esei konsep psikolitik

Upload: dayang-nur-zawani

Post on 13-Jan-2016

229 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

...

TRANSCRIPT

Bagi menerangkan teori psikoanalitik ini, Sigmund Freud telah membahagikan tiga tahap kesedaran di dalam diri seseorang manusia. Tiga tahap tersebut ialah alam sedar, alam pra sedar dan alam tidar sedar. Setiap tahap kesedaran itu mempunyai huraian yang berbeza antara satu sama lain. Bagi menerangkan tahap-tahap kesedaran tersebut, Sigmund Freud telah membuat analogi dengan membuat persamaan terhadap seketul iceberg yang besar. Seperti yang kita sedia maklum iceberg ini biasanya akan terapung di atas permukaan air. Beliau menerangkan bahawa kedudukan dan tahap pemikiran manusia adalah sama juga seperti struktur iceberg.Alam sedar merupakan tahap dimana ia merangkumi apa sahaja yang seseorang sedari tentang perkara-perkara tertentu. Alam sedar berkaitan dengan pemikiran, sensasi, perasaan, dan ingatan. Dalam erti kata lain ialah apa-apa yang kita sedang rasakan, ingatkan dan fikirkan pada masa kini. Semua perkara ini adalah perkara yang kita sedari sepenuhnya. Sebagai contohnya kita sedang gembira, marah, sepi, lapar, kenyang, inginkan sesuatu dan sebagainya lagi. Berdasarkan iceberg yang dirujuk oleh Freud itu tadi, peringkat alam sedar adalah di bahagian paling atas iceberg yang timbul.Alam pra sedar ialah tahap dimana ia mengandungi ingatan-ingatan yang tidak disedari pada masa kini, tetapi sebenarnya ingatan-ingatan tersebut dapat dan boleh disedari melalui proses memberi perhatian dan mengingat semula. Misalnya disini, katakanlah kita tidak ingat apa warna baju yang telah kita pakai semalam, tetapi perkara ini sebenarnya kita boleh ketahui dengan mengingat semula, kesannya proses ingatan itu dapat membuatkan diri kita sedar. Alam pra sedar ini berada pada tahap di antara tahap alam sedar dan alam tidak sedar, pada bahagian iceberg ia digambarkan berada di antara bahagian iceberg yang yang timbul dan bahagian iceberg yang tenggelam.Tahap kesedaran ketiga ialah alam tidak sedar. Tahap ini menurut Freud adalah merupakan tahap yang paling penting. Pada tahap ini, ingatan-ingatan yang tersimpan pada waktu dahulu disisihkan daripada tahap sedar disebabkan oleh kerana tidak membuatkan seseorang selesa dan membawa kebimbangan, sesuatu perkara boleh menyebabkan perubahan-perubahan yang berlaku di dalam emosi. Freud juga mengatakan bahawa tahap kesedaran adalah merupakan asas kepada tingkah laku manusia. Tahap alam tidak sedar ini mengandungi kesemua naluri (seksualiti) dan keinginan yang tidak dibenarkan masuk ke alam sedar. Tahap ini digambarkan dengan bahagian iceberg yang terletak dibawah permukaan air. Freud mengatakan bahawa hanya pakar sahaja yang boleh memahami tahap alam tidak sedar seseorang berdasarkan teknik perkaitan bebas (free association) yang akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam bahagian rawatan teori psikoanalitik ini.Dalam memahami pemikiran manusia, Freud telah mengutarakan konsep-konsep personaliti yang mempunyai tiga sistem yang mana berkait antara satu sama lain. Menurutnya, sistem ini berfungsi dalam membentuk personaliti seseorang yang merangkumi cara-cara berfikir dan bertingkah laku. Tiga sistem tersebut ialah Id, Ego, Superego.Id merupakan tempat terletaknya dorongan biologikal dan tenaga-teaga naluri. Id ini adalah diwarisi, bersifat primitif, dan tidak boleh disedari, ia terletak terletak pada tahap alam tidak sedar. Naluri-naluri yang terdapat pada sistem id dapat diklasifikasikan kepada dua, iaitu naluri hidup (eros) dan naluri mati (thanatos). Naluri hidup ialah naluri seperti seksual, lapar dan sebagainya dimana ia membantu manusia untuk terus hidup (survival), manakala naluri mati pula ialah naluri penghancur dimana manusia mempunyai hasrat dan kehendak untuk mati. Bagi Freud, manusia adalah terlansang kerana hasrat untuk mati disekat oleh naluri hidup. Daripada kedua-dua huraian tersebut dapat dikatakan bahawa naluri daripada Id adalah terdiri daripada naluri seperti seksual, gesaan biologikal, impuls kelangsangan dan juga kehancuran. Id merupakan sumber libido, iaitu satu tenaga psikik yang berfungsi untuk menggerakkan pemikiran dan tingkah laku seseorang. Id beroperasi berlandaskan kepada prinsip kenikmatan dengan mencari kepuasan dan mengelak kesakitan. Dalam mencapai matlamat itu tidak semuanya naluri dapat dipuaskan, kesannya timbul ketegangan dan pergelutan. Bagi mengurangkan ketegangan tersebut, id menggunakan proses pemikiran asas atau premier (primery process) dengan cara membentuk dan membayangkan objek yang diingini. Sebagai contohnya apabila kita dalam keadaan mengantuk kita mungkin akan membayangkan diri kita tidur di atas katil yang empuk.Sistem personaliti yang kedua ialah ego, iaitu bahagian personaliti yang mempunyai sifat realistik, rasional dan logikal. Ia bertindak seolah-olah seperti kuasa eksekutif dan pengawal kepada tindakan-tindakan fikiran dan tingkah laku yang sesuai dengan keadaan persekitaran. Ego beroperasi berlandaskan kepada prinsip realistik kerana ia perlu mencari jalan yang realistik dan pertimbangan wajar dalam memenuhi keperluan dan dalam masa yang sama cuba mengelak masalah yang disebabkan oleh fikiran dan tingkah laku yang bersifat mementingkan diri sendiri. Bagi memenenuhi kehendak id, ego yang menjalankan fungsi realistik akan melihat halangan-halangan di dalam persekitaraan dalam konsep dunia yang nyata. Dalam strategi ego untuk menyelesaikan masalah yang wujud, ego menggunakan proses pemikiran sekunder (secondary process) dengan cara tertentu. Sebagai contonya apabila kita rasa mengantuk, ego yang ada pada diri kita akan membuat keputusan yang kita harus perlu pergi membasuh muka, meminum air kopi ataupun membuat senaman ringan bagi menghilangkan rasa mengantuk.Superego adalah sistem personaliti yang ketiga, ia merupakan komponen personaliti yang mempunyai nilai moral. Menurut Freud, Id dan Ego tidak mempunyai nilai-nilai moral dimana Id cuba bertindak memenuhi kepuasan segera dan mengelak kesakitan, Ego pula cuba mencari jalan realistik memenuhi keperluan tersebut tetapi sebenarnya tidak mengambil kira sama ada cara-cara tersebut betul ataupun salah pada pandangan sistem sosial seperti dalam moral masyarakat, agama budaya dan sebagainya. Superego akan bertndak mendesak Id untuk tidak mengeluarkan impuls kepuasannya untuk mencapai kenikmatan semata-mata, Superego juga akan mengarah ego agar dapat mengikuti nilai-nilai moral yang dipegang oleh masyarakat sekeliling.Superego dapat dibahagikan kepada dua komponen iaitu hati nurani (conscience) dan ego ideal. Dari sudut pandangan Freud, hati nurani adalah merupakan kesemua tingkah laku yang menyebabkan kanak-kanak dihukum dan kesannya mereka berasa bersalah. Ego ideal pula adalah merupakan kesemua tingkah laku yang menyebabkan kanak-kanak dipuji dan diberi ganjaran, kesannya mereka akan berasa bangga dan mendapat kepuasan. Dalam erti kata lainnya ego ideal ini diperolehi daripada perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk memberi satu kebanggaan kepada diri sendiri. Secara ringkasnya kedua-dua komponen Superego ini membantu dalam pembentukan Superego, dan ia terhasil daripada proses ganjaran dan hukuman.