esei p3

14
Pembentukan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) bukan sahaja telah mendatangkan manfaat kepada negara tetapi juga menyebabkan pertelingkahan antara Malaysia dengan negara ASEAN lain. Jelaskan. (2/3 + 2/3) Pendahuluan -Sesebuah negara berkuasa sepenuhnya terhadap eksploitasi kekayaan di kawasan perairan dalam linkungan 200 batu nautikal dari persisiran pantainya Isi-Isi Penting A) Manfaat Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE ) 1. Malaysia dapat mengeksploitasi petroleum/sumber galian di kawasan perairannya -Malaysia memperoleh kawasan minyak di luar pantai Terengganu dan Kelantan. -mengeksploitasi sumber minyak , petroleum dan gas yang berkualiti tinggi -telaga minyak yang banyak menjadikan Malayasia pengeksport petroleum dan gas asli -meningkatkan sumber pendapatan negara 2. Memiliki Pulau Ligitan dan Sipadan -Ligitan dan Sipadan adalah sebuah pulau di Sabah , Malaysia -Lokasinya tidak jauh dari pulau Borneo , terletak di Tawau , Sabah dan Lautan Sulawesi -Pulau ini dituntut bersama-sama oleh Malaysia dan Indonesia -perbicaraan di peringkat antarabangsa diputuskan menjadi wilayah Malaysia pada tahun 2003 oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa 3. Menguasai kawasan perairan dan kawasan perikanan -Malaysia mendapat kawasan penangkapan ikan yang lebih luas -Dapat membekalkan sumber protein yang mencukupi -Meningkatkan tahap keselamatan negara dan perairan negara B) Pertelingkahan 4. Pertindihan tuntutan terhadap Pulau Spartly dan Pulau Batu Putih -Spratly mempunyai banyak sumber minyak , gas dan galian. Sejak 1950 , negara yang menuntut sudah membina lebih 30 telaga minyak dan lima telaga gas -simpanan minyak dan gas di Spratly melebihi simpanan minyak dan gas Kuwait. Spratly mempunyai 17.7 billlion tan. 1

Upload: rueyshin

Post on 03-Dec-2015

282 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

PA

TRANSCRIPT

Page 1: Esei P3

Pembentukan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) bukan sahaja telah mendatangkan manfaat kepada negara tetapi juga menyebabkan pertelingkahan antara Malaysia dengan negara ASEAN lain. Jelaskan. (2/3 + 2/3)

Pendahuluan-Sesebuah negara berkuasa sepenuhnya terhadap eksploitasi kekayaan di kawasan perairan dalam linkungan 200 batu nautikal dari persisiran pantainya

Isi-Isi Penting

A) Manfaat Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE)

1. Malaysia dapat mengeksploitasi petroleum/sumber galian di kawasan perairannya-Malaysia memperoleh kawasan minyak di luar pantai Terengganu dan Kelantan.-mengeksploitasi sumber minyak , petroleum dan gas yang berkualiti tinggi-telaga minyak yang banyak menjadikan Malayasia pengeksport petroleum dan gas asli-meningkatkan sumber pendapatan negara

2. Memiliki Pulau Ligitan dan Sipadan-Ligitan dan Sipadan adalah sebuah pulau di Sabah , Malaysia-Lokasinya tidak jauh dari pulau Borneo , terletak di Tawau , Sabah dan Lautan Sulawesi-Pulau ini dituntut bersama-sama oleh Malaysia dan Indonesia-perbicaraan di peringkat antarabangsa diputuskan menjadi wilayah Malaysia pada tahun 2003 oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa

3. Menguasai kawasan perairan dan kawasan perikanan-Malaysia mendapat kawasan penangkapan ikan yang lebih luas-Dapat membekalkan sumber protein yang mencukupi-Meningkatkan tahap keselamatan negara dan perairan negara

B) Pertelingkahan

4. Pertindihan tuntutan terhadap Pulau Spartly dan Pulau Batu Putih-Spratly mempunyai banyak sumber minyak , gas dan galian. Sejak 1950 , negara yang menuntut sudah membina lebih 30 telaga minyak dan lima telaga gas-simpanan minyak dan gas di Spratly melebihi simpanan minyak dan gas Kuwait. Spratly mempunyai 17.7 billlion tan.-kepulauan Spratly terdiri daripada sejumlah 750 terumbu , pulau dan batu laut dengan kawasan tanah hanya lima kilometer persegi-negara yang menuntut , iaitu Brunei , China , Filipina , Malaysia dan Vietnam mengunakan pelbagai strategi untuk melayakkan tuntutan kewilayahan mereka ke atas Spratly-Jumlah pendudukan setakat ini ialah bagi China (7) , Filipina (9) , Malaysia (5) , Taiwan (1) dan Vietnam (21) pulau atau terumbu-Malaysian kehilangan Pulau Batu Putih kepada Singapura (tamsilannya)

5. Pencerobohan nelayan dalam perairan negara-nelayan asing dari Thailang dan Vietnam sering melangkaui sempadan perairan-pencerobohan nelayan asing sering menjejaskan hubungan baik kedua-dua buah negara-negara juga menanggung kos dan kerugian dalam perbicaraan pencerobohan nelayan tersebut

1

Page 2: Esei P3

Kesimpulan-Kepulauan Spratly lebih merupakan terumbu karang dan sesuai dimajukan sebagai destinasi-pelancongan antarabangsa – kepulauan ini juga dikatakan kaya dengan sumber galian seperti petroleum dan gas

Tuntutan oleh beberapa buah negara sedang membangun atau Negara-Negara Selatan melalui Order Baru Ekonomi Negara telah disuarakan melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Huraikan bagaimana tuntutan ini dapat membantu Malaysia dalam membangunkan ekonomi. (5+0)

Pendahuluan-Order Baru Ekonomi Negara menuntut negara-negara maju membangun dari segi teknologi dan peluang pasaran yang lebih luas

Isi-Isi Penting

1. Mendapat teknologi asing-negara maju bersetuju memindahkan teknologinya kepada negara membangun-teknologi dan kepakaran bertujuan membantu meningkatan produktiviti negara-Malaysia memperloeh tenaga pakar dan teknologi asing sebagai tukaran kemasukan pelaburan asing yang banyak ke dalam negara-pelaburan asing membawa masuk bersama-sama teknologi dan kepakaran mereka yang boleh dipelajari

2. Memperoleh syarat perdagangan yang lebih adil-Malaysia menghadapi masalah ekonomi akibat terlalu bergantung kepada hasil eksport-Malaysia masih bergantung kepada negara maju untuk pemasaran bahan mentah-dibebani dengan syarat perdagangan yang tidak adil-negara maju mengawal harga bahan mentah-Malaysia dapat mengawal harga bahan mentah/komoditi

3. Rintangan perdagangan yang kurang-Malaysia memohon supaya rintangan perdagangan dikurangkan-cukai , levi dan tarif dapat dikurangkan oleh negara maju-lebih banyak produk eksport akan menembusi pasaran antarabangsa-mendorong pertumbuhan ekonomi dan perkembangan perdagangan

4. Beban hutang dikaji semula-hutang negara membangun seperti Malaysia minta dikaji semula-menanggung kadar faedah yang tinggi terhadap pinjaman yang diberikan-kenaikan kadar faedah di samping kejatuhan harga komoditi-kejatuhan nilai matawang ringgit-hutang tidak berkurang malahan semakin meningkat-dibebani hutang lapuk-Malaysia dapat meneruskan pembayaran hutang seperti yang dijadualkan

5. Negara maju membuka peluang eksport negara dunia ketiga-memohon supaya negara maju membuka pasaran produk Malaysia-Malaysia dapat mengeksport barangan berupa barangan siap/barangan proses-barangan eksport terbesar Malaysia ialah barangan elektrik dan elektronik

2

Page 3: Esei P3

Kesimpulan-Oleh kerana negara-negara Utara tidak ikhlas menghulurkan bantuan , maka negara-negara Selatan berpakat demi membantu pertumbuhan ekonomi negara-negara membangun lalu terhasilnya Dialog Selatan-Selatan

Pada tahun 1984 , Malaysia telah berjaya mendapat sokongan masyarakat antarabangsa untuk menjadikan Antartika sabagai warisan bersama dunia. Jelaskan rasional Malaysian menyarankan Antartika sebagai kawasan hak bersama dan warisan sejagat.

Pendahuluan-Antartika penting dari segi pengaruh ke atas alam sekitar-Malaysia menyeru supaya benua Antartika dijadikan warisan bersama

Isi-Isi Penting

1. Bekalan air tawar dunia-Antartika terdapat 90 peratus daripada air tawar dunia-terdapat dalam bentuk air batu dan salji-keperluan air tawar yang penting untuk manusia

2. Sumber bahan galian-mengandungi potensi bekalan bahan-bahan mentah-besi , arang , uranium , plumbum , nikel , kobalt’-mengandungi minyak dan gas-ditakuti akan dieksploitasi oleh kuasa-kuasa tertentu

3. Habitat flora dan fauna yang jarang dijumpai-terdapat haiwan dan tumbuhan yang jarang ditemui di tempat lain-Beruang kutub , spesies penguin dan anjing laut-Mengekalkan habitat flora dan fauna

4. Sesuai dijadikan tempat penyelidikan dan kajian-menjalankan kajian dalam keadaan `ekstrem’-membuka peluang kepada saintis meramalkan kesan perubahan iklim global terhadap ekosistem microorganisma-Malaysia akan menubuhkan satu stesen penyelidikan kekal di Antartika

5. Mengawal bencana alam dunia-ekologi Antartika wajar dipertahankan-pengujian nuklear tidak dibenarkan-Malaysia berada di kawasan tropika yang sering menerima hujan-pencemaran di Antartika akan mengakibatkan pencairan ais-Malaysia akan mengalami peningkatan paras laut

Kesimpulan -Malaysia menganggap benua Antartika sebagai penting dari segi pengaruhnya terhadap ekologi dan alam sekeliling dan cuaca dunia

3

Page 4: Esei P3

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sentiasa bertindak menjaga keamanan dan perdamaian dunia yang dianggotai oleh kebanyakan negara di dunia ini. Huraikan peranan Malaysia dalam PBB. (5+0)

Pendahuluan-Malaysia bertindak aktif dalam aspek keamanan sejagat-Malaysia sangat prihatin terhadap pelbagai isu dan konflik negara , serantau dan antarabangsa

Isi-Isi Penting

1. Menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji PBB-untuk menamatkan perang saudara di Congo (kini Zaire)-tahun 1989 , Malaysia dipilih untuk mewakili pasukan pengamanan PBB ke Namibia bagi membantu negara itu mencapai kemerdekaan-Pada tahun 1990-an , Malaysia telah mengantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq-menghantar pasukan pengamanan ke Bosnia

2. Malaysia juga lantang suara di PBB-negara kita juga menyarankan agar Benua Antartika menjadi warisan dunia yang diletakkan di bawah hak milik atau semua negara-mempertahankan hak asasi manusia dan menghormati kedaulatan sesebuah negara

3. Menjadi ahli Bank Dunia-Bank antarabangsa yang ditubuhkan oleh PBB-Matlamat penubuhan untuk membantu negara-negara ahli yang sedang membangun terutama dari segi kewangan dalam membangunkan ekonomi negara-negara tersebut-memperoleh faedah dari segi kemasukkan pelabur-pelabur asing-Dapat membasmi kemiskinan di luar bandar selain menyediakan peluang pekerjaan-Menjayakan Rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan

4. Berusaha memerangi gejala penyalahgunaan dadah-Hasil daripada usul Malaysia-satu persidangan antarabangsa diadakan di Vienna (Austria) pada bulan Jun 1987-mengenakan hukuman berat terhadap pesalah-hukuman mati terhadap pengedar dadah kini menjadi ikutan negara lain

5. Menyertai beberapa agensi di bawah PBB-Contohnya , kerjasama dalam bidang pengeluaran makanan di bawah agensi Pertubuhan Makanan dan Pertanian atau Food And Algricultur Organization (FAO)-Kerjasama dalam bidang kesihatan dan perubatan di bawah Pertubuhan Kesihatan Dunia-kerjasama dalam bidang sains dan teknologi di bawah Pertubuhan Pendidikan , Saintifik dan Budaya Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO)

Kesimpulan-PBB menjadi salah satu platform Malaysia untuk mengambil bahagian dalam isu-isu dunia

4

Page 5: Esei P3

Jelaskan langkah yang diambil oleh negara dalam usaha menangani dan mencari penyelesaian masalah global bersama. (5+0)

Pendahuluan-Malaysia sentiasa mencari jalan penyelesaian untuk menangani masalah global

Isi-Isi Penting

1. Aktif dalam pertubuhan dunia yang dianggotai-Malaysia telah dan akan terus aktif dalam OIC , Komanwel , NAM dan PBB-untuk menggalakkan kerjasama antara negara anggota-mencari penyelesaian untuk masalah global dan mewujudkan peraturan asas bersama yang akan menjadi panduan dalam hubungan antarabangsa yang harmoni-Malaysia akan terus menggunakan platform ini untuk membicarakan isu global seperti hak asasi manusia dan demokrasi , alam sekitar , keganasan antarabangsa dan lain-lain

2. Menyuarakan keprihatinan terhadap isu-isu dunia di platform antarabangsa-Malaysia terdiri di barisan hadapan dalam menyuarakan keprihatinan dan keperluan menentang ancaman kegiatan pelanunan-Menyuarakan masalah dadah dalam PBB-Meminta supaya Antartika menjadi Warisan Dunia dalam PBB

3. Menyokong kuat semangat hubungan pelbagai hala -menentang semua bentuk unilateralisme -yakin hubungan pelbagai hala dapat mewujudkan kerjasama lebih baik-kerjasama dan persefahaman antara negara mudah dicapai sekiranya hubungan pelbagai hala terjalin-kerjasama ekonomi dan politik amat penting dalam memastikan kesejahteraan rakyat dalam negara

4. Mengadakan hubungan diplomatik ,perdaganggan ,perjanjian antara dua negara ,pertukaran duta dan lawatan negara-Malaysia menghantar duta dan Persuruhanjaya Tinggi ke negara laut -memastikan hubungan diplomatik terjalin -perjanjian antara negara dan pelbagai bentuk kerjasama dapat dicapai -pertukaran data dan maklumat senang diperoleh -lawatan ketua–ketua negara atau kerajaan mengeratkan lagi hubungan -banyak masalah golobal dapat diselesaikan dengan hubungan baik yang sedia terjalin

5. Membantu secara teknikal/terus-menghantar terus pasukan penyelamat memadamkan kebakaran ke Indonesia-membantu memadamkan kebakaran hutan -mengatasi masalah jerebu yang melanda Asia Tenggara

6. Menawarkan kepakaran dan teknologi -Giat Mara Malaysia menghantar 32 tenaga pakarnya ke beberapa negara -bagi memenuhi permintaan untuk melatih rakyat negara asing Arab saudi, Bahrain, Kemboja danTaiwan dalam bidang pertukaran, kimpalan dan mekanik-syarikat swasta seperti Sime Darby memperkenalkan teknologi pengeluaran dan bekalan makanan ternakan ,baja dan pembangunan bank benih pada skala besar kepada kumpulan 8 negara –negara membangun

Kesimpulan

5

Page 6: Esei P3

-Hubungan baik antara negara merupakan perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam memastikan keadaan ekonomi dan politik negara yang baik

Deklarasi Langkawi 1989 telah menggariskan beberapa rancangan dan tindakan untuk mengawal pencemaran alam sekitar. Bincangkan usaha-usaha yang dijalankan oleh negara untuk mengawal pencemaran dan masalah yang dihadapi dalam mengekang masalah pencemaran.(2/3 + 2/3)

Pendahuluan-Masalah pencemaran dunia telah dibincangkan dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Komanwel di Langkawi dan langkah-langkah mengatasi masalah pencemaran telah digariskan

Isi-Isi Penting

A) Usaha-usaha

1. Memupuk kesedaran dan membentuk masyarakat yang bertanggungjawab kepada alam sekitar-Pendidikan alam sekitar dapat membentuk sikap positif dalam diri terhadap penjagaan alam sekitar-diterapkan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) , khususnya dalam mata pelajaran Sains-diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)-kanak-kanak dididik menyayangi alam sekitar dan menjaga kesinambungan hayat flora dan fauna

2. Mengurangkan pencemaran-memastikan kilang-kilang menepati akta Alam Sekitar-memastikan kilang-kilang membina cerobong bermangkin setinggi 30m hingga 50m-kenderaan bermotor juga mengguankan ekzos bermangkin untuk mengurangkan pelepasan asap

3. Penggunaan kaedah biologi-baja kimia dan racun serangga kurang digunakan-diganti dengan penggunaan baja semula jadi dan haiwan pemangsa-mengurangkan pencemaran tanah dan air-mengekalkan kesuburan tanah dan mengekalkan habitat dalm tanah

B) Masalah yang dihadapi

4. Kesedaran masyarakat rendah-masyarakat tidak bersungguh-sungguh dalam usaha mencegah pencemaran-tiada kesedaran dan pengetahuan kesan pencemaran-bersikap sambil lewa dan menganggap sampah yang dibuang tidak memberi kesan kepada alam-masih membuang sampah merata-rata dan melakukan pembakaran terbuka

5. Pembangunan tidak dirancang dengan sistematik-penebangan hutan dan bukit dilakukan tanpa mengendahkan kesan-pembinaan petempatan tidak mengikut spesifikasi alam sekitar

6

Page 7: Esei P3

-pembuangan sampah kilang dan domestik tidak sistematik-pembangunan yang pesat tidak mengambil kira kepentingan penjagaan alam sekitar

Kesimpulan-Masalah pencemaran perlu diatasi sebelum membawa bencana kepada negara

Kegiatan pelanunan di tiga tempat yang perlu diberikan tumpuan ialah kawasan Teluk Aden , Selat Melaka dan Laut China Selatan. Bincangkan punca kegiatan pelanunan sukar dibanteras dan langkah-langkah wajar yang diambil bagi membendungnya. (2/3 + 2/3)

Pendahuluan-Kegiatan pelanunan dan serangan lanun punca terganggunya kegiataan perkapalan dan pengangkutan kargo yang membawa muatan perdagangan

Isi-isi Penting

A) Punca kegiatan perlanunan sukar dibanteras

1. Kegiatan tradisional yang diwarisi terun temurun-pelanunan merupakan kegiatan yang diwarisi-kedudukan petempatan berhampiran dengan laut-mencuri , merompak merupakan punca pendapatan sejak dahulu-di sepanjang pantai Indonesia dan perairan negara

2. Sokongan dari daratan yang kuat-negara-negara seperti Somalia berhampiran dengan laut seperti Laut Merah-banyak kapal dagang yang menggunakan laluan-Sokongan dari tanah besar memberi bantuan senjata dan keperluan lain seperti bot dan peralatan canggih

3. Keadaan geografi-keadaan pesisir pantai yang berteluk-terlindung daripada angin kuat dan mudah meloloskan diri-Pantai Indonesia banyak berteluk dan kawasan bakau-sukar untuk mengesan dan menangkap mereka

B) Langkah Membendungnya

4. Mempertingkatkan kawalan perairan negara-penubuhan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia-menaik taraf dan melakukan penambahan aset untuk tentera laut-memastikan aktiviti di sepanjang perairan selamat dan tidak terdedah kepada ancaman

5. Mengadakan kerjasama kawalan keselamatan laut-langkah-langkah yang telah diambil oleh negara-negara pesisir untuk meningkatkan keselamatan di Selat Melaka-rondaan berkoordinasi MALSINDO yang melibatkan tentera laut masing-masing-inisiatif Eye In The Sky yang melibatkan pengawasan dari udara-mengadakan latihan bersama dengan negara jiran-mengadakan kerjasama memantau dan mengawal perairan

7

Page 8: Esei P3

Kesimpulan-Kegiatan pelanunan sering mengorbankan nyawa dan membawa kerugian yang besar kepada negara

Deklarasi Tokyo berkaitan dengan Biojisim Asia telah diterima bagi tujuan aktiviti-aktiviti penggunaan biojisim secara efektif di negara-negara ASEAN. Bincangkan sumbangan penggunaan tenaga biojisim kepada pembangunan negara. (5+0)

Pendahuluan-Biojisim sumber keempat terbesar dunia selepas arang batu , petrol dan gas asli

Isi-Isi Penting

1. Penyelesaian masalah kepada masalah kemiskinan-mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat-tenaga biojisim harga murah-memperoleh pendapatan melalui industri baru dan penggunaan bahan mentah tempatan-di ladang-ladang , peladang menjalankan sendiri proses biopemetanaan berskala kecil bagi manghasilkan gas masak

2. Pencegahan terhadap kerosakan persekitaran-mengurangkan pembebasan gas rumah hijau ke atmosfera-lebih 20 juta tan CO2 dibebaskan pada tahun 2000-Biojisim sumber neutral karbon dalam kitaran hidup-elak berlaku pencemaran dan peningkatan suhu dunia

3. Meningkatkan kualiti hidup lebih baik-membekalkan informasi kepada petani tentang teknologi biojisim-corak pertanian yang selamat digalakkan-tiada pencemaran alam sekitar-alam sekitar sentiasa sihat , tidak berlaku bencana alam

4. Sumber tenaga alternatif yang selamat-aktiviti manusia yang semakin giat menyebabkan keperluan terhadap tenaga baru-bekalan petroleum kian berkurangan-keperluan terhadap sumber tenaga baharu yang tiada sisa mencemarkan alam sekitar

5. Menjimatkan penggunaan bahan api fosil-arang batu dan petroleum semakin berkurangan -mengurangkan kemungkinan kehabisan minyak mentah harga minyak mentah dan bekalannya dapat dikawal

Kesimpulan-Penggunaan tenaga biojisim perlu diperluas untuk menjadikan negara lebih kompetitif

Selat Melaka merupakan laluan perkapalan utama antara Lautan Pasifik dan Lautan Hindi yang memainkan peranan yang penting bagi pembangunan negara-negara Asia seperti Jepun , Korea Selatan dan China. Akibatnya , kes-kes

8

Page 9: Esei P3

kemalangan dan pelanggaran kapal sering berlaku menyebabkan pencemaran teruk di Selat Melaka. Bincangkan punca berlakunya pelanggaran kapal dan kesan pencemaran Selat Melaka kepada negara. (2/3 + 2/3)

Pendahuluan-Selat Melaka telah digunakan sejak ratusan tahun dahulu berfungsi sebagai lebuh laut bagi pedagang , pengembang agama , bala tentera dan pengembara

Isi-Isi Penting

A) Punca berlakunya perlanggaran kapal di Selat Melaka

1. Keadaan geografi laut Selat Melaka-keadaan rupa bumi dan hidrologi Selat Melaka-Selat Melaka berbentuk kelalang sendeng , iaitu lebar di bahagian utara barat laut dan genting di bahagian selatan tenggara-sebahagian daripada Selat Melaka , iaitu ke selatan dari Bandar Melaka , adalah sempit , iaitu kurang daripada 39km lebar-adanya beting , gelombang pasir dan bangkai kapal di dasar laut

2. Faktor kepadatan lalu lintas-Kira-kira 50000 kapal kargo dan kapal minyak melalui Selat Melaka dari barat ke timur setiap tahun-Kesesakan seperti ini hanya menambahkan risiko pelanggaran , terutama apabila potong-memotong berlaku disebabkan oleh halaju kapal yang berbeza-beza-Hampir satu perlima perdagangan dunia terpaksa melalui Selat Melaka-Terdapat juga kapal yang dikemudi mengikut arah yang salah

3. Faktor cuaca-arah tiupan angin sepanjang tahun di Selat Melaka-namun angin (angin Sumatera) yang diiringi dengan tiupan angin kencang 80km sejam sering dialami setiap hari di Selat Melaka pada musim monsun barat daya-hujan ribut turun berjam-jam lamanya dalam bulan sebelum monsun timur laut-menyukarkan pelayaran kapal

B) Kesan pencemaran di Selat Melaka

4. Menjejaskan ekosistem pesisir pantai barat-Malaysia akan kehilangan berbagai-bagai jenis burung laut dengan terjejasnya ekosistem di Pulau Perak-puluhan jenis batu karang dan hidupan laut-habitat pembiakan hasil laut seperti ikan , udang , kerang dan tiram yang mendatangkan pendapatan lebih RM500 juta setahun akan terjejas

5. Kehilangan mata pencarian-kemusnahan sebuah pusat pengembangan benih udang harimau di Pulau Sayak , Kedah-kehilangan daya tarikan pelancong ke beberapa buah pantai di Pulau Langkawi dan Pulau Pinang-Selat Melaka membekalkan lebih 70 peratus sumber protein dan menjadi punca pendapatan nelayan laut dalam dan pesisir pantai

Kesimpulan-Kes tumpahan minyak kapal tangki Nagasaki Spirit , Malaysia menjadi mangsa pencemaran apabila pantai Selat Melaka terjejas teruk

9

Page 10: Esei P3

Perkongsian antara negara merupakan suatu langkah untuk mewujudkan kerjasama yang sihat antara negara. Perihalkan bentuk-bentuk perkongsian antara negara yang dijalankan oleh Malaysia dengan negara lain. (5 + 0)

Pendahuluan-Perkongsian antara negara dalam bidang politik , ekonomi dan sosial-Merupakan kerjasama yang sihat antara negara

Isi-Isi Penting

1. Perkongsian budaya antara negara-festival makanan , kraf tangan dan budaya Indonesia diadakan di Pulau Pinang-bertujuan mendedahkan budaya tradisi Jepun di Malaysia-pertukaran rancangan kebudayaan antara negara anggota ASEAN-pesta lagu dan muzik negara-negara ASEAN

2. Sukan-penyertaan setiap negara dalam pertandingan sukan pada peringkat antarabangsa-dapat mengeratkan hubungan masyarakat dunia-sukan yang diadakan ialah Sukan SEA , Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik-menjadi tuan rumah kepada pertandingan sukan antarabangsa-imej negara dapat ditingkatkan supaya dikenali di peringkat antarabangsa-mewujudkan suatu jaringan komunikasi yang baik merentas sempadan

3. Kerjasama dalam peningkatan pertahanan negara-Malaysia bergabung tenaga dengan negara luar yang mempunyai teknologi lebih canggih dalam sistem pertahanan-mereka sebagai satu strategi untuk meningkatkan benteng pertahanan negara-Misalnya , penguatkuasaan Maritim Negara telah berganding bahu dengan Filipina untuk menjayakan Operasi Phillipine-Malaysia (PHIMAL) bertujuan mencegah aktiviti-aktiviti pelanggaran undang-undang maritim di persempadanan perairan Malaysia-Filipina di Laut Sulu-Malaysia juga telah bekerjasama dengan Russia-Malaysia telah membeli 18 pesawat Sukhoi-30MKI buatan Russia pada tahun 2003.Pembelian kapal selam Scorpene dari Perancis

4. Lawatan rasmi-lawatan rasmi merupakan lawatan yang dilakukan oleh Ketua Negara atau Perdana Menteri untuk melakukan perjumpaan rasmi dengan pemerintah negara yang dilawati-Ketua Negara Malaysia seringkali mengadakan lawatan rasmi ke negara lain-melawat United Kingdom , Sweden , Brunei dan lain-lain-menitikberatkan hubungan negara dengan negara luar untuk menjamin keamanan dan kesejahteraan dunia-mewujudkan jaringan komunikasi yang sistematik antarabangsa

5. Pemindahan teknologi-Malaysia mengadakan kerjasama ekonomi dalam bentuk usahasama antara syarikat multinasional asing dengan syarikat tempatan-projek usahasama industri automobil antara Mitsubishi Corporation dari Jepun dengan Proton dan Kia Motors dari Korea Selatan dengan Naza Motors Malaysia-kerjasama ini membolehkan syarikat tempatan mendapat faedah pemindahan teknologi pembuatan kereta daripada negara berkenaan

10

Page 11: Esei P3

-syarikat elektronik Jepun memberi hak kepada Malaysia untuk menghasilkan dan memasarkan microcip termaju di dunia , iaitu MM Chip-situasi ini membolehkan perkembangan inovasi serta penciptaan teknologi baru oleh syarikat tempatan

Kesimpulan-Perkongsian kerjasama antara negara merupakan komponen penting dalam aspek pembangunan negara

11