skema p.sam p3

23
1 SULIT SKEMA PEMARKAHAN DAN SKEMA JAWAPAN PENGAJIAN AM PENGGAL 3 B a h a g i a n A Soalan Aneka Pilihan Bahagian ini mengandungi 15 soalan aneka pilihan. Calon dikehendaki menjawab semua soalan. Markah penuh : 15 markah Bahagian B Soalan Alih Bentuk Komunikasi (Bukan Linear kepada Linear) Bahagian ini mengandungi dua soalan. Calon dikehendaki menjawab satu soalan sahaja. Markah bagi satu soalan ialah 15 markah. Markah penuh : 15 markah A. Tujuan ujian Untuk menguji kebolehan calon mengalih bentuk komunikasi daripada bentuk bukan linear kepada bentuk linear dengan mengutip maklumat daripada data/carta. B. Kemahiran Komunikasi terlibat - kefahaman - analisis - kebahasaan C. Ciri-ciri jawapan 1. Idea/isi 2. Huraian dan penjelasan - isi carta/data - fakta - perhubungan fakta 3. Kebahasaan . SULIT*

Upload: mila

Post on 04-Jan-2016

74 views

Category:

Documents


28 download

DESCRIPTION

P.AM

TRANSCRIPT

Page 1: SKEMA P.SAM P3

1SULIT

SKEMA PEMARKAHAN DAN SKEMA JAWAPAN PENGAJIAN AM PENGGAL 3

Baha gi an A

Soalan Aneka Pilihan

Bahagian ini mengandungi 15 soalan aneka pilihan. Calon dikehendaki menjawab semua soalan.

Markah penuh : 15 markah

Bahagian B

Soalan Alih Bentuk Komunikasi (Bukan Linear kepada Linear)

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Calon dikehendaki menjawab satu soalan sahaja. Markah bagi satu soalan ialah 15 markah.

Markah penuh : 15 markah

A. Tujuan ujian Untuk menguji kebolehan calon mengalih bentuk komunikasi daripada bentuk bukan linear kepada bentuk linear dengan mengutip maklumat daripada data/carta.

B. Kemahiran Komunikasi terlibat - kefahaman - analisis

- kebahasaan

C. Ciri-ciri jawapan

1. Idea/isi

2. Huraian dan penjelasan - isi carta/data- fakta- perhubungan fakta

3. Kebahasaan

4. Rumusan/kesimpulan/pendapat

D. Pemarkahan

Idea/isi (I) - 4 markah Huraian dan penjelasan (H) - 8 markah

Kebahasaan (B) - 1 markah

. SULIT*

Page 2: SKEMA P.SAM P3

2SULIT

Rumusan/kesimpulan/pendapat (R) - 2 markah ________

15 markah________

* Boleh berubah mengikut skema

. SULIT*

Page 3: SKEMA P.SAM P3

3SULITBahagian C

Karangan

Bahagian ini mengandungi tiga soalan. Calon dikehendaki menjawab dua soalan. Markah bagi satu soalan ialah 25 markah.

Markah penuh: 25 markah

A. Pemberian markah karangan akan berasaskan kepada perkara-perkara berikut:

1. Isi dan Idea (I) 5 markah2. Hujah (H) 15 markah3. Kemahiran Kebahasaan (B) 4 markah4. Format 1 markah

25 markah

Catatan:

(i) Pembahagian markah untuk isi dan Idea (I):

Baik : 4-5 markahSederhana : 3 markahLemah : 1-2 markah

(ii) Pembahagian markah untuk Huraian (H):

Baik : 12 – 15 markahSederhana : 7 – 11 markahLemah : 1 – 6 markah

(iii) Pembahagian Markah untuk kebahasaan(B):

Baik : 4 markahSederhana : 2-3 markahLemah : 1markah

(iv) Pembahagian markah untuk Format (F) :

Memenuhi format : 1 markahPenulisan (Pengenalan,Isi dan penutup)Tidak memenuhi : 0 markahformat

. SULIT*

Page 4: SKEMA P.SAM P3

4SULITB. Cara Pemberian Markah

1. Pemarkahan bahasa (4)

1.1 Bagi 8 kesalahan ejaan atau tanda baca, potong 1 markah. Bagi 4 kesalahan struktur ayat potong 1 markah dengan mengambil ingatan apa-apa kesalahan

yang terdapat di dalamnya tidak diambilkira.

