etika kerja dalam islam

19
ETIKA KERJA DALAM ISLAM Salam Ukhwah, Salam 1Malaysia, Mengikut pendapat Ustaz Razali bin Abd Rahim dari Centre for Islamic Thought & Understanding (CITU, UiTM), etika boleh diterjemahkan sebagai peraturan adat dan budibahasa atau peraturan adat antara manusia dengan profesionnya. Secara mudahnya, etika bolehlah dianggap sebagai akhlaq dalam Islam. Akhlaq ialah budi pekerti, perangai, tingkahlaku atau tabiat seseorang. Oleh itu etika bolehlah diertikan sebagai tingkahlaku atau perlakuan manusia ke arah kebaikan dan kemanfaatan kehidupan. Seperti juga, pandangan bekas Timbalan Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Datuk Dr. Syed Othman Alhabshi , etika kerja dalam islam meliputi dua jenis fungsi yang manusia kerjakan iaitu bertindak atas dunia di sekelilingnya dan menggunakan apa yang terdapat di dalam dunia untuk menghasilkan sesuatu. Dan umumnya, kerja yang dilaksanakan menurut Syariah ialah suatu bentuk jihad dan tidak boleh diasingkan daripada keagamaan atau spiritual. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud, “Wahai orang yang beriman, sempurnakanlah janjimu”. (Al-Maidah : 1) Janji yang dimaksudkan ini termasuklah segala jenis kerja yang kita lakukan. Oleh itu, kita tidak boleh lari dari kehendak syariah dalam apa juga perkara yang kita lakukan. Etika kerja Islam hendaklah menggabungkan antara kerja, sembahyang dan waktu lapang. Justeru itu, setiap yang kita lakukan harus ada hubungan atau dipengaruhi oleh syariah. Maka Kerja itu pasti dianggap sebagai ibadah bersifat sederhana atau qanaah wujud keadilan antara majikan dan pekerja supaya segala upah itu benar-benarhalal tidak boleh menceburkan diri dalam sebarang kerja yang menghasilkan perkarayang haram harus ada kesepaduan antara tujuan ekonomi dan etika

Upload: alinawati-ab-aziz

Post on 09-Dec-2015

21 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Etika Kerja Dalam Islam

ETIKA KERJA DALAM ISLAM

Salam Ukhwah,Salam 1Malaysia,

Mengikut pendapat Ustaz Razali bin Abd Rahim dari Centre for Islamic Thought & Understanding (CITU, UiTM), etika boleh diterjemahkan sebagai peraturan adat dan budibahasa atau peraturan adat antara manusia dengan profesionnya. Secara mudahnya, etika bolehlah dianggap sebagai akhlaq dalam Islam. Akhlaq ialah budi pekerti, perangai, tingkahlaku atau tabiat seseorang. Oleh itu etika bolehlah diertikan sebagai tingkahlaku atau perlakuan manusia ke arah kebaikan dan kemanfaatan kehidupan. Seperti juga, pandangan bekas Timbalan Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Datuk Dr. Syed Othman Alhabshi, etika kerja dalam islam meliputi

dua jenis fungsi yang manusia kerjakan iaitu bertindak atas dunia di sekelilingnya dan menggunakan apa yang terdapat di dalam dunia untuk menghasilkan sesuatu. Dan umumnya, kerja yang dilaksanakan menurut Syariah ialah suatu bentuk jihad dan tidak boleh diasingkan daripada keagamaan atau spiritual. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud,

“Wahai orang yang beriman, sempurnakanlah janjimu”. (Al-Maidah : 1)

Janji yang dimaksudkan ini termasuklah segala jenis kerja yang kita lakukan. Oleh itu, kita tidak boleh lari dari kehendak syariah dalam apa juga perkara yang kita lakukan. Etika kerja Islam hendaklah menggabungkan antara kerja, sembahyang dan waktu lapang. Justeru itu, setiap yang kita lakukan harus ada hubungan atau dipengaruhi oleh syariah. Maka

Kerja itu pasti dianggap sebagai ibadah

bersifat sederhana atau qanaah wujud keadilan antara majikan dan pekerja supaya segala upah itu benar-

benarhalal tidak boleh menceburkan diri dalam sebarang kerja yang menghasilkan

perkarayang haram harus ada kesepaduan antara tujuan ekonomi dan etika semua aspek kerja harus selaras dengan syariah

Dan sesungguhnya, etika menurut Islam adalah berbeza dengan etika yang difahami oleh pihak Barat kerana Islam menganggap kerja itu sebagai satu ibadah. Dan tindakan yang akan dilakukan oleh para pekerja itu sentiasa selari dengan peraturan ibadah. Ini bermakna agama dan kehidupan tidak terpisah. Manakala etika Barat terhasil dari kajian dan pemerhatian akal mereka semata-mata tanpa panduan agama. Agama dan kehidupan pada mereka adalah dua dunia yang berbeza.

Lihat pula dari Perlembagaan Malaysia – Bahagian 1, perkara 3 (I) – tercatat:

“Ugama Islam ialah Ugama persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan”.

