mempunyai hutang sebesar gunung, pasti Allah membayarkannya darimu, dia berkata: Bacalah

(Wahai Allah, cukupkanlah aku dengan harta benda yang Engkau halalkan dari harta yang Engkau

haramkan, dan cukupilah aku dengan anugerahMu dari siapa-siapa selainMu). " Hadis ini adalah Hasan

gharib.

160.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2412.

Mewartakan kepada kami Humaid bin Mas'adah; mewartakan kepada kami Khalid bin Al-Harits;

mewartakan kepada kami Sa'id, dari Qatadah, dari Salim bin Abul-Ja'd, dari Ma'dan bin Abu Thalhah,

dari Tsauban, Maula Rasulullah saw. dari Rasulullah saw., bahawasanya beliau bersabda: "Barangsiapa

rohnya telah meninggalkan jasadnya, sedangkan dia bebas dari tiga hal, nescaya akan masuk surga: Dari

takabur, ghulul (khianat terhadap harta rampasan), serta hutang".

161.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2411.

Mewartakan kepada kami Ya'qub bin Humaid bin Kasib mewartakan kepada kami 'Abdul-'Aziz bin

Muhammad, dari Tsaur bin Zaid Ad- Dailiy, dari Abul-Ghaits, Maula Ibnu Muthi' dari Abu Hurairah,

bahwasannya Nabi saw. bersabda: "Barangsiapa mengambil (berhutang) harta orang dengan maksud

merosaknya/tidak membayarnya, maka Allah akan merosakkannya".

Page 41: 203 hadis berkenaan hutang

162.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 4098.

Maksudnya :"Yahya bin Habib bin Arabi menceritakan kepada kami Musa bin Ibrahim bin Katsir Al

Anshari memberitahukan kepada kami, ia berkata : Saya mendengar Thalhah bin Khirasy berkata : Saya

mendengar Jabir bin Abdullah berkata :"Rasulullah menjumpai saya, beliau bersabda : hai Jabir saya

melihat engkau, engkau kelihatan tidak bersemangat". Saya menjawab :"Hai Rasulullah, ayahku mati

syahid beliau meninggalkan keluarga dan hutang", Jabir berkata Rasulullah terus bersabda :"Bukankah

engkau merasa senang, (bahawa) ayah mu telah bertemu dengan Allah ?", Jabir berkata :"Ya, hai

Rasulullah", Rasulullah bersabda :"Allah sama sekali tidak akan berfirman kepada seorangpun, kecuali

dari belakang hijab, dan (saya) berharap, Allah menghidupkan ayah mu dan Allah berfirman kepadanya :

dengan tanpa hijab". Allah berfirman :"(Hai hambaku) kamu mengharap Aku menganugerahi mu".

Hamba berkata :"Hidupkan saya (setelah hidup) saya (berharap) dibunuh yang kedua kali demi Engkau".

Tuhan Tabaraka Wa Taala berfirman :"Itu telah didahului (titah)Ku; bahawasanya mereka (orang mati)

tidak akan kembali". Jabir berkata : Kemudian ayat ini diturunkan :(Janganlah kamu mengira bahawa

orang-orang yang gugur dijalan Allah itu mati : bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan

mendapat rezeki). (Ali Imran : 169). Hadis ini hasan gharib dari sanad ini, saya tidak mengetahui hadis ini

kecuali dari hadisnya Musa bin Ibrahim. Ali bin Abdullah bin Al Madini dan yang lainnya meriwayatkan

hadis ini dari pembesar-pembesar ahli hadis dari Musa bin Ibrahim. Abdullah bin Muhammad bin Aqil

juga meriwayatkan seperti hadis ini secara ringkas dari Jabir.

163. Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 3677.

Mewartakan kepada kami 'Ali bin Muhammad; mewartakan kepada kami Waki' mewartakan kepada

kami Sufyan, dari Manshur, dari Asy-Sya'biy, dari Al-Miqdam, Abu Karimah, dia berkata: Rasulullah saw.

bersabda: "(Menyediakan tempat tidur) bagi tamu di malam hari adalah wajib. Dan jika dia bangun pagi

di halaman rumahnya, maka ia menjadi hutang bagi pemilik rumah, itu jika si tamu menuntut. Jika dia

menghendaki, maka dia boleh meninggalkan- tuntutannya itu".

164. Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2361.

Mewartakan kepada kami 'Amr bin 'Utsman bin Sa'id bin Katsir bin Dinar Al-Himshiy; mewartakan

kepada kami Al-Yaman bin 'Adiy; mewartakan kepadaku Az-Zabidiy Muhammad bin 'Abdurrahman, dari

Az-Zuhriy, dari Abu Salamah, dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Siapa saja orang

yang mati, sedangkan dia mempunyai harta seseorang yang masih utuh, baik sudah dibayarnya

sebahagian atau belum sama sekali, maka barang tersebut menjadi milik bersama bagi orang-orang yang

menghutanginya".

165. Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 5317.

Dari Urwah ibnu Zubair dari Aisyah berkata: "Rasulullah saw meminta perlindungan dari kerugian dan

perbuatan dosa. Ketika beliau ditanya: "Wahai Rasulullah, sungguh mengapa engkau selalu meminta

perlindungan dari kerugian dan perbuatan dosa." Sabda beliau: "Sesungguhnya bila seseorang meminta

diberi tempoh di dalam membayar hutang, kemudian kalau tiba waktunya, maka dia berdusta, dan bila

dia berjanji, maka mengingkari."