1.2 Kesalahan yang sama dan diulang tidak dipotong markah , demikian juga ejaan yang sejenis.

Contoh ejaan yang sejenis: Batuk, patuk – dikira sejenis Suluh, buluh - dikira sejenis

1.3 Markah minimum diberi untuk markah bahasa dan juga bagi jawapan yang terdiri daripada satu ayat bagi setiap perenggan

1.4 Kepanjangan karangan

1.4.1 Karangan hendaklah tidak melebihi 400 patah perkataan. Karangan yang selebihnya tidak perlu diperiksa.

1.4.2 markah maksimum untuk bahasa berdasarkan kepada kepanjangan karangan adalah seperti berikut:

Lebih daripada 250 patah perkataan : 4 markah151 hingga 250 patah perkataan : 3 markah101 hingga 150 patah perkataan : 2 markahKurang daripada 100 perkataan : 1 markah

1.5 Mencatat kesalahan bahasa dan markah

1.5.1 Catat kesalahan bahasa di ruang kiri skrip jawapan. Setiap kesalahan dicatat dengan angka 1.

1.5.2 Kesalahan struktur ayat ditandai dengan cara : ( ) – ditandai S diruang kiri skrip jawapan

1.5.3 Kesalahan bahasa kali pertama bagi tatabahasa, ejaan, tanda baca ditandai dengan cara:

Kesalahan yang sama tidak dikira dan ditandai dengan cara:

1.5.4 Tidak relevan (TR) dan Tidak Jelas (TJ)

2. Karangan yang tidak lansung membincangkan tajuk beri markah 1 ( 1/25)

3. Perhatikan bahawa markah tidak diberi untuk butiran yang berulang-ulang.

. SULIT*

Page 5: SKEMA P.SAM P3

5SULIT4. Adakalanya, anda akan bertemu dengan karangan yang daripada awal lagi sudah

menyeleweng tetapi kemudian pada bahagian akhirnya barulah terdapat butiran-butir yang jitu. Oleh sebab itu anda hendaklah membaca seluruh karangan itu walaupun separuh daripadanya menyeleweng supaya kita dapat berlaku adil terhadap calon. Anda juga akan bertemu dengan karangan yang pada mulanya menjawab dengan jitu tetapi kemudiannya menyeleweng daripada tajuk. Dalam hal ini, berilah markah kepada jitu sahaja.

5. Calon layak diberi markah impak/persembahan (1markah) jika jawapannya sempurna dari segi format penulisan karangan, iaitu ada bahagian pengenalan, isi dan penutup.

6. Mencatat pemberian markah karangan.

6.1 Catat markah pada ruang kanan skrip. Jumlah markah akhir setiap jawapan perlu diletakkan dalam bulatan

6.2 Tanda I – Idea, H – Huraian, B – Bahasa, F – Format

6.3 Nyatakan di bahagian akhir karangan sekiranya karangan itu menyeleweng.

Bahagian A (15 markah)

NO. SOALAN JAWAPAN NO. SOALAN JAWAPAN

1 D 9 D

. SULIT*

PERINGATAN:

Calon dikehendaki menjawab dua daripada tiga soalan dalam Bahagian C. Sekiranya calon menjawab ketiga-tiga soalan, hanya semak dua soalan yang mula-mula dijawab oleh calon sahaja yang perlu disemak oleh pemeriksa.

Page 6: SKEMA P.SAM P3

6SULIT

2 D 10 D

3 C 11 B

4 A 12 D

5 C 13 D

6 C 14 B

7 B 15 C

8 C

Bahagian B (15 markah)

Jawab satu soalan sahaja.