Page 2: Etika Kerja Dalam Islam

Oleh kerana agama adalah suatu ciri penting bagi negara ini maka sewajarnyalah kita berusaha menerapkan nilai-nilai Islam kepada tatacara perkhidmatan kita, ini selaras dengan peruntukan perlembagaan seperti yang tertera di atas. Sebagai permulaan, hendaklah disedari bahawa Islam menuntut setiap manusia bekerja, berusaha mencari rezeki bagi menyara dirinya, keluarganya dan juga bagi ibubapanya yang telah tua. Di samping itu Islam juga menyatakan bahawa sesuatu “KERJA” yang halal ialah tugas yang diamanahkan oleh Allah kepada seseorang insan.

Maka apabila seseorang itu menjalankan tugasnya ataupun bekerja, dengan sendirinya bererti, bahawa insan tersebut sedang menunaikan amanah Allah. Dengan kata-kata lain hamba Allah itu beribadat. Maka menurut Islam setiap kerja yang diredhai oleh Allah dan disertai dengan niat adalah ibadat. Oleh demikian setiap insan hendaklah menyedari dan menghayati bahawa setiap kegiatannya menjalankan kerja yang halal adalah wajib baginya dan kegiatannya itu sekiranya dimulai dengan niat, hendaklah dianggap sebagai ibadat.

Bahkan Nabi Muhammad S.A.W. ada bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa bekerja untuk anak isterinya melalui jalan yang halal, maka bagi mereka pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah.” (Riwayat Al- Bukhari)

Selain dari itu Rasulullah S.A.W. juga ada bersabda yang bermaksud:

“Mencari kerja yang halal itu adalah fardhu selepas fardhu”. (Riwayat Al- Baihaqi)

Di samping itu kita hendaklah juga mengetahui bahawa setiap tugas atau kerja yang diberi oleh Allah kepada seseorang itu adalah menurut kemampuan orang yang berkenaan seperti yang ternyata di dalam firman Allah yang bermaksud:

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan apa yang terdaya olehnya”. (Al-Baqarah : 286)

Ayat ini menegaskan bahawa tidak ada sebab bagi seseorang pekerja itu mengeluh dan mengatakan bahawa tugasnya terlalu berat dan sukar. Dengan sendirinya ayat itu jua menekankan bahawa seseorang pekerja itu boleh menyelesaikan segala tugas jawatannya melainkan pekerja itu sendiri tidak mahu menunaikan tanggungjawabnya. Selain dari itu setiap manusia hendaklah insaf bahawa menurut ajaran Islam setiap kegiatan kita di dunia ini akan diperhitungkan di akhirat nanti sebagaimana ternyata di dalam firman Allah yang bermaksud:

“Tiap-tiap diri bertanggungjawab terhadap apa yang telah diperbuatnya”. (Al- Muddaththir : 38)

Ini bererti iaitu sekira kita tidak menunaikan kerja kita dengan sewajarnya, seperti kita mencuri masa dengan membuat kerja peribadi di dalam waktu pejabat, melengahlengahkan bayaran kepada pemborong, meluluskan permohonan yang sepatutnya ditolak dan seumpamanya maka semestinyalah kita akan dihukum di akhirat kelak walaupun kita mungkin terlepas daripada tindakan tatatertib atau pun hukuman di dunia ini.

Sebaliknya berbahagialah kita di dunia dan di akhirat sekiranya kita melaksanakan tugas kita dengan sewajarnya menurut tuntutan Islam. Daripada semua yang diutarakan di atas ini

Page 3: Etika Kerja Dalam Islam

jelaslah bahawa menurut ajaran Islam, setiap manusia wajib mempunyai kerja. Islam benci kepada pengemis dan penganggur. Di samping itu seseorang pekerja mestilah melaksanakan tugasnya dengan sebaik-baiknya kerana Allah telah menegaskan bahawa setiap pekerja itu berupaya dan mampu untuk menunaikan tanggungjawabnya. Samada seseorang pekerja itu dapat menunaikan

tugasnya dengan baik atau tidak hanyalah bergantung kepada sikap pekerja itu sendiri. Seterusnya setiap kegiatan pekerja itu akan menerima ganjaran yang sewajarnya di akhirat nanti.

Berasaskan semuanya ini maka etika kerja dalam Islam adalah seperti :

1. Bekerja Dengan Azam Mengabdikan Diri Kepada Allah2. Bekerja Dengan ikhlas Dan Amanah3. Bekerja Dengan Tekun Dan Cekap4. Bekerja Dengan Semangat Gotong-Royong Dan Berpadu Fikiran5. Bekerja Dengan Matlamat Kebahagiaan Manusia Sejagat

Etika Kerja 1: Bekerja Dengan Azam Mengabdikan Diri Kepada Allah

Dengan menyedari dan menghayati bahawa manusia adalah hamba Allah, maka sewajarnyalah setiap manusia mengabdikan dirinya kepada Allah, dengan mengikuti segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya selaras dengan firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Wahai sekalian manusia! Sembahlah Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa”. (Al-Baqarah : 21)

Selanjutnya, dikemukakan satu lagi firman Allah yang maksudnya adalah seperti berikut:

“Wahai orang-orang yang berilmu, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada orang yang berkuasa dari kalangan kamu.” (An-Nisaa’ : 59)

Ayat ini pula menyuruh kita taat bukan sahaja kepada Allah tetapi juga kepada Rasulullah S.A.W. dan kerajaan kerana kerajaan itulah yang dimaksudkan dengan ‘‘orang yang berkuasa dari kalangan kamu’’.

