esei

4
Pada masa kini, komputer bukan sahaja menyampaikan maklumat melalui teks sahaja. Terdapat bentuk grafik, ilustrasi pegun, dan gambar-gambar bergerak serta kesan bunyi yang disampaikan bersama-sama teks melalui komputer multimedia yang memaklumkan sesuatu perkara dengan jelas. Bentuk grafik, ilustrasi pegun dan gambar yang bergerak serta kesan bunyi disampaikan dengan menggunakan komputer grafik yang dilengkapi dengan perkakasan (hardware) dan perisian (software) multimedia. Perkataan 'multimedia adalah gabungan dua perkataan iaitu 'multi' yang merujuk kepada maksud banyak atau pelbagai, manakala media merujuk kepada 'medium atau alat atau bahan. Multimedia merupakan proses komunikasi interaktif berasaskan teknologi komputer yang menggabungkan penggunaan unsur media digital seperti teks, audio, grafik, animasi dan video untuk menyampaikan maklumat. Multimedia juga boleh merujuk kepada penggunaan teknologi komputer untuk mencipta, menyimpan dan menggunakan kandungan multimedia. Penggunaan persembahan multimedia mempunyai impak yang besar dalam sesebuah organisasi. Pereka bentuk visual mampu mewujukan suasana pegun dan berinformatif. Pembangunan multimedia memerlukan sisitem komputer yang dapat menghasilkan grafik, audio, video dan animasi disamping alat-alat seperti pengimbas, pembesar suara, kad bunyi, kad video dan CD Rom. Penyataan daripada F. Hofstetter, Multimedia Literacy (1995) ialah “Multimedia is the use of a computer to present and combine text, graphics, audio and video with links and tools that let the user navigate, interact, create and communicate.

Upload: cezy-shie

Post on 25-Sep-2015

24 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

vv

TRANSCRIPT

Pada masa kini, komputer bukan sahaja menyampaikan maklumat melalui teks sahaja. Terdapat bentuk grafik, ilustrasi pegun, dan gambar-gambar bergerak serta kesan bunyi yang disampaikan bersama-sama teks melalui komputer multimedia yang memaklumkan sesuatu perkara dengan jelas. Bentuk grafik, ilustrasi pegun dan gambar yang bergerak serta kesan bunyi disampaikan dengan menggunakan komputer grafik yang dilengkapi dengan perkakasan (hardware) dan perisian (software) multimedia.Perkataan 'multimedia adalah gabungan dua perkataan iaitu 'multi' yang merujuk kepada maksud banyak atau pelbagai, manakala media merujuk kepada 'medium atau alat atau bahan. Multimedia merupakan proses komunikasi interaktif berasaskan teknologi komputer yang menggabungkan penggunaan unsur media digital seperti teks, audio, grafik, animasi dan video untuk menyampaikan maklumat. Multimedia juga boleh merujuk kepada penggunaan teknologi komputer untuk mencipta, menyimpan dan menggunakan kandungan multimedia. Penggunaan persembahan multimedia mempunyai impak yang besar dalam sesebuah organisasi. Pereka bentuk visual mampu mewujukan suasana pegun dan berinformatif. Pembangunan multimedia memerlukan sisitem komputer yang dapat menghasilkan grafik, audio, video dan animasi disamping alat-alat seperti pengimbas, pembesar suara, kad bunyi, kad video dan CD Rom. Penyataan daripada F. Hofstetter, Multimedia Literacy (1995) ialah Multimedia is the use of a computer to present and combine text, graphics, audio and video with links and tools that let the user navigate, interact, create and communicate.Antara 4 sifat multimedia ialah maklumat dipersembahkan melalui komputer di mana pengguna boleh melihat, mendengar, boleh bertindakbalas dan mengawal persembahan maklumat tersebut. Tanpa sifat ini, ia dikatakan bersifat Polymedia atau Mixed Media. Polymedia merupakan persembahan maklumat tanpa dikawal oleh sistem komputer. Tetapi ia terdiri daripada gabungan beberapa peralatan bantuan media seperti siaran TV, radio, buku teks dan sebagainya. Produk multimedia mestilah mempunyai hubungan (Links). Ia membenarkan pengguna bergerak daripada satu antaramuka ke satu antaramuka yang lain pada bila-bila masa dengan dibantu oleh struktur dan dimensinya yang tersendiri. Tanpa sifat ini, ialebih menyerupai persembahan maklumat di dalam sebuah buku. Produk multimedia mestilah mempunyai sifat Navigasi (Navigation Tools), di mana navigasi merupakan sebarang ikon, butang, hot spot atau peralatan yang aktif. Aktif di sini bermaksud ikon ataupun butang tersebut berupaya untuk menghubungkan pengguna dalam produk multimedia tersebut(contoh halaman web). Cara persembahan maklumat bersifat interaktif. Di mana pengguna boleh berinteraksi dan mengawal persembahan maklumat tersebut. Tanpa sifat ini, ia lebih merupakan persembahan tanpa interaksi seperti TV. Konsep multimedia ialah interaktiviti. Interaktiviti merupakan elemen Multimedia yang dianggap sebagai jantung kepada aplikasi multimedia. Interaktiviti ini juga dikenali sebagai multimedia tidak linear. Ciri interaktiviti ini telah menjadikan multimedia lebih popular berbanding komponen media yang lain.Manakala, definisi seni digital (Digital Art) adalah istilah umum untuk pelbagai karya seni dan amalan yang menggunakan teknologi digital sebagai sebahagian penting dari kreatif atau proses persembahan. Sejak tahun 1970, pelbagai nama telah digunakan untuk menggambarkan proses termasuk seni komputer dan seni multimedia, dan digital art itu sendiri diletakkan di bawah payung besar istilah seni media baru. Kesan dari teknologi digital telah mengubah aktiviti seperti lukisan, gambar dan patung, sementara bentuk- bentuk baru, seperti seni di internet, seni pemasangan digital, dan virtual reality, telah diakui menjadi amalan seni.Seniman digital lebih umumnya sebagai istilah untuk menggambarkan seorang seniman digital (digital artist) yang memanfaatkan teknologi digital dalam pengeluaran karya seni. Dalam pengertian yang diperluas, "seni digital" adalah istilah yang digunakan untuk seni kontemporari yang menggunakan kaedah pengeluaran massa atau media digital.Selain itu, fokus Sutherland pada masa itu adalah bagaimana mendayakan kemampuan komputer sedemikian rupa, sehingga pada sampai satu konsep beliau dapat menghasilkan sesuatu yang mirip visual. Seperti ,bagaimana gambar sebenar dapat dibuat dalam komputer. Sutherland menggunakan kebijaksanaan otaknya bagaimana komputer dapat menghasilkan rangkaian-rangkaian bit yang menghasilkan grafik dalam komputer, dapat meniru dunia nyata sebagaimana yang wujud. Termasuklah bayangan (shadow), pantulan (reflection), pembiasan (refraction) dan permukaan-permukaan tertutup.Teknik pengeluaran Digital di media visual ialah teknik-teknik seni digital yang digunakan secara meluas oleh media arus perdana dalam membuat iklan, dan pembuat filem untuk menghasilkan kesan khas yang diperlukan. Fotografi digital dan pemprosesan gambar dapat dilihat dari penghasilan lukisan digital pelukis-pelukis terkenal. Karya seniman yang menghasilkan lukisan digital dan digital printmakers mulai mencari penerimaan, sebagaimana meningkatnya kemampuan dan kualiti. Disamping itu, sni digital menyediakan warga pendidik seni visual dalam menghadapi perkembangan ICT masa kini dan akan datang. Ia juga menyediakan murid dengan pengetahuan seni digital yang telah menjadi salah satu jurusan yang diminati serta kompetitif di IPT. Seni digital boleh dijadikan sebagai satu tarikan serta salah satu cara penyelesaian masalah seni reka dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual yang lebih mudah, pantas dan berkesan.