etika kerja bukti keimanan

51
01 Mei 2015M / 12 Rejab 1436H 1

Upload: kamal-samat

Post on 11-Nov-2015

246 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

vitae

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

01 Mei 2015M / 12 Rejab 1436H1

1Pujian Kepada Allah S.W.T. :2

Firman Allah S.W.T. :

3Syahadah :4

Selawat :5

Pesanan Takwa :6

Daripada azab api nerakaBersegera melakukan segala suruhan dan perintahNya Menolak jauh sama sekali segala larangan dan tegahanNya.Mudah-mudahan kita dipelihara oleh Allah SWT Marilah kita terus istiqamah meningkatkan ketaqwaan7

Tajuk Khutbah :8Pekerja yang ditangkap oleh majikan akibat berada di luar pejabat bagi urusan peribadi pada waktu kerja bukanlah satu perkara yang mengejutkanAdakah pengorbanan itu berbaloi dan mempunyai nilai di sisi Allah SWT? Sering berlaku di sektor awam mahupun swastaMalahKita mungkin mampu untuk bekerja selama 8 jam tanpa henti, menyiapkan tugasan 24jam sehari dan mengorbankan hujung minggu di tempat kerja sendiri9Kerja yang pada asalnya terpaksa dilakukan semata-mata kerana memenuhi tuntutan keperluan hidupJika dicanai dengan acuan Islam yang sebenar akan mampu menjadi pemangkin meningkatkan iman dan ketaqwaanBoleh diubah menjadi ibadahHakikatnya, kerja yang mungkin selama ini dilakukan dalam terpaksa dan mengundang padah10Tanpa melihat kepada kedudukan dan pangkat yang dimiliki mahupun jumlah gaji yang diberiBegitu jugalah pekerja perlu amanah terhadap Allah dan majikannyaSebagaimana majikan mempunyai amanah yang perlu ditunaikan terhadap Allah dan pekerjanyaKerja yang kita lakukan saban hari merupakan satu amanah dari Allah SWT 11Hadis : Daripada Anas bin Malik RA, Rasulullah SAW bersabda : Tidak beriman bagi sesiapa yang tidak amanah.

(Riwayat Imam Ahmad) 12Perintah ini wajib sebagaimana perintah-perintah wajib yang lain Seperti solat, puasa dan zakatAmanah adalah cabang keimananSebaliknya orang tidak amanah itu mencerminkan kelemahan imannyaSeseorang yang beriman pasti mempunyai sifat amanahJelaslah bahawa amanah adalah satu kewajipan yang mesti ditunaikan13Sering kita dengar rungutanAhhh bukan naik pangkat pun kalau kerja rajin-rajin,Alaaa gaji macam tu juga kalau kerja bagai nak rak 14Kerja yang dilakukan itu terlalu mengharapkan sesuatu sebagai balasan Bukan semata-mata kerana Allah SWTTidak salah untuk menerima gaji atau imbuhan atas kerja yang dilakukan, namun perlu diteliti adakah bayaran itu setimpal dengan apa yang kita sumbangkan? 15Bagaikan langit dengan bumiNabi Musa AS mengusahakan tanaman dan ternakan dengan penuh dedikasi dan ikhlas tanpa mengharapkan balasanJika hendak dibandingkan ketinggian ikhlas Nabi Musa AS dengan kita di saat baginda ditawarkan untuk berkhidmat dengan Nabi Syuaib ASSepanjang tempoh 8 tahun tersebut16Firman Allah SWT :Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadah kepadaNya.

(Surah Az-Zumar : Ayat 11)

17Kerja itu adalah satu ibadah yang dijanjikan pahala oleh Allah SWT dengan syarat kerja tersebut dilakukan dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan imbuhan keduniaanDunia akan mengejar kitaKejarlah redha Allah

18Dalam sehari, kita diperuntukkan selama 8 hingga 9 jam untuk bekerjaNamun sedarkah kita,Dalam tempoh tersebut pelbagai urusan bersifat peribadi yang kita lakukan secara sedar mahupun tidakMelayari internet yang tidak berkaitan dengan kerja, menjawab panggilan telefon selain urusan kerja, berbual dengan rakan tentang isu semasa, berlama-lama di kantin dan sebagainyaSememangnya kita tidak boleh lari dari urusan-urusan tersebut19Wajarkah urusan-urusan tersebut dalam waktu bekerja? Ia bukan sekadar menjejaskan kualiti dan kuantiti kerja yang dilakukanPerbuatan khianat terhadap kerja inilah yang menjadi duri dalam dagingTetapi juga membuka ruang menyusutkan iman yang semakin lemah di dalam jiwa20Firman Allah SWT :(Surah At-Taubah : Ayat 105)

21Maksud Ayat :Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".22Seorang pekerja yang terbilang belum tentu mampu untuk menjadi muslim yang cemerlangMenjunjung semangat iqtan dengan melakukan sesuatu kerja Penuh beretika, integriti dan professional perlu disuburkan menjadi budayaSeorang muslim yang sejati pasti akan menjadi pekerja yang beretika dan cemerlang23Firman Allah SWT :Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: "Wahai ayah, ambilah dia menjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah".