Bagi mentaati Allah dan Rasulullah S.A.W. maka setiap manusia hendaklah mempunyai kerja yang halal. Bagi mentaati kerajaan pula setiap pekerja awam hendaklah menjalankan tugasnya dengan sepenuh kesedaran bahawa jawatannya itu adalah amanah Allah kepadanya. Sekiranya ia tidak menunaikan tugasnya dengan sebaik-baiknya maka bererti pekerja tersebut telah pecah amanah kepada Allah. Sanggupkah kita yang mengakui bahawa kita ini hamba Allah, melakukan pecah amanah kepada Allah ?

Seterusnya seseorang pekerja hendaklah menyedari dan menghayati bahawa bekerja mencari nafkah yang dimulai dengan niat itu adalah ibadat. Bahkan Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud :

"Orang yang mencari penghidupan itu adalah kawan Tuhan". (Riwayat Al-Bukhari)

Page 4: Etika Kerja Dalam Islam

Dengan memahami maksud hadis ini dan menyedari bahawa bekerja itu bererti beribadat maka sewajarnyalah bagi setiap pekerja berusaha menunaikan tugasnya dengan sebaik-baiknya demi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat kelak.

Etika Kerja 2: Bekerja Dengan ikhlas Dan Amanah

Bekerja dengan ikhlas bererti bekerja dengan sepenuh kerelaan dan dengan suci hati untuk mencari keredhaan Allah. Setiap pekerja harus menyedari bahawa jawatan yang di pegangnya adalah hasil permohonannya sendiri dan bukanlah ia dipaksa memenuhi jawatan tersebut. Maka dengan sendirinya wajarlah seseorang pekerja itu menjalankan tugasnya dengan sepenuh kerelaan apalagi dengan kesedaran bahawa kerja yang dilaksanakan olehnya itu adalah suatu amal saleh dalam usahanya mengabdikan diri kepada Penciptanya di samping berusaha untuk menyara dirinya dan keluarganya yang dikasihi dan berkhidmat kepada masyarakat.

Seterusnya setiap insan mestilah bersyukur kepada Allah kerana rahmat-Nya kepada kita yang tidak terhitung banyak-nya dan satu daripadanya ialah yang kita sandangi ini. Kesyukuran kita seharusnya memuncak lagi sekiranya kita menginsafi bahawa banyak lagi manusia lain yang masih menganggur dan tidak dapat menyara keluarganya dengan sewajarnya. Kita juga hendaklah bersyukur kerana dengan jawatan atau kerja kita ini, kita dapat mengikut serta menyumbangkan tenaga di dalam usaha membangunkan negara kita yang tercinta. Moga-moga tercapailah cita-cita suci kita untuk membangunkan suatu negara yang direhdai Allah seperti firman-Nya:

“Negara yang makmur serta mendapat keampunan Tuhan” (Saba’: 15)

Sekiranya kita dapat menghayati dan mensyukuri segala rahmat Allah itu, insya Allah kita akan dapat menunaikan tugas kita dengan ikhlas. Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud :

‘Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling banyak bermanfaat bagi sesama manusia’. (Riwayat Al-Quda’)

Di dalam pendahuluan rencana ini, telah dinyatakan bahawa sesuatu kerja atau jawatan itu adalah amanah Allah kepada kita. Maka dengan kesedaran bahawa kita ini adalah hamba Allah yang dijadikan-Nya, sewajarnyalah kita menunaikan amanah tersebut sedaya upaya kerana Allah telah berfirman dan maksudnya:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan amanah kepada yang berhak menerimanya”. (An-Nisaa’ : 58)

Selain dari itu kita semua menyedari bahawa sesuatu kerja atau jawatan adalah hasil daripada perjanjian yang disetujui bersama di antara pekerja dengan majikan. Pekerja berjanji akan menunaikan tugasnya dan majikan pula berjanji akan membayar gaji yang tertentu setiap bulan. Oleh demikian sewajarnyalah kedua-dua pihak iaitu pekerja dan majikan memenuhi perjanjian tersebut. Sekiranya seseorang pekerja itu tidak menunaikan tugasnya dengan sewajarnya tetapi sanggup menerima gajinya dengan sepenuhnya maka pekerja tersebut bolehlah dianggap sebagai seorang yang menipu dan telah memecahkan janjinya. Dengan

Page 5: Etika Kerja Dalam Islam

sendirinya pekerja itu telah mengingkari perintah Allah kerana Allah telah berfirman dengan maksudnya :

“Wahai orang yang beriman, sempurnakanlah janjimu”. (Al-Maidah : 1)

Hadith Rasulullah S.A.W. juga menegaskan dengan maksud:

“Sesiapa menipu, bukanlah ia dari golongan kami”. (Riwayat Muslim)

Pepatah melayu pula mengatakan : “Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya”.

Pepatah ini membayangkan bahawa manusia yang menipu itu adalah lebih hina daripada kerbau. Dengan hujah-hujah yang dikemukakan itu sanggupkah lagi kita mengabaikan kerja atau tugas masing-masing? Sanggupkah kita mengkhianati amanah Allah, Allah yang telah mengurniakan kita dengan akal dan fikiran?Tepuklah dada tanyalah selera.

Etika Kerja 3: Bekerja Dengan Tekun Dan Cekap

Ketekunan adalah suatu sifat yang amat diperlukan oleh seseorang pekerja. Setiap pekerja akan dapat meningkatkan kecekapan masing-masing menjalankan tugas sekiranya mereka tekun, insya Allah. Rasulullah S.A.W. bersabda dengan maksud:

“Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun”. (Riwayat Al-Baihaqi)

Pepatah Melayu pula mengatakan : “Belakang parang pun kalaulah diasah, nescaya menjadi tajam”. Pepatah ini menunjukkan bahawa dengan ketekunan, sesuatu kerja yang susah itu akan dapat diatasi insya Allah dan dengan sendirinya meningkatkan kecekapan seseorang pekerja itu. Apabila kita hendak menilai seseorang pekerja, ciri yang terpenting ialah kecekapannya. Mutu kecekapan seseorang itu akan terus meningkat jika pekerja itu sanggup belajar atau menambah ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan tugasnya terus menerus. Ajaran Islam ada menegaskan:

“Tuntutan ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad”.

Di dalam bidang sains dan teknologi khususnya, menuntut ilmu sepanjang hayat menjadi suatu perkara yang penting sekiranya kita tidak mahu ketinggalan zaman, kerana terlalu pesatnya perkembangan ilmu pengetahuan di dalam kedua-dua bidang itu. Selain dari itu hadith Rasulullah S.A.W. menyatakan, berkaitan dengan pekerja dengan maksud seperti berikut:

“Apabila sesuatu urusan (pekerjaan) diberikan kepada orang yang bukan ahlinya maka tunggulah kehancuran.”

Hadis ini jelas menunjukkan akan peri pentingnya keahlian ataupun kecekapan seseorang pekerja menurut pandangan Islam. Sekiranya kecekapan seseorang pekerja itu meningkat maka dengan sendirinya hasil kerjanya juga turut meningkat.

Page 6: Etika Kerja Dalam Islam

Etika Kerja 4: Bekerja Dengan Semangat Gotong-Royong Dan Berpadu Fikiran

Di dalam perkhidmatan awam bahkan di dalam sebarang perkhidmatan, seseorang pekerja itu bertugas dengan suatu kumpulan pekerja yang tertentu. Dengan sendirinya untuk menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang sesuatu kumpulan pekerja itu mestilah bekerjasama, bergotong-royong melaksanakan tugas masing-masing.

Sikap bantu membantu di antara satu sama lain di antara pekerja, akan menimbulkan suasana bekerja yang aman dan gembira. Suasana yang demikian pula akan meningkatkan hasil dan mutu perkhidmatan setiap pekerja. Firman Allah juga menegaskan dengan maksud:

“Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan… (Al-Ma’idah : 2)

Semangat bergotong-royong adalah suatu ciri kebudayaan negara ini yang semestinya dipupuk terus dan disuburkan semula. Bagai kata pepatah kita :

“Bukit sama didaki, lurah sama dituruni”.

Di samping kita bergotong-royong menjalankan tugas, kita juga hendaklah menggalakkan perbincangan sesama sendiri, bertukar fikiran, untuk mengkaji masalah yang ada dan juga untuk menghadapi masalah yang mungkin timbul.

Perbincangan seperti ini akan meningkatkan rasa kekitaan di antara pekerja dan dengan sendirinya pula meningkatkan rasa tanggungjawab bersama terhadap sebarang kegiatan kumpulan pekerja yang berkenaan. Rasa keenakan berpadu tenaga dan berpadu fikiran ini telah dinikmati oleh datuk nenek kita dahulu dan rasa indah itu telah diabadikan oleh mereka dengan pepatah:

“Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”.

“Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”.

Cara berpadu fikiran ini jualah yang sekarang selalu dibincangkan dengan nama“kumpulan kawalan mutu’ (KMK) (quality control circle), dan sekarang telah dipanggilnama “innovative and creative circle” (ICC). Allah juga memerintahkan manusia menyelesaikan sekalian masalah mereka dengan perbincangan atau bermesyuarat seperti firman-Nya:

“Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka”. (Asy-Syuraa :38)

Etika Kerja 5: Bekerja Dengan Matlamat Kebahagiaan Manusia Sejagat

Islam adalah agama untuk manusia sejagat. Dengan itu ajaran Islam (berpunca daripada Al-Quran dan hadis) juga adalah untuk manusia seluruhnya. Maka etika kerja kelima ini adalah wajar, kerana maju mundurnya pembangunan negara Malaysia ini akan memberi kesan jua kepada negara lain di dunia. Namun demikian patut dikemukakan di sini firman Allah yang bermaksud :

'Tiada ada paksaan dalam agama (Islam)’. (Al-Baqarah : 256)

Page 7: Etika Kerja Dalam Islam

Juga firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

" Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekalikali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan". (Al-Maidah : 8)

Ayat yang pertama di atas ini menjelaskan bahawa walaupun Islam itu ialah agama untuk semua manusia tetapi orang yang tidak menganuti Islam tidak boleh dipaksa untuk memeluk Islam. Ayat yang kedua pula melarang kita daripada berlaku tidak adil terhadap sesuatu kaum walaupun kita benci kepada kaum tersebut. Kedua-dua ayat

tersebut memberi pengertian bahawa setiap pekerja hendaklah memberi layanan dan khidmat yang sama kepada semua orang tanpa mengira kaum ataupun agama orang yang berkaitan, menurut ajaran Islam. Di samping itu, sewajarnya kita berusaha menurut ajaran hadith yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menyukai orang yang tiada menyukar-nyukarkan pekerjaan dan yang jernih mukannya dalam menghadapi manusia." (Riwayat Al-Baihaqi)

Kesimpulan

Sebagai sebuah negara yang mengakui di dalam perlembagaan bahawa Islam itu ialah agama rasminya, Malaysia sudah semestinya terus menerus meningkatkan usaha menerapkan nilai-nilai Islam di dalam setiap bidang kegiatan kerajaan. Namun demikian oleh kerana segala kegiatan kerajaan itu melibatkan manusia maka sewajarnya setiap

pekerja (termasuk pekerja lain-lain) diberi bimbingan khusus dari semasa ke semasa untuk melengkapkan mereka sebagai pekerja yang akan melaksanakan tugasnya selaras dengan ajaran Islam.

Dari pihak pekerja sendiri, mereka hendaklah sentiasa sedar dan berusaha untuk menunaikan tugas mereka menurut ajaran Islam, ajaran yang mementingkan kebahagiaan umat manusia sejagat. Wajarlah bagi setiap pekerja

menghayati firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari pada Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah’. (Al-An’am : 153)

"'PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan

Page 8: Etika Kerja Dalam Islam

ETIKA KERJA DALAM ISLAM

ETIKA KERJA DALAM ISLAM Oleh : Ustaz Razali bin Abd Rahim1.0. PENDAHULUAN

Etika boleh diterjemahkan sebagai peraturan adat dan budibahasa atau peraturan adat antara manusia dengan profesionnya. Secara mudahnya, etika bolehlah dianggap sebagai akhlaq dalam Islam. Akhlaq ialah budipekerti, perangai, tingkahlaku atau tabiat seseorang. Oleh itu etika bolehlah diertikan sebagai tingkahlaku atau perlakuan manusia ke arah kebaikan dan kemanfaatan kehidupan.

Dengan itu etika menurut Islam adalah berbeza dengan etika yang difahami oleh pihak Barat. Islam menganggap kerja itu sebagai ibadah, oleh tindakan yang akan dilakukan oleh para pekerja itu sentiasa selari dengan peraturan ibadah. Ini bermakna agama dan kehidupan tidak terpisah. Manakala etika Barat terhasil dari kajian dan pemerhatian aqal mereka semata-mata tanpa panduan agama. Agama dan kehidupan pada mereka adalah dua dunia yang berbeza.

1.1. ETIKA KERJA ISLAMIslam telah menggariskan beberapa panduan dan etika boleh menjamin kejayaan dan kecemerlangan sesebuah organisasi. Matlamat utama memperkenalkan etika ini adalah untuk mengahasilkan bukan sahaja organisasi yang cemerlang tetapi juga ingin melahirkan manusia yang juga cemerlang dari segenap sudut malah selari dengan tuntutan kecemerlangan agama itu sendiri. Islam ingin melahirkan manusia yang seimbang dari segenap aspek kehidupan. Islam tidak hanya melahirkan manusia yang cemerlang dari sudut amalan agama sahaja tetapi juga ingin melahirkan kejayaan dalam kehidupan di dunia ini. Islam amat menentang tumpuan hanya kepada aspek tertentu dengan pengabaian kepada aspek yang lain. Ia perlu dilakukan secara beriringan.

1.1.1. KERJA SEBAGAI IBADAHSetiap orang bekerja untuk memenuhi keperluan diri dan orang yang di bawahtanggungannya, masyarakat, negara dan manusia sejagat. Semua tujuan ini terkandung dalam ertikata untuk mengabdikan diri kepada Allah, yang dianggap sebagai matlamat dan tujuan yang mulia.

Kita mungkin tertanya-tanya, bagaimana kita hendak membudayakan kerja sebagai satu ibadah yang dijanjikan ganjaran oleh Allah s.w.t ?. Kita juga mungkin terfikir mengapa kita amat berhati-hati dan sentiasa berusaha memelihara pantang larang di dalam melaksanakan sesuatu ibadah khususnya ibadah yang telah difardhukan. Haji umpamanya, seluruh bakal-bakal Haji dan Hajjah sanggup berusaha sebaik mungkin agar tidak melanggar pantang larang ketikan sedang berihram, rambut gugur, hati menjadi risau, kena dam ke tidak. Semua orang berusaha menjaga dan memelihara pantang larang tersebut. Persoalannya mengapa kita mengambil sikap sambil lewa atau dalam bahasa mudahnya ’ cincai ’ dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita. Jadi, Bagaimana kerja atau kerjaya kita boleh diiktiraf sebagai ibadah kalaulah ini sikap dan fahaman kita.

