edu 3073

39
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK (EDU 3073) PENGHARGAAN Syukur kepada Tuhan di atas segala nikmat dan rahmat yang dilimpahkanNya sehingga kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Sekalung penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu Encik Mohd Mohtari bin Mesron yang banyak memberi bimbingan. Sesungguhnya keprihatinan pensyarah mencurahkan idea amat kami hargai. Tugasan ini memberi pengalaman berharga kepada kami. Sebagai guru, tugasan ini memberi makna kepada pengajaran berkualiti yang perlu kami jalankan untuk anak-anak didik kami di sekolah. Tugasan ini membantu kami mengenali tentang subjek Bimbingan dan Kaunseling dengan lebih mendalam dan terperinci. Sekalung terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan Matematik kumpulan 2 yang memberi sokongan dan percambahan idea untuk menyiapkan tugasan ini. Semoga dengan kesungguhan dan restu Tuhan, keluarga dan teman-teman, memberi kita kekuatan dan akal budi bagi menghadapi cabaran mendidik anak bangsa di era globalisasi ini. Akhirnya, bersama kita memohon kepada Tuhan, semoga kita dikurniakan ilham dan kesabaran untuk terus menghayati profesion perguruan yang murni ini seterusnya dapat menabur bakti kepada anak bangsa untuk melahirkan modal insan yang luhur hati budinya. Saya mengharapkan agar tugasan yang telah disiapkan ini dapat diterima oleh Encik Mohd Mohtari bin Mesron kerana saya telah siapkan tugasan ini sebaik mungkin. Saya amatlah berharap agar ilmu daripada tugasan ini dapat dipraktikkan oleh semua guru dalam profesion mereka kerana ia sangat penting. Sekian, terima kasih. 1

Upload: razak-abdullah

Post on 21-Dec-2015

45 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Page 1: EDU 3073

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK (EDU 3073)

PENGHARGAAN

Syukur kepada Tuhan di atas segala nikmat dan rahmat yang dilimpahkanNya

sehingga kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Sekalung penghargaan

dan terima kasih kami ucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu Encik Mohd

Mohtari bin Mesron yang banyak memberi bimbingan. Sesungguhnya keprihatinan

pensyarah mencurahkan idea amat kami hargai.

Tugasan ini memberi pengalaman berharga kepada kami. Sebagai guru, tugasan

ini memberi makna kepada pengajaran berkualiti yang perlu kami jalankan untuk anak-

anak didik kami di sekolah. Tugasan ini membantu kami mengenali tentang subjek

Bimbingan dan Kaunseling dengan lebih mendalam dan terperinci.

Sekalung terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan Matematik kumpulan

2 yang memberi sokongan dan percambahan idea untuk menyiapkan tugasan ini.

Semoga dengan kesungguhan dan restu Tuhan, keluarga dan teman-teman, memberi

kita kekuatan dan akal budi bagi menghadapi cabaran mendidik anak bangsa di era

globalisasi ini.

Akhirnya, bersama kita memohon kepada Tuhan, semoga kita dikurniakan ilham

dan kesabaran untuk terus menghayati profesion perguruan yang murni ini seterusnya

dapat menabur bakti kepada anak bangsa untuk melahirkan modal insan yang luhur

hati budinya. Saya mengharapkan agar tugasan yang telah disiapkan ini dapat diterima

oleh Encik Mohd Mohtari bin Mesron kerana saya telah siapkan tugasan ini sebaik

mungkin. Saya amatlah berharap agar ilmu daripada tugasan ini dapat dipraktikkan oleh

semua guru dalam profesion mereka kerana ia sangat penting. Sekian, terima kasih.

1

Page 2: EDU 3073

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK (EDU 3073)

1.0 KONSEP KAUNSELING

Pelbagai definisi kaunseling wujud. Bagaimanapun, kesemua definisi adalah

bermatlamatkan ingin membantu individu menjalani kehidupan yang lebih baik dan

berkesan untuknya. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1997:159), bimbingan

merupakan perbuatan membimbing, memberi petunjuk atau memimpin seseorang dan

orang yang terlibat dalam perbuatan membimbing dikenali sebagai pembimbing. Ahli-

ahli psikologi mengemukakan pelbagai takrifan terhadap bimbingan dan kaunseling

mengikut falsafah dan aliran pemahaman masing-masing.