Page 42: 203 hadis berkenaan hutang

166. Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2144.

Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya Rasulullah saw. pernah menjanjikan kepadanya. "Jikalau kita beroleh

harta (rampasan) dari Bahrain, nanti ku beri engkau sebegini, sebegini. Sambil beliau memberi isyarat

dengan kedua belah tangannya bersamaan. Tetapi sebelum memperoleh harta itu beliau telah wafat.

Sesudah itu Abu Bakar menggantikan beliau memerintah. Dia memerintahkan supaya mengumumkan

suatu pengumuman: "Siapa yang pernah dijanjikan sesuatu oleh Rasulullah saw. atau beliau mempunyai

hutang kepadanya, hendaklah dia datang kepada ku menagihnya!" Lalu aku datang kepada Abu Bakar

seraya berkata: "Sesungguhnya Nabi saw. pernah berkata kepada ku, "Jika kita beroleh harta dari

Bahrain, nanti ku beri engkau sebegini, sebegini dan sebegini." Abu Bakar meraup satu kali. Lalu

diberikannya kepada ku. Kemudian katanya. "Hitunglah!" Setelah ku hitung ternyata ada lima ratus.

Kemudian dia berkata pula, "Ambillah dua kali sebanyak itu lagi."

167. Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 0720.

Nashr bin 'Ali Al-Jahdlami dan Abu 'Ammar menceritakan kepada kami; pengertiannya satu, akan tetapi

ucapannya adalah ucapan Abu 'Ammar dimana ia berkata: "Sufyan bin 'Uyainah memberitahu kepada

kami (yang berasal) dari Az-Zuhri dari Humaid bin 'Abdur Rahman dari Abu Hurairah dimana ia berkata:

"Ada seseorang datang kepada baginda lantas berkata: "Wahai Rasulullah, saya telah binasa". Baginda

bertanya: "Apa yang membinasakan kamu?" Ia menjawab: "Saya bersetubuh dengan isteri saya pada

bulan Ramadan". Baginda bertanya: "Apakah kamu mampu untuk membebaskan seorang budak? Ia

menjawab: "Tidak." Baginda bertanya: "Apakah kamu mampu untuk berpuasa selama dua bulan

berturut-turut?" Ia menjawab: "Tidak." Baginda bertanya: "Apakah kamu mampu untuk memberi makan

60 orang miskin?" Ia menjawab : "Tidak." Baginda bersabda: "Duduklah." ; maka orang itu pun duduk.

Kemudian Nabi s.a.w. membawa satu 'araq yang berisi kurma; 'araq adalah keranjang besar. Baginda

lantas bersabda: "Sedekahkanlah ini." Ia berkata: "Tidak ada diantara dua batu hitamnya (kota Madinah)

seseorang yang lebih memerlukannya dari kami." Ia berkata: "Kemudian Nabi s.a.w. tertawa sehingga

kelihatan gigi-gigi taring baginda." Baginda bersabda: "Ambillah kurma itu dan berilah makan

keluargamu dengannya." Masalah yang sama diriwayatkan pula dari Ibnu 'Umar, 'Aisyah dan 'Abdullah

bin 'Amr. Abu 'Isa berkata: "Hadis Abu Hurairah ini adalah hadis hasan sahih. Pengamalan terhadap

kandungan ini menurut para ulama' iaitu bagi orang yang berbuka dengan bersetubuh yang

disengajakan pada siang bulan Ramadan. Sedangkan orang yang berbuka keana makan atau minum

yang disengajakan maka para ulama' berbeza pendapat dalam masalah itu. Sebahagian diantara mereka

berpendapat bahawa dia wajib mengqada' dan kafarat, serta mereka menyerupakan makan dan minu

dengan bersetubuh.Demikianlah pendapat Sufyan Ats-Tsauri, Ibnul Mubarak dan Ishaq." Sebahagian

yang lain berpendapat bahawa dia wajib mengqada' tetapi tidak wajib membayar kafarat kerana yang

disebutkan dari Nabi s.a.w. iaitu kafarat itu hanya dalam hal bersetubuh dan tidak disebutkan beliau

dalam hal makan dan minum. Mereka mengatakan: "Makan dan minum itu tidak boleh disamakan

dengan bersetubuh." Demikianlah pendapat Asy-Syafi'i dan Ahmad. Asy-Syafi'i berpendapat bahawa

sabda Nabi s.a.w. kepada seseorang yang berbuka lantas baginda memberikan (kurma) kepadanya

"ambillah dan berikan makan keluargamu dengannya" maka mengandungi beberapa pengertian. Kafarat

itu hanya wajib kepada orang yang mampu membayarnya. Sedangkan orang (yang datang kepada

baginda) itu tidak mampu membayar kafarat. Setelah baginda memberikan sesuatu kepadanya dan ia

Page 43: 203 hadis berkenaan hutang

telah memilikinya, orang itu berkata: "Tidak ada seseorang yang memerlukannya daripada kami." Lantas

Nabi s.a.w. bersabda: "Ambillah dan berilah makan keluargamu dengannya." Kerana sesungguhnya

kafarat itu diwajibkan hanya bagi orang yang mempunyai kelebihan makanan. Asy-Syafi'i cenderung

bahawa bagi orang yang mempunyai keadaan seperti itu untuk memakannya; sedangkan kafarat yang

diwajibkan kepadanya merupakan hutang, bila-bila waktu ia memiliki maka ia harus membayar kafarat.

