esei contoh 9224 stpm 2018 - laman mpmwebmpm.mpm.edu.my/perisian/9224_manualkk18p2/4-esei...

19
1 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2018 922/4: KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 4 (KERJA KURSUS) ESEI CONTOH Tulis sebuah esei tentang nasionalisme berdasarkan sajak yang anda kaji

Upload: ledieu

Post on 13-Feb-2018

248 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: ESEI CONTOH 9224 STPM 2018 - Laman MPMwebmpm.mpm.edu.my/perisian/9224_manualKK18P2/4-ESEI CONTO… · termasuk budaya, bahasa, ... Kepekaan beliau sebagai seniman cuba mengungkapkan

1  

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2018

922/4: KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 4

(KERJA KURSUS)

ESEI CONTOH

Tulis sebuah esei tentang nasionalisme berdasarkan sajak yang anda kaji

 

Page 2: ESEI CONTOH 9224 STPM 2018 - Laman MPMwebmpm.mpm.edu.my/perisian/9224_manualKK18P2/4-ESEI CONTO… · termasuk budaya, bahasa, ... Kepekaan beliau sebagai seniman cuba mengungkapkan

2  

1.0 Pengenalan

1.1 Konsep

Nasionalisme bermaksud satu pemikiran, tindakan dan perasaan cinta akan negara dan

bangsa sendiri. Elemen penting yang terkandung dalam nasionalisme ialah patriotisme iaitu

perasaan cinta kepada tanah air. Menurut Hans Kohn, (1984:11). Nasionalisme merupakan

gerakan untuk mewujudkan masyarakat yang lebih terbuka, mendapatkan kebahagiaan

perseorangan, menjamin kemerdekaan dan membebaskan akal dan fikiran Jika dilihat dari

segi sejarah, fahaman tentang nasionalisme ini berasal dari Eropah Barat pada abad ke-18

hingga ke abad 19 dan tersebar di seluruh Eropah pada abad ke-20 yang kemudiannya

berkembang luas ke seluruh dunia. Walau bagaimanapun semangat nasionalisme tidak sama

pada setiap negara dan zaman kerana semangat ini berkait rapat dengan peristiwa sejarah,

politik dan susunan masyarakat di tempatnya serta pengaruh-pengaruh lain di sekelilingnya

seperti bahasa, keturunan, agama dan adat istiadat (Hans Kohn, 1984:13).

Bagi R. Suntharalingam, nasionalisme merupakan satu fenomena sejagat, yang

mengiktiraf hak setiap bangsa di dunia ini untuk menubuhkan negaranya yang tersendiri,

memindahkan kedaulatan kepada rakyat, serta menuntut kesetiaan ulung individu-individu

disalurkan kepada negara bangsa (1985:15). Fauziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin pula

berpendapat, nasionalisme ialah satu fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa

untuk menubuhkan negaranya sendiri, menegakkan kedaulatan rakyat, negara dan menuntut

kesetian ulung individu disalurkan kepada negara bangsa.

Dalam konteks nasionalisme di Malaysia, Gilbert Khoo dan Dorothy Lo menyatakan

bahawa suasana politik yang timbul semasa pendudukan Jepun telah menyedarkan kaum-

kaum di Persekutuan Tanah Melayu kepada hakikat yang mereka menentukan nasib mereka

sendiri dan tidak membenarkan Brittish terus menerus mentadbir kehidupan dan negara

mereka. Keperitan yang telah ditimbulkan semasa peperangan telah menjadikan orang-orang

Page 3: ESEI CONTOH 9224 STPM 2018 - Laman MPMwebmpm.mpm.edu.my/perisian/9224_manualKK18P2/4-ESEI CONTO… · termasuk budaya, bahasa, ... Kepekaan beliau sebagai seniman cuba mengungkapkan

3  

Melayu berazam mempertahankan kedudukan mereka (1983:243). Bagi Talib Samat,

golongan ulama dan intelektual-intelektual ugama sama ada yang mendapat pendidikan Islam

di Timur Tengah atau di sekolah-sekolah pondok di Tanah Melayu merupakan peneroka

kepada kebangkitan semangat nasionalisme yang awal di Tanah Melayu. Merekalah

sebenarnya yang mengerakkan pemikiran masyarakat Melayu agar sedar akan hak-hak diri

mereka sebagai manusia bebas yang sudah dirampas oleh penjajah Barat yang menceroboh ke

Tanah Melayu (1993:246). Harun Mat Piah dalam makalahnya “Sulalatus Salatin: Testamen

Keperkasaan Nasionalisme Melayu” menyatakan bahawa istilah nasionalisme bermaksud

perasaan dan sikap yang menunjukkan cinta yang mendalam terhadapa bangsa, negara; di sini

termasuk budaya, bahasa, adat istiadat, pegangan keagamaan seterusnya jati diri, identiti dan

segala jalur dan warna yang terjalin dalam sejarah ketamadunan bangsa: Bangsa Melayu dan

Tamadun Melayu (2013)

