esei teori primordial dan pilihan rasional - bosnia herzegovina

18
SKSJ3153 POLITIK HUBUNGAN ETNIK TAJUK : TEORI PRIMORDIAL DAN TEORI PILIHAN RASIONAL: KAJIAN KES ISU POLITIK DAN KONFLIK ETNIK DI BOSNIA HERZEGOVINA NAMA PENSYARAH: ENCIK MUHAMAD NADZRI BIN MOHAMED NOOR DISEDIKAN OLEH : MOHAMAD YATIM BIN AHMAD @ ZAKARIA (A142721) MUHAMMAD AMIR ‘IZZAT BIN ROSLI (A143220) AIZUL FAHMI BIN ABDULLAH (A144762) AZILAN BIN MOHD KHAIRAN (A145477) FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

Upload: amir-izzat

Post on 13-Jul-2016

92 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Teori Primordial Dan Pilihan Rasional

TRANSCRIPT

Page 1: Esei Teori Primordial Dan Pilihan Rasional - Bosnia Herzegovina

SKSJ3153 POLITIK HUBUNGAN ETNIK

TAJUK :

TEORI PRIMORDIAL DAN TEORI PILIHAN RASIONAL:

KAJIAN KES ISU POLITIK DAN KONFLIK ETNIK DI BOSNIA HERZEGOVINA

NAMA PENSYARAH:

ENCIK MUHAMAD NADZRI BIN MOHAMED NOOR

DISEDIKAN OLEH :

MOHAMAD YATIM BIN AHMAD @ ZAKARIA (A142721)

MUHAMMAD AMIR ‘IZZAT BIN ROSLI (A143220)

AIZUL FAHMI BIN ABDULLAH (A144762)

AZILAN BIN MOHD KHAIRAN (A145477)

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

Page 2: Esei Teori Primordial Dan Pilihan Rasional - Bosnia Herzegovina

ISI KANDUNGAN

Halaman

1.0 PENGENALAN 1

2.0 EPISTEMOLOGI KONFLIK 2

3.0 APLIKASI TEORI 3

3.1 Teori Primordial 3

3.2 Teori Pilihan Rasional 4

4.0 KAJIAN KES: ISU POLITIK DAN KONFLIK ETNIK BOSNIAK 6

4.1 Penyelesaian dan Perjanjian Damai 9

5.0 ANALISIS KAJIAN 9

6.0 KESIMPULAN 14

Rujukan 15

Page 3: Esei Teori Primordial Dan Pilihan Rasional - Bosnia Herzegovina

1

1.0 PENGENALAN

Negara Yugoslavia mempunyai majoriti penduduk Bosnia Herzegovina yang

beragama Islam dikenali sebagai etnik Bosniak. Walaupun etnik Bosniak menjadi

majoriti, namun akses terhadap kuasa terutamanya dalam bidang pentadbiran

didominasi oleh etnik Serb dan Croat disebabkan oleh faktor geografi wilayah tersebut

yang berada diantara Republik Serbia dan Croatia. Selain itu, wilayah Bosnia

Herzegovina ini merupakan wilayah yang sering berada dalam konflik sejak 1875

sehingga 1914. Berdasarkan sejarah, terdapat banyak kejadian pembunuhan yang

dilakukan oleh etnik-etnik lain terhadap etnik Bosnia yang beragama Islam. Sejarah

moden penghapusan etnik Islam Bosniak ini telah bermula di Montenegro pada abad

ke-18 yang dilakukan oleh Karadorde, seorang Komander Tertinggi Pemberontakan

Pertama Serbia dengan matlamat ‘hapuskan mereka yang beragama Islam.1 (Alijah,

1994).

Pada tahun 1941 sehingga tahun 1943, telah berlaku sebanyak tiga kali

serangan ke atas etnik Islam Bosnia.2 Serangan ini telah dilakukan oleh golongan fasis

Chetnik Serb yang diketuai oleh Draza Mihailovic yang merupakan General

Yugoslavia Serb semasa Perang Dunia Ke-2.3 Dalam serangan ini lebih daripada

seratus ribu orang Islam etnik Serb telah dibunuh dan ramai lagi dilaporkan hilang.4

Kekejaman terhadap etnik Bosniak Islam berulang lagi pada tahun 1992 sehingga

1995 yang dilakukan oleh etnik Serbia yang dikenali dengan nama Perang Bosnia.

Dalam penghapusan etnik ini, lebih 100 ribu orang dibunuh, 50 ribu wanita dirogol,

serta 2 million penduduk Bosnia hilang tempat tinggal dan menjadi pelarian (Rajah 1).

Kejadian pembunuhan yang paling buruk berlaku di Sarajevo dengan seramai lebih

kurang 10 ribu penduduk Islam dibunuh dalam tempoh tiga tahun perang tersebut

berlaku. Namun, Srebrenica mencatatkan detik hitam yang tersendiri apabila seramai

1 Pada November 1924, disebabkan daripada kempen itu,pembunuhan penduduk Islam telah dilakukan di Kampung Sohavici dan Pavino yang menyebabkan seramai 600 orang penduduk Islam di

penempatan tersebut meninggal dunia. Ketika wilayah-wilayah Bosnia dibahagikan di antara Serbia

dan Croatia, dianggarkan satu daripada sepuluh warga Islam Bosnia mati akibat daripada kekejaman

yang dilakukan oleh etnik Serbia dan Croatia. 2 Arus penghapusan kaum dilakukan dari tahun 1941 sehingga Februari 1942, yang kedua berlaku pada

Ogos 1942 dan yang ketiga dalam tahun 1943 (Alijah, 1994). 3 Chetnik berasal daripada perkataan Ceta bermakna pasukan yang lebih sinonim dengan pasukan fasis

Serb 4 Serangan ini telah dilakukan di beberapa buah kampung seperti Ljubinje, Plana, Berkovici, Avtovac,