168-Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2286.

Mewartakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah; mewartakan kepada lami Zaid bin Al-Hubab;

mewartakan kepada kami Muawiyah bin Shalih; mewartakan kepadaku Sa'id bin Hani-, dia berkata: Aku

mendengar Al-'Irbadh bin Sariyah berkata: "Aku berada di samping Nabi saw., lantas ada seorang arab

badawi yang berkata: "Bayarlah unta muda saya!" Lalu beliau memberinya unta yang sudah berumur.

Lantas arab badawi tersebut berkata: "Ya Rasulullah! Ini lebih tua dan unta saya". Maka Rasulullah saw.

menjawab: "Sebaik baik manusia adalah orang yang paling baik dalam membayar hutang".

169-Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1075.

Mahmud bin Ghailan menceritakan kepada kami,Abu Dawud memberitahukan kepada kami, Syu'bah

memberitahukan kepada kami dari Utsman bin Abdillah bin Mauhib berkata:"Saya mendengar Abdullah

bin Abi Qatadah menceritakan dari ayahnya,sesungguhnya nabi saw didatangi dengan jenazah seorang

lelaki untuk disolati,maka sabda Nabi saw:"Shalatkanlah atas temanmu,kerana dia mempunyai

tanggunan hutang."Abu Qatadah berkata:"Tanggungannya atas aku."(saya tanggung)Rasulullah

bersabda:"Kamu yang membayar?"Maka Rasulullah saw menshalatinya." DI dalam bab ini ada hadis

yang diriwanyatkan dari Jabir,Salamah bin Al Akwa' dan Asma' binti Yazid. Abu Isa berkata:Hadis Abu

Qatadah adalah hadis hasan sahih.

170.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3548.

Abu Kuraib menceritakan kepada kami, Abu Usamah memberitahukan kepada kami dari Al A'masy dari

Abi Shaleh dari Abu Hurairah berkata: "Fatimah datang kepada Rasulullah SAW untuk meminta seorang

pembantu kepada Beliau, lalu Beliau bersabda kepadanya: Bacalah doa:(Wahai Allah Tuhan tujuh langit

dan Tuhan Arsy yang agung, Tuhan kami dan Tuhan setiap sesuatu, Zat yang menurunkan kitab Taurat,

Kitab Injil, dan kitab Al Quran, yang memecah biji-biji kurma, aku belindung kepada Mu dari kejahatan

setiap sesuatu yang Engkau memegang ubun-ubunnya. Engkau adalah Zat Yang Awal, tidak ada sesuatu

sebelumMu dan Engkau adalah Zat Yang Akhir tidak ada sesuatupun yang lebih nampak dariMu dan Zat

yang batin, tidak ada sesuatupun di bawahMu, tunaikanlah hutangku dan cukupilah aku dari kefakiran

"). Hadis ini adalah hadis hasan gharib. Dan demikian pula sebahagian sahabat-sahabat Al A'masy

meriwayatkan dari Al A'masy seperti hadis ini dan sebahagian sahabatnya yang lebih meriwayatkan dari

Al A'masy dari Abi Shaleh secara mursal dan tidak menyebutkan dalam sanadnya dari Abu Hurairah.

Page 44: 203 hadis berkenaan hutang

171.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2405.

Mewanakan kepada kami Hisyam bin 'Amniar dan Al-Hasan bin 'Arafah, keduanya berkata: Mewartakan

kepada kami Isma'il bin 'Ayyasy; mewartakan kepadaku Syurahbil bin Muslim Al-Khaulaniy, dia berkata:

Aku mendengar Abu Umamah Al-Bahiliy berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Orang

yang menanggung itu adalah sebagai jaminan. Dan hutang itu (wajib) dibayar".

172.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 1621.

Muhammad bin Basysyar menceritakan kepada kami, Ibnu Abi 'Adi menceritakan kepada kami dari Said

dari Qatadah dari Salim bin Abul Jaad dari Maadan bin Abu Thalhah dari Tsauban di mana ia berkata:

"Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa yang nyawanya berpisah dengan badannya sedangkan ia

terbebas dari tiga hal (yaitu):harta simpanan, curang dan hutang maka ia masuk syurga." Demikianlah,

Abu 'Awanah di dalam hadisnya mengatakan: "sombong", dan ia tidak menyebut dari Maadah. Riwayat

Said itu lebih sahih.

173.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3015.

Dari Said Al-Maqburi dari Ahu Hurairah ra. berkata: "Ketika Rasulullah saw sedang berkhutbah, tiba-tiba

datang, seseorang kepada beliau dan bertanya: "Bagaimana jika aku berperang di jalan Allah dengan

sabar, ikhlas mengharap redha Allah, terus maju dan pantang undur, adakah Allah akan menghapus

dosa-dosaku?" Jawab beliau: "Ya".Kemudian beliau diam sejenak, lalu berkata: "Mana orang yang

bertanya padaku tadi?" Jawab orang itu: "Aku, wahai Rasulullah", Jawab beliau: "Apa yang kamu

tanyakan tadi'.'" Kata orang itu: "Bagaimana jika aku berperang di jalan Allah dengan sabar, ikhlas

kerana Allah, maju terus dan pantang undur, adakah Allah akan menghapus semua dosa-dosaku?"