(Surah Al-Qasas : Ayat 26)

24Semangat itqan ini bukan hanya terpakai kepada mereka yang bekerja di pejabatKekuatan nabi Musa AS yang dimaksudkan adalah merangkumi nilai beretika, berintegriti dan professionalSeorang petugas kebersihan yang menyapu sampah sehingga bersih walau apapun kotoran di hadapannya tanpa mengenal jerih adalah seorang pekerja yang itqan dan gigih25atau...Bersempena dengan Hari Pekerja tahun iniTepuklah dada tanyalah imanKita wajar bertanya kepada diri sendiri : Hari esok lebih baik dari hari ini Hanyut dengan kelekaan hari iniJadikanlah sambutan Hari Pekerja ini sebagai titik permulaan untuk kita berubah Menjadi pekerja yang beriman, yang menjadi kebanggaan agama26Kesimpulan :Pertama : Pekerjaan biasa yang dilakukan dengan niat kerana Allah SWT dan disulami sifat amanah ketika bekerja akan menjadikan kerja tersebut luar biasa di samping meningkatkan taqwa dan keimananKedua : Ikhlaskanlah hati. Keikhlasan dalam bekerja dapat mengubah permasalahan kepada penyelesaian, tekanan kepada ketenangan dan kekusutan kepada keredhaan dan keimananKetiga : Semai dan suburkanlah semangat itqan dalam kerja yang diamanahkan pada kita. Bekerjalah untuk dunia seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya dan beramallah untuk akhirat ibarat kematian akan menjemput kita pada hari esok27Firman Allah S.W.T. :(Surah Al-Muminun : Ayat 1-5)

28Maksud Ayat :Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu.Dan mereka yang menjaga kehormatannya.29Penutup :30

Segala puji-pujian hanya bagi Allah S.W.T.

Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah yang Maha Esa. Aku juga bersaksi bahawa Nabi Muhammad S.A.W. adalah hambaNya dan rasul-Nya

Bertakwalah kepada Allah S.W.T. dan bersama-samalah dengan orang-orang yang benar

Dan peliharalah ketaatan dan kehadiran Jumaat bersama orang-orang yang menunaikan solat

(Surah Al-Ahzab : Ayat 56)

Ya Allah, kurniakanlah keredaan kepada empat orang khulafa ar-Rasyidin Saidina Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali. Isteri-isteri Nabi yang suci, ahli keluarga, seluruh sahabat serta para tabiin. Juga, redailah kami sekalian wahai Tuhan Yang Maha Penyayang. . .

Ya Allah, ampunkanlah dosa golongan muslimin dan muslimat, sama ada yang masih hidup atau yang telah mati

Ya Allah anugerahkanlah rahmat ke atas Raja-raja kami dan pemimpin-pemimpin kami yang melaksanakan kebenaran dan menegakkan keadilan

42

43

YA ALLAH, LANJUTKANLAH USIA BAGINDA BERDUA DEMI KEBAIKAN SELURUH RAKYAT DAN NEGARA SERTA SEMPURNAKANLAH SEGALA HAJAT BAGINDA BERDUA DI BAWAH PETUNJUK DAN PIMPINANMU

Ya Allah jadikanlah Malaysia dan seluruh negara kaum Muslimin dalam keadaan aman dan damai, wahai Tuhan Yang Melimpahkan Rahmat terhadap hambaNya Ya Allah bantulah orang-orang yang membantu agama dan janganlah Engkau bantu orang-orang yang tidak membantu orang Islam, dan tinggikanlah kalimahMu sehingga hari kiamat, dan hancurkanlah musuh-musuhMu dan musuh-musuh Islam Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, kami bersyukur di atas segala nikmat dan rahmat yang Engkau kurniakan, berilah hidayah dan petunjuk kepada kami dan pemimpin-pemimpin kami, kukuhkanlah perpaduan antara kami, satukanlah hati-hati kami di atas jalan-Mu.Permudahkanlah segala urusan kami, tambahkanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan akhlak yang mulia, pimpinlah kami ke jalan yang Engkau redhai, teguhkanlah iman kami dalam menempuhi segala mihnah dan ujian-Mu, kekalkanlah keimanan kami dan kesejahteraan negeri kami Wilayah Persekutuan yang aman dan makmur.

Ya Tuhan kami, janganlah engkau mengubah hati kami selepas Engkau memberi hidayah kepada kami dan kurniakanlah kami rahmat di sisiMu sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi

Ya Allah, Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami dengan kebaikan di dunia dan di akhirat, serta jauhilah kami daripada azab api neraka.

51