Page 9: Etika Kerja Dalam Islam

Oleh itu cara yang paling mudah ialah, cuba kita sematkan azam dan tekad untuk membudayakan kerja itu sebagai ibadah dengan berikhtiar agar semangat dan sikap berhati-hati kita semasa mengerjakan ibadah khusus diterapkan dalam tugas dan kerjaya kita. Pasti ketenangan, keseronokan dan kepuasan akan terpancar di hati dan wajah kita. Pasti tekanan, kekecewaan, kehampaan dan lain-lain watak negatif akan dapat dihindarkan.

Oleh itu, untuk menjadikan kerja itu sebagai ibadah beberapa syarat tertentu yang perlu dipatuhi selari dengan contoh-contoh ibadah lain yang menjadi kewajipan untuk dilaksanakan seperti sholat, puasa, haji dan sebagainya. Roh ibadah itu perlu diterapkan dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. Antaranya:

1. Niat kerana Allah : Kerja akan menjadi ibadah bila niat itu betul. Niat perlu semata-mata untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. tanpa dipengaruhi dengan lain-lain tujuan. Niat yang tidak betul akan menjadikan kerja itu menyimpang dari tujuan ibadah. Contohnya, untuk mencari nama, pangkat, kekayaan, mengharapkan pujian dan seumpamnya.2. Tunai tanggungjawab asas : Untuk menjadikan kerja itu ibadah, jangan sampai kita terpaksa mengorbankan ibadah-ibadah yang hakiki yang perlu ditunaikan seperti sembahyang, puasa dan sebagainya.3. Kerja yang selaras dengan syarak : Kerja hanya akan dianggap ibadah apabila pekerjaan itu dianggap halal dari sudut syarak. Oleh itu kerja yang tidak selari dengan ketentuan syarak akan terkeluar dari maksud ibadah.4. Tunai tanggungjawab sesama manusia : Tanggungjawab kepada manusia lain perlu juga ditunaikan walaupun hakikatnya mempunyai hubungan dengan soal kewajipan, seperti berzakat, besedekah, bantuan untuk anak yatim dan sebagainya.5. Menanamkan sifat mulia : Setiap orang perlu mempunyai nilai-nilai murni dalam diri mereka, seperti sabar, dedikasi, berani, usaha yang berterusan dan seumpamanya.

1.1.2. BEKERJA DENGAN IKHLAS DAN AMANAHIkhlas dan amanah merupakan dua ciri utama orang Islam. Apabila kedua-dua ciri ini disematkan dalam diri setiap individu, sudah pasti organisasi akan cemerlang dan berjaya. Dalam melaksanakan tugas, mereka akan menyedari bahawa mereka sentiasa diawasi bukan sahaja oleh majikannya, malah oleh Yang Maha Kuasa yang lebih teliti dan tajam pengawasannya. Ini secara tidak langsung menjadikan individu itu akan menjalankan amanah yang diserahkan kepada mereka dengan sebaik mungkin.

Akhirnya, lahirlah rasa tanggungjawab, rela hati, bersungguh-sungguh dan seronok dalam menjalankan amanah tersebut. Mereka sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti kerja mereka bukan sahaja untuk manfaat sendiri tetapi juga untuk kesejahteraan manusia seluruhnya. Tugas menjadi lebih baik dan sempurna serta menepati masa yang telah ditentukan.

1.1.3. BEKERJA DENGAN SEMANGAT BERPASUKANManusia tidak mampu untuk hidup bersendirian, malah memerlukan sokongan danbantuan dari orang lain. Oleh itu manusia perlu saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Sesuai dengan kejadian manusia dari berbagai bangsa, suku, berlainan bahasa, budaya dan sebagainya, maka manusia boleh sentiasa bertukar-tukar fikiran dan maklumat untuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan.

Di samping itu, kerja yang berat juga akan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan. Seperti kata pepatah, yang berat sama dipikul, yang rengan sama dijinjing, hati gajah sama dilapah

Page 10: Etika Kerja Dalam Islam

dan hati nyamuk sama dicicah. Kesan bertukar-tukar idea dan maklumat, menjadikan sesuatu kerja itu lebih baik dan berkualiti. Sesuai dengan Firman Allah s.w.t.:"..dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan".(al-Maidah: 2)

1.1.4. MATLAMAT KESEJAHTERAAN MASYARAKAT SEJAGATIslam bukanlah agama yang menekankan kepentingan diri semata-mata, tanpa memperdulikan nasib orang lain. Banyak contoh amalan dalam Islam yang menggambarkan suasana dan keadaan ini, antaranya kewajipan berzakat, bersedeqah dan sebagainya. Walaupun harta itu adalah hasil dari titik peluh sendiri, tetapi kita disarankan agar tidak melupakan nasib golongan yang daif. Bantuan harus disalurkan samada melalui cara yang telah diwajib atau sesuatu yang disunatkan. Matlamatnya jelas, agar sama-sama dapat merasai dan berkongsi nikmat harta kekayaan yang Allah kurniakan kepada manusia.

