esei

Upload: mohammadzulhusni

Post on 17-Jul-2015

4.342 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

1.0 PengenalanSebelum kemerdekaan, Tanah Melayu diperintah secara berasingan oleh British, iaitu Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB), Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) dan Negeri-negeri Selat (NNS). Ketiga-tiga bentuk pentadbiran ini diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Seterusnya timbul desakan daripada penduduk-penduduk

tempatan agar British memberi peluang kepada orang tempatan menyertai Majlis Perundangan Persekutuan (MPP). Oleh itu, Sistem Ahli telah diperkenalkan dan diikuti dengan pengenalan pilihanraya Bandaran Pulau Pinang pada tahun 1951 dan Kuala Lumpur pada tahun 1952. Dalam hal ini, parti yang menang akan meletakkan wakil menyertai Majlis Perundangan Persekutuan yang menyerupai kabinet. Ini menandakan permulaan sistem pemerintahan demokrasi berbentuk barat dalam pentadbiran Tanah Melayu sehingga negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

1.1 Konsep Demokrasi Istilah Demokrasi berasal daripada perkataan Greek, iaitu demos dan kratos. Demos bermaksud rakyat dan kratos bermaksud pemerintahan. Konsep demokrasi dikatakan telah diasaskan oleh kerajaan Greek Purba( abad ke-4 M). konsep demokrasi ini dikembangkan pula oleh beberapa orang cendiakawan Greek seperti Socrates,Plato, Aristotle dan Pericles. Pada hakikatnya, sebelum wujudnya konsep demokrasi, beberapa negara telah mengamalkan sistem monarki/beraja, tetapi pada zaman Renaissance (1400-1600 T.M), konsep demokrasi telah diamalkan semula memandangkan sistem monarki bersifat menindas. Pada abd ke-19 dan 20, terbentuk pula demokrasi corak moden. Keadaan ini disebabkan berlakunya perkembangan teknologi yang akhirnya mengubah corak ekonomi, politik dan social. Apa yang lebih penting ialah masalah penyalahgunaan kuasa oleh golongan pemerintah tradisional. Jesteru, terbentuk pula demokrasi bercorak moden di mana Robert A, Dahl mendefinisikan demokrasi bercorak moden yang terbentuk pada hari ini sebagai suatu sistem politik yang memberikan ruang dan hak kepada rakyat untuk membuat keputusan.1

2.0 Demokrasi Berparlimen MalaysiaSemenjak mencapai kemerdekaan, Malaysia telah memilih pemerintahan berlandaskan demokrasi berparlimen dengan raja berperlembagaan. Yang di-Pertuan Agong ialah ketua negara Malaysia di mana bidang kuasa baginda ditetapkan oleh perlembagaan dan undang-undang. Perdana Menteri dan kabinetnya menjalankan kuasa politik atas nama Yang di-Pertuan Agong. Rakyat pula memilih ahli dewan perwakilan melalui pilihanraya dan kemenangan majoriti dalam parti politik akan menentukan jawatan Perdana Menteri. Perlembagaan Persekutuan menjadi garis panduan pemerintahan dan proses pentadbiran. Malaysia mempunyai sebuah Parlimen, terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Anggota-anggota Dewan Rakyat dipilih melalui pilihan raya umum untuk mewakili kawasan pilihanraya masing-masing. Parlimen ini berfungsi membuat undangundang atau akta, dan juga mengawasi dan mengawal perbelanjaan awam atau kerajaan. Ahli Parlimen juga ialah ahli-ahli eksekutif.

Anggota-anggota Dewan Negara dilantik untuk mewakili negeri-negeri serta parti-parti yang berkuasa di sana, golongan kepentingan (seperti ahli professional, pedagang dan pemimpin masyarakat dan kebudayaan) dan golongan minoriti tertentu. Pada umumnya Dewan Negara berperanan lebih kurang sebagai dewan penasihat untuk meluluskan sahaja keputusan-keputusan yang dibuat oleh Dewan Rakyat.1

a) Pilihanraya Umum Seperti telah dinyatakan, untuk melantik wakil rakyat ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri.2 maka pilihan raya diadakan. Secara tradisinya ia diadakan antara empat hingga 2 lima tahun sekali. Wakil rakyat dipilih atas dasar kawasan pilihan raya,iaitu mengikut cara yang diamalkan di Britain. Seorang wakil rakyat akan terpilih apabilan dia mendapat undi majoriti di kawasan pilihan raya yang ditandingnya. Umpamanya,pada tahun 1990 dan 1995 parti-parti politik yang bergabung di bawah Barisan Nasional hanya mempeoleh kira-kira 52 dan 65 peratus undi, tetapi ia tetap1 2

Dewan Rakyat dikenali sebagai cabinet manakalaDewan Negara juga dikenali sebagai Dewan Senat. Dewan Undangan Negeri adalah Dewan Undangan Kerajaan Negeri.

2

dianggap menguasai majoriti melebihi dua pertiga kerusi.3 Dengan ini, rakyat diberi hak dan kebebasan memilih wakil-wakil untuk memerintah sama ada di peringkat pusat atau negeri.

b) Doktrin Pengasingan Kuasa Doktrin pengasingan kuasa ialah pembahagian kuasa kepada tiga badan yang bebas, iaitu Badan Perundangan (legislature), Badan Kehakiman (judiciary) dan Badan Pengurusan atau Eksekutif (executive). Biasanya ketiga-tiga badan ini mempunyai peranan mengawal dan mengimbang (check and balance) dalam pemerintahan. Badan Kehakiman terdiri daripada Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan,Mahkamah Tinggi, dan Mahkamah-mahkamah Rendah. Badan tersebut berfungsi untuk mengadil tindakan-tindakan sivil, mengadili pendakwaan jenayah, mendengar rayuan

dariMahkamah bawahan, membuat dikri hal ehwal keluarga (perceraian, nafkah dll), pengurusan pusaka, mengeluar waran tangkap, mentafsir undang-undang dan sebagainya mengikut Perkara 121-131A Perlembagaan Persekutuan. Badan Perundangan iaitu Parlimen Malaysia diperuntukkan kuasa membuat undang-undang mengikut Perkara 4468, Perlembagaan Persekutuan. Kuasa tersebut terletakkepada Yang di-Pertuan Agong dan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang membentukParlimen. Badan Eksekutif iaitu Jemaah Menteri membuat keputusan mengenai polisi,pemeriksaan, penyiasatan, pengeluaran lesen, membuat instrumen perundangan danundang-undang kecil, serta membuat pembangunan, dan sebagainya mengikut Perkara 39 43C Perlembagaan Persekutuan.

Terdapat ciri-ciri saling kebergantungan secara relatif antara ketiga-tiga badan. Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Negara yang berkuasa dalam Badan Perundangan, Badan Eksekutif, dan BadanKehakiman. Kedua, Perdana Menteri dan kabinetnya melaksanakan fungsi eksekutif di samping menjadi ahli Parlimen yang terlibat dalam

3

Lihat dalam Mohd. Azizuddin Mohd. Sani. 2002. Hak Asasi & Hak Bersuara Menurut Pandangan Islam dan

Barat. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

3

membuat dan menggubal undang-undang. Ciri yang ketiga, Peguam Negara turut diberi kuasa istimewa oleh parlimen dalam hal-ehwal pemerintahan dan perundangan. Dalam temuramah bekas Perdana Menteri Tun Mahathir bin Mohamad dengan Cable News Network (CNN) pada 2September 1997,(1997:7) beliau banyak menjelaskan proses demokrasi yang diamalkan oleh Malaysia hanya berkait rapat dengan proses pilihanraya yang dipratikkan 5 tahun sekali, "Prinsip demokrasi diamalkan di Malaysia. Ini kerana rakyat yang memilih kerajaan dan kehadiran kami adalah kerana sokongan rakyat. Jika rakyat tidak menyukai kami, mereka boleh mengetepikan kami. Namun rakyat telah menunjukkan sokongan kepada kami dalam pelbagai cara dan kami rasakan ini (sokongan rakyat) adalah bukti demokrasi.

Yang nyata ialah sesetengah rakyat tidak bersetuju (satu ketidakpersetujuan yang minoriti) tidak menunjukkan bahawa kami tidak demokratik. Kami percaya kepada demokrasi dan kami mengamalkan demokrasi." Maka jelaslah beliau mempunyai tanggapannya sendiri berkenaan demokrasi yang harus diamalkan di Malaysia. Bagi beliau Malaysia tidak harus mengamalkan demokrasi seperti mana yang diamalkan di negara-negara Barat kerana pegangan nilai masyarakat Malaysia yang berlainan mengenai pentingnya setiap majoriti rakyat mendapat haknya yang terbaik dan seterusnya menjamin berlakunya kestabilan politik.4

c) Isu-isu Pelaksanaan Salah satu ciri penting Demokrasi iaitu parlimen sebagai badan perbahasan semakin merosot. Parlimen tidak memberikan pertimbangan yang sewajarnya terhadap cadangan undang-undang yang dikemukakan oleh pihak pembangkang. Prosedur parlimen memberi kuasa kepada Speaker parlimen untuk menggantung ahli parlimen, menyekat dari bertanya soalan, menyunting ucapan bertulis ahli sebelum disampaikan, dan banyak mengehadkan peluang ahli untuk menyoal dan membahaskan dasar-dasar kerajaan.4

ihat dalam Jurnal Alexa The Web Information Company

4

Persoalan timbul apabila bentuk demokrasi yang diamalkan di Malaysia dilihat memberikan kuasa dominan kepada Badan Eksekutif.International Bar Association (IBA), Centre for the Independence of Fudges and Lawyers of the International Commission of Furists (CIFL), the Commonwealth Lawyers' Association (CLA), dan Union Internationale des Avocats (UIA) menghantar suatu misi pada 17 hingga 27 April 1999 untuk menyiasat mengenai kedudukan kebebasan kehakiman di Malaysia. Keputusan yang diperoleh ialah Perlembagaan Persekutuan membatasi hak-hak yangpenting dan menafikan kajian semula kehakiman tindakan badan eksekutif. Namummasalah utama yang dihadapi ialah tindakan badan eksekutif yang tidak mengikut elemen-elemen masyarakat demokratik yang mengikut undang-undang serta menggugat konsep pengasingan kuasa yang diamalkan. (IBA 2000:74&77)5

Isu klip video "Lingam" pada tahun 2007 mendedahkan kepincangan badan kehakiman. Klip video ini dikatakan mengandungi perbualan telefon antara seorang peguam terkemuka, Datuk V.K. Lingam dan seorang hakim kanan bagi mengatur perlantikan hakim-hakim di Malaysia pada 2002. Bekas Perdana Menteri Mahathir, Setiausaha Agung Tengku Adnan, dan bekas Hakim Negara Eusoff Chin, antaranya yang terlibat dalam memanipulasikan perlantikan kehakiman dan bersalah dalam

mempengarahi kenaikan pangkat hakim-hakim. Pada 22 Mei, Peguam Negara telah mengumumkan bahawa pejabatnya akan menyiasat dakwaan-dakwaan tersebut tetapi sehingga hujung tahun masih tiada kemajuan yang diperolehi daripada siasatan tersebut. Selain itu, kebebasan sistem Suruhanjaya Pilihanraya telah dipertikaikan apabila kepincanganberlaku pada pilihanraya 2004 dimana terlalu banyak nama pengundihilang, tetapi nama-nama pengundi yangtelah meninggal dunia pula muncul dan terdapat orang yang mengguna nama tersebut untuk mengundi.

5

Lihat dalam Mohd. Azizuddin Mohd. Sani. 2002. Hak Asasi & Hak Bersuara Menurut Pandangan Islam dan Barat

5

3.0 Perkembangan Kebebasan Asasi di Malaysia

Undang-undang di semua negara demokratik akan menyelitkan peruntukan mengenai hakasasi manusia bagi rakyatnya. Maka kewujudan hak asasi manusia (Kamal Halili Hassan1990:3) untuk memberikan dan mengiktirafkan hak seseorang dan menjaminketenteraman dan keharmonian masyarakat.Perlembagaan Persekutuan 1957 ialah prinsip pemerintahan yang menjamin kebebasanrakyat iaitu Kebebasan Asasi terkandung dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan(1999) termasuklah Kebebasan diri dan nyawa (Perkara 5), Larangan Kerja paksa danpengabdian (Perkara 6), Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuatkuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang (Perkara 7), Kesamarataan di sisi undang-undang (Perkara 8), Larangan dibuang negeri dan kebebasan bergerak dalam Persekutuan (Perkara 9), Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan (Perkara 10),

Kebebasan beragama (Perkara 11), Hak yang sama dalam pelajaran (Perkara 12), dan Hak ke atas harta (Perkara 13).