Jawab beliau: "Ya, kecuali jika kamu mempunyai tanggungan hutang. Begitulah yang telah dibisikkan

Jibril padaku tadi?"

174.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 4435.

Telah dikhabarkan padaku oleh Muharib ibnu Ditsar dari Jabir ra berkisah: "Ketika Rasulullah saw datang

ke Madinah untuk membayar hutangnya padaku, beliau meminta sebuah timbangan, kemudian beliau

menimbang untukku dan memberi tambahan padaku."

175.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3551.

Muhammad bin Basysyar menceritakan kepada kami, Abu Amir memberitahukan kepada kami, Abu

Mush'ab memberitahukan kepada kami dari Abi Amr bin Amr iaitu hamba sahaya Al Muththalib dari

Anas bin Malik berkata: "Seringkali aku mendengar Rasulullah SAW berdoa dengan kalimat-kalimat

ini:(Wahai Allah, aku berlindung kepada Mu dari kesusahan, kelemahan, kemalasan, kebakhilan,

keberatan hutang, dan dipaksa orang). " Hadis ini adalah hadis hasan gharib dari sanad ini dari hadis Amr

bin Abi Amr.

Page 45: 203 hadis berkenaan hutang

176.Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1558.

Dari Habib r.a., katanya dia mendengar Abu Minhal berkata: "Aku pernah bertanya kepada Al Bara' bin

'Azib perihal menukar wang. Kata Al Bara', "Tanyalah kepada Zaid bin Arqam. Dia lebih tahu daripada

ku." Maka kutanyakan kepada Zaid, lalu katanya, tanyakan kepada Al Bara', kerana dia lebih tahu

daripada ku. Akhirnya kedua-duanya sama berkata, "Rasulullah saw. melarang menukar perak dengan

emas secara hutang."

177.Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1115.

Dari 'Abdullah bin Buraidah, dari bapanya, katanya: "Ketika aku sedang duduk dekat Rasulullah saw.,

tiba-tiba datang seorang wanita lalu dia bertanya: "Aku pernah memberikan seorang hamba sahaya

perempuan kepada ibu ku dan kini ibu ku telah meninggal. Bagaimana itu?" Jawab beliau, "Engkau tentu

mendapat pahala dari pemberianmu itu, dan sekarang pemberianmu itu kembali kepada mu sebagai

pusaka." Tanya wanita itu, "Ibuku punya hutang sebulan puasa. Bolehkah aku puasa untuk

membayarnya?" Jawab beliau, "Ya, boleh! Puasalah untuknya!" Tanyanya lagi, "Ibuku belum pernah haji.

Bolehkah aku yang menghajikannya? Jawab beliau, "Ya, boleh! Hajikanlah dia!"

178.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 5320.

Abu Abdur Rahman Al-Khubuly telah menceritakan pada kami dari Abdullah ibnu 'Amr ibnu Ash ra,

bahawasanya Rasulullah saw biasa membaca doa: "Allaahumma inni a'uudzubika mm ghalabatid daini

wa ghalabatil 'Aduwwi wasyamaa tatil a'daai (Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari terjerat hutang,

dari kemenangan musuh dan dari ejekan musuh)."

179.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1324.

Hannad menceritakan kepada kami, Abu Muawiyah menceritakan kepada kami dari A'masy dari Syaqiq

dari Abu Mas'ud berkata: Rasulullah saw bersabda: "Ada seorang lelaki dari sebelum kamu dihisab,

maka tidak ditemui kebaikan sedikitpun padanya, hanya saja dia adalah orang kaya yang mahu bergaul

sesama manusia dan pernah menyuruh khadamnya untuk membebaskan hutangnya orang fakir. Maka

Allah Ta'ala berfirman: "Kamilah yang berhak membebaskan kepadanya, maka ampunilah (kesalahan-

kesalahannya.". Hadis ini hasan sahih.

180.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 5234.

Dari Al Walid dari Auza'i dari Az Zuhry dari Sulaiman ibnu Yasar dari ibnu Abbas (Al-Fadlal ibnu Abbas)

bahawasanya pada waktu pagi hari nahar ketika dia membonceng di belakang Rasulullah saw; tiba-tiba

seorang wanita dari Khas'am datang pada beliau seraya berkata: "Wahai Rasulullah saw, sesungguhnya

kewajiban haji telah diturunkan bagi setiap hamba, ketika ayahku telah sangat tua dan dia tidak dapat

lagi naik kenderaan terkecuali dengan berbaring, apakah aku boleh menunaikan ibadat haji untuknya?"

Jawab beliau: "Ya, tunaikan haji untuknya. Sebab andaikan ayahmu menanggung hutang, nescaya kamu

harus melunaskannya."

Page 46: 203 hadis berkenaan hutang

181.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 5348.

