edu3083.doc

12

Click here to load reader

Upload: nor

Post on 24-Dec-2015

54 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: edu3083.doc

TAJUK:

BERDASARKAN KEPADA LOKASI DAN SITUASI DI SEKOLAH DI MANA ANDA DITUGASKAN SEKARANG INI, JUSTIFIKASI SEJAUH MANAKAH ANDA BERSETUJU DENGAN PENDAPAT YANG MENGATAKAN BAHAWA PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT DALAM KALANGAN MURID-MURID SEKOLAH HENDAKLAH DIBENARKAN DEMI KEPENTINGAN BERSAMA DAN KE ARAH MEREALISASIKAN KONSEP PENDIDIKAN YANG BERCIRIKAN MASA HADAPAN?

1.0 PENGENALAN

Teknologi yang canggih telah membantu manusia untuk melaksanakan pelbagai urusan dan

menjadikan negara kita semakin maju. Ringkasnya, peralatan teknologi yang canggih dapat

membantu manusia membuat sesuatu kerja yang tidak termampu dilakukan oleh manusia.

Sehubungan dengan itu, pelbagai alat teknologi seperti komputer, telefon bimbit, satelit dan

sebagainya telah dicipta dari semasa ke semasa untuk kemudahan kita selari dengan era

moden yang penuh kecanggihan ini.

Antara alat canggih yang telah dicipta oleh manusia, telefon bimbitlah yang paling biasa

digunakan. Dengan adanya telefon bimbit, kita dapat menghubungi sesiapa sahaja walau di

mana-mana pun hatta berada di tempat yang sangat jauh. Selain itu, pengendali telefon

bimbit juga memperkenalkan perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS). Selain itu,

kamera serta pemain muzik juga telah dipasangkan pada telefon bimbit. Telefon bimbit juga

semakin canggih hingga boleh melayari laman web dan juga menggunakan perkhidmatan

3G.

1

KebaikanKebaikan

Menyokong P&P guruAplikasi Pembelajaran Mudah Alih

Meningkatkan minat dan mengurang beban guru

Page 2: edu3083.doc

Kebanyakan ibu bapa membeli telefon bimbit untuk anak-anak mereka kerana mudah

dihubungi. Oleh itu, kita dapat melihat banyak murid yang mempunyai telefon bimbit

termasuklah murid-murid sekolah rendah. Setelah mempunyai telefon bimbit, mereka dapat

membuat apa-apa sahaja serta dapat pergi ke mana-mana sahaja kerana dengan

kemudahan telefon bimbit, mudah sahaja hendak menghubungi mereka. Sebagai akibatnya,

banyak murid akan membawa telefon bimbit ke sekolah walaupun tidak dibenarkan.

1.1 DEFINISI TELEFON BIMBIT

Telefon bimbit (juga dikenali sebagai telefon tangan, telefon selular, telefon tanpa

wayar) merupakan peranti eletronik, mudah alih, jarak dekat yang digunakan sebagai alat

perhubungan suara atau data melalui jaringan stesyen pengkalan yang dikenali sebagai

tapak sel. Sebagai tambahan kepada fungsi suara piawai seperti telefon, telefon bimbit kini

mampu menyokong banyak perkhidmatan GSM tambahan, dan mempunyai ciri telefon

bimbit tambahan, seperti khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi perutusan teks, surat-e,

penukar paket bagi capaian Internet, permainan, bluetooth, infrared, kamera dengan

perakam video dan Khidmat Pesanan Multimedia (‘’Multimedia Messaging Service – MMS’’)

bagi menghantar dan menerima gambar dan video. Kebanyakan telefon mudah alih akan

bersambung dengan jaringan selular pada stesen pengkalan (‘’tapak sel’’), yang

kemudiannya bersambung dengan jaringan telefon suis awam (Glotz, et.al, 2005).

