esei penilaian bahasa

19
3.0 PENILAIAN Penilaian telah didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et. al. (1971:xxv) menyatakan “penilaian” sebagai the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives. Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan. Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum. Pentafsiran penilaian berdasarkan data kuantitatif dan penghuraian kualitatif. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru. Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatupembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan kurikulum. 3.1 Kepentingan Penilaian 3.1.1 Penilaian dan ujian mempunyai beberapa tujuan. Antaranya ialah untuk: mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yangsedia ada pada pelajar- pelajar dalam perkara yang hendak diajar. menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar- pelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan.

Upload: noor-asmida-noordin

Post on 22-Dec-2015

26 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

definisi penilaian bahasa, kepentingan, prinsip asas, jenis penilaian.penilaian kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. dari segi tujuan, jenis ujian dan kesimpulan.

TRANSCRIPT

Page 1: Esei Penilaian Bahasa

3.0 PENILAIAN

Penilaian telah didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et. al.

(1971:xxv) menyatakan “penilaian” sebagai the process of delineating, obtaining, and providing

useful information for judging decision alternatives. Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan

bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk

membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.

Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah

satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan

menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran,

kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum. Pentafsiran penilaian

berdasarkan data kuantitatif dan penghuraian kualitatif. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa

atau selepas satu sesi pengajaran guru. Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatupembelajaran

spesifik atau kepada keseluruhan kurikulum.

3.1 Kepentingan Penilaian

3.1.1 Penilaian dan ujian mempunyai beberapa tujuan. Antaranya ialah untuk:

mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yangsedia ada pada pelajar-

pelajar dalam perkara yang hendak diajar.

menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka telah dapat

menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan.

membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan temanteman sekelasnya atau

dengan peringkat kelas yang sama di sekolah. menentukan pelajar yang tinggi

keupayaan dan juga yang amat lemah dalam pencapaian mereka.

membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajar mereka.

Melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa dapat meningkatkan pengajaran mereka;

dan 

membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu

kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.

3.2 Prinsip-prinsip Asas Pengujian dan Penilaian

Page 2: Esei Penilaian Bahasa

Antara prinsip dasar yang harus dijadikan garis panduan dalam pembinaan sesuatu instrumen

penilaian dan pengujian ialah:

i. Penilaian dan Pengujian Mestilah Bersifat “Kesahan” (validity)

a. Kesahan Isi

b. Kesahan Ramalan

c. Kesahan Serentak

d. Kesahan Gagasan

ii. Kebolehpercayaan Ujian

Kebolehpercayaan merujuk kepada ciri skor berhubung dengan ketepatan dan

ketekalan skor bagi menggambarkan prestasi calon dalam perkara yang diuji.

Dalam proses pembinaan item ujian beberapa perkara yang berhubungan dengan

pembinaan item ujian tersebut harus dipertimbangkan. Antaranya ialah objektif ujian,

kandungannya, kemahiran-kemahiran yang akan diuji dan seterusnya aras ujian itu sendiri.

3.3 Jenis Penilaian Bahasa

Penilaian ialah proses menilai sesuatu konstruk berasaskan kepada ukuran -ukuran

yang diperoleh daripada pengukuran-pengukuran yang dijalankan. Tujuan penilaian dalam

konteks persekolahan atau di bilik darjah adalah berkaitan dengan penilaian hasil pengajaran

dan pembelajaran. Dari aspek pengajaran, penilaian yang dibuat membolehkan guru

memperbaiki pengajaran berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada proses tersebut.

Dalam konteks pembelajaran pula, maklumat daripada penilaian dapat membantu guru

membuat diagnosis tentang kelemahan dan kekuatan murid bagi tajuk-tajuk yang diajar.

Maklumat ini seterusnya dapat membantu guru untuk merancang dan melaksanakan program

pemulihan atau pengayaan untuk murid-muridnya. Terdapat beberapa jenis penilaian

3.3.1 Penilaian Rujukan Norma

Page 3: Esei Penilaian Bahasa

Penilaian Rujukan Norma merupakan penilaian yang dibuat dengan membandingkan

pencapaian seseorang murid dengan pencapaian murid/ kumpulan murid lain yang mengambil

ujian yang sama. Disebabkan Penilaian Rujukan Norma bertujuan untuk membandingkan

pencapaian murid, ujian untuk Penilaian Rujukan Norma biasanya meliputi kandungan

pelajaran yang luas, dan dengan demikian, penilaian ini tidak dapat memberikan maklumat

tentang pengetahuan / kemahiran seseorang murid bagi tajuk pelajaran tertentu.

Ujian untuk Penilaian Rujukan Norma ini perlu dibina untuk menghasilkan perbezaan

pencapaian yang maksimum di kalangan murid. Bagi memastikan tujuan ini tercapai, tahap

kesukaran soalan yang dibina perlu dikawal. Selain itu, keputusan ujian ini juga dapat

menentukan kedudukan seseorang murid dalm bilik darjah atau tahun/tingkatannya.  

3.3.2 Penilaian Rujukan Kriteria

Penilaian ini mempunyai tujuan yang berbeza daripada ujian/ Penilaian Rujukan Norma.

Matlamat Penilaian Rujukan Kriteria adalah untuk membandingkan pencapaian murid dengan

kriteria tertentu, iaitu sama ada kriteria tersebut dapat dikuasai murid atau tidak. Pendekatan ini

dipelopori oleh Glaser (1963). Menurut Glaser, kriteria yang digunakan tidak bermaksud

kemahiran tertinggi yang perlu dikuasai murid, tetapi lebih kepada kriteria yang ditetapkan oleh

guru, iaitu pada aras sama sepatutnya murid perlu capai.

Menurut Popham (1981), ujian Rujukan Kriteria digunakan untuk menentukan status

pencapaian individu murid  dalam domain tingkah laku yang ditetapkan. Oleh itu, ujian ini dibina

berpandukan kepada kriteria/ tingkah laku yang telah ditetapkan. Ujian ini juga lebih terperinci/

mendalam dan meliputi kandungan pelajaran tertentu sahaja. Maklumat yang terperinci ini

boleh membantu guru mengenal pasti kelemahan setiap orang muridnya bagi tajuk pengajaran

tertentu. Daripada maklumat tersebut, guru boleh merancang dan melaksanakan program

pemulihan untuk murid-muridnya atau memperbaiki/ mengubah keadaan pengajaran supaya

murid mudah menguasai/ mencapai sesuatu objektif pengajaran.

3.4 Jenis penilaian Bahasa Melayu

Page 4: Esei Penilaian Bahasa

Jenis penilaian tersebut merangkumi ujian Formatif,Sumatif, Ujian Kefasihan, Kemajuan, Ujian

Bakat, Pencapaian.

3.4.1 Ujian Formatif

Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu

kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya skop pengajaran dan

pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas.Tujuan utama guru menjalankan ujian

formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian Formatif

dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta. Biasanya ujian ini

dijalankan dalam bentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek.

3.4.2 Ujian Sumatif

Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir satu

peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan murid. Skop

pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif diasaskan dan dibina secara luas

dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa.

2.4.3 Ujian Bakat

Ujian bakat bertujuan mengesan bakat seseorang dalam menguasai bahasa asing.

Ujian bakat biasanya melibatkan data-data bahasa yang mengandungi unsur-unsur bahasa

seperti fonetik,tatabahasa dan kosa kata. Melalui ujian ini murid-murid akan melakukan

berbagai-bagai aktiviti bahasa seperti meniru penyebutan bunyi-bunyi, mengubah bentuk, atau

struktur sesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan konteks dan sebagainya. Setelah

hasil ujian dianalisis guru dapat mengenal pasti murid-murid yang berbakat dan berpotensi

untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat.

3.4.4 Ujian Pencapaian

Page 5: Esei Penilaian Bahasa

Ujian Pencapaian  bertujuan untuk menentukan setakat manakah murid-murid telah

menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah dipelajari.  Ujian ini boleh dijalankan

pada akhir kursus atau setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran.Sejauh mana sesuatu

kemahiran itu dikuasai dalam satu jangkamasa yang ditetapkan boleh ditentukan melalui dua

set ujian yang berlainan. Ujian ini dinamakan ujian pra dan ujian pos.

3.4.5 Ujian Kefasihan

Ujian Kefasihan  bertujuan untuk menentukan setakat manakah seseorang telah

mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan.  Ujian ini menilai kebolehan

umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajarinya. Biasanya ujian ini digunakan untuk

menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan

kebolehan mereka.

Page 6: Esei Penilaian Bahasa

3.5 PENILAIAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

3.5.1 Penilaian Kemahiran Lisan

Penilaian lisan dibuat untuk mendapatkan maklumat hasil interaksi antara;

Pelajar dengan pelajar

Pelajar dengan guru

Pelajar dengan bahan pembelajaran

3.5.2 Aspek Lisan Yang Dinilai

1. Kefahaman konsep

2. Pengetahuan fakta

3. Pemikiran peringkat tinggi

4. Kecekapan mendengar

5. Penggunaan bahasa yang tepat

6. Kecekapan matematik

7. Gaya persembahan

8. Kelancaran berbahasa

9. Pertuturan dan sikap

Dalam waktu pengajaran dan pembelajaran, aktiviti penilaian perlu dilakukan oleh guru

untuk mendapatkan maklum balas bagi aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh murid.

Penilaian yang dimaksudkan bukan hanya dalam bentuk formal, tetapi lebih merupakan

penilaian yang berterusan. Antara aktiviti yang boleh dijalankan seperti;

Aktiviti berbual

Aktiviti bercerita

Aktiviti berlakon

Aktiviti berpuisi

Aktiviti bercakap berdasarkan gambar

Page 7: Esei Penilaian Bahasa

3.5.3 Penilaian Kemahiran Bertutur

Penilaian kemahiran bertutur dinilai dari segi sebutan ,tekanan,jeda, intonasi

tatabahasa, kelancaran dan kefasihan.

1. Sebutan. Kecekapan berbahasa murid-murid jelas apabila pelajar mahir mengenal huruf dan

bunyi setiap abjad ,suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat.Selain melatih murid-murid

menyebut dengan tepat, mereka juga perlu bertutur dengan betul mengikut bunyi,ejaan dan

makna. Biasanya kesalahan menyebut sering berlaku di kalangan murid-murid bahasa kedua.

Gangguan bahasa ibunda yang sering menghalang pembelajaran mereka.

2. Tekanan. Satu cara menyebut perkataan,frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada

tempat-tempat tertentu. Biasanya tekanan dilakukan pada suku kata dan ia bertujuan untuk

menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan. Lambang yang diberikan untuk tekanan

itu ialah /?/.Dalam Bahasa Malaysia ,tekanan tidak membezakan makna. Ia hanya untuk

menyedapkan percakapan atau bacaan( Misalnya dalam bacaan sajak) atau untuk

menandakan tempat atau aspek yang perlu diberi perhatian.

3. Jeda. Disebut sebagai persendirian. Unsur ini digunakan untuk memisahkan elemen-elemen

lingustik seperti perkataan, rangkai kata atau ayat. Jeda digunakan sebagai hentian sebenar.

Lambang jeda ditanda seperti ini # dan apabila digunakan ia boleh membawa makna yang

berbeza. Contoh ayat seperti berikut:

1. (# saya minum susu lembu #)(Maksudnya: Orang yang bercakap itu hanya minum susu

lembu dan bukan susu lain)

2. /# saya minum susu # lembu #(Maksudnya: Orang yang bercakap itu memanggil orang

dilawan bertutur itu sebagai lembu dan menyatakan yang dia hanya minum susu)

Sebagai contoh:(# saya makan biskut kopi),(#saya makan buskut #kopi)

4. Intonasi: Intonasi:adalah keadaan yang menaik dan menurun sewaktu sesuatu ayat

dilafazkan. Ia kadangkala disebut nada suara. Intonasi ayat dalam Bahasa Malaysia biasanya

tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan.Intonasi boleh

Page 8: Esei Penilaian Bahasa

menurun ,menaik, mendatar, meninggi dan sebagainya. Misalnya, Ayat Tanya mempunyai

intonasi yang menaik di akhir ayat manakala Ayat Penyata mempunyai intonasi yang menurun.

5. Tatabahasa: adalah sistem, peraturan atau undang-undang yang menggabungkan perkataan

untuk membentuk ayat. Antara aspek yang dinilai ialah fonologi, morfologi dan sintasis.

6. Kelancaran: Kelancaran bermaksud boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas.

Dinilai melalui kelancarannya menyampailkan idea, pandangan atau hujah yang baik, bernas,

licin dan teratur.

7. Kefasiran: Kefasiran bererti boleh bercakap bukan sahaja dalam bentuk yang kemas,teratur,

dan lancar tetapi boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan yang dituturkan itu secara

tepat dan jelas.Ini bererti seseorang itu menuturkan bahasa itu seperti seorang penutur jati.

Ujian bertutur boleh dilakukan melalui;

Tugasan dalam ujian bertutur

1. Memadankan

2. Menyusun dan melengkapkan

3. Menyelesaikan masalah

4. Berinteraksi

5. Simulasi

6.  Projek

3.5.4 Pengendalian Ujian Bertutur

a) Ujian secara berkumpulan

Terdiri daripada 4 - 6 orang murid

Panjang masa perbualan tidak lebih daripada 30 minit

b) Ujian secara individu

Panjang masa menguji yang sesuai

Dilaksanakan secara ringkas

Page 9: Esei Penilaian Bahasa

3.6 PENILAIAN KEMAHIRAN MEMBACA

Penilaian kemahiran membaca merupakan kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh

murid-murid. Penilaian kemahiran membaca penting untuk guru-guru mengetahui tahap

kemajuan murid-murid. Penilaian ini boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk penilaian dan jenis

pengujian.Kemahiran mem,baca merupakan keupayaan murid-murid membaca ayat dengan

lancer serta sebutan ,intonasi dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberikan kepada aspek

pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara krirtis dengan menggunakan pelbagai

teknik membaca.

1. Proses membaca dapat dirumuskan sebagai perlakuan yang kompleks. Hasil

pembacaan ialah pemahaman perkara yang telah dibaca daripada pengecaman dan

penyebutan huruf-perkataan dan ayat.

2. Penilaian pengajaran kemahiran membaca antara lain ialah;

3. Membolehkan pelajar mengenal huruf, menyebut nama huruf, menyebut perkataan yang

dibentuk daripada jalinan huruf-huruf.

4. Guru dapat melatih pelajar membaca dengan sebutan, nada dan intonasi yang betul

berdasarkan teks yang dibaca.

5. Guru melatih pelajar membaca senyap dan pantas untuk memahami bahan bacaan.

6. Pelajar dapat memetik isi-isi penting bahan yang dibaca dengan cepat, pantas, tepat

dan menyatakan semula isi bahan bacaan kepada orang lain dengan menggunakan

ayat yang betul dan mudah difahami.

7. Melalui kemahiran membaca, guru dapat menilai perluasan perbendaharaan kata dalam

pelbagai konteks.

8. Penilaian daripada kemahiran membaca dapat merujuk kepada masa hadapan, iaitu

penyelesaian masalah sendiri dan masyarakat.

3.6.1 Ujian Kefahaman Membaca

Menurut Santoz (1976), terdapat 6 peringkat kefahaman membaca yang dapat diuji.

Pembahangiannya ini berdasarkan kefahaman membaca bagi bahan-bahan yang bukan bahan

Page 10: Esei Penilaian Bahasa

sastera. Spache (1972) pula menyarankan tentang peringkat kefahaman yang berhubung kait

dengan bahan bacaan berbentu sastera.

3.6.2 Peringkat Kefahaman Membaca Santoz

1. Soalan berbentuk mengecam atau mengingat butiran.

2. Soalan terjemahan.

3. Soalan berbentuk aplikasi.

4. Soalan berbentuk analisis.

5. Soalan berbentuk sintesis.

6. Soalan berbentuk penilaian.

3.6.3 Peringkat Kefahaman Membaca Spache

Menurut Spache (1972) pula, berikut ialah peringkat-peringkat kefahaman kritis yang

dapat diperkembangkan di kalangan murid dengan menggunakan bahan-bahan berbentuk

sastera. Peringkat kefahaman ini bolehlah digunakan untuk soalan-soalan kefahaman bahan

sastera.

1. Mencari maklumat.

2. Mengetahui tujuan pengarang.

3. Membezakan pendapat dan fakta.

4. Membuat kesimpulan.

5. Membuat penilaian.

6. Melihat propaganda.

Bacaan secara kritis yang disarankan oleh Spache ini penting kerana membolehkan

murid mencapai peringkat kefahaman yang lebih mendalam dan berfikir secara kritis.

Page 11: Esei Penilaian Bahasa

3.7 PENILAIAN KEMAHIRAN MENULIS

Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang penting dan mesti diajar. Penulisan

merupakan satu aspek penting dalam merakamkan bahasa yang melibatkan fikiran,

pengetahuan, teknik dan gaya. Teknik pengujian yang paling kerap digunakan bagi menguji

kemahiran penulisan murid-murid ialah menulis karangan.

Penilaian penulisan dilakukan dengan menilai :

Karangan

Laporan projek/ kerja kursus/ folio

Latihan dan ujian bertulis

Huraian atau tafsiran data/ jadual, graf atau carta.

3.7.1 Kemahiran Yang Diukur Dalam Kemahiran Menulis

Kemahiran menulis

Menyusun idea

Perbendaharaan kata

Mengaplikasi

Mentafsir

Menilai

Mempertahan/ menyokong hujah

Menyebar idea/ buat rumusan/ cadangan

3.7.2 Tujuan Penilaian Menulis

1. Untuk mengetahui sejauh mana murid-murid telah menguasai kemahiran menulis dalam

sesuatu bahasa.

2. Menurut Heaton(1988), kemahiran ini bukan sahaja memerlukan penguasaan aspek

tatabahasa dan retorik tetapi juga unsure konseptual dan penilaian.

3. Komponen kemahiran menulis Heaton: Menggunakan bahasa,kemahiran mekanikal,

penggunaan isi, gaya dan kemahiran menilai.

Page 12: Esei Penilaian Bahasa

3.7.3 Jenis Ujian

1. Ujian pencapaian yang berkait rapat dengan sesuatu kursus bahasa atau sukatan pelajaran.

2. Bertujuan menentukan pencapaian murid-murid dalam objektif bpelajaran yang diikuti.

3. Ujian pencapaian kemajuan adalah ujian pencapaian yang digunakan untuk mengukur

kemajuan murid-murid dalam sesuatu kursus.

4. Ujian diagnostik adalah untuk mengesan kekuatan dean kelemahan murid-murid dalam

kemahiran mengarang.

3.7.4 Cara menguji

1. Seperti mencatat nota, mengembangkan maklumat berasaskan nota, mengisi borang,

menulis surat dan menulis karangan berbentuk cerita, huraian, laporan dan perdebatan.

2. Peringkat awal penulisan boleh diuji dengan menyambung ayat.

3. Peringkat tinggi boleh diuji dalam tugasan.

3.7.5 Jenis Tugasan

1. Tugasan-tugasan Bebas. Pelajar diberi satu tajuk dan pelajar dikehendaki menulis tanpa

bimbingan guru.

2. Tugasan Berpandu. Pelajar diberi ransangan dalam bentuk graf, jadual, gambar atau bahan

bahasa yang lain untuk ditulis.

3. Tugasan Berdasarkan Pengalaman. Pelajar diberi peluang mendapat bahan dan kemahiran

melalui pengalaman ,sebelum mereka diberi tugasan yang sebenar untuk dilaksanakan

Page 13: Esei Penilaian Bahasa

3.7.6 Penulisan Ujian

Untuk kesahihan isi dan juga kesan yang baik ke atas pengajaran ,pilihan antara

kemahiran menulis ini perlu dibuat untuk diuji. Sebelum ujian ditulis, perlu diadakan spesifikasi

ujian iaitu maklumat tentang isi ,format, masa yang diperuntukkan ,peringkat perlakuan

mengikut kriteria yang tertentu dan cara memberi markah.

3.7.7 Isi Ujian

1. Tugasan-tugasan yang perlu dilaksanakan oleh pelajar dalam ujian penulisan harus

berdasarkan sukatan pelajaran. Tugasan ini memerlukan pelajar menulis dengan

menggunakan kemahiran menulis yang sesuai dengan jenis teks.

2. Jenis karangan . cerita ,huraian ,laporan,ulasan dan pengumuman,arahan ,nota, surat

kiriman dan lain-lain.

3. Penerima /pembaca. Orang yang menerima(membaca)apa yang ditulis pelajar.

4. Format dan masa. Ujian dibentuk mengikut struktur termasuklah peruntukan masa dan jenis

soalan.

Kesimpulannnya, penilaian kemahiran bahasa amat penting kerana ia dapat menilai

perkembangan kognitif intelektual, emosi, bahasa dan komunikasi dan tingkah laku seseorang

kanak-kanak. Penilaian ini mencakupi penilaian ketiga-tiga kemahiran bahasa iaitu mendengar

dan bertutur, membaca dan menulis.

Penilaian kemahiran bahasa dan aspek bahasa wajar dijalankan secara berterusan, iaitu

secara formal atau tidak formal dengan pelbagai bentuk pentaksiran dan berbagai jenis

instrumen yang sesuai dengan kemahiran berbahasa. Penilaian berterusan perlu dijalankan

Page 14: Esei Penilaian Bahasa

secara sistematik dan bijak kerana penguasaan kemahiran berbahasa dan aspek bahasa tidak

berlaku dengan serta merta tetapi merupakan proses developmental.

Tegasnya, sepertimana yang telah dihurai dan perbincangkan terdahulu, jelaslah

bahawa dalam pengajaran bahasa, penilaian adalah sama pentingnya dengan sukatan

pelajaran, bahan pengajaran dan pembelajaran serta pendekatan pengajaran yang digunakan.

Penilaian sangat penting untuk memastikan bahawa objektif pengajaran tercapai.