Menurut Wan Hashim Wan Teh (dalam M. A. Fawzi, 1987:183) terdapat dua takrifan

berbeza tentang perkataan nasionalisme. Pertama, nasionalisme boleh ditakrifkan sebagai

satu kesedaran dalam kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari segi ras, agama,

bangsa dan negara. Misalnya dalam kes Malaysia, semangat nasionalisme dalam kalangan

orang Melayu mulai menguat pada tahun 1946 dengan Pertubuhan Kebangsaan Melayu

Bersatu (UMNO) yang ditubuhkan untuk menentang Malayan Union. Kedua, nasionalisme

ialah satu kesedaran yang menyatukan sekumpulan manusia yang tinggal dalam satu batasan

politik yang sama dan tidak harus mempunyai persamaan dari segi ras, agama, bahasa dan

budaya. Kesedaran ini mengutamakan rasa cinta dan kesetiaan yang mendalam terhadap

tanah air sehingga sanggup berkorban nyawa untuk negara.

Definisi sajak atau puisi dijelaskan oleh Za’ba sebagai karangan berangkap yang khas

digunakan untuk meluahkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah. Sebagai karangan

berangkap, puisi disusun dengan bahagaian berkerat-kerat dan di antara sekerat dengan

Page 4: ESEI CONTOH 9224 STPM 2018 - Laman MPMwebmpm.mpm.edu.my/perisian/9224_manualKK18P2/4-ESEI CONTO… · termasuk budaya, bahasa, ... Kepekaan beliau sebagai seniman cuba mengungkapkan

4  

sekerat biasanya mempunyai jodoh bunyi atau rentak atau isi yang memakai timbangan atau

sukatan tertentu (dalam Dharmawijaya, 1998:5). Definisi Za’ba ini cenderung memberi

penekanan kepada struktur fizikal puisi iaitu mempunyai rangkap, berkerat-kerat atau

berbaris-baris, berjodoh bunyi, dan mempunyai jumlah suku kata pada setiap baris melalui

timbangan atau sukatan tertentu. Selain itu, definisi Za’ba juga mementingkan ‘fikiran yang

cantik dengan Bahasa yang indah’. Hal ini diertikan oleh Dharmawijaya sebagai puisi turut

dijadikan alat untuk menyampaikan isi atau tema yang mendalam serta penuh kebenaran

untuk semua zaman dan terjelma melalui bahasa yang segar dan penuh kehalusan (1998:7).

Bagi William Blake, penyair adalah manusia yang dapat melihat masa kini, masa lalu dan

masa depan dengan imaginasi yang kuat, iaitu begitu jauh dan luas jangkauan mata hatinya.

Ini terlaksana melalui keupayaan penyair memilih serta menyusun kata-kata dengan tepat dan

jitu walaupun pemilihannya daripada kata-kata kuno atau purba yang sudah jarang digunakan

dalam kehidupan sehari-hari. Ketepatan dan kejituan itu disertai pula keindahan, iaitu

penggunaan ciri-ciri bahasa yang berkaitan dengan pelicikan atau manipulasi unsur-unsur

bahasa secara kreatif. Sesungguhnya, keupayaan seperti inilah yang membawa kepada

terbentuknya kata-kata terbaik untuk memenuhi prinsip puisi “tidak menerangkan sesuatu

tetapi menggambarkan” dan puisi “berbicara atau membawa makna sebanyak mungkin dalam

kata-kata yang sedikit mungkin” itu. (dalam Dharmawijaya, 1988:12)

1.2 Batasan Kajian

Terdapat pelbagai cara yang digunakan untuk menaikkan semangat nasionalisme

dalam kalangan penduduk sesebuah negara yang dijajah. Ada yang mengangkat senjata

menghalau penjajah dan ada juga yang melakukan perbincangan dan meluahkan semangat

tesebut melalui tulisan. Di Malaysia khususnya, semangat nasionalisme ini mulai terasa pada

sekitar tahun 1940-an iaitu sebelum merdeka sehingga tahun 1970-an selepas merdeka.

Page 5: ESEI CONTOH 9224 STPM 2018 - Laman MPMwebmpm.mpm.edu.my/perisian/9224_manualKK18P2/4-ESEI CONTO… · termasuk budaya, bahasa, ... Kepekaan beliau sebagai seniman cuba mengungkapkan

5  

Kebanyakan suara dan semangat nasionalisme disampaikan melalui sajak oleh beberapa

penyair terkenal ASAS 50 seperti Usman Awang, Masuri S.N, A. Samad Said, Keris Mas,

Asraf, A. S. Amin, Jimmy Asmara, Noor S.I dan lain-lain. Dalam memperkatakan tema

nasionalisme dalam sajak, pengkaji memilih untuk memberi tumpuan kepada persoalan

semangat cinta akan negara dan kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

sebagaimana yang terjelma dalam sajak-sajak yang termuat dalam Antologi Puisi-puisi

Pilihan Sasterawan Negara: Usman Awang dan Antologi Malaysia Dalam Puisi.

