malaysia dan krisis bosnia

17
Jurnal Kinabalu VI(2000) 25-41 MALAYSIA DAN KRISIS BOSNIA Wan Shawaluddin Wan Hassan * Pendahuluan Apakah sebuah negara kecil ( atau sederhana ) seperti Malaysia boleh lakukan dalam satu-satu krisis atau konflik? Mengapakah ia melibatkan dirinya? Dua persoalan ini sangat menarik dalam meninjau pembentukan dasar luar Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Bosnia. Krisis yang tercetus pada tabun 1992 ekoran perisytiharan kemerdekaan Bosnia, memperlihatkan satu peperangan berat sebelah an tara pihak Serb dan Bosnia Dasar pembersihan etnik yang telah diamalkan oleh pihak Serb ke alas penduduk Islam dan Croat telah mengakibatkan ramai penduduk Bosnia terbunuh (hampir 200,000 orang). Malaysia merupakan antara negara Islam yang telah memberikan reaksi terhadap krisis yang berlaku di Balkan. Penglibatan Malaysia dalam membantu Bosnia dapat dilihat dalam beberapa usaha yang telah diambil, antara lain, melalui diplomasi, bantuan kewangan, kemanusiaan dan moral, penghantaran tentera Malaysia yang menganggotai pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pengambilan pelarian Bosnia Meskipun usaha-usaha ini telah diambil oleh Malaysia serta negara-negara Islam yang lain, namun ia tidak banyak membantu pihak Bosnia lni memandangkan dalam krisis ini pihak Barat telah menetapkan agenda mereka sendiri, lalu sukar bagi pihak dari luar Eropah untuk campurtangan. Artikel ini cuba mengkaji penglibatan Malaysia dalam krisis Bosnia sepanjang 1992-1995. la cuba mengkaji apakah faktor yang telah menyebabkan Malaysia campurtangan dalam satu krisis yangjauh dari Malaysia, apakah kerana faktor Islam atau kerana unsur kepentingan Wan Shawaluddin Wan Hassan ialah Pensyarah Program 'Hubungan .' . Antarabangsa. Selwlah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sa bah. . .

Upload: phungminh

Post on 18-Jan-2017

249 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Malaysia dan Krisis Bosnia

Jurnal Kinabalu VI(2000) 25-41

MALAYSIA DAN KRISIS BOSNIA

Wan Shawaluddin Wan Hassan *

Pendahuluan

Apakah sebuah negara kecil ( atau sederhana ) seperti Malaysia boleh lakukan dalam satu-satu krisis atau konflik? Mengapakah ia melibatkan dirinya? Dua persoalan ini sangat menarik dalam meninjau pembentukan dasar luar Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Bosnia. Krisis yang tercetus pada tabun 1992 ekoran perisytiharan kemerdekaan Bosnia, memperlihatkan satu peperangan berat sebelah an tara pihak Serb dan Bosnia Dasar pembersihan etnik yang telah diamalkan oleh pihak Serb ke alas penduduk Islam dan Croat telah mengakibatkan ramai penduduk Bosnia terbunuh (hampir 200,000 orang).

Malaysia merupakan antara negara Islam yang telah memberikan reaksi terhadap krisis yang berlaku di Balkan. Penglibatan Malaysia dalam membantu Bosnia dapat dilihat dalam beberapa usaha yang telah diambil, antara lain, melalui diplomasi, bantuan kewangan, kemanusiaan dan moral, penghantaran tentera Malaysia yang menganggotai pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pengambilan pelarian Bosnia Meskipun usaha-usaha ini telah diambil oleh Malaysia serta negara-negara Islam yang lain, namun ia tidak banyak membantu pihak Bosnia lni memandangkan dalam krisis ini pihak Barat telah menetapkan agenda mereka sendiri, lalu sukar bagi pihak dari luar Eropah untuk campurtangan.

Artikel ini cuba mengkaji penglibatan Malaysia dalam krisis Bosnia sepanjang 1992-1995. la cuba mengkaji apakah faktor yang telah menyebabkan Malaysia campurtangan dalam satu krisis yangjauh dari Malaysia, apakah kerana faktor Islam atau kerana unsur kepentingan

• Wan Shawaluddin Wan Hassan ialah Pensyarah Program 'Hubungan .' . Antarabangsa. Selwlah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sa bah. . .

Page 2: Malaysia dan Krisis Bosnia

Wan Shawaluddin Wan Hassan

nasional yang lain? Artikel ini juga cuba melihat sejauhmanakah usaha­usaha yang telah diambil oleh Malaysia beIjaya membantu Bosnia. Artikel ini akan dibahagikan kepada beberapa bahagian, bahagian pertama akan membincangkan kepentingan nasional dan diikuti dengan memberi sedikit latar belakang WilaYah Balkan. Seterusnya artikel ini akan membincangkan perkara serta usaha yang telah dilakukan oleh Malaysia dan akhir sekali satu kesimpulan akan dikemukakan.

Kepentingan nasional?

