elm pismp sem 4

9
ELM3023E PENDEKATAN TINDAKAN SOSIAL

Upload: cynthia-ting

Post on 06-Sep-2015

253 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

ELM

TRANSCRIPT

ELM3023E PENDEKATAN TINDAKAN SOSIAL

ELM3023EPENDEKATAN TINDAKAN SOSIALPengenalanPendekatan tindakan sosial yang dimajukan oleh Fred Newmann (1975) dianggap sebagai satu pendekatan yang memberikan peluang tertentu kepada murid untuk bertindak ke atas nilai-nilai kendiri sebagai agen moral.

Matlamat tindakan sosial ialah menghapuskan ketidakcekapan peribadi sebagai faktor yang membawa kepada ketiadaan kuasa untuk bertindak.

Objektif pendekatan ini ialah kecekapan sekitaran yang melibatkan pemikiran dan tindakan untuk memberi kesan ke atas sekitaran atau hal-hal dan masalah-masalah berkaitan dengan eksploitasi ekonomi, dasar kerajaan, hak-hak awam dan sebagainya.Newmann telah menggariskan komponen-komponen utama atau langkah-langkah yang mesti diambil oleh murid-murid untuk mencapai status agen-agen moral serta kebolehan untuk mengenakan pengaruh dalam hal-ehwal awam. Para murid mesti terlebih dahulu mnggubal matlamat-matlamat dasar berasaskan perbincangan dan pertimbanagn moral secara berhati-hati dan penyelidikan dasar sosial.Proses pertimbangan dan perbincangan moral membawa kepada terhasilnya matlamat-matlamat yang boleh dijustifikasikan dari sagi etika, sementera penyelidikan dasar sosial memastikan akibat-akibat dasar-dasar tertentu. Untuk mencapai prinsip, dasar atau matlamat yang dihajati, para murid seterusnya mestilah melibatkan diri dalam beberapa kegiatan.Dalam mendapat sokongan untuk matlamat-matlamat mereka, para murid perlu mempunyai pengetahuan tentang proses politik dan perundangan, kemahiran pembelaan, pengetahuan dan kemahiran proses kelompok dan kemahiran organisasi, pentadbiran serta pengurusan.Sebagai agen moral, murid perlu mempertimbangkan apakah yang sepatutnya dibuat dalam situasi yang melibatkan konflik.

Konflik ini mungkin berlaku antara kepentingan diri dan kepentingan orang lain, atau di antara hak-hak seorang individu dalam konflik itu.

Pendekatan ini meningkatkan keprihatinan murid kepada isu-isu masyarakat dan mereka bersikap pro aktif menyelesaikan masalah dalam masyarakat. Sehubungan dengan itu pendekatan ini melibatkan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Nilai-nilai yang diperlihatkan lebih luas bukan sahaja di dalam sesebuah masyarakat atau pada diri seorang individu, tetapi meliputi interaksi antara individu dan masyarakat keseluruhannya.

Untuk mencapai matlamat ini guru boleh menggunakan garis panduan di bawah.menyedari isu atau masalah yang dihadapi oleh murid dan komuniti

memahami isu

memutuskan tindakan yang akan diambil

merancang dan menggubal matlamat dan strategi

melaksanakan rancangan tindakan sama ada secara individu atau kumpulan

merenung tindakan-tindakan yang telah diambil dan menimbangkan tindakan selanjutnya.

SEKIAN.