exam mid year sivik ting 2

Upload: krishnan-rao-simmandram

Post on 03-Apr-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Exam Mid Year SIVIK Ting 2

    1/7

    PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011

    PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2

    BAHAGIAN A

    Arahan: Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Pilih

    satujawapan yang paling tepat sahaja.

    1 Berikut merupakan perwatakan terpuji tokoh-

    tokoh yang telah mengharumkan nama negara,

    kecuali

    A gigih

    B cekal

    C pasif

    D berdaya saing

    2 Apakah langkah-langkah untuk mencapai

    kecemerlangan dalam peperiksaan?

    I Menunjukkan sikap bertanggungjawab bagi

    mencapai cita-cita

    II Mematuhi jadual pada hari tertentu sahaja

    III Menyediakan jadual aktiviti harian

    IV Mematuhi jadual aktiviti dengan berdisiplin

    A I, II dan III C I, III dan IV

    B I, II dan IV D II, III dan IV

    3 Pilih pernyataan yang salah.

    A Perwatakan positif merupakan salah satu

    penyumbang ke arah kecemerlangan diri.

    B Kekuatan individu menempuh segala

    cabaran akan menjurus ke arah kegagalan.

    C Menghormati orang lain merupakan salah

    satu perwatakan terpuji.

    D Pengalaman hidup menjadikan manusia

    cekal menghadapi cabaran.

    4 Bagaimanakah sikap tekun dan sabar individu

    yang cemerlang?

    A Pandai menguruskan diri sendiri tanpa

    pertolongan ibu bapa

    B Tidak mudah berputus asa dalam mengejar

    cita-cita

    C Bersedia mengubah sikap daripada buruk

    kepada baikD Sentiasa menepati masa untuk ke kelas

    5 Apakah kepentingan pemikiran yang bernas dan

    idea kreatif ?I Membantu pemantapan potensi diri

    II Membantu penerokaan bidang baru

    III Membantu mengeksploitasikan bakat baru

    IV Membantu meningkatkan bidang yang

    diceburi

    A I, II dan III C I, III dan IV

    B I, II dan IV D II, III dan IV

    6 Kemahiran membuat refleksi bermaksud

    A keupayaan menilai kelebihan dan

    kekurangan diri

    B keupayaan berkomunikasi dengan berkesan

    C kebolehan berfikir secara rasional

    D kemampuan membuat penakulan

    7 Kita perlu membuat refleksi diri untuk

    A membuat perbandingan dengan orang lain

    B memastikan kita dihormati oleh rakan

    C mencatat peristiwa di dalam diari

    D memperbaiki kelemahan diri

    8 Apakah peranan anak dalam keluarga?

    A Menyediakan tempat tinggal yang selesa

    B Memenuhi kehendak sendiri sebagai

    seorang remaja

    C Menyelesaikan konflik antara ibu dengan

    bapa

    D Meringankan beban keluarga dalam semua

    aspek

    9 Bagaimanakah cara untuk mengekalkan kasih

    sayang dan hubungan erat dalam keluarga?

    A Menyambut upacara agama dan perayaan

    bersama-sama keluarga

    B Memastikan aktiviti keluarga diadakan ditempat yang mahal

    C Berbincang dengan ahli keluarga selepas

    masalah timbul

    1

  • 7/29/2019 Exam Mid Year SIVIK Ting 2

    2/7

    D Menunjukkan kelebihan keluarga pada

    orang lain

    10 Antara berikut, yang manakah merupakan sebab

    perpaduan dalam keluarga sukar diwujudkan?

    A Anggota keluarga sentiasa mengambil berat

    antara satu sama lain

    B Anggota keluarga sentiasa bertolak ansur

    dalam semua perkara

    C Anggota keluarga berkira apabila memberi

    pertolongan

    D Anggota keluarga saling menghormati

    antara satu sama lain

    11 Konflik dalam keluarga dapat diatasi dengan

    cara berikut, kecuali

    A memberi sokongan kepada anggota keluarga

    B sentiasa bertolak ansur dalam semua perkara

    C menjauhkan diri daripada anggota keluarga

    D berbincang dengan anggota keluarga

    12 Apakah yang akan terjadi sekiranya ibu bapa

    mengabaikan tanggungjawab mereka?

    A Pendapatan keluarga akan bertambah

    B Keluarga akan menjadi porak-peranda

    C Keluarga dapat menyumbang kepada

    pembangunan negara

    D Wujudnya sebuah keluarga yang harmoni

    dan bahagia

    13 Apakah ciri-ciri yang terkandung dalam konsep

    kebebasan beragama?

    I Bebas mengamalkan ajaran agama masing-

    masingII Bebas mengkritik cara penganut agama lain

    beribadat

    III Bebas mengamalkan upacara keagamaan

    masing-masing

    IV Bebas menyebarkan agama dalam kalangan

    penganut agama tersebut

    A I, II dan III C I, III dan IV

    B I, II dan IV D II, III dan IV

    14 Antara berikut, yang manakah bukan kepen-

    tingan menghormati hak orang lain?

    A Nasib golongan kurang upaya akan terbela

    B Golongan miskin akan tertindas

    C Masyarakat akan bersatu padu

    D Kehidupan akan lebih harmoni

    15 Mengapakah kita perlu menghormati bakat dan

    kebolehan semula jadi yang dimiliki oleh orang

    lain?

    A Mereka lebih hebat dan bijak daripada kita

    B Kita akan dapat manfaat daripada kelebihan

    mereka

    C Kita tidak dapat menyaingi kebolehan dan

    bakat mereka

    D Mereka juga menyumbang dan berperanan

    kepada masyarakat

    16 Antara berikut, yang manakah merupakan

    amalan individu yang menghormati orang lain?

    I Menghadiri majlis perkahwinan anak jiran

    II Mengambil tahu hal peribadi orang

    sekeliling

    III Mengambil berat masalah orang lain

    IV Saling bertanya khabar

    A I, II dan III C I, III dan IV

    B I, II dan IV D II, III dan IV

    17 Apakah kepentingan menghormati pendapat

    orang lain?

    A Menjalinkan perpaduan

    B Mengelakkan permuafakatan

    C Mengeruhkan hubungan persahabatan

    D Menggalakkan berlakunya perselisihan

    faham

    18 Berikut menunjukkan sikap tidak menghormatipendapat orang lain, kecuali

    A marah apabila orang lain menegur kesilapan

    B mementingkan pendapat sendiri sahaja

    C berasa tercabar apabila ditegur

    D tenang menerima kritikan

    19 Semangat kekitaan boleh ditunjukkan melalui

    identiti

    I budaya III nilai masyarakatII tingkah laku IV sentimen perkauman

    A I, II dan III C I, III dan IV

    B I, II dan IV D II, III dan IV

    2

  • 7/29/2019 Exam Mid Year SIVIK Ting 2

    3/7

    20 Apakah tindakan yang harus anda lakukan

    apabila berhadapan dengan situasi yang cemas?

    I Laporkan kepada pihak yang bertanggung-

    jawab

    II Memberi bantuan seberapa segera yang

    boleh

    III Menunggu bantuan datang tanpa melakukan

    apa-apa

    IV Bertenang dan cuba menenangkan mangsa

    yang terlibat

    A I, II dan III C I, III dan IV

    B I, II dan IV D II, III dan IV

    21 Antara berikut, amalan-amalan yang manakah

    dapat membentuk perpaduan?

    I Bersukan

    II Mengulang kaji pelajaran

    III Bergotong-royong

    IV Kunjung-mengunjungi antara kaum

    A I, II dan III C I, III dan IV

    B I, II dan IV D II, III dan IV

    22 Apakah badan keselamatan yang terdapat di

    kawasan tempat tinggal anda?

    A Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan

    Kampung

    B Majlis Kanser Nasional

    C Agensi Anti Dadah Kebangsaan

    D MERCY Malaysia

    23 Bagaimanakah cara untuk memupuk sikap

    harmoni dan toleransi dalam masyarakat?

    A Melaksanakan hukuman yang berat bagiindividu yang enggan mengamalkan hidup

    bermasyarakat

    B Menghormati perbezaan individu, bakat dan

    pendapat orang lain dalam masyarakat

    C Mengamalkan prinsip hidup berlumba-

    lumba mencari keuntungan

    D Memberi kebebasan kepada individu untuk

    melakukan apa sahaja yang disukainya

    24 Apakah peribahasa yang menggambarkan

    hubungan akrab antara adik-beradik?

    A Bagai telur di hujung tanduk

    B Bagai pinang dibelah dua

    C Bagai retak menanti belah

    D Bagai isi dengan kuku

    25 Apakah pertubuhan sukarela yang berperanan

    dalam memberi sokongan dan menyediakan

    bantuan kepada pesakit kanser?

    A PEMADAM

    B HOSPIS Malaysia

    C MERCY Malaysia

    D MAKNA

    26 Apakah objektif utama penubuhan Majlis

    Keselamatan Negara?

    I Membentuk minda rakyat yang komited

    kepada ketahanan nasionalII Memperjuangkan hak asasi manusia

    III Melaksanakan langkah-langkah keselamatan

    dan bencana

    IV Menggubal dasar keselamatan negara

    A I, II dan III C I, III dan IV

    B I, II dan IV D II, III dan IV

    27 Semangat kekitaan dapat mewujudkan

    masyarakat yang bersikap seperti berikut,kecuali

    A bertanggungjawab

    B bekerjasama

    C muafakat

    D angkuh

    28 Apakah peranan masyarakat dalam menjaga

    keamanan?

    A Memberi maklumat berkaitan jenayah

    kepada pihak polis

    B Mengadakan rondaan untuk membanteras

    jenayah

    C Bekerjasama untuk memberkas penjenayah

    D Menganggotai pasukan keselamatan

    29 Apakah kepentingan memberi pendapat secara

    berhemat?A Mendapat pujian orang lain

    B Mendapat perhatian orang lain

    C Menunjukkan sikap bermuka-muka

    3

  • 7/29/2019 Exam Mid Year SIVIK Ting 2

    4/7

    D Menunjukkan sikap keperibadian yang

    mulia

    30 Pada pendapat anda, apakah punca yang

    menyebabkan berlakunya gejala keruntuhan

    akhlak dalam kalangan muda-mudi hari ini?

    A Kurangnya komunikasi dengan anggota

    keluarga

    B Pergaulan bebas tanpa batasan

    C Kurangnya menyertai aktiviti kerohanian

    D Kurangnya semangat patriotik dalam diri

    BAHAGIAN B

    1 Tandakan pada pernyataan yang betul dan pada pernyataan yang salah.

    (a) Kecemerlangan diri boleh dilihat melalui pencapaian individu dalam bidang pendidikan

    dan penampilan perwatakannya.

    (b) Dato' Dr. Noramly Muslim mendapat pendidikan tertinggi di Universiti of London

    dalam bidang pendidikan.

    (c) Muhammad Muqharrabin Mokhtaruddin dan Ahmad Redzuan Rozali telah menjadi

    pelajar pertama universiti dari Asia Tenggara berjaya menjejakkan kaki di Kutub Utara.

    (d) Pengalaman suka dan duka akan memberikan kesan kepada kejayaan atau kegagalan seseorang.

    (e) Bakat dan kebolehan seseorang individu juga dapat membentuk identiti diri.

    (f) Kemahiran berkomunikasi dapat dinyatakan sebagai kebolehan untuk menjadi contoh

    kepada orang lain.

    (g) Individu yang cemerlang membuat refleksi secara berterusan bagi memastikan

    prestasi diri meningkat.

    (h) Kebersihan diri merangkumi kebersihan fizikal dan kebersihan mental.

    (i) Selepas selesai menyatakan pendapat, ucapkan terima kasih dan meminta maaf

    sekiranya anda telah menyinggung perasaan orang lain.

    (j) Kemahiran membuat refleksi bukan sahaja membolehkan individu menilai diri sendiri

    malah dapat memperlekehkan orang lain yang lebih lemah daripada diri kita.

    (k) Setiap anggota keluarga mestilah bersikap adil dan saling menghargai antara satu

    sama lain.

    (l) Arif bercadang untuk lari dari rumah apabila mengetahui ibu dan bapanya

    ingin bercerai.

    (12 markah)

    2 Carikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam petak-petak huruf di bawah.

    4

  • 7/29/2019 Exam Mid Year SIVIK Ting 2

    5/7

    (10 markah)

    3 Lengkapkan peta minda di bawah.

    (8 markah)

    4 Isikan tempat kosong dengan jawapan yang disediakan.

    5

  • 7/29/2019 Exam Mid Year SIVIK Ting 2

    6/7

    (a) Keluarga merupakan satu institusi _______________ yang menjadi asas kepada sesebuah masyarakat.

    (b) ________________ dalam kalangan ahli sesebuah keluarga sangat penting untuk menjamin sesebuahmasyarakat sentiasa berada dalam keadaan harmoni dan sejahtera.

    (c) Dalam mengejar arus __________________ dunia hari ini, setiap ahli keluarga juga mesti

    meluangkan masa pada waktu-waktu tertentu untuk berkumpul dan sama-sama bermesra supaya

    ikatan kekeluargaan bertambah _______________.

    (d) Sambutan ________________ hari keluarga seperti hari ibu, hari bapa dan menyambut ulang tahun

    perkahwinan ibu bapa umpamanya merupakan satu hari _______________ yang boleh diraikan

    bersama keluarga.

    (e) Keluarga yang bahagia menjadi ______________ setiap orang.

    (f) Setiap orang mahukan agar hubungan antara mereka dan ibu bapa mereka sentiasa erat dan segala

    _____________ keluarga akan cuba dihadapi bersama.

    (g) Mereka juga menginginkan supaya ___________ keluarga mereka dipenuhi dengan gelak ketawa dan

    ___________ yang ceria.

    (10 markah)

    KERTAS SOALAN TAMAT

    SELAMAT MENJAWAB.

    Kertas Jawapan bagi soalan objektif Bahagian A (1 30).

    6

  • 7/29/2019 Exam Mid Year SIVIK Ting 2

    7/7

    1 11 21

    2 12 22

    3 13 23

    4 14 24

    5 15 25

    6 16 26

    7 17 27

    8 18 28

    9 19 29

    10 20 30

    7