Patterson (1995) mendefinisikan kaunseling sebagai satu proses interaktif

melalui satu perhubungan yang unik antara kaunselor dengan klien yang mengarah

kepada perubahan klien dalam aspek tingkah laku, kepercayaan dan kemahiran

membuat keputusan. Mereka juga menjelaskan perubahan dalam kaunseling juga

melibatkan kebolehan berdaya tindak ke atas situasi semasa untuk memaksimakan

peluang dan meminimakan keadaan yang merosakkan. Krumboltz (George &

Kristianni, 1990), pula mengatakan kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang

beretika yang dilakukan oleh kaunseling dalam usaha membantu klien melibatkan diri

dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan penyelesian kepada masalah

klien.

Sementara itu, Hansen, Rosenberg & Cramer (1994) mendefinisikan kaunseling

sebagai satu proses membantu individu untuk mengenali diri dan persekitarannya, dan

cara untuk menggerakkan peranan dan hubungan mereka. George & Christiani (1990)

menjelaskan kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh

kaunselor dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkah laku

yang akan menghasilkan penyelesaian kepada masalah klien. American Counseling

Association (ACA, 1995) pula mendefinisikan kaunseling sebagai satu aplikasi

kesihatan mental berdasarkan prinsip-prinisp psikologikal atau perkembangan manusia

melalui kognitif, afektif, tingkah laku dalam bentuk intervensi atau strategi secara

sistematik yang berkaitan dengan kesejahteraan, perkembangan peribadi atau

perkembangan kerjaya dan juga patologi.

2

Page 3: EDU 3073

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK (EDU 3073)

Penulis tempatan seperti Mizan Adilliah Ahmad Ibrahim dan Halimatun Halaliah

Mokhtar (1995) merumuskan, kaunseling itu sebagai proses pertolongan yang

profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam

sekelilingnya. Tan Chee Yee (1987) pula menyatakan kaunseling merupakan satu

proses bersemuka face to face contact di antara kaunselor dan klien. Tujuan pertemuan

itu ialah untuk mencari alternatif yang paling sesuai untuk klien membuat keputusan

menyelesaikan masalah dirinya di samping mengetahui buruk baik dan halangan yang

akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu.

Zainal Abidin Ahmad (2002) menjelaskan kaunseling sebagai satu perbincangan

antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil

yang mengalami kekeliruan dan memerlukan bantuan, bersama-sama memikirkan dan

meneliti beberapa alternatif untuk mengatasi sesuatu kecelaruan dan seterusnya

melaksanakan alternatif yang dipilih.

Persepsi orang ramai mengaitkan kaunseling dan bimbingan dengan penyelesaian

masalah. Kebiasaannya orang akan bertemu kaunselor jika ada masalah, atau pun

berpenyakit mental. Tetapi andaian ini adalah salah. Ini kerana tidak semestinya orang

yang bertemu dengan seseorang kaunselor itu mempunyai masalah. Orang yang tidak

ada masalah pun boleh berjumpa dengan kaunselor untuk membincangkan apa-apa

perkara seperti khidmat kerjaya, mendapatkan nasihat mencari jodoh, hubungan dalam

keluarga atau sebagainya. Kaunseling dilihat sebagai mempunyai satu hubungan

kemanusiaan yang sangat ramah, saling memahami dan akrab. Kaunseling juga

menumpukan kepada faktor keindividualan. Keindividualan yang bersifat saling

berhubungan. (personalit and the surrounding culture). Bukan ‘autonomi individual’.

Bordin (1968) menyatakan kaunseling psikologikal ditawarkan kepada person who are

at some critical point in their development. Keadaan kritikal yang dihadapi manusia

ketika tempoh transisi menghadapi perubahan.

Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang

bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.