Dalam konteks Malaysia, perkembangan hak asasi manusia telah bermula sebelum zamanmenentang penjajahan asing. Islam telah membawa perubahan nilai dan amalan yang bercorak keislaman yang dilihat mampu mempertingkatkan tahap hak asasi manusia pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka.Selepas Perjanjian Pangkor tahun 1874, British telah memperkenalkan pemerintahan berasaskan undang-undang atau 'rule of law', sistem kehakiman dan prinsip hak kebebasan individu, yang mengembangkan idea-idea demokrasi. Misalnya Perlembagaan Johor 1908 (Pindaan) memperkenalkan beberapa elemen hak asasi manusia seperti hak mendapatkan perbicaraan (Artikel 1), Kebebasan kehakiman (Artikel 2), rayuan perbicaraan semula (Artikel 3), pemerintahanSultan secara adil dan berasaskan undang-undang (Artikel 4) dan hak mendapat gaji yang disahkan oleh mahkamah undamg-undamg (Artikel 5). (Cheah Boon Kheng 2001:62).

Selepas menjadi anggota PBB, maka perkara-perkara yang terkandung dalam Piagam PBB perlu dipatuhi terutamanya melalui Artikel I(3) yang menjelaskan berkenaan hak asasi manusia. Artikel I(3) menjelaskan, Untuk mencapai kerjasama6

antarabangsa dalam menyelesaikan masalah antarabangsa dari segi ekonomi, sosial, budaya, dan kemanusiaan dalam mempromosikan dan menggalakkan rasa hormat terhadap hak asasi manusia dan kebebasan asas bagi semua tanpa membezakan ras, jantina, bahasa, ataupun agama." (Martin et al 1997:2) Meskipun begitu, Malaysia masih belum menerima pakai resolusi DeklarasiSejagat Hak Asasi Manusia 1948 walaupun telah menjadi anggota PBB. (Rais Yatim 1999:103)6

Namun Malaysia mengiktiraf undang-undang antarabangsa berkenaan hak asasi manusia iaitu Supplementary Convention on the Abolition ofSlavery, theSlave Trade, and Institutions and PracticesSimilar toSlavery pada 18 November 1957 dan Convention on the Nationality of Married Women pada 24 Februari 1959 (SUHAKAM 2001b:40). Ini menjelaskan Malaysia menerima kesejagatan hak asasi manusia pada peringkat awalnya hanya di atas dasar kepentingan sebuah negara baru yang memerlukan pengiktirafan dunia.7

4.0

Batasan Hak Asasi Manusia di Malaysia 4.1 Kebebasan Bersuara

Kebebasan Bersuara berkait rapat dengan Kebebasan Media. Kebebasan bersuara bermaksud bebas untuk menyuarakan apa sahaja pendapat, samada melalui lisan mahupun tulisan. Orang ramai juga perlu menjaga sensitiviti terutamanya persoalan hak istimewa Melayu, kerakyatan jus soli, ketuanan Melayu dan isu-isu keagamaan. Isu-isu ini amat sensitif dan mudah mencetuskan konflik perkauman. Lantaran itu Kebebasan media massa dikawal oleh Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 untuk mencegah orangramai dari mempermain-mainkan isu-isu yang dinyatakan tadi.10

6

PBB ialah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Matlamat-matlamat utamanya, sebagaimana yangditetapkan dalam piagam PBB, adalah untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat,menegaskan hak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia. 7 Lihat dalam Mohd. Azizuddin Mohd. Sani. 2002. Hak Asasi & Hak Bersuara Menurut Pandangan Islam dan Barat.

7

Dari segi Indeks Kebebasan Akhbar 2008 , Malaysia jatuh ke kedudukan 132 daripada 173 negara. Penilaian ini diberikan oleh Wartawan TanpaSempadan (RSF) yang berpangkalan di Paris, Perancis.8Menurut kerajaan, sekatan yang dikenakan terhadap pihak media bertujuan memelihara keselamatan negara, ketenteraman awam, dan hubungan baik dengan negara-negara lain. Stesen-stesen televisyen juga menapis siaran masing-masing selaras dengan garis panduan kerajaan. Kerajaan telah menyekat atau mengharamkan beberapa buah akhbar dan majalah asing, iaitu akhbar Tamil Makkal Osai, Mingguan Kristian The Herald, Malaysia Nanban, Guangming D11aily, Watan, Mingguan Bumi, Harakah, dan sebagainya. Kerajaan mempunyai senarai hitam yang menyenaraikan nama-nama penghibur, ahli- ahli politik, dan para pemimpin agama tempatan dan luar negara yang tidak dibenarkan muncul dalam siaran televisyen atau radio. Pihak kerajaan juga akan menyekat komen atau penerbitan, termasuk buku, jika dianggap boleh menjejaskan keharmonian antara kaum atau agama. Walaupun tiada sekatan yang dikenakan terhadap capaian Internet oleh kerajaan, namun pada tahun ini pihak kerajaan telah menghalang capaian kepada beberapa buah laman web dan menahan beberapa pemblog terkemuka kerana menerbitkan komen-komen yang mengkritik kerajaan. Akta Hasutan telah menyebabkan berlakunya penapisan sendiri oleh beberapa sumber kandungan Internet tempatan seperti penulis blog, penyedia berita Internet, dan para aktivis NGO. Akta Komunikasi dan Multimedia mensyaratkan supaya penyedia khidmat Internet dan rangkaian tertentu mendapatkan lesen. Akta ini membenarkan hukuman dikenakan terhadap pemilik sesebuah laman web atau blog kerana membenarkan penerbitan kandungan yang bersifat perkauman, keagamaan atau politik yang dianggap oleh mahkamah sebagai fitnah.9

8 9

Lihat Wikipedia Bahasa Melayu, Kebebasan akhbar. Lihat jurnal Alexa The Web Information Company.

8

4.2 Kebebasan Berhimpun Secara Aman dan Kebebasan Berpersatuan

Ordinan Ketenteraman Awam boleh mengehadkan perhimpunan awam yang boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam, manakala Akta Polis mewajibkan permit polis diperolehi sebelum perhimpunan awam dirancang kecuali para pekerja yang berpiket. Kedua-dua undang-undang ini telah menyekat kebebasan berhimpun. Pada 9 November 2007, pihak polis telah menahan 23 individu semasa perhimpunan yang diadakan untuk memperingati ulang tahun pertama bantahan HINDRAF 2007 kerana kumpulan tersebut tidak mendapatkan permit. Pada hujung tahun, kes-kes untuk 31 orang penunjuk perasaan HINDRAF, sembilan orang yang ditahan kerana menyertai perhimpunan Hari Hak Asasi Manusia 2007.

Mengenai Kebebasan Berpersatuan pula, organisasi masyarakat sivil dan hak asasi manusia menyatakan bahawa mereka sukar mendapatkan pengiktirafan sebagai badanNNGO daripada pihak kerajaan. Oleh itu, sesetengah NGO didaftarkan sebagai syarikat dan keadaan ini telah menimbulkan masalah undang-undang serta birokrasi dari segi pungutan derma bagi membiayai aktiviti organisasi. Kesannya, NGO di negara Malaysia tidak dapat memainkan peranan sepenuhnya dalam mempertahankan kepentingan masyarakat.

4.3 Kebebasan Beragama

Orang bukan Islam yang membentuk kira-kira 40 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia dan terdiri daripada penganut agama-agama Buddha, Kristian, Hindu danSikh, bebas mengamalkan kepercayaan agama masing12-masing. Pihak kerajaan umumnya 12 Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan mengenai kedudukan bumiputera. menghormati hak untuk beribadat golongan bukan Islam asalkan kontrak sosial tidak dipersoalkan.Seperti contoh, undangundang melarang keras orang bukan Islam daripada berdakwah kepada orang Islam. Namun demikian, tindakan berdakwah kepada orang yang bukan Islam tidak pula dikenakan sebarang halangan.9

Namum begitu, menurut Majlis Perundingan bagi Penganut-penganut Agama Buddha, Kristian, Hindu,Sikh dan Taoisme Malaysia, pihak kerajaan masih menyekat permohonan visa paderi dari luar negara yang berumur kurang daripada 40 tahun. Kerajaan juga telah menyekat penyebaran kitab-kitab Injil, pita-pita agama Kristian, dan bahan cetak lain yang telah diterjemahkan kepada bahasa Melayu serta mensyaratkan bahawa amaran Bukan Untuk Orang Islam perlu dicetak pada semua bahan terbitan bahasa Melayu tersebut. Agama yang lain kecuali agama rasmi dilihat manghadapi lebih banyak halangan dalm menuntut kepentingan agama masing-masing.

4.4 Sejauh mana demokrasi dan hak asasi manusia bertentangan

Melalui peruntukan 73(1) ISA 1960, seseorang pegawai polis itu mempunyai hak melalui kuasa yang diwakilkan oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri kepadanya untuk menahan seseorang suspek tanpa sebarang waran sedangkan di dalam Perlembagaan Persekutuan menolak penahanan tanpa sebab seseorang warganegara. Peruntukan ISA untuk menahan seseorang suspek dalam jangka masa yang panjang juga bercanggah dengan larangan dibuang negeri dan kebebasan bergerak dalam Persekutuan (Perkara 9). (Journal) AUKU dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 telah menjadi halangan kepada warganegara dalam menyuarakan pandangan secara bebas walaupun Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan menggariskan bahawa hak kebebasan bersuara adalah hak kepada mana-mana individu yang sah sebagai warganegara Malaysia. Persekutuan juga menyatakan bahawa semua rakyat Perlembagaan hak

mempunyai

untuk berhimpun secara aman tanpa senjata, namun kerajaan telah mengenakan sekatan terhadap hak ini melalui penggunaan Ordinan Ketenteraman Awam dan Akta Polis. Bahagian Perlembagaan Persekutuan yang bercanggah dengan kelima-lima akta tersebut telah menonjolkan kelemahan sistem pemerintahan Malaysia. Perkara 4 Perlembagaan.

Persekutuan telah menyatakan bahawa Perlembagaan ini adalah undang-undang tertinggi (supreme law) di Malaysia dan mana-mana undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan ini akan terbatal setakat mana yang bercanggah. Maka jelas bahawa10

percanggahan yang berlaku ini boleh menyebabkan peruntukan tersebut dibatalkan tetapi akta-akta yang bertentangan masih dikekalkan pihak pemerintah. Pihak kerajaan terus menapis media dengan mengawal kandungan berita, mengenakan

pembaharuan tahunan bagi permit-permit penerbitan, dan mengehadkan edaran penerbitan kepada ahli-ahli organisasi sahaja. Pihak-pihak pencetak biasanya enggan mencetak sebarang penerbitan yang mengandungi unsur kritik terhadap kerajaan kerana takut dikenakan tindakan balas.

5.0

Perbandingan Sistem Demokrasi dengan 4 Sistem pemerintahan yang lain:

Ciri

Demokrasi

Monarki

Autokrasi

Republik

Teokrasi

Pemilihan pemerintah

-Pilihan raya -Mengikut majoriti

Pewarisan takhta

Pengaruh yang tinggi dalam kerajaan@ ketenteraan

-Dipilih oleh rakyat -Pengerusi @ presiden parti

Pertabalan diri sendiri Guna agama untuk jadi raja

Kuasa pemerintah

-Terhad , dibawah undang2

Berkuasa mutlak

Berkuasa mutlak

-Terhad dibawah undang2

Berkuasa mutlak

Penglibatan rakyat dalam pemerintahan

Terlibat sepenuhnya

Tiada.