Bileca, Kulen- Vakuf, Koraj, Visegrad, Rogatica, Gorazde, Cajnice, Vlasenica, Srebrenica, Nevesinje,

Foca, Prozor, Jablanica, Plevlja, Ustikolina, Gornji Birac, dan Mali Zvornik

Page 4: Esei Teori Primordial Dan Pilihan Rasional - Bosnia Herzegovina

2

8 372 orang Islam lelaki dan kanak-kanak dibunuh dalam satu bulan sahaja iaitu pada

Julai 1995 yang merupakan kekejaman paling buruk di Eropah sejak Perang Dunia

Kedua. Di wilayah Travnik pula, pembunuhan ke atas etnik Bosniak dilakukan

sebanyak dua kali iaitu pada 21 Ogos 1992 yang mengorbankan 224 sementara 118

lagi hilang. Serangan kedua ke atas etnik Bosniak di wilayah yang sama pula berlaku

pada 16 April 1993 di Kampung Ahmici yang membunuh 116 orang.5

Pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh etnik Serb terhadap etnik

Bosniak ini telah mewujudkan konflik kemanusian yang terbesar mengikut etnik

selepas Perang Dunia Kedua. Walaupun etnik Bosniak hidup aman semasa

pemerintahan kerajaan Turki Othmaniah, namun setelah tumbangnya empayar

tersebut pada Perang Dunia Pertama maka kekejaman yang dilakukan ke atas mereka

bermula. Hal ini dapat disaksikan dengan rentetan peristiwa berdarah ke atas etnik

Bosniak sehingga mereka tidak dapat melarikan diri.

2.0 EPISTEMOLOGI KONFLIK

Konflik dalaman sesebuah negara akan memberi kesan kepada keamanan, kestabilan

dan sosial sesebuah negara tersebut. Sehubungan itu, kebanyakan negara moden pada

zaman ini cuba untuk mengelak kewujudan dan perkembangan konflik dengan cara

menguruskan sesuatu konflik yang mampu dan berpotensi mewujudkan krisis. Chamil

Wriya (1989) medefinisikan konflik sebagai pertentangan dan perbezaan pendapat

atau objektif atau pendirian antara dua atau lebih daripada dua negara terhadap sesuatu

perkara. Melalui konflik, krisis juga boleh berlaku antara dua atau lebih pihak yang

punyai prinsip yang berbeza. Krisis adalah satu konsep yang berbeza dengan konflik.

Ini kerana krisis boleh berlaku tanpa diduga dan ia merupakan sebahagian daripada

konflik. Thomas Hobbes (1588-1679) berpendapat bahawa konflik antara individu

adalah bersifat semula jadi. Ini kerana setiap individu akan menurut peraturan semula

jadi atau primitif. Namun melalui aspek pemuafakatan dan sifat bertoleransi akan

membentuk persetujuan dan penyelesaian yang dapat meminimumkan risiko

pertelingkahan dan menghasilkan keputusan yang dapat menjaga kepentingan

bersama. Justeru, andaian bahawa penubuhan institusi adalah dianggap sebagai

5 Antara wilayah Bosnia lain yang diserang oleh tentera Serbia ialah Zvornik, Foca, Visegrad dan

Bijeljina (Jadual 1).

Page 5: Esei Teori Primordial Dan Pilihan Rasional - Bosnia Herzegovina

3

penting untuk mengelakkan peperangan adalah dengan cara bekerjasama di meja

rundingan (Zarina 2006). Selain itu idealisme institusionalisme6 turut membahaskan

bahawa peperangan boleh dielak apabila negara bergantung antara satu sama lain,

terutamanya dari segi ekonomi. Kebergantungan ini menyebabkan negara takut untuk

mencetuskan konflik kerana mereka akan rugi.

3.0 APLIKASI TEORI

Bagi tugasan ini terdapat dua teori yang digunakan iaitu teori primordial dan teori

pilihan rasional. Dua teori ini dijadikan panduan dalam tugasan ini bagi melihat lebih

mendalam akan punca tercetusnya konflik kemanusiaan antara etnik Bosniak dan

Serb. Justeru, jika dihubungkaitkan terdapat sinergi yang kuat antara kedua-dua teori

ini untuk diaplikasikan dalam kajian ini.

3.1 Teori Primordial

Berlin (1958) melihat ia sebagai usaha untuk mencari sebuah identiti dan berkehendak

kepada identiti yang dikenali secara meluas di mana menjadi sebuah sosial yang

penting di peringkat dunia.

Menurut Shils (1960) antara tujuan mereka adalah menuntut sebuah kehidupan

yang maju, keberkesanan dalam kuasa politik, pengukuhan dalam keadilan sosial dan

berperanan penting dalam pentas politik dunia dengan memiliki pengaruh yang besar.

Bagi Geertz (1963) melihat sebagai keinginan sebuah etnik untuk diiktiraf

sebagai agen yang bertanggungjawab kepada masyarakat dalam bentuk harapan,

tindakan dan pandangan kearah mewujudkan sebuah negara yang efektif dan moden.

Beliau melihat primordial sebagai attachments, sentiments dan bonds.

Secara kesimpulan dapat difahami bahawa teori ini sebagai tindakan sebuah

etnik yang memiliki sentimen dan perasaan yang sama dalam bahasa, budaya dan

agama menuju kuasa dan pemerintahan sendiri. Namun begitu, identiti nasional

dijadikan cermin terhadap hubungan sesuatu bangsa dengan ‘yang lain’ dan identiti

6 Institutionalisme menghujahkan bahawa walaupun manusia itu jahat dan ego, konflik dan

peperangan pasti dapat dielakkan. Ini kerana tingkah laku manusia itu boleh dibentuk dan

diperbaiki. Seterusnya mereka menghujahkan bahawa kegagalan institusi politiklah yang

menjadi sebab kepada tercetusnya peperangan (Zarina 2006).