Menceritakan kepada kami 'Amr ibnu Abu 'Atnr bahawa dia mendengar Anas ibnu Malik berkisah:

"Rasulullah saw bersabda kepada Abu Thalhah: "Berilah aku seorang budak lelaki dari budak-budakmu

supaya dia melayani aku. Maka Abu Thalhah memboncengkan aku untuk diberikan pada Rasulullah saw.

Kerana itu aku selalu melayani Rasulullah saw. Setiap beliau keluar rumah, maka aku sering mendengar

beliau membaca doa: "Allaahumma innii a'uudzu bika minal harami wal huzni wal 'ajzi wal kasali wal

bukhli wal jubni wa diala'id daini wa ghalabatir rijaali (Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari ketuaan,

kegelisahan, sifat lemah, sifat malas, sifat bakhil, rasa takut, tekanan hutang dan tekanan orang-orang)."

182.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1323.

Abu Kuraib menceritakan kepada kami, Ishaq bin Sulaiman Ar Razi menceritakan kepada kami dari

Dawud bin Qais dari Zaid bin Aslam dari Abu Shaleh dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah bersabda:

"Barangsiapa yang memberi kelonggaran waktu pada hutangnya orang fakir dan miskin atau

membebaskannya maka Allah memberi kepadanya naungan dihari kiamat dibawah naungan arasyNya,

dimana tidak ada naungan, kecuali naunganNya." Di dalam bab ini ada hadis yang diriwayatkan dari Abul

Yasar, Abu Qatadah, Hudzaifah, Ibnu Mas'ud dan Ubadah. hadisnya Abu Hurairah adalah hadis hasan

sahih, gharib dari sanad ini.

183.Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1828.

Dari Abdullah r.a. katanya: Rasulullah saw. bersabda: "Tidak halal darah (tidak boleh dibunuh) seorang

Muslim yang mengakui bahawa tidak ada Tuhan selain Allah, bahawa aku (Muhammad) Rasul Allah,

melainkan kerana salah satu dari tiga perkara: 1. Hutang jiwa dibayar dengan jiwa. 2. Orang berzina yang

sudah pernah kahwin. 3. Orang yang keluar dari agama dan memisahkan diri dari jemaah (kesatuan

kaum Muslimin)."

184.Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1593.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw. sabdanya: "Demi Allah, yang jiwa Muhammad berada di tangan-

Nya, tidak seorang jua pun orang mukmin di muka bumi, melainkan akulah orang yang lebih

bertanggung jawab terhadapnya. Maka siapa-siapa di antara kamu sekalian yang mati meninggalkan

hutang atau anak yang mungkin tersia-sia; akulah walinya. Dan siapa yang meninggalkan harta, bagi-

bagikanlah kepada ahli waris yang ada."

185.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4132.

Mewartakan kepada kami Ya'qub bin Humaid bin Kasib; mewartakan kepada kami 'Abdul- 'Aziz bin

Muhammad, dari Abu Suhail bin Malik, dari ayahnya, dari Abu Hurairah, bahawasanya Nabi saw.

bersabda: "Aku tidak senang padaku ada emas sebesar gunung Uhud, lalu datang malam yang ketiga

dan padaku masih ada sesuatu dari emas itu, melainkan sesuatu yang aku sediakan untuk membayar

hutang". Dalam Az-Zawa-id: Isnadnya hasan. Sementara para ulama masih berbeda-beda pendapat

mengenai Ya'qub bin Humaid. Abu Sahl namanya adalah Nafi' bin Malik bin Abu 'Amir Al-Ashbahiy,

pakcik Anas bin Malik.

Page 47: 203 hadis berkenaan hutang

186.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3560.

Harun bin Ishaq Al Hamdani menceritakan kepada kami, Abdah bin Sulaiman memberitahukan kepada

kami dari Hisyam bin Urwah dari ayahnya dari Aisyah berkata: "Rasulullah SAW pernah berdoa dengan

kalimat-kalimat ini: (Wahai Allah! sesungguhnya aku berlindung kepada Mu dari cubaan neraka dan

seksa neraka, cubaan kubur, dari kejahatan cubaan kaya, dari kejahatan cubaan kemiskinan dan dari

kejahatan Al masih Dajjal.Wahai Allah! cucilah kesalahan-kesalahanku dengan air salju dan air dingin.

Bersihkan hatiku dari kesalahan-kesalahan sebagaimana Engkau membersihkan pakaian putih dari

kotoran dan jauhkanlah jarak antara aku dan kesalahan-kesalahanku sebagaimana Engkau jauhkan

antara jarak antara timur dan barat, Wahai Allah sesungguhnya aku berlindung kepada Mu dari

kemalasan, tua bangka, dosa dan hutang). " Hadis ini adalah hadis hasan sahih.

187.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2200.

