edu 3108 pismp tugasan

8
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN TUGASAN PROJEK TARIKH MULA 17 Jun 2013 TARIKH HANTAR 27.9.2013 Hasil Pembelajaran Kursus 1. Menjelaskan konsep profesion,etika, akauntabiliti dan kesantunan profesionalisme keguruan. 2. Mengenal pasti ciri-ciri guru sebagai seorang profesional 3. Menganalisis peringkat perkembangan kerjaya dari guru permulaan ke peringkat yang lebih tinggi. 4. Merancang perkembangan diri sebagai profesional. 5. Melaksanakan peranan dan tugas guru dalam pelbagai aspek pengurusan di sekolah. 6. Menampilkan ciri-ciri kepimpinan yang bersesuaian dengan profesion. Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 4, 5 dan 6 Objektif PROJEK: Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. Memilih bahan rujukan yang sesuai, menyediakan bahan pembentangan mengikut keperluan tajuk yang dipilih serta menyediakan senarai rujukan mengikut format APA. 2. Menghasilkan satu penulisan esei berkaitan topik-topik kursus. TAJUK PROGRAM : PISMP NAMA PELAJAR : TAJUK KURSUS : ASAS KEPIMPINAN & P.P.G. KOD KURSUS : EDU3108 SEMESTER : 2

Upload: nadia-idayu

Post on 01-Dec-2015

164 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

EDU 3108 PISMP TUGASAN

TRANSCRIPT

Page 1: Edu 3108 Pismp Tugasan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

TUGASAN PROJEK

TARIKH MULA 17 Jun 2013 TARIKH HANTAR 27.9.2013

Hasil Pembelajaran Kursus

1. Menjelaskan konsep profesion,etika, akauntabiliti dan kesantunan profesionalisme keguruan.

2. Mengenal pasti ciri-ciri guru sebagai seorang profesional

3. Menganalisis peringkat perkembangan kerjaya dari guru permulaan ke peringkat yang lebih tinggi.

4. Merancang perkembangan diri sebagai profesional.

5. Melaksanakan peranan dan tugas guru dalam pelbagai aspek pengurusan di sekolah.

6. Menampilkan ciri-ciri kepimpinan yang bersesuaian dengan profesion.

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 4, 5 dan 6

Objektif PROJEK:

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

1. Memilih bahan rujukan yang sesuai, menyediakan bahan pembentangan

mengikut keperluan tajuk yang dipilih serta menyediakan senarai rujukan

mengikut format APA.

2. Menghasilkan satu penulisan esei berkaitan topik-topik kursus.

3. Menjawab soalan kuiz.

Tugasan Projek (100%)

A. Pelajar-pelajar diagihkan salah satu kumpulan berikut untuk membuat persediaan bagi pembentangan dalam kelas berdasarkan tajuk-tajuk berikut (30%):

1. Sejauhmanakah pengetahuan tentang Kod Etika Keguruan Malaysia dapat melahirkan insan guru yang diaspirasikan oleh negara.

TAJUK PROGRAM : PISMP NAMA PELAJAR :

TAJUK KURSUS : ASAS KEPIMPINAN & P.P.G. KOD KURSUS : EDU3108 SEMESTER : 2

Page 2: Edu 3108 Pismp Tugasan

2. Isu-isu guru melanggar etika keguruan berpunca daripada gaya kepimpinan guru besar dan budaya sekolah. Sejauhmanakah anda bersetuju dengan pandangan ini.

3. Bincangkan isu-isu melibatkan penyalahgunaan masa dan wang yang mungkin berlaku di sekolah. Cadangkan cara-cara praktikal untuk mengatasi masalah tersebut.

4. Trotter (1986) mengemukakan teori lima peringkat perkembangan guru. Berdasarkan teori Trotter, bincangkan usaha-usaha seorang guru untuk mencapai peringkat mahir.

5. Bincangkan peranan guru sebagai agen perubahan dalam melaksanakan Program Literasi dan Numerasi (LINUS).

6. Guru besar merupakan pemimpin yang disanjungi di sekolah. Bincangkan ciri-ciri istimewa guru besar berdasarkan pemerhatian anda ketika program internship. (Selitkan lampiran sebagai bukti pemerhatian anda terhadap guru besar).

7. Berdasarkan pengalaman internship anda, bincangkan satu masalah dalam organisasi anda. Buat analisis dan aplikasikan teori kepemimpinan yang terbaik untuk menyelesaikannya.

8. Sejauhmanakah program internship telah membantu anda menjadi pelajar guru yang

cemerlang.

9. Senaraikan aktiviti yang menekankan konsep musyawarah dan kolaborasi yang telah dianjurkan di IPG anda. Sejauhmanakah budaya musyawarah dan kolaborasi telah membawa kebaikan kepada pelajar guru dan IPG anda.

10. Berdasarkan pemerhatian dan temu bual dengan pensyarah (5 orang daripada 3 jabatan berlainan ) di IPG anda, bincangkan budaya pembelajaran sepanjang hayat yang diamalkan oleh mereka. Cadangkan cara-cara terbaik untuk memupuk amalan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan pelajar guru di IPG anda (Lampirkan cara pemerhatian dibuat dan temu bual yang dirakamkan).

11. Bincangkan bagaimana seorang guru besar sekolah boleh menggunakan hubungan pemimpin-ahli, struktur tugasan dan kedudukan kuasa untuk mewujudkan situasi kepemimpinan yang menyenangkan.

12. Walaupun Penyelidikan Tindakan mampu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, namun Penyelidikan Tindakan belum menjadi amalan dan budaya dalam kalangan guru. Pada Pendapat kumpulan anda, mengapa budaya menyelidik belum berkembang dalam kalangan guru dan apakah tindakan yang perlu diambil untuk memastikan bahawa setiap guru ialah penyelidik?

PANDUAN PELAKSANAAN TUGASAN PROJEK A

1. Tugasan ini adalah tugasan kumpulan (2 atau 3 orang satu kumpulan)

2. Setiap kumpulan dikehendaki memilih dan membentangkan SATU tajuk sahaja.

3. Setiap tajuk PERLU dibentang dalam setiap kumpulan akademik.

4. Semua ahli dalam kumpulan harus mengambil bahagian dalam penyediaan nota dan

Page 3: Edu 3108 Pismp Tugasan

bahan serta membuat pembentangan.

5. Kumpulan digalakkan menyediakan dan menyusun bahan pembentangan secara kreatif (peta minda, carta, rajah dsb).6. Cara pembentangan adalah bebas (penggunaan OHP, LCD, Kertas Mahjong, Aktiviti dsb digalakkan).7. Format penulisan tugasan:

Dalam bentuk powerpoint Slaid pertama dilengkapkan dengan maklumat berikut:(i) Kod dan Tajuk Kursus(ii) Tajuk tugasan(iii) Nama pelajar guru, no. kad pengenalan & no. angka giliran(iv) Kumpulan akademik(v) Nama pensyarah kursus

8. Amalan plagiat adalah tidak dibenarkan.

9. Tugasan ini membawa markah 30%10. Tempoh pembentangan: Sepanjang bulan Jun-September 2013; selama 40-45 minit setiap kumpulan; 15-20 minit diperuntukkan untuk sesi soaljawab atau perbincangan selepas setiap pembentangan.11.‘Hard copy’ nota/ pembentangan perlu diserahkan kepada pensyarah sebelum pembentangan.

12. Sertakan bibliografi dan rujukan yang berkaitan.

13. Hantarkan ‘soft copy’ dan ‘hard copy’ seminggu selepas pembentangan.

TUGASAN YANG BAIK HARUS MENUNJUKKAN KRITERIA-KRITERIA BERIKUT :

1. Liputan isi kandungan yang relevan, menyeluruh, konsisten dan terperinci.

2. Tugasan anda haruslah meliputi perkara berikut : a. Pengenalan

b. Perkembangan: Fakta dan huraian bagi setiap isi c. Penutup d. Bibliografi (sekurang-kurangnya 5 sumber)

3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan

4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah

5. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.

6. Penulisan dan pembentangan harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemahkan maklumat secara kritikal dan analitikal.

7. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan.

B. Pelajar guru secara individu menulis esei (50%) berdasarkan tajuk berikut:

Dalam satu perbualan antara guru-guru besar sekolah, Encik Saad, guru besar Sekolah Kebangsaan Dusun (SK Dusun) mengeluh dan menceritakan masalah kepada Encik Kamal, guru besar sekolah jiran, Sekolah Kebangsaan Ladang (SK Ladang)

En. Kamal : Mengapakah mengeluh saja?

Page 4: Edu 3108 Pismp Tugasan

En. Saad : Saya sudah lama bertoleransi dengan sikap Puan Rogayah, dan kali ini saya tak tahan lagi.

En. Kamal : Apakah masalahnya ?

En. Saad : Kan awak tahu bahawa Puan Rogayah itu adalah punca berbagai-bagai masalah di sekolah saya. Dan kali ini dia sudah melampau.

Encik Kamal pernah mendengar sedikit sebanyak tentang Puan Rogayah. Misalnya Puan Rogayah sebagai pemimpin tidak rasmi kepada guru-guru di SK Dusun dan pengaruhnya ke atas guru lain di sekolah tersebut merupakan satu masalah kepada Encik Saad. Merujuk pada beberapa peristiwa yang telah berlaku di sekolah itu yang beliau terdengar daripada guru-gurunya bahawa beberapa tindakan Pn. Rogayah telah menimbulkan persoalan yang agak serius berkenaan etika profesional. Encik Kamal berasa hairan bagaimana Encik Saad membiarkan masalah ini berlarutan beberapa tahun.

En Saad: Masalah ini bertambah teruk apabila saya menerima aduan bahawa Puan Rogayah mengkritik seorang guru yang mengajar Bahasa Inggeris tahun 6 secara terbuka di hadapan ibu bapa. Cik Amy, guru Bahasa Inggeris tahun 6 itu, telah mengenal pasti beberapa masalah serius berkenaan pembacaan Bahasa Inggeris kelas itu dan melaporkan hal itu kepada guru kanan bidang Bahasa Inggeris. Puan Rogayah, yang mengajar Bahasa Inggeris kepada kelas yang sama sepanjang tahun lepas menganggap laporan Cik Amy itu sebagai satu cabaran kepada reputasinya sebagai seorang guru. Oleh itu, Puan Rogayah bertindak balas dengan mengkritik Cik Amy secara terbuka di hadapan ibu bapa. Puan Rogayah mengatakan bahawa masalah membaca yang disebut-sebutkan oleh Cik Amy sebenarnya bukanlah masalah murid tetapi adalah masalah Cik Amy sendiri.

En Saad: Pada saya, Cik Amy merupakan seorang guru Bahasa Inggeris yang bagus. Saya fikir sesuatu perlu dilakukan untuk menghentikan masalah dengan Puan Rogayah itu. Pada mulanya saya ingin memanggil Puan Rogayah tetapi tidak ada masa. Apabila ada masa lapang, saya rasa tidak ada keperluan memanggil Puan Rogayah. Saya rasa lebih baik kiranya saya berbincang dengan orang lain sebelum memanggilnya.

(Dipetik dan diubhasuai dari Jones, P J., “Case Study: A Matter of Leadership” (Ubahsuai) dalam Readings and Cases in Educational Administration, Volume 6. WAIT, 1981.)

Berdasarkan kes di atas, bincangkan :

1. Apakah analisis anda terhadap kepimpinan Encik Saad sebagai guru besar SK Dusun ?2. Sekiranya adanya ciri gaya kepimpinan, apakah gaya kepimpinan Encik Saad?

Page 5: Edu 3108 Pismp Tugasan

3. Sekiranya Puan Rogayah ialah pemimpin tidak rasmi sekolah dalam cerita di atas, apakah gaya atau stail kepimpinannya?

4. Pada pandangan anda, mengapa Encik Saad tidak mengambil tindakan terhadap Puan Rogayah walaupun beliau tahu bahawa tindakan Puan Rogayah adalah tidak betul?

5. Dalam kes ini, mengapakah Encik Saad menangguhkan tindakannya terhadap Puan Rogayah?

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK B

1. Tugasan ini adalah tugasan individu

2. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :

i. Fon Arialii. Saiz huruf ialah 11iii. Langkau 1.5 barisiv Bahagian kulit luar dilengkapkan dengan:a. Kod dan Tajuk Kursusb. Tajuk Tugasanc. Nama pelajar guru, no. kad pengenalan & no. angka gilirand. Kumpulan akademike. Nama pensyarah kursus

3. Amalan plagiat tidak dibenarkan.4. Hasil penulisan esei tidak melebihi 1500 patah perkataan.5. Tugasan ini membawa markah 40%6. Tempoh tugasan: 22 Julai – 5 Ogos 20137. Tarikh serah tugasan : 5 Ogos 20138. Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)

TUGASAN YANG BAIK HARUS MENUNJUKKAN KRITERIA-KRITERIA BERIKUT :

1. Liputan isi kandungan yang relevan, menyeluruh, konsisten dan terperinci.

2. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah

3. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren

4. Penulisan harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemahkan maklumat secara kritikal, reflektif dan analitikal.

C. KUIZ Refleksi (20%)Pelajar guru secara individu mengambil kuiz Kursus.

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK C

1. Kuiz adalah secara individu2. Markah kuiz 20%3. Kuiz akan dilaksanakan pada 16 – 20 September 2013

KRITERIA PENTAKSIRAN1. Projek dinilai berdasarkan rubrik pemarkahan yang disediakan.

Page 6: Edu 3108 Pismp Tugasan

2. Markah keseluruhan ialah 100%, dengan wajaran 50%.

Tugasan disediakan oleh: Disemak oleh:

(RAJOO AROKIASAMY ) (DR. HELEN KHOO CHOOI SIM) Penyelaras Kursus EDU 3108 Pakar Bidang (SME) Asas Kepimpinan Jabatan Ilmu Pendidikan dan Perkembangan Profesional GuruIPG Kampus Pulau Pinang Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG KPP

Disahkan oleh:

(CHAN FAN HO)Ketua JabatanJabatan Ilmu PendidikanIPG Kampus Pulau Pinang