Bagi Joseph Frankel (1990), kepentingan nasional atau national interest merupakan konsep utama dalam dasar luar. Kepentingan nasional diasas berdasarkan nilai yang dipegang oleh satu-satu masyarakat, nilai yang dianggap sebagai lahir dari kebudayaan dan sebagai luahan dari rasa kohesi, nilai yang didefinisikan sebagai sesuatu yang dianggap betul atau adil oleh manusia (Frankel, 1988:95). Menurut Kegley dan Wittkopf pula. kepentingan nasional pada peringkat awal merujuk kepada bagaimana sebuah negara mempromosi kebajikan dalaman warganegaranya, menyediakan pertahanan dari agresi luar dan mempertahankan nilai negara serta eara hidup (1997: 519). Manakala bagi Evans dan Newham (1998) pula ia merujuk kepada 'dasar negara dalam hubungan dengan alam sekitar luar dan cuma boleh diaplikasi kepada negara yang berdaulat dan ia berhubung dengan dasar luar. Dapatlah disimpulkan bahawa kepentingan nasional merujuk kepada nilai yang dipertahankan oleh rakyat sebuah negara yang berdaulat dalam interaksi dengan persekitaran luar. Dengan kata lain apajua tindakan sebuah negara dalam interaksi dengan alam sekitar luar bertolak dari kepentingan nasional. Oleh itu tidak hairan mengapa dasar luar Amerika Syarikat seringkali dikaitkan dengan kepentingan nasional. Campurtangan Amerika Syarikat dalam apa jua konflik di dunia bertolak dari kepentingan nasional iaitu mempertahankan ideologi demokrasi serta memastikan ekonomi laissez-faire berkembang di seluruh dunia. Dua contoh penglibatan Amerika dalam konflik di dunia memaparkan kebenaran ini iaitu Perang Teluk dalam tahun 1990-1991 serta konflik Bosnia. Dalam kedua-dua konflik ini, pertimbangan tentang wujud tidaknya kepentingan nasional jelas kelihatan dalam proses membuat keputusan yakni sarna ada Amerika Syarikat akan campurtangan atau tidak. Memandangkan Kuwait kaya dengan minyak dan Amerika sangat bergantung kepada minyak Kuwait, maka Amerika membuat keputusan untuk earnpurtangan, sedangkan di Bosnia, Washington membuat keputusan untuk tidak campurtangan kerana tiada apa-apa kepentingannya terdapat di Bosnia.

26

Page 3: Malaysia dan Krisis Bosnia

, Malaysia dan Krisis Bosnia

Malah Arnerika membiarkan Eropah menangani kont1ik tersebut dan apabila jelas sekutunya gagal barulah Washington campurtangan. . . . ,

I •

Persoalannya apakah kepentingan nasional itu sesuatu yang kritikal dalam pembentukan dasar luar Malaysia terutarna mengenai Bosnia? Tidak dapat dinafikan bahawa kepentingan nasional sangat mustahak dan sering diambil kira dalam pembentukan dasar luar negara ini. Dalam hal ini nilai yang dianggap penting yang perlu dipertahankan ialah Islam, sistem demokrasi, ekonomi bcbas serta nilai masyarakat berbilang kaum di negara ini. Oleh itu dalam pembentukan dasar luar Malaysia. kesemua unsur-unsur ini sering dipertahankan oleh mereka (Perdana Menteri, Menteri Luar dan Wisma Putra) yang terlibat dalam proses tersebut. .

Latar belakang sejarah

Perang di Yugoslavia dalam tahun 1992-1995 boleh diimbas kembali berdasarkan sejarah lampau wilayah berkenaan. Di sinilah agama-agama besar seperti Kristianiti Barat, Kristianiti Timur, ludaisme dan Islam bertembung. WJ.layah inijuga tumt menyaksikan kemunculan kuasa-kuasa besar Eropah secara silih berganti, an tara lain termasuklah empayar­empayar Rom, Charlemagne, Othmaniah dan Austria-Hungari. Empayar feudal Serb telah dikalahkan dan ditakluki oleh Empayar Othmaniah dalam Perang Kosovo pada talmn 1389. Wilayah ini terus menjadi jajahan takluk Empayar Othmaniah sehingga ke abad ke 19. Satu pemberontakan oleh pihak Serb telah mencetuskan perang saudara dari tabun 1804-1813. Pihak Serb telah memperolehi kemerdekaan penuh hasil dari Perjanjian San Stefano yang telah disahkan oleh Kongres Berlin, masing-masing pada tabun 1878. Oleh itu wilayah ini sejak awallagi telah men jadi medan perebutan dan punca konflik di antara kuasa-kuasa yang muncul ketika itu.

Pada tahun 1908. Bosnia telah dijadikan sebahagian dari Empayar Austria-Hungari. Oleh itu hasrat pihak Serb untuk membebaskan diri dari belenggu Turki, mengisytiharkan pembebasan dan membentuk Greater Serbia yang meliputi Bosnia tidak kesampaian kenina mereka terpaksa berhadapan pula dengan Empayar Austria-Hungari (Malcolm, 1994)~ Keadaan ini menyemarakkan lagi seman gat nasionalisme di kalangan rnereka. Di Sarajevolah, pada 28 lun 1914, Gavrilo Princip telah menembak Archduke Franz Ferdinand dan isteri, suatu insiden yang telah mencetuskan Perang Dunia Pertama. Namun kekalahan Empayar Austria-Hungari dalam Perang Dunia Pertama diikuti dengan pembubaran empayar telah membolehkan idealisme Slav direalisasikan dengan tertubuhnya Kerajaan

27

Page 4: Malaysia dan Krisis Bosnia

Wan Shawaluddin Wan Hassan

Serl>, Croat dan Slovene yang seterusnya dikenali sebagai Yugoslavia, yakni satu percubaan murni untuk menyatukan pelbagai etnik. Begitupun sejak awallagi, pihak Serb mendominasi negara baru ini. Belgrade, ibunegeri Serbia telah dijadikan ibukota '\Ugoolaviadan Serb mula mendominasijawatan tentera, polis, perkhidmatan awam dan kor diplomatik. Etnik Croat dan Slovene disisihkan seolah-olah menunjukkan bahawa mereka sebenarnya bukan sebahagian dari persekutuan tetapi kelihatan dijajah oleh pihak Serb pula.

Perang Dunia Kedua di Yugoslavia turut menyaksikan peperangan yang cukup dasyat di bumi Balkan yang melibatkan beberapa pihak. Pertama, perang melibatkan gerakan gerila Yugoslavia (terdiri dari puak Chetnik dan Partisan Komunis ) menentang tentera Jerman dan Itali yang menduduki Yugoslavia. Tentangan he bat yang diberikan oleh gerakan penentang ini menyebabkan pihak tentera Jerman bertindak balas dengan membunuh seratus tebusan awam bila seorang askar Jerman terbunuh. Kedua, pada masa yang samajuga puak-puak gerakan penentangan iaitu Chetnik (pro-monarki) dan Partisan Komunis terlibat dalam persaingan antara satu sarna lain. Ketiga, keadaan diburukkan lagi apabila pihak fasis Ustasha Croat telah beroleh kuasa dengan penubuhan Independent State of Croatia ( Negera Merdeka Croatia) yang diketuai oleh Ante Pavelic. Ramai juga orang Islam Bosnia yang terlibat dengan aktiviti yang dijalankan oleh regim fasis Ustasha ini sehingga menyebabkan ramai dari mereka menjadi sasaran tindak balas dari pihak Serb, terutamanya Chetnik dan Partisan Komunis. Semasa kekuasaan Ustasha inilah ramai penduduk Serb, Yahudi, Gipsi dan lain-lain telah dibunuh. Dianggarkan antara 185,000 bingga 700,<XXl orang telah dibunuh di bawah regim ini. Namun pihak Serb menganggarkan sekurang-kurangnya 1.1 juta terbunuh (Donia & Fine, Jr., 1995). Pembunuhan secara besar-besaran inilah yang meninggalkan catatan hitam dalam hubungan Serb-Croat - Islam empat dekad kemudian.