Begitulah juga dalam dunia pekerjaan. Setiap pekerja perlu menanamkan dalam diri mereka bahawa, mereka sebenarnya sedang memberi dan menyediakan perkhidmatan kepada mesyarakat seluruhnya. Mereka harus menyedari bahawa, kerja-kerja yang dilakukan itu dengan tujuan memberikan kesejahteraan kepada orang lain adalah merupakan satu tuntutan agama yang besar nilai dan ganjarannya di sisi Allah s.w.t.

1.1.5. MEMELIHARA SYAHSIAH RUPA DIRIManusia terbentuk dari pelbagai gabungan samada fizikal, rohani, jasad, emosi dan sebagainya. Oleh itu untuk menjadi seorang pekerja yang berjaya dan cemerlang, dia perlu bijak mengadunkan gabungan itu selaras dengan tuntutan syarak. Semua aspek perlu diambil kira dan dijaga, kerana Islam tidak hanya memandang aspek luaran tanpa memperdulikan soal dalam dan begitulah sebaliknya.

Oleh itu aspek luaran perlu dipelihara seperti berpakaian bukan sahaja menutup aurat, malah juga rapi, selesa dan kemas. Begitulah juga dengan aspek rohani, perlulah ditanamkan nilai murni seperti budi bahasa, tingkah laku, ketenangan dan seumpamanya. Pepatah Melayu selalu menggambarkan keadaan ini, seperti bahasa melambangkan bangsa. Memelihara syahsiah rupa diri, menjadikan kita akan sentiasa disenangi bukan hanya oleh rakan sekerja, malah masyarakat seluruhnya yang berurusan dengan organisasi tersebut.Di samping itu, persekitaran tempat kerja juga perlu dipelihara agar menimbulkan keselesaan, nampak bersih, kemas dan teratur. Ini menjadi tanggungjawab setiap individu untuk menjaga kebersihan diri dan persekitaran mereka sesuai dengan tuntutan Islam itu sendiri yang amat menekankan aspek kebersihan.

1.2. RUMUSANSetiap individu perlu menghayati budaya dan etika kerja Islam. Matlamat Islam cukup jelas, untuk melahirkan kesejahteraan masyarakat seluruhnya, serta menjamin kualiti kerja dan perkhidmatan yang terbaik. Islam adalah berbeza dari etika kerja menurut Barat, kerana mereka hanya memfokuskan kepada keuntungan dan material semata-mata, tanpa mengambil kira aspek-aspek sampingan yang lain.

Islam sebaliknya, mengambil kira pelbagai gabungan aspek yang mempunyai kepentingan dalam nilai-nilai kehidupan manusia sejagat. Islam tidak bermatlamat untuk melahirkan ramai golongan yang daif dan hanya segelintir sahaja golongan yang berada. Islam tidak hanya memberi tumpuan kepada keuntungan semata-mata, tetapi juga mengambil kira soal

Page 11: Etika Kerja Dalam Islam

akhlaq, syahsiah rupa diri dan matlamat organisasi itu sendiri. Keseimbangan amat penting kerana mampu melahirkan kejayaan yang lebih menyeluruh dan bersifat sepadu tanpa pengabaian salah satu darinya. Posted by CITU UiTMTerengganu at 6:54 PM

Pengertian, Jenis-Jenis dan Proses KomunikasiMarch 23, 2012 By admin Leave a Comment

KOMUNIKASI

     Komunikasi adalah proses dimana orang yang bekerja  dalam organisasi saling mentransmisikan informasi dan menginterpretasikan artinya. Yang penting komunikasi dalam organisasi diperolehnya komunikasi yang efisien dan efektif. Komunikasi yang efektif terjadi bila artian yang dimaksudkan oleh pengirim berita dan artian yang ditangkap oleh penerima berita itu sama dan satu. Sedangkan komunikasi yang efisien terjadi bila biayanya minimum berdasar sumber daya yang dimanfaatkan.

Komunikasi yang efektif sangat penting bagi manajer, karena sebagai proses dimana fungsi manajemen seperti  fungsi perencanaan, fungsi pengorganisasian, fungsi kepemimpinan, fungsi pengendalian dapat dicapai. Komunikasi biasanya sering terganggu hal ini dikarenakan masalah sematik/arti kata, tak adanya umpan balik, saluran komunikasi, gangguan fisik, perbedaan budaya dan status.

Ada pedoman untuk mendapatkan komunikasi secara efektif antara lain yaitu bahwa seseorang harus mendengarkan secara aktif, usahakan memberikan umpan balik, lansung pada masalah, mengambarkan situasi,dan meringkas. Proses komunikasi memungkinkan para manajer menjalankan tanggung jawabnya dan informasi harus dikomunikasikan jepada para manajer sebagai dasar pembuatan keputusan dalam pembuatan fungsi manajer baik secara lisan maupun tulisan.