3

Page 4: EDU 3073

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK (EDU 3073)

1.1 MATLAMAT KAUNSELING

4

Membantu klien bertanggungjawab ke atas dirinya

Memperbaiki imej diri yang negatif

Mengajar klien menyesuaikan diri dengan keadaan

Membimbing klien mencari dan memupuk sumber dalaman

Mempermudah atau menggerakkan perubahan tingkahlaku

Membantu klien menjadi lebih produktif

Mempertingkatkan kemampuan klien membuat keputusan

Membantu klien mengurus masalah yang ‘belum selesai’ dalam hidupnya

Page 5: EDU 3073

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK (EDU 3073)

1.2KEPERLUAN DAN KEPENTINGAN PERKHIDMATAN KAUNSELING

Menerusi bimbingan dan kaunseling ia akan membantu pelajar melihat siapa

sebenar dirinya, apa yang dimilikinya dan menolong individu-individu memahami

dirinya, apa yang dimilikinya dan menolong individu-individu memahami diri agar

menyedari kekuatan-kekuatan dan kelemahan-kelemahan diri. Melalui cara ini, individu

dpat mengembangkan kebolehannya ke satu tahap yang maksimum serta memperoleh

kesejahteraan hidup. Perkhidmatan Kaunseling di Jabatan Perhubungan Awam

menyatakan empat implikasi kaunseling, iaitu :

5

1)Menggalakkan Celik Akal

Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri dan persekitaran)

Membantu klien mengenali dirinya adalah kunci kepada masalah yang dihadapi

Klien memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bagi, kemesraan dan pameran perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan

masalah

Mengurangkan ketegangan dan permusuhan antara dua individu (pihak)

Membantu mereka menerima perbezaan dan mencari jalan bagi mencapai penyelesaian yang

menguntungkan

2)Memberi Sokongan

3)Penyelesaian Konflik

4)Membuat Keputusan Membantu klien membuat keputusan keran kerap

kali menghadapi masalah membuat keputusan

Kaunselor dapat mengemukakan cadangan dan berbincang dengan klien sebelum sesuatu

keputusan diambil

Page 6: EDU 3073

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK (EDU 3073)

2.0 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING YANG BOLEH DIAMALKAN

OLEH GURU BIASA DAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING DALAM

MEMBENTUK KEMENJADIAN MURID

Bagi mencapai matlamat-matlamat kaunseling, seseorang kaunselor hendaklah

mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu. Antaranya ialah tingkah laku memberi

perhatian, kemahiran mendengar, kemahian memandu klien, penjelasan, memberi

nasihat, refleksi idea, refleksi perasaan, penjelasan idea atau interpretasi, kekonkritan,

ketika ini (immediacy), pendedahan diri, pemparafrasaan, konfrontasi, kesenyapan,

penjelasan masalah, rumusan dan teknik bertenang. 

PETA MINDA KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

6

KEMAHIRAN ASAS

KAUNSELING

Kemahiran Menyoal

Kemahiran Membalas

Kemahiran Menghadapi Kesenyapan

Kemahiran Membuat

Interpretasi

Kemahiran Membuat Refleksi

Kemahiran Membina

Perhubungan

Kemahiran Melakukan Dorongan

Minima

Kemahiran Berkomunikasi

Kemahiran Mendengar

Page 7: EDU 3073

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK (EDU 3073)

Langkah pertama yang boleh guru bimbingan dan kaunseling lakukan ialah

kemahiran tingkah laku memberi perhatian. Memberi perhatian merupakan alat yang

kuat dalam sesi kanseling. Ia akan menimbulkan perasaan hormat diri dan perasaan

selamat bagi klien.

Langkah kedua pula ialah Kemahiran Mendengar, dalam kaunseling, mendengar

bukan merupakan aktiviti yang pasif. Carl Roger telah mewujudkan istilah ‘mendengar

dengan aktif’. Ini bermakna kaunselor perlu membuat sesuatu yang positif. Ia

melibatkan sikap dan tubuh badan yang menghantar mesej tanpa lisankepada klien,

iaitu, ‘Pada ketika ini, anda merupakan orang yang paling penting dalam dunia. Kata-

kata anda menarik minat saya. Kebajikan anda adlah penting bagi saya.’ Dengan kata

lain, tentangan mata dikekalkan. Tidak terdapat apa-apa gangguan sehingga klien itu

habis bercakap. Kaunselor memberikan perhatian yang penuh dan menunjukkan minat

yang tulen terhadap kata-kata klien. 