Page 6: Esei Teori Primordial Dan Pilihan Rasional - Bosnia Herzegovina

4

nasional akan lahir daripada sekurang-kurangnya hubungan antara dua kumpulan

berbeza. Perasaan berbeza atau dari kumpulan lain meningkat apabila perbezaan

linguistik, budaya dan kaum semakin ketara, lantas segera mencari identiti masing-

masing. Di samping itu dunia sentiasa menghadapi masalah hubungan antara kaum

yang tegang dan hal ini menunjukkan bahawa hubungan antarabangsa yang

melibatkan kepelbagaian etnik khususnya, boleh mencorakkan pengaruh konflik etnik

dalam negeri itu sendiri. Toynbee (1963) turut berpendapat bahawa politik dunia pada

masa akan datang dibentuk atas garis-garis perkauman atau etnik. Peningkatan

kepentingan angkubah etnik dalam mencari kepentingan dapat dilihat daripada

kedudukan faktor etnik sebagai masalah dalam sesebuah negara.

3.2 Teori Pilihan Rasional

Teori pilihan rasional adalah menjurus kepada realiti sosial dengan cara melihat

pilihan tingkah laku manusia di peringkat individu dan kumpulan. Teori ini

dipopularkan oleh Thomas Sowell (1975), Thomas Schelling (1978), Michael Banton

(1983) dan Mansor Mohd.Noor (2000). Teori pilihan rasional tidak terkait dengan

posisi ideologi tertentu.

Jika dilihat secara metodologi, teori pilihan rasional ini berdiri dengan posisi

metodologi individualism. Hal ini bererti pilihan rasional melihat bahawa pemahaman

terhadap fenomena sosial dibentuk daripada pemahaman terhadap refleksi, keyakinan,

dan strategi individu. Tetapi dalam keadaan lain, teori ini tidak digunakan sepenuhnya

oleh para penganut fahaman individualism liberal. Prinsip dasar teori pilihan rasional

berasal dari ekonomi neoklasik atau juga utilitarianisme dan teori permainan (Levietal

1990). Berdasarkan berbagai jenis model yang berlainan, Friedman dan Hechter

(1988) menterjemahkan apa yang mereka lihat sebagai model kerangka teori pilihan

rasional.

Teori pilihan rasional memusatkan perhatian pada aktor. Aktor dilihat sebagai

manusia yang mempunyai tujuan atau mempunyai maksud iaitu aktor mempunyai

tujuan dan tindakannya berfokus pada keupayaan untuk mencapai matlamat mereka.

Aktor dipandang mempunyai pilihan nilai atau keperluan. Teori pilihan rasional tidak

menghiraukan apa yang menjadi pilihan atau apa yang menjadi sumber pilihan aktor.

Page 7: Esei Teori Primordial Dan Pilihan Rasional - Bosnia Herzegovina

5

Yang paling utama adalah kenyataan bahawa tindakan dilakukan untuk mencapai

tujuan yang sesuai dengan keupayaan pilihan aktor. Hal ini, teori pilihan rasional

awalnya daripada tujuan atau maksud aktor, namun teori ini memperlihatkan

sekurang-kurangnya dua penggerak utama tindakan. Pertama adalah keterbatasan

sumber. Aktor mempunyai sumber yang berbeza mahupun akses yang berbeza

terhadap sumber daya yang lain. Bagi aktor yang mempunyai sumber daya yang besar,

pencapaian bertujuan mungkin relatif mudah.

Teori pilihan rasional umumnya berada di aliran utama teori sosiologi

(Hechter & Kanazawa 1997). Melalui upaya James S. Coleman, teori ini menjadi

salah satu teori ‘hebat’ dalam bidang sosiologi. Namun demikian, pada 1989 Coleman

menerbitkan jurnal Rationality and Society yang bertujuan menyebarkan pemikiran

yang berasal dari perspektif pilihan rasional. Selain itu, Coleman (1990) menerbitkan

buku yang sangat berpengaruh, Foundations of Social Theory berdasarkan perspektif

pilihan rasional itu. Akhirnya Coleman menjadi Presiden the American Sociological

Association tahun 1992 dan memanfaatkan forum itu untuk mendorong kemajuan

teori pilihan rasional dan menamainya ‘The Rasional Reconstruction of Society’. Teori

pilihan rasional adalah satu-satunya teori yang mungkin menghasilkan intergrasi

berbagai paradigma sosiologi. Coleman dengan yakin menyatakan bahawa

pendekatannya dimulai dari dasar metodologi individualisme dan dapat menggunakan

teori pilihan rasional sebagai landasan tingkat mikro untuk menjelaskan fenomena

tingkat makro.

Teori pilihan rasional tentang hubungan etnik mengandaikan individu

mempunyai matlamat dan kecenderungan yang berbeza dan bertindak untuk

memaksimumkan ganjaran material dan kedudukan sosial. Manakala tingkah laku

individu merupakan fungsi sentimen peribadi dan kepercayaan terhadap

kelompoknya. Apabila individu membuat satu pilihan untuk bertindak, pilihan yang

lain akan tertutup. Seterusnya, semasa individu bertindak ke atas pilihan terhadap

tingkah laku yang dibuat, individu berkenaan akan mewujudkan ikatan sosial yang

lebih erat dengan individu lain yang terlibat sehingga membina ikatan sosial antara

individu. Namun, apabila individu gagal memaksimumkan kepuasan melalui pelbagai

dimensi kumpulan sosial yang wujud dalam masyarakat, ia akan berpaling kepada

Page 8: Esei Teori Primordial Dan Pilihan Rasional - Bosnia Herzegovina

6

soal-soal keagamaan dan ketuhanan. Pada dasarnya, manusia adalah mempunyai sikap

kepentingan diri sendiri

4.0 KAJIAN KES: ISU POLITIK DAN KONFLIK ETNIK BOSNIAK

Istilah etnik merujuk kepada satu kumpulan sosial yang secara sedarnya

berkongsi beberapa aspek kebudayaan yang sama dan didefinisikan secara asasnya

menurut keturunan. Ia adalah sebahagian daripada satu rumpun keturunan atau satu

rumpun istilah yang mempunyai makna yang sama iaitu berkaitan dengan ‘kumpulan

minoriti’, ‘bangsa’, atau ‘kaum’ (Nor Azizan 2005). Etnisiti merupakan satu istilah

