esei juhaniza

18
KEPENTINGAN DAN STRATEGI PELAKSANAAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN TENTERA DARAT MALAYSIA Oleh Mejar Juhanizah Binti Md Salleh SINOPSIS Tentera Darat Malaysia terus berkembang dan menerajui pelbagai inisiatif untuk memantapkan usaha bagi merealisasikan matlamat penubuhannya. Bagi memikul tanggungjawab tersebut setiap warga Tentera Darat kerana kelengkapan peperangan serba canggih belum pasti menjanjikan kejayaan dalam satu-satu pertempuran. Pembangunan modal insan melalui penghasilan mutu kerja yang baik dan kualiti peribadi pasti mengutuhkan kekuatan Tentera Darat di dalam pelbagai dimensi. Nilai-nilai teras perlu disemai dan dibangunkan dalam setiap diri modal insan. Bagi mencapai aspek ini strategi pelaksanaannya akan dikupas kepada tiga perkara utama iaitu nilai profesional,nilai trampil, nilai kemahiran dan ilmu pengetahuan. Ketiga-tiga aspek ini akan memperkukuhkan modal insan dalam Tentera Darat dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan organisasi. PENDAHULUAN Sejak ditubuhkan lebih 81 tahun lalu, Tentera Darat Malaysia telah memainkan peranan penting dalam mempertahankan kedaulatan Malaysia 1

Upload: limau-nipis

Post on 15-Nov-2015

80 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

penulisan TD

TRANSCRIPT

KEPENTINGAN DAN STRATEGI PELAKSANAAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN TENTERA DARAT MALAYSIAOleh Mejar Juhanizah Binti Md SallehSINOPSISTentera Darat Malaysia terus berkembang dan menerajui pelbagai inisiatif untuk memantapkan usaha bagi merealisasikan matlamat penubuhannya. Bagi memikul tanggungjawab tersebut setiap warga Tentera Darat kerana kelengkapan peperangan serba canggihbelum pasti menjanjikan kejayaan dalam satu-satu pertempuran. Pembangunan modal insan melalui penghasilan mutu kerja yang baik dan kualiti peribadi pasti mengutuhkan kekuatan Tentera Darat di dalam pelbagai dimensi. Nilai-nilai teras perlu disemai dan dibangunkan dalam setiap diri modal insan. Bagi mencapai aspek ini strategi pelaksanaannya akan dikupas kepada tiga perkara utama iaitu nilai profesional,nilai trampil, nilai kemahiran dan ilmu pengetahuan. Ketiga-tiga aspek ini akan memperkukuhkan modal insan dalam Tentera Darat dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan organisasi.PENDAHULUAN

Sejak ditubuhkan lebih 81 tahun lalu, Tentera Darat Malaysia telah memainkan peranan penting dalam mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar sertamembantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara.Tentera Darat terus berkembang dan menerajui pelbagai inisiatif untuk memantapkan usaha bagi merealisasikan matlamat penubuhannya iaitu menentukantahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara. Memikul tanggungjawab tersebut dalam dunia tanpa sempadan memerlukan keutuhan nilai dan jati diri dalam setiap warga Tentera Darat kerana kelengkapan peperangan serba canggihbelum pasti menjanjikan kejayaan dalam satu-satu pertempuran seperti yang pernah dinyatakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat DatoSeri Najib Tun Razak semasa beliau menjadi Menteri Pertahananiaitu Peperangan masa hadapan memerlukan mobiliti berdarjah tinggi, keupayaan tempur, kebijaksanaan, kemahiran dalam peperangan elektronik, bantuan logistik yang baik dan yang paling penting standard profesionalisme yang unggul daripada pegawai dan anggota.Pucuk pimpinan Tentera Darat yang berwawasan dan berpandangan jauh juga sentiasa menitikberatkan segala aspek pembangunan modal insan daripada ketinggian mutu kerja sehingga kualiti peribadi aset sumber manusianya. Panglima Tentera Darat, Yang MuliaJeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Bin Raja Mohamed Noortelah menggariskan nilai-nilai teras yang dipercayai akan menyumbang kepada keutuhan organisasi melalui penghayatan dan perlakuan yang menggambarkan sikap dan budaya hidup berintegriti, taat, berani, professional, dedikasi dan komited. Empat teras utama yang digariskan oleh beliau dalam perintah ulungnya adalah pertama ; kesatuan, kedua: profesional, trampil dan kemahiran, ketiga ; kesiagaan dan keempat : perhubungan tentera dan awam. Melalui teras kedua, Panglima Tentera Darat jelas mengharapkan semua peringkat pemerintahan perlu sentiasa menjanaaset sumber manusianya kepada modal insan yangterlatih, berdaya saing, mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru dan mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia peperangan global yang sering berubah-ubah dengan mendokong nilai-nilai murni dan budaya tentera yang tinggi. Profesional, trampil dan kemahiran merupakan nilai yang diharapkan oleh Tentera darat dalam agenda pembangunan modal insannya.

PENGERTIAN MODAL INSAN

Modal insan diadaptasi dari bahasa Inggeris iaituHuman Capital. Modal boleh ditakrifkan sebagai aset, simpanan atau bekalan. Sementara insan pula daripada perkataan arab iaitunasia(lupa) dan ianya merujuk kepada manusia kerana sifat manusia itu mudah lupa. Insan disifatkan oleh Allah SWT sebagai makhluk yang paling baik dan sempurna penciptaannya dan diberi amanah mengurus dunia ini dan diangkat martabatnya menjadi khalifah. Sehubungan itu, dalam konteks lebih luas modal insan ini mencorak hala tuju sesebuah organisasi ke arah wawasan yang disasarkan. Justeru, agenda pembangunan modal insan perlu diutamakan dalam proses kemantapan sesebuah organisasi kerana ia adalah pemangkin yang bakal mencorak tahap kemajuan dan kemunduran organisasi itu. Manakala daripada segi istilah pula, modal insan ialah generasi bermutu hasil corakan yang diadun daripada nilai baik dan bermutu, intelek serta berdaya saing seiring perkembangan terkini, sentiasa kekal relevan dan bersifat tidak lapuk dek hujan serta tidak lekang dekpanas . Ini boleh kita lihat di negara-negara maju seperti Jepun atau China yang mempunyai golongan belia yang bekerja keras, berdaya saing serta mampu mencipta bahan-bahan teknologi terkini yang boleh menjadi sumber pertahanan yang hebat serta mendatangkan hasil pendapatan negara meningkat.PEMBANGUNAN MODAL INSAN TENTERA DARAT MALAYSIAPembangunan modal insan perlu berlandaskan nilai-nilai tertentu agar ianya terarah mengikut budaya dan acuan yang diharapkan organisasi.Mengikut Milton Rocheah nilai sangat penting dalam membentuk peribadi dan tingkah laku seseorang. Menurut Sabitha Marican pula, nilai penting dalam mengkaji hubungan manusia kerana ia merupakan asas untuk memahami sikap, tanggapan, personaliti dan motivasi manusia. Robbins (1990) pula mendefinisikan nilai sebagai asas yang mempengaruhi kelakuan dan cara hidup sesuatu kelompok atau masyarakat. Kesimpulannya, nilai sangat perlu dititikberatkan dalam membangunkan sumber manusia yang diinginkan oleh sesebuah organisasi. Melalui penulisan ini, kepentingan penerapan nilai profesional, trampil dan kemahiran dalam pembangunan modal insan serta strategi pelaksanaannya cuba dikupas secara terperinci.

Pertama, nilai profesional. Profesionaldiadaptasi daripada istilah Bahasa Inggeris iaituProfessionyang bermaksud pekerjaan ataukerjaya.Kamus Dewan Bahasa dan Pustakamentafsirkan profesional sebagaikemampuan atau kemahiran yang khusus untuk melaksanakansesuatu, cekap (teratur) dan memperlihatkan kemahiran tertentu.Melalui nilai ini, diharapkan Tentera Darat dapat menjadisebuah organisasi dan warga yang profesional dari segi pelaksanaan, profesional dari segi etika dan profesional dari segi perlakuan. Setiap individu tentera perlu menerapkan sikap profesional dalam segala tindak tanduknya kerana tentera bukanlah pemangkin kepada kekuasaan, kemusnahan dan peperangan sebaliknya sentiasa menuntut pertimbangan yang rasional dalam menangani pelbagai konflik.Melalui sikap profesional, warga tentera dapat mempertingkatkan nilai kejujuran, berintegriti dan menjaga maruah diri serta nama baik organisasi. Sebagai sebuah organisasi yang mementingkan kesempurnaan dalam segala tindakan, Tentera Darat perlu membangunkan modal insan yang sentiasa mengutamakan nilai tersebut kerana pelengkap kepada keupayaan individu tentera menguasai taktik pertempuran, mengendali peralatan canggih dan mempunyai ketahanan fizikal dan mentalialah ketinggian budi pekerti dan akhlak mulia. Nilai teras ini juga memberi implikasi kepada keupayaan anggota Tentera Darat bertindak, bertutur dan berkelakuan secara bermoral serta tidak sesekali menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri.

Mantan Panglima Angkatan Tentera,Jeneral Tan Sri Dato Sri Azizan Ariffin TUDM,sempena Hari Ulangtahun Angkatan Tentera Malaysia ke-76 telah menyatakan bahawa Angkatan Tentera Malaysiatelah melonjakkan namanya di persada antarabangsa sebagai sebuah organisasi pertahanan yang berwibawa dan kredibel dengan penglibatan terhadap misi di bawah payung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Antara petikan ucapan beliau adalah:Menyentuh tentang peranan Angkatan Tentera Malaysia di persada antarabangsa pula, kita harus bersyukur kerana terus diberi penghormatan untuk turut serta dalam pelbagai misi pengaman di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Pada masa kini, anggota tentera kita ditugaskan di tujuh buah negara sama ada sebagai pasukan pemerhati ataupun pasukan pengaman.Lebih bererti lagi apabila Angkatan Tentera Malaysia telah diberi kepercayaan untuk menaik taraf kekuatan pasukan pengaman di Lubnan dari kontinjen kepada batalion dengan komposisi sekarang seramai 79 pegawai dan 669 orang anggota lain-lain pangkat.

Kepercayaan dan pengiktirafan oleh badan dunia tersebut telah memberi persepsi Angkatan Tentera Malaysia merupakan salah sebuah organisasi pertahanan yang mantap terutama aset sumber manusianya kerana kelengkapan perang sudah tentu belum setanding dengan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat yang turut terlibat dalam misi PBB. Jelas modal insan tersebut yang kebanyakannya diterajui oleh anggota Tentera Darat telah melaksanakan amanah dan tanggungjawab penuh dedikasi, cemerlang, bersemangat waja dan yang paling penting sentiasa bertindak secara profesional. Sikap profesional juga mendorong anggota Tentera Darat untuk sentiasa jujur, berintegriti dan setia pada pucuk kepimpinan. Organisasi ketenteraan merupakan satu struktur yang kompleks, unik, danrigid. Penstrukturan organisasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk Tentera Darat merupakan konfigurasi formal di antara individu-individu atau kumpulan di dalam organisasi ini berhubung dengan pembahagian tugas, tanggungjawab dan agihan kuasa. Gaya pengurusan seumpama ini mengutamakan pengagihan maklumat dan tugasan berbentuk arahan daripada pihak atasan ke anggota bawahan di mana jaluran komunikasi lazimnya berbentuk sehala.Oleh itu, nilai paling penting dipupuk di dalam setiap indvidu tentera ialah kesetiaan bagi membolehkan segala arahan dapat dilaksanakan di mana sahaja pada sebilang masa. Tidak dinafikan warga kerja yang taat setia akan sentiasa berkerjasama menyokong padu keputusan pemerintah mahupun pasukan.

Kesetiaan terhadap perkhidmatan juga dapat diterjemahkan daripada moto Tentera Darat itu sendiri iaitu Gagah Setia. Pelbagai pengorbanan dituntut daripada anggota dan keluarganya kerana tugas dan tanggungjawab memelihara kedaulatan dan keselamatan Negara memerlukan bukan sahaja komitmen malah yang lebih penting kesediaan untuk ditugaskan dalam pelbagai situasi pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Sebagai contoh, peranan dan tugas Tentera Darat kini telah diperluaskansehingga mereka bukan sahaja bersiap sedia untuk menghadapi peperangan namun turut menjadi pemangkin kepadanation building. Melalui pendekatan strategi lautan biru kebangsaan (NBOS) Tentera Darat telah membuka lebaran baru dalam peranannya sebagai tentera bakti rakyat. Melalui kerjasama dengan agensi kerajaan yang lain, tentera darat telah membina ratusan buah rumah melalui program bantuan rumah, membina jambatan dan jalan-jalan serta membina dan menyalurkan bekalan air bersih kepada masyarakat luar bandar. Hanya anggota tentera yang bersikap profesional dengan nilai kesetiaan jitu sahaja mampu melaksanakan pelbagai tugasan yang diarahkan tanpa banyak soal.Justeru pembangunan modal insan Tentera Darat dipercayai akan terus mengutamakan penyuburan nilai kesetiaan agar warganya sentiasa mengutamakan perlaksanaan tugas dan meletakkan kepentingan peribadi di tempat kedua dalam diari kerjaya mereka.

Kedua, pembangunan modal insan berlandaskan nilai trampil. Ketrampilan membawa maksud kemampuan untuk menggunakan akal, fikiran, idea dan kreativiti dalam mengerjakan, mengubah ataupun membuat sesuatu menjadi lebih bermakna sehingga menghasilkan sebuah nilai dari hasil pekerjaan tersebut. Dalam konteks ketrampilan yang didambakan oleh kepimpinan Tentera Darat, semua peringkat anggota dikehendaki melakukan yang terbaik demi menjana kecemerlangan diri, keluarga dan organisasi. Anggota yang trampil merupakan modal insan yang berdedikasi, kompetetif dan sentiasa berusaha meningkatkan sumbangan terhadap organisasi yang menjadi sumber rezeki mereka. Kejayaan beberapa rakyat Malaysia mengharumkan nama Negara dengan menawan Puncak Everest, menjelajah Kutub Utara dan Selatan serta mengembara di angkasa lepas misalnya adalah didorong sikap mementingkan ketrampilan dalam apa jua tindakan. Sikap ini jika terus dipupuk sudah pasti dapat mencetuskankeazaman untuk sentiasa memberi yang terbaik demi kecemerlangan organisasi.

Penerapan sifat ketrampilan sebagai nilai teras yang dikehendaki dalam setiap anggota Tentera Darat juga mampu meningkatkan displin diri di kalangan anggota. Anggota tentera seharusnya sedar bahawa gaya hidup yang mementingkan disiplindi samping kepatuhan terhadap undang-undang dan peraturan ketat telah membudayakan personaliti individu-individu tentera dengan elemen-elemen unik seperti gaya berpakaian, pertuturan dan tingkahlaku.Malangnya, military cultureyang membezakan anggota tentera dengan anggota awam ini sudah semakin dicemari oleh pelbagai kesalahan disiplin yang dilakukan oleh segelintir individu dalam organisasi. Walaupun statisik kesalahan perlanggaran displin anggota tentera belum menggambarkan perlakuan jenayah yang membimbangkan, namun jika perkara ini dibiarkan bermaharajalela di dalam angkatan berprestij ini maka imej cemerlang Tentera Darat di mata umum bakal terhakis dengan sendirinya. Hasrat untuk mejadi ketumbukan yang kredibel yang disegani di mata dunia seharusnya bermula dengan mengurangkan sebanyak mungkin statistik kesalahan displin anggota. Anggota yang mempunyai ketrampilan yang boleh dibanggakandtidak mungkin mencemarkannya dengan memusnahkan imej perkhidmatan ini.

Ketiga, Tentera Darat menuntut agar anggotanya mempunyai kemahiran dan ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bidang pekerjaan mereka. Tentera Darat kini dilengkapi dengan keupayaan tempur dan persenjataan serba canggih dan berteknologi tinggi yang memerlukan kepakaran anggota yang akan mengendalikannya. Misalnya, keupayaan mobiliti bantuan tempur dipertingkatkan dengan perolehan AV 300 dikenali sebagai Adnan yang dapat berfungsi dengan lebih cekap berdasarkan teknologi terkini. Tanpa kemahiran dan pengetahuan tinggi pengendalian dan penyelengaraan aset perang tersebut mungkin mengalami masalah. Selain daripada itu, cabaran peperangan alaf baru yang bersifat global, futuristik dan wujud dalam pelbagai dimensi perlu digalas oleh individu tentera yang bijak, kreatif dan tinggi keupayaan mental.Pendek kata, sejumlah aset berkemampuan tinggi dalam inventori Tentera Darat dan corak peperangan yang kian tidak terjangkau oleh pemikiran normal sangat memerlukan modal insan berpendidikan dan berpengetahuan tinggi agar angkatan barisan hadapan ini sentiasa berjaya mengatur strategi pertahanan terbaik dan mampu terus relevan dalam persaingan dengan pertahanan negara serantau.

Kemahiran dan pengetahuan anggota juga diukur daripada keupayaannya melaksanakan sebarang misi ketenteraan. Tragedi pencerobohan Lahad Datu pada tahun 2013 dan terkini tahun 2014 tragedi kehilangan pesawat MH370 menunjukkan ancaman keselamatan berlaku tanpa sebarang amaran atau petunjuk. Kemahiran pasukan Tentera Darat menjejaki dan memusnahkan kumpulan penceroboh Lahad Datu menggunakan strategi dan perancangan teliti telah dapat meminimumkan kehilangan nyawa dan kecederaan anggota selain berjaya menumpaskan musuh dalam masa agak singkat. Sebaliknya kekurangan kepakaran mentafsir data penerbangan dan keupayaan meramal punca tragedi kehilangan pesawat MH370 telah memberi ruang kepada negara luar memperlekehkan keupayaan pakar-pakar tempatan dan anggota keselamatan. Kedua-dua senario ancaman ini membuktikan betapa peri pentingnya angkatan keselamatan dianggotai oleh individu-individu yang sangat mahir dan kaya dengan ilmu pengetahuan.

Mengikut logik kehidupan, setiap tugasan yang hendak dilaksanakan semestinya berhadapan dengan cabaran dan dugaan apatah lagi tugasan tersebut melibatkan percaturan nyawa dan kedaulatan negara. Membangunkan modal insan yang diharapkan juga berdepan dengan pelbagai masalah dalam melaksanakannya. Namun, perancangan strategik lagi bersistem membolehkan sebarang kekangan dalam menjayakan pembangunan modal insan diatasi.Sebagaimana yang diketahui bahawa pembangunan modal insan sebenarnya adalah peningkatan yang diinginkan oleh sesebuah organisasi terhadap sumber manusianya terutama dari segi profesionalisme, kemahiran, pengetahuan, nilai-nilai moral dan etika kerja.Sehubungan itu, Tentera Darat juga beriltizam untuk mengutamakan pembangunan sumber manusianya seiring nilai-nilai murni diharapkan agar profesionalisme dan kecekapan menjalankan tugas menjadi agenda peribadi setiap anggotanya.PEMBANGUNAN MODAL INSAN KE ARAH KECEMERLANGAN ORGANISASI

Dalam hal ini hanya latihan dan pendidikan formal mahupun informal yang mantap dan berkesan sahaja mampu merealisasikan hasrat Tentera Darat untuk memiliki aset sumber manusia berkemahiran tinggi selaras dengan pembangunan teknologi pertahanannya. Tentera Darat telah menerajui pelbagai inisiatif untuk sentiasa meningkatkan kesediaan aset-asetnya walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak memberansangkan.Tanpa kompromi dengan usaha peningkatan kemahiran,Tentera Darat sedang merangka pengstrukturan semula pusat latihan Panglima Tentera Darat dengan mewujudkan sebuah akademi tentera darat. Beberapa pusat dan institut ini akan digabung dan kerangka kursus akan dikaji agar ia memenuhi keperluan semasa dan akan datang. Ini merangkumi pembangunan pegawai dan anggota lain pangkat tentera darat. Selain daripada itu, Tentera Darat sentiasa membuka peluang anggotanya untuk menimba ilmu pengetahuan professional dan diiktiraf sebanyak mungkin melalui skim pengajian tinggi yang boleh diikuti secara sepenuh atau separuh masa. Tentera Darat juga menawarkan kursus-kursus dalam dan luar Negara bagi memantapkan kemahiran dan pengetahuan anggota dalam bidang-bidang berkaitan kerjaya mereka.Sesungguhnya proses membina insan dalam peningkatan ilmu dan kemahiran, memerlukan pembangunanmodal insan yang holistik dan komitmen pelbagai pihak yang tidak berbelah bagi.

Menurut Dr Zafir Mohd Makhbul dalam bukunya Prinsip Pengurusan Sumber Manusia (2008), pembangunan modal insan yang cekap dan berkesan dalam sesebuah organisasi pula bermula dengan pengurusan sumber manusia yang cemerlang. Tentera Darat juga menyedari tonggak kecemerlangan sesebuah organisasi terletak kepada jentera pengurusannya yang berwawasan. Selaras dengan itu, wujudlah Pusat Kepimpinan di bawah kelolaan Jabatan Arah Pendidikan.Peranan dan tanggung jawab pusat ini antaranya ialah memberi latihan kepimpinan secara sistematik kepadapegawai dan anggota ATM serta melaksanakan peningkatan berkaitan skop pengurusan ilmu kepimpinan. ATM amnya dan Tentera Darat khasnya amat berharap dengan penubuhan pusat ini, pembangunan ilmu kepimpinan warganya dapat sentiasa disuntik nilai tambahnya. Pucuk pimpinan Tentera Darat yang berpandangan jauh dan bervisi juga telah membuat perancangan strategik untuk meningkatkan pembangunan modal insan melaluiPelan Pembangunan Strategik Tentera Darat Army 2 10 plus 10, tentera darat telah merancang untuk memperkukuhkan kesatuan dan mempertingkatkan kesiagaannya bagi membolehkan tentera darat mampu mempertahankan negara bersama sebuah angkatan objektif yang versatil dan ampuh.

Tentera Darat juga tidak terlepas daripada menghadapi ancaman globalisasi yang menuntut anggotanya sentiasa peka dengan perubahan dan bersedia untuk melaksanakan perubahan itu. Dalam konteks ini, pembangunan modal insan berlandaskan pembentukan budaya kerja cemerlang dapat melahirkan sumbermanusia dengan kualiti kerja yang sentiasa boleh dibanggakan. Untuk mencapai visi tersebut Tentera Darat mengorak langkah membudayakan pelbagaitoolspengurusan berkualiti seperti perlaksaanan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM),Balanced Score Card,ISO 9001:2008 dan terkini amalan persekitaran bersih dan selamat atau dikenali sebagai 5S. Keberkesanan sistem kualiti ini tidak dapat dinafikan kerana melaluinya pelbagai perancangan strategik dihasilkan bagi meningkatkan keupayaan operasi sesebuah organisasi selain memberi kesan sinergi terhadap cara dan budaya kerja kakitangan organisasi tersebut.

Aset sumber manusia dengan nilai-nilai terpuji dalam pembentukan akhlak dan peribadi juga merupakan asas kepada pembangunan modal insan yang diingini oleh Tentera Darat. Nilai peribadi seumpama ini tidak mungkin dapat disemai sekelip mata tetapi dapat disuburkan dengan penghayatan terhadap kepatuhan memenuhi tuntutan agama masing-masing kerana tiada agama di dunia ini yang inginkan pengikutnya menjadi jahil dan memporak perandakan dunia pinjaman tuhan ini.Mantan Panglima Angkatan TenteraMalaysia, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal dalam bukunya Marksman: The target for the Malaysian Army menyebut: "Nilai agama akan membentuk prinsip agama, moral positif dan komitmen terhadap maruah insan. Ia menyuburkan rohani seseorang dan mencegah mereka daripada melakukan kejahatan secara menyeluruh. Nilai ini perlu dipupuk secara berterusan untuk mengekalkan tingkah laku yang terbaik dalam diri seseorang". Kenyataan ini diperkukuh dengan pendapat Abdullah al-Namiri dalam bukunya Al-Harb 'Abra al-Tarikh mencatat perakuan Field Marshal Montgomery yang memperakui kekuatan spiritual adalah elemen terpenting yang menentukan kecemerlangan seseorang anggota di medan tempur. Sebagai satu angkatan yang berpaksikan kepada Ad-Din, Tentera Darat Malaysia tidak boleh memisahkan dirinya dari mengimbau faktor-faktor kekuatan dan kejayaan generasi silam. Said Khatab Rahimallah menyatakan bahawa faktor kekuatan umat islamdi zaman silam ialah kerana mereka memiliki ruh Al-Islam yang memancarkan sifat kesanggupan berkorban untuk mati shahid. Ini menunjukkan bahawa iman merupakan faktor terpenting dalam rangka pertahanan ummah. Firman Allah yang bermaksud:Dan tuhan berfirman lagi sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa tentulah kami akan membuka kepada mereka pintu pengurniaan yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan rasul kami lalu kami timpakan mereka dengan azab siksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.Sehubungan dengan itu, akidah yang sempurna mestilah menjadi akar tunjang dan pegangan bagi mengatasi segala permasalahan yang mendatang. Dalam ertikata lain, kemampuan seseorang anggota tentera yang beragama islam perlulah merujuk dua sumber warisan peninggalan Allah dan al- Rasul dan bagi anggota tentera yang beragama lain perlulah merujuk mengikut anutan masing-masing, pegangan agama menjadi asas kepada melahirkan insan sempurna akidahnya. Ringkasnya, pembangunan modal insan berteraskan kepercayaan kepada agama perlu menjadi keutamaan kerana hanya anggota yang syumul dan sentiasa mematuhi perintah penciptanya akan dilengkapi dengan pakej nilai-nilai murni seperti diharapkan.

Organisasi Tentera Darat yang dianggotai majoritinya anggota beragama Islam, maka penyuburan akhlak Islam bagi membina nilai murni dalam diri anggota tersebut hendaklah dilaksanakan dengan terancang, kerap dan profesional. Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) telah dipertanggungjawabkan merangka rancangan dan melaksanakan peningkatan modal insan daripada aspek penyuburan rohaniah dan jasmaniah. KAGAT diperlukan oleh Tentera Darat sebagai penjana pembangunan kerohanian modal insan sejajar dengan objektif penubuhannya iaitu melahirkan warga ATM yang berilmu, beriman, bertaqwa ke arah memperkukuh kerohanian dan kekuatan tempur. Aktiviti mengimarahkan masjid, ceramah-ceramah agama dan membudayakan gaya hidup amal maaruf nahi mungkar akan memberi kesan sinergi ke atas pembangunan modal insan.PENUTUPKesimpulannya, walaupun kerajaan Malaysia komited dalam memberi peluang Tentera Darat membangunkan kelengkapan pertahanannya secara konsisten agar dapat mencapai tahap kesiapsiagaan yang tinggi, namun Tentera Daratmenyedari pembangunan pertahanan yang tidak selari dengan pembangunan modal insan tidak mungkin menjanjikan kejayaan dalam memenuhi keperluan Dasar Pertahanan Negara. Kepentingan-kepentingan strategik negara dan keselamatan negara merangkumi kawasan terdekat, serantau dan global hanya boleh dipertahankan oleh ketumbukandecisiveyang mantap dari pelbagai segi terutamanya ilmu pengetahuan, kemahiran, kepakaran, profesionalisme, kreadibiliti dan akhlak terpuji. Tentera Darattelah menggariskan nilai-nilai teras yang sepatutnya dipupuk di dalam diri setiap individu agar nilai-nilai ini dibangunkan bersama pembangunan modal insan yang dirancang. Usaha tersebut diharap dapat mempersiapkan sumber manusia yang utuh yang mampu menggalas cabaran peperangan dalam pelbagai dimensi. Pembangunan modal insan pula perlu dilaksanakan secara sistematik, terancang dan berobjektif supaya matlamatnya untuk melahirkan sumber manusia kompeten lagi berkarisma dapat dipenuhi. Justeru itu,Tentera Darattelah dan terus komited membangunkan modal insan melalui peningkatan dalam latihan dan pendidikan, pengurusan sumber manusia cemerlang, mengamalkan budaya kerja berkualiti dan menyuburkan nilai-nilai keagamaan. Walaupun usaha pembangunan aset insaniah tersebut tidak bakal ada penamatnya, namun teraju utama pertahanan negara ini yakin impak positif daripada pelaburan sumber manusia ini pasti dapat dirasai oleh warga Tentera Darat khasnya dan masyarakat Malaysia amnya di masa hadapan.

16