ekonomi

Upload: sopiana-abdullah

Post on 06-Oct-2015

13 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ekonomi

TRANSCRIPT

Arahan: Kertas soalan ini mengandungi 60 soalan. Jawab semua soalan

1 Apakah ciri-ciri yang ada pada wang tetapi tiada pada benda lain sehingga membolehkan ia menjadi alat perantaraan dalam proses jual beli?

A Wang banyak di pasaranBWang selalu digunakan oleh orang ramai CWang menjadi bahan yang menjadi rebutan orang ramaiD Wang diterima oleh semua orang sebagai media pertukaran

2Wang yang nilai mukanya lebih tinggi daripada kandungan logamnya dikenali sebagai wang

A logamBsahC tandaD bernilai

3 Nilai muka duit syiling jika dibandingkan dengan nilai logam yang dijadikan syiling itu adalah A sama nilainyaBnilainya lebih rendahC nilainya lebih tinggiDtidak dapat ditentukan

4 Apabila seseorang individu menabung wang di bank. beliau akan dibayar dividen atau faedah. Ini menggalakkan orang ramai membuat tabungan dan pelaburan. Fungsi wang yang manakah bersesuaian dengan pernyataan di atas?

A Unit akaunBAlat penyimpan nilaiC Alat bayaran tertundaDAlat perantaraan pertukaran

5 Mengapakah wang kertas mesti diterima oleh peniaga dalam urusan jual beli dan menjelaskan hutangnya?

A Dikeluarkan oleh bank pusatBMerupakan wang sah dalam negaraC Mempunyai tanda dan logo negara kitaDMerupakan media pertukaran di negara kita6 Pernyataan di bawah merujuk fungsi wang. Apakah fungsi wang tersebut?

A Unit pengukur nilaiBAlat penyimpan nilaiC Alat bayaran tertundaDAlat perantaraan pertukaran

7 Apakah fungsi wang dalam urus niaga di atas?

A Alat penyimpan nilai dan unit ukuran nilaiBAlat ukuran nilai dan alat bayaran tertunda CAlat bayaran tertunda dan alat penyimpan nilaiDAlat perantaraan pertukaran dan alat penyimpan nilai

8 Mengapakah Syarikat Elektronik Midas sanggup menjual dengan bayaran ansuran?

A Wang mempunyai nilai yang stabilBWang merupakan alat pertukaran yang sah CWang boleh digunakan untuk pembahagian nilaiDWang dapat mengatasi masalah keperluan dan kehendak dengan serentak

9 Apakah kesan terhadap duit syiling Malaysia jika ia bukan wang tanda?

A Nilai duit syiling stabilBDuit syiling semakin berkurangC Keyakinan terhadap duit syiling bertambahDTabungan duit syiling di bank akan semakin meningkat

10 Maklumat di bawah berkenaan Puan Lee, seorang pembeli kereta.

Apakah fungsi wang RM565 tersebut?

A Alat pengukur nilaiBAlat bayaran tertundaC Alat penyimpan nilaiDAlat perantaraan pertukaran

11 Gambar 1 menunjukkan iklan sebuah barang.

Nilai RM180 menjelaskan fungsi wang sebaga alat

A pengukur nilaiBpenyimpan nilaiCbayaran tertundaDperantaraan pertukaran

12 Pernyataan di bawah berkaitan dengan fungsi wang.

Apakah fungsi wang tersebut?

APengukur nilai dan bayaran tertundaBPenyimpan nilai dan bayaran tertunda C Perantaraan pertukaran dan pengukur nilaiDPerantaraan pertukaran dan penyimpan nilai

13 Syarikat alat elektrik menawarkan skim bayaran ansuran kepada pelanggannya. Apakah fungsi wang dalam tawaran tersebut?

AAlat ukuran nilaiBAlat perantaraan pertukaranCAlat penyimpan nilaiDAlat bayaran tertunda

14Pernyataan di bawah berkaitan dengan kebaikan sistem wang berbanding sistem barter.

Apakah kebaikan fungsi wang berbanding dengan sistem barter?

A Ukuran nilaiBSimpanan nilaiC Bayaran tertundaDPerantaraan pertukaran

15 Seorang petani yang mempunyai seekor kambing, tidak mungkin dapat menukarkannya dengan seekor ikan dalam pelaksanaan sistem barter kerana

A masalah sukar membawa kedua-dua haiwan tersebutBmasalah untuk mendapatkan persetujuan bersamaC masalah kematian haiwan berkenaanDmasalah pembahagian

16Pernyataan di bawah berkaitan dengan system barter. Pertukaran tidak boleh berlaku antara Ahmad dengan Darwan kerana

A telur tiada penyimpanan nilai yang baikBtidak mempunyai dua kehendak samaC lembu tiada penyimpanan nilai yang baikDkesukaran membahagikan lembu kepada unit yang lebih kecil

17Pernyataan di bawah berkaitan dengan sistem barter.

Pada pendapat anda, apakah kemungkinan yang menghalang proses pertukaran tersebut?

A Encik Mat mendapati barang Encik Sam mahalBKehendak antara mereka berdua tidak serentakC Encik Sam menganggap barang Encik Mat mahalDMereka tidak bersetuju dalam hal pembahagian barang

18 Pernyataan di bawah berkaitan dengan institusi kewangan.

Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan pernyataan tersebut?

A Affin Bank BerhadBBank Negara MalaysiaC Alliance Finance BerhadDAmMerchant Bank Berhad

19 Maklumat di bawah merujuk kepada perkhidmatan di sebuah institusi kewangan.

Perkhidmatan di atas disediakan oleh

APublic BankBMaybank FinanceC Bank Negara MalaysiaDArab Malaysian Merchant Bank

20 Apakah tujuan utama bank perdagangan menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada orang ramai?

A Menerima depositBMemudahkan urus niagaC Memperoleh keuntunganDMenggalakkan tabungan

21 Apakah keistimewaan pemegang akaun yang menggunakan perkhidmatan perintah sedia ada yang ditawarkan oleh bank perdagangan?

APemegang akaun boleh mengarahkan bank membuat bayaran tetap secara berulang mengikut tarikh yang ditetapkan BPemegang akaun boleh melunaskan cek mereka pada tarikh tertentu mengikut tarikh yang ditetapkanC Pemegang akaun boleh mengarahkan bank membuat bayaran terus ke dalam akaun penerimaDPemegang akaun hanya perlu menelefon bank untuk membuat bayaran

22 Apakah yang dimaksudkan dengan perkhidmatan mendiskaunkan bil pertukaranyang disediakan oleh bank perdagangan?

A Proses pertukaran hak milik bil pertukaran antara individu dengan harga diskaun BProses pembelian bil pertukaran pada harga yang kurang daripada nilai muka bil berkenaanC Proses pembelian bil pertukaran daripada bank perdagangan dengan harga diskaunDProses pertukaran hak milik bil pertukaran antara bank perdagangan dengan harga diskaun

23 Mengapakah bank perdagangan harus mengekalkan kecairan tunai pada tahap yang selamat?

A Supaya dapat membiayai projek-projek yang dilancarkanBSupaya dapat membuat sesuatu pelaburan ke luar negaraCSupaya dapat mengawal inflasi dan kemelesetan ekonomi negaraDSupaya dapat membayar wang tunai apabila dituntut oleh pelanggan

24Pernyataan yang manakah berkaitan dengan akaun simpanan tetap?

ISimpanan yang dibuat dalam suatu tempoh masa mengikut perjanjian dengan pihak bankII Pelanggan hanya boleh mengeluarkan wang simpanan mereka setelah sampai tempoh matangIII Semakin banyak jumlah simpanan, maka semakin tinggi kadar bunga yang perlu dibayar oleh penyimpanIV Semakin lama tempoh masa simpanan, maka semakin tinggilah kadar bunga yang ditawarkan oleh bank

A I dan IIBI dan IVCII dan IIID III dan IV

25 Institusi kewangan yang manakah menyediakan kemudahan mendiskaunkan bil-bil pertukaran?

ABank RakyatBPublic Bank BerhadC Lembaga Tabung HajiDKumpulan Wang Simpanan Pekerja

26 Antara yang berikut, yang manakah bukan fungsi bank saudagar dalam memberi nasihat kepada sektor korporat?

AMenanggung jamin terbitan syerBMemberi khidmat pengurusan portfolioCMenerima deposit tetap dari syarikat korporatDMengurus dan menasihati penggabungan syarikat

27 Bank perdagangan menyediakan pelbagai kemudahan urusan dalam negara untuk mengurangkan penggunaan tunai. Apakah kemudahan tersebut?

I CekI I Kad kreditIII Sijil Simpanan PremiumIV Kad juruwang elektronik

A I dan IIBI dan IVCII dan IIID III dan IV

28 Bank perdagangan dan syarikat kewangan mempunyai beberapa persamaan dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan. Pilih satu perkhidmatan bank perdagangan yang berbeza daripada syarikat kewangan.

A Perkhidmatan sewa beliBPerkhidmatan akaun semasaCPerkhidmatan khidmat nasihatDPerkhidmatan tukaran wang asing29 Maklumat di bawah mengenai Encik Halim, seorang kontraktor kecil-kecilan.

Apakah jenis akaun yang dibuka oleh Encik Halim untuk memudahkan perniagaannya itu dijalankan?

AAkaun tetapBAkaun semasaC Akaun tabunganDAkaun pinjaman jangka pendek

30 Aktiviti yang manakah membezakan bank perdagangan dengan syarikat kewangan?

A Memberi pinjaman peribadiBMemberi perkhidmatan overdrafC Memberi perkhidmatan kad kredit DMenerima deposit daripada orang ramai

31 Apakah perbezaan antara bank pusat dengan bank perdagangan?

B D

32 Situasi yang manakah paling sesuai dilakukan dengan menggunakan draf bank?

I Puan Manisah menjelaskan bayaran ke atas pakaian yang dibelinya daripada sebuah butikII Cik Alicia ingin membayar tol di plaza tolIIIEncik Adnan menjelaskan hutangnya kepada pembekalIV Encik Ramli ingin mengirimkan RM2 000 kepada anaknya di Sabah

A I dan IIBI dan IVCII dan IIIDIII dan IV

33 Bank menyediakan kemudahan pinjaman dengan overdraf kepada para pelanggannya. Apakah perbezaan antara pinjaman dan overdraf yang disediakan oleh bank perdagangan?

D

34 Maklumat di bawah berkaitan perkhidmatan sebuah bank.

Perkhidmatan tersebut disediakan oleh

A CIMB Bank BerhadBMayban Finance BerhadCBank Simpanan NasionalDAmMerchant Bank Berhad

35 Syarikat Heen Berhad ingin mendapatkan jumlah pinjaman yang besar. Public Merchant Bank Berhad telah menolong syarikat tersebut mendapatkan pinjaman daripada beberapa buah institusi kewangan.

Apakah jenis pinjaman yang ditawarkan oleh bank saudagar tersebut?

APinjaman korporatBPinjaman bercagarC Pinjaman bersindiketDPinjaman berportfolio

36 Antara yang berikut, yang manakah benar tentang konsep AI-Mudharabah?

I Kerugian ditanggung oleh semua pihak yang melaburII Keuntungan dikongsi bersama antara pelanggan dengan pihak bankIII Pelanggan tidak melibatkan diri dalam projek pelaburan secara langsungIVPihak bank menjual projek pelaburan kepada pelanggan pada harga yang lebih tinggi

AI dan IIBI dan IVCII dan IIID III dan IV

37 Pernyataan di bawah berkaitan dengan prinsip sistem perbankan Islam.

Apakah prinsip tersebut?

AA AI-IjarahBAI-Musyarakah CBai At-TakjiriDBai Bithaman Ajil

38Apakah matlamat utama penubuhan Bank Islam?AMemberi perkhidmatan urus niaga perbankan berlandaskan prinsip syarakBMembolehkan masyarakat Islam meningkatkan ekonomi merekaC Untuk umat Islam menyimpan wang mereka dan membuat pinjamanDMenjana ekonomi umat Islam

39 Pernyataan di bawah berkaitan dengan prinsip sistem perbankan Islam.

Konsep yang diamalkan ialahA Bai At-Takjiri BAI-WadiahC Bai Bithaman AjilD AI-Musyarakah

40 Bagaimanakah Bank Negara Malaysia boleh mengurangkan penawaran wang di pasaran?

A Menjual surat jaminan kerajaanBMengetatkan syarat sewa beliCMenaikkan kadar rizab tunaiDMenaikkan kadar faedah

41 Pernyataan di bawah berkaitan dengan fungsi Bank Negara Malaysia.

Rizab berkanun yang dikenakan oleh Bank Pusat terhadap bank perdagangan bertujuan

Amengawal keupayaan bank pusat mencetak wangBmenggalakkan bank perdagangan menerima simpanan daripada orang ramaiCmempengaruhi keupayaan bank Dperdagangan dalam memberi pinjaman mewujudkan punca pendapatan kepada bank perdagangan melalui kadar bunga42Antara langkah-langkah bank pusat yang berikut, yang manakah dapat mengawal kenaikan harga barang pengguna?

AMenaikkan kadar rizab berkanun BMelonggarkan syarat sewa beliCMembeli surat jaminan kerajaan DMenaikkan kadar faedah pinjaman

43 Rajah 1 merujuk P sebagai tindakan yang diambil oleh bank pusat.

Apakah tindakan tersebut?

I Menaikkan kadar faedahIIMenurunkan kadar rizab tunai dan rizab berkanunIII Membeli surat jaminan kerajaanIV Mengetatkan syarat sewa beli

AI dan IIBI dan IV CII dan IIIDIII dan IV

44Bank pusat dianggap sebagai jurubank kepada bank-bank perdagangan kerana

I bank pusat merupakan sumber pinjaman terakhir kepada bank-bank perdaganganII menyelesaikan hutang antara bank-bank perdaganganIII menyediakan akaun semasa kepada bank-bank perdaganganIV mewajibkan bank perdagangan mengadakan rizab berkanun

A I dan IIBI dan IVCII dan IIIDIII dan IV45Apakah antara fungsi bank pusat yang membolehkannya bertindak sebagai jurubank kepada kerajaan?

I Mengeluarkan mata wangIIMembuat bayaran kepada jabatan kerajaanIIIMendapatkan pinjaman kepada kerajaanIVMengubah rizab bank perdagangan

AI dan IIBI dan IVCII dan IIIDIII dan IV

46Antara yang berikut, yang manakah cara bank pusat mengawal masalah kemelesetan ekonomi di negara kita?

IMenjual surat jaminan kerajaanII Mengurangkan rizab tunai dan rizab berkanunIII Menurunkan kadar faedah bankIVMemberi tempoh kredit yang lebih pendek bagi sewa beli

A I dan IIBI dan IVCII dan IIIDIII dan IV

47 Rajah 2 berkaitan dengan fungsi bank pusat.

Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan fungsi X tersebut?

A Jurubank kepada kerajaan BMengeluarkan mata wangC Jurubank kepada bank perdagangan DMengawal kestabilan nilai mata wang

48 Rajah 3 berkenaan pemulihan ekonomi.

Apakah yang perlu dilakukan pada peringkat Y untuk memulihkan ekonomi?

I Menurunkan rizab berkanunII Menurunkan kadar faedahIII Menaikkan kadar cukaiIV Mengurangkan perbelanjaan kerajaan

A I dan IIBI dan IVCII dan IIIDIII dan IV

49Pernyataan di bawah adalah berkenaan pengumuman Bank Negara Malaysia tentang penurunan rizab berkanun.

Mengapakah bank pusat melaksanakan langkah tersebut?

I Untuk meningkatkan kuasa beliI I Untuk meningkatkan lebihan tunaiIII Untuk membendung tekanan inflasiIV Untuk mengehadkan perkembangan kredit

A I dan IIBI dan IVCII dan IIIDIII dan IV

50 Pernyataan di bawah berkaitan dengan fungsi Bank Negara Malaysia.

Bagaimanakah Bank Negara Malaysia dapat mengawal keadaan di atas supaya tidak berterusan?

AMenaikkan kadar faedahBMenjual surat jaminan kerajaanCMenurunkan nisbah rizab berkanun DMenurunkan had jumlah pinjaman maksimum

51 Institusi kewangan yang manakah memberi kemudahan kepada pendepositnya untuk membeli rumah?

A Lembaga Tabung HajiBBank Simpanan NasionalCPermodalan Nasional BerhadDKumpulan Wang Simpanan Pekerja

52 Persamaan antara Mayban Finance Berhad dengan Syarikat Kurnia Insurans ialah kedua-duanya

Amenjalankan perniagaan tanpa faedahBdikawal selia oleh Bank Negara Malaysia C menerima deposit semasa daripada orang ramaiDmemberi perlindungan harta benda kepada peniaga

53Sekiranya kerajaan memutuskan untuk menurunkan kadar caruman KWSP bagi majikan dan pekerja, antara berikut yang manakah kesan daripada tindakan kerajaan tersebut?

I Kadar inflasi menurunII Jumlah tabungan orang ramai menurunIII Sumber pinjaman dalam negeri menurunIV Pendapatan boleh guna isi rumah jatuh

A I dan IIBI dan IVCII dan IIID III dan IV

54 Bagaimanakah syarikat insurans membantu dalam pembangunan negara?

I Membeli sekuriti kerajaanII Memberi pinjaman kepada sektor kerajaanIII Menggalakkan tabungan daripada orang ramaiIVMembolehkan ahlinya mendapat pinjaman perumahan

AI dan IIBI dan IVCII dan IIIDIII dan IV

55 Antara yang berikut, pasangan manakah yang benar?

56 Antara individu yang berikut, yang manakah diwajibkan mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja?

ACik Irene yang bekerja sebagai penyambut tetamu di syarikat swastaBEncik Abdullah seorang penternak lembu dan kambingC Encik Ramasamy yang mengusahakan kedai runcitDYanti yang bekerja sebagai pembantu rumah

57 Sumbangan institusi kewangan bukan bank kepada pembangunan ekonomi negara ialah

A memberi pinjaman kepada pemegang polisiBmenerima deposit daripada orang perseoranganC memberi perkhidmatan perlindungan kewanganDmengurangkan pinjaman luar Negara

58 Jadual 1 merupakan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Apakah kesan kadar caruman baharu kepada ekonomi negara?

IKadar inflasi berkuranganII Tabungan negara meningkatIII Sumber pinjaman dalam negara berkurangIV Pendapatan boleh guna isi rumah meningkat

AI dan IIBI dan IVCII dan IIIDIII dan IV

59 Maklumat di bawah merupakan fungsi sebuah institusi kewangan.

Antara yang berikut, yang manakah institusi kewangan tersebut?

A AmBank BerhadBLembaga Tabung HajiC Syarikat Takaful Sdn. Bhd.DBank Islam Malaysia Berhad

60 Apakah persamaan antara Lembaga Tabung Haji (LTH) dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)?

AMembayar zakat simpanan bagi pihak pendepositBMenerima deposit daripada golongan yang bekerja sahajaCMengagihkan faedah kepada ahli-ahli mengikut jumlah depositDMelabur dalam projek-projek pembangunan yang menguntungkan4