yang sesuai bagi menerangkan kesedaran sebagai satu kaum. Dalam kajian ini, ia akan

dirujuk sebagai beberapa buah etnik (etnik bosniak, etnik serb). Ia juga boleh

didefinisikan sebagai etnik atau bangsa yang berasakan kepada kaum, agama atau

berakar umbi dari fahaman kebangsaan atau kombinasi beberapa kategori ini. Namun

ini tidak bermakna ketiga-tiga konsep ini adalah satu perkara yang sama, iaitu secara

amnya kesemua kumpulan ini mempunyai matlamat untuk membentuk kesedaran

sebagai satu bangsa melalui warisan persejarahan kaum mereka.

Konflik di Bosnia Herzegovina telah berlaku sejak tahun 1875-1878. Bosnia

Herzegovina merupakan salah sebuah negeri di Semenanjung Balkan yang berada di

bawah pemerintahan kerajaan Uthmaniah sejak tahun 1463. Sebelum itu, Bosnia

Herzegovina telah diperintah oleh beberapa kerajaan Kristian Katholik dan Ortodok.

Di antaranya adalah kerajaan Byzantin, Hungary dan Serbia. Perbezaan mazhab di

kalangan kerajaan-kerajaan Kristian yang memerintah telah mewujudkan dua lagi

aliran penganut Kristian di Bosnia Herzegovina iaitu Kristian Katholik dan Kristian

Ortodok selain daripada ajaran Kristian Bogomil yang telah dianuti oleh orang-orang

Kristian di negeri tersebut (Azlizan 2006). Pemberontakan dan konflik yang berlaku

pada tahun 1875 merupakan pemberontakan yang dicetuskan oleh orang-orang

Kristian di Bosnia Herzegovina. Tujuan pemberontakan tersebut pada dasarnya adalah

untuk menggulingkan kerajaan Islam Ottoman dan menggantikannya dengan kerjaan

Kristian. Mereka menggunakan alasan kelemahan pentadbiran kerjaan Ottoman untuk

memberi fokus perkhidmatan sosial dan ekonomi yang baik kepada mereka sebagai

faktor pemberontakan tersebut. Pada 1876, pemberontakan bertukar kepada

Page 9: Esei Teori Primordial Dan Pilihan Rasional - Bosnia Herzegovina

7

peperangan antara Kristian dan Muslim. Walaupun kerajaan berusaha untuk

menyelesaikan pemberontakan tersebut, mereka tidak memberi kerjasama kepada

kerajaan Ottoman. Ini memberi peluang kepada kuasa-kuasa Eropah untuk

campurtangan dalam masalah dalaman kerajaan Ottoman.

Konflik kembali memuncak sebaik berakhirnya rejim pemerintahan Marshall

Tito di Yugoslavia pada tahun 1980, sentimen komunis yang mendominasi rakyat

Yugoslavia telah diganti dengan ideologi nasionalisme dan kesetiaan terhadap etnik.

Pada masa yang sama, krisis ekonomi yang menekan rakyat Yugoslavia pada waktu

itu telah menjadi punca berlakunya ketegangan etnik dan mengakibatkan pembubaran

republik tersebut (Hirsch 2012). Menurut data yang dikeluarkan oleh Women Under

Siege, pada awal tahun 1990-an, populasi Bosnia-Herzegovina terdiri daripada 43%

etnik Serbia, 17% etnik Croatia dan lebih kurang 7% pula mewakili etnik-etnik

minoriti lain. Walaupun orang-orang etnik Bosniak merupakan kumpulan majoriti di

wilayah tersebut, tetapi akses terhadap kuasa didominasi oleh golongan Serbia dan

Croatia disebabkan oleh faktor geografi wilayah tersebut yang berada diantara

Republik Serbia dan Croatia. Perang menuntut kemeredekaan rakyat Bosniak yang

berlangsung hampir lima tahun tersebut telah mengakibatkan siri pembunuhan

beramai-ramai orang awam dan pemerkosaan golongan wanita Bosniak.

Keganasan terus meletus sehingga pada April 1992 apabila kaum Bosnian

Serbs7

bertindak ekoran daripada undian Bosnia untuk mencapai kemerdekaan.

Mereka ini bertindak dengan menyerang Sarajevo dan kawasan lain (kebanyakannya

terdiri daripada bandar bermajoriti kaum Muslim) yang dituntut oleh mereka untuk

digabungkan bersama Serbia. Peperangan secara pantas meletus dan mengambil

bentuk bersifatkan etnisiti membabitkan kaum Muslim, Serbs dan Croats berkonflik

sesama mereka untuk menakluki wilayah Bosnia tersebut. Rentetan daripada peristiwa

tersebut, beribu-ribu penduduk Muslim lelaki dikeluarkan secara paksaan dan

kemudiannya dibunuh (Malone 2004). Pemberontak Serbia menyerang dan

membunuh penduduk di penempatan Islam dengan cara yang begitu kejam dengan

merompak, membakar dan memusnahkan seluruh perkampungan dan bandar.

7 Istilah Bosnian Serbs ini merujuk kepada rakyat Bosnia berketurunan Serbia, Bosnian Croats merujuk

kepada rakyat Bosnia berketurunan Croatia dan Bosnian Muslims merujuk kepada rakyat Bosnia

berketurunan Muslim.