Masalah wilayah ini bermula dengan kematian Tito pada tahun 1980 dan kemunculan Slobodan Milosevic yang telah terpilih sebagai pemimpin. Dengan menganjurkan idea Greater Serbia, Milosevic telah mengukuhkan nasionalisme Serb dan menimbulkan kebimbangan di kalangan puak Serb tentang kemungkinan berlaku satu lagi "Ustasha", Keadaan ini telah membolehkan Milosevic memperolehi undi Serb. Apabila Slovenia dan Croatia mengistiharkan kemerdekaan pada bulan J un 1991, dan diikuti oleh Macedonia dan Bosnia-Herzegovina, maka perang di Balkan tidak dapat dielakkan lagi.

28

Page 5: Malaysia dan Krisis Bosnia

· Malaysia dan Krisis Bosnia

Faktor pembentukan satu dasar luar terhadap krisis Bosnia.

Apakah yang menyebabkan Malaysia melibatkan diri di satu wilayah yang tidak pemah menjadi keutamaan dalam dasar luamya? Apakah semata-mata kerana apa yang berlaku di Bosnia itu melibatkan orang Islam? Atau kerana Malaysia memang sensitif dengan pembersihan etnik yang berlaku yang dianggap bertentangan dengan prinsip kemanusiaan? Sejauhmanakah kepentingan nasional memainkan peranan dalam membentuk dasar Malaysia terbadap Bosnia?

Memang tidak dapat dinaflkan bahawa wilayah Balkan tidak pemah menjadi keutamaan dalam dasar luar Malaysia Walaupun hubungan diplomatik telah dijalin dcngan Yugoslavia seawall %9 namun ianya tidak dianggap penting. Hubungan dengan Yugoslavia merupakan salah satu hubungan diplomatik terawal yang dijalinkan oleh Malaysia dengan negara blok komunis. Ini bertolak dari perubahan dasar anti komunis Tunku menjelang akhir 1960an selepas Malaysia disisihkan oleh banyak negara sewaktu berlakunya konfrantasi dengan Indonesia. Begitupun hubungan an tara kedua negara berada pada paras bia<;a sahaja. Namun apabila krisis Bosnia tercetus pada tahun 1992, Malaysia menunjukkan simpati terhadap apa yang dialami oleh penduduk Islam Bosnia.

Sememangnya faktor Islam merupakan satu faktor yang penting dalam penentuan dasar terbadap Bosnia. Oleh kerana apa yang berlaku di Bosnia melibatkan pencerobohan Serb ke atas penduduk Islam (walaupun orang Islam dan Croat turut sama melakukan pembunuhan terhadap pihak Serb) maka simpati Malaysia terhadap Bosnia menjadi begitu ketara. Tambahan pula Malaysia merupakan antara negara anggota yang aktif dalam Persidangan Negara-Negara Islam (OIC). Jadi apa yang berIaku di Balkan sememangnya rnendorong OIC untuk campurtangan. Memandangkan OIC mengambil pendekatan bersama negara-negara anggota yang lain maka Malaysia tidak dapat tidak perlu mempunyai satu dasar yangjelas mengenai Bosnia .

Soalnyajika perkara yang sarna berlaku kepada negara bukan Islam, apakah senti men yang ditunjukkan akan sarna seperti ya'ng ditunjukkan dalam isu Bosnia? Dalam hal ini barangkali senti men yang ditunjukkan tidak akan sarna seperti dalam kes Bosnia. Contohnya mengapa kita tidak me~unjukkan reaksi yang sarna ketika berlaku perang saudara yang rnelibatkan pembunuhan beramai-ramai di Rwanda? Manakala di Somalia,

29

Page 6: Malaysia dan Krisis Bosnia

Wan Shawaluddin Wan Hassan

penglibatan Malaysia cuma terhad kepada penghantaran tentera dalam pasukan pengaman PBB sahaja Memang faktor kekejaman serta kezaliman yang dilakukan pihak Serb menjadi alasan bagi Malaysia (dan ini memang ditekankan oleh Dr Mahathir) membantu Bosnia tetapi ianya diperkuatkan lagi oleh hakikat bahawa penduduk Bosnia beragama Islam. Ini ditambah lagi dengan keengganan pihak Amerika Syarikat untuk mengetuai sekutu Eropahnya. terutama Britain dan Perancis, untuk menyekat keganasan yang dilakukan oleh pihak Serb. Jadi tidak hairanlah mengapa Dr Mahathir mengkritik sikap pihak Barat secara terang-terangan. Sikap appeasement dan berlembut pihak Barat terbadap pihak Serb mengukuhkan pandangan bahawa Malaysia serta negara-negara Islam perlu membantu saudara seIslam mereka dari Bosnia (Nair, 1997).

Faktor penduduk Islam dalam negeri juga penting bagi mendorong Malaysia menggubal satu dasar terbadap Bosnia Memandangkan UMNO merupakan sebuah parti bagi orang Melayu-Islam, sudah tentu ia sensitif terhadap perasaan sebahagian besar masyarakat Melayu bersabit isu ini (W.Shawaluddin W. Hassan, 1999). Pembunuhan yang dilakukan oleh pihak Serb ke atas penduduk Islam dapat ditonton melalui televisyen serta mendapat liputan meluas di akhbar. Ini telah mengukuhkan pandangan mereka terbadap kekejaman pihak Serb. Oleh itu tidak hairanlah apabila masyarakat negara ini cukup bersimpati dengan penderitaan penduduk Islam Bosnia dan memberikan sokongan penuh mereka bila Malaysia menyatakan pendiriannya untuk rnembantu penduduk Bosnia Selain itu pihak kerajaan sememangnya tidak mahu pihak pembangkang terutama PAS mengambil kesempatan untuk mengeksploitasi isu Bosnia demi kepentingan politik mereka. Sebelum perkara ini dilakukan oleh PAS yang berkemungkinan dapat menarik sokongan rakyat terhadap pembangkang, lebih baik kerajaan membuat pend irian nyata dan jelas terhadap isu ini. Sebaliknya, di Indonesia, isu Bosnia telah menimbulkan polemik di antara kerajaan Indonesia dengan masyarakat Islam (kerana Jakarta tidak mahu mengutuk Serbia demi menjaga hubungan baik dengan bekas Yugoslavia) (Suryadinata. 1997). Di Malaysia tidak timbul polemik sedemikian kerana awal-awal lagi kerajaan telah menunjukkan sikap simpatinya terbadap penduduk Islam Bosnia bersabit nasib yang dialami oleh mereka Sudah tentu pendirian kerajaan ini tidak mendapat bantaban maIah lebih diterima oleh penduduk negara ini. Jadi tidak hairanlah mengapa ketika isu ini memuncak, masyarakat telah menunjukkan sikap prihatin mereka dengan mengadakan demonstrasi aman mengutuk tindakan Serb, serta mengadakan pungutan derma yang berjaya mengumpulkan sejumlah besar wang dari seluruh masyarakat Malaysia (Temubual dengan Cik. Amirah Ahmad).

30

Page 7: Malaysia dan Krisis Bosnia

Malaysia dan Krisis Bosnia

Di samping itu dasar Bosnia telah dibentuk ketika Malaysia mula mencapai status scbagai negara perindustrian barn (NIE). Status ini membolehkannya menonjolkan imej sebagai salah satu aktorpenting antarabangsa (Milne & Mauzy, 1999). Imej ini sememangnya cuba ditonjolkan oleh Dr Mahathir, iaitu sebagai seorang tokoh penting Dunia Ketiga, apatah lagi pada tempoh tersebut boleh dikatakan tidak ada pemimpin Dunia Ketiga yang selantang beliau dalam memperjuangkan hak serta membela nasib negara-negara Dunia Ketiga Oleh kerana Malaysia sebagai sebuah negara Dunia Ketiga yang agak maju berbanding negara Islam lain, ia perlu menunjukkan keprihatinannya terhadap keadaan yang berlaku di Bosnia (Temubual dengan Datuk M. Santatanaban). Sudah tentu dasar sebegini tidak menjadi masalah ketika ekonomi negara sedang mengalami kemakmuran dan cukup pesat berkembang. Malaysia mampu untuk membiayai sebarang perbelanjaan yang berkaitan dengan Bosnia tennasuk menghantar tentera menyertai pasukan PBB. Jika dernikianlah halnya, apakah dasar Bosnia adalah untuk melonjakkan nama Dr Mahathir sebagai pemimpin terkemuka Dunia Ketiga? Sukar bagi Dr Mahathir untuk menon jolkan dirinya dalam isu Bosnia memandangkan bukan beliau sahaja yang mempeIjuangkan isu Bosnia. Di kalangan pemimpin negara Islam sendiri ramai telah menunjukkan rasa keprihatinan mereka melalui berbagai bentuk bantuan yang begitu banyak dicurahkan kepada Bosnia terutamanya dari Arab Saudi, Kuwait atau Iran.

Di samping itu, persamaan dari segi penduduk berbagai kaum yang terdapat di kedua-dua negara tersebutjuga turnt membantu pembentukan satu dasar terhadap Bosnia. Seperti Malaysia, Bosniajuga mempunyai penduduk pelbagai kaum biarpun di Bosnia perbezaan lebih kepada perbezaan agama dan bUkan perbezaan kaum kerana kesemua Serb, Croat dan Islam berasal dari rumpun yang sama iaitu Slav. Malaysia sebagaimana Bosnia pemah mengalami pertelingkahan kaum iaitu semasa Peristiwa 13 Mei 1969. Apabila krisis Bosnia tercetus pada tahun 1992, ia cukup mengejutkan masyarakat negara ini memandangkan penduduk Serb, Croat dan Islam pemah hidup aman dan makmur bersama. Oleh itu, Malaysia merasakan bahawa pengalaman masyarakat berbilang kaum negara ini perlu dikongsi dengan Bosnia (femubual dengan Datuk M. Santatanaban). l.ebih penting lagi ialah kerana Malaysia memang menyokong hasrat Presiden Izetbegovic sendiri yang mahu mewujudkan sebuah negara Bosnia yang berdasarkan sistem pemerintahan demokrasi yang terdiri dari tiga kumpulan iaitu Serb, Croat dan Islam (Ramet, 1995). Ringkasnya faktor-faktor yang telah dibincangkan sememangnya saling berkait antara satu sarna lain bagi menghasilkan pembentukan satu dasar Bosnia

31

Page 8: Malaysia dan Krisis Bosnia

Wan Shawaluddin Wan Hassan

Langkah Malaysia Membantu Bosnia

Malaysia telah mengambil berbagai pendekatan dalam menangani isu Bosnia. Pendekatan ini perlu bagi membantu penduduk Bosnia yang sangat memerlukan bantuan dari negara-negara Islam seperti Malaysia. Pendekatan yang telah diambil oleh Malaysia dalam membantu Bosnia melibatkan diplomasi, bantuan kewangan, kemanusiaan dan senjata serta penghantaran pasukan tentera Malaysia ke Bosnia.

Diplomasi

Diplomasi merupakan alat yang digunakan untuk mencapai objektif dasar luar sesebuah negara. Ia berkaitan dengan dialog atau perundingan dan dalam hal ini kadang-kadang ia bukan sebagai alat semata-mata tetapi juga sebagai institusi negara itu sendiri (Evans & Newnham, 1998). Manakala menurut Barston (1988), diplomasi merupakan alat bagi negara, me1alui wakil formal dan lain-lain, menggerak, menyelaras dan memperolehi kepentingan tertentu atau lebih luas dengan menggunakan perhubungan. perbincangan sulit, pertukaran pandangan, melobi, lawatan, ancaman dan aktiviti lain yang berkaitan.

Dalam situasi konflik, diplomasi masih merupakan alat komunikasi, dengan para diplomat memainkan peranan penting mencari penyelesaian. Ringkasnya diplomasi merupakan saluran komunikasi penting dalam internksi antara negara sama ada ketika aman atau ketika konflik.

Apabila tercetusnya perang di Balkan dan pembersihan etnik dijalankan oleh pihak Serb terhadap penduduk Islam dan Croat, Malaysia telah mengambil pendirian mengutuk pihak Barat kerana membiarlcan sahaja apa yang berlaku di Bosnia. Bagi Malaysia peperangan dapat dielakkan jika pihak Barat tidak bersikap acuh tak acuh dalam menangani masalah di peringkat awal. Sikap Eropah yang tidak mahu menggunakan kekerasan dalam mencari perdamaian di Balkan menguntungkan pihak Serb dan sebaliknya merugikan penduduk Islam.

Perdana Menteri yang terkejut dengan apa yang berlaku di Balkan telah melantik Tan Sri Ahmad Kamil sebagai wakil khas Malaysia untuk menangani isu Bosnia (Temubual dengan Datuk M. Santatanaban). Perlantikan Tan Sri Ahmad Kamil, seorang diplomat veteran, menunjukkan Kuala Lumpur memang memandang serius perkembangan yang berlaku di

32

Page 9: Malaysia dan Krisis Bosnia

Malaysia dan Krisis Bosnia

Bosnia. Tan Sri Ahmad Kamil telah pergi ke Washington DC bagi mel obi Amerika Syarikat supaya campurtangan di Balkan. Langkah ini perlu memandangkan Washington telah menyatakan pendiriannya untuk tidak akan campurtangan di Bosnia dengan alasan tiada apa-apa kepentingan Amerika yang terbabit. Melalui usaha mel obi pihak-pihak tertentu di Washington DC maka diharapkan Pentadbiran White House dapat dipengaruhi untuk campur tangan dan tidak membiarkan keadaan menjadi semakin buruk. Dalam usaha untuk menjayakan rancangan melobi ini Malysiajuga turut bergabung tenaga dengan negara-negara Islam seperti Arab Saudi, Pakistan serta Turki (W.Shawaluddin W. Hassan, 1999). Namun usaha ini tidak begitu betjaya menyakinkan Washington untuk menukar pendiriannya dan campurtangan kerana Amerika tidak mahu mengugat perpaduannya dengan sekutu Barat yang lain. Begitupun Amerika Syarikat dalam banyak hal bersependapat dengan pendirian negara-negara Islam. lni tennaksuklah dalam soal pembahagian WLlayah Bosnia dan soal sekatan senjata. Amerikajuga turut mempersoalkan sikap lembut Britain dan Perancis terhadap Serb. Selain usaha ini, Malaysia turut membantu pihak Bosnia di Washington D.C. dari scgi kewangan. Ini penting bagi membantu Bosnia menggerakkan usaha melobi pihak Barat di New York dan Washington D.C. (Temubual dengan Mr Osman Music).

Lebih penting lagi ialah keputusan Kuala Lumpur untuk mengiktiraf kemerdekaan Bosnia pada tabun 1992. Kuala Lumpur juga turnt mengambil tindakan drastik dengan memutuskan hubungan diplomatik dengan Belgrade sebagai tanda sokongan terhadap Bosnia. Sarajevo juga dibenarkan membuka pejabat kedutaan di Kuala Lumpur yang pada peringkat awalnya diwakili oleh Mustafa eerie, seorang ulama terkenal Bosnia (Temubual dengan Mr Osman Music). Ekoran tindakan memutuskan hubungan ini, maka ramai golongan profesional dari Yugoslavia yang bekerja di Malaysia telah terpaksa meninggalkan negara ini. Di samping itu Pemuda UMNO juga mendesak agar kerajaan bertindak menamatkan kontrak dengan fuma-fuma dari Yugoslavia (The Jakarta Post, 11 Ogos 1992).

Malaysiajuga menyokong keputusan Perhimpunan Agung PBB untuk menyingkir Yugoslavia pada Oktober 1992, melobi PBB untuk menggunakan kuasa tentera dalam usaha menghentikan keganasan yang dijalankan oleh pihak Serb dan berusaha untuk menamatkan sekatan senjata yang dikenakan ke atas negara-negara bekas Yugoslavia terutama Bosnia. Usaha-usaha ini telah dilakukan oleh Malaysia berterusan sehingga berakhimya perang dengan Petjanjian Dayton pada tabun 1995.

33

Page 10: Malaysia dan Krisis Bosnia

Wan Shawaluddin Wan Hassan

MaIaysiajuga, melaIui forum antarabangsa seperti Pergerakan Negara­Negara Berkecuali (NAM), Persidangan Negara-Negara Islam (01C) serta Komanwel, menyatakan kebimbangan terhadap kezaliman yang dilakukan oleh tentera Serb dan penderitaan yang elialami oleh penduduk Bosnia dan cuba mempengaruhi anggota-anggota lain menyokong Bosnia. Malaysia sebagai contoh, cuba menyingkirkan Serbia dari NAM semasa Persidangan NAM eli Jakarta pada tabun 1992 tetapi usaha ini telah digagalkan oleh Indonesia. Kegagalan ini disebabkan Jakarta yang menjadi tuan rumah NAM tidak mahu blok ini berpecah (Suryadinata, 1998). Sementara dalam Persidangan Komanwel eli Cyprus pada tabun 1993, Kuala Lumpur cuba menggunakan hubungan rapat dengan Britain ketika itu bagi mendapatkan persetujuan Britain untuk menyokong usaha menamatkan sekatan senjata yang elikenakan ke atas Bosnia. U saba ini juga tidak membuahkan hasil memandangkan Britain serta Perancis bimbang perang akan berlarutan dan kemungkinan ini akan membabayakan keselamatan tentera Britain yang menganggotai pasukan pengaman di Bosnia. Sikap ini menyebabkan Menteri Luar Malaysia, Datuk Abdullah Ahmad Badawi secara sinis mengkritik Britain yang dilihat menghalang usaba menamatkan sekatan senjata. Pendirian Britain dianggap sebagai mengkhianati penduduk Bosnia (The Star, 21 Oktober 1992).

MaIab lebih menarik lagi, kerana isu Bosnia jugalah Malaysia telah mengkritik PBB yang tidak dapat berfungsi dengan berkesan. Bagi Dr Mahathir, kelemahan ini berpunca dari PBB pimpinan Setiausaha Agung, Boutros-Boutros Gall yang terlalu mengikut telunjuk Barat Maka tidak hairanlab apabila Boutros Gali cuba berkempen untuk dipilih bagi kali kedua sebagai Setiausaha Agung, Malaysia telah melobi negara-negara Dunia Ketiga supaya tidak memilih Boutros Gali (Temubual dengan Datuk M. Santatanaban).

Bantuan kemanusiaan

Kuala Lumpur juga menyalurkan sumbangan kewangan kepada Sarajevo. Seperti yang telab eliperkatakan, sumbangan ini adalah untuk membiayai kegiatan Bosnia melobi di Washington dan kegiatan lain yang perlu dilakukan oleh Bosnia Begitupun banyak sumbangan ini telah elisalabgunatum oleh pihak-pihak tertentu Bosnia. Selain sumbangan daripada pihak kerajaan, anggota masyarakat nnut memberi sumbangan merekadari segi wang ringgit serta pakaian untuk dihantar kepada pelarian Bosnia Akhbar utama seperti Utusan Malaysia serta The Star telah melancarkan Tabung Bosnia yang

34

Page 11: Malaysia dan Krisis Bosnia

Malaysia dan Krisis Bosnia

mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dari anggota masyarakat. Lebih RM 2 juta dapat dikutip untuk tabung ini. Pakaian juga turut disumbangkan oleh masyarakat untuk dihantar kepada pelarian Bosnia. Di antara yang dihantar ialah pakaian panas, selimut sertajuga ubat-ubatan yang sangat diperlukan oleh golongan pelarian.

Selain dari itu dalam usaha menunjukkan simpati Malaysia, seramai 300 orang pelarian Bosnia yang terdiri dari kanak-kanak serta orang dewasa telah ditempatkan di beberapa tempat di Malaysia antaranya di Kajang dan Kuching. Penempatan mereka di Malaysia diuruskan oleh Angkatan Bella Islam Malaysia (ABIM). Walau bagaimanapun pengambilan mereka untuk ditempatkan di Malaysia menimbulkan masalah kerana wujudnya perbezaan budaya yang begitu ketara. Tambahan pula ABIM yang bertanggungjawab memberi bantuan telah menggunakan pendekatan Islam. Sudah tentu ini menimbulkan masalah besar kepada pelarian kerana kehidupan mereka selama ini lebih terdedah kepada budaya Barat. Dalam hal ini timbul masalah pada peringkat awal bagi pelarian Bosnia untuk menyesuaikan diri dengan budaya barn dalam kehidupan mereka ini. Walau bagaimanapun. kehadiran mereka di Malaysia kekal sehingga perang tarnat pada tabun 1995. Bahkan semasa perang, ABIM telah menempatkan Malaysian Relief International di Croatia yang bertanggungjawab membantu menyelaraskan bantuan pakaian serta perubatan kepada pelarian Bosnia. Malaysian Relief International telah dikendalikan oleh beberapa petugas dari Malaysia secara sepenuh masa. Pembabitan ABIM menunjukkan bahawa pihak NGO juga turut berganding bahu dengan kerajaan dalam menangani masalah Bosnia.

Tentera Malaysia dalam pasukan pengaman PBB di Bosnia

Dalam usaha menunjukkan sokongan ke arah resolusi konflik, Malaysia turnt menghantar tenteranya dalam pada tahun 1993 untuk menganggotai sebahagian daripada tentera pengaman PBB yang dikenali sebagai UNPROFOR (United Nations Protection Force). Malaysia merupakan antara beberapa buah negara Islam seperti Jordan, Pakistan dan Turki yang terpilih untuk bertugas di Bosnia. Malaysia telah menempatkan seramai 1544 orang tentera di beberapa buah kawasan seperti Konjic, Visoko, Pazaric dan Jablanica. Anggota tentera ini terdiri daripada batalion yang mengandungi dua pasukan infantri bergerak, dua squadron kavalri, squad­ron kejuruteraan dan unit perkhidmatan sokongan (Md. Hashim Hussein, 1996). Bagi membantu pihak Malbat dalam menjalankan operasi di Bosnia,

35

Page 12: Malaysia dan Krisis Bosnia

Wan Shawaluddin Wan Hassan

kerajaan Malaysia telah membuat keputusan membeli APC- MIFV dari Korea Selatan.

Antara peranan misi ini ialah bagi melindungi masyarakat tempatan dan kemudahan prasarana dari sebarang bentuk pencerobohan dan ancaman dari pihak -pihak yang bertelagah di samping mewujudkan kawasan selamat (femubual Lt Nasaruddin Wahab). Persoalannya ialah sejauh manakah kehadiran tentera Malaysia telah membantu penduduk Islam Bosnia? Ternyata tidak banyak yang dapat dilakukan oleh tentera Malaysia semasa mereka bertugas sebagai tentera pengaman dengan PBB. Ini kerana kehadiran pasukan tentera Malaysia cuma terhad di beberapa buah bandar sahaja Oleh itu sukar bagi mereka untuk membantu penduduk lain yang memerlukan pertolongan. Tambahan pula tentera Malaysia seperti pasukan PBB lain tidak dilcngkapkan dengan senjata selain untuk mempertahankan diri sahaja Lantaran itu jika timbul serangan dari pihak yang bertelingkah, mereka tidak mampu untuk mempertahankan penduduk dari sebarang serangan.

Dalam hal ini tidak hairanlah apabila kawasan selamat atau safe haven seperti Srebrenica boleh jatuh ke tangan pihak Serb kerana pasukan pengaman PBB memang tidak mempunyai keupayaan untuk mempertahankan penduduk kampung (Burg & Shoup, 1999). Kejatuhan bandar Srebrenica misalnya telah diikuti oleh pembunuhan beramai-ramai penduduk Islam dan ini scterusnya menjadi satu isu yang cukup kontroversi dengan melibatkan pihak Barat serta PBB. Timbulnya isu seperti ini juga telah menyebabkan PAS misalnya mengambil peluang untuk mengkritik kerajaan. Bagi PAS kehadiran tentera Malaysia di Bosnia cuma bersekongkol dengan pihak Serb kerana telah membiarkan pembunuhan beramai-ramai berlaku (Nair, 1997). Dalam hal ini sudah tentu Malbat tidak boleh dipersalahkan kerana mereka tidak dipertanggungjawabkan untuk mempertahankan Srebrenica Tambahan pula adalah tidak munasabah bagi tentera Malbat untuk melakukan sesuatu di luar kawasan yang dipertanggungjawabkan kepada mereka kerana ini sudah tentu melanggar mandat yang telah diserahkan oleh PBB kepada Malaysia

Bantuan senjata kepada Bosnia

Selain bantuan kemanusiaan. Malaysia turut membantu Bosnia dari segi peraIatan senjata dan peluru. Malaysia serta negara-negara Islam lain seperti Arab Saudi. Turki. Iran dan Brunei telah menyalurkan bantuan kewangan

36

Page 13: Malaysia dan Krisis Bosnia

Malaysia dan Krisis Bosnia

bagi membolehkan peralatan senjata dibeli di pasaran gelap bagi mempersenjatai Bosnia TIdakjelas sebanyak mana sumbangan yang telah dibuat oleh Malaysia dalam hal ini. Namun jumlahnya dikatakan agak besar kerana peralatan senjata tersebut terpaksadiperolehi melalui pasaran gelap dan kemudian diuruskan pembelian oleh Turki dan Iran. Soalnya mengapa Malaysia hams mengambil pendekatan ini? Bagaimana reaksi negara-negara Barat terhadap tindakan ini?

Malaysia dan negara-negara Islam terpaksa mengambil pendekatan ini memandangkan Bosnia telah dikenakan tindakan sekatan senjata oleh MajIis Keselamatan PBB scdangkan mereka sangat-sangat memerlukan senjata. Sekatan senjata ini telah diusahakan oleh Britain dan Perancis dengan alasan untuk mengelakkan perang Gika tercetus) menjadi berpanjangan. Tambahan pula pada waktu itu, pihak Serb Bosnia telah mendapat senjata yang dibekalkan oleh pihak Serbia sedangkan pihak Bosnia pula terpaksa menempuh perang tanpa senjata.

Tindakan negara-negara Islam termasuk Malaysia yang membekalkan senjata secara haram kepada Bosnia sememangnya tidak disenangi oleh Britain dan Perancis. Namun negara-negara Islam agak bemasib baik kerana Amerika Syarikat sendiri kelihatan merestui tindakan negara-negara Islam ini. Amerika Syarikatsememangnya telah mengetahui tentang perkara ini tetapi telah mengambil sikap seolah-olah tidak mengetahui tentang apa yang berlaku. Amerika Syarikat bersikap sedemikian itu dalam hal ini kerana Washington merasakan perang yang berlaku itu tidak begitu adil memandangkan pihak Bosnia terpaksa menghadapi pihak Serb serta Serbia yang lengkap bersenjata. Malah Amerika Syarikat sejak awallagi telah mendesak sekutunya Britain serta Perancis agar membatalkan sekatan senjata yang dikenakan. Bahkan Amerika Syarikat pemah cuba membawa isu membatalkan sekatan senjata ini di Majlis Keselamatan namun ianya telah ditolak oleh Britain dan Perancis. Amerika juga turnt menafikan pembabitan mereka dalam penghantaran senjata ini melalui Croatia serta Bosnia. Begitupun pembabitan bekas tentera Amerika yang berpangkat tinggi yang memberi nasihat kepada pihak Croatia serta Bosnia tidak pemah dinaftkan oleh Washington. Senjata yang dibekalkan oleh negara-negara Islam serta bantuan penasihat teknikal yang diberikan telah banyak membantu pihak Croatia serta Bosnia dalam mencapai kemenangan terhadap pihak Serb di saat akhir perang (Burg & Shoup, 1999). Lebih penting lagi kerana dengan perkembangan ini. pihak Serb telah terdesak untuk bersetuju bernnding kerana bimbang akan kehilangan lebih banyak wilayah kepada

37

Page 14: Malaysia dan Krisis Bosnia

Wan Shawaluddin Wan Hassan

pihak Croat dan Islam. Sebelum ini temyata pihak Serb angkuh menolak usaha yang telah dibuat oleh beberapa perunding antarabangsa seperti Vance-Owen dan Owen-Stoltenburg. Ini seterusnya telah membuka laluan kepada persetujuan pihak Serb dengan Perjanjian Dayton yang telah dimeterai pada tahun 1995.

Kesimpulan

Tidak banyak yang dapat disumbangkan oleh aktor kecil atau negara kecil kepada penyelesaian sesuatu konflik yang berlaku. Namun ini tidak bermakna mereka langsung tidak dapat melakukan sesuatu, apatah lagi dalam konteks ini apabila ia selari dengan kepentingan nasional sesebuah negara. Biarpun pihak Barat telahpun menentukan agenda dan menyebabkan sukar bagi aktor lain untuk turut sama melibatkan diri, ini tidak bermakna negara lain tidak dapat membantu Bosnia.

Faktor Islam ternyata cukup dominan dalam menentukan pembabitan Malaysia di Bosnia. Memandangkan sebahagian besar yang menderita di Bosnia terdiri dari orang Islam dan kerana memang wujud sensitiviti penduduk Islam negara ini terhadap peristiwa yang berlaku maka timbullah desakan agar satu dasar Bosnia dibentuk. Begitupun ketika peristiwa di Bosnia berlaku iaitu sekitar 1992-1995, Malaysia masih mampu melibatkan diri secara aktif dalam is u-isu antarabangsa. Dasar Bosnia melibatkan perbelanjaan yang besar iaitu melebihi RM 1 bilion. Jumlah ini walaupun besar tetapi tidak mendatangkan masa1ah kerana ekonomi Malaysia masih teguh. Ini membolehkan Malaysia menghantar satu kontingen yang besar ke Bosnia malah membiayainya sendiri selepas 1995. N amun selepas berlaku krisis kewangan padaJulai 1997, Malaysia mula merasa bahangnya dan akibatnya, Malaysia terpaksa menarik keluar tenteranya dari Bosnia.

Dasar Malaysia terhadap Bosnia jika dilihat dari segi moral dan kemanusiaan adalah baik jika ia adalah untuk membantu penduduk Bosnia tanpa mengira etnik. Semasa konflik, boleh dikatakan semua etnik sama ada Serb, Croat mahupun Islam mengalami kesengsaraan. Walau bagaimanapun dasar Malaysia terhadap Bosnia ternyata memberi tumpuan yang lebih kepada penduduk Islam serta Croat dan sebaliknya kelihatan menyisihkan puak Serb. Sepatutnya dasar seperti ini tidak berlaku.

Dalam hal ini penduduk awam tidak boleh dipersalahkan kerana mereka tidak bertanggungjawab memulakan konflik. Yang harus dipersalahkan ialah

38

Page 15: Malaysia dan Krisis Bosnia

Malaysia dan Krisis Bosnia

tokoh-tokoh politik seperti Milosevic, Karadzic dan Mladic kerana telah memulakan dan mencetuskan nasionalisme ultra dengan menimbulkan kebencian penduduk Serb terhadap puak Croat dan Islam. Walau bagaimanapun memandangkan kedudukan Islam dalam dasar luar Malaysia memang penting maka Kuala Lumpur telah membuat keputusan untuk campur tangan di Bosnia.

Pembabitan Malaysia di Bosnia turnt diberikan tanggapan negatif oleh pihak Barat. Ini jelas kerana ada usaha untuk mengaitkan pembabitan tentera Malaysia dengan jihad telah tidak disenangi oleh pihak Barat yang tidak maim isu Bosniadikaitkan dengan agama. Namun bantuan yang dihulurkan secara haram untuk membeli senjata kepada Bosnia turut mengukuhkan kebenaran pandangan tersebut. Ini sedikit sebanyak menjejaskan imej Malaysia dalam usaha membantu Bosnia di mata dunia. Jelas semua ini dilakukan kerana Islam sendiri mendasari dasar luar Malaysia terhadap Bosnia. Namun biar apapun pandangan dunia, Malaysia akan sentiasa diingati dan dikenang oleh penduduk Islam Bosnia kerana komitmen dan keprihatinan yang ditunjukkannya sepanjang berlakunya perang dari tahun 1992-1995.

Bibliografi

Abdullah Ahmad (1985) Tengku Abdul Rahman dan Dasar Luar Malaysia 1957-1970 Kuala Lumpur: BeritaPublishing.

Barston, R.P. (1988) Modem Diplomacy London: Longman.

Burg, Steven L & Shoup, Paul L (1999) The War in Bosnia-Herzegovina. Etlmic Conflict and 1ntemational1ntervention Armonk: M.E Sharpe.

Chamil Wariya (1989) Dasar Luar Era Mahathir Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Donia, RobertJ. & Fine Jr., John V.A. (1995) Bosnia-Herzegovina: A Tradition Betrayed London: Hurst & Co.

Evans, Graham & Newnham, Jeffrey (1998) Dictionary of International Relations London: Penguin.

39

Page 16: Malaysia dan Krisis Bosnia

Wan Shawaluddin Wan Hassan

Fatini Yaacob (peny.) (1992) Sejarah Penyembelihan Vmat Islam Yang Dasyat di Bosnia-Herzegovina. Kuala Lumpur: ABIM.

Frankel, Joseph (1990) International Relations in a Changing World Oxford: Oxford University Press

Friedman, Francine (1996) The Bosnian Muslims. Denial Of A Nation. Boulder: Westview.

Kegley, Charles W. & Wittkopf, Eugene R. (1997) World Politics. Trend and Transformation. 6th Edition. New York: St Martin's Press.

Malcolm, Noel (1994) Bosnia: A Short History. New York: New York University Press.

Md. Hashim Hussein (1996) Malaysian Tigers in Bosnia. Kuala Lumpur: Berita Publishing.

Milne, R.S & Mauzy, Diane K. (1999) Malaysian Politics under Mahathir. London: Routledge.

Nair, Shanti (1997) Islam In Malaysian Foreign Policy. London: Routledge.

Ramet, Sabrina P. (1995) Balkan Babel. The Disintergration of Yugoslavia from the Death of Tlto to Ethnic War. 2nd. Edition. Boulder. Westview.

Reynold, P.A. (1994) An Introduction to International Relations. 3rd. Edition.London:LongnruuL

Suryadinata, Leo (1997) Hubungan f:uar Suharto. Jakarta: LP3ES.

W. Shawaluddin W. Hassan (1999) 'The Response of Muslim Countries to the Bosnian Crisis' Kertas kerja yang dibentangkan di International Studies Association Convention Washington DC. 14-20 Februari.

40

Page 17: Malaysia dan Krisis Bosnia

Akhbar:

The New Straits Times The Star The Jakarta Post.

Temununah:

Malaysia dan Krisis Bosnia

Mr Osman Music, Duta Besar Bosnia ke Malaysia di Kedutaan Besar Bosnia, Kuala Lumpur pada 20 Ogos 1999.

Datuk M Santatanaban, Setiausaha Hal Ehwal Eropah dan Asia Tengah, Wisma Putra di Wisma Putra pada 17 November 1998.

Cik Amirah Ahmad, petugas ABIM di Pejabat ABIM, Kuala Lumpur pada 180gos 1999.

Lt Nasaruddin Wahab yang pemah bertugas di Bosnia dari 1994-1995 di Kota Belud pada 20 June 1999.

41