16. Dengan merujuk kepada jadual di bawah, huraikan perkembangan jumlah import kasar

perdagangan luar negara Malaysia dari tahun 2013 hingga 2015 dan berikan langkah-langkah

untuk mengurangkan import barangan pengguna rakyat Malaysia.

MALAYSIA: IMPORT KASAR NEGARA DARI TAHUN 2013 HINGGA TAHUN 2015

TAHUN

BARANGAN

2013

(RM juta)

2014

(RM juta)

2015

(RM juta)*

Barangan modal 98 502 100 231 105 900

Barangan pengangkutan 379 351 396 725 420 033

Barangan Pengguna 475 569 50 115 51 345

JUMLAH 525 422 547 071 577 278

*jangkaan

Laporan Ekonomi, 2014/2015. Jabatan Perangkaan dan Kementerian Kewangan Malasyia

Skema Jawapan

Pengenalan:

. SULIT*

Page 7: SKEMA P.SAM P3

7SULITPerdagangan Malaysia dengan negara-negara luar telah memberi impak yang positif kepada ekonomi Negara.

Bil. Isi/ Idea Huraian Data

1 Keseluruhaan

Jumlah import kasar perdagangan luar negara Malaysia dari tahun 2013 hingga anggaran tahun 2015 menunjukan pola peningkatan

Pada tahun 2013 jumlah import kasar sebanyak RM525 422 juta meningkat kepadaRM577 278 juta pada anggaran tahun 2015

Peningkatan sebanyak: RM51 856 juta (9.87%)

Bil. Isi/ Idea Huraian

2

Langkah yang diambil

Meningkatkan kualiti barangan tempatan

Terjamin dari segi kesihatan.,keselamatan, mesra alam.

Mencapai standard kualiti yg dtetapkan oleh Sirim dan mencapai standard ISO antarabangsa

Pengusaha,petani, pembekal melakukan R&D yang berterusan.

Menjadikan hasil keluaran tempatan standing dengan barangan yang diimport

3 Promosi membeli barangan tempatan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan melaksanakan pelbagai program

Mengadakan iklan, dokumentasi, rancangan wawancara melalui media massa.

Setiap agensi kerajaan memainkan peranan. Mengutamakan penggunaan barangan

tempat dalam melaksanakan tender/projek2 kerajaan.

4 Harga barangan tempatan yang kompetetif

Memastikan harga barangan tempatan berpatutan atau lebih murah di pasaran.

Menjaga kualiti barangan setandingan harga yang ditawarkan

Kerajaan mengawal harga barangan tempatan di pasaran tempatan supaya pengguna sentiasa berpuas hati dengan wang yang dibelanjakan.

. SULIT*

Page 8: SKEMA P.SAM P3

8SULIT

5 Pendidikan Menyuntik semangat patriotik –mencintai dan bangga dengan barangan tempatan. Korea Selatan bangga dengan jenama Samsung, LG dan Hyundai

Jepun bangga dengan barangan keluaran Negara seperti Toyota, Sony dan Honda.

Suntuk dan pupuk dari bangku sekolah rendah

Terapkan melalui subjek sejarah, pendidikan Moral, Sivik dan Kenegaraan.

Kegiatan Ko kurikulum yang menjurus mengutamakan produk tempat melalui Kedai Koperasi Sekolah, Kelab Usahawan dll.

Dedahkan kepentingan mengutamakan barangan tempat dan sumbanganya kpd ekonomi dan pembangunan Negara.

Kesimpulan:

Jumlah eksport kasar dan import kasar Malaysia menunjukan peningkatan. Namun begitu,

jumlah import barangan pengguna Negara Malaysia patut dikurangkan demi kepentingan

ekonomi Negara dengan melakukan langkah-langkah bersesusaian.

Jawapan:1+3 isi/ idea

17 Berdasarkan jadual di bawah, bandingkan jumlah ketibaan pelancong ke Malaysia antara

tahun 2011 dan tahun 2012. Jelaskan langkah-langkah menarik lebih ramai pelancong datang ke

Malaysia. . SULIT*

Page 9: SKEMA P.SAM P3

9SULIT

MALAYSIA: KETIBAAN PELANCONG MENGIKUT NEGARA ASAL PADA TAHUN

2011 DAN 2012

(Sumber : Buku Maklumat Perangkaan

Malaysia 2013, Jabatan Perangkaan Malaysia)

Pengenalan:

Kemasukan pelancong asing ke Malaysia dapat meningkatkan ekonomi Malaysia.

Bil Isi/ Idea Huraian Data1. Jumlah pelancong pada tahun 2012 2012 - 3,646,382 orang

. SULIT*

Jumlah 3,214,689 orang

Jumlah 3,646,382 orang

Tahun 2011 Tahun 2012

Page 10: SKEMA P.SAM P3

10SULIT

lebih ramai berbanding tahun 2011 2011- 3,214,689 orangPerbezaan 431,693 orang

Bil Isi/ Idea Huraian

2

Langkah menarik pelancong

Mempromosikan Malaysia ke negara luar

Kelebihan , tarikan dan keindahan yang dimiliki Malaysia menjadikan negara ini tempat kunjungan atau destinasi pilihan warga negara luar

3 Mengekalkan keindahan semulajadi Keindahan hutan tropika semulajadi, pantai, pulau dan seumpamanya akan menjadi daya tarikan berterusan. Kebersihan pantai, pengekalan fauna dan flora menjadi tempat destinasi pelancongan utama.

4. Menyediakan infrastruktur yang lebih baik

Pihak kerajaan dan swasta menyediakan kemudahan asas yang diperlukan seperti sistem pengangkutan, komunikasi dan penginapan yang selesa dan mencukupi.

5. Menganjurkan pelbagai aktiviti peringkat antarabangsa

Penganjuran acara sukan, seminar, dialog, konvensyen peringkat global menarik peserta mengunjungi Malaysia lagi.

6 Meningkatkan tahap keselamatan Tahap keselamatan pelancong khususnya di pulau-pulau peranginan perlu ditingkatkan, Pasukan keselamatan yang mencukupi dapat mengelakkan daripada kes culik, cabul, rogol, rompakan dan sebagainya.

Penutup.

Pelancong akan berkunjung ke sesebuah negara apabila ada daya tarikan tertentu. Untuk itu

semua pihak perlu berganding bahu mencari langkah menambah bilangan pelancong seterusnya

meningkatkan pendapatan negara.

Jawapan:

1 + 3 isi/ idea

Bahagian C (50 markah)

Pilih dua daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah perkataan.

. SULIT*

Page 11: SKEMA P.SAM P3

11SULIT18 Penggunaan kanak-kanak sebagai tenaga buruh di Negara-negara Dunia Ketiga telah meninggalkan implikasi kepada kanak-kanak tersebut. Keadaan ini perlu diatasi supaya kemelut ini tidak berpanjangan. Bincangkan.

Skema Jawapan

Pengenalan

Buruh kanak-kanak adalah fenomena biasa di negara-negara seperti India, China, Bangladesh, Thailand dan Filipina. Kanak-kanak dipaksa atau disuruh bekerja pada usia mereka yang masih muda. Hal ini dapat menimbulkan pelbagai implikasi dan langkah yang berkesan perlu di ambil untuk menangani fenomena ini.

Bil Isi/ Idea Huraian

1

Implikasi terhadap buruh kanak-kanak

Kesihatan terjejas - Melakukan kerja berbahaya yang sepatutnya hanya dilakukan oleh lelaki dewasa

- Terdedah kepada waktu kerja yang lama dan memudaratkan kesihatan

- Kanak-kanak akan terdedah kepada penyakit seperti kerosakan tulang belakang

- Bekerja dalam industri yang terdedah kepada risiko pencemaran

2 Hak mendapat pendidikan dinafikan

- Oleh kerana tidak bersekolah, kanak-kanak tersebut tidak mendapat pelajaran secara formal.

- Mereka tidak mendapat didikan dari guru yang terlatih sebagaimana rakan mereka di negara lain.

- Mereka juga dinafikan hak untuk bersosial melalui kokurikulum yang bersistematik.

3 Mangsa eksploitasi majikan - Majikan menawarkan jumlah kadar upah yang rendah, kerja lebih masa dan persekitaran kerja yang tidak kondusif.

- Mereka terpaksa menurut perintah majikan. Misalnya, mereka dipaksa melakukan kerja berat atau berbahaya.

4 Kemiskinan berterusan - Kegagalan mendapat pendidikan yang sempurna menyebabkan kanak-kanak gagal mendapat pekerjaan yang lebih baik.

- Mereka akan terus terlibat dalam sektor buruh kasar dengan gaji yang sedikit

- Masa depan mereka malap sahaja kerana kitaran

. SULIT*

Page 12: SKEMA P.SAM P3

12SULIT

kemiskinan berlanjutan.

5 Tidak berpeluang melalui alam kanak-kanak

- Mereka sepatutnya dibelai penuh kasih sayang dan dididik oleh ibu bapa dengan sempurna.

- Mereka terdedah kepada budaya negatif yang diamalkan oleh orang dewasa seperti merokok, berjudi, berfoya-foya, dan sebagainya.

6

Langkah mengatasi

Membasmi kemiskinan - Kemiskinan dan kesempitan hidup menyebabkan kanak-kanak mencari pekerjaan untuk membantu keluarga.

- Sesebuah Negara perlu menguruskan sumber ekonomi dengan lebih cekap dan teratur supaya tidak dibelenggu kemiskinan.

- Kanak-kanak tidak perlu bekerja membantu keluarga

7 Peluang Pendidikan - Ilmu pengetahuan amat penting bagi meneruskan kehidupan terutamanya dalam arus modenisasi dan globalisasi.

- Pihak berkuasa digesa supaya menggubal akta atau undang-undang bagi memastikan setiap kanak-kanak berpeluang menerima serta melanjutkan pelajaran sekurang-kurangnya sampai umur 17 tahun atau melengkapkan tahap sekolah menengah.

8 Kerjasama serantau dan antarabangsa

- Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand wajar mewujudkan persefahaman, kerjasama serantau dan perkongsian bijak lebih-lebih lagi kekuatan teknologi, komunikasi dan jaringan keselamatan.

- Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) berperanan untuk memelihara hak kanak-kanak serta melindungi kanak-kanak daripada keganasan yang dihadapi termasuklah kecederaan fizikal dan mental, pengabaian, eksploitasi dan penderaan seks.

9 Penguatkuasaan undang-undang

- Akta Buruh Kanak-kanak dan Orang Muda (pekerjaan) 1966 menetapkan syarat penggajian kanak-kanak di bawah umur 14 tahun dan pemuda yang berumur di bawah 16 tahun hanya dalam jenis pekerjaan yang sesuai dan dalam

. SULIT*

Page 13: SKEMA P.SAM P3

13SULIT

perusahaan tertentu yang tidak membahayakan nyawa, anggota, kesihatan dan moral.

- Akta ini mengawal dan/atau melindungi mereka daripada eksploitasi dan tidak mengganggu persekolahan mereka.

- Majikan yang melanggar akta ini boleh dikenakan penalti tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM2000.00 atau kedua-duanya sekali.

10 Meningkatkan kesedaran - Setiap Negara perlu menjalankan kempen kesedaran yang berterusan tentang fenomena ini.

- Pihak kerajaan dan bukan kerajaan harus bersama-sama member kesedaran kepada masyarakat.

Kesimpulan

Penggunaan kanak-kanak sebagai tenaga buruh merupakan tindakan tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Tindakan majikan di beberapa buah negara yang mengeksploitasi kanak-kanak harus dihentikan serta merta dan mereka perlu mendapat hukuman setimpal atas perbuatan masing-masing. Oleh yang demikian, pendidikan mengenai kepentingan kanak-kanak kepada pembangunan negara wajar diberi perhatian oleh semua negara dunia.

Jawapan :

2+3 atau 3+2 isi/ idea

19 Malaysia cenderung dikaitkan dengan isu keganasan antarabangsa. Oleh itu, usaha-usaha wajar dilakukan untuk membuktikan bahawa Malaysia anti gerakan yang berbentuk radikal. Jelaskan.

. SULIT*

Page 14: SKEMA P.SAM P3

14SULITPengenalan.

Keganasan - Pengeboman , pembunuhan diri dan penculikan untuk mencapai tuntutan politik Disebabkan penentangan ideologi , kegawatan ekonomi , dan kelemahan pemerintahan. Sebagai contoh di England - berlakukan keganasan di stesen MRT - membunuh banyak rakyat Britain – 2005 Membunuh orang yang tidak berdosa dan menyebabkan penderitaan .

Bil. Isi/ Idea Huraian

1

Sebab-sebab Pengganas dikaitkan dengan Malaysia

Persepsi terhadap rakyat Malaysia - Rakyat Malaysia mudah dipengaruhi dan mudah simpati dengan gerakan militan khususnya militan Islam

- Rakyat Malaysia merupakan sumber tenaga yang boleh direkrut menjadi pengganas

- Contoh penahanan 2 orang rakyat Malaysia di Lubnan

2 Negara mudah dijadikan tempat transit

- Kedudukan Malaysia yang strategic- Penduduk Malaysia yang terdiri

daripada pelbagai kaum memudahkan penyamaran

3 Wujud aktivis rakyat Malaysia di luar negara

- Terdapat hubungan antara militan tempatan dengan militan asing contoh Gerakan Jamiah Islamiah.

- Rakyat Malaysia ditahan di pusat tahanan Guatanamoa di Cuba

4 Pengaruh Media antara bangsa - Paparan media asing tentang penahanan rakyat Malaysia mempengaruhi pandangan global

- Rakyat Malaysia terlibat dalam gerakan keganasan di Indonesia dan berjaya ditahan. Kes ini menjadi tajuk utama media dunia

5

Langkah yang diambil oleh Malaysia

Kerjasama antara negara - Pertukaran maklumat perisikan- Dapat mencegah dan menyekat gerakan

keganasan- Menyekat aliran wang kumpulan

pengganas

. SULIT*

Page 15: SKEMA P.SAM P3

15SULIT

6 Menggerakkan rundingan damai - Telah menyukarkan aktiviti puak radikal dan militan Islam

- Rundingan damai di Selatan Filipina. Rundingan puak bertelagah dengan kerajaan Filipina meredakan masalah ini.

7 Pendekatan sederhana Malaysia - Tidak bertindak agresif sekiranya tiada tekanan

- Berjaya mengurangkan simpati masyarakat terhadap pihak yang terlibat dalam aktiviti kegananasan walaupun mempunyai persamaan agama

8 Terlibat dalam program latihan ketenteraan dengan Negara luar

- Asia Tenggara dikenalpasti sebagai pusat rangkaian Al-qaeda

- Malaysia melengkapkan diri untuk menghadapi ancaman ini

Kesimpulan

Penduduk dunia haruslah faham keganasan menghalang kemajuan . Tanpa keganasan , kemajuan negara terjamin .

Jawapan :

2/3 atau 3/2 isi/idea

20 Industri perkapalan Malaysia menghadapi pelbagai cabaran. Oleh itu, usaha-usaha perlu

diambil oleh Malaysia untuk memajukan sistem perkapalannya hingga ke peringkat global.

Bincangkan.

Pengenalan

. SULIT*

Page 16: SKEMA P.SAM P3

16SULITPerkapalan merupakan satu aktiviti penting dalam memudahcarakan dagangan global. Setiap hari, ribuan kapal pelbagai jenis dan saiz mengangkut kargo yang terdiri dari bermacam komoditi, bahan mentah, barangan separa siap dan barangan pengguna yang berharga ratusan bilion Ringgit merentasi segenap lautan dunia.Tanpa perkapalan, adalah mustahil yang dagangan antarabangsa dapat mengalir dengan lancar dalam jumlah yang besar ke pelosok bumi secara lancar dan pada kos yang rendah.

Bil. Isi/ Idea Huraian

1

Cabaran

Peningkatan jumlah trafik perkapalan di perairan sempit Selat Melaka

- Memerlukan tenaga kerja yang berkemahiran- Tahap pengendalian yang tinggi oleh kapten

dan anak-anak kapal

2 Kurang pengetahuan dan kemahiran

- Pekerja yang tidak berkemahiran dalam pengendalian aktiviti perkapalan

3 Ancaman cuaca buruk - Berlaku kerosakan kapal dan kapal tenggelam- Perlu kos membaiki kapal- Mengancam keselamatan pekerja

4 Kos penggunaan teknologi moden yang tinggi

- Pelaburan yang besar diperlukan dalam industri ini

5 Krisis ekonomi - Lebihan kapasiti berbanding permintaan jumlah perdagangan menjunam

6 Peningkatan harga minyak - Harga minyak juga mempengaruhi aktiviti perkapalan. Kapal-kapal besar yang merentas lautan menggunakan sejumlah minyak yang besar bagi menggerakkannya.

- Harga minyak yang tinggi menyumbang kepada peningkatan kos operasi kenderaan besar seperti kapal

7 Ancaman lanun - Syarikat perkapalan mengalami kerugian apabila kargo dirampas

- Anak kapal dibunuh- Menjeaskan imej Negara

8

Usaha memajukan industri perkapalan

Menyertai pertubuhan Maritim Antara Bangsa (IMO)

- Pertubuhan ini memastikan segala aktiviti perkapalan berjalan dengan lancar, selamat dan teratur

9 Menyertai forum Pemilik Kapal Asia (ASF)

- Forum tahunan disertai oleh negara-negara kuasa ekonomi dunia

- Membincangkan prinsip perdagangan bebas- Membincangkan isu pelanunan

. SULIT*

Page 17: SKEMA P.SAM P3

17SULIT10 Mematuhi konvensyen dan

peraturan antarabangsa- Perjanjian melindungi keselamatan kapal

dagang- Menyentuh peraturan dan penggunaan teknologi

terkini

11 Penggunaan kapal canggih dan berteknologi moden

- Pelbagai fungsi kapal sama ada kapal kontena barang dagangan, kapal penumpang, kapal tentera dll

12 Latihan Maritim untuk meningkatkan kemahiran kakitangan

- Setiap institusi Maritim perlu menepati piawaian antara bangsa

- Mempunyai kualiti kerja yang tinggi- Kemahiran perlu ada supaya pengendalian

dapat dilakukan dengan cepat, cekap dan selamat

13 Kemudahan pelabuhan yang lengkap

- Pelabuhan harus mempunyai paras air yang dalam di sepanjang perairannya, kren besar yang mencukupi bagi memunggah dan menempatkan jumlah kargo yang besar dari dan ke atas kapal, tapak kontena yang luas, tahap produktiviti yang tinggi bagi mempercepatkan masa kapal menunggu dan berlabuh di pelabuhan.

- Jalinan baik dengan kaedah pengangkutan yang lain serta tapak luas untuk untuk pembangunan kapasiti di masa depan

Kesimpulan

Industri perkapalan akan menyumbang pada ekonomi negara. Malaysia akan mampu muncul sebagai hab pembinaan kapal dan pembaikan kapal.

Jawapan : 2/3 atau 3/2 isi/idea

. SULIT*