Nashr bin Ali menceritakan kepada kami, Abdush Shamad bin Abdul-Warits memberitahukan kepada

kami, Nashr bin Ali memberitahukan kepada kami, Al-Asyats bin Jabir menceritakan kepada kami, dari

Syahr bin Hausyah dari Abu Hurairah bahawa dia menceritakan kepadanya dari Rasulullah SAW

bersabda: "Sesungguhnya seseorang beribadah serta isterinya taat kepada Allah selama enam puluh

tahun kemudian tanda kematian mendatangi mereka lalu mereka membuat madharat dalam berwasiat

maka wajiblah mereka masuk neraka." Kemudian beliau membacakan kepada Abu Hurairah yang

ertinya: (Sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak

memberi madharat kepada ahli waris sebagai syariat yang benar-benar dari Allah dan Allah Maha

Penyayang. Hukum-hukum tersebut adalah ketentuan Allah. Barang siapa taat kepada Allah dan

rasulnya nescaya Allah memasukkannya kedalam syurga yang mengalir didalamnya sungai-sungai,

sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar). S. Annisa' ayat: 12-13. Hadis ini

adalah hasan gharib dari sanad ini Nashr bin Ali yang meriwayatkan dari Asy-ats bin Jabir adalah datuk

Nashr Al-Jahdhami.

188.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 2280.

Dari Aisyah katanya: "Biasanya jika aku harus membayar hutang puasa Ramadhan, maka tidaklah aku

dapat membayarnya kecuali jika telah tiba bulan Sya'ban."

189.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3017.

Dari lari Abdullah ibnu Abu Qatadah dari ayahnya berkata: "Ketika Rasulullah saw dalam khutbahnya

menyebutkan, bahawa jihad fisabilillah dan iman adalah amalan yang paling utama, maka ada seorang

bertanya: "Wahai Rasulullah, bagaimana pendapatmu, jika aku berjihad fisabilillah, adakah Allah akan

menghapuskan dosa-dosaku?" Jawab beliau:" Ya, jika kamu berjihad dengan sabar, ikhlas kerana Allah,

terus maju dan pantang mundur; maka kamu akan di ampun Allah dari semua dosamu, kecuali jika kamu

punya hutang. Demikian itulah yang disampaikan oleh Jibril pada ku."

Page 48: 203 hadis berkenaan hutang

190.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2419.

Mewartakan kepada kami Ya'qub bin Ibrahim Ad-Dauraqiy; mewartakan kepada kami Isma'il bin

Ibrahim, dari 'Abdurrahman bin Ishaq, dari 'Abdurrahman bin Mu'awiyah, dari Hanzhalah bin Qais, dari

Abul-Yasar; sahabat Nabi saw., dia berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa suka untuk dinaungi

Allah dalam naungan-Nya, maka hendaklah dia memberi tangguh terhadap orang miskin, atau

hendaklah dia membebaskan hutangnya".

191.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 4538.

Dan Abu Salamah dari Abu Hurairah ra dari Rasulullah saw bersabda: "Sebaik-baik kamu ialah yang

melunasi hutangnya secara baik."

192.Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1795.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw. beliau bersabda: "Aku lebih dekat kepada orang beriman

dibandingkan dengan diri mereka sendiri. Sebab itu, siapa yang meninggal dalam keadaan berhutang

dan tidak meninggalkan nama untuk pembayarnya, maka kewajiban kami membayarnya. Dan siapa yang

meninggalkan harta pusaka, maka itu untuk warisnya."

193.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1552.

Dari Jabir bin Abdillah katanya: "Ketika berpidato biasanya Rasulullah saw memulakannya dengan

bertahmid dan mengaturkan pujian pada Allah sebagimana mestinya. Selanjutnya beliau bersabda:

"Barang siapa yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka tidak seorang penyesat pun yang dapat

menyesatkannya. Barang siapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak seorangpun yang dapat

memberikan petunjuk kepadanya. Sesungguhnya sebenar-benarnya ucapan adalah firman Allah dan

sebaik-baik suri tauladan yang dicontohkan oleh Muhammad. Seburuk-buruk urusan adalah yang diada-

diadakan di luar syariat. Dan segala sesuatu yang diada-adakan di luar syariat termasuk Bidaah dan

setiap Bid'ah itu termasuk kesesatan dan setiap kesesatan itu berakhir di neraka". Selanjutnya beliau

bersabda: "Masa diutusku dengan masa tibanya hari kiamat amat dekat seperti dekatnya kedua jari ini."

Biasanya jika beliau menyebutkan hari kiamat, maka wajah beliau tampak merah dan suara beliau

meninggi seolah-olah beliau sedang memperingatkan tentang datangnya serangan musuh. Selanjutnya

beliau bersabda: "Barang siapa yang meninggalkan harta waris, maka hartanya itu menjadi hak waris

bagi keluarganya dan barang siapa yang meninggalkan hutang, maka akulah yang menanggungnya sebab

aku adalah seutama-utama wali bagi orang-orang beriman."

194.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 4540.

Dari Ubaidullah ibnu Abdullah telah mendengar Abu Hurairah berkata: "Rasulullah saw berkisah: "Ada

seorang yang bisa memberi pinjaman kepada orang-orang; bila ia tahu salah seorang yang berhutang itu

masih dalam kesulitan, maka ia berpesan kepada juru tagihnya: "Maafkanlah ia dan biarkan, barangkali

dengan itu Allah akan memaafkan kita." Setelah ia menghadap ke hadirat Allah, maka ia dapatkan Allah

telah memaafkannya."