2.0 PERMASALAHAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT BAGI KALANGAN MURID

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN IBRAHIM 2 PASIR MAS KELANTAN

Sekolah Sultan Ibrahim 2 Pasir Mas, Kelantan terletak di dalam bandar Pasir Mas. Sekolah

ini merupakan sekolah bandar dan sebahagian besar ibu bapa terdiri dari golongan peniaga

dan profesional. Sekolah ini juga menjadi sekolah pilihan bagi menghantar anak-anak

mereka mendapatkan pendidikan awal bagi persekolahan rendah. Dalam hal ini

kebanyakkan ibu bapa melihat penggunaan telefon bimbit sebagai salah satu keperluan

diperlukan untuk berkomunikasi dengan anak-anak mereka dan melihat ia juga boleh

memberikan kesan yang positif kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Keadaan

ini selaras dengan pembangunan telekomunikasi negara. Di Malaysia, penggunaan telefon

bimbit kian meningkat dan mendapat perhatian dalam kalangan generasi muda terutamanya

kepada golongan remaja. Statistik menunjukkan bahawa 20.5 peratus daripada 92.5 peratus

adalah para remaja yang menggunakan perkhidmatan telefon bimbit (Suruhanjaya

Komunikasi dan Multimedia, 2006: 11). Mereka ini tidak mahu ketinggalan dalam

menggunakan kelengkapan yang serba canggih ini kerana ia dapat banyak memberi

kemudahan kepada penggunanya.

2

Page 3: edu3083.doc

Umum mengetahui, sejarah melarang murid membawa dan menggunakan telefon bimbit ke

sekolah dikuatkuasakan sejak 13 Mei 1997. Walaupun Kementerian Pelajaran

membenarkan murid membawa telefon bimbit ke sekolah secara bersyarat menerusi satu

pekeliling bertarikh 23 Disember 2005, namun ia ditarik balik oleh Menteri Pelajaran ketika

itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 19 Januari 2006 atau 28 hari selepas pekeliling

itu dikeluarkan.

Kini, cadangan membenarkan murid membawa telefon bimbit dan gajet ke sekolah

disuarakan sekali lagi dan maklum balas awal yang diterima menunjukkan majoriti guru tidak

bersetuju kerana keperluan pelajar untuk membawa telefon bimbit ke sekolah amat sedikit

dan tidak mewakili suara majoriti. Tambahan pula, jika diteliti, telefon bimbit yang dijual di

pasaran kini ialah jenis telefon pintar iaitu mempunyai ciri-ciri dan aplikasi canggih yang

memudahkan sesiapa saja melayari internet, bersembang dalam laman sosial, mengambil

gambar, merakam video dan suara tanpa had batasan.

Dari sudut positif, penggunaannya dapat membantu mengembangkan minda dan kreativiti

murid di sekolah khasnya untuk mencari maklumat, namun ia juga mampu mencetuskan

lebih banyak isu disiplin kerana besar kemungkinan murid menyalahgunakannya untuk

tujuan tidak bermoral. Memang diakui, telefon bimbit dan gajet seperti tablet sudah menjadi

fenomena serta keperluan dalam kehidupan kita sehari-hari, namun adakah ia berupaya

mendorong murid di sekolah menggunakannya secara bijak dan terkawal apabila dibawa ke

sekolah (Blog 1Klik, 2012).

3.0 KEBAIKAN TELEFON BIMBIT DALAM MEREALISASIKAN PENDIDIKAN MODEN

Industri telekomunikasi di Malaysia merupakan salah satu sektor yang sedang mengalami

pertumbuhan yang pesat dalam negara. Oleh itu, ia merupakan salah satu kunci peransang

utama yang menyumbang ke arah mencapai peindustrian yang moden dalam negara.

3

Page 4: edu3083.doc

Melalui penerimaan teknologi selular ataupun telefon bimbit oleh penduduk Malaysia adalah

peningkatan kepada keperluan untuk perkhidmatan telekomunikasi yang lebih sofistikated di

mana ia menunjukkan bahawa industri ini akan mengalami perkembangan yang pesat. Pada

masa yang sama juga memberikan kesan kepada perkembangan pendidikan negara,

melalui teknologi dengan kemudahan internet tanpa wayar dan aplikasi-aplikasi lain yang

terdapat dalam telefon bimbit. Keadaan menyebabkan kita tidak dapat menolak penggunaan

telefon bimbit dikalangan murid-murid sekolah rendah. Saya melihat fenomena saya sebagai

satu keperluan kerana kebaikannya seiring dengan kemajuan negara kita kini, antara

kebaikannya ialah:

Peranan Telefon Bimbit Dalam Menyokong Pengajaran Dan Pembelajaran Guru

Telefon mudah alih menjadi popular kerana ramai orang mampu memilikinya, kini

penggunaan peranti komunikasi mudah alih telah melampaui peranan komunikasi tradisional

bahawa penggunaannya kini menyokong pengajaran dan pembelajaran. Dalam pendidikan,

telefon mudah alih telah membawa kepada evolusi paradigma baru yang dikenali sebagai

pembelajaran mudah alih (Muyinda et al, 2007). Pertumbuhan pesat akses kepada telefon

mudah alih di seluruh dunia kini mempunyai potensi untuk meningkatkan pengajaran,

pembelajaran dan kecekapan institusi bagi membolehkan negara sistem pendidikan

transformasi (UNESCO, 2012). Menurut (Huang et al, 2010), telefon mudah alih membantu

aplikasi pembelajaran dan membantu pelajar bukan sahaja belajar kandungan mudah tetapi

juga berinteraksi dengan orang lain bersama-sama bila-bila masa dan di mana sahaja. Oleh

itu, pembangunan mlearningsebagai strategi baru untuk pendidikan mempunyai implikasi

untuk cara pelajar dan pengajar dalam institusi pendidikan berinteraksi.

Feri, (2009) menerangkan bahawa telefon mudah alih moden boleh digunakan untuk

membantu pelajar untuk mengakses web, berkongsi, bekerjasama dengan orang lain dan

mewujudkan dan mewujudkan hubungan dua hala guru dan murid dengan lebih meluas tidak

hanya pada masa kelas sahaja. Seterusnya kajian yang dijalankan Cui dan Wang (2008),

universiti di United Kingdom (UK) telah membuat penggunaan bimbit untuk menyimpan dan

mendapatkan semula maklumat seperti e-buku, bahan pengajaran, menyemak markah

pelajar dan menggunakan dalam pengajaran dan amalan pembelajaran yang lebih berkesan.

Selain itu, kita juga boleh membuat capaian Internet melalui telefon bimbit pintar yang

terdapat di pasaran kini. Hal ini benar-benar membuatkan dunia berada di hujung jari kita.

Dengan menekan butang-butang tertentu di telefon bimbit, segala maklumat yang ingin

diketahui boleh didapati dengan mudah dan cepat. Justeru, kita tidak perlu lagi menunggu-

4

Page 5: edu3083.doc

nunggu untuk mendapatkan sesuatu maklumat kerana masa itu emas. Sudah terang lagi

bersuluh, telefon bimbit memudahkan pelajar mendapatkan maklumat dengan segera.

Keadaan ini jelas membuktikan bahawa telefon bimbit boleh memberikan kesan yang positif

kepada pengajaran dan pembelajaran guru. Kajian di atas telah dilakukan di negara-negara

maju seperti United Kingdom menunjukkan telefon bimbit selaras dengan kehendak dan

keperluan semasa dalam dunia pendidikan moden masa kini

Aplikasi Pembelajaran Mudah Alih

Peranti mudah alih mengintegrasikan satu siri ciri yang digunakan dalam pelbagai

persekitaran pembelajaran. Dalam sesetengah aplikasi pembelajaran mudah alih pada masa

ini, ciri-ciri mudah alih yang digunakan untuk pelbagai amalan pendidikan termasuk

penggunaan Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS), GPS, kamera, menyemak imbas, muat

turun, bluetooth, Wi-Fi, panggilan suara dan permainan (Kizito, 2012; Hoppe, 2009; dan Cui

Wang, 2008). Menurut Cui dan Wang (2008), SMS sistem boleh digunakan untuk membantu

murid-murid belajar bahasa asing dan guru boleh menggunakan SMS untuk berkomunikasi

dengan seorang pelajar atau satu kumpulan murid. Bagi guru contoh dalam pendidikan tinggi

di UK telah dibuat menggunakan SMS sebagai menggesa untuk keperluan kursus, kelas

pengundian, pop kuiz kepada murid-murid dan maklumat menghantar mengenai jadual dan

mengingatkan pelajar tentang tarikh peperiksaan (Ferry, 2009).

Pelayaran dengan telefon bimbit adalah salah satu cara mudah bagi pelajar untuk melayari

talian. Kebanyakan telefon bimbit digabungkan dengan aplikasi pelayaran seperti Opera

Mini, Internet explorer, Mozilla api fox, Opera dan Google chrome. Hoppe (2009), Ferry

(2009), Cui dan Wang (2008) menyatakan bahawa pelajar boleh menggunakan pelayar

untuk memeriksa e-mel, membaca bahan-bahan seperti ebook,dan menonton ceramah dari

mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Telefon bimbit telah memuat turun ciri yang

boleh digunakan oleh pelajar dan tutor untuk memuat turun pelbagai jenis bahan melalui

telefon mudah alih mereka dengan mudah. Telefon mudah alih boleh digunakan untuk

berkongsi sumber maklumat melalui inframerah, Bluetooth dan Wi-Fi. Permohonan lain

termasuk e-mel, memandu Google dan media sosial sama-sama boleh digunakan untuk

berkongsi sumber maklumat akademik. Menurut Kekayaan Bersama pembelajaran (2008),

guru boleh berkongsi dengan filem pelajar, fail audio dan bahan-bahan pembelajaran yang

lain melalui mereka telefon mudah alih.

5

Page 6: edu3083.doc

Kebanyakan telefon bimbit mempunyai ciri-ciri yang boleh digunakan untuk rakaman dan

bermain kandungan multimedia. murid-murid boleh mendapat manfaat daripada mempunyai

kamera pada telefon bimbit untuk mendokumentasikan bahan-bahan visual dan mengumpul

data saintifik.

Arus perkembangan dalam bidang teknologi memberi impak yang besar kepada dunia pada

hari ini. Pertumbuhan dalam bidang teknologi ini akan terus meningkat dari semasa ke

semasa tanpa ada had penghujungnya. Hal ini menjadikan dimensi dunia berwajah baru

seiring dengan perkembangan zaman pada abad ke-21. Pelbagai inovasi dihasilkan demi

kemudahan kepada manusia untuk menjalani kehidupan seharian. Dengan penghasilan

pelbagai inovasi ini, dunia kini jauh berbeza jika dibandingkan dengan satu ketika dahulu.

Sejajar dengan perkembangan dunia dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi,

Pendidikan Islam dilihat antara aspek yang terpengaruh hasil dari gelombang globalisasi ini.

Proses pengajaran dan pembelajaran dahulunya merupakan hanya berlaku dalam bilik

darjah dan menggunakan bahan seperti buku-buku. Tetapi kini, dengan kemudahan internet

menjadikan ilmu dapat dicapai menerusi laman web, internet, YouTube, laman sosial dan

aplikasi sosial dengan hanya beberapa klik atau sentuhan pada paparan skrin telefon bimbit

(Mohd Aliff, Ezad Azraai, Mohd Isa & Azizi, 2012). Hal ini menjadikan segala maklumat dan

ilmu pengetahuan boleh dicapai dimana-mana sahaja tanpa kekangan masa dan tempat.

Bahkan, internet juga membolehkan pengguna melakukan kaedah pembelajaran secara

elektronik atau disebut sebagai e-pembelajaran (Aliff Nawi, Ahmad Fkhrudin, Hafit Hidayah &

Mohamad Raffe, 2014; Zhang, Zhao, Zhou & Jay, 2004).

Meningkatkan Minat Murid-Murid Terutama Dalam Pelajaran Sains Matematik, Bahasa

Inggeris Dan Mengurangkan Beban Guru

Kajian oleh Saran, Cagility dan Seferoglu (2008) mendapati m-pembelajaran menggunakan

peralatan telefon mudah alih telah meningkatkan kemahiran pelajar dalam mata pelajaran

Bahasa Inggeris melalui penggunaan bahan berbentuk multimedia. Kajian juga mendapati

penggunaan MMS dan SMS dapat mempertingkatkan perbendaharaan kata pelajar dengan

berkesan.

Antara kajian terawal dalam bidang m-pembelajaran di Malaysia ialah kajian penilaian

pelaksanaan program m-pembelajaran kepada pelajar-pelajar tahun 5 di sebuah sekolah

rendah di Kuala Lumpur (Saedah Siraj dan Norlida Alias, 2005). Tujuan kajian ialah untuk

menyiasat sama ada pelaksanaan program m-pembelajaran mencapai hasrat yang

ditetapkan ke atasnya dan juga menilai kekuatan dan kelemahan program. Hasil kajian

6

Page 7: edu3083.doc

mendapati pelaksanaan program m-pembelajaran telah mencapai hasarat yang ditetapkan

ke atasnya.

Ini sejajar dengan peribahasa Cina yang berbunyi,”saya dengar, saya akan lupa, saya lihat,

saya akan saya ingat, dan apabila saya lakukan saya akan faham.” (Hizamnuddin Awang

1997 dalam Fazilah, 1998). Selain itu, teknologi dapat mempermudahkan tugas serta

meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengajaran

pembelajaran. Winston Churcil menyatakan empayar di masa depan ialah empayar

pemikiran dan minda. Untuk mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya,

pendekatan pengajaran dan pembelajaran di sekolah perlu digubah kepada pemikiran

penyelidikan, mengumpul maklumat, menganalisis data ke arah menggalakkan kreativiti dan

motivasi pelajar. Pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota

seharusnya dikikis dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan

kemahiran ke arah mendapatkan maklumat. Dewasa kini, Perkembangan teknologi

maklumat membawa implikasi yang besar terutamanya dalam konteks pendidikan.

Telefon bimbit ini menjadikan m-pembelajaran berlaku pada bila-bila masa dan mana-mana

tempat berbanding dengan penggunaan buku nota yang mudah rosak dan tidak bertahan

lama (Ahmad Sobri, 2010). Kaedah m-pembelajaran sebenarnya telah lama diamalkan dan

dipraktikkan di negara membangun seperti di Eropah dan Amerika Syarikat (Ahmad Sobri,

2010). Di Malaysia, m-pembelajaran sebenarnya masih lagi diperingkat awal. Kajian dalam

m-pembelajaran di Malaysia perlu dipergiat sebagaimana pengkaji di Eropah sedang

melakukan pelbagai kajian dan sedang di eksperimentasikan terhadap keberkesanan

penggunaannya dalam pembelajaran. Penggunaan m-pembelajaran masih lagi tidak meluas

sebagai mana penggunaan e-pembelajaran dan d-pembelajaran yang menjadi medium

pengajaran afektif masa kini. Namun, kewujudan m-pembelajaran memberikan lebih banyak

peluang kepada pengguna untuk pembelajaran yang lebih terfokus tanpa gangguan dari

pihak lain.

Walaupun penggunaan m-pembelajaran di Malaysia masih awal namun banyak kajian dalam

negara dilakukan untuk melihat sejauh manakah penggunaan kaedah m-pembelajaran dapat

memberikan kesan kepada pengajaran dan pembelajaran. Antara kajian awal berkaitan

dengan m-pembelajaran yang telah dilakukan dalam negara termasuklah kajian terhadap

reka bentuk kurikulum sekolah menengah (Ahmad Sobri, 2010), kajian terhadap subjek

Sejarah (Syafiza, 2007), subjek Matematik (Saipunidza et al. 2010), subjek Sains (Dewitt &

7

Page 8: edu3083.doc

Saedah Siraj, 2010), pembinaan aplikasi pengecaman tulisan tangan (Noor Azam et al.,

2010) dan aplikasi jual beli untuk masyarakat muslim (Norleyza, 2008).

4.0 PERBINCANGAN KEPERLUAN TELEFON BIMBIT UNTUK MURID-MURID MASA

KINI

Perbincangan kajian ini mendapati bahawa para guru dan para pelajar sangat berpuas hati

terhadap aplikasi telefon bimbit yang dibangunkan bagi digunakan di sekolah pada masa

kini. Hal ini menunjukkan bahawa wujud potensi yang sangat positif dalam kalangan guru

dan pelajar untuk menggunakan aplikasi telefon bimbit dalam pengajaran dan pembelajaran.

Fetaji et al. (2008) dan Peerce et al. (2002) menjelaskan bahawa aspek penerimaan

pengguna bergantung kepada sejauhmana pengguna berasa mudah dan boleh diikuti oleh

pengguna apabila menggunakan sebarang jenis aplikasi. Dapatan aspek mesra pengguna

yang tinggi ini turut selari dengan kajian Grasso & Rosseli (2005) di mana ianya turut

bergantung kepada jangka masa pengguna menggunakan aplikasi dan menyesuaikan diri

dengan aplikasi berkenaan. Di samping itu juga, tahap penilaian pengguna juga berada pada

tahap yang tinggi menunjukkan bahawa aplikasi telefon bimbit berjaya dibangunkan

menepati keperluan guru dan pelajar. Hal ini bertepatan dengan kajian Sreerambhatla (2010)

yang menunjukkan bahawa tahap kepuasan pengguna akan meningkat apabila aplikasi

mudah alih yang dihasilkan apabila bertepatan dengan keperluan kumpulan sasaran. Begitu

juga dengan dapatan kajian Norman (2004) yang menyatakan pengguna berasa gembira

dan seronok apabila menggunakan sesebuah aplikasi yang mempunyai ciri-ciri

kebolehgunaan yang baik. Sebaliknya, kajian oleh Jones dan Marsden (2006) pula

menyatakan bahawa tahap kepuasan pengguna banyak dipengaruhi oleh perkakasan alat

telefon bimbit itu sendiri.

Selain itu juga, faktor motivasi pengguna turut meningkat apabila aplikasi yang digunakan

dapat memberi kepuasan kepada pengguna. Perkara ini diakui oleh beberapa kajian seperti

Georgieva et al. (2011), Nur Aizya (2004) dan Rosmaria (2003) menjelaskan bahawa

pengguna akan mengesyorkan kepada orang lain untuk turut sama menggunakan aplikasi.

Lebih-lebih lagi, kajian oleh (Mohammed Sani, 2013; Mohd Aliff et al., 2013) menunjukkan

bahawa guru novis dan guru pelatih sangat memerlukan sokongan dan panduan dari guru

berpengalaman serta bahan rujukan untuk meningkatkan tahap professionalisme mereka

dalam bidang perguruan. Selain dari aspek kebolehgunaan, Ahmad Sobri et al. (2010) dan

Doyle et al. (2009) menyatakan bahawa tahap umur pengguna perlu diambil kira oleh

pembangun aplikasi semasa proses pembangunan.

8

Page 9: edu3083.doc

Hal ini kerana setiap aplikasi yang dibangunkan adalah bergantung kepada kumpulan

sasaran yang akan menggunakan aplikasi berkenaan. Perkara ini menjelaskan bahawa,

setiap aplikasi telefon bimbit yang dibangunkan adalah sukar untuk disesuaikan dengan

semua peringkat umur. Tambahan juga, penggunaan unsur-unsur yang kompleks dalam

aplikasi perlu dijauhi kerana dapat mengakibatkan pengguna berasa bosan. Hal ini diakui

oleh Normahdiah (2010) yang menyatakan bahawa pemilihan unsur-unsur yang sepadan

dan tepat serta mengelak dari penggunaan unsur yang kompleks dapat menjadikan

sesebuah aplikasi telefon bimbit lebih mudah digunakan. Oleh yang demikian, tahap

kepuasan pengguna bergantung kepada tahap manfaat yang diperolehi dari aplikasi yang

digunakan sama ada memberi kesan yang positif.

5.0 KESIMPULAN

Keperluan teknologi kini menganggap telefon bimbit sebagai salah satu alat yang perlu ada

dalam masyarakat kita, terutama mereka yang tinggal di bandar. Mahu tidak mahu kita perlu

menerima telefon bimbit dalam keperluan pendidikan dan di bawa ke sekolah di atas

keperluan pendidikan. Masalah yang dihadapi ini mungkin pada peringkat permulaan sahaja

dan mampu diatasinya. Penggunaan telefon bimbit jelas menunjukkan bahawa wujudnya

potensi yang baik terhadap semua subjek untuk dibangunkan menggunakan teknologi

telefon bimbit. Justeru, penggunaan aplikasi telefon bimbit ini perlu diterokai dan

dilaksanakan untuk meningkatkan mutu pembelajaran.

(2800 patah perkataan)

9

Page 10: edu3083.doc

Rujukan

Ahmad Sobri Shuib. (2010). Reka bentuk kurikulum M-Pembelajaran Sekolah Menengah:

Teknik Delphi. Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in

Information and Communication Technology 2010, hlm. 652-665.

Blog 1Klik. (2012). Banyak Keburukan Bawa Telefon Bimbit Ke Sekolah. Atas talian

26.2.2015, dari http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/526-2012-

07/13569-24-jul-banyak-keburukan-bawa-telefon-bimbit-ke-sekolah.html

Cuing, G., and Wang, S. (2008). Adoption cell phones in EFL Teaching and Learning. Atas

talian 27.2.2015, dari www.notworthprinting.wordpress.com/category/mobile-learning

Fryer, W. (n.d.). Scissors and Cell Phones. Atas talian 27.2.2015, dari

http://www.21centuryconnections.com/node/262z Sreerambhatla, R. (2010).

Application of Usability Concepts on Text Message Formatting. Kingsville: Texas A &

M University.

Glotz, Peter & Bertsch, Stefan, eds. (2005). Thumb Culture: The Meaning of Mobile Phones

for Society. Transaction Publisher: New Brunwick: U.S.A

Hoppe,M.(2009).Mobile learning and Education application. Atas talian 26.2.2015 dari

www.pervasive.wiwi.unidue.de/.../hoppe_mobile-learning-and-educ/

Huang, Y-M., Hwang W-Y.,& K,-E.(2010). Innovations in designing mobile learning

applications. Atas talian 26.2.2015 .www.ifets .info/download _pdf. Php ?j_id

=48&a_id=1056.

Kizito, N.R, (2012).Pre testing Mathematical Concepts with the Mobile Phone: Implications

for Curriculum. Atas talian 27.2.2015, dari Design. http://www .irrodl.org/ind ex.

php/irrodl/article/view/1065/2075

Mohd Aliff Mohd Nawi, Ezad Azraai Jamsari, Adibah Sulaiman & Mohd Isa Hamzah. (2013).

Development and Evaluation Of Ning Social Network for Teaching Training Online

Surveillance. Turkish Online Journal of Distance Education. 14(1): 245-255 Atas

talian 26.2.2015.

Mohd Aliff Mohd Nawi, Surina Akmal Ab Sattai & Mohd Isa Hamzaha. (2011). Kesediaan

Penggunaan telefon bimbit sebagai M-Pembelajaran dalam kalangan guru

Pendidikan Islam. Proceeding International Conference on World-Class Education,

hlm. 201-209.

10

Page 11: edu3083.doc

Saipunidzam Mahamad, Mohamad Noor Ibrahim & Shakirah Mohd. Taib. (2010). M-learning:

A new paradigm of learning mathematics in Malaysia. International Journal of

Computer Science & Information Technology, 2(4): 76-86.

Shahrizan Salian. (2010). 7.5 juta telefon bimbit dijual 2010. Berita Harian, 17 Februari

http:// www.bharian.com.my/articles/7_5jutatelefonbimbitdijual2010/Article/

Siti Fatimah Mohd Yassin, Baharuddin Aris & Abdul Hafidz Omar. (2006). Strategi

pembelajaran projek pembangunan produk multimedia kreatif secara kolaboratif.

Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 11: 24-35.

SKMM. (2006). Perpustakaan Komuniti Jalur Lebar. Atas talian 26.2.2015, dari

http://www.skmm.gov.my/Sectors/Broadband/Community-Broadband-ibraries.aspx ?

lang=ms-MY

Syafiza Abd Wahab. (2007). Mobile Learning Notes for SPM Sejarah: Islam di Asia

Tenggara. Latihan Ilmiah. Fakulti Teknologi dan Komunikasi Maklumat. Universiti

Teknikal Malaysia Melaka.

UNESCO, (2012). Mobile learning for teachers in Africa and the Middle East: Exploring the

potentials of mobile technologies to support teachers and improve practices.Atas

talian 26.2.2015, dari http://unesdoc.unesco.org/images/0021/002163/216358e.pdf

Zamri Mahamod & Nur Aisyah Mohamad Noor. (2011). Persepsi guru tentang penggunaan

aplikasi multimedia dalam pengajaran komponen sastera Bahasa Melayu. GEMA

Online™ Journal of Language Studies, 11(3): 163-177

Zoraini Wati Abbas, Tina Lim & Norazlina Mohamad. (2010). Engaging ODL Learners

through Mobile Learning at Open University Malaysia. Atas talian 27.2.2015 dari

http:// eprints.oum.edu.my/482/1/formal_zoraini.pdf

Noor Azam Zakaria, Wan Fatimah Wan Ahmad, Mohd Hilmi Hasan. (2010). Mobile-Based

Interactive Learning Using Handwriting Recognition. Kertas kerja Information

Technology (ITSim) International Symposium, Kuala Lumpur, 15-17 Jun.

Norleyza Jailani, Ahmed Patel, Noor Faezah Mohd Yatim, Yazrina Yahya, Muriati Mukhtar,

Zuraidah Abdullah, Marini Abu Bakar, Mazliza Othman & Salha Abdullah. (2008). A

Mobile Agent-based E-marketplace Model For the Muslim Community. Proceedings

of the International Conference on Knowledge Based Development, hlm. 272-277.

11