1.3 Kajian Lepas

Aspek nasionalisme menjadi tumpuan kepada para pengkaji untuk mengkaji sikap

masyarakat terhadap semangat cinta akan negara. Aspek ini turut diberi perhatian oleh Harun

Mat Piah dalam makalahya yang bertajuk “Sulalatus Salatin : Testamen Keperkasaan

Nasionalisme Melayu”. Harun Mat Piah melihat semangat nasionalisme ini telah wujud

semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Berdasarkan teks Sulaltus Salatin yang

dikaji oleh beliau, rakyat Melaka secara jelas telah memperlihatkan semangat nasionalisme

yang tinggi sewaktu menentang serangan Peringgi ke atas Melaka. Sebaliknya kajian ini

akan memberi tumpuan kepada persoalan semangat cinta akan negara dan kedaulatan bahasa

Melayu sebagai bahasa kebangsaan sebagaimana yang terjelma dalam sajak-sajak yang

termuat dalam Antologi Puisi-puisi Pilihan Sasterawan Negara: Usman Awang dan Antologi

Malaysia Dalam Puisi.

Page 6: ESEI CONTOH 9224 STPM 2018 - Laman MPMwebmpm.mpm.edu.my/perisian/9224_manualKK18P2/4-ESEI CONTO… · termasuk budaya, bahasa, ... Kepekaan beliau sebagai seniman cuba mengungkapkan

6  

1.4 Kepentingan Kajian

Kajian ini diharapkan akan menjadi sumber rujukan kepada pengkaji-pengakaji yang

akan datang untuk mendapatkan maklumat berkaitan nasionalisme. Selain itu, kajian ini

diharap dapat memberi kesedaran kepada khalayak terhadap kepentingan semangat

nasionalisme dalam membentuk jati diri.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif kajian ini ialah:

1. Membincangkan semangat cinta akan negara dalam Antologi Puisi-puisi pilihan

Sasterwan Negara : Usman Awang dan Antologi Malaysia Dalam Puisi.

2. Menghuraikan kedaulatan bahasa Melayu dalam Antologi Puisi-puisi pilihan

Sasterwan Negara : Usman Awang dan Antologi Malaysia Dalam Puisi.

3.0 KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kepustakaan. Melalui

kaedah ini pengkaji telah mendapatkan maklumat berkaitan kajian di Perpustakaan Awam.

Pustakaan Sekolah. Maklumat berkaitan boleh diakses melalui laman sesawang untuk

mendapatkan sajak-sajak yang mengandungi semangat nasionalisme. Kaedah ini sesuai

kerana bahan berkaitan kajian mudah didapati di perpustakaan yang dikunjungi. Bahan yang

diperolehi akan dianalisis berdasarkan objektif kajian yang telah ditetapkan.

4.0 ISI KAJIAN

4.1 Perasaan Cinta Akan Negara

Nasionalisme meliputi perasaan bangsa, bahasa, budaya dan konsep negara bangsa

“nation state” yang berkaitan dengan kewarganegaraan. Kacowicz mendefinisikan negara

bangsa seperti berikut:

Page 7: ESEI CONTOH 9224 STPM 2018 - Laman MPMwebmpm.mpm.edu.my/perisian/9224_manualKK18P2/4-ESEI CONTO… · termasuk budaya, bahasa, ... Kepekaan beliau sebagai seniman cuba mengungkapkan

7  

The ‘nation state’, therefore, means a state whose inhabitant consider themselves to be a nation. It is geographically bounded legal entity under a single and recognized government, the population of which psychologically consider themselves to be related, through historical, linguistic, racial or other links (Kacowicz, 1998)

Penjelasan Kacowicz ini sebenarnya sangat berkait rapat dengan konsep dan semangat

nasionalisme yang telah diterangkan di atas bahawa manusia yang berada dalam sebuah

negara yang sah secara undang-undang berkongsi satu perasaan kebangsaan pada negara

tersebut atas dasar sejarah, bahasa, bangsa dan lain-lain. Dalam konteks penjajahan di Asia

Tenggara, nasionalisme secara khusus bermaksud satu kesedaran yang membangkitkan

semangat cinta akan negara dengan tujuan mendapatkan kebebasan dan kemerdekaan dari

dijajah kuasa luar (Cheah Boon Kheng, 1971:19).

Sasterawan Negara Usman Awang adalah penyair besar yang sering membawa tema

semangat cinta akan negara atau nasionalisme dalam sajak-sajaknya. Semangat ini wujud

dalam jiwa seseorang melalui pengalaman dan didikan yang dilalui dalam kehidupannya.

Dalam kes ini, besar kemungkinan tema nasionalisme menjadi pilihan dan kegemaran Usman

kerana beliau pernah berkhidmat sebagai anggota polis ketika Inggeris kembali memerintah

semula Tanah Melayu pada tahun 1946 (Usman Awang, 1995:xiv). Dalam puisi “Tanahair”

(1956), Usman memperlihat perasaan cinta pada tanah air yang telah menjadi saksi kepada

segala-gala yang telah menimpa warganya.

“Tanah Air” (Menjelang Kemerdekaan) Engkau, Tanah air, pemilik perut yang berbudi, Penampung hujan penyedut sinar matari, lahirlah anak-anakmu dari semaian-semaian petani. Engkau, ibu murni, dengan jasa abadi, Berdetik di denyut nafas kami, Kerana kita adalah satu dan sama dipunyai.

