etika islam : saad ibn abi waqqas

24
IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN MUAMALAT JABATAN SYARIAH DAN PENGURUSAN AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2014/2015

Upload: nor-azhar-aduka

Post on 29-Jul-2015

198 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Etika Islam : Saad ibn Abi Waqqas

IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN MUAMALAT

JABATAN SYARIAH DAN PENGURUSAN

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI MALAYA

KUALA LUMPUR

2014/2015

Page 2: Etika Islam : Saad ibn Abi Waqqas

ISI KANDUNGANISI KANDUNGANISI KANDUNGANISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 PENDAHULUAN 1

2.0 LATAR BELAKANG 2

3.0 PENGALAMAN HIDUP 4

4.0 ETIKA SAAD IBN ABI WAQQAS

4.1 BERBUAT BAIK 7

4.2 SABAR 9

4.3 TIDAK BERPUTUS ASA 11

4.4 TASAMUH 13

4.5 MENTAATI PEMIMPIN 14

4.6 BERANI 15

4.7 BERHIKMAH 17

5.0 KESIMPULAN 19

6.0 BIBLIOGRAFI 20

Page 3: Etika Islam : Saad ibn Abi Waqqas

1

1.0 PENDAHULUAN

Etika merupakan sebahagian daripada bidang falsafah yang berkaitan dengan kehidupan yang

baik, menjadi orang baik, melakukan perkara yang betul, dapat bergaul dengan orang lain dan

memerlukan perkara yang betul dalam hidup. Ia juga dikatakan sebagai ilmu yang

membincangkan berkenaan teori tingkah laku manusia yang dipandang daripada sudut baik

dan buruk yang dapat ditentukan oleh akal manusia.

Etika mempunyai tanggungjawab menganalisis, menilai dan mengembangkan norma-

norma, kriteria-kriteria moral bagi menyelesaikan masalah-masalah moral. Ia juga merupakan

teori yang berkaitan dengan tindakan, hujah-hujah dan tujuan yang diarahkan kepada makna

sesuatu tindakan. Selain itu, ianya turut dikenali sebagai falsafah moral yang tidak berkaitan

dengan fakta ataupun fizikal manusia tetapi sebagai falsafah nilai yang mengambil kira

tindakan ataupun tingkah laku.1

Etika daripada perpektif Islam dikenali sebagai akhlak, yang berasal daripada

perkataan Arab, jamak kepada perkataan khuluq. Pengertian akhlak menurut bahasa

bermaksud tabiat, adat maruah, sifat semula jadi dan gambaran batin individu. Berdasarkan

definisi tersebut, Dr. Miqdad Yaljin merumuskan akhlak kepada tiga aspek iaitu sifat semula

jadi yang dimiliki secara fitrah, sifat yang dimiliki melalui latihan yang akhirnya diterima

sebagai adat atau tabiat, dan akhlak meliputi dua dimensi; batin iaitu kejiwaan dan zahir iaitu

kelakuan.

Daripada segi istilah, akhlak bermaksud jiwa yang menerbitkan tingkah laku dan

perbuatan manusia. Menurut Ibnu Miskawaih, akhlak adalah keadaan jiwa yang

menggerakkan manusia melakukan perbuatan tanpa pertimbangan fikiran. Ia terbahagi pula

kepada dua bahagian iaitu secara natural atau tabii perasaan cepat marah, melalui latihan dan

kebiasaan yang melalui dua peringkat iaitu yang pertama; peringkat pertimbangan dan

pemikiran teliti dan kedua; peringkat mempraktikkan sesuatu kebaikan sehingga menjadi

kebiasaan dalam amalan hidup.

Selain daripada itu, menurut Imam al-Ghazali beliau mendefinisikan akhlak sebagai

sifat yang tertanam dalam jiwa yang membentuk perbuatan dengan mudah dan tidak

1 Mardzelah Makhsin, (2006), Sains Pemikiran & Etika, Kuala Lumpur : PTS Professional, Ms 24.

Page 4: Etika Islam : Saad ibn Abi Waqqas

2

memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu. Ringkasnya, perkataan akhlak mempunyai

ciri-ciri berikut:2

i. Aspek batin atau keadaan jiwa sebagai tenaga penggerak kearah pembentukan

tingkah laku.

ii. Aspek luaran yang melibatkan tingkah laku yang dilakukan bukan kerana

tekanan emosi atau desakan-desakan luar seperti paksaan.

iii. Perbuatan yang dikehendaki menjadi tabiat perlu diamalkan secara berterusan

supaya ia menjadi sebati dalam kehidupan.

Islam amat menitikberatkan umatnya untuk beretika di dalam kehidupan mereka.

Sumber rujukan dan panduan beretika sebagaimana yang digariskan oleh Islam adalah

berlandaskan dalil naqli dan dalil ‘aqli. Dalil naqli adalah berdasarkan al-Quran dan al-

Hadith. Manakala, dalil ‘aqli bagi etika Islam antaranya adalah dengan merujuk kepada etika

yang dicerminkan oleh para sahabat baginda SAW.

Justeru, di dalam penulisan ini, penulis telah memilih seorang sahabat baginda SAW

iaitu Saad ibn Abi Waqqas dan akan membincangkan berkenaan biografi, pengalaman hidup

juga etika yang dipamerkan oleh beliau dalam membantu menyempurnakan agenda dakwah

Islamiah bagi menjadi teladan masyarakat Islam pada masa kini.

2.0 LATAR BELAKANG

Nama sebenar beliau adalah Sa‘ad bin Malik Az-Zuhri. Abi Waqqas adalah merupakan

gelaran yang diberikan kepada bapanya. Makna lesikal bagi perkataan ‘waqqas’ adalah

pancung, manakala makna yang diberikan menurut pengertian dalam bahasa Arab adalah

bermaksud memancung leher juga memotong kepala. Hal ini sebenarnya ada kaitannya

dengan pekerjaan bapa beliau sendiri yang terkenal sebagai tukang sembelih binatang korban

pada hari perayaan. Saad ibn Abi Waqqas dilahirkan di Makkah, iaitu 17 tahun sebelum Nabi

2 Ibid, Ms 26.

Page 5: Etika Islam : Saad ibn Abi Waqqas

3

Muhammad SAW diutus menjadi rasul. Dalam erti kata lain, Saad ibn Abi Waqqas memeluk

Islam ketika usianya 17 tahun.3

Jalur keturunan Saad adalah Saad bin Malik bin Wuhaib bin Abdi Manaf bin Zuhrah

bin Kilab bin Murrah bin Kaab bin Luay. Berdasarkan bukti ini dapat dilihat dengan jelas

bahawa jalur keturunan beliau bertemu dengan jalur keturunan Nabi Muhammad SAW pada

datuk kelima mereka, iaitu Kilab bin Murrah. Jalur keturunan Nabi Muhammad SAW pula

adalah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hasyim bin Abdi Manaf bin Qusay

bin Kilab bin Murrah bin Kaab bin Luay. Keturunan beliau digelar Bani Az-Zuhri yang

merupakan salah satu suku keturunan Quraisy. Datuk beliau iaitu Zuhrah bin Kilab

merupakan adik beradik kepada Qusay bin Kilab iaitu datuk Nabi Muhammad SAW.

Manakala, ibu beliau adalah Hamnah bin Sufian bin Umayyah bin Abdul Syam bin Abdul

Manaf bin Qusaiy.

Saad ibn Abi Waqqas juga digelar sebagai Abu Ishaq. Hal ini kerana beliau

mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Ishaq Al-Akbar hasil perkongsian hidup

dengan isterinya bernama Syihab bin Abdullah bin Harith Az-Zuhri. Saad Ibn Abi Waqqas

hanya mempunyai seorang anak perempuan iaitu Ummu Hakam Al-Akbar ketika usinya

menjangkau 40 tahun. Namun, setelah itu barulah beliau dikurniakan oleh Allah SWT

seramai 30 orang anak lelaki dan perempuan.

Saad ibn Abi Waqqas bertubuh agam dan agak pendek orangnya. Anak beliau yang

bernama Aisyah pernah berkata “Bapa saya orangnya pendek dan tubuhnya agak berisi tetapi

mempunyai keazaman yang tinggi. Jari-jarinya gemuk, rambutnya ikal dan tebal. Dia juga

pernah menginaikan ubannya dengan warna hitam.” Saad ibn Abi Waqqas dikurniakan oleh

Allah dengan kelebihan mempunyai ketajaman daya penglihatan dan hal ini membolehkan

beliau melihat sesuatu yang jauh dengan teliti.

Saad ibn Abi Waqqas pernah diamanah sebagai panglima tentera Islam dalam

peperangan al-Qadisiyyah, amil di Hawazin, juga gabenor di Kufah. Dalam melaksanakan

tanggungjawab yang diamanahkan oleh para khalifah kepadanya, acap kali juga Saad

dilemparkan dengan pelbagai tohmahan dan fitnah. Hal ini untuk menjatuhkan Saad daripada

3 Noura Durkee, (1999), Those Promised Paradise: Stories of The Sahabah, Chicago : IQRA' International Educational Foundation, Ms 173.

Page 6: Etika Islam : Saad ibn Abi Waqqas

4

menjalankan amanahnya oleh orang musysrik yang tidak senang duduk dengan pengaruh

yang dibawa oleh Saad ibn Abi Waqqas hasil daripada keadilannya memerintah.

Saad ibn Abi Waqqas wafat pada tahun 55 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 85

tahun. Beliau merupakan sahabat yang terakhir disebut oleh baginda SAW iaitu yang berada

di tangga ke-10 yang dijamin masuk syurga.4

3.0 PENGALAMAN HIDUP

Saad dikenali dalam masyarakat beliau sebagai pemuda yang baik hati, sensitif, sangat

mengambil berat kepada keluarga terutama kepada ibu beliau. Beliau merupakan seorang

yang teliti dan bijak dalam pertuturan laksana bijak pandai dan orang yang berpengalaman

walaupun umurnya masih muda.

Saad berasa tidak selesa dengan keadaan umum di Makkah walaupun diri beliau

merupakan seorang daripada kalangan suku bangsawan. Beliau tidak meminati hiburan

sebagaimana pemuda sebaya, sebaliknya beliau lebih banyak meluangkan masa membuat

anak panah, membaiki busur, dan melatih diri beliau memanah seolah-olah sedang

mempersiapkan diri menghadapi pertempuran yang hebat. Beliau sering kali berfikir, mencari

jalan untuk keluar daripada kegelapan dalam masyarakat beliau. Oleh sebab itu, bilamana

Rasulullah SAW mendedahkan diri baginda, iaitu sebagai Rasul utusan Allah, Saad sedia

untuk menyahut ajaran baginda.

Saad merupakan bapa saudara baginda SAW daripada Bani Zuhrah, iaitu jalur

daripada ibu baginda Aminah binti Wahab. Kebanggaan baginda akan hubungan ini terbukti

bilamana apabila baginda melihat Saad datang, baginda akan berkata kepada sahabat lain

disamping baginda untuk menunjukkan bapa saudara mereka semisal dengan Saad dan

baginda memanggil Saad sebagai pakcik walaupun usia Saad jauh lebih muda daripada

baginda.5

Saad sebelum menjadi muslim, telah mengalami sebuah mimpi yang cukup

meresahkan dirinya. Beliau merasakan dirinya tenggelam dalam kegelapan sehingga

4 Abdul Latip Talib, (2012), Saad Abu Waqas, Selangor : PTS Litera Utama, Ms 364. 5 Jamaluddin Al-Maqdissi, (2006), Mahd Al-Khalas Fi Manaqib Saad bin Abi Waqqas, Beirut : Dar Al Bashaer, Ms 15.

Page 7: Etika Islam : Saad ibn Abi Waqqas

5

merasakan kelemasan yang amat. Sementara dirinya sedang dalam kebingungan dalam

kegelapan yang semakin mendalam, muncul bulan menerangi laluan dan Saad mengikutinya.

Saad melihat beberapa orang yang sampai kepada bulan itu sebelum dirinya. Mereka adalah

Zaid ibn Harith, Ali ibn Abi Talib dan Abu Bakar as-Siddiq. Beliau bertanya kepada mereka

sejak bila mereka sampai dan mereka menyatakan bahawasanya mereka baru sahaja beberapa

saat sampai.

Keesokan harinya Saad mengetahui bahawa baginda SAW telah menyeru orang ramai

kepada Islam. Beliau mengetahui bahawa Allah mengkehendaki sesuatu yang baik baginya

iaitu mengeluarkannya daripada kegelapan menuju cahaya. Saad bersegera berjumpa

Rasulullah SAW yang pada ketika itu berada di bukit Jyad dan ketika Saad sampai, baginda

baru sahaja selesai solat Asar. Kemudiannya Saad pun melafazkan shahadahnya, dan beliau

sering mengungkapkan bahawa tidak ada seorang pun yang mendahuluinya melainkan insan-

insan yang dilihat dalam mimpinya sebelum ini. Baginda SAW sangat gembira dengan

penerimaan Saad akan Islam, kerana pada diri Saad ada tanda bijaksana dan kematangan

yang menandakan diri beliau akan menjadi insan yang gagah, iman yang teguh, pengikut

yang bijak juga ketua kepada orang yang beriman.

Penghijrahan Saad kepada Islam bukannya mudah. Sebaik sahaja memeluk Islam,

beliau melalui satu rintangan yang cukup berat sehinggakan turun ayat yang berkaitan

perkara tersebut. Beliau telah menerima tentangan daripada insan yang sangat dikasihi beliau

iaitu ibunya sendiri. Bilamana ibu beliau mengetahui Saad meninggalkan agama nenek

moyang mereka iaitu menyembah berhala sebaliknya mengikut ajaran Nabi Muhammad

SAW, ibunya telah melakukan mogok tidak mahu makan dan minum sehinggalah Saad mahu

berpaling daripada agama barunya itu. Ibu beliau akhirnya terpaksa memberhentikan mogok

tersebut tatkala melihat keteguhan pendirian Saad untuk kekal bersama agama yang dibawa

Nabi Muhammad SAW.6

Pada zaman awal Islam banyak sahabat Nabi pergi ke lereng-lereng bukit apabila

hendak melakukan solat, supaya tidak dilihat oleh kaum mereka. Suatu ketika, Saad bersama-

sama dengan beberapa orang sahabat yang lain sedang mendirikan solat di lereng bukit

Makkah. Tiba-tiba mereka dilihat oleh serombongna pemuda Musyrikin. Para pemuda

6 Abdurrahman Raf’at al-Basya, (2005), Sosok Para Sahabat Nabi, Shuwar min Hayat ash-Shahabat (terj.), Jakarta : Qisthi Press, Ms 259.

Page 8: Etika Islam : Saad ibn Abi Waqqas

6

musyrikin itu mencemuh, mengejek dan menghina Islam, sehingga terjadinya perkelahian.7

Saad telah memukul seorang pemuda musyrikin dengan sepotong tulang rahang unta. Melalui

kejadian tersebut, Saad merupakan sahabat pertama yang mengalirkan darah demi

mempertahankan Islam.

Semasa peperangan Uhud, telah berlakunya huru-hara dalam kalangan tentera Islam.

Terdapat 10 orang termasuk Saad berdiri berlawan melindungi baginda SAW dengan busar,

pedang, perisai dan belakang mereka. Saad ibn Abi Waqqas menggunakan busur dan

bidikannya sangat tepat mengenai musuh. Setiap kali dia melepaskan anak panah, pasti beliau

berjaya membunuh seorang musyrik.

Saad ibn Abi Waqqas memegang tanggungjawab yang besar semasa Khalifah Umar.

Khalifah Umar bercadang untuk berperang dengan Parsi yang jelas melakukan kesyirikan

kepada Allah. Khalifah Umar meminta gabenor dan para ketua serata tempat untuk

menghantar bantuan ketenteraan, senjata, kuda, unta, mereka yang pandai bersyair mahupun

berkata, juga apa-apa sahaja yang dapat membantu dalam peperangan.

Tentera mujahidin berkumpul di Madinah daripada Yaman, Syam, Mesir, dan

selainnya. Selepas sahaja mereka bersedia, Khalifah Umar bertanya akan siapa selayaknya

memimpin tentera tersebut. Mereka sepakat menyatakan “Si Singa yang Menyembunyikan

Kukunya”8 iaitu merujuk kepada Saad ibn Abi Waqqas. Khalifah Umar kemudiannya

bersetuju melantik Saad. Tentera Islam yang dipimpin Saad akhirnya menempa kemenangan

selepas menjalankan beberapa siri peperangan yang disebut sebagai perang al-Qadisiyyah.

Ketika menjadi gabenor di Kufah, Saad telah difitnah. Khalifah Umar mengetahui

ianya tidak benar dan telah memberi tugasan kepada Muhammad bin Muslimah untuk

menyelidik perkhabaran tersebut. Khalifah Umar mengambil keputusan untuk memanggil

Saad ibn Abi Waqqas ke Madinah bagi mengelak fitnah itu berleluasa juga bertujuan

meminta penjelasan daripada Saad sendiri.9 Setelah Khalifah Uthman dibunuh, Saad memilih

untuk mengasingkan diri dan tinggal di Aqieq. Beliau menjauhi politik dan pemerintahan

sampai usianya menjangkau 80 tahun.

7 Mohd. Ismail Mustari, (2005), Menjadi Belia Cemerlang, Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing, Ms 50. 8 Abdul Latip Talib, (2012), Saad Abu Waqas, Selangor : PTS Litera Utama, Ms 220. 9 Ibid, Ms 324.

Page 9: Etika Islam : Saad ibn Abi Waqqas

7

Dihujung usianya, tubuh Saad dibebani penyakit hingga menyebabkan mukanya pucat

pasi, matanya cekung masuk ke dalam sehinggakan puteranya Mus’ab ketika melihat

ayahnya itu, beliau sangat terharu dan kasihan malah akibat tak tertahan, Mus’ab menangis

teresak-esak. Melihat puteranya menangis, Saad bertanyakan kepadanya akan apa yang

ditangisinya dan menyatakan bahawa Allah tidak akan menyeksanya dan dirinya adalah

adalah ahli syurga.

Saad ibn Abi Waqqas dikafankan dengan jubah yang dipakainya berperang melawan

musyrikin pada perang Badar sesuai dengan permintaannya sendiri. Saad berkata bahawa

tiadalah disimpan jubah tersebut olehnya melainkan bagi keperluan hari tersebut iaitu hari

tiba ajalnya. Jenazah Saad dibawa ke Baqi’ dan dikuburkan disana disamping teman-

temannya yang telah mendahuluinya sebelum itu dari ahli Jannatun Naiem.10

4.0 ETIKA SAAD IBN ABI WAQQAS

4.1 BERBUAT BAIK

Salah satu kewajipan yang harus dipenuhi oleh seorang anak, adalah berbuat baik kepada ibu

bapa atau dalam istilah Bahasa Arab disebut sebagai “birr al-walidayn”. Perbuatan “birr al-

walidayn” ini pada asasnya tidak dipengaruhi oleh keadaan, bangsa, budaya, warna kulit,

mahupun agama. Walaupun terdapat pelbagai perbezaan dalam hubungan, kewajipan berbuat

baik terhadap ibu bapa akan terus kekal di bawah tanggungjawab seorang anak sehinggalah

nyawa dan roh dicabut daripada badan. Turut terkandung di bawah perkara berbuat baik

kepada ibu bapa adalah kewajipan mengajak ibu bapa kepada Islam.

Berbuat baik kepada ibu bapa merupakan metode berdakwah kepada ibu bapa dimana

si anak seharusnya menggunakan pendekatan yang berada dalam piawaian ‘berbuat baik’

sehingga mereka tidak terasa hati atau terguris dengan tindakan dan percakapan anaknya.

Kata-kata yang baik harus menjadi tunjang percakapan anak-anak dalam menasihati ibu bapa

agar ibu bapa tidak rendah diri, menganggap dirinya bodoh, seterusnya boleh menyebabkan

anak-anak menjadi anak derhaka akibat tiada metode dakwah yang sesuai. Bahkan, kerja

10 Shabir Abdouh, (1976), Sa'ad bin Abi Waqqash Penakluk Istana Putih-Persia, Jakarta : Bulan Bintang, Ms 60.

Page 10: Etika Islam : Saad ibn Abi Waqqas

8

dakwah akan gagal dan tidak diterima oleh orang tua sehingga mereka semakin jauh daripada

Islam.11

Etika berbuat baik kepada ibu bapa dapat dilihat daripada riwayat hidup Saad ibn Abi

Waqqas. Walaupun menerima tentangan yang hebat dan dipujuk dengan bermacam cara oleh

ibu dan bapanya bagi meninggalkan agama yang dibawa Nabi Muhammad dan kembali

kepada kepada agama nenek moyang mereka iaitu menyembah berhala, Saad tetap berpegang

teguh dengan tali Allah. Saad tetap melayan dengan cara yang baik akan karenah ibu bapanya.

Saad kerap kali memujuk ibu dan bapanya untuk menyahut seruan Islam dan juga beliau

mendoakan kedua orang tauanya agar diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah SWT.

Saad pernah menuturkan dan merayu kepada ibunya dengan cucuran air mata,

“Marilah ibu kita sama-sama menjadi pengikut Muhammad. Saya tidak mahu ibu menjadi

sebahagian daripada orang-orang yang rugi daripada merebut kebesaran Allah”. Selain itu,

Saad juga menyatakan kepada ibunya, “Allah sudah memberikan petunjuk kepada saya tetapi

tidak kepada ibu. Saya akan terus berdoa supaya ibu diberikan petunjuk oleh Allah. Apa yang

pasti, ibu tetap adalah ibu kandung saya di dunia dan akhirat.”

Pelbagai ikhtiar yang dilakukan oleh kedua ibu bapa Saad bagi mengembalikannya

kepada agama menyembah berhala. Pada suatu hari, ayah Saad iaitu Abi Waqqas

mengajaknya untuk pergi berniaga ke Yaman. Saad mengetahui bahawa ianya merupakan

taktik ayahnya untuk memisahkannya daripada rapat dengan Nabi Muhammad SAW. Saad

ibn Abi Waqqas telah menolak ajakan ayahnya dengan cara yang baik dan menerangkan

sebab dirinya berbuat demikian.

Saad menyatakan kepada ayahnya, “Wahai ayahku, saya yakin yang diri saya sudah

pun mendapat hidayah atau petunjuk daripada Allah. Oleh sebab itu, keyakinan saya tidak

akan berganjak apatah lagi berubah walau apa jua halangan yang mendatang. Saya tidak

mahu menurut kata ibu kerana ibu mengajak saya supaya kembali semula kepada agama

nenek moyang kita yang ternyata sudah tersasar jauh daripada akidah yang sebenarnya. Saya

menolak ajakan ayah pula kerana ayah mahu memisahkan saya dengan Nabi Muhammad.”12

11 Muhd. Najib Abdul Kadir, Mabruri Mohammad Sai & Latifah Abdul Majid, (2013), Metodologi Dakwah Kepada Ibu Bapa Bukan Muslim Berdasarkan Kisah Nabi Ibrahim AS, ISLAMIYYAT 35(2): 57 – 66, Ms 57. 12 Abdul Latip Talib, (2012), Saad Abu Waqas, Selangor : PTS Litera Utama, Ms 30.

Page 11: Etika Islam : Saad ibn Abi Waqqas

9

Semasa ibu Saad melakukan mogok tidak mahu makan dan minum, beliau pernah

membawa pulang beberapa biji buah delima yang menjadi kegemaran ibunya dan ingin

menikmatinya bersama ibunya. Namun, kepulangannya disambut dengan wajah yang masam

mencuka oleh ibu dan juga abangnya, iaitu Utbah.

Saad ibn Abi Waqqas menuturkan kepada ibunya “Wahai ibu kesayanganku, saya ada

bawakan beberapa biji buah delima yang menjadi kesukaan ibu. Marilah kita makan

bersama”. Saad kemudiannya membelah buah delima tersebut lalu cuba untuk

menyuapkannya ke dalam mulut ibunya. Walaubagaimanapun, ibunya enggan membuka

mulutnya dan tetap berdegil untuk tidak mahu makan.13

Saad ibn Abi Waqqas dengan tenang tetap melayan dan berbuat baik kepada ibunya

tanpa berganjak sedikit pun keyakinannya kepada Allah. Kerap kali Saad datang kepada

ibunya dan bertanyakan apakah ibunya sudah makan mahupun minum. Berulang kali juga

Saad menawarkan agar ibunya mahu makan malahan beliau tetap menyediakan makanan dan

minuman untuk ibunya walaupun ibunya enggan minum dan menjamah makanan yang

disediakannya.14 Hal ini berlarutan menyebabkan keadaan ibunya semakin lemah dan

tubuhnya menjadi kurus kering. Ibu Saad akhirnya terpaksa mengalah dan berhenti mogok

bilamana melihat akan keteguhan iman Saad yang memilih untuk terus memegang erat

keimanannya daripada nyawa ibunya.

4.2 SABAR

Sabar secara umumnya membawa maksud keteguhan hati, tanpa mengeluh terhadap

penderitaan dan bencana. Manakala menurut pengertian Islam, sabar membawa maksud

“ tahan menderita terhadap segala sesuatu yang tidak disukainya, dengan redha dan ikhlas

serta berserah diri kepada Allah.”

Sabar merupakan kemampuan mahupun daya tahan manusia untuk menguasai

perasaan dan kemahuannya yang destruktif iaitu merosak. Sebaliknya bukanlah bererti sabar

sekiranya sikap tersebut berupa pasrah diri demikian sahaja, tanpa disertai dengan usaha dan

13

Ibid, Ms 42. 14 Abdurrahman Raf’at al-Basya, (2005), Sosok Para Sahabat Nabi, Shuwar min Hayat ash-Shahabat (terj.), Jakarta : Qisthi Press, Ms 259.

Page 12: Etika Islam : Saad ibn Abi Waqqas

10

ikhtiar. Pengertian sabar yang hakiki mengandungi unsur perjuangan, ikhtiar, dan lebih

daripada itu berupa berjuang melawan nafsunya sendiri dengan penuh keteguhan hati.15

Kesabaran adalah berdasarkan dua fakta penting yang seorang muslim perlu sedar

akannya. Fakta yang pertama adalah fitrah kehidupan dimana Allah menguji setiap

hambaNya menanggung sesuatu beban. Fakta yang kedua ialah, ianya sudah menjadi qada’

dan qadar iaitu samada kita suka atau tidak kita perlu tempuhinya.16 Firman Allah SWT:

ركوا أن يـقولوا آمنا وهم ال يـفتـنون الذين ا- فـليـعلمن قـبلهم من الذين فـتـنا ولقد ﴾٢﴿ أحسب الناس أن يـتـ

﴾٣﴿ الكاذبني ن وليـعلم صدقوا

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah

beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-

orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar

dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

(Surah al-Ankabut : Ayat 2 dan 3)

Etika bersabar yang dipamerkan oleh Saad ibn Abi Waqqas dapat dilihat antaranya

sewaktu ibunya melakukan mogok tidak mahu makan dan minum. Saad dimarahi oleh

abangnya iaitu Utbah dek kerana sanggup membiarkan ibunya berterusan tidak menjamah

makanan dan tidak pula minum walau setitik air disebabkan keengganan Saad untuk kembali

kepada agama menyembah berhala setelah diminta ibunya berbuat demikian. Utbah

menggelar Saad sebagai anak derhaka dan Saad cukup tersentak mendengar kata-kata

abangnya itu. Walaubagaimanapun, Saad tidak menghiraukan cercaan abangnya sebaliknya

segera mendapatkan ibunya untuk memujuk ibunya makan.

Sewaktu peristiwa mogoknya si ibu, Saad juga tidak lari daripada lemparan kata-kata

nista daripada jirannya. Orang ramai melihatnya dengan pandangan marah dan saling berbisik

sesama mereka. Saad dipanggil jirannya sebagai seorang yang zalim dan anak derhaka kerana

sanggup menyeksa ibunya sendiri. Saad tidak menghiraukan kata-kata nista yang

15 Musthafa Kamal Pasha, (2002), Qalbun – Salim Hiasan Hidup Muslim Terpuji, Jogjakarta : Citra Karsa mandiri, Ms 124. 16 Abd Al-Wahab, (1991), Al-Akhlaq Al-Islamiah, al-Rabat : ISESCO, Ms 58.

Page 13: Etika Islam : Saad ibn Abi Waqqas

11

dilemparkan kepadanya sebaliknya bilamana beliau tiba di kediamannya, Saad terus

memboloskan dirinya untuk masuk ke dalam rumah.17

Sewaktu menyertai peperangan Qadisiyyah, Saad ibn Abi Waqqas telah diuji dengan

suatu penyakit. Kakinya terasa kejang dan seluruh badannya dihinggap bisul sehinggakan

beliau tidak mampu duduk apatah lagi berjalan. Kedua-dua belah matanya bergenang air

mata bukan kerana menahan kesakitan tetapi sedikit terkilan kerana mengetahui bahawa

dirinya tidak dapat bersama ke medan peperangan mengangkat senjata dengan keadaannya

itu.

