epembelajaran isu dan cabaran
TRANSCRIPT
Soalan: Berdasarkan pembacaan artikel yang diberikan, nyatakan pandangan anda
tentang aplikasi epembelajaran dan isu serta cabaran pelaksanaannya di sekolah
anda.
Penggunaan aplikasi epembelajaran di sekolah merupakan satu kaedah
pembelajaran terkini yang amat berkesan serta memberi ruang yang luas kepada
guru dan pelajar melaksanakan proses pembelajaran selain kaedah bersemuka di
dalam kelas.
Walau bagaimanapun kaedah ini telah mewujudkan pelbagai isu dalam kalangan
pelajar dan guru seperti isu penyediaan kemudahan dan infrastruktur yang tidak
lengkap dan sesuai. Nisbah pemilikan komputer dalam kalangan pelajar terutama di
kawasan luar bandar agak rendah dan menjadikan proses epembelajaran terganggu.
Peralatan ICT yang uzur dan alat ganti yang telah tiada di pasaran juga menjadi
penghalang kepada proses tersebut. Walaupun pihak kerajaan telah mengeluarkan
perbelanjaan yang besar untuk penyelenggaraan peralatan ICT di sekolah, tetapi
masih belum cukup untuk memenuhi permintaan pihak sekolah.
Pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat guru yang rendah juga merupakan
satu cabaran pelaksanaan aplikasi epembelajaran di sekolah. Hasil dapatan
daripada laporan penggunaan SSQS di sekolah mendapati masih terdapat banyak
sekolah yang memperoleh bawah tiga bintang. Keadaan ini memberi gambaran
status pengetahuan ICT di kalangan guru dan pelajar di sekolah adalah rendah.
Sikap pentadbir, guru dan pelajar yang belum bersedia menggunakan aplikasi
epembelajaran sebagai satu proses alternatif menjadi cabaran hebat merealisasikan
proses epembelajaran di sekolah. Dalam kalangan mereka yang mempunyai sikap
negatif ini menganggap proses penggunaan aplikasi epembelajaran merupakan
proses yang membebankan dan melambat proses pengajaran dan pembelajaran
mereka.
Perisian penyampaian teknologi maklumat yang tidak lengkap dan sesuai serta
pelbagai masalah lain juga menjadikan pelaksanaan aplikasi epembelajaran di
sekolah sebagai satu cabaran yang harus dipikul oleh generasi kini. Sebagai
seorang pengetua, Guru Besar dan pentadbir sekolah, mereka perlu berani
memainkan peranan yang lebih besar dalam menjadikan epembelajaran di sekolah
dapat direalisikan, menarik dan berkesan. Negara-negara maju juga menggunakan
kaedah epembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.