Page 8: ESEI CONTOH 9224 STPM 2018 - Laman MPMwebmpm.mpm.edu.my/perisian/9224_manualKK18P2/4-ESEI CONTO… · termasuk budaya, bahasa, ... Kepekaan beliau sebagai seniman cuba mengungkapkan

8  

Telah kau rasa segala seperti kami, Dalam kengerian perang dadamu dibongkar besi, Di mana-mana wajahmu tidak pernah mati. Tapi begitu sejarah hidup zaman berzaman, Yang pernah merangkul pahlawan kemerdekaan, Mereka sujud dalam kaku memohon perlindungan. Bukankah dengan kasih dan harapan, Kau tenggelamkan mereka dalam dakapan, Di mana bunga ganti nisan bertaburan? Negara baru di atas rongga jantungmu, Akan tegak bertapak dalam kebebasan, Cinta antara kita wahyu dari Tuhan. 1956 (Usman Awang, 1991:158)

Dengan memberi sifat seorang ‘ibu murni’ yang telah berjasa, penyair menyifatkan

ada satu pertalian yang kuat antara penyair dan tanah itu sendiri sebagai ‘kerana kita satu

sama dipunyai’. Seperti kasih dan sayang seorang ibu, Usman menggambarkan situasi tanah

yang menjadi tempat yang nyaman untuk para pejuang yang tewas ketika mempertahankan

negara dalam peperangan. Selain itu, Usman menghadirkan suasana peritnya peperangan dan

tanah airnya digambarkan sebagai bersama-sama merasai keadaan itu ‘dalam negeri perang

dadamu dibongkar besi’. Di satu sisi, pembaca dapat mengesan bahawa sajak ini ditulis

untuk menyatakan rasa terima kasih kepada tanah air dan pada rangkap terakhir, penyair

menyuarakan hasratnya agar kemerdekaan yang bakal tiba itu menjadi medan yang

menguatkan lagi rasa cinta pada tanah airnya.

Perasaan cinta akan negara yang diungkapkan oleh A. Latiff Mohidin agak berbeza

jika dibandingkan dengan Usman Awang. A’ Latiff Mohidin dalam sajak “Di Pantai Ini (buat

jojo)” cuba menggambarkan perasaan cintanya kepada negara dengan gaya bersahaja.

Kepekaan beliau sebagai seniman cuba mengungkapkan Potret Malaysia secara jujur untuk

Page 9: ESEI CONTOH 9224 STPM 2018 - Laman MPMwebmpm.mpm.edu.my/perisian/9224_manualKK18P2/4-ESEI CONTO… · termasuk budaya, bahasa, ... Kepekaan beliau sebagai seniman cuba mengungkapkan

9  

menimbulkan keindahan dan kebenaran. Ada waktunya bergolak dan pada waktu yang lain

tenang dan damai. Kata A. Latiff Mohidin:

Segalanya begitu tenang di pantai ini tidak ada ribut tidak ada kabut hari tidak hujan juga tidak begitu panas lautan biru persis seperti diinginkan tak ada kerikil atau serpihan kaca segalanya cukup terjaga

(Di Pantai Ini (buat jojo), 1988:7)

4.2 Perjuangan Menentang Penjajah

Nasionalisme menurut Abdul Latif (1998:1) ialah satu kesedaran yang menumpukan

perhatian bagi menentukan nasib sendiri, bangsa dan negara untuk mencapai kebebasan,

kesejahteraan dan memupuk keperibadian yang unggul. Kesedaran ini lazimnya timbul

daripada tekanan dan pengaruh penjajah sehingga anak watan menjadi lemah dari segi

ekonomi, sosial, politik dan budaya. Secara keseluruhannya, nasionalisme adalah bertujuan

untuk membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing. Namun begitu pengertian

nasionalisme dalam konteks lepas merdeka pula lebih kepada perjuangan bagi

mempertahankan maruah dan mempertinggikan martabat serta kedaulatan negara. Sajak

“Jiwa Hamba” merupakan sebuah sajak yang menggambarkan perasaan yang hebat tentang

perjuaangan bangsa, khususnya orang Melayu menentang penjajahan asing.

Berpusing roda beralihlah masa, Pelbagai neka hidup di bumi, Selagi hidup berjiwa hamba, Pasti tetap terjajah abadi, Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka maju sekata, maju kita, Melemparkan jauh jiwa hamba.

Page 10: ESEI CONTOH 9224 STPM 2018 - Laman MPMwebmpm.mpm.edu.my/perisian/9224_manualKK18P2/4-ESEI CONTO… · termasuk budaya, bahasa, ... Kepekaan beliau sebagai seniman cuba mengungkapkan

10  

Ingatkan kembali kata sakti Dari bahang kesedaran berapi: ‘Di atas robohan Kota Melaka, Kita dirikan jiwa merdeka’. (Usman Awang, 1991:192)

Beliau secara sedar sengaja memasukkan nada peringatan bahawa jika mereka tetap

bersikap seperti orang yang berjiwa ‘hamba’ akan selama-lamanya ‘Pasti tetap terjajah

abadi’. Sajak ini menampilkan satu semangat dan mengajak pembacanya melakukan satu

perubahan yang besar dalam hidup mereka. Walaupun Usman secara peribadi terkenal

sebagai seorang yang berperibadi lembut dan bahasa yang selalu dipilih dalam semua

sajaknya juga adalah sangat teliti, baik dan puitis. Menerusi sajak ini, beliau menyuarakan

hasrat untuk merdeka dan kemerdekaan itu tidak akan tercapai jika mereka tidak bertindak

untuk membebaskan diri dari menjadi bangsa terjajah. Pada rangkap terakhir, suara semangat

pada sajak ini lebih terkesan melalui baris-baris ‘Di atas robohan Kota Melaka, Kita dirikan

jiwa merdeka’. Kota Melaka adalah satu lambang kesultanan dan kebesaran kota bangsa

Melayu yang hebat satu ketika dulu. Melaka jatuh akibat kelalaian dan kezaliman Sultan

Melayu yang terakhir dan serangan kuasa asing seperti Portugis. Dengan mengambil iktibar

dari jatuhnya simbol keagungan Melayu ini, maka Usman menyeru agar pembaca

menguatkan jati diri dan merdeka dari terus dijajah sama ada dari kuasa luar mahupun dari

pemerintahan tempatan yang zalim dan menindas seperti dalam kisah sejarah Kota Melaka.

A.Wahab Ali dengan nada yang lebih tegas dan bersemangat meningatkan anasir-

anasir luar supaya keluar dari tanahairnya dan jangan sesekali menghampirinya. Tanah ini

dengan segala isi yang ada padanya sama ada di laut atau di bumi adalah milik mutlak

warganya yang sah. Penjajah asing amat tidak diperlukan. Kata A. Wahab Ali:

Tanahairku hutan dan paya gunung dan lembahmu adalah milik mutlakku

Page 11: ESEI CONTOH 9224 STPM 2018 - Laman MPMwebmpm.mpm.edu.my/perisian/9224_manualKK18P2/4-ESEI CONTO… · termasuk budaya, bahasa, ... Kepekaan beliau sebagai seniman cuba mengungkapkan

11  

Jangan hampir padanya! Tanahairku segala isi laut dan isi bumimu adalah kecintaan hayat dan warisanku Jangan hampir padanya!

(Tanahairku, 1988:30)

4.3 Perjuangan Mempertahankan Kedaulatan Negara

Menurut R. Suntharalingam dan Abdul Rahman Hj Ismail (1985 : 15) menyatakan

bahawa nasionalisme merupakan satu fenomena sejagat, yang mengikhtiraf hak setiap bangsa

di dunia ini untuk menubuhkan negaranya yang tersendiri, memindahkan kedaulatan kepada

rakyat, serta menuntut kesetiaan ulung individu disalurkan kepada negara bangsa itu. Dengan

kata lain tanggungjawab mempertahankan negara adalah menjadi satu tuntutan kepada setiap

individu dalam negara bangsa berkenaan. Kohn pula menyatakan bahawa nasionalisme

mengutamakan prisip kebertanggunjawaban rakyat dalam mempertahankan kedaulatan

negara bangsa ( dalam Menurut R. Suntharalingam dan Abdul Rahman Hj Ismail ) Nilai ini

jelas tergambar dalam sajak “Angkatan ‘50” oleh Usman Awang.

Angkatan ‘50 (Sepuluh Tahun Sudah Berdetik) Satu batu tanda kita bangunkan di sini, Nama lima puluh berdetik dengan hati dan bakti, Meski belum cukup dan segala meminta lagi, (Degup jantung ini siapa dapat mematikan, Kita sekadar masih lagi mengisi memadatkan) Nama lima puluh memang kebulatan satu sempena, Di mana tegaknya dan tidak akan runtuh-runtuh lagi, Tapi kita tidak bisa tertambat pada zaman ini, Cita kita hidup seluruh menyeluruh, Puluhan tahun lagi ia tidak bisa lumpuh. (Usman Awang, 1991:135)

Page 12: ESEI CONTOH 9224 STPM 2018 - Laman MPMwebmpm.mpm.edu.my/perisian/9224_manualKK18P2/4-ESEI CONTO… · termasuk budaya, bahasa, ... Kepekaan beliau sebagai seniman cuba mengungkapkan

12  

Berdasarkan sajak ini, penyajak mengingatkan anggota Angkatan 50’ bahawa tugas

mereka terhadap masyarakat belum selesai dan perlu dipenuhi dengan baik. Usman

menegaskan bahawa anggota Angkatan 50’ perlu membuat satu perubahan untuk mencapai

semua matlamat yang disenaraikan dalam pertubuhan tersebut melalui baris “Tapi kita tidak

bisa tertambat pada zaman ini, Cita kita hidup seluruh menyeluruh”. Usman menguatkan

pernyataannya tentang tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh semua orang tidak kira

penyair atau rakyat biasa. Tanggungjawab terhadap rakyat dan negara adalah tanggungjawab

yang harus dipikul secara bersama walaupun setelah negara mencapai kemerdekaan.

Usman Awang juga menggunakan imej pahlawan untuk menggambarkan perjuangan

mendaulatkan negara. Kata Usman Awang dalam sajak “Jebat, Pahlawan Rakyat”:

Jebat Jebat pinjamkan apimu pinjamkan lidah beranimu untuk kami angkatan ini (Usman Awang, 1991:65)

Melalui sajak “Pahlawan Kemerdekaan (kepada pahlawan Pahang)”, Usman Awang amat

menyanjung tinggi perjuangan pejuang tanahair yang sanggup berkorban segala-galanya

termasuklah nyawa demi kedaulatan negara tercinta. Jasa dan pengorbanan para pejuang ini

akan sentiasa tersemat dalam setiap rakyat negara ini. Katanya:

Pahlawan! Untukmu derita untukmu penjara Bukan bintang tersemat di dada Semangatmu api negara berdaulat Namamu terukir di jantung rakyat

(Usman Awang, 1991:73)

Imej-imej pahlawan tanahair juga turut muncul dalam sajak Firdaus Abdullah. Firdaus

Abdullah dalam sajak “Pasir Salak” merakamkan perjuangan perjuangan ‘Maharaja Lela’,

‘Tuk Sagur’, ‘Kulup Ali’, dan ‘Pandak Endut’. Pahlawan yang digambarkan oleh Firdaus

Page 13: ESEI CONTOH 9224 STPM 2018 - Laman MPMwebmpm.mpm.edu.my/perisian/9224_manualKK18P2/4-ESEI CONTO… · termasuk budaya, bahasa, ... Kepekaan beliau sebagai seniman cuba mengungkapkan

13  

Abdullah adalah pahlawan yang tidak sesekali merasa gentar kepada sesiapapun demi

kedaulatan negara tercinta ini. Kata Firdaus Abdullah:

Kulup Ali dan Pandak Endut bersama Sepuntum serta Setuah pantang sekali merasa takut pendekar dipimpin Maharajalela Maharajalela Maharajalela jika memancung tiada bertanya kobarkan semangat biar menyala tuntutlah malu tuntutlah bela

(Firdaus Abdullah, 1988:98) 4.4 Kesetiaan Kepada Negara

Kesetian kepada negara bangsa merupakan faktor penting dalam menjamin

kedaulatan sesebuah negara. Dalam konteks nasionalisme, Khon juga menyebut soal

kesetiaan. Beliau mengakui bahawa manusia pada lazimnya berpegang kepada beberapa jenis

kesetiaan dalam masa yang sama. Misalnya, kesetiaan atau kesedaran boleh berpusat di

sekeliling kumpulan-kumpulan yang berlainan, yang sebahagiannya bersifat lebih tetap –

keluarga, kelas, puak, kasta, kampung, mazhab, agama dan lain-lain. Walau bagaimanapun,

apa yang harus difahami ialah manusia dalam sesuatu masa hanya memberikan keutamaan

kepada salah satu dari beberapa kesetiaan tersebut, dan ini bererti jika berlaku pertelingkahan

antara kesetiaan-kesetiaan ini, maka keutamaan akan diberikan kepada kesetiaan yang lebih

ulung. Dalam zaman nasionalisme, menurut Khon, kesetiaan yang ulung telah dicurahkan

kepada negara bangsa (dalam R. Suntharalingam dan Abdul Rahman Haji Ismail, 1985:5).

Persoalan kesetian kepada negara tercinta telah diungkapkan oleh Usman Awang

melalui sajak “Bertahan”. Katanya:

Page 14: ESEI CONTOH 9224 STPM 2018 - Laman MPMwebmpm.mpm.edu.my/perisian/9224_manualKK18P2/4-ESEI CONTO… · termasuk budaya, bahasa, ... Kepekaan beliau sebagai seniman cuba mengungkapkan

14  

APA bicara sudah sekata, Sudah bermula, sudah bertanda, Kepalang rasa kepalang derita, Ke tulang kita, ke tulang bangsa. Apa bicara untuk bangsa, Sumpah setia merangkul jiwa, Patah hilang rebah tumbang, Setia janji erat dipegang. Datang musim bertukar ganti, Tawaran senyum penuh erti, Hulurkan tangan relakan diri, Untuk kembali menjadi abdi, Yang mati meminta erti, Yang rela memberi bakti, Pada nusa belum bererti, Berpaling wajah menyerah diri. Apa bicara sudah melangkah, Surut kembali bererti patah, Sekali berani bertahan diri, Sekali rela menembus bumi.

(Usman Awang, 1991:166)

Berdasarkan sajak di atas, Usman Awang mengimbau kembali sejarah hitam yang

dilalui oleh rakyat di negara ini. Kata Usman Awang, rakyat dan negara ini pernah dijajah

oleh negara asing. Penjajahan menjadikan rakyat negara ini hidup dalam kesengsaraan dan

penderitaan yang teramat sangat sebagaimana yang diungkapkan oleh Usman Awang melalui

bait “Kepalang rasa kepalang derita, Ke tulang kita, ke tulang bangsa”. Lantaran itu Usman

Awang mengajak seluruh rakyat negara ini menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi

melalui kata-katanya,“Apa bicara untuk bangsa, Setia janji erat dipegang”. Beliau

mengingatkan rakyat negara ini agar tidak lagi termakan pujuk rayu dan helah petualang

negara, supaya kita tidak lagi menjadi hamba atau diperhambakan di negara sendiri. Beliau

juga menyeru agar rakyat negara ini tidak gentar mempertahankan kedaulatan negara ini.