Mendengar secara aktif memerlukan kaunselor, bukan sahaja mendengar tetapi

memahami perasaan klien dengan mendalam. Kaunselor tidak mengetepikan apa yang

diceritakan dengan hanya berkata ‘Saya faham akan perasaan anda’ tetapi kaunselor

merasakan apa yang sedang dirasakan oleh klien. Ini bermakna kaunselor

berkemahiran mendengar dengan empati.Ini juga bererti kaunselor dapat menyatakan

semula dengan tepat idea-idea klien dan menyebut dengan tepat perasaan klien.

Perasaan terpendam klien juga dapat ditafsir dengan tepat oleh kaunselor. Dengan kata

lain, kaunselor dapat membuktikan kepada klien ang kaunselor telah mendengar,

memahami serta menerima apa yang disamaikan kepadanaya. 

Mendengar secara aktif membawa dua kebaikan yang utama. Yang pertama, ia

membekalkan lebih banyak maklumat untuk perbincangan dan tindakan lanjut. Yang

kedua, ia mempunyai kesan terapeutik. Bercakap kepada seorang pendengar yang aktif

membolehkan individu itu meluahkan masalah-masalah dan ini boleh membawa

kepada pelepasan emosi. Tambahan lagi, pendengar yang aktif itu akan memberikan

satu lagi kesan, iaitu perasaan penting sebagai seorang individu kepada orang yang

meluahkan masalah-masalahnya. 

7

Page 8: EDU 3073

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK (EDU 3073)

Langkah ketiga pula ialah Kemahiran Memandu Klien . Sebahagian besar klien

mempunyai fahaman diri yang terhad, iaitu tentang keperluan-keperluan mereka,

struktur-struktur bela diri dan cara-cara menyelesaikan masalah-masalah diri. Ada

setengah-setengahnya menentang (dengan cara menggunakan mekanisme bela diri)

fahaman tersebut. Pada peringkat ini kaunselor boleh membantu dengan cara

memandu klien. Di bawah adalah cara bagaimana seseorang kaunselor boleh

memandu klien ke tahap kesedaran diri yang lebih baik tentang keperluan-

keperluannya. 

Kaunselor : Anda menyatakan yang pensyarah itu menengking anda di hadapan

kelas? 

Klien : Ya. 

Kaunselor : Adakah anda terasa terhina? 

Klien : Ya. 

Kaunselor : Ini menyebabkan anda berasa kecil dan kurang penting? 

Klien : Ya, itulah kesannya. 

Kaunselor : Anda juga rasa yang anda telah gagal dalam sesuatu? 

Klien : Ya. 

Kaunselor : Sanggupkah anda menceritakan bagaimana perasaan anda pada masa

itu? 

Klien : Saya rasa terhina; seolah-olah sayalah yang paling bodoh, paling malas.

Pensyarah itu suka menengking pelajar-pelajar. Saya benci pensyarah seperti itu. Saya

tak suka memainkan peranan dalam drama itu. Pensyarah itu memang sedar tetapi

mengapa dia masih mahu saya menyertai drama tersebut? 

Kaunselor : Anda lebih suka menjadi penonton saja. Adakah anda berasa segan? 

Klien : Ya, itulah masalah saya, saya rasa saya amat segan. Saya fikir…. 

8

Page 9: EDU 3073

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK (EDU 3073)

Langkah keempat ialah penjelasan. Seolah-olah terbuka menggalakkan

seseorang klien terus bercakap dan seterusnya memberikan lebih maklumat kepada

seseorang kaunselor. 

Contoh: 

Bagaimanakah perasaan anda selepas peristiwa itu? 

Bagaimanakah pula dengan pendapat anda? 

Kenyataan-kenyataan atau soalan terbuka memberikan seseorang kaunselor

maklumat untuk meneruskan perbualan. Dengan itu, soalan-soalan terbuka adalah

amat penting pada peringkat awal sesi kaunseling. Semakin banyak maklumat

diperolehi semakin cepat maslah dapat dikenal pasti. Sebaliknya soalan tertutup hanya

memerlukan jawapan ‘ya’ atau ‘tidak’. 

Langkah kelima ialah dengan memberi nasihat . Nasihat merupakan cadangan

dan seharusnya digunaka dengan waspada. Menurut Hadley cadangan dan nasihat

adalah teknik-teknik yang sama dengan pujukan dan dengan itu, perlu digunakan

dngan waspada. Arbuckle merasa yang tujuan utama perhubungannya dengan klien

ialah membekalkan pengayaan persekitaran supaya klien dapat berkembang

berdasarkan keupayaannya sendiri tanpa bergantung pada kaunselor. Seseorang

individu yang membekalkan maklumat tidak lagi berfungsi sebagai kaunselor tetapi

adalah berperanan sebagai pembimbing. 

Langkah keenam pula ialah refleksi idea. Refleksi idea merupakan kemahiran

yang digunakan oleh kaunselor sebagai satu cubaan memahami klien. Ia membolehkan

kaunselor menyemak dengan klien sama ada dia telah memahami apa yang dinyatakan

oleh klien. Lagipun, ia membolehkan klien mencapai kesedaran diri dan kefahaman diri.

Contoh: 

Klien : Saya tidak mencuri 

Kaunselor : Saudara tidak mencuri 

9

Page 10: EDU 3073

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK (EDU 3073)

Seterusnya ialah refleksi perasaan. Dengan kemahiran ini, kaunselor akan

balikkan aspek tentang emosi kepada klien. Ini dilakukan untuk meniggikan tahap

kesedaran klien tentang perasaan sebenar yang dialaminya.

Contoh: 

Klien : Saya benci sikap ibu bapa saya. Walaupun umur saya sudah 17 tahun, mereka

suka menyekat pergerakan saya. 

Kaunselor : Saudara berasa kecewa kerana kebebasan saudara tersekat? 

Langkah kelapan ialah penjelasan idea atau interpretasi . Dalam situasi ini,

seseorang kaunselor akan mengintrepretasikan apa yang dikatakan oleh kliennya. Dia

menekankan pada aspek intelek kata-kata klien. 

Semasa menjelaskan idea, perkara-perkara berikut perlu diingati oleh kaunselor: 

a) Gunakan perkataan-perkataan mudah yang boleh difahami klien. 

b) Jangan berikan terlalu banyak interpretasi pada satu-satu sesi. 

c) Toleransi dan penghormatan klien perlu ada supaya klien tidak dipaksa

menerima sesuatu interpretasi. 

Contoh: 

Klien : Saya tidak dapat buat kerja rumah jika ayah saya berada dirumah. Saya berasa

tertekan. Dia akan hilang akal walaupn satu kesilapan kecil berlaku. 

Kaunselor : Daripada apa yang saudara katakana tentang ayah saudara, saudara amat

takut padanya. Adakah itu benar? 

Langkah kesembilan pula ialah melakukan konfrotasi . Ini merupakan

kemahiran untuk menunjukkan kepada klien yang huraian tentang dirinya atau satu-

satu situasi adalah berbeza dengan pandangan kaunselor. Konfrotasi digunakan

apabila klien tidak mahu mengaku sesuatu, tidak mahu bertindak atau tidak melihat dari

suatu sudut yang berlainan.

10

Page 11: EDU 3073

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK (EDU 3073)

Contoh: 

Klien : Bilakah rombongan ke Melaka itu akan bertolak? 

Kaunselor :Saudara telah menyatakan beberapa kali saudara tidak  meminati

rombongan tersebut, tetapi saudara kerap bertanya.. 

Langkah kesepuluh pula ialah ketika Ini (Immediacy). Ketika ini adalah

kemahiran yang digunakan oleh kaunselor untuk bertutur dalam suasana di sini dan

ketika ini di antara kaunselor dank lien. Ia sebenarnya merupakan suatu pengakuan

tentang apa yang berlaku di sini dan pada ketika ini. Biasanya, ia menyentuh perasaan

dan perlu digunakan dengan berwaspada. 

Contoh: 

Tindakbalas kaunselor: Nampaknya saudara tidak gemar akan tempat ini.

Pendedahan Kendiri  Kaunselor menggunakan kemahiran ini apabila dia berhajat untuk

mendapat klien berkongsi sesuatu maklumat dengannya. Matlamat yang didedahkan

hendaklah bersesuaian dan berfungsi. Maklumat yang boleh menyebabkan klien berasa

rendah diri atau kurang cekap hendaklah dielakkan.

Langkah yang terakhir ialah dengan membuat rumusan. Rumusan adalah

proses menggulungkan segala yang dibincangkan dalam sesi kaunseling. Ia akan

mengutamakan bahan-bahan penting yang telah dibincangkan serta perkara-perkara

yang akan dibentangkan. Membuat rumusan merupakan suatu cara untuk menamatkan

satu-satu sesi kaunseling. Ini membolehkan kaunselor mendapatkan kefahaman yang

lebih mendalam tentang klien serta membantunya melihat kemajuan yang telah

tercapai. Semasa membuat rumusan, seseorang kaunselor seharusnya menggunakan

bahasa yang mudah dan jelas. Di samping itu, maklumat balik hendaklah didapati

daripada klien tentang rumusan yang dibuat.

Contoh: Mari kita cuba merumuskan apa yang telah kita bincangkan .Anda merasa

sunyi dan terpencil, terutamanya dengan sekumpulan orang, Sebaliknya, saudari

mengatakan adalah sukar bagi saudari untuk bergaul dengan orang-orang lain. Jadi

walaupun saudari ingin bergaul namun itu teta menjadi sukar buat saudari.

11

Page 12: EDU 3073

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK (EDU 3073)

3.0 PERANAN GURU BIMBINGAN & KAUNSELING DAN GURU BIASA DALAM BIMBINGAN & KAUNSELING DI SEKOLAH DALAM USAHA UNTUK MEMBANGUN SAHSIAH DAN MEMBENDUNG MASALAH DISIPLIN MURID

Guru bimbingan dan kaunseling memberikan perkhidmatan bagi memulihkan

atau mengorientasikan pelajar yang menghadapi masalah peribadi, pelajaran, kerjaya

dan sosial agar mampu menghadapi atau mengatasi masalah-masalahnya. Memberi

perkhidmatan kaunseling kepada pelajar yang memerlukan, penyuburan dan

penghayatan yang meliputi semua aspek perkembangan pelajar dengan menyediakan

peluang, kemudahan serta pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan potensi

pelajar. Tambahan pula guru dapat memberi perkhidmatan pencegahan iaitu

mengelakkan pelajar daripada terlibat dalam perbuatan salah laku, tidak berdisiplin dan

lain-lain.

Kaunseling merupakan suatu proses pertolongan yang sistematik berasaskan

prinsip kaunseling yang dilakukan oleh kaunselor terlatih bagi menghasilkan perubahan

perasaan, pemikiran dan tingkahlaku yang positif untuk perkembangan dan

penyesuaian peribadi klien, berlandaskan moral etika kaunseling. Kemahiran

kaunseling ini bukan perlu dikuasai oleh guru kaunseling sahaja ianya juga perlu

dimiliki oleh seorang guru biasa bagi melaksanakan aktiviti bimbingan semasa di

sekolah. Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti

berbincang bersama. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang guru menolong

murid untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia.

Melalui sesi kaunseling yang dijalankan oleh guru, diharapkan murid dapat

belajar mengendalikan hidupnya sendiri daripada pengalaman dalam proses dan

perhubungan kaunseling. Dalam proses kaunseling, murid atau klien belajar tetapi guru

atau kaunselor tidak mengajar. Fungsi guru pada masa itu adalah sebagai ‘pemandu’

yang pada mulanya diperlukan untuk menunjuk jalan dan menemani murid dalam

perjalanannya, memahami diri dan situasinya serta mengenal pasti keperluannya.

12

Page 13: EDU 3073

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK (EDU 3073)

Setelah tujuan ini tercapai, barulah fungsi dan peranan kaunselor/guru tercapai

dengan sempurnanya. Semakin berkurangan sehingga sampai klien/murid tidak lagi

memerlukannya kerana dia sudah dapat meneruskan perjalanannya sendiri tanpa

bantuan daripada kaunselor/guru lagi. Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses

pertolongan. Melalui proses ini, murid dibimbing membuat keputusan sendiri. Asas bagi

proses ini ialah perhubungan antara kaunselor/guru dengan klien/murid atas dasar

bahawa kesan perhubungan itu akan menyebabkan klien/murid berubah.

Maka dengan itu para guru biasa perlu mempersiapkan diri dengan kesemua

kemahiran asas kaunseling. Kemahiran asas kaunseling ini diperlukan sebagai strategi

untuk menambat hati klien/murid supaya kaunselor/guru dapat terus membantunya.

Kemahiran yang baik dan sesuai perlu diikuti oleh tingkahlaku dan personaliti guru yang

juga sempurna bagi memantapkan kejayaan sesuatu proses.

13

Kaunseling merupakan suatu proses pertolongan

yang sistematik berasaskan prinsip kaunseling

yang dilakukan oleh kaunselor terlatih bagi

menghasilkan perubahan perasaan, pemikiran

dan tingkahlaku yang positif untuk perkembangan

dan penyesuaian peribadi klien, berlandaskan

moral etika kaunseling.

Page 14: EDU 3073

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK (EDU 3073)

4.0 STRATEGI KAUNSELING KHUSUSNYA PENGGUNAAN TEORI-TEORI

KAUNSELING DALAM SESI MEMBANTU MENANGANI MASALAH DISIPLIN

DALAM KALANGAN MURID-MURID

Dalam pemberian bimbingan kaunseling diperlukan dasar-dasar yang dapat

digunakan sebagai acuan dalam proses pemberian bimbingan. Prinsip-prinsip yang

digunakan untuk mengambil langkah dengan memperhatikan masalah dari pelbagai

perspektif atau sudut pandang tertentu yang biasa disebut dengan teori-teori bimbingan

konseling. Pada makalah berikut ini akan disebutkan beberapa teori bimbingan

kaunseling disertai dengan strategi kaunseling dalam sesi membantu menangani

masalah disiplin dalam kalangan murid-murid.

Berdasarkan atas fokus intervensi terhadap klien, Thomson, dkk (2004) telah

mengklasifikasikan teori kaunseling dalam tiga kelompok, iaitu teori yang berfokus

kepada kehidupan perasaan, fikiran, dan perilaku klien. Sekalipun masing-masing teori

memiliki fokus intervensi yang berbeza, namun dalam kaunseling harus difahami

bahawa perasaan, fikiran, dan perilaku merupakan satu kesatuan yang terintegrasi

dalam sebuah sistem, sehingga perubahan dalam satu dari tiga bidang tersebut akan

menghasilkan perubahan dalam dua bidang yang lainnya.

Teori Client-Centered ini muncul sebagai serangan terhadap konsep yang

dikembangkan oleh pendekatan psikoanalisis Sigmund Freud dan teori Behavioral yang

memandang manusia lebih bersifat patalisme dan mekanisme. Tokoh utama teori

Client-Centered ini adalah Carl Rogers. Pendekatan client-centered bukan suatu

pendekatan yang tetap dan tuntas. Ia mengharapkan orang lain akan memandang

teorinya sebagai sekumpulan prinsip percubaan yang berkaitan dengan proses terapi.

Pendekatan client-centered sangat menekankan pada dunia fenomenal klien. Dengan

teknik empati yang cermat dan dengan usaha untuk memahami klien dari perspektif

dunia klien. Secara umumnya teori client-centered membina hubungan yang akrab

antara kaunselor dan klien. Kaunselor perlu mencipta suasana yang penuh dengan

kebebasan,  kenyamanan, dan terlepas dari penilaian hubungan tertentu.

14

Page 15: EDU 3073

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK (EDU 3073)

Teori Kaunseling Behavioral lebih memusatkan diri kepada pengubahan

perilaku yang nyata. Perilaku manusia yang tidak tepat dapat dilatih dan dikawal serta

dimanipulasi. Tokoh utama teori ini adalah D. Krumboltz, Hosford, Bandura dan Wolpe.

Dalam aplikasinya, teori ini dapat diterapkan dalam pelbagai situasi antaranya ialah

terapi individu dan kelompok, institusi pendidikan, dan situasi-situasi belajar yang lain.

Terapi ini berpendekatan pragmatis dan berlandaskan kesahihan eksperimental atas

hasil-hasil. Salah satu prinsip behavioral iaitu menekankan proses tingkah laku individu

yang dimanipulasi melalui pembelajaran. Menurut Morgan (dalam Purwanto 2006:84)

menyatakan bahwa belajar adalah setiap perubahan yang relatif menetap dalam

tingkah laku yang terjadi sebagai suatu hasil dari latihan atau pengalