ekologi muara sungai.docx

Upload: amro-mohd

Post on 03-Apr-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 EKOLOGI MUARA SUNGAI.docx

    1/2

    Keratan rentas struktur muka bumi di kawasan muara sungai

    Muara sungai adalah merupakan salah satu ekosistem berair dan basah sepanjang tahun seperti juga tasik atau

    danau, delta lagoon, hutan bakau, lapisan rumpai laut, tanah gambut, hutan nipah, sawah padi dsb. Keseluruhan

    tanah lembab di dunia meliputi 70% daripada jumlah permukaan bumi. Kawasan muara sungai juga dapat

    diertikan sebagai suartu kawasan di mana kawasan pendalaman bertemu dengan kawasan air laut.

    Ekologi muara sungai menunjukkan hubung kait sistem darat dan air laut. Air tawar

    berlumpur yang membawa nutrien akan disebarkan serta menyuburkan kawasan perairan

    dan mudflat.Kawasan ini merupakan sistem penapisan dan pemendapan bagi Lumpur-

    lumpur sungai. Kawasan muara sungai menerima nutrien dari 3 sumber iaitu sungai-sungai,

    air laut dan sedimen di dasar. Kawasan muara sungai didiami oleh pelbagai spesis tumbuhan dan haiwan. Ini

    termasuklah hutan paya yang dipengaruhi oleh air pasang surut dan hutan bakau yang mana menyumbang

    nutrien kepada kawasan muara sungai.

    Kawasan ini menunjukkan variasi yang tinggi dari segi fauna di mana ianya

    berkurangan dari segi bilangan spesis tetapi beberapa spesis seperti molluska banyak

    terdapat di kawasan ini. Kawasan ini merupakan kawasan yang penting di waktu air

    surut kerana menjadi tempat persinggahan dan pemakanan bagi burung-burungserantau samada tempatan atau yang berhijrah. Kawasan muara sungai dan mudflat adalah penting sebagai

  • 7/28/2019 EKOLOGI MUARA SUNGAI.docx

    2/2

    suatu tempat penting bagi kitaran hidup beberapa spesis mamalia marin seperti dugong dan ikan lumba-lumba.

    Ini merupakan kawasan pembiakan bagi spesis-spesis ini. Kawasan muara

    sungai juga menjadi tempat pembiakan dan pertumbuhan pelbagai spesis ikan

    marin dan krustacea. Kawasan muara sungai

    merupakan suatu kawasan yang penting untuk

    perusahaan perikanan dan menyediakan pelbagai hasil perikanan kepada manusia

    terutamanya ikan, ketam, udang, kerang, siput, mamalia marin, reptilia, dan sumber

    bukan haiwan seperti kayu, tanah pasir dan liat untuk industri pembinaan dan bekalan

    air untuk beberapa industri tidak berasaskan hidupan liar.