Page 49: 203 hadis berkenaan hutang

195.Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2198.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw. sabdanya: "Seorang lelaki pergi mengunjungi saudaranya yang

bermukim di negeri asing (jauh dari tempatnya bermukim). Maka Allah Ta'ala mengirim seorang

malaikat untuk menemaninya dalam perjalanan. Setelah malaikat bertemu dengan orang itu, maka

bertanya malaikat, "Hendak kemana Anda?" Jawab orang itu, "Aku hendak mengunjungi saudara ku di

negeri Anu." Tanya malaikat, "Apakah Anda berkunjung ini kerana Anda berhutang budi kepadanya?"

Jawab orang itu, "Tidak!" Aku mencintainya hanya semata-mata kerana Allah Ta'ala." Kata malaikat,

"Sesungguhnya aku (malaikat) diutus Allah Ta'ala menemani Anda, sebab Anda mencintai saudara mu

kerana Allah semata-mata."

196.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1822.

Dari Anas katanya: "Ketika Rasulullah saw mengambil bai'at dari kaum wanita yang hendak masuk Islam,

maka beliau berkata: "Hendaknya kalian tidak meratapi orang mati". Jawab mereka: "Wahai Rasulullah,

di masa jahiliyah ada sebahagian wanita yang telah menghibur kami dengan tangisan mereka ketika

kami ditimpa duka cita. Apakah kami boleh membalas tangisan mereka?" Sabda Nabi saw: "Tidak boleh,

sebab didalam Islam tidak saling berhutang tangisan".

197.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3016.

dari Abdullah ibnu Abu Qatadah dari ayahnya berkata: "Seseorang datang dan bertanya kepada

Rasulullah saw: "Wahai Rasulullah, anadaikan aku berperang di Jalan Allah dengan sabar dan ikhlas

kerana Allah, maju terus dan pantang undur, adakah Allah akan menghapus dosa-dosaku aku?" Jawab

beliau: "Ya". Setelah orang itu pergi, beliau memanggilnya kembali, dan bertanya: "Apa pertanyaanmu

tadi?" Setelah orang itu mengulangi pertanyaannya, beliau bersabda: "Ya, kecuali jika ada tanggungan

hutang. Demikianlah yang disampaikan Jibril padaku."

198.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 4436.

Dari Muharib ibnu Ditsar dari Jabir berkata: "Ketika Rasulullah saw membayar hutangnya padaku, beliau

memberi tambahan padaku."

199.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 5239.

Dari Yahya ibnu Abu Ishak dari Sulaiman ibnu Yasar dari AlFadlal ibnu Abbas ra, bahawasanya ketika dia

membonceng Rasulullah saw, tiba-tiba seorang lelaki datang pada beliau saw seraya bertanya: "Wahai

Rasulullah saw, sesungguhnya ibuku sudah tua sekali, jika aku mengangkatnya di atas kenderaan, dia

tidak akan dapat berpegang pada kenderaan dan bila aku mengikat di atas kenderaan aku khuwatir hal

itu menyebabkan dia mati. Apakah aku boleh menunaikan haji untuknya?" Tanya Rasulullah saw:

"Bagaimana pendapatmu andaikan ibumu menanggung hutang, apakah kamu akan melunasinya?"

Jawabnya: "Ya" Sabda beliau: "Kalau begitu tunaikan haji untuknya.''

Page 50: 203 hadis berkenaan hutang

200.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 3831.

Mewartakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah, mewartakan kepada kami Muhammad bin Abu

'Ubaidah, mewartakan kepada kami ayahku, dan Al-A'masy, dari Abu Shalih, dari Abu Hurairah, dia

berkata: Fathimah, putri Nabi saw. datang meminta kepada beliau seorang pembantu. Lalu beliau

berkata kepadanya: "Saya tidak mempunyai apa-apa yang aku berikan kepadamu". Lalu Fathimah

kembali. Kemudian beliau saw. mendatangi Fathimah setelah itu, berkata: "Sesuatu yang kamu minta

adalah lebih kamu senangi, atau sesuatu yang lebih baik dari itu.". Lalu 'Ali berkata kepada Fathimah:

"Katakanlah: Tidak. Tapi sesuatu yang lebih baik dari itu". Lalu kata Fathimah: Nabi berkata: "Berdoalah:

Ya Allah, Tuhannya langit yang tujuh, Tuhannya 'Arsy yang agung. Ya Tuhan kami, Tuhannya segala

sesuatu. Wahai Dzat yang menurunkan kitab Taurat, Injil dan Al Qur-an yang agung. Engkau adalah Dzat

yang Awwal, maka tidak ada sesuatupun sebelum Engkau. Engkau adalah Dzat yang Akhir, maka tidak

ada sesuatupun setelah Engkau. Engkau adalah yang Zhahir "nyata kerana banyak bukti-buktinya--,

maka tidak ada sesuatupun yang melebihi Engkau. Dan Engkau adalah yang Bathin'-paling rahsia--, maka

tidak ada sesuatupun yang melebihi Engkau --dalam kerahsiannya--. Bayarkanlah hutang kami dan

jadikanlah kami kaya, jauh dari fekir".

201.Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1072.

Dari Barra' bin 'Azib dan Zaid bin Arqam r.a., keduanya ditanya orang tentang pertukaran. Masing-

masing mengatakan. "Orang ini lebih (tahu) dengan baik daripada saya." Keduanya berkata, "Rasulullah

saw. melarang menjual emas dengan perak secara berhutang."

202.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 3997.

Dari Ikrimab ibnu Khalid dari Malik ibnu Aus ibnu Al-Hadatsan berkata: "Pada suatu bari Abbas dari Ali

mengadukan perselisihan bahagian mereka kepada Umar. Abbas berkata: "Putuskan bahagian untukku

dan untuk Ali secara adil." Berkata orang-orang:'"Putuskanlah bahagian di antara keduanya secara adil."

Jawab Umar: "Aku tidak akan menentukan bahagian di antara mereka, kerana mereka sudah tahu,

bahawasanya Rasulullah saw telah bersabda: "Kami tidak mewariskan harta kami, harta peninggalan

kami untuk sedekah". Kata Az-Zuhry dari Umar: "Rasulullah saw mengatur pembahagian hasil sedekah,

beliau mengambil sebahagian kecil hasil sedekah itu untuk makan keluarga beliau. Sedang sisanya,

beliau pergunakan untuk belanja fisabilillah. Sepeninggal beliau, maka Abu Bakar yang mengatur hasil

sedekah itu. Kemudian setelah Abu Bakar meninggal, maka akulah yang mengaturnya, maka aku

mempergunakan harta itu sebagaimana yang diatur oleh Abu Bakar. Kemudian Abbas dan Ali datang

padaku dan meminta padaku supaya aku memberikan hasil sedekah kepada mereka untuk mereka atur

sebagaimana Rasulullah saw, Abu Bakar dan aku telah mengaturnya, maka aku memberikannya kepada

keduanya dengan perjanjian aku akan meminta pertanggungjawaban pada keduanya. Kemudian salah

seorang dari keduanya datang padaku dan berkata: "Berikan padaku sesuai dengan bahagianku dari

putera saudaraku." Sedang yang satu berkata: "Berikan bahagianku dari bahagian isteriku". Bila

keduanya mahu, aku akan memberikan kepada keduanya, asalkan keduanya akan membahagikannya

seperti yang telah dibagikan oleh Rasulullah, Abu Bakar setelahnya dan olehku setelah Abu Bakar. Dan

bila keduanya menolak, maka keduanya tidak akan mendapatkannya. Allah telah menetapkan

Page 51: 203 hadis berkenaan hutang

pembagian harta itu dalam firman-Nya: "Wa'lamuu annamaa ghanimtum min syai-in fainna lillaahi

khumusahu wa lirrasuuli wa lidzil qurbaa wal yataamaa wal masaakiini wabnis sabiil. (Ketahuilah,

sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya

seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnus sabil), maka

seperlima dari rampasan perang adalah untuk mereka. Adapun firman Allah: "Innamash shadaqaatu lil

fuqaraa-i wal masaakiini wal 'aamiliina 'alaiha wal mu-allafati quiuubuhum wa fir riqaabi wal ghaarimiina

wa fii sabiilillaahi wabnis sabiil. (Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-

orang miskin, para pengurus zakat, para mu'allaf yang dipujuk. hatinya, untuk (memerdekakan) budak,

untuk orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam

perjalanan/ibnu sabil), maka harta zakat itu adalah untuk mereka. Adapun firman Allah: "Wa maa afaa-

allaahu 'alaa rasuulihii minhum, famaa aujaftum 'alaihi min Khailin wa laa rikaabi. (Dan apa saja harta

rampasan (fai') yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya (dari harta benda) mereka. maka untuk

mendapatkan itu kamu tidak menganugerahkan seekor kudapun dan (tidak pula) seekor untapun. Kata

Az-Zubry: "Harta fai' ini untuk Rasulullab, khususnya untuk penduduk Fadak, mereka mendapat sekian

dan sekian". Dan firman Allah: "Famaa afaa-allaahu 'alaa Rasuulihi min ahlil Quraa falillaahi wa lirrasuuli

wa lidzil qurbaa wal yataamaa wal masaakiini wabnis sabiili..... lil fuqaraa-il ladziina ukhrijuu min di

yaarihim wa amwaalihim..... wal ladziina tabawwa-ud daara wal iimaana min qablihim..... wa ladziina

jaa-uu mim ba'dihim. (Apa saja harta rampasan (Fai') yang diberikan Allah kepada RasulNya yang berasal

dari penduduk kota-kota Mekah adalah untuk Allah, untuk Rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-

orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan/ibnu sabil.... (dan) untuk orang fakir yang

berhijrah yang diusir dari kampung mereka..... dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah

dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), dan orang-orang yang datang

sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar.". Ayat-ayat di atas memberi bahagian kepada semua kaum

Muslimin, dan tiada satupun dari kaum Muslimin melainkan pasti ia memiliki hak atas harta-harta

tersebut, kecuali kaum budak yang kalian miliki, Insya Allah, selama hidupku aku akan memberikan

haknya dari harta itu.

203.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 1620.

Qutaibah menceritakan kepada kami, Abu 'Awanah menceritakan kepada kami dari Qatadah dari Salim

bin Abul Jaad dari Tsauban di mana ia berkata: "Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa yang meninggal

dunia sedangkan ia bebas dari sombong, curang atau hutang maka ia masuk syurga." Di dalam bab ini

terdapat hadis dari Abu Hurairah dan Zaid bin Khalid Al-Juhanni.