Page 15: ESEI CONTOH 9224 STPM 2018 - Laman MPMwebmpm.mpm.edu.my/perisian/9224_manualKK18P2/4-ESEI CONTO… · termasuk budaya, bahasa, ... Kepekaan beliau sebagai seniman cuba mengungkapkan

15  

4.5 Memartabatkan Bahasa Kebangsaan

Menurut Kohn, pertembungan di antara beberapa faktor tertentu seperti usaha

pemerintah memusatkan kuasa di tangannya sendiri dan menanamkan semangat kesetiaan

kepada tanahair, kegunaan secara meluas bahasa-bahasa tempatan dengan mengenepikan

bahasa asing. Perluasan pendidikan kepada orang ramai serta penyebaran idea-idea baru

melalui percetakan, telah menyediakan suasana yang sesuai untuk memupuk perasaan bangga

terhadap bahasa ibunda dan tanahair dalam kalangan rakyat. Oleh yang demikian, Kohn

menyimpulkan bahawa kebangkitan nasionalisme yang menitikberatkan bahasa dan tanahair

adalah satu hasil pertumbuhan faktor-faktor intelek dan sosial di dalam satu peringkat sejarah

yang tertentu. (dalam R. Suntharalingam dan Abdul Rahman Haji Ismail, 1985:3)

Ali Ahmad menyatakan bahawa bahasa adalah salah satu daripada elemen penting

dalam tema nasionalisme kerana merupakan satu identiti atau pengenalan diri bagi sesuatu

bangsa dan budaya. Dalam konteks ini, bahasa Melayu adalah identiti penting bagi bangsa

Melayu dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 152 Bahasa

Kebangsaan. Setelah sepuluh tahun Malaysia merdeka dari tahun 1957, Bahasa Melayu akan

menjadi bahasa rasmi yang tunggal setelah tahun 1967 (1984:101). Pelbagai langkah telah

diambil oleh Kerajaan Perikatan untuk meluaskan penggunaan Bahasa Melayu dengan

menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka bagi melengkapkannya sebagai bahasa pentadbiran

negara (1984:101). Persoalan berkaitan mendaulatkan bahasa boleh kita telusuri melalui sajak

“Keranda 152” oleh Usman Awang.Katanya:

Keranda 152 Anak Melayu Panas dadamu membakar baju Kita arak keranda 152 Ke tanah perkuburannya Parlimen Sepuluh tanah nafas ini terhenti Hari ini jangan lagi menyanyi

Page 16: ESEI CONTOH 9224 STPM 2018 - Laman MPMwebmpm.mpm.edu.my/perisian/9224_manualKK18P2/4-ESEI CONTO… · termasuk budaya, bahasa, ... Kepekaan beliau sebagai seniman cuba mengungkapkan

16  

Sebentar lagi malam akan tiba Tiap pintu dan jendela sudah dijaga Bayang-bayang tidak bisa lewat jalan raya Anak Melayu Namamu telah diseru Jawablah Sebelum lidahmu jadi bisu 1967 (Usman Awang, 1991:48)

Menerusi sajak “Keranda 152”, Usman meniupkan satu protes terhadap sikap pemimpin

negara dan kementerian seperti Parlimen. Seruan ditujukan kepada ‘Anak Melayu’ dengan

menggambarkan situasi tersebut sebagai benar-benar mencabar kesabaran bangsa Melayu

dengan menghadirkan kata perbandingan yang melampau atau disebut sebagai hiperbola

(Alwi, 1983:142). Perbandingan itu menunjukkan amarah yang keterlaluan, dikuatkan

melalui kata-kata ‘Panas dadamu membakar baju, Kita arak keranda 152, Ke tanah

perkuburannya Parlimen’. Perkataan “Keranda 152” adalah bahasa konotatif yang

mengandungi simbol yang membandingkan Perkara 152 dengan keranda kematian. Pilihan

perkataan ‘keranda sangat bertepatan dengan situasi yang berlaku pada tahun tersebut dan

‘Parlimen’ digambarkan sebagai ‘tanah perkuburan’ bagi Perkara 152. Dalam hal ini, protes

ditujukan kepada Parlimen kerana institusi pentadbiran ini tidak memainkan peranannya serta

tidak menepati hal yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Usman

menghadirkan satu suasana bahawa impian dan harapan untuk menjadikan Bahasa Melayu

sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi tunggal pada tahun 1967 akan terkubur begitu

sahaja.

Kepekaan Usman Awang untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan juga boleh

ditelusuri melalui sajak “Mereka Telah Bangkit”.

Page 17: ESEI CONTOH 9224 STPM 2018 - Laman MPMwebmpm.mpm.edu.my/perisian/9224_manualKK18P2/4-ESEI CONTO… · termasuk budaya, bahasa, ... Kepekaan beliau sebagai seniman cuba mengungkapkan

17  

Dari BAHASA lidah zaman Kebangkitan ini pancang detik batu tanda Untuk pelaksanaan SATU BAHASA Yang berdaulat menyinar mutiara. (Usman Awang, 1991:82)

Usman Awang juga turut menghargai “Bahasa Bunda” sebagai pernyataan rasa cinta dan

nasionalistik yang mendalam dalam jiwanya. Kata Usman Awang:

Seribu bahasa kita berbicara, Manakan sama bahasa bunda (Usman Awang, 1991:172)

J.M. Aziz dengan gaya yang tersendiri cuba mendaulatkan bahasa, khususnya dialek

Terengganu. Dengan menggunakan imej “laut” J.M. Aziz cuba mengangkat martabat dialek

Terengganu melalui sajak “Mutiara Bahasa” dengan katannya:

Sajak adalah laut nan dalam berisi penuh berisi barang siapa bilang kosongm maka itu adalah tanda mereka kurang masak tentang bahasa laut yang menjadi buah mulut adik kakaku nelayan Terengganu memang banyak memiliki mutiara bahasa daerah nan indah lagi mudah tapi tidak murah

(J.M. Aziz, 1988:146)

Kesimpulan

Tema nasionalisme menjadi tema yang digemari oleh ramai penyair dalam Angkatan

Sasterawan 1950 (ASAS 50) dan Usman Awang adalah salah seorang penyair yang paling

banyk menulis mengenainya. Nasionalisme lukisan Usman tidak hanya berpusat kepada

perjuangan tanah air semata-mata tetapi juga meliputi pesanan untuk persatuan, kesan

Page 18: ESEI CONTOH 9224 STPM 2018 - Laman MPMwebmpm.mpm.edu.my/perisian/9224_manualKK18P2/4-ESEI CONTO… · termasuk budaya, bahasa, ... Kepekaan beliau sebagai seniman cuba mengungkapkan

18  

peperangan dan bahasa. Justeru, semangat nasionalisme penting dididik dan diterapkan dalam

hati dan jiwa pembaca menerusi karya kreatif khususnya puisi. Sejajar dengan pandangan S.

T. Coleridge bahawa puisi adalah kata-kata terbaik dalam susunan yang terbaik iaitu suatu

bentuk pengucapan bahasa yang tersusun secara padat serta mengungkap pengalaman

intelektual dan mampu membangkitkan perasaan. Dalam konteks ini, melalui tulisan seperti

puisi bertemakan nasionalisme, penyair mampu meningkatkan rasa cinta terhadap negara dan

bangsa dalam kalangan pembacanya.

Bibliografi Abdul Latiff Abu Bakar dan Othman Puteh, 2000. Globalisme dan Patriotisme dalam Sastera

Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahmad Kamal Abdullah, 1989. Gejala Esei dan Kritikan Puisi Melayu Moden 1955-1986.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahmad Kamal Abdullah dan Ahmad Razali Haji Yusof (peny.), 1988. Malaysia Dalam

Puisi.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Ali Ahmad, 1984. Tema Sajak-Sajak Melayu 1933-1969. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka. Alwi Salim, 1983. Puisi Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Cheah Boon Kheng, 1971. “Adakah Malaysia Mempunyai Gerakan Kebangsaan?,” Kertas

Kerja dalam Seminar Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur. 23-25 September 1971. Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991. Puisi-Puisi Pilihan Sasterawan Negara: Usman Awang.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dharmawijaya, 1998. Dunia Puisi dalam Penelitian dan Pengajaran. Petaling Jaya: Penerbit

Fajar Bakti Sdn. Bhd. Dharmawijaya, 1988. Berkenalan Dengan Puisi. Shah Alam: Petaling Jaya: Penerbit Fajar

Bakti Sdn. Bhd. Fauziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, 2000. Sejarah Malaysia. Selangor Darul Ehsan:

Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Gilbert Khoo dan Dorothy Lo, 1983. Asia Dalam Perubahan. Kuala Lumpur: Heinemann

Educational Books (Asia) Ltd.

Page 19: ESEI CONTOH 9224 STPM 2018 - Laman MPMwebmpm.mpm.edu.my/perisian/9224_manualKK18P2/4-ESEI CONTO… · termasuk budaya, bahasa, ... Kepekaan beliau sebagai seniman cuba mengungkapkan

19  

Hans Kohn, 1984. Nasionalisme: Arti dan Sejarahnya. Jakarta: Erlangga. Harun Mat Piah, 2013. “Sulalatus Salatin: Testamen Keperkasaan Nasionalisme Melayu”,

Kertas Kerja dalam Seminar 400 Tahun Sulalatus Salatin. Dewan Bahasa dan Pustaka, 29 – 30 Oktober 2013.

Kacowicz, Arie M., 1998. “Regionalization, Globalization, and Nationalism: Convergent,

Divergent, or Overlapping?” https://www3.nd.edu/~kellogg/publications/workingpapers/WPS/262.pdf dicapai pada 10 Ogos 2017.

R. Suntharalingam dan Abdul Rahman Haji Ismail, 1985. Nasionalisme:Satu Tinjauan Sejarah. Prtaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Talib Samat, 1993. Di Sekitar Dunia Sastera dan Permasalahannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.