Saad ibn Abi Waqqas menyedari bahawasanya beliau perlu terus berjuang walau

dalam keadaan sakit sekali pun. Beliau akur disebabkan masalah kesihatannya beliau gagal

menerajui pasukan perang. Saad tidak sekalipun mengeluh atas penderitaan yang dialaminya

malahan terus berdoa kepada Allah supaya penyakitnya segera disembuhkan. Beliau akhirnya

melantik Khalid bin Arafah menggantinya bagi memimpin tentera Islam buat sementara

waktu.18

Semasa Saad ibn Abi Waqqas dan sahabat-sahabatnya menyampaikan dakwah kepada

masyarakat di China, mereka telah didatangi beberapa orang lelaki yang berteriak menghalau

mereka pergi dari situ. Hal ini menyebabkan beberapa orang pengikut Saad yang baru

memeluk Islam berasa takut lalu beredar daripada situ. Akhirnya Saad terpaksa mengalah lalu

mengajak mereka beredar. Dalam perjalanan pulang, Saad menuturkan kepada mereka, “Ini

hanyalah cubaan kecil yang kita terima. Janganlah kita berputus asa dan teruslah berdakwah

bagi membawa mereka ke jalan yang benar.” Keesokannya, Saad dan para sahabatnya datang

lagi untuk berdakwah dan sekali lagi pengacau yang sama datang membuat onar namun Saad

tetap bersabar. Akhirnya, sahabat Saad yang merupakan penduduk China iaitu Abdullah

mengadu kepada maharaja dan rentetan daripada itu, satu surat pekeliling dikeluarkan sebagai

amaran yang menyatakan sesiapa yang mengganggu akan dihukum. Setelah itu, Saad dan

juga para sahabatnya tidak lagi diganggu.

4.3 TIDAK BERPUTUS ASA

17 Abdul Latip Talib, (2012), Saad Abu Waqas, Selangor : PTS Litera Utama, Ms 44. 18 Ibid, Ms 245.

Page 14: Etika Islam : Saad ibn Abi Waqqas

12

Al-Ghazali menjelaskan bahawasanya Islam melarang umatnya berputus asa malah

menggalakkan umatnya meletakkan harapan (al-raja’ ) kepada Allah kerana berharap itu sifat

yang terpuji, lantaran ia mendorong kepada usaha sedangkan putus asa itu sifat keji kerana ia

memalingkan seseorang daripada berusaha. Menurut al-Ghazali lagi, sifat al-raja’ dapat

menjadikan seseorang itu menggantungkan harapannya kepada Allah s.w.t serta memohon

rahmatNya di mana harapan tersebut akan menjadi pemangkin untuk terus berusaha serta

menjauhkan diri daripada berputus asa.

Putus asa ataupun pesimis bukan merupakan tabiat orang beriman. Orang beriman

tidak akan pernah berputus ada daripada ramat Allah meskipun dunia terasa sempit, atau

dihadapannya semua pintu tertutup baginya.19 Putus asa merupakan ciri orang kafir dan

orang-orang yang sesat sebagaimana firman Allah tentang Nabi Ya’kub,

الكافرون القوم إال ا- روح من يـيأس ال إنه ا- روح من تـيأسوا وال وأخيه يوسف من تحسسوا فـ اذهبوا بين يا

“Hai anak-anakku, pergilah kamu, maka carilah berita tentang Yusuf dan saudara-

saudaranya dan jangan kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada dari

berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum kafir.”

( Surah Yusuf : Ayat 87)

Saad ibn Abi Waqqas tidak berputus asa dalam memohon kepada Allah agar ibu

bapanya diberikan hidayah oleh Allah SWT. Malahan beliau kerap kali berusaha

menerangkan tentang kebenaran agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW

walaupun ibu bapanya kerap kali juga memarahinya kerana mempercayai Muhammad yang

dikatakan mereka sebagai seorang ahli sihir.20 Saad juga pernah meminta baginda SAW

untuk mendoakan agar ibu bapanya dibuka pintu hati mereka untuk menerima Islam.

Di dalam kesungguhan menyebarkan Islam ke negara China, Saad ibn Abi Waqqas

kerap kali diganggu oleh beberapa orang lelaki sehingga ada dalam kalangan muslimin yang

baru memeluk Islam berasa takut dan mereka terpaksa beredar daripada situ. Namun, ianya

19 Yusuf al-Qaradhawi, (2002), Fatwa-Fatwa Kontemporer, Hadyul Islam Fatawi Mu’ashirah (terj.), Kuwait : Darul Qalam, Ms 496. 20 Op.cit, Ms 25.

Page 15: Etika Islam : Saad ibn Abi Waqqas

13

tidak mematahkan semangat Saad untuk terus menyampaikan dakwah kepada masyarakat

China dan beliau pada hari berikutnya meneruskan kembali dakwahnya.

Semasa berada di China, Saad telah dilemparkan dengan fitnah yang menyatakan

dirinya telah memakan makanan yang haram iaitu daging khinzir. Hanya kerana khabar angin

ini, beliau bersama para sahabat yang lain telah dipanggil pulang. Hasil siasatan, akhirnya

tahulah mereka bahawa fitnah tersebut datang daripada negara China sendiri kerana tidak

berpuas hati akan kejayaan Saad ibn Abi Waqqas menyebarkan dakwah Islam. Perihal ini

tidak mematahkan semangat Saad, dan beliau beberapa tahun kemudian berlayar semula ke

China setelah mendapat keizinan daripada Khalifah Uthman.21

4.4 TASAMUH

Tasamuh atau lapang dada mahupun toleransi bererti suatu sikap bertolak ansur antara satu

sama lain, dengan didasari oleh pandangan yang luas dan terbuka. Sikap lapang dada

mengajarkan untuk sentiasa terbuka terhadap pandangan, keyakinan dan sikap orang lain

sekalipun sikap dan pandangan mereka itu berbeza. Sikap berlapang dada berlawanan dengan

sikap tergesa-gesa atau mengambil mentah-mentah sebaliknya memerlukan kajian yang teliti

dan cermat.

Sikap berlapang dada terhadap pendapat dan keyakinan orang lain dapat

menyuburkan solidariti atau rasa persaudaraan anatara masyarakat yang satu dengan yang

lain. Hal ini merupakan modal terbaik bagi mengadakan kerjasama dalam membangunkan

kehidupan sejahtera dalam kalangan masyarakat.22

Suatu ketika, Saad ibn Abi Waqqas begitu marah bilamana mengetahui Abu Jahal

meletakkan najis unta di atas belakang badan baginda SAW. Beliau kemudiannya dengan

tergesa-gesa mahu mencari Abu Jahal bagi membalas perbuatan tersebut.

Walaubagaimanapun, dalam perjalanan Saad telah bertemu Abu Bakar dan beliau dinasihati

oleh Abu Bakar untuk tidak melakukan kekerasan dan mengingatkan akan pesan baginda

SAW untuk tidak bertindak balas ke atas kaum Quraisy yang berbuat jahat kepada mereka.

21 Abdul Latip Talib, (2012), Saad Abu Waqas, Selangor : PTS Litera Utama, Ms 353. 22 Musthafa Kamal Pasha, (2002), Qalbun – Salim Hiasan Hidup Muslim Terpuji, Jogjakarta : Citra Karsa Mandiri, Ms 150.

Page 16: Etika Islam : Saad ibn Abi Waqqas

14

Akhirnya Saad membatalkan hasratnya untuk bertindak balas terhadap Abu Jahal selepas

menimbang tara akan pandangan dan nasihat Abu Bakar.23

Dalam siri peperangan al-Qadisiyyah, Saad ibn Abi Waqqas sangat mengalu-alukan

cadangan daripada tenteranya akan strategi mengalahkan pihak musuh. Sesiapa yang

mempunyai cadangan diminta oleh Saad untuk megemukakannya dan seterusnya cadangan

tersebut akan dipertimbangkan mengikut suara para sahabat. Seorang sahabat pernah

mengemukakan cadangan untuk pergi mengintip pihak musuh melalui penyamaran dengan

memakai pakaian musuh yang berjaya ditangkap mereka. Pada mulanya, Saad tidak bersetuju

akan cadangan tersebut kerana khuatir ianya terlalu bahaya kepada pengintip sekiranya

penyamaran mereka terbongkar. Akhirnya disebabkan ramai sahabat bersetuju dengan

cadangan penyamaran tersebut, Saad membenarkan penyamaran tersebut dilakukan.

Saad ibn Abi Waqqas pernah melakukan perbincangan strategi menghadapi serangan

tentera bergajah Parsi bersama Panglima Qa’qa ibn Amru. Panglima Qa’qa mencadangkan

supaya kuda-kuda dan unta-unta disolek dan dihias dengan hiasan yang menggerunkan. Saad

ibn Abi Waqqas bersetuju dengan cadangan tersebut lalu mengarahkan orang-orangnya

mempersiapkan kuda-kuda dan unta-unta dengan masing-masing disolek sebagaimana yang

telah dicadangkan.

4.5 MENTAATI PEMIMPIN

Taat bermaksud patuh dan sentiasa menurut perintah. Mentaati pemimpin adalah bersifat

relatif, bukan secara mutlak. Hal ini membawa maksud mentaati pemimpin hanya perlu

sekiranya pemimpin itu berperilaku sesuai dengan ajaran Islam. Sebaliknya, jika pemimpin

itu menyimpang jauh daripada landasan kebenaran, maka tidak ada lagi taat atau patuh

kepadanya. Rasulullah SAW menegaskan sebagaimana direkodkan oleh Ahmad dan

Hakim,“Tidak ada ketaatan pada makhluk yang menderhaka kepada Allah.” 24

Pemimpin yang telah dipilih dianggap telah menerima ikrar taat setia daripada

masyarakat yang memilih atau mengundinya. Akibatnya, kedua-dua majoriti yang mengundi

untuk beliau dan juga minoriti yang mungkin telah mengundi menentang mempunyai

23 Op.cit, Ms 80. 24 Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, (2008), Apa Itu Islam, Selangor : PTS Islamika, Ms 14.

Page 17: Etika Islam : Saad ibn Abi Waqqas

15

keterikatan ketaatan dan kesetiaan. Islam menganggap ketaatan kepada pemimpin begitu

penting sehinggakan apa-apa jenis penentangan kepada pemimpin hendaklah dikenakan

hukuman kecuali dalam keadaan yang tertentu.25

Saad ibn Abi Waqqas pernah diminta oleh Khalifah Abu Bakar untuk melakukan

sesuatu tugasan. Walaupun Khalifah Abu Bakar belum memaklumkan apakah tugasan yang

perlu dilakukan, Saad dengan penuh ketaatan menyatakan, “Katakan sahaja apa tugasan itu.

Saya sedia melaksanakannya.” Khalifah Abu Bakar pun menjelaskan bahawa beliau

ditugaskan menjadi amil di Hawazani.26 Saad kemudiannya dengan perasaan terharu kerana

kepercayaan khalifah akan dirinya, berjanji untuk melaksanakan arahan tersebut sebaik

mungkin.27

Suatu ketika semasa berkhidmat di Hawazani, Saad ibn Abi Waqqas telah menerima

satu surat kiriman daripada Khalifah Umar al-Khattab yang mengarahkannya untuk pulang

segera ke Madinah. Surat kiriman tersebut diterima Saad lalu dibacanya. Apabila selesai

membaca surat tersebut, ternyata beliau tidak menunggu lama, lalu mengarahkan seorang

pengganti yang dipercayainya bagi mengambil alih tugasnya di Hawazani. Kemudian beliau

pun segera pulang ke Madinah.28

Saad ibn Abi Waqqas pernah diminta oleh Khalifah Umar al-Khattab untuk menjadi

gabenor di Kufah. “Penduduk Kufah memerlukan seorang gabenor. Saya mahu kamu pergi

ke sana dan jalankan tanggungjawab itu kerana Allah,” tutur Khalifah Umar. Saad pada

mulanya keberatan untuk menerima tawaran tersebut kerana merasa dirinya tidak layak untuk

menggalas amanah tersebut dan berpendapat ada yang jauh lebih layak menggalas

tanggungjawab tersebut daripada dirinya. Namun akhirnya, selepas dipujuk oleh Khalifah

Umar, Saad menerima amanah tersebut walaupun sedar jawatan sebagai gabenor adalah satu

tanggungjawab yang besar yang perlu digalasnya.29

4.6 BERANI

25 Rafik Beekun & Jamal Badawi, (1999), The Leadership Process In Islam, http://makkah.files.wordpress.com/2006/11/ldrpro.pdf, Ms 16. 26 Abd al-Qadir Ahmad, (1961), Sa`d ibn Abi Waqqas, al-Qahirah : Dar al-Qalam, Ms 24. 27 Abdul Latip Talib, (2012), Saad Abu Waqas, Selangor : PTS Litera Utama, Ms 211. 28 Ibid, Ms221. 29 Abdul Latip Talib, (2012), Ms 320.

Page 18: Etika Islam : Saad ibn Abi Waqqas

16

Berani atau saja’ah adalah suatu sikap atau tindakan yang lahir atas dasar perhitungan dan

keyakinan yang pasti, meskipun harus menghadapi bahaya. Sikap berani adalah sikap yang

terletak diantara penakut atau jubn dengan tahawur atau membabi buta.

Seseorang yang memiliki watak penakut atau jubn akan melarikan diri menghadapi

sesuatu masalah, manakala seorang yang berwatak tahawwur30, dalam tindakannya kelihatan

tegas, cepat dan berani, namun sebenarnya semua itu dilakukan dengan pertimbangan pendek,

sehingga akibatnya menjadi sangat parah baik terhadap dirinya sendiri ataupun orang lain.31

Ibnu Asakir meriwayatkan daripada Zuhri bahawasanya baginda SAW pernah

mengirim pasukan ke Rabigh dan Saad ibn Abi Waqqas termasuk dalam pasukan tersebut.

Ketika mana kaum musyrikin membuat serangan ke atas kaum muslimin, maka Saad

melemparkan panahnya kearah mereka dan panah Saad adalah panah Islam yang pertama kali

fisabilillah dalam Islam.

Semasa peperangan Uhud, Saad ibn Abi Waqqas yang menjadi sasaran bidikan

panahan musuh telah mengambil anak panah yang tidak mengenai dirinya seterusnya

dipanahkan kembali kepada pasukan Quraisy sehingga dapat membunuh seorang daripada

kalangan mereka. Kemudian anah panah itu diambil oleh seorang pasukan Quraisy dan

dipanahkan kepada Saad semula namun anak panah itu tidak mengena sasaran. Lalu Saad

mengambil anak panah tersebut lalu melemparkannya kembali kepada mereka dan dapat

membunuh salah seorang daripada pasukan Quraisy. Semua orang sangat hairan melihat

kejadian yang dilakukan oleh Saad itu.32

Saad ibn Abi Waqqas pernah melakukan penyamaran dengan memakai pakaian

tentera Parsi bagi menyelinap masuk ke penempatan musuh. Beliau sempat menyelinap

masuk ke dalam kumpulan tentera Parsi yang dalam pada itu berkawal di luar khemah Ketua

Panglima Rostam. Beliau sempat memasang telinga bagi mendengar perbualan dan

mendapatkan maklumat musuh. Dalam penyamarannya, Saad turut sempat pergi ke gudang

bekalan makanan tentera Parsi. Beliau mendapati bekalan makanan pihak musuh

sememangnya tidak mencukupi dan bekalan yang dibawa mereka tidak banyak kerana

30 Ali Amrullah & Muhammad Hadimi, (1998), Ethics of Islam, Istanbul : Hakikat Bookstore, Ms 8. 31 Musthafa Kamal Pasha, (2002), Qalbun – Salim Hiasan Hidup Muslim Terpuji, Jogjakarta : Citra Karsa Mandiri, Ms 138. 32 Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi, (2013), Sejarah Kehidupan Para Sahabat Rasulullah, Hayatus Sahabah (terj.), Kuala Lumpur : Kalang Book Centre, Ms 594.

Page 19: Etika Islam : Saad ibn Abi Waqqas

17

keyakinan mereka bahawasanya tentera mereka mampu memenangi peperangan tersebut

dalam masa yang singkat.

Di dalam siri peperangan Qadisiyyah, Panglima Rostam dengan sombong dan suara

yang lantang menyatakan bahawa dirinya telah diperintah oleh Maharaja Yazdegerd supaya

menghancurkan tentera Islam dan menambah bahawa tentera Islam usah bermimpi untuk

mengalahkan mereka. Setelah Panglima Roslam selesai berkata-kata, Saad ibn Abi Waqqas

pula tampil ke hadapan dan menyatakan dengan tegas “Sesungguhnya, kami tidak pernah

berasa gentar! Biar nyawa terpisah daripada jasad daripada tunduk kepada kamu! Lebih baik

kamu menyerah diri kerana tiada jalan lain untuk kamu keluar daripada sini!” Hal ini

menunjukkan keberanian Saad ibn Abi Waqqas menegakkan syiar Islam dan menentang

musuh-musuh Islam.

4.7 BERHIKMAH

Hikmah dari segi bahasa membawa beberapa maksud iaitu al-Adl, al-Ilm, al-Hilm, al-

Nubuwah, al-Qur’an, al-Sunnah dan sebagainya. Hikmah juga diertikan al- Ilah, atau alasan

bagi sesuatu hukum, juga al-kalam iaitu ungkapan singkat yang padat isinya. Hikmah dari

segi istilah pula menurut para ulama membawa maksud mencapai kebenaran dengan ilmu dan

akal, mengetahui suatu yang terbaik dengan pengetahuan yang paling baik. meletakkan

sesuatu pada tempatnya ataupun ketepatan ucapan dan perbuatan.33

Hikmah seringkali dikaitkan dengan metodologi dakwah. Metodologi hikmah

memiliki ciri antaranya pemilihan sesuatu yang sesuai untuk diterapkan pada situasi dan

keadaan yang tepat, kerana sering kali sesuatu metode itu sesuai untuk situasi tertentu dan

untuk menghadapi kondisi tertentu namun tidak sesuai pada kondisi yang lainnya. Bagi

menghadapi kondisi emosional harus menggunakan metode emosional, sebagaimana metode

rasional diguna pakai untuk kondisi yang rasional, demikian juga metode empirik hanya

boleh diguna pakai pada kondisi empirik.34

Saad ibn Abi Waqqas merupakan seorang yang sangat berhikmah dalam

menyampaikan seruan agama Islam kepada orang bukan Islam. Etika berhikmah yang

33 M. Tata Taufik, (2013), Dakwah Era Digital Seri Komunikasi Islam, Jawa Barat : Pustaka Al-Ikhlash, Ms 86 34 Ibid. Ms 87.

Page 20: Etika Islam : Saad ibn Abi Waqqas

18

dicerminkan oleh Saad ibn Abi Waqqas dapat dilihat semasa beliau menyampaikan dakwah

Islamiah kepada masyarakat China semasa lawatannya ke negara tersebut. Pendekatan yang

digunakan oleh Saad adalah bersesuaian dengan keadaan dan situasi semasa.

Pada suatu pagi, Saad berdiri di tengah-tengah khalayak ramai yang sedang sibuk di

Pelabuhan Dong dengan urusan seharian mereka. Saad kemudian memulakan langkah

dakwahnya iaitu dengan memulakan ucapan dengan menyebut basmallah iaitu “Bismillahir

rahma nir rahim”. Selepas itu beliau pun mengucapakan kalimah syahadah yang bermaksud

“Tidak ada Tuhan yang selayaknya disembah melainkan Allah dan Muhammad itu adalah

pesuruh Allah”. Kata-kata Saad ini telah berjaya menarik perhatian orang ramai yang mahu

mengetahui dengan lebih lanjut akan apa yang dibicarakan oleh Saad. Saad kemudiannya

menerangkan akan perihal agama Islam dan setiap persoalan yang diajukan dijawab oleh

Saad sehingga meyakinkan mereka. Hasilnya, beberapa orang daripada mereka mengucapkan

syahadah di hadapannya sendiri.

Pada ekspedisi ke China buat kali yang kedua, Saad ibn Abi Waqqas telah ditemani

bersama beberapa orang sahabat pergi menghadap Maharaja China Kao-Tsung bagi

mendapatkan keizinan menyampaikan dakwah. Pada kunjungan kali ini, Saad turut membawa

bersama senaskhah al-Quran untuk dihadiahkan kepada maharaja. Setibanya di istana, Saad

telah diminta untuk bersujud kepada maharaja namun Saad enggan dan menolakknya dengan

cara yang baik. Dengan nada yang lembut tetapi tegas, Saad menyatakan bahawa Islam

melarang mereka untuk bersujud melainkan kepada Allah.

Maharaja tersebut mengerti apa yang diperkatakan Saad dan meminta mereka

menerangkan tujuan kedatangan mereka. Saad lantas menyampaikan hadiah senaskhah al-

Quran kepada maharaja dan kemudiannya menerangkan perihal al-Quran dan Islam apabila

ditanya oleh maharaja tersebut yang sememangnya belum pernah melihat al-Quran sebelum

ini.

Saad menyatakan kepada maharaja terbabit bahawasanya kitab tersebut adalah al-

Quran yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad sebagai panduan sekalian umat. Saad

menyambung pertuturannya dan menyatakan bahawa Allah telah memuliakan manusia

dengan mengutuskan sebaik-baik rasul. “Kaum muslimin adalah satu-satunya umat yang

terpelihara daripada penyelewengan dan kebatilan. Hal ini kerana Allah sendiri yang

Page 21: Etika Islam : Saad ibn Abi Waqqas

19

memeliharanya’, tutur Saad. Beberapa pertanyaan maharaja tersebut dijawab oleh Saad dan

penerangan yang diberikan juga cukup panjang lebarnya.

Di akhir pertemuan, walaupun maharaja tersebut tidak memeluk agama Islam, namun

apa yang sangat menggembirakan dan menjadi rahmat buat Saad adalah perkenan maharaja

tersebut,35 iaitu keizinan untuk menyampaikan dakwah Islam kepada masyarakat setempat.

Kejayaan ini bertitik tolak hasil etika berhikmah yang ditunjukkan Saad dalam pendekatan

dakwahnya kepada maharaja tersebut.

5.0 KESIMPULAN

Etika yang diamalkan oleh Saad ibn Abi Waqqas adalah sangat relevan untuk diteladani oleh

masyarakat pada zaman sekarang. Etika yang dipamerkan menerusi peribadi Saad ini, perlu

dieterapkan dalam kalangan masyarakat masa kini, seperti etika berbuat baik kepada ibu bapa

terutamanya ibu bapa yang masih belum memeluk agama Islam. Sebagai seorang anak,

walaupun ibu bapa kita bukan Islam, mereka perlu diberi layanan sewajarnya dan hendaklah

dari masa ke semasa kita berdakwah kepada mereka serta mendoakan agar pintu hidayah

terbuka untuk mereka.

Selain itu, seseorang muslim perlu memiliki kesabaran yang tinggi dalam menghadapi

pelbagai onak dan duri kehidupan. Sesungguhnya Allah tidak akan membebankan seseorang

itu melainkan apa yang terdaya ditanggungnya. Kita perlu mencari hikmah atas sesuatu ujian

yang datang menimpa dan tidak perlu mengeluh akan ujian tersebut sebaliknya berusaha

menyelesaikan sesuatu permasalahan yang dihadapi dengan penuh sabar.

Sebagai seorang ketua ataupun pemimpin, kita perlulah sentiasa berlapang dada dan

bertolak ansur terhadap cadangan dan saranan daripada orang lain. Setiap cadangan yang

diutarakan perlu dipertimbangkan dengan sebaiknya. Kita perlu menghargai seseorang yang

sudi memberi pandangan atau cadangan dalam mencari sesuatu solusi. Hal ini akan

merapatkan lagi hubungan sesama kita dan kesan sekiranya ianya diamalkan oleh pengurus

dengan pekerja akan melahirkan para pekerja yang bersemangat melakukan tugas mereka

kerana merasa dihargai oleh ketua mereka.

35 Abdul Latip Talib, (2012), Saad Abu Waqas, Selangor : PTS Litera Utama, Ms 355.

Page 22: Etika Islam : Saad ibn Abi Waqqas

20

Mentaati para pemimpin, ketua, pengurus dan sesiapa sahaja yang telah mendapat

mandapat mandat majoriti untuk memegang amanah mengetuai sesuatu kelompak, perlulah

ditaati selagi mana arahan yang diberikan tidak bercanggah dengan syariat. Tidak ada guna

perlantikan seseorang ketua sekiranya orang yang dipimpinnya tidak mahu untuk menuruti

arahannya yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan.

Masyarakat pada hari ini perlu berani mempertahankan maruah dan kedaulatan Islam.

Kini terdapat pelbagai usaha yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam bagi menjauhkan

masyarakat Islam daripada berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah. Masyarakat perlu

berani menyuarakan pendapat dan menegakkan kebenaran sekiranya melihat akan kebatilan.

Bagi para pendakwah pula, pendekatan etika berdakwah dengan berhikmah sangat

dituntut bagi menghasilkan impak yang jitu dalam kalangan masyarakat bukan Islam pada era

kemodenan ini. Pendekatan yang digunakan perlulah sesuai dengan keadaan masyarakat yang

disasarkan. Perkembangan arus kecanggihan teknologi perlu diambil kira, dan inovasi

metodologi dakwah perlu dilakukan bagi menghasilkan kaedah dakwah yang berkesan di

masa kini.

Akhir sekali, melalui etika yang dipamerkan oleh Saad ibn Abi Waqqas, terdapat

pelbagai bentuk etika yang amat penting untuk masyarakat pada masa kini amalkan.

Manakan tidak, Saad adalah merupakan antara 10 sahabat yang dijanjikan syurga baginya

oleh bgainda SAW semasa hayatnya lagi. Oleh hal yang demikian, mengikuti etika yang

diamalkan oleh Saad ibn Abi Waqqas juga seumpama mencontohi peribadi ahli syurga.

6.0 BIBLIOGRAFI

Abd Al-Wahab, (1991), Al-Akhlaq Al-Islamiah, al-Rabat : ISESCO.

Abd al-Qadir Ahmad, (1961), Sa`d ibn Abi Waqqas, al-Qahirah : Dar al-Qalam.

Abdul Latip Talib, (2012), Saad Abu Waqas, Selangor : PTS Litera Utama.

Abdurrahman Raf’at al-Basya, (2005), Sosok Para Sahabat Nabi, Shuwar min Hayat ash-

Shahabat (terj.), Jakarta : Qisthi Press.

Page 23: Etika Islam : Saad ibn Abi Waqqas

21

Ali Amrullah & Muhammad Hadimi, (1998), Ethics of Islam, Istanbul : Hakikat Bookstore.

Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, (2008), Apa Itu Islam, Selangor : PTS Islamika.

Jamaluddin Al-Maqdissi, (2006), Mahd Al-Khalas Fi Manaqib Saad bin Abi Waqqas, Beirut :

Dar Al Bashaer.

Mardzelah Makhsin, (2006), Sains Pemikiran & Etika, Kuala Lumpur : PTS Professional.

M. Tata Taufik, (2013), Dakwah Era Digital Seri Komunikasi Islam, Jawa Barat : Pustaka

Al-Ikhlash.

Mohd. Ismail Mustari, (2005), Menjadi Belia Cemerlang, Kuala Lumpur : PTS Professional

Publishing.

Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi, (2013), Sejarah Kehidupan Para Sahabat Rasulullah,

Hayatus Sahabah (terj.), Kuala Lumpur : Kalang Book Centre.

Muhd. Najib Abdul Kadir, Mabruri Mohammad Sai & Latifah Abdul Majid, (2013),

Metodologi Dakwah Kepada Ibu Bapa Bukan Muslim Berdasarkan Kisah Nabi Ibrahim AS,

ISLAMIYYAT 35(2): 57 – 66.

Musthafa Kamal Pasha, (2002), Qalbun – Salim Hiasan Hidup Muslim Terpuji, Jogjakarta :

Citra Karsa Mandiri.

Noura Durkee, (1999), Those Promised Paradise: Stories of The Sahabah, Chicago : IQRA'

International Educational Foundation.

Rafik Beekun & Jamal Badawi, (1999), The Leadership Process In Islam,

http://makkah.files.wordpress.com/2006/11/ldrpro.pdf.

Shabir Abdouh, (1976), Sa'ad bin Abi Waqqash Penakluk Istana Putih-Persia, Jakarta :

Bulan Bintang.

Page 24: Etika Islam : Saad ibn Abi Waqqas

22

Yusuf al-Qaradhawi, (2002), Fatwa-Fatwa Kontemporer, Hadyul Islam Fatawi Mu’ashirah

(terj.), Kuwait : Darul Qalam.