jenis jenis penilaian bahasa

23
JENIS-JENIS PENILAIAN BAHASA DISEDIAKAN OLEH : Leman Habib bin Che Leman , Ormilla Anne Anak Beraoh , Viviengrace Victor

Upload: zunurain-zulkefli

Post on 13-Sep-2015

279 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Pembinaan Soalan Bahasa Melayu

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

JENIS-JENIS PENILAIAN BAHASA DISEDIAKAN OLEH :Leman Habib bin Che Leman , Ormilla Anne Anak Beraoh ,Viviengrace VictorPENGENALANMatlamat utama ujian ditadbirkan di bilik darjah adalah untuk membekalkan maklumat mahupun kepada sekolah,guru,ibu bapa ataupun kepada murid itu sendiri.Bagi puhak murid tentunya tidak sabar ingin mengetahui prestasinya. Begitu juga guru,disamping ujian dapat mengenalpasti daerah kekuatan dan kelemahan muridnya, tetapi juga untuk menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajarannya.Oleh yang demikian ujian merupakan satu tugas yang berupaya mengukur prestasi pencapaian murid bagi membolehkan penilaian dibuat terhadap mereka. Oleh itu, aktiviti pengujian dan penilaian merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran .UJIAN FORMATIFUjian jenis ini dilaksanakan bertujuan untuk menentukan kemajuan pelajar-pelajar dari semasa ke semasa sepanjang pembelajaran mereka. Ujian ini dijalankan semasa kursus diadakan dan tujuannya ialah untuk mempercepatkan proses pembelajaran.Bahan atau alat ujian yang digunakan oleh guru untuk menguji sesuatu unit kemahiran atau subkemahiran bahasa yang telah diajar.Ujian yang diberikan adalah berasaskan sesuatu kemahiran atau subkemahiran atau sesuatu aspek bahasa yang telah diajar dalam jangka masa yang pendek seperti mingguan atau bulanan.Ujian formatif bertujuan untuk menguji kemahiran murid dalam penguasaan sesuatu subkemahiran bahasaUJIAN SUMATIFUjian sumatif bertujuan untuk mengesan secara menyekuruh taraf pencapaian murid di akhir sesuatu pembelajaran. Matlamat utama penilaian jenis ini ialah untuk memberi markah atau gred kepada seseorang murid supaya dapat membandingkannya dengan markah murid lain dalam kumpulannya.Bahan atau alat ujian yang dibina untuk menguji pencapaian murid dalam beberapa kemahiran bahasa yang telah diajar secara jangka masa panjang seperti selepas satu semester atau selepas setahun persekolahan.Ujian ini memberi penekanan kepada kognitif murid.Selain itu, jenis ujian ini ialah rujukan norma dan pelaporannya pula adalah berbentuk jumlah skor.UJIAN BAKATUjian jenis ini adalah khusus untuk menelah prestasi seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya.Ujian bakat bertujuan untuk mengesan bakat seseorang pelajar dalam menguasai bahasa asing sama ada khusus pada satu-satu bahasa atau secara keseluruhan.Ujian ini adalah khusus untuk mengkaji potensi seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajari.Melibatkan data-data bahasa yang mengandungi pelbagai unsur bahasa seperti fonetik, tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainnya.Hasil ujian direkod dan dianalisis untuk membantu guru memahami masalah pelajar dan mengenalpasti pelajar yang berbakat untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat.UJIAN PENCAPAIANUjian pencapaian yang juga disebut sebagai ujian sumatif adalah jenis ujian yang diberi setelah kursus tamat dan tujuannya ialah untuk menilai hasil pengajaran. Diberikan untuk menilai kemajuan murid dalam pelajarannya dan juga untuk mengukur pencapaian murid secara menyeluruh.Bertujuan untuk menentukan setakat mana pelajar telah menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah diajar kepada mereka.Soalan-soalan yang dikemukakan pula berkaitan dengan isi pelajaran yang telah diajar sahaja.Ujian pencapaian boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran atau mengikut penggal atau semester persekolahan.Merupakan peperiksaan untuk menentukan penempatan jenis sekolah dan jurusan pelajar.Pembentukan ujian ini adalah berasaskan sukatan pelajaran.UJIAN KEFASIHAN Untuk kefasihan digunakan untuk menentukan tahap mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa. Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dan pengetahuan dan kebolehan mereka.Ujian ini dilakukan bagi menentukan setakat mana murid mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan.Berbeza dengan ujian pencapaian kerana ujian kefasihan tidak berdasarkan kepada sesuatu isi pelajaran sebaliknya menilai kebolehan global (umum) pada bahasa yang dipelajari murid terbabit.Ujian ini sering digunakan bagi menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehannnya.Dinilai dari segi :~ Penyebutan dan pengucapan dengan betul dan jelas.~ Intonasi dan nada yang betul.~ Pemilihan ungkapan yang betul.~ Mimik muka yang jelas sesuai untuk membayangkan sesuatu maksud dengan jelas.~ Posisi tubuh yang betul.~ Pergerakan mata (mata pembaca yang lemah akan berhenti untuk mennyerap perkataan).UJIAN KEMAJUANUjian Kemajuan digunakan di dalam bilik darjah dan hanya dinilai oleh guru kelas. Untuk kemajuan bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat mana pelajar-pelajar telah menguasai bahan/perkara perkara yang diajar tentang 1 tajuk tertentu.Setiap ujian kemajuan yang digunakan dalam bilik darjah adalah khusus bagi sesuatu darjah dan hanya sesuai dinilai oleh guru kelas sahaja.Hendaklah berasaskan kepada objektif pengajaran, program pembelajaran yang telah diikuti oleh murid dan pengetahuan yang ingin diuji.Bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat mana murid-murid yang telah menguasai bahan atau perkara-perkara yang telah diajar tentang satu-satu tajuk tertentu.Hasil daripada kemajuan membolehkan guru mengetahui dengan lebih jelas tentang kemajuan setiap murid dan juga kemajuan darjahnya secara keseluruhanKAEDAH PENILAIAN BAHASAPENILAIAN MELALUI PORTFOLIOPENILAIAN MELALUI PEMERHATIANPENILAIAN MELALUI PORTFOLIO

PERBEZAAN PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN

Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti.DEFINISI Pemerhatian secara berterusan dan mengikut jangka masa waktu yang diperlukan atau ditentukan bagi membantu guru dalam mendapatkan maklum balas tentang keberkesanan P&P.Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.CIRI-CIRI Meliputi aspek kognitif , afektif dan psikomotor.PENILAIAN MELALUI PORTFOLIO

PERBEZAAN

PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN

Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak.Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.KAEDAH PELAKSANAAN Pemerhatian berlaku antara guru, dan antara pelajar dengan pelajar.

Boleh guna senarai semak, rekod anekdot, dan rekod profil.Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.RANGSANGAN Pemerhatian juga dibuat oleh guru terhadap keberkesanan bahan dan komunikasi pelajar dengan bahan dan pelbagai situasi persekitaran.PENILAIAN MELALUI PORTFOLIO

PERBEZAAN

PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN

Porfolio kerja harianPortfolio hasil terbaikPortfolio dokumen.

JENIS-JENISMemerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsian dan tanggapan. Melaporkan apa saja yang dilihat. Memerhati apa-apa yang telah dirancang. Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian mengikut urutan.Contoh Pelaksanaan Kaedah Penilaian Bahasa Kemahiran Membaca1. Fahami asas utama kaedah pemerhatian menyedari keadaan sekeliling perhatikan tingkah laku semasa aktiviti membaca. membezakan di antara tingkah laku yang subjektif dan objektifmembezakan di antara deskripsi dan membuat inferens

Contoh Pelaksanaan Kaedah Penilaian Bahasa Kemahiran Membaca2. Bersedia untuk membuat pemerhatian dengan :

membuat keputusan tentang jenis tingkahlaku, tindakan, dan kemahiran yang ingin diperhatikanmembuat keputusan tentang siapa yang akan menjadi pemerhati guru yang akan menjadi pemerhati membuat pelan sampelmenyediakan borang pemerhatian untuk merekod kekerapan sesuatu tingkahlaku, tindakan, dan kemahiran itu timbul tingkah laku murid yang tidak fokus semasa aktiviti membaca

Contoh Pelaksanaan Kaedah Penilaian Bahasa Kemahiran Membaca3. Memerhati dan merekod bagaimana pelajar melakukan tingkah laku tersebut. Prosedur pemerhatian ini boleh dalam bentuk formal atau pun tidak formal Contoh :- Guru menjalankan ujian lisan.

.Pucuk lada pucuk paku,Sekian sahaja thank you.