esei waj 3073

6
WAJ 3073 SENI DALAM PENDIDIKAN Menurut Matthew Entai Migang, Sazuki Mohamad Bee, Abdul Latiff Poli dan Azhar Hussin di dalam Modul Program Pensiswazahan Guru bagi subjek Seni dalam Pendidikan, Seni dalam Pendidikan terdiri daripada 3 bidang. Bidang-bidang tersebut adalah Seni Visual, muzik dan pergerakan. Murid dapat memahami ketiga-tiga bidang ini melalui penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi. Aktiviti Seni Visual, muzik dan pergerakan boleh diintegrasikan dalam mata pelajaran lain. Contohnya Bahasa Melayu dan Sains. Konsep dan prinsip Seni dalam Pendidikan Seni Visual adalah tertumpu kepada seni tampak. Proses Seni Visual dapat menjana daya kreativiti murid melalui pelbagai cara. Antaranya daya intuisi dan imaginasi murid. Terdapat empat bidang di dalam Kurikulum Pendidikan Seni Visual. Bidang tersebut adalah menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional. Konsep dan Prinsip Seni Muzik Pergeraka n Seni Visual

Upload: farzaana-nazilah

Post on 15-Nov-2015

15 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

SENI DALAM PENDIDIKAN, WAJ 3073, KONSEP PRINSIP SENI DLM PENDIDIKAN, PPG SEM 7

TRANSCRIPT

WAJ 3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

WAJ 3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

Menurut Matthew Entai Migang, Sazuki Mohamad Bee, Abdul Latiff Poli dan Azhar Hussin di dalam Modul Program Pensiswazahan Guru bagi subjek Seni dalam Pendidikan, Seni dalam Pendidikan terdiri daripada 3 bidang. Bidang-bidang tersebut adalah Seni Visual, muzik dan pergerakan. Murid dapat memahami ketiga-tiga bidang ini melalui penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi. Aktiviti Seni Visual, muzik dan pergerakan boleh diintegrasikan dalam mata pelajaran lain. Contohnya Bahasa Melayu dan Sains.Seni Visual

PergerakanMuzik Konsep dan Prinsip Seni dalam Pendidikan

Konsep dan prinsip Seni dalam PendidikanSeni Visual adalah tertumpu kepada seni tampak. Proses Seni Visual dapat menjana daya kreativiti murid melalui pelbagai cara. Antaranya daya intuisi dan imaginasi murid. Terdapat empat bidang di dalam Kurikulum Pendidikan Seni Visual. Bidang tersebut adalah menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional. Terdapat banyak teknik menggambar yang biasanya dilaksanakan di sekolah. Antaranya ialah lukisan, catan, kolaj, resis, capan dan montaj. Membuat rekaan dan corak pula boleh dibuat secara terancang dan tidak terancang. Antara teknik dalam membuat rekaan dan corak terancang ialah cetakan, kaligrafi, lipatan dan guntingan. Teknik membuat rekaan dan corak tidak terancang pula ialah tarikan, titisan, renjisan, pualaman, tiupan serta ikatan dan celupan. Bidang membentuk dan membuat binaan pula antaranya terdiri daripada arca timbul, arca assemblaj, arca mobail, diorama dan boneka. Bidang kraf tradisional pula merangkumi jenis kraf alat domestik, alat permainan, batik, seni tekat, anyaman dan ukiran yang diwarisi turun temurun berdasarkan kaum masing-masing. Muzik boleh dijadikan medium untuk PdP di sekolah kerana dapat memperkembangkan potensi dan bakat murid selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Muzik mengkaji seni bunyi-bunyian yang terdapat di sekeliling kita. Konsep muzik terdiri daripada irama, melodi, harmoni, warna ton, tekstur, bentuk dan ekpresi. Melodi terdiri daripada aspek pic, skel, jeda, kontur, solfa dan rangkai lagu. Harmoni pula terdiri daripada triad, arpeggio dan pergerakan kod. Irama merangkumi corak irama, rentak, meter, tempo dan detik. Selain itu, ekspresi terdiri daripada dinamiks, istilah dan tanda isyarat. Bentuk dalam konsep muzik pula adalah binari, tinari, rondo, strofik dan sonata. Warna ton pula adalah sifat dan kualiti bunyi tertentu. Contohnya warna ton bunyi anjing menderam adalah berbeza dengan kicauan burung. Jalinan pula terdiri daripada jalinan monofoni, jalinan homofoni dan jalinan polifoni. Pergerakan di dalam bidang Seni dalam Pendidikan pula terdiri daripada kemahiran lokomotor, kemahiran bukan lokomotor dan kemahiran persepsi motor. Contoh pergerakan lokomotor adalah berjalan, berlari, berlari serta berlonjak (leap), melompat dan melompat ketingting. Kemahiran bukan lokomotor adalah pergerakan statik. Contohnya membongkok, meregang, memulas, berpusing, mengangkat badan, merebah dan menghayun. Kemahiran persepsi motor pula merangkumi kemahiran mengimbang, kesedaran badan, kesedaran ruang, kesedaran hala datar, kesedaran arah dan koordinasi tangan-mata atau kaki-mata. Seni dalam Pendidikan perlu diterapkan kepada murid di sekolah. Ini kerana konsep dan prinsipnya bertepatan dengan Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner. Menurut Gardner, setiap orang mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza. Kecerdasan itu boleh ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan. Oleh itu, Seni dalam Pendidikan dapat memberi peluang kepada murid untuk memperkembangkan dan meningkatkan kecerdasan mereka.Konsep dan prinsip Seni dalam Pendidikan merangkumi kecerdasan visual ruang, kecerdasan kinestetik dan kecerdasan muzik. Kecerdasan visual ruang didapati apabila murid melukis sesuatu menggunakan stail, media dan bahan baru. Kecerdasan ini dapat diperkembangkan melalui seni visual. Kecerdasan kinestetik pula dapat dipupuk apabila murid menggunakan pergerakan atau stail baru dalam tarian dan drama. Kecerdasan ini dapat diperkembangkan melalui salah satu bidang Seni dalam Pendidikan iaitu pergerakan. Sementara itu, kecerdasan muzik didapati apabila murid menghasilkan muzik yang luar biasa tetapi masih seronok dan gemar didengar. Kecerdasan ini dapat dipertingkatkan melalui bidang Seni dalam Pendidikan iaitu muzik. Ketiga-tiga komponen Seni dalam Pendidikan iaitu Seni Visual, muzik dan pergerakan dapat diaplikasikan dengan mata pelajaran lain yang diajar di sekolah. Pengaplikasian ini dapat dilaksanakan melalui penyerapan. Menurut Matthew Entai Migang, Sazuki Mohamad Bee, Abdul Latiff Poli dan Azhar Hussin di dalam Modul Program Pensiswazahan Guru bagi subjek Seni dalam Pendidikan, penyerapan ialah proses menyebati dan menyatu padukan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Contohnya guru mengambil petikan sajak daripada buku teks Sejarah. Petikan sajak ini digunakan semasa guru mengajar Bahasa Melayu. Ini bermakna ketika belajar Bahasa Melayu murid dalam masa yang sama juga memperoleh pengetahuan Sejarah. Penyerapan komponen Seni dalam Pendidikan dapat dilaksanakan apabila murid mendeklamasikan sajak dengan gaya bersajak (konsep pergerakan bukan lokomotor) dan diiringi alunan muzik sentimental (konsep muzik). Pengintegrasian seni visual, muzik dan pergerakan dengan mata pelajaran lain juga dapat dilaksanakan di sekolah. Seni Visual dapat diintegrasikan dalam mata pelajaran Sains. Ketika mempelajari mata pelajaran Sains, murid perlu melukis spesimen hidup dan bukan hidup lebih-lebih lagi ketika aktiviti eksperimen. Aktiviti ini dapat diintegrasikan dengan Seni Visual. Murid dapat mengaplikasikan teknik dalam Seni Visual ketika melukis dalam mata pelajaran Sains. Selain itu, konsep muzik juga dapat diintegrasikan dengan mata pelajaran Sains. Contohnya guru menggunakan lagu Tanya Sama Pokok ketika langkah set induksi untuk mengajar topik rantai makanan. Konsep pergerakan juga dapat diintegrasikan apabila murid diminta melompat ketika tiba rangkap lagu yang berbunyi katak minta hujan.Pengintegrasian seni visual, muzik dan pergerakan dengan mata pelajaran Sejarah juga dapat dilaksanakan di sekolah. Contohnya murid diminta melukis bendera Malaysia. Ketika ini konsep Seni Visual dapat diintegrasikan. Konsep muzik dapat diintegrasikan apabila murid diminta menyanyikan lagu Tanggal 31 ketika bulan sambutan kemerdekaan Malaysia. Konsep pergerakan pula dapat diintegrasikan apabila murid diminta berdiri tegak ketika menyanyikan lagu patriotik tersebut. Aktiviti ini melibatkan pergerakan bukan lokomotor. Pengintegrasian seni visual, muzik dan pergerakan dengan mata pelajaran Sejarah juga dapat dilaksanakan di sekolah melalui persembahan boneka. Contohnya guru membuat persembahan boneka ketika guru mengajar topik pergaduhan antara Hang Tuah dan Hang Jebat. Penghasilan boneka dapat mengintegrasikan konsep Seni Visual iaitu dalam bidang membentuk dan membuat binaan. Konsep muzik pula dapat diintegrasikan melalui iringan muzik yang mempunyai warna ton tebal ketika babak pergaduhan sedang dijalankan. Selain itu, konsep pergerakan dapat diintegrasikan ketika boneka berjalan, melompat serta bergerak ke kiri dan ke kanan. Bahasa Melayu

Pengaplikasian Konsep dan Prinsip Seni dalam Pendidikan dengan Mata pelajaran Lain

Sains

Sejarah

Pengaplikasian Konsep dan Prinsip Seni dalam Pendidikan dengan Mata pelajaran lain