Tiada

Terlibat sepenuhnya

Melibatkan golongan mubaligh agama

Kebajikan rakyat

Dijaga sepenuhnya

Tiada

Tiada

Dijaga , tapi tidak sepenuhnya

Tiada

11

5.1 Sistem pemerintahan demokrasi

Istilah "demokrasi" berasal dari bahasa Yunani Kuno yang diutarakan di Athena kuno pada abad ke-5 SM. Perkataan "demokrasi" berasal dari dua kata, iaitu demos yang berarti rakyat, dan kratos atau cratein yang membawa maksud pemerintahan. Dalam kerajaan Demokratik rakyat adalah mempunyai suara mutlak dalam menentukan pemerintahan yang dilakukan melalui pilihan raya umum. Kelebihan sistem kerajaan ini dapat dilihat melalui konsepnya yang menekankan kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat. Antara ciri-ciri kerajaan Demokrasi ialah rakyat menikmati kebebasan persamaan dan hak-hak asasi, sistem pilihan raya dijalankan dari semasa ke semasa, badan perundangan terdiri daripada wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat, warganegara yang berumur 21 tahun ke atas berhak mengundi dan bertanding dalam pilihan raya, kemenangan pilihan raya berdasarkan jumlah undi terbanyak dan parti politik atau individu yang memperoleh undi majoriti akan memerintah negara tersebut. Selain ciri kerajaan Demokrasi, Demokrasi liberal pula adalah merujuk kepada rakyat yang mempunyai lebih banyak kuasa menyuarakan pendapat dan tentangan mereka terhadap dasar-dasar dan tindakan-tindakan kerajaan. Dalam sistem ini, akan wujud golongan pembangkang yang akan sentiasa mengkritik pihak kerajaan. Kebaikannya, kerajaan akan lebih peka dan teliti dalam melaksanakan apa-apa dasar manakala keburukan akan wujud sekiranya pihak pembangkang dan pihak kerajaan bertelagah sehingga gagal mencapai satu haluan yang dipersetujui. Terdapat negara-negara yang mengamalkan Demokrasi yang berbeza iaitu Demokrasi Berparlimen dan Demokrasi Berpresiden. Dalam sistem Demokrasi berparlimen, parti politik yang mendapat kerusi majoriti di Dewan Rakyat akan mengetuai pentadbiran negara. Bagi sistem Demokrasi berpresiden pula, rakyat memlih presiden yang akan menjadi ketua eksekutif negara. Contoh negara yang mengamalkan sistem kerajaan Demokratik ialah Malaysia, Singapura, Kanada, Amerika Syarikat,

12

Britain dan Indonesia. Jadual di bawah menunjukkan persamaan dan perbezaan sistem demokrasi berparlimen dan berpresiden:

Ciri

Persamaan / perbezaan

Demokrasi Berparlimen

Demokrasi Berpresiden

Pemilihan ketua pemerintah

Perbezaan

Parti politik yang mendapat Rakyat memilih presiden kerusi majoriti di Dewan yang Rakyat menjadi ketua

eksekutif Negara

Jumlah yang

parti

Persamaan

Lebih daripada satu parti Lebih daripada satu parti yang bertanding yang bertanding

dipertandingkan

5.2 Sistem Pemerintahan Monarki

Monarki merupakan sistem pemerintahan tertua yang pernah wujud di muka bumi ini. Perkataan monarki berasal daripada bahasa Yunani iaitu monos yang bermaksud satu dan archein yang membawa maksud pemerintah. Dengan hal yang demikian, monarki adalah suatu sistem pemerintahan yang diperintah oleh seseorang individu sahaja, dalam hal ini individu ini dikenali sebagai raja. Dalam sistem pemerintahan monarki, raja berperanan sebagai ketua negara dan mempunyai kuasa yang mutlak keatas sesebuah negara. Keadaan ini adalah berbeza degan sistem pemerintahan demokrasi dimana raja tidak mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahanya dan kuasa raja ini dibatasi dengan undang-undang yang telah ditetapkan. Kuasa sebagai Raja ini akan terus dipertahankan disepanjang hayatnya. Selain itu dalam sistem pemerintahan Monarki, raja juga berhak menentukan siapa yang akan menjadi penggantinya ketika beliau meninggal dunia.

13

Namun, kebiasaanya, takhta kerajaan akan diperturunkan kepada keturunan raja itu sendiri. Kekurangan sistem kerajaan Monarki ialah, rakyat tidak boleh memilih pemerintah yang mereka kehendaki. Hal ini demikian kerana di bawah sistem pemerintahan ini, tiada parti politik atau pilihan raya umum diadakan. Pentadbiran hanya dijalankan oleh raja dan keluarga atau kerabatnya. Tetapi, kini negara-negara yang mengamalkan sistem kerajaan Monarki telah berubah dan kuasa raja dihadkan oleh perlembangaan dan parlimen. Warisan takhta kerajaan ini berdasarkan keturunan dan ahli-ahli kerabat yang membantu dalam pentadbiran. Contoh negara Monarki yang masih ada ialah Arab Saudi dan Brunei Darussalam.

5.2.1 Kelemahan Sistem Pemerintahan Monarki Dengan kedaulatan tertinggi yang berada di tangan raja, maka raja dapat melakukan apa juga perbuatan yang baginda kehendaki. Baginda juga bebas memerintah rakyatnya mengikut kehendaknya sendiri. Hal ini dapat mewujudkan seorang pemerintah yang tirani dan seterusnya akan menjadi diktator di negara yang baginda perintah. Selain itu, rakyat juga tidak mempunyai kuasa untuk mempertahankan hak mereka. Kebebasan yang seharusnya dimiliki oleh setiap manusia dihalang oleh sistem pemerintahan yang sangat zalim. Kebajikan rakyat juga tidak diambil peduli kerana mereka hanya dianggap sebagai hamba yang menurut perintah tuannya( raja).Sistem pemerintahan monarki juga tidak memberi kebebasan kepada rakyat untuk memilih pemerintah yang akan menaungi sistem pentadbiran Negara mereka. Suara rakyat langsung tidak diambil peduli dan pemerintah hanya akan menerima nasihat daripada penasihat istana.

14

5.3 Sistem Pemerintahan Autokrasi Autokrasi adalah satu bentuk kerajaan di mana seseorang memiliki kuasa mutlak dan dikenali sebagai Autokrat. Autokrat adalah seseorang (seperti raja) yang mempunyai kuasa memerintah dengan kuasa mutlak (tanpa had). Istilah autokrasi diambil dari perkataan autokrator yang bermaksud "pemerintah-sendiri", atau "seseorang yang memerintah mengikut dirinya sendiri". Berbeza dengan sistem pemerintahan Oligarki ("perintah oleh sebilangan") dan sistem pemerintahan demokrasi ("perintah oleh rakyat").Pada masa kini istilah autokrat biasanya difahami sebagai despot, tyrant dan diktator, sungguhpun setiap istilah ini pada asalnya memiliki makna yang berlainan dan berbeza namun berasal daripada sumber yang sama. Menurut sumber lain pula, sistem pemerintahan autokrasi merujuk kepada seseorang pemerintah mempunyai kuasa mutlak terhadap rakyat dan perlembagaan yang dirangkanya bercanggah dengan sistem demokrasi. Selain itu, sistem pemerintahan autokrasi ini juga turut bercanggah dengan nilai kemanusiaan seperti kebebasan bersuara dan kebebasan menganut agama. Sistem autokrasi juga dianggap sebagai sistem

pemerintahan yang zalim kerana rakyat tidak mempunyai kebebasan untuk hidup dan melakukan pelbagai aktiviti yang tidak bertetangan dengan nilai kemanusiaan. Selain itu, terdapat juga sumber lain yang mengatakan bahawa sistem pemerintahan autokrasi ini juga merujuk kepada pemerintahan oleh individu atau badan politik yang mempunyai kuasa sepenuhnya dalam pemerintahan. Bentuk kerajaan ini mempunyai persaingan politik yang terhad kerana kuasa dikawal oleh golongan elit tertentu terutama tentera. Penduduk dikawal dan dipaksa untuk mematuhi dan mentaati kerajaan. Kebebasan awam dan kehakiman juga adalah terhad. Contoh sistem pemerintahan autokrasi wujud pada masa darurat dan dalam pemerintahan komunis.

15

5.4 Sistem Pemerintahan Republik Kerajaan Republik merujuk kepada sistem kerajaan di mana rakyat memilih wakil mereka untuk melulus dan melaksanakan undang-undang.Tidak ada sesiapa yang boleh mewarisi hak memegang jawatan politik serta terlibat dalam pentadbiran. Dalam sesebuah negara Republik, kuasa pemerintahan adalah terletak pada seseorang individu atau sesebuah parti politik. Ketua negaranya ialah seorang presiden atau pengerusi parti. Kelebihan sistem kerajaan ini ialah, presidennya dipilih secara langsung oleh rakyat. Pengundi di negara ini tidak memilih parti yang memerintah tetapi memilih bakal presiden yang akan mengetuai jentera pemerintahan negara mereka. Di negara China pula, pucuk pimpinan terletak di tangan pengerusi parti politik yang memerintah. Keadaan ini adalah sama dengan sistem pemerintahan demokrasi dimana rakyat berhak memilih pemerintah yang bakal menerajui pucuk pimpinan negara. Walau

bagaimanapun, sistem kerajaan Republik tidak mempunyai raja. Contoh kerajaan yang mengamalkan sistem kerajaan Republik ialah Amerika Syarikat, Filipina, Perancis, India, Singapura dan Portugal. Pada zaman dahulu, Rom merupakan salah sebuah Negara yang mengamalkan sistem pemerintahan republik. Negara yang mengamalkan sistem pemerintahan republik akan ditadbir oleh seorang pemerintah yang dipanggil konsul. Konsul merupakan pemerintah tertinggi dalam sistem pemerintahan republik terdapat dua orang konsul yang dipilih daripada penduduk yang berumur melebihi 40 tahun. Konsul dilantik oleh Dewan Senat dan akan mentadbir sesebuah negara selama satu tahun. Konsul juga turut

mempunyai kuasa dalam bidang pentadbiran, keadilan, ketenteraan, Keagamaan dan kewangan. Selain itu, konsul juga berperanan sebagai ketua hakim,ketua Angkatan

tentera dan ketua eksekutif. Manakala dewan Senat pula diwakili oleh 300 orang ahli yang dipilih daripada golongan bangsawan. Ahli-ahli dewan ini dipilih oleh konsul. Dewan senat bertindak menasihati konsul dalam urusan pentadbiran Negara. Antara tugas dan peranan ahli-ahli senat ialah membincangkan hal-hal pentadbiran negara, menggubal undang-undang untuk dibincangkan dalam dewan perhimpunan, mengadakan rundingan dengan duta-duta16

asing, menetapkan rovinsi yang akan diuruskan oleh konsul, menguruskan hal ehwal kewangan dan menyelesaikan krisis keagamaan. Dewan perhimpunan pula diwakili oleh semua rakyat Rom. Dewan perhimpunan ini dikenali sebagai forum dan merupakan tempat rakyat berkumpul untuk mendapat laporan tentang perbincangan dengan dewan senat. Selain itu, dewan perhimpunan juga berperanan membantu dewan senat melaksanakan pemerintahan.Ia juga bertindak meluluskan dan mengesahkan undang-undang yang telah diputuskan oleh Dewan Senat. 5.5 Sistem pemerintahan Teokrasi Teokrasi berasal dari bahasa Yunani theo yang membawa maksud tuhan dan cratein yang bermaksud pemerintahan. Secara amnya, teokrasi dapat diertikan sebagai pemerintahan oleh tuhan. Manakala secara epistemologi pula, teokrasi adalah suatu sistem pemerintahan yang dijalankan oleh seseorang dengan menggunakan nama tuhan sebagai asas kepada pengaruh yang ingin dikembangkannya. Dalam sistem pemerintahan teokrasi, kedaulatan tertinggi bersifat mutlak dan suci kerana kedaulatan tertinggi berada di tangan tuhan dan pemimpinnya menggelarkan diri mereka suci serta mendapat kuasa dari tuhan untuk mentadbir sesebuah kerajaan. Teokrasi muncul pertama kali di bumi eropah pada abad pertengahan (medieval age) yang dinaungi oleh seorang Kaisar Romawi bernama Augustinus. Pada akhir abad ke enam, gereja Romawi mula mengorganisasikan institusi di bawah Komando Paus Gregory I yang dikenali sebagai the Great. Dialah yang telah membangunkan birokrasi awal gereja romawi yang dikenali sebagai (papacys power). Sistem pemerintahan teokrasi ini adalah jauh berbeza dengan sistem demokrasi kerana pemerintah dalam sistem teokrasi menggunakan pengaruh agama untuk mengangkat diri mereka sebagai pemerintah. Manakala pemerintah dalam sistem demokrasi pula dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya yang diadakan. Selain itu doktrin keagamaan juga tidak digunakan oleh pemerintah sistem demokrasi bagi memenangi hati rakyat.

