esei ln

Upload: nur-hanis-ahmad

Post on 17-Feb-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 esei LN

    1/3

    TUGASAN 2 : PENULISAN REFLEKTIF

    Sejauh manakah literasi nombor membantu saya membuat keputusan yang lebih bijak

    Nama Guru Pelatih : SITI NUR HANIS BINTI AHMAD

    No. Matri : IPGKB: S!!M"!##$"#$%$

    No. K&P : '2#2#$"#%"(!($

    Literasi nombor merupakan kebolehan seseorang itu untuk memahami dan menggunakan

    matematik. Dalam literasi nombor, terdapat pelbagai kaedah yang sistematik, antaranya ialah

    penyelesaian masalah, operasi dan pengiraan, pengukuran, ruang, dan analisis dan interpretasi

    data. Dalam kehidupan seharian, kita dikehendaki membuat keputusan yang lebih bijak dalam

    mengatasi masalah berpandukan kaedah dalam literasi nombor.

    Berdasarkan tugasan 1, saya telah membuat analisis tentang masalah yang saya

    hadapi dengan membuat dua pilihan iaitu memasang tingkap dengan menggunakan model

    yang baru atau memasang awning bagi mengantikan tingkap yang lama itu. Sebelum membuat

    keputusan, saya telah merujuk beberapa kaedah dalam literasi nombor, antaranya kaedah

    penyelesaian masalah. Menurut Torrance 1!"#$ mende%inisikan penyelesaian masalah

    sebagai & 'roses seseorang itu menjadi peka terhadap masalah dan ini melibatkan

    seseorang indi(idu itu cuba mencari penyelesaian, membuat andaian, mengubah hidup,dan akhirnya melaporkan silapnya). *usteru, penyelesaian masalah ini sangat penting untuk

    saya membuat keputusan yang bijak sama ada untuk memilih memasang tingkap dengan

    menggunakan model yang baru atau memasang awning.

    Berdasarkan tugasan di atas, saya telah menggunakan empat peringkat dalam kaedah

    penyelesaian masalah di mana saya telah menerangkan bagaimana cara saya merancang

    strategi dengan membuat lima kemungkinan. +elebihan penyelesaian masalah adalah

    pelaksanaan strategi di mana terdapat pelbagai kaedah dalam pelaksanaan strategi seperti

    kaedah teka dan uji, gambar rajah, jadual dan sebagainya yang boleh menyelesaikan pelbagai

    masalah terutamanya masalah bukan rutin. Berdasarkan pengalaman yang saya alami iaitu

    pengalaman dalam menyelesaikan masalah bukan rutin di mana saya mempunyai masalah

    semasa membantu ibu saya menanam pokok bunga. Masalah yang dihadapi oleh saya ialah

    ruang untuk saya menanam pokok bunga adalah sempit. Berdasarkan masalah tersebut, saya

    telah menganalisis tentang cara yang tepat untuk menanam pokok bunga di mana saya telah

  • 7/23/2019 esei LN

    2/3

    memikirkan dua pilihan sama ada menanam pokok bunga yang banyak pada jarak yang dekat

    atau menanam pokok bunga yang sedikit pada jarak yang sederhana. Dengan menggunakan

    kaedah teka dan uji, saya telah membuat keputusan untuk menanam pokok bunga yang sedikit

    pada jarak yang sederhana kerana penggunaan ruang yang cukup membolehkan tumbuhan itu

    membesar dengan lebih baik. Selain itu, terdapat juga kelemahan dalam penyelesaian masalah

    di mana kelemahannya ialah ia tidak sesuai dilaksanakan dalam penyelesaian masalah rutin.

    al ini kerana masalah rutin merupakan masalah yang sering berlaku dalam kehidupan

    seharian. 'ada pendapat saya, untuk membuat keputusan yang tepat dalam mengatasi

    masalah saya bercadang agar menggunakan kesemua kaedah yang sesuai dalam pelaksanaan

    strategi penyelesaian masalah di mana kaedah yang paling cepat dan tepat akan di pilih.

    Dalam tugasan ini, kaedah penganggaran juga sangat penting di mana ia membantu

    saya membuat andaian secara kasar tentang pengiraan kos atau ukuran bagi setiap

    kemungkinan terutamanya kemungkinan untuk pemasangan awning. *usteru, penganggaran

    pengiraan merupakan proses menghasilkan satu jawapan yang hampir untuk membolehkan

    saya membuat keputusan yang bijak tanpa melakukan pengiraan yang tepat. 'ada pendapat

    saya, penganggaran ini merupakan salah satu kaedah yang sesuai digunakan dalam kehidupan

    seharian di mana saya telah membuat satu keputusan yang tepat dengan melakukan

    penganggaran lebih awal tentang perbelanjaan saya sebelum mendapat elaun. -amun

    demikian, saya juga dapat menggunakan elaun tersebut dengan lebih berhemah. Tambahan

    pula, kemahiran ini juga sesuai untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian di mana ia

    membolehkan saya melakukan pengiraan secara %leksibel dan menambahkan kecekapan

    dalam menggunakan kalkulator. Menurut ilary Shuard 1!!$ yang berpendapat bahawa

    kalkulator akan memberi kesan kepada strategi mental tanpa pengajaran %ormal di dalam

    algoritma di mana indi(idu itu akan mencari dan menyiasat nombor dengan kaedah mereka

    sendiri menggunakan kalkulator. /leh itu, kalkulator merupakan satu alat yang boleh

    meningkatkan kemahiran dalam membuat pengiraan yang cepat dan tepat. Sebagai contoh,

    saya sering menggunakan kaedah congak dalam membuat pengiraan matematik di mana

    kaedah congak ini merupakan satu kaedah yang boleh meningkatkan kemahiran mengira

    dengan cepat akan tetapi kaedah penggunaan kalkulator ini lebih cekap di mana saya telah

    membuat keputusan yang bijak dengan menggunakannya untuk mendapatkan jawapan dengan

    lebih cepat dan tepat bagi menjimatkan masa.

    Berdasarkan pengalaman yang saya alami iaitu semasa melakukan pemasangan

    langsir, saya telah membuat penganggaran tentang panjang dan lebar langsir tersebut untuk

  • 7/23/2019 esei LN

    3/3

    mengelakkan daripada berlakunya penggunaan ruang yang tidak cukup. Di samping itu,

    terdapat banyak kelebihan dalam penganggaran, antaranya ialah dapat membuat perancangan

    awal sebelum membuat keputusan. Melalui pengalaman saya dalam menguruskan kewangan,

    saya telah menganggar beberapa perancangan awal dalam perbelanjaan isi rumah.

    Berdasarkan perancangan tersebut, saya telah membuat keputusan yang bijak untuk

    menyenaraikan barang yang hendak dibelanjakan supaya ia tidak melebihi bajet. Selain itu,

    terdapat juga kelemahan dalam penganggaran, antaranya ialah tidak membantu membuat

    keputusan yang tepat. al ini kerana pentaksiran awal ini belum tentu sesuai dengan keadaan

    sebenar yang berlaku dalam kehidupan seharian. /leh itu, saya bercadang agar melakukan

    analisis awal dengan teliti terlebih dahulu sebelum membuat penganggaran.

    +esimpulannya, penggunaan literasi nombor memberi banyak impak dalam kehidupan

    seharian. /leh itu, ia juga sesuai untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian serta dijadikan

    rujukan apabila menghadapi sebarang masalah.

    "00 patah perkataan$