Komunikasi dapat diartikan sebagai proses pemindahan dalam gagasan atau informasi seseorang ke orang lain. Selain dikatakan sebagai proses pemindahan gagasan seseorang dari orang lain dalam bentuk kata-kata tetapi juga dalam bentuk ekspresi wajah intonasi dan sebagainya. Komunikasi dapat menghubungkan antara bagian yang berbeda atau disebut rantai pertukaran informasi. Hal ini mengandung unsur-unsur ;

1. Sebagai kegiatan seseorang untuk megerti,2. Sebagai sarana pengendalian informasi,3. Sebagai sistem bagi terjalinnya komunikasi diantara individu-individu.

Menurut pakar American Management Association ada 10 aturan jika ingin berkomunikasi dengan baik:

Jelaskan konsep/ide Anda sebelum berkomunikasi, Teliti tujuan sebenarnya dalam komunikasi, Pertimbangkan suasana lingkungan dan waktu,

Page 12: Etika Kerja Dalam Islam

Hubungan pihak lain, Waspada atas nada dan isi berita, Komunikasikan seseorang yang membantu dan bernilai bagi penerima, Tindak lanjut komunikasi, Komunikasi untuk waktu yang akan datang pula, Tindakan konsisten dengan kata,dan Menjadilah pendengar yang baik.

 

PROSES KOMUNIKASI

Contoh model komunikasi yang sederhana digambarkan dibawah ini :

 

    Pengirim —>Berita—>Penerima

 

Jika salah satu elemen komunikasi tidak ada maka komunikasi tidak akan berjalan. Ada komponen-komponen dalam komunikasi antara lain :

Pengirim(Sender=Sumber) adalah seseorang yang mempunyai kebutuhan atau informasi serta mempunyai kepentinga mengkomunikasikan kepada orang lain.

Pengkodean (Encoding) adalah pengirim mengkodean informasi yang akan disampaikan ke dalam symbol atau isyarat.

Pesan (Massage), pesan dapat dalam segala bentuk biasanya dapat dirasakan atau dimengerti satu atau lebih dari indra penerima.

Saluran (Chanel) adalah cara mentrasmisikan pesan, misal kertas untuk surat, udara untuk kata-kata yang diucapkan.

Penerima (Recaiver) adalah orang yang menafsirkan pesan penerima, jika pesan tidak disampaikan kepada penerima maka komunikasi tidak akan terjadi.

Penafsiran kode (Decoding) adalah proses dimana penerima menafsirkan pesan dan menterjemahkan menjadi informasi yang berarti baginya. Jika semakin tepat penafsiran penerima terhadap pesan yang dimaksudkan oleh penerima, Maka semakin efektif komunikasi yang terjadi.

Umpan balik (Feedback) adalah pembalikan dari proses komunikasi dimana reaksi kominikasi pengirim dinyatakan.

Didalam organisasi sangat membutuhkan komunikasi. Adapun jenis- jenis komunikasi dalam organisasai antara lain :

a. Komunikasi formal vs informal

Page 13: Etika Kerja Dalam Islam

Komunikasi formal adalah komunikasi yang mengikuti rantai komando yang dicapai oleh hirarki wewenang. Komunikasi informal adalah komunikasi yang terjadi diluar dan tidak tergantung pada herarki wewenang. Komunikasi informal ini timbul karena adanya berbagai maksud, yaitu

- Pemuasan kebutuhan manusiawi,

- Perlawanan terhadap pengaruh yang monoton dan membosankan,

- Keinginan untuk mempengaruhi perilaku orang lain,

- Sumber informasi hubungan pekerjaan.

Jenis lain dari komunikasi informasi adalah adalah dasas-desusyang secara resmi tidak setuju. Desas-desus ini juga mempunyai peranan fungsional sebagai alat komunikasi tambahan bagi organisasi.

b. Komunikasi ke bawah vs komunikasi ke atas vs komunikasi lateral

Komunikasi kebawah mengalir dari peringkat atas ke bawah dalam herarki. Komunikasi ke atas adalah berita yang mengalir darin peringkat bawah ke atas atas suatu organisasi. Komunikasi lateral adalah sejajar antara mereka yang berada tingkat satu wewenang.

c. Komunikasi satu arah dan dua arah

Komunikasi satu arah, pengirim berita berkomunikasi tanpa meminta umpan balik, sedangkan komunikasi dua arah adalah penerima dapat dan memberi umpan balik.

Bagaimanapun juga keefektifan komunikasi organisasi dipengaruhi beberapa factor diantaranya :

1. Saluran komunikasi formal2. Sruktur wewenang

Dalam organisasi dimana perbedaan stasus dan kekuasaan akan mempengaruhi isi komunikasi.

1. Spesialis jabatan

Anggota organisasi yang sama akan menggunakan istilah-istilah, tujuan, tugas, waktu, dan gaya yang sama dalam berkomonikasi.

1. Pemilikan informasi

Berarti individu memunyai informasi dan pengetahuan yang khas mengenai tugasnya.

Dari pengamatan yang ada, bentuk-bentuk jaringan komunikasi dikelompokan ke dalam beberapa bentuk diantaranya bentuk lingkaran, diagonal, lateral, rantai, huruf Y, dan bintang.