17

5.5.1

KelemahanSistemTeokrasi

Menurut pandangan sesetengah pengkaji politik pula beranggapan bahawa, teokrasi merupakan suatu sistem pemerintahan yang sangat baik, kerana kedaulatan tertinggi berada di tangan tuhan. Tuhan, sebagai kekuasaan yang maha tinggi tidak mungkin melakukan suatu kesalahan seperti yang dilakukan oleh manusia. Namun sesetengah pihak lain pula menganggap bahawa, pemerintah teokrasi kerap melakukan kezaliman serta penindasan atas kebijaksanaanya dengan menggunakan nama tuhan sebagai simbolik yang tidak dapat diragukan lagi. Keadaan ini telah berlaku di bumi eropah pada abad pertengahan, di mana gereja telah menggunakan nama tuhan dalam mempertahankan ideologi ketuhanan mereka yang banyak merugikan golongan rakyat. Mereka menganggap golongan individu yang tidak sefahaman dengan ideologi ketuhanan mereka sebagai kaum heretics (kafir) dan mereka juga turut melakukan penyiksaan, penganiayaan, bahkan turut melakukan pembunuhan besar-besaran kepada mana-mana individu yang tidak sefahaman dengan ideologi ketuhanan yang mereka wujudkan.

6.0

Kebaikan dan Keburukan Sistem Pemerintahan Demokrasi

6.1 kebaikan Sistem demokrasi yang baik adalah yang mengandungi mekanisme untuk mampu memperbaiki dan meluruskan dirinya sendiri serta mendorong pertumbuhan dan perkembangan ke arah yang lebih baik, dan terus lebih baik. Pilihan atas sistem demokrasi sudah merupakan satu kebaikan. Tinggal bagaimana kebaikan itu diimplementasikan. Demokrasi adalah "alat" bukan "tujuan". Sebagai "alat", ia adalah benda mati ataupun pasif. Ia bergantung pada orang yang mengoperasikannya supaya ia dapat digunakan sebaik yang mungkin. "Alat" akan sesuai dengan fungsinya jika operator memahami dan mampu menjalankannya dengan elok. Maka, fungsinya akan lebih optimum sekiranya18

dilakukan oleh operator yang dapat mengawal alat tersebut dengan baik. Namun, jika operatornya tidak memanfaatkan Alat tersebut sebaiknya, maka hasilnya tidak akan dapat dilihat dengan jelas. Demokrasi10 akan membawa kebaikan jika demokrasi dijalankan sesuai dengan definisi demokrasi itu sendiri iaitu dari rakyat, oleh rakyat, dan untuk rakyat. Justeru itu, rakyat mesti memastikan pemimpin tidak menggunakan kuasa dengan sewenang-wenangnya. Menurut Sen (1981), demokrasi akan sepenuhnya berharga sesuai dengan sebutannya jika para warganegara mempunyai kekuasaan yang nyata untuk aktif sebagai warganegara iaitu apabila rakyat boleh melakukan dan menikmati hak-hak mereka. Pemimpin mestilah seorang yang tidak mementingkan diri sendiri, sangup berkorban masa dan tenaga untuk kemajuan masyarakat dan negara. Pemimpin yang mempunyai budi pekerti yang baik serta tinggi nilai peribadinya akan tetap dihormati dan disanjungi. Pemimpin yang berwibawa akan memikirkan cara-cara untuk mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam negara. Pemimpin adalah bertanggungjawab mengatur segala bentuk strategi untuk kepentingan umum dari segi keselamatan, keamanan dan yang lebih penting lagi ialah rasa tanggungjawab dan rasa keselesaan rakyat yang hidup di negara tersebut. Menurut Ketchum (2004), cara yang boleh menjamin rakyat untuk memperoleh manfaat demokrasi adalah dengan mengembleng tanggungjawab dan menjaga kesinambungannya. Dalam setiap negara demokratik seluruh rakyatnya wajib untuk menjaga kesejahteraan agar negara mereka terus maju dan bahagia. Sesebuah negara memerlukan satu sistem politik yang mantap yang akan memberikan segala garis panduan dan peraturan dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat. Orang-orang yang dipercayai mewakili rakyat menjadi utusan yang benar-benar memperjuangkan kepentingan rakyat. Demokrasi adalah sesuatu yang dinamik. Ia senantiasa bergerak atau berubah. Demokrasi mengandungi nilai dinamik kerana nilai esensialnya adalah suatu proses ke arah yang lebih maju dan lebih baik. Menurut Johansen (1991), logika10

Machan, T.R, Kebebasan dan Kebudayaan: Gagasan Tentang Masyarakat Bebas, 2006, Yayasan Obor Indonesia, Jakarta, hal. 33.

19

keamanan

negara mempunyai

kaitan

yang mendalam terhadap

sistem

pertanggungjawaban nasional dan umumnya terhadap demokrasi. Cukuplah suatu masyarakat disebut demokratik, selama ia bergerak tanpa henti menuju kearah kebaikan dan membawa kesan yang positif kepada mereka sendiri.

Malaysia adalah sebuah Negara bangsa yang membangun atau digelar negara Dunia ke 3. Malaysia adalah negara yang terbentuk selepas kemerdekaan pada tahun 1957. Secara majoritinya suku kaum yang terkandung di dalam negara Malaysia adalah Melayu, Cina, India dan lain-lain. Malaysia juga sebuah negara majmuk dari segi ras atau kaum, budaya dan agama. Kita mesti bertitik-tolak dari semangat ingin bekerjasama untuk kebaikan semua kaum, budaya dan agama dalam kerangka paradigma politik negara-bangsa Malaysia baru. Sejak dari dulu juga Malaysia dikatakan mengamalkan demokrasi. Sistem parlimen menjadikan bahawa Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen. Sistem demokrasi berparlimen merupakan satu bentuk sistem politik yang popular diamalkan oleh negara-negara yang mempraktikkan sistem demokrasi. Menurut Dahl (1989), proses demokrasi amat berkait rapat dengan sistem politik. Sebuah negara demokratik ialah sebuah negara atau kerajaan rakyat. Sebuah negara demokratik yang berperlembagaan dan berdaulat, mendukung keluhuran undang-undang. Ia mengurus tadbir pemerintahan dengan mengadakan sistem-sistem yang menjamin hak rakyat.

Demokrasi di Malaysia menyebabkan pelbagai agama dan kepercayaan boleh dianuti oleh rakyatnya. Keadaan ini telah lama berlaku sebelum merdeka sehinggalah zaman pasca merdeka pada ketika ini. Negara kita masih mengekalkan kebebasan untuk menganut agama dan kepercayaan masing-masing. Namun, perlu diambil perhatian bahawa agama Islam adalah agama rasmi di negara ini. Hal ini kerana sebelum kedatangan Inggeris lagi, agama tidaklah dipisahkan dari sistem politik Melayu. Dalam Undang-Undang Melayu Lama atau Hukum Kanun terdapat hukum-hukum Islam yang dipakai, seperti hukuman potong tangan untuk kesalahan mencuri, hukuman sebat atau rotan untuk20

kesalahan berzina dan sebagainya. Namun, dalam hubungan ini orang bukan Islam tidak boleh diganggu kebebasan agama mereka. Mereka dibenarkan mengamalkan amal ibadat dan adat resam mereka. Begitu juga dengan makanan harian mereka, walaupun perkara-perkara tersebut berlawanan dengan cara hidup orang Islam. Bagaimanapun, cara hidup dalam mana-mana agama adalah tertakluk kepada undang-undang negara: iaitu kebebasan itu hendaklah tidak mengganggu ketenteraman awam. Ini ada dinyatakan dalam Perkara 11 Fasal(5) Perlembagaan Persekutuan. Golongan bukan Islam perlu memahami bahawa kebebasan yang dijamin oleh perlembagaan berbeza huraiannya dengan kebebasan yang didapati dalam Islam. Islam memberi jaminan, tanpa batasan umum untuk menukar agama mereka. Islam meletakkan kebebasan beragama sebagai asas dalam perlembagaan. Hari ini kebebasan beragama telah dijadikan sebagai hak asasi manusia. Ini terdapat dalam Perisytiharaan Hak Asasi Manusia sejagat. Dalam konteks Malaysia, setiap kumpulan agama bebas mengembangkan kepercayaan mereka di kalangan mereka dan menguruskan hal ehwal agama mereka. Begitu juga dengan menubuh dan menyelenggara yayasan-yayasan bagi tujuan agama yang mereka anuti. Mereka juga tidak boleh diwajibkan membayar apa-apa cukai jika pendapatan dari cukai itu dikhaskan untuk maksud sesuatu agama yang lain daripada agamanya sendiri. Kebebasan beragama adalah di antara kebebasan yang dianggap mutlak yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia

a) Melindungi kebebasan individu Kebebasan merupakan perkara penting yang sangat diperlukan oleh semua pihak. Tanpa kebebasan, sesebuah kehidupan akan menjadi tidak sempurna. Demokrasi adalah suatu bentuk pemerintahan yang menjamin kebebasan individu. Didalam negara demokrasi kebebasan berfikir, beragama dan kebebasan bersuara adalah terjamin. Falsafah demokrasi menegaskan bahawa kepentingan individu adalah tujuan utama dan kekayaan merupakan tujuan akhir dalam sesuatu pemerintahan demokrasi . Selain itu, Demokrasi bertujuan menjamin setiap

keinginan individu didalam sesebuah masyarakat didengari dan diselesaikan21

dengan baik. Didalam Negara demokrasi juga tidak menolak pandangan yang diatarakan secara individu kerana seluruh rakyat berhak memberi pandangan dan menyuarakan pendapat masing-masing.

b) Menjamin persamaan hak Demokrasi juga bertujuan untuk memperjuangkan persamaan hak seluruh rakyat. Sistem pemerintahan demokrasi juga turut menitikberatkan persamaan hak untuk setiap individu dan golongan masyarakat. Demokrasi juga memberikan persamaan hak atas segala jenis aspek kehidupan meliputi ras, agama dan lainlain. Demokrasi juga tidak mengakui keistimewa khusus kepada sesetengah pihak sahaja . Didalam Negara demokrasi seluruh rakyat adalah tidak terkecuali berdepan dengan apa jua hukuman jika disabitkan dengan kesalahan tertentu dan seluruh rakyat juga memiliki persamaan hak dalam berpolitik. Rakyat miskin juga memiliki persamaan hak dalam mengusulkan pendapat mereka.

6.2 Keburukan Dalam konteks Malaysia terlalu banyak kepincangan yang jelas kelihatan yang menampakkan bahawa Malaysia bukan sebuah negara yang demokratik. Walaupun pemimpin menganggap mereka mengamalkan negara yang demokratik tetapi menurut konsep sebenar demokrasi tersebut adalah tidak bertepatan sama sekali. Demokrasi di Malaysia tidak dapat dianggap demokrasi sebenar. Walaupun dengan lantang pihak pemimpin atasan mahupun bawahan mempertahankan yang mereka mengamalkan demokrasi, malang sekali ia boleh dijustifikasikan11. Ini jelas kerana terdapat sesetengah sarjana sains politik menamakan jenis demokrasi seperti di Malaysia sebagai Quasi-Democracy or PseudoDemocracy iaitu Separa Demokrasi atau Demokrasi Palsu atas sebab11

Machan, T.R, Kebebasan dan Kebudayaan: Gagasan Tentang Masyarakat Bebas, 2006, Yayasan Obor Indonesia, Jakarta, hal. 49

22

pelbagai amalan undang-undang zalim yang terus berkuatkuasa sementara mengadakan pilihan raya berkala dan meraikan institusi-institusi demokrasi yang tidak berfungsi sepenuhnya. Kerajaan Malaysia melaung-laungkan bahawa mereka mengamalkan demokrasi yang sebenar, tetapi berdasarkan erti dan konsep-konsep demokrasi yang diketengahkan ahli-ahli sarjana dan di dalam erti kata sebenar juga menunjukkan bahawa Malaysia tidak mengamalkan demokrasi yang sebenar. Terdapat pelbagai faktor yang menunjukkan bahawa Malaysia adalah negara yang kurang demokrasi. Banyak penganalisis politik berpendapat bahawa Malaysia hanya mengamalkan sistem pemerintahan semi-demokrasi. Diantara perkara-perkara yang boleh menjustifikasikan bahawa Malaysia kurang mengamalkan demokrasi ialah tiada kebebasan sepenuhnya di dalam sistem demokrasi itu sendiri. Berikut adalah bukti-bukti pencabulan demokrasi di Malaysia :a) Kebebasan Bersuara Kebebasan semula jadi sebenarnya asas yang paling penting untuk menegakkan demokrasi. Aspek utama dalam kerajaan berdemokrasi ialah jaminan-jaminan hak asasi golongan minoriti. Adalah tidak adil sama sekali jika golongan majoriti yang menguasai kerajaan mendenda golongan minoriti dengan cara mengancam atau mengenakan sekatan-sekatan tertentu. Menurut Hayek (1976), warganegara dapat menikmati kebebasan jika kekuasaan negara dibatasi oleh hukum iaitu dibatasi oleh peraturan-peraturan yang menentukan had-had untuk mengembangkan pandangan, matlamat, memenuhi pembawaan dan bakat individu itu sendiri. Oleh itu semua sistem demokrasi telah mengenakan sekatansekatan kepada pemerintah agar tidak menjejaskan hak asasi golongan minori Hak-hak rakyat sepatutnya di pandang berat oleh kerajaan dan pemerintah dalam pengamalan demokrasi. Terdapat banyak kebebasan rakyat di Malaysia telah di bataskan, lebih-lebih lagi kebebasan bersuara dan memberi pendapat kepada pihak atasan. Hak-hak asasi manusia global seperti hak-hak bersuara, dalam mencapai demokrasi permuafakatan dengan berkumpul dan23

mendirikan persatuan, disamping rule of law sering mewarnai perjuangan di Malaysia. Dengan gabungan rakyat mengadakan perhimpunan, nyata sekali mereka mengetepikan sentimen perkauman dengan bekerjasama tanpa mengira kaum, jantina, mahupun agama. Ini menunjukkan rakyat menginginkan sesuatu yang meraka rasakan perlu. Jika Malaysia negara yang demokrasi, pihak kerajaan sepatutnya

memberikan permit kepada rakyat yang ingin mengadakan perhimpunan. Mereka sekadar ingin menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan. Mereka sekadar menggunakan suara, sepanduk-sepanduk dan sebagainya bagi mendesak kerajaan. Kerajaan sepatutnya lebih terbuka dengan perkara ini. Di Malaysia, nampaknya kerajaan kurang terbuka dalam menangani isu ini. Lebih menyedihkan, rakyat yang mengadakan demonstrasi disekat sama sekali dengan menggunakan kuasa yang mereka ada dan mengarahkan pihak polis menyuraikan perhimpunan itu12. Pihak polis pula menyuraikan dengan tembakan air asid dan gas pemedih mata. Ini menggambarkan ketidakadilan berlaku kepada rakyat. Pihak pemimpin dan kerajaan sepatutnya mengambil berat terhadap pandangan rakyat. Contoh yang terbaru dapat kita kenal pasti baru-baru ini dimana pada 10 september gabungan rakyat yang memakai pakaian serba kuning yang digelar gabungan BERSIH yang mengadakan perhimpunan bagi menghantar memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong kerana menginginkan pilihanraya yang bersih. Mereka berasa bahawa pilihanraya sebelum ini tidak bersih dengan alasan-alasan tertentu. Tetapi perhimpunan yang diadakan telah disekat sejak awal. Walau bagaimanapun perhimpunan tersebut tetap berlangsung dengan kehadiran puluhan ribu rakyat yang berarak. Pihak polis juga seolah-olah tidak memahami apa itu hari hak asasi manusia. Ini kerana pihak polis telah bertindak menangkap terhadap peguampeguam yang mengadakan sambutan hari kebebasan hak asasi manusia. Tindakan12

Kamal Halili Hassan dan Rose Effendi Hussein, Undang-Undang: Pertikaian Perusahaan dan Mogok di Malaysia, 2003, Penerbit UKM, Kuala Lumpur

24

tersebut lebih mencemarkan demokrasi yang kononnya diamalkan. Sepatutnya kebebasan rakyat berhimpun secara aman telah dijamin didalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Tetapi wujudnya seksyen 27 Akta Polis 1967 yang perlu memohon permit kepada Polis, telah menggugat kebebasan berhimpun di dalam negara yang melaksanakan demokrasi ini. Ini menampakkan seolah-olah Malaysia adalah negara polis, kerana kuasa polis amat luas sehingga berjaya mengetepikan Perlembagaan Persekutuan. b) Kebebasan Media Massa. Media Massa samada media elektronik ataupun media cetak adalah satu sistem komunikasi atau sistem yang digunakan oleh setiap negara bagi menyalurkan maklumat-maklumat yang meliputi semua perkara. Setiap negara yang mengamalkan demokrasi perlu memberikan hak kepada mana-mana individu mahupun parti politik bagi menggunakan media massa yang ada bagi memberikan maklumat yang mereka ada. Namun di Malaysia, kebebasan media massa telah disekat sama sekali. Pihak kerajaan yang memegang tampuk pemerintahan telah memonopoli sama sekali media massa ini. Memonopoli media disini bermaksud, pencabulan hak asasi yang dilaksanakan parti yang memerintah apabila dengan kuasa yang mereka perolehi mereka memonopoli penggunaan Media samada media cetak dan elektronik. Sesebuah negara yang mereka katakan demokrasi sepatutnya kebebasan menggunakan media cetak dan elektronik adalah dibenarkan tetapi ia berlaku sebaliknya. Kerajaan telah menjerut akhbar dan majalah dengan menekan para penerbit untuk mendapatkan lesen rasmi setiap tahun dan mempunyai kuasa dan selera untuk menggantung lesen itu seandainya muncul berita yang tidak menyenangkannya. Kerajaan mahu berperanan besar dalam mengaturkan cara parti politik pembangkang menyebarkan maklumat mereka. Kerana itu, parti pembangkang hanya dibenarkan menjual penerbitan mereka kepada ahli-ahli sahaja. Setiap hari di media cetak dan elektronik, hanya terpampang tentang kebaikan parti pemerintah dan keburukan parti pembangkang. Walaupun pihak25

pembangkang tidak dapat menggunakan media seperti parti pemerintah, tetapi pihak pembangkang telah menggunakan pendekatan dengan melancarkan Akhbar mereka sendiri contohnya Harakah. Pada peringkat permulaannya, Harakah dikeluarkan setiap hari, tetapi ia telah di halang penjualannya oleh pihak kerajaan. Mereka bimbang kerana peningkatan pembelian Harakah oleh masyarakat. Bimbang jika bakal Harakah dapat mempengaruhi rakyat, maka pihak kerajaan telah menggunakan akta penerbitan dan percetakan sehingga Harakah hanya boleh dijual 2 kali dalam seminggu. Itu pun tidak dapat menghalang kebimbangan mereka setelah kerajaan mengetatkan lagi syarat sehinggalah Harakah hanya boleh dikeluar 2 kali dalam sebulan. Ketidakadilan yang berlaku ini sungguh ketara. Pihak pembangkang juga terpaksa mengadakan ceramah-ceramah bagi memudahkan komunikasi mereka dengan rakyat, namun ceramah-ceramah mereka juga disekat. Pihak pemerintah tidak memberikan permit kepada mereka. c) Sistem Kehakiman Kita juga dapat melihat bagaimana sistem kehakiman negara kini menjadi bahan ketawa orang ramai manakala pihak polis juga telah kehilangan keyakinan dan kepercayaan dari rakyat jelata. Institusi ini yang sepatutnya melindungi rakyat sebagai tunjang demokrasi nampaknya kecundang dan menjadi penyelamat kepada pemerintah yang semakin gelisah akan kehilangan kuasa. Contoh yang amat ketara dan terbaru dimana terbongkarnya sistem kehakiman yang pincang dimana seorang peguam telah mengadakan perbualan dengan seorang hakim dalam percaturan kehakiman di mahkamah. Ia adalah satu perkara yang amat memalukan bagi kerajaan yang sentiasa mengatakan mereka mengamalkan demokrasi dan kebebasan dalam sistem kehakiman. Namun yang menjadi persoalannya, pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR) sepatutnya menyiasat perasuah tetapi sebaliknya berlaku dimana BPR hanya menyiasat pelapornya sahaja.

26

d) Menganaktirikan Negeri Yang Ditawan Parti Pembangkang Apa yang dimaksudkan dengan menganaktirikan negeri yang pernah ditawan parti pembangkang ini adalah kawasan atau negeri yang dimenangi oleh pihak berhaluan kiri atau pihak pembangkang. Apa yang hendak ditekankan disini adalah, Pihak kerajaan telah menganaktirikan negeri yang dimenangi

pembangkang dengan tidak memberi peruntukan dana bagi melaksanakan pembangunan. Pihak kerajaan yang diwakili parti pemerintah juga cuba menakutnakutkan pelabur tempatan supaya tidak membuat pembangunan di negeri yang ditakluki parti pembangkang. Tindakan pihak pemerintah ini bertujuan bagi memberi gambaran kepada umum bahawa, parti pembangkang tidak berjaya dan tidak mampu

membangunkan negeri mereka, justeru alasan-alasan ini juga digunakan bagi membuat contoh kepada umum tentang betapa daifnya negeri yang dimenangi pihak pembangkang. Menurut Habermas (1996), demokrasi itu adalah keadaan politik, ekonomi, dan sosial seiring dengan penglibatan semua parti politik secara saksama dan rata. Kerajaan yang mengamalkan demokrasi tidak sepatutnya

memperlakukan perkara sedemikian. Walaupun negeri tersebut dimenangi pembangkang, pihak kerajaan wajib memberi peruntukan yang sepatutnya dalam memajukan negeri tersebut. e) Kongkongan Terhadap Pekerja Sektor Awam Ketidakadilan juga berlaku apabila pihak kerajaan atau parti pemerintah seolah-olah menakut-nakutkan dan seolah-olah mengugut rakyat yang bekerja di sektor awam. Hak rakyat untuk mengundi dengan telus juga tidak mencapai sasaran kerana kebimbangan rakyat oleh kerana pelbagai undang-undang dan penindasan oleh kerajaan terus menimbulkan rasa takut. Rakyat berasa bimbang pekerjaan mereka akan terjejas jika mengundi dengan telus. Menurut Vincent (1986), telah diakui bahawa individu memang mempunyai hak dan kewajipan atas hal-hal yang ditetapkan dalam autoriti mereka sendiri. Perkara sebegini27

sepatutnya tidak berlaku di negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Ini menampakkan seoalah-olah pihak kerajaan tidak profesional dalam menjalankan pilihanraya yang telus dan adil. f) Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah satu badan yang bebas dalam mengadili pilihanraya di Malaysia. Namun sejak dahulu hingga sekarang, kebebasan terhadap sistem yang diamalkan SPR boleh dipertikaikan. Ini berdasarkan apa yang berlaku pada pilihanraya 2004 dimana terlalu banyak kepincangan yang berlaku diantaranya terlalu banyak kehilangan nama pengundi semasa pilihanraya 2004, wujudnya nama-nama pengundi yang telah meninggal dunia dan terdapat orang yang meninggal dunia pergi mengundi. Di manakah sistem yang bersih diamalkan pihak SPR? Apakah yang dilakukan pihak SPR selama 4 tahun sebelum bermula pilihanraya pada 2004 tersebut. Siapa pula pengundi-pengundi yang menggunakan nama orang yang telah meninggal dunia? Kemungkinan inilah yang dinamakan pengundi hantu oleh pihak parti pembangkang selama ini. g) Pembahagian Kekayaan Negara Ciri persamaan di kalangan rakyat jelata merupakan suatu ciri yang lebih ideal daripada hakiki. Terdapat pelbagai persamaan dalam undang-undang, persamaan peluang, persamaan dalam pemilikan kekayaan negara, persamaan kelakuan dan sebagainya. Pembahagian kekayaan negara hendaklah diuruskan dengan sama rata. Namun di Malaysia, jurang antara yang miskin dan yang kaya semakin jauh. Yang kaya bertambah kaya dan yang miskin papa kedana. Sejajar dengan sistem demokrasi, permintaan ke atas kebebasan rakyat bertambah tetapi kebebasaan itu disalah gunakan untuk melakukan keganasan. Lebih

mendukacitakan, para pemimpin yang dipilih oleh rakyat melalui sistem pilihanraya sebenarnya tidak mampu untuk mengatasi masalah rakyat.

28

Dasar kerajaan dalam memberi kekayaan sama rata kepada rakyat telah tidak menampakkan hasil apabila berlakunya kebangkitan kaum India baru-baru ini yang menuntut agar mereka tidak disisihkan. Sebagai sebuah kerajaan yang mengamalkan Demokrasi, kekayaan negara perlu diagihkan dengan sebijakbijaknya. Ini berlaku sebaliknya. Menurut Giddens (1981), individu wajar mendapat atau memiliki bersama kemudahan infrastruktur, budaya, politik, dan ekonomi dalam sesuatu komniti atau negara itu. Di Malaysia kita boleh lihat dengan ketara bahawa pihak-pihak atasan kerajaan seolah-olah membolot harta kekayaan negara untuk diri mereka sendiri. Ini dapat dilihat dengan kewujudan aset-aset mereka yang disembunyikan, rumah-rumah besar dan banyak lagi. Sepatutnya pihak-pihak atasan perlu mengumumkan kekayaan mereka agar tidak berlakunya penyelewengan yang berleluasa. Penyelewengan harta kekayaan negara juga dapat dilihat apabila negeri yang dikatakan kaya dengan minyak tetapi negerinya mempunyai peratus rakyat miskin yang tertinggi di Malaysia iaitu Terengganu. h) Sistem Keadilan Dalam konteks sistem kehakiman negara pula, pihak parti pembangkang membangkitkan persoalan bahawa, kesalahan Anwar Ibrahim sepatutnya dibicara di mahkamah syariah kerana Anwar Ibrahim adalah seorang Islam. Tetapi pihak kerajaan melakukan sebaliknya dan hakim yang dipilih adalah hakim bukan beragama islam. Isu ini juga membangkitkan kemarahan ramai pihak. Oleh yang demikian, isu ini adalah satu isu yang boleh diketengahkan parti pembangkang bagi memperolehi sokongan rakyat dalam menghadapi pilihanraya. Justeru isu pemecatan bekas ketua hakim negara Tun Saleh Abbas yang dipecat tanpa sebab juga dibangkitkan bagi mengetengahkan pencabulan hak asasi manusia oleh kerajaan.

29

7.0

Kes-kes Berkaitan Sistem Demokrasi

a) Pendakwaraya lwn Pung Chen Choon [1994 1 MLJ 566] Tindakan pertama diambil terhadap editor The Borneo Mail, Pung Chen Choon kerana menerbitkan berita tidak benar pada 16 Julai 1990. Berita itu menyebut bahawa seorang paderi Benjamin Basintol telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960,seorang paderi Roman Katholik berpangkalan di Keningau sedang melarikan diri daripada tangkapan polis dan beberapa orang paderi lain difahamkan dalam senarai yang dikehendaki polis. Penyiaran berita itu merupakan satu perlanggaran di bawah s8A(1) Akta Mesin Cetak dan penerbitan 1984 (Pindaan 1987) dan boleh dihukum di bawah akta yang sama. Pihak pembela telah mengemukakan kepada Mahkamah Tinggi Kota Kinabali persoalan sama ada Seksyen 8A sah dari segi perlembagaan.Mahkamah Tinggi itu kemudiannya merujuk empat persoalan kepada Mahkamah Agung untuk keputusannya. Satu daripada persoalan itu ialah sama ada s8A(2) akta itu, dengan menganggap berita palsu dengan berniat jahat, terjumlah kepada prapenapisan dan dengan demikian melanggar Perkara 10(1)(a) dan (2) Perlembagaan itu. Secara ringkasnya, Makhkamah Agung memutuskan bahawa peruntukan itu tidak boleh disamakan dengan prapenapisa, yang hanya boleh berlaku sebelum penerbitan. Seksyen 8A(2) tidak menyekat kebebasan akhbar sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sebaliknya peruntukan ini menggalakkan dan memastikan supaya kebebasan akhbar tidak disalah guna atau dieksploitasi13 kerana dalam peruntukan ini ia hanya dianggap ada niat jahat sekiranya tidak ada keterangan yang menunjukkan bahawa sebelum penerbitannya tertuduh telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mengesahkan berita itu.Maklumat selanjutnya tidak diperoleh mengenai kes ini apabila keputusan ini dikembalikan ke mahkamah di Sabah.

13

Eksploitasi- perbuatan (tindakan dan sebagainya) mengambil kesempatan untuk mempergunakan seseorang atau sesuatu keadaan dan sebagainya secara tidak adil demi kepentingan atau keuntungan diri sendiri

30

b) Pendakwaraya lwn Kes Lim Guan Eng Kes ini bermula apabila Utusan Malaysia menyiarkan sebuah berita pada 24 Ogos 1994 yang mendakwa Ketua Menteri Melaka iaitu Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik mempunyai hubungan sesual dengan seorang gadis bawah umur. Polis menanhan gadis berkenaan pada 31 Ogos 1994. Nenek gadis itu, Pendek Ahmad dan ahli keluarga telah menerima bantuan Ahli Parlimen Parlimen Kota Melaka Lim Guan Eng pada Septenber 1994. Pada 8 September 1994, polis membenarkan Pendek Ahmad dan ahli keluarga berjumpa gadis itu. Bapa gadis itu telah memberi surat kebenaran kepada pihak polis untuk menahan anak gadisnya. Berikutan peristiwa itu, pada 12 Oktober 1994, Majlis Tertinggi UMNO menerima perletakan jawatan Tan Sri Rahim sebagai Ketu Menteri Melaka, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dan semua jawatan politik.Peguam Negara Tan Sri Mokhtar Abdullah mengumumkan dalam satu sidang akhbar bahawa beliau tidak memutuskan untuk tidak mendakwa Rahim di bawah tuduhan merogol statut kerana tidak cukup bukti. Beliau kemudian mendedahkan bahawa gadis itu mempunyai hubungan seksual dengan 14 oarang lelaki lain. Lim Guan Eng membawa usul di Parlimen pada 24 Oktober 1994 meminta supaya Peguam Negara dipecat kerana enggan mendakwa Rahim sebaliknya mendedahkan latar belakang seksual gadis itu dalam usaha untuk mewajarkan sebab beliau tidak mendakwa Rahim. Dari bulan November 1994 hingga Januari 1995, Pendek Ahmad berusaha mendapatkan k14ebebasan cucunya dengan mengemukakan writ habeas corpus2 tetapi gagal. Lim Guan Eng kemudian menjalankan beberapa siri ceramah bertajuk Kisah Benar mengenai gadis itu. Pada Mac 1995, Guan Eng ditangkap dan didakwa di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 kerana membangkitkan ketidakpuasan terhadap pentadbiran kehakiman di Malaysia dalam satu ceramah yang dikatakan mempunyai kecenderungan14

Writ habeas corpus- writ yang boleh membebaskan seseorang daripada tahanan yang tidak sah.

31

hasutan terhadap kehakiman. Pada 17 Mac 1995, Guan Eng ditangkap sekali lagi dan kali ini didakwa di bawah seksyen 8A(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana mencetak suatu risalah yang mengandungi maklumat palsu, untuk diedarkan dalam ceramah. Guan Eng dibicarakan pada 20 Jun di mahkamah Tinggi Melaka. Pada 6 Jun 1996, Majlis Tertinggi UMNO mengembalikan semua jawatan politik Rahim selepas Peguam Negara menggugurkan dakwaan rasuah terhadap beliau. Pada 28 April 1997, Guan Eng didapati bersalah terhadap kedua-dua tuduhan dan didenda RM15 000 oleh Mahkamah Tinggi Melaka.

c) Melan bin Abdullah dan seorang lain lwn Pendakwaraya [1971 2 MLJ 280] Pada 6 April 1971, akhbar Utusan Melayu menyiarkan sebuah berita yang diucapkan oleh Musa bin Hitam, seorang ahli Parlimen bertajuk Hapuskan Sekolah Beraliran Tamil dan Cina di negeri ini. Ketua Pengarang akhbar Utusan Melayu, Encik Melan bin Abdullah dan penulis tajuk berita itu telah dihadapkan ke Mahkamah Tengah Khas atas tuduhan hasutan berikutan tajuk berita itu kerana melanggar s4(1)(c). Mahkamah Tengah Khas mendapati Melan bertanggungjawab terhadap semua penerbitan dalam Syarikat Utusan Melayu dan mendenda beliau RM500 dan jika gagal boleh dihukum satu bulan penjara; penulis tajuk berita didenda RM1000 atau dua bulan penjara. Kedua-dua mereka telah merayu ke Mahkamah Tinggi. Mahkamah Tinggi memutuskan seperti berikut: 1. Bahawa perayu pertama telah mengambil segala langkah yang perlu dan

beliau tidak gagal dalam standard penjagaan yang diperlukan daripada beliau dan dengan itu kesalahannya patut diketepikan.

32

2.

Perayu kedua bertanggungjawab terhadap penulisan tajuk berita itu, yang

dengan jelas melanggar apa yang diperuntukkan dalam Perkara 152(a) Perlembagaan15 Persekutuan dan dengan demikian termasuk dalam takrifan kecenderungan hasutan, sebagaimana yang dilanjutkan oleh seksyen baru s3(1)f.

d) Kes Pegawai Pendakwaraya lwn Param Cumaraswamy (No.2) [1986] 1 MLJ 518. Tertuduh didakwa mengeluarkan kata-kata hasutan, suatu kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 (Akta 15). Beliau dipanggil membela diri (lihat [1986] 1 MLJ 512). Dalam pembelaan dirinya, tertuduh berkata dalam rayuan terbukanya beliau menggesa Lembaga Pengampunan16 melaksanakan tugasnya dengan adil dan seragam supaya rakyat berasa bahawa lembaga tidak pilih kasih. Mahkamah memutuskan bahawa: 1. Perkatan yang digunakan untuk menunjukkan kepada Lembaga

Pengampunan yang orang ramai tidak harus berasa pihak Lembaga tidak pilih kasih antara Mokhtar Hashim dan Sim Kie bukanlah perkataan yang berkemungkinan untuk membangkitkan discontent atau disaffection dalam kalangan orang ramai. Lagipun ia tidak boleh dikatakan yang kenyataan itu berkemungkinan akan membangkitkan discontent dalam kalangan orang ramai terhadap pihak berkuasa.

2.

Mengambil kira semua keadaan dalam pertimbangan kenyataan tidak

berkecenderungan untuk memupuk ii-will dan keseteruan antara pelbagai kelas rakyat.

15

Perlembagaan- undang-undang atau peraturan negeri atau negara, dasar pemerintah negeri atau negara.

16

Lembaga Pengampunan- Lembaga yang ditubuhkan untuk mendengar rayuan terhadap hukuman yang dijatuhkan setelah proses kehakiman selesai.

33

3.

Rayuan ditujukan kepada Lembaga Pengampunan dan bukan Ruler, dalam

hal ini Yang di-Pertuan Agong. Oleh yang demikian, tidak timbul yang kenyataan itu berkecenderungan untuk membangkitkan kebencian atau content atau excited disaffection terhadap Yang di-Pertuan Agong.

e) Kes Pegawai Pendakwaraya lwn Ooi Kee Saik dan lain-lain [1971] 2 MLJ 108. Tertuduh pertama dituduh dengan kesalahan di bawah s4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15). Tertuduh kedua didakwa menerbitkan perkatan-perkatan hasutan dan tertuduh ketiga dan keempat dituduh mencetak perkataan-perkataan hasutan. Perkataan hasutan dikatakan ditutur oleh tertuduh pertama di suatu jamuan malam yang dianjurkan oleh DAP. Mahkamah memutuskan bahawa: Ucapan itu diambil secara keseluruhan melewati had sempadan kebebasan menyatakan fikiran. Ia menuduh kerajaan terlalu berat sebelah dengan melebihi satu kumpulan dan ini dikira bertujuan untuk membangkitkan perasaan permusuhan dan ketidakpuasan dalam kalangan rakyat Malaysia. Ucapan itu juga memupuk perasaan illwill dan menyentuh sensitif hak keistimewaan17 oarang Melayu. Oleh itu, ucapan itu adalah penyataan kecenderungan hasutan dan tertuduh didapati bersalah.

f) Kes Syed Husain Ali lwn Sharikat Penchetakan Utusan Melayu Berhad dan seorang lain [1973] 2 MLJ 56 Ini adalah sebuah libel berikutan penerbitan laporan ucapan Menteri Besar Johor Haji Hassan Yunus mengandungi perkataan yang memfitnah plaintif. Syed Hussain Ali telah dijemput memberi satu ucapan di Johor pada 22 Disember 1964 kepada sekumpulan pelajar mengenai kemunduran pelajar Melayu. Ucapan ini telah disiarkan oleh Utusan Melayu. Berikutan dengan itu, Menteri Besar telah memberi satu17

Hak keistimewaan- sifat atau keistimewaan sesuatu.

34

ucapan dan disiarkan oleh Utusan Melayu pada Januari 1965. Berita yang tersiar itu menyebabkan palintif mengambil tindakan terhadap Utusan Melayu. Ia dikatakan memberi gambaran bahawa plaintif tidak jujur, tidak setia pada kerajaan, merupakan unsur subversif18, seorang ahli politik yang tidak bertanggungjawab, seorang yang tidak berterima kasih, seorang penyokong Presiden Sukarno, dan seorang instigator kekacauan negara ini. Mahkamah memutuskan bahawa perkataan-perkataan yang diadukan apabila dipertimbangkan dalam konteks laporan berita adalah berbentuk fitnah kepada plaintif. Mahkamah memutuskan berdasarkan bentuk fitnah dan kedudukan plaintif, seorang pensyarah di Universiti Malaya ganti rosak sebanyak RM6500 sebagai mencukupi untuk membersihkan namanya. g) Azwan Ali lwn Sistem Televisyen Malaysia Sdn, Bhd, anak syarikat Ambang Klasik Sdn. Bhd, penerbit Melodi Michael Christian Simon dan hos Melodi Fauziah Ahmad Daud. Azwan Ali telah mengambil tindakan di bawah Akta Fitnah terhadap keempatempat pihak berhubung dengan satu rancangan Melodi yang disiarkan secara langsung melaluiTV3 pada 10 Mei 1998. Azwan mendakwa rancangan Melodi ini menjatuhkan maruah dan air mukanya. Azwan menyatakan dalam penyataan tuntutannya bahawa beliau tidak dapat menerima dialog Fauziah yang dikenali sebagai Ogy dan seorang yang bernama Saiful atau Ah Pek sebagai gurauan, usikan atau apa jua maksud yang menyentuh dirinya. Beliau mendakwa dialog itu berunsur fitnah, malah menghina dan menjejaskan nama baik Azwan Ali. Bagaimanapun, Hakim Datuk Kamalanthan Ratnam memutuskan kes itu ditolak dengan kos setelah mendapati bahawa kenyataan bekas pengacara Melodi TV3, Fauziah Ahmad Daud tidak berunsur fitnah seperti yang didakwa oleh Azwan Ali.

18

Subversif- bertujuan utk melemahkan atau memusnahkan sesuatu sistem politik, kerajaan, agama, dan lain-lain dengan menjalankan aktiviti-aktiviti tertentu secara sulit.

35

Dalam penghakiman 17 muka surat, Hakim menolak saman malu RM2 juta yang diambil oleh Azwan Ali terhadap keempat-empat defenden19, juga menyatakan bahawa Azwan gagal membuktikan kesnya terhadap Fauziah dan defenden lain. Hakim juga menyatakan bahawa tidak perlu dipertimbangkan permohonan maaf kerana perkataanperkataan yang dibuat oleh Fauziah dibuat secara gurauan. Hakim juga mengingatkan bahawa personaliti ternama patut menerima komen kritikal sebagaimana mereka menerima sanjungan kerana kemasyhuran mereka. Hampir semua akhbar yang memberi laporan mengenai kes ini.

h) Kes Datuk Haji Dzulkifli bin Datuk Abdul Hamid lwn Pendakwaraya [1981] 1 MLJ 112. Dalam kes ini, perayu telah disabitkan kerana kesalahan menerima maklumat rahsia rasmi dan suatu dokumen rahsia dan mengkomunikasikannya. Tuduhannya ialah perayu menerima salinan surat Ketua Menteri Sabah kepada Menteri Luar Negeri yang diketahuinya sebagai satu dokumen rahsia rasmi dan beliau telah mengkomunikasikan maklumat itu kepada orang lain. Beliau menyatakan beliau menerima salinan itu menerusi kiriman pos biasa. Hujah utama perayu ialah persoalan sama ada dokumen itu rahsia atau maklumat. Dihujahkan bahawa maklumat dan dokumen tidak boleh dipisahkan daripada satu sama lain dan maklumat tidak lagi menjadi rahsia kerana perkara-perkara yang menjadi kandungan dalam surat sudah diketahui umum dan bukannya rahsia lagi. Mahkamah memutuskan bahawa: 1. Sesuatu dokumen tidak hilang statusnya sebagai suatu dokumen rahsia

hanya kerana ada-ada orang yang tidak berhak mencurinya, menyalinnya, dan menghantar suatu salinan dengan pos kepada perayu secar tidak mengetahui siapa pengirimnya, begitu juga ia tidak hilang kerahsiaannya hanya kerana maklumat dalam surat berkenaan sudah diketahui oleh umum.19

Defenden- orang yang dituduh dan perlu membela diri dalam suatu pertuduhan.

36

2.

Jika pemilik dokumen menganggap rahsia dan kandungan di dalamnya

rahsia, adalah tidak terbuka untuk orang lain untuk menganggap lain daripada itu. Undang-undang patut memberi perlindungan kepada dokumen tersebut walaupun kandungannya telah diketahui umum.

3.

Berhubung dengan bukti dalam kes ini, perayu lebih sesuai dihukum atas

tuduhan berkaitan dengan dokumen dan bukan maklumat. Oleh yang demikian, tuduhan utama patut diketepikan dan hukuman ke atas tuduhan alternatif20 disahkan.

i) Lim Kit Sing lwn Pendakwaraya [1980] 1 MLJ 293 Kes rayuan daripada conviction perayu atas lima tuduhan di bawah Akta Rahsia Rasmi kerana: 1. Menerima maklumat rasmi mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa

penerimaan maklumat adalah tidak sah.

2.

Gagal untuk mendedahkan sumber maklumat

3.

Gagal untuk berhati-hati bagi menghalang penerbitan maklumat itu.

4.

Menyampaikan maklumat itu dalam sebuah ucapan.

5.

Mendedahkan maklumat itu dalam sepucuk surat kepada sebuah

penerbitan.

20

Alternatif- satu pilihan antara dua kemungkinan.

37

Maklumat yang berkaitan adalah berhubung dengan tender21 pembelian kapal fast strike craft untuk Tentera Laut Diraja Malaysia. Perayu disabitkan kesalahan dan dihukum RM5000 atau satu tahun penjara di atas pertuduhan pertama; RM1000 atau dua bulan penjara di atas pertuduhan kedua dan RM 3000 atau penjara sembilan bulan di atas tiap-tiap pertuduhan ketiga, keempat dan kelima. Pendakwaraya telah membuat rayuan balas tetapi tidak mencukupi. Mahkamah memutuskan: 1. Mahkamah ialah kehakiman bukan perundangan, dan mahkamah tidak

patut membuat undang-undang yang membawa anggapan bahawa mahkamah menjalankan kuasa dan fungsi kehakiman. Khususnya, mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk mewujudkan hak seseorang yang tidak mengendahkan peruntukan Akta Rahsia Rasmi atau sebarang undang-undang.

2.

Yang Arif yang membicarakan kes ini betul dalam mendapati bahawa

maklumat yang dirujuk dalam pertuduhan diperoleh melanggar akta itu.

3.

Tugas perayu sebagai seorang ahli Parlimen tidak termasuk hak untuk

mendedahkan maklumat rahsia di luar dari dinding Parlimen kepada orang awam tanpa mengira niat atau tujuan.

4.

Oleh yang demikian, tuduhan tersebut jelas dilakukan. Namun walau

kesalahan itu serius Yang Arif yang membicarakan kes ini betul kerana tidak mengenakan hukuman penjara.

21

Tender- tawaran utk membuat sesuatu pekerjaan atau untuk membekalkan barang.

38

j) Wong Sing Nang lwn Tiong Thai King [1996] 4 MLJ 261 Pempetisyen adalah calon yang tidak berjaya dalam pilihanraya umum pada 25 April 1995 untuk kawasan pilihanraya Lanang sementara penentang adalah calon yang telah menang. Pempetisyen, melalui petisyen ini, cuba membatalkan pemilihan penentang atas alasan bahawa penentang semasa mengendalikan kempen pilihanrayanya telah melakukan penyogokan di bawah s10(a) dan 32(a) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 (Akta itu) dan amalan-amalan rasuah di bawah s32(c) Akta itu. Pempetisyen mendasarkan kesnya atas satu peristiwa yang telah berlaku beberapa hari sebelum hari mengundi di mana satu derma RM200,000 telah dibuat oleh penentang kepada satu tabung sekolah. Pempetisyen mengatakan bahawa derma itu adalah satu derma peribadi oleh penentang dan bahawa ianya dibuat secara rasuah dengan tujuan memujuk pemilih atau pengundi dalam kawasan pilihanraya Lanang mengundinya. Penentang menafikan pengataan sedemikian dan di dalam afidavitnya22 menyatakan bahawa derma itu telah diberikan sebagai satu pendahuluan bagi pihak syarikatnya, Kumpulan Syarikat Rimbunan Hijau (kumpulan itu), yang mana beliau adalah seorang pengarah yang aktif, dan bahawa pendermaan sedemikian yang dibuat oleh kumpulan itu tidak berbeza daripada lain-lain pendermaan oleh kumpulan itu bagi tujuan menggalakkan pendidikan dan budaya Cina di Sibu. Keputusan: Diputuskan, menolak petisyen itu:

1.

Jika satu tindakan yang dilarang oleh statut dilakukan, mahkamah

dibenarkan mengambil darinya inferens biasa prima facie23 bahawa ianya dibuat untuk satu tujuan rasuah. Namun demikian, sebelum inferens sedemikian boleh diambil mestilah terdapat keterangan yang jelas dan tidak taksa di depan mahkamah untuk membuktikan pengataan itu. Lagipun, mahkamah mesti

22 23

bertauliah.

Afidavit- kenyataan atau keterangan bertulis dgn mengangkat sumpah yg disaksikan oleh seseorang pegawai Prima facie-pada pandangan kasar (sebelum diselidik dengan lebih terperinci).

39

mengambil ingat bahawa oleh kerana satu pengataan amalan rasuah adalah bersifat kuasi jenayah seperti juga satu dapatan amalan jenayah akan mendatangkan kesan penal, pengataan sedemikian mestilah dibuktikan oleh pempetisyen melampaui keraguan yang munasabah (lihat ms 265I, 266FG; Re Pengkalan Kota Bye-Election [1981] 1 MLJ 265 diikut). 2. Berdasarkan keterangan, mahkamah berpuas hati bahawa derma itu telah

dibuat bagi pihak Pemandangan Jauh Sdn Bhd, satu anak syarikat kumpulan itu. Ini bermakna bahawa pempetisyen telah gagal membuktikan melampaui kerayuan yang munasabah bahawa ianya adalah satu derma peribadi yang menjadi asas petisyen ini (lihat ms 269FH).

3.

Tidak terdapat keterangan langsung bahawa pengundi-pengundi dalam

kawasan pilihanraya itu telah dalam apa cara pun dipengaruhi oleh derma yang dipersoalkan. Tidak ada sebab mengapa pengundi-pengundi tidak patut menyifatkan derma itu cuma seperti mana-mana derma yang lain oleh induviduindividu atau pertubuhan lain. Dalam keadaan itu, kesimpulan bahawa derma itu mesti sampai suatu takat tertentu telah mempengaruhi pengundi apabila mereka membuang undi mereka tidak boleh dibuat. Jika pengundi tidak berniat mengundi penentang, derma itu tidak akan membuat sebarang perbezaan yang penting (lihat ms 269HI). 4. Oleh itu, pempetisyen telah gagal membuktikan melampaui keraguan

yang munasabah bahawa kesalahan penyogokan atau amalan rasuah dan kesalahan penyogokan am seperti yang dikatakan telah dilakukan oleh penentang kepada petisyen24 ini (lihat ms 270EF).]

k) Menteri Dalam Negeri lwn Jamaluddin Othman

Responden ditahan sesuai dengan perintah yang dibuat berdasarkan s8(1) dari Internal Security Act 1960 ('UU'). Menurut pengakuan Menteri Dalam Negeri, beliau24

Petisyen- permohonan rasmi kepada mahkamah supaya sesuatu tindakan kehakiman dapat diambil.

40

berpuas hati bahawa penahanan responden diperlukan dengan tujuan untuk mencegah dia daripada bertindak dengan cara yang merugikan keselamatan Malaysia. Kesimpulan ini rupanya tiba di selepas menerima laporan dan maklumat yang berkaitan dengan 'melakukan dan kegiatan' dari responden25. Hal ini dinyatakan dalam ayat 3 dari pengakuan Menteri Dalam Negeri tarikh 16 September 1988. Dasar untuk penahanan responden yang terkandung dalam kenyataan yang dibuat berdasarkan s 11 (2) (b) dari undang-undang yang disajikan pada responden.

Hal ini sudah diselesaikan undang-undang di negara ini yang sementara dasar penahanan sebagaimana dinyatakan dalam perintah penahanan yang terbuka untuk mencabar jika diduga menjadi tidak dalam lingkup undang-undang, tuduhan fakta tidak dikaji semula. Prinsip ini diungkapkan di Menteri Dalam Negeri, Malaysia v Karpal Singh. Jadi pertanyaan hanya bagi kita untuk menentukan di sini adalah apakah alasan yang dalam lingkup undang-undang.

Hakim mahkamah bergantung sepenuhnya pada

s11 dari Perlembagaan

Persekutuan pada kebebasan agama sebagai asas untuk memerintah bahawa responden penahanan itu tidak sah. Bahagian penting dari penilaian itu muncul pada p108 dari nota banding mana katanya, ketika disebut s8 dari undang-undang:

Walaupun di bawah s8(1) Internal Security Act, menteri boleh menahan seseorang dengan maksud untuk mencegah orang dari 'bertindak dengan cara apapun yang' merugikan keselamatan Malaysia, saya pandang menteri tidak mempunyai kuasa untuk mencabul hak seseorang untuk mengakui dan amalan agamanya yang dijanjikan di bawah s11 dari Perlembagaan. Jika Menteri bertindak untuk menyekat kebebasan

seseorang dari mengaku dan mengamalkan agamanya, ia bertindak akan tidak konsisten dengan peruntukan seni 11 dan kerana itu perintah penahanan tidak akan berlaku.

25

Responden- orang yg memberikan maklumat (menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dan sebgainya) dlm sesuatu kegiatan kaji selidik.

41

Tanpa ragu-ragu kita mengatakan bahawa kita bersetuju sepenuh hati dengan sentimen yang diungkapkan oleh hakim dipelajari. Kebebasan untuk mengakui dan amalan agama seseorang tidak boleh berubah menjadi lesen untuk melakukan tindakan yang melanggar undang-undang atau tindakan yang cenderung merugikan atau mengancam keselamatan negara. Kebebasan untuk mengakui dan amalan agama seseorang itu sendiri tunduk pada undang-undang umum negara seperti yang telah dinyatakan di f(5) s11 dari Perlembagaan yang menyatakan bahawa:

Artikel ini tidak membenarkan tindakan yang bertentangan dengan undangundang umum yang berkaitan dengan ketenteraman awam 26, kesihatan awam atau moral. Hal ini juga disinggung dalam v Kerajaan Mamat Daud dari Malaysia. Dengan demikian perlindungan yang diberikan oleh s11 dari Perlembagaan tidak boleh menjadi payung lengkap untuk semua tindakan. Alasan-Alasan Untuk Perintah Tahanan:

Bahawa anda, Jamaluddin Othman alias Yeshua Jamaluddin, sejak 1985 hingga ditangkap years PADA 27 Oktober 1987, melibatkan diri dalam rancangan untuk menyebarkan Agama Kristian di kalangan Orang-Orang Melayu.Kegiatan Anda ITU Boleh mendorong kepada timbulnya suasana ketegangan dan permusuhan di ANTARA Masyarakat Islam Artikel Baru Masyarakat Kristian di Negara Suami dan Negara Boleh memudaratkan keselamatan. Kata-kata penting dalam kenyataan yang 'telah melibatkan diri dalam rancangan untuk menyebarkan Agama Kristian di kalangan Orang-Orang Melayu'.Atau dalam bahasa Inggeris was involved in a plan or programme to propagate Christianity amongst Malays '.

Alasan menjadi lebih jelas ketika kita melihat tuduhan fakta yang terkandung dalam kenyataan itu. Penyertaan tuduhan pertama yang bersangkutan dalam suatu kumpulan (pada bulan November 1985) di First Baptist Church, Pantai Road, Petaling Jaya disebut kumpulan Philip Cheong 'kata yang akan dibentuk dengan tujuan untuk

26

Ketenteraman- keadaan atau hal tenteram; keamanan; kesentosaan.

42

menyebarkan agama Kristian di kalangan Melayu. Yang kedua, ketiga dan kelima tuduhan berkaitan penyertaan (tahun 1986) dalam sebuah 'kerja jangka pendek khemah' (kem kerja) dan penyertaan dalam 'seminar tentang perundingan Islam' (di Singapura). Tuduhan Melayu. keempat tuduhan bahawa responden mengkristiankan enam

Jumlah dari asas untuk penahanan kerana itu seharusnya penglibatan responden dalam rancangan atau program untuk penyebaran Kristian di kalangan Melayu. Perlu diamati bahawa alasan tidak, bagaimanapun, menyatakan bahawa tindakan yang telah dilakukan oleh responden kecuali penyertaan dalam pertemuan dan seminar dan bahawa keempat-empat tuduhan bahawa responden mengkristiankan27 enam melayu.

Kami tidak hanya berfikir bahawa penyertaan dalam pertemuan dan seminar boleh membuat seseorang menjadi ancaman terhadap keselamatan negara. Tentang mengkristiankan enam Melayu, bahkan jika itu benar, tidak boleh mengikut pendapat kami dengan sendirinya dianggap sebagai ancaman terhadap keselamatan negara.

Seperti yang dinyatakan oleh mahkamah ini dalam Inspektor Jeneral Polis v Tan Sri Raja Khalid UU diistiharkan dalam s149 dari Perlembagaan Persekutuan dan

merupakan sebahagian daripada undang-undang dasarnya untuk mencegah dan membanteras subversi dan tindakan merugikan ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Dalam kes ini kita pandang bahawa asas untuk penahanan dalam kes ini dibaca dalam konteks yang tepat tidak cukup untuk jatuh dalam lingkup undang-undang.Jaminan diberikan oleh s11 dari Perlembagaan, iaitu kebebasan untuk mengakui dan amalan agama seseorang, harus diberikan kesan kecuali jika tindakan seseorang berjalan dengan baik di luar apa yang biasanya boleh dianggap sebagai yang mengaku dan mempraktikkan agama seseorang.

27

Mengkristiankan- menjadikan sebagai penganut (pengikut) agama Kristian, memasukkan ke dlm agama Kristian

43

l) Teresa Kok lwn Menteri Dalam Negeri Teresa Kok yang merupakan Ahli Parlimen Seputeh telah mengemukakan saman terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan tiga yang lain kerana mendakwa beliau ditangkap dan ditahan secara salah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 2008. Melalui Tetuan S.N. Nair & Partners, Kok memfailkan saman dan pernyataan tuntutan itu di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi kira-kira pada pukul 8.40 pagi. Selain Syed Hamid sebagai defendan pertama, Kok, selaku plaintif, turut menamakan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, DSP E Kim Tien dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua, ketiga dan keempat. Menurut beliau dalam kenyataannya defendan-defendan telah menangkapnya pada pukul 11.15 malam, 12 Sept, 2008, di pintu masuk kediaman beliau secara paksa dan berbahaya. Beliau ditahan selama lebih dua jam tanpa diberi kebenaran untuk menghubungi saudara terdekat atau peguamnya sebelum beliau dibawa ke Balai Polis Wangsa Maju . Menurutnya lagi, pada pukul 2 pagi, 13 Sept, 2008, di Balai Polis Wangsa Maju, barulah beliau dimaklumkan oleh defendan ketiga bahawa beliau ditahan di bawah seksyen 73(1) ISA 1960 atas alasan telah melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh mencetuskan ketegangan dan pergaduhan antara kaum. Kes Teresa Kok juga dilihat bercanggah dengan sistem demokrasi. Dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 5 Fasal 3 menyatakan bahawa seseorang yang

ditangkap hendaklah diberitahu secepat yang mungkin sebab-sebab dia ditangkap serta dibenarkan berunding dengan seseorang pengamal28 undang-undang yang dipilih olehnya untuk membelanya. Ini memperlihatkan bahawa ISA bercanggah dengan sistem demokrasi. Dari sudut yang lain pula, sikap defendan-defendan yang telah menangkapnya secara paksa dan berbahaya adalah amat bertentangan dengan nilai-nilai murni yang diamalkan di negara kita.

28

Pengamal- orang yg bergiat dlm sesuatu profesion (sebagai pekerjaan sehari-harinya).

44

8.0 Penutup

Apabila melibatkan soal sesebuah negara, maka hak asasi manusia perlu berhadapan dengan konteks tempatan dan keperluan yang berbeza dalam mengimplementasi hak asasi manusia. Ini jelas kerana sekiranya Malaysia memensuhkan kelima-lima akta tersebut dan menerima hak asasi manusia sejagat maka beberapa perkara-perkara sensitive perlu diselesaikan terlebih dahulu seperti hak istimewa orang Melayu, kebebasan beragama, sentimen perkauman. Namum isuisu ini dilihat agak sukar dan mustahil diselesaikan pada masa terdekat ini. Ianya memerlukan suatu tempoh masa yang lama

Persekutuan

Malaysia

merupakan

sebuah

negara

yang

mengamalkan

pemerintahan melalui amalan demokrasi berparlimen. Sistem ini mendapat sokongan dan penglibatan pihak pemerintah dan rakyat jelata. Sistem ini memepunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri. Tetapi semuanya terletak kepada cara kita mengendalikannya. Semuanaya bergantung kepada sistem yang kita hendak jalankan. Sistem Parlimen dan pilihanraya di Malaysia akan terus kekal dan bertambah mantap pada masa hadapan.

45