Page 10: Esei Teori Primordial Dan Pilihan Rasional - Bosnia Herzegovina

8

Oleh kerana perang di Bosnia-Herzergovina adalah kebarangkalian daripada

ketidakstabilan etnik yang besar dalam Yugoslavia pada masa itu, dan berikutan

daripada campurtangan negara jiran, Croatia, Serbia dan Montenegro, ia telah

menyebabkan perbahasan yang berpanjangan samada konflik ini adalah perang

saudara atau perang pencerobohan. Kebanyakan orang Bosnia dan Croat, ahli politik

barat dan organisasi hak asasi manusia menyatakan bahawa perang itu adalah perang

pencerobohan oleh pihak Serbia, manakala orang Serb pula menganggapnya sebagai

perang saudara. Pendekatan realis melihat bahawa politik antarabangsa merupakan

matlamat akhir setiap orang atau negarawan dan ini beranggapan bahawa negarawan

sering kali bertindak berdasarkan konsep kepentingan yang berbeza. Dengan itu,

adalah penting sesuatu negara menentukan apakah dia kepentingan nasional yang

terlibat. Kepentingan nasional ini ditentukan oleh tiga pilihan yang ada dalam sesuatu

dasar luar iaitu sama ada pergelutan untuk mengekalkan kuasa, meningkatkan kuasa

atau mempamerkan kuasa (Grieves 1977)

Sebuah perbicaraan telah diadakan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa,

berikutan daripada pengeluaran saman daripada Bosnia-Herzegovina pada tahun 1993

menentang Serbia dan Montenegro mendakwa berlakunya pembunuhan kaum di sana.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) membuat keputusan pada 26 Februari 2007

dan menentukan bahawa perang itu bersifat antarabangsa, meskipun Serbia

bertanggungjawab untuk pembunuhan kaum yang dilakukan oleh tentera Serb

daripada Republik Srpska. ICJ juga menyimpulkan lagi bahawa, pihak Serbia telah

gagal untuk mengelakkan pembunuhan kaum yang dilakukan oleh tentera Serb

daripada berlaku dan mereka juga gagal untuk menghukum mereka yang

melakukannya, terutamanya Jeneral Ratko Mladic, dan membawa mereka ke muka

pengadilan. Walaupun terdapat bukti pembunuhan, pengepungan bandar, aktiviti

perogolan besar-besaran, pemusnahan etnik dan penderaan di kem dan pusat tahanan

yang dikendalikan oleh tentera Serb yang berlainan terutama sekali Prijedor, Zvornik,

Banja Luka dan Foča, hakim mengatakan bahawa kriteria pembunuhan beramai-ramai

dengan niat tertentu untuk memusnahkan orang Islam di Bosnia hanya berlaku di

Srebrenica ataupun di Timur Bosnia sahaja pada tahun 1995. Mahkamah juga

menyifatkan bahawa jenayah yang dilakukan sepanjang tahun 1992 hingga 1995

Page 11: Esei Teori Primordial Dan Pilihan Rasional - Bosnia Herzegovina

9

sebagai Perang Kemanusiaan mengikut undang-undang antarabangsa, akan tetapi akta

ini tidak membentuk akta berkaitan pembunuhan kaum.

4.1 Penyelesaian Dan Perjanjian Damai

Penyertaan NATO, semasa Operasi Ketenteraan Terancang pada tahun 1995

menentang kedudukan Tentera Republik Srpska telah mengantarabangsakan konflik

ini, namun ia hanya berlaku pada peringkat akhir konflik sahaja. Konflik ini telah

ditamatkan secara rasmi selepas menandatangani Perjanjian Umum Rangka Untuk

Keamanan di Bosnia-Herzegovina di Paris pada 14 Disember 1995. Rundingan

keamanan telah diadakan di Dayton, Ohio, dan mencapai kata putus pada 21 Disember

1995. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Dayton. Kusas-kuasa besar dunia pada

ketika ini (terutama Amerika dan Rusia) telah berkumpul dan mendesak pemimpin

bagi ketiga-tiga buah negara yang berkonflik untuk menghadiri rundingan di Dyton,

Ohio. Para peserta utama dari rantau ini ialah Presiden Republik Persekutuan

Yugoslavia Slobodan Milosevic (mewakili kepentingan Serb Bosnia kerana ketiadaan

Karadzic), Presiden Croatia Franjo Tudman, dan Presiden Bosnia dan Herzegovina

Alija Izetbegovic dengan Menteri Luar beliau Muhamed Sacirbeg.

Perjanjian Dayton ditandatangani bagi mewujudkan keamanan di rantau

Balkan melalui pembangunan serta kerjasama ekonomi dan sosial, memandangkan

Croatia dan Bosnia Herzegovina berjiran. Selain tujuan utama untuk menggalakkan

keamanan dan kestabilan di Bosnia Herzegovina dan untuk menyokong keseimbangan

wilayah dan di sekitar wilayah-wilayah bekas Yugoslavia (Dyton Peace Agreement

1995).

5.0 ANALISIS KAJIAN

Konflik kemanusiaan 1992-1995 antara etnik Bosniak dengan etnik Serb disifatkan

bercampur baur antara mengerikan, menakutkan dan membinggungkan pelbagai pihak

(Boyce 2006). Ia dianggap seolah-olah tiada nokhtah penyelesaiannya kerana kuasa-

kuasa besar dunia seperti lesu dan tidak proaktif dalam menyelesaikan konflik ini.

Malah terdapat juga negara-negara tertentu menyokong dan terus melaga-lagakan

etnik ini seperti Serbia, Croatia dan Russia.

Page 12: Esei Teori Primordial Dan Pilihan Rasional - Bosnia Herzegovina

10

Melihat kepada teori primordial, elemen-elemen seperti perasaan, sentimen

dan harapan dalam sesebuah etnik dalam membina kehidupan yang lebih selamat dan

terjamin amat berperanan sekali. Salah satu unsur yang penting dalam menggerakkan

kekuatan dan kebersamaaan sesama etnik ini seperti yang dijelaskan Geertz (1963)

adalah pertalian darah. Selain menetap di Bosnia-Herzegovina, etnik Serb turut

menetap di Serbia sebagai etnik yang dominan di mana memiliki pemerintahan

sendiri. Atas hubungan darah yang sama, etnik Serb di Serbia telah membantu saudara

mereka sepanjang konflik ini berlangsung. Pertalian darah ini menjadi semakin kuat

sehingga sanggup membekalkan senjata untuk memerangi etnik Bosniak dengan lebih

radikal. Menurut penilaian Mahkamah Keadilan Antarabangsa (2007), beberapa

institusi penting seperti Tentera Rakyat Yugoslav, Tentera Republik Srpska,

Kementerian Dalaman Serbia, Kementerian Dalaman Srpska dan Angkatan

Pertahanan Kawasan Serb telah terlibat dibelakang etnik Serb dari segi bantuan

kewangan dan ketenteraan. Malah pemimpin Serbia secara terbuka menyatakan

sokongan yang kuat dengan menyeru etnik Serb untuk bersatu dalam menghadapi

musuh.

Semangat kebangsaan atau nasionalisme turut mempengaruhi sentimen etnik

Serb untuk berperang secara terbuka dengan etnik Bosniak. Mereka memiliki perasaan

yang sama iaitu bimbang dengan kebangkitan etnik Bosniak yang dikatakan

merancang untuk menubuhkan kerajaan sendiri. Ini boleh mengakibatkan hak etnik

Serb dalam aspek politik, ekonomi dan sosial terancam yang akhirnya mereka

terpaksa berpindah ke negara lain. Presiden Serbia, Slobodan Milosevic juga menyeru

kepada semangat kebangsaan dengan menguatkan Tentera Nasional Yugoslavia dari

sudut latihan ketenteraan dan pembelian senjata. Malah diimbas kembali sejarah,

peperangan mula tercetus apabila etnik Bosniak membuat keputusan mahu merdeka

dan bebas dari cengkaman Serbia. Namun pada Serbia, Bosnia perlu menjadi

sebahagian daripada kawasan jajahannya. Ini secara tidak langsung, berjaya

menaikkan imej beliau sebagai pejuang kebangsaan di mata etnik Serb.

Selain itu, etnik Serb mahu menguasai semua etnik di wilayah Yogoslavia

menerusi bahasa. Bahasa merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam teori

primordial oleh Geertz (1963). Justeru, perluasan bahasa juga mempengaruhi

sentimen etnik Serb untuk menguasai wilayah Bosnia-Herzegovina. Etnik Serb telah

Page 13: Esei Teori Primordial Dan Pilihan Rasional - Bosnia Herzegovina

11

memaksa etnik lain seperti Bosniak dan Croat untuk menggunakan bahasa mereka

dalam kehidupan seharian. Melalui bahasa ia dapat meluaskan pengaruh dan peranan

etnik Serb dalam lanskap politik terutamanya dalam kalangan generasi muda. Bahasa

juga berperanan dalam membina identiti sesebuah masyarakat sama seperti yang

diusahakan etnik Serb supaya dihormati oleh etnik lain.

Salah satu impian Presiden Serbia Slobodan Milosevic, adalah mahu

mewujudkan sebuah wilayah khas untuk etnik Serb dikenali sebagai Negara Serbia

Raya atau Greater Serbia (Petkovic 2009). Sentimen wilayah ini membolehkan etnik

Serb lebih bersemangat dalam menentukan masa depan mereka. Rancangan beliau ini

meliputi sebahagian besar kawasan kerajaan Bosnia-Herzegovina di mana majoritinya

didiami oleh etnik Bosniak. Kawasan yang diimpikan beliau ini subur dengan hasil

bumi seperti pertanian dan perladangan. Ia amat strategik dan penting untuk

kelangsungan masa depan etnik Serb dalam aspek keselamatan makanan atau food

security. Untuk mewujudkan impian yang menyatukan etnik Serb ini, etnik selainnya

seperti etnik Bosniak perlu dihapuskan bagi menjadikan ‘projek’ mega ini berjaya.

Agama turut mempengaruhi sentimen etnik Serb dalam berhadapan dengan

etnik Bosniak. Etnik Serb yang menetap di Bosnia-Herzegovina berasa bimbang akan

usaha penubuhan sebuah kerajaan Islam oleh etnik Bosniak di mana turut mengancam

seluruh Eropah yang beragama Kristian (Anderson 1995). Etnik Serb majoritinya

beragama Kristian Orthodoks menolak kewujudan kerajaan yang berlandaskan syariah

Islam sama sebagaimana yang dialami moyang mereka ketika pemerintahan Kerajaan

Turki Othmaniyah untuk tempoh yang lama. Kebimbangan yang sama turut dirasai

etnik Croat yang beragama Kristian Katolik. Justeru atas sentimen agama inilah Rusia,

Serbia dan Croatia menyokong dan membantu etnik yang beragama Kristian bagi

menghalang usaha etnik Bosniak ini.

Asasnya dapat difahami bahawa etnik Serb yang berada di Bosnia-

Herzegovina dan Serbia saling bersatu dan bekerjasama atas talian persaudaraan,

emosi, sentimen dan perasaan yang sama apabila berasa kehidupan mereka mula

diancam dengan etnik Bosniak dan Croat. Ini sama dinyatakan McKay (1982) bahawa

primordialisme sebagai ‘focuses our attention on the great emotional strength of

ethnic bonds’. Emosi yang sama lahir dari kalangan etnik Serb di Serbia apabila

memikirkan nasib dan masa depan saudara mereka di Bosnia-Herzegovia jika etnik

Page 14: Esei Teori Primordial Dan Pilihan Rasional - Bosnia Herzegovina

12

Bosniak berkuasa kelak. Ia memberi gambaran bahawa penindasan, kekejaman dan

ketidakadilan akan berlaku dalam pemerintahan yang didominasi etnik Bosniak sama

seperti yang dialami mereka sewaktu pemerintahan kerajaan Turki Othmaniyah

dahalu. Kebimbangan ini menambahkan lagi perasaan etnik Serb supaya tidak lega

dan mengambil sikap berjaga-jaga atau curiga dengan setiap tindak tanduk etnik Serb.

Perbezaan negara tidak menjadi penghalang kepada etnik Serb untuk membina

kekuatan dari segi sokongan moral, kewangan dan ketenteraan walaupun terpaksa

menggunakan jalan kekerasan seperti pembunuhan beramai-ramai ke atas etnik

Bosniak. Ini dikuatkan lagi dengan penglibatan beberapa institusi strategik dalam

kerajaan Serbia di mana memiliki sumber kewangan dan kekuatan ketenteraan yang

berskala besar. Ini dapat dilihat menerusi operasi ketenteraan Serbia telah melibatkan

laluan darat dan udara dengan membunuh etnik Bosniak tanpa mengenal umur dan

jantina. Perbezaan etnik dari aspek bahasa, budaya dan agama menjadikan etnik Serb

semakin rancak menjalankan operasi mereka walaupun membatasi nilai kemanusiaan

dan norma undang-undang antarabangsa. Matlamat tidak menghalang etnik Serb

untuk melakukan tindakan diluar logik akal demi menuntut sebuah kuasa untuk jangka

masa yang panjang.

Konflik kemanusiaan antara etnik ini dari prespektif teori pilihan rasional pula

dilihat menerusi individu atau kelompok kaum yang kuat mempunyai matlamat dan

kecenderungan yang berbeza dan bertindak untuk memaksimumkan ganjaran material

dan kedudukan sosial. Konflik di Bosnia Herzegovina disebabkan oleh pengisytiharan

kemerdekaan oleh Croatia dan Bosnia daripada Serbia, pengiktirafan Eropah ke atas

kedua-dua buah Negara tersebut, dan perang Croatia-Serbia. Walaupun peperangan

singkat tetapi bersifat ganas dan kejam. Keganasan telah meletus pada April 1992

apabila etnik Serb bertindak ekoran daripada undian Bosniak untuk mencapai

kemerdekaan. Hal ini menyebabkan etnik Bosniak bertindak dengan menyerang

Sarajevo dan kawasan lain di mana kebanyakannya terdiri daripada bandar yang

majoritinya didiami etnik Bosniak. Pihak Serb menuntut supaya Bosnia Herzegovina

digabungkan bersama Serbia. Peperangan secara pantas meletus dan mengambil

tindakan yang bersifat etnisiti dan membabitkan agama, Serbs dan Croats berkonflik

sesama mereka untuk menakluki wilayah Bosnia tersebut. Akibat daripada rentetan

Page 15: Esei Teori Primordial Dan Pilihan Rasional - Bosnia Herzegovina

13

daripada peristiwa tersebut, beribu-ribu penduduk muslim lelaki dikeluarkan secara

paksaan dan kemudiaanya dibunuh.

Sikap etnik Serb yang berhasrat menguasai semua etnik di Yugoslavia telah

mencetuskan konflik. Etnik Serb memaksa etnik di Yugoslavia supaya menggunakan

bahasa Serb dan menganut Kristian Orthodoks. Etnik Serb juga menyebarkan

propaganda yang mana etnik Serb akan menjadi mangsa penindasan Pope, umat islam,

keturunan Croat dan Albania. Hal ini bertujuan etnik Bosniak hendak menubuhkan

sebuah negara Islam fundamentalist di Bosnia. Perdana Menteri Serbia iaitu Slobodan

Milosevic adalah orang yang bertanggungjawab mencetuskan konflik dengan

menyebarkan dakyah kononnya mereka akan dimusnahkan oleh pihak musuh. Para

pemimpin etnik Serb telah berjaya menanamkan perasaan ketakutan dalam kalangan

etnik Serb keseluruhannya. Dakyah-dakyah tersebut telah menyakinkan etnik Serb

bahawa mereka terpaksa mempertahankan diri. Etnik Bosniak juga tidak pernah

bercita-cita menubuhkan Negara Islam Fundamentalis. Pendekatan teori pilihan

rasional ialah apabila individu gagal memaksimumkan kepuasan melalui pelbagai

dimensi kumpulan sosial yang wujud dalam masyarakat, ia akan berpaling kepada

soal-soal keagamaan dan ketuhanan.

Slobodan Milosevic dikenali sebagai pemimpin nasionalis Serbia yang mahu

mewujudkan Negara Serbia Raya (Greater Serbia) juga bercita-cita tinggi untuk

menjadikan etnik Serb sebagai satu bangsa yang kuat dan berkuasa.. Beliau bermain

dengan sentimen nasionalisme dan perkauman Serbia. Milosevic telah berjaya

menawan hati rakyat Serbia dengan wawasannya untuk mewujudkan gagasan Serbia

Raya, suatu wawasan politik yang menggabungkan semua wilayah tradisi Serbia,

bukan sahaja di Serbia malah di Croatia dan Bosnia- Herzegovina. Wawasan inilah

yang membawa perang di Bosnia. Pendekatan dalam hal ini menjadikan kerangka

teori pilihan rasional iaitu tingkah laku individu merupakan fungsi sentimen peribadi

dan kepercayaan terhadap kelompoknya lebih kuat berbanding kelompok lain.

Page 16: Esei Teori Primordial Dan Pilihan Rasional - Bosnia Herzegovina

14

6.0 KESIMPULAN

Konflik antara etnik Bosniak dan Serb selama empat tahun telah mengakibatkan

banyak kemusnahan harta benda dan mengorbankan ratusan ribu nyawa orang awam

yang tidak bersalah. Persengketaan antara kedua-dua etnik ini menunjukkan bahawa

mereka tidak mampu menerima kewujudan antara satu dengan yang lain walaupun

pernah dianggap sebagai model negara berbilang etnik yang paling harmoni di dunia

ketika itu. Justeru kajian ini menyimpulkan bahawa kumpulan etnik dilihat sebagai

kumpulan individu yang mempunyai perasaan kekitaan yang berasaskan kepada trend

kebudayaan seperti agama, bahasa dan sosial mereka dan dari satu rumpun bangsa

yang mempunyai keturunan yang sama disamping matlamat bertindak dalam konflik

dengan merasakan dirinya tidak terikat dengan negara lain, bersiap sedia untuk

menghalakan sumber-sumbernya sendiri untuk kepuasan sendiri dan bersedia

menerima faedah atau menanggung kesusahan akibat daripada tindakan-tindakannya

melalui kriteria kepentingan nasional. Kebangkitan terhadap rasa kesedaran inilah

yang akan memberi implikasi kepada tingkah laku atau tindak tanduk politik

kumpulan tersebut.

Kekejaman yang dilakukan oleh golongan pelampau etnik Serb terhadap etnik

Bosniak merupakan kejadian dan peristiwa tragis kepada penduduk tempatan yang

terpaksa mengharungi peristiwa pahit berkenaan. Kehadiran badan pengaman

daripada luar dan dalam, badan kerajaan, bukan kerajaan serta individu dan pemimpin

masyarakat yang mahukan keamanan telah berjaya menghentikan kekejaman daripada

terus berlaku. Campur tangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang telah

menghantar pasukan pengaman di bawah United Nation Protected Force

(UNPROFOR) pada Mac 1992 bagi menghentikan kekejaman yang dilakukan

pengganas Serb sedikit sebanyak memberikan jaminan keselamatan kepada penduduk

Bosnia.8

8 Pasukan ini mempunyai kekuatan seramai 23 549 orang anggota daripada seluruh dunia termasuklah

daripada Malaysia.

Page 17: Esei Teori Primordial Dan Pilihan Rasional - Bosnia Herzegovina

15

RUJUKAN

Alijah Gordon. 1994. Bosnia: Saksian Sah Jenayah-Jenayah Perang Dari Mulut

Mereka Yang Pernah Menjadi Mangsa. Terjemah oleh Noor Khairiyati

Mohd Ali. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd dan

Badan Penyelidikan Kemasyarakatan Malaysia.

Anderson, D. 1995. The Collapse of Yugoslavia: Background and Summary.

Commonwealth of Australia: Department of the Parliamentary Library.

Azlizan Mat Enh. 2006. Reaksi Kuasa Besar dalam Konflik di Bosnia Herzegovina

1875-1878. Jurnal Sejarah, Politik dan Strategi. Bil. 33. Bangi: Universiti

Kebangsaan Malaysia.

_____. 2009. Bosnia- Herzegovina: Konflik 1875-1878 Dan Reaksi Kuasa-

Kuasa Besar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Berlin, I. 1958. Two Concepts of Liberty. New York: University Press.

Boyce, S. 2006. Bosnia: War, History and Nationality. Center for Russian and East

European Studies: University of Michigan.

Chamil Wariya. 1989. Dasar Luar Era Mahathir. Kuala Lumpur: Fajar Bakti,

Coleman JS. 1990. Foundations of Social Theory. Cambridge: Harvard University.

Press

Downs, Anthony, 1957. An Economic Theory of Democracy. Harper and Row, New

York,

Friedman dan Hechter. 1988. The Constribution Of Ration Choice Theory to

macrosociolical Research. Sociol.Thoery

Geertz, C. 1963. Old Societies and New States. New York: Free Press.

General Framework Agreement for Peace in Bosnia and Herzegovina. 1995

Hechter and Kanazawa. 1993. Group Solidarity And Social order in Japan

.J.Theor.Polit.

Hirsch, M.L. 8 Februari 2012. Women Under Siege: Bosnia.

http//www.womenundersiegeproject.org/conflicts/profile/bosnia (Diakses pada

11 Disember 2015)

ICJ. 2007. Summary of the Judgement: Application of the Convention on the

Prevention and Punishment of the Crime of Genocide. The Hague:

International Court of Justice

Malcom, Noel. 1996. Bosnia: A Short History. London: Papermac

Page 18: Esei Teori Primordial Dan Pilihan Rasional - Bosnia Herzegovina

16

Malone, D.M (ed.). 2004. The UN Security Council From the Cold War to the 21st

Century. Boulder: Lynne Rienner Publishers.

McKay, J. 1982. An Exploratory Synthesis of Primordial and Mobilizationist

Approaches to Ethnic Phenomena. Ethnic and Racial Studies 5 (4): 397.

Michael Banton. 1985. Racial and Ethnic. Cristopher Bagley American Journal Of

Sociology,University Of Chicago Press

Nor Azizan Idris. 2005. Etnisiti dan Ideologi dalam Hubungan Malaysia-China. Dlm.

Sity Daud dan Zarina Othman (pnyt). Politik dan Keselamatan. Bangi:

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Petkovic, T. 2009. Fight for Great Serbia: Myth and Reality. Center for Southeast

Europe Working Paper Series 3.

Ronald L. Watts, Federalism. 1981. Regionalism and Political Integration, Dalam

David Cameron (Ed). Regionalism and Supra Nationalism. (Montreal : The

Institute For Research and Public Policy

Shils, E. 1960. Political Development in the New States. Comparative Studies in

Society and History 2: 265-292, 379-411.

Theodore A. Couloumbis and James H. Wolfe. 1978. Introduction To Onternational

Relations.Power and Justice. New Jersey

Thomas c. Schelling. 1979. Micromotives and Macrobehavior. Johnson Gradute

School Of Management,Corneel University, sage Publications,inc

Thomas Hobbes. 1968. Leviathan. Harmondsworth: Penguin Books

Ward, Hugh, David dan Gerry Stokker.2002. Theory and Methods in Political

Science. Palgrave McMillan,

Zarina Othman. 2006. Neorealisme dan Institusionalisme dalam Perang dan

Keamanan. Dlm. Ghazali Mayudin, Jamaie Hamil, Sity Daud dan Zaini

Othman (pnyt). Demokrasi Kepimpinan dan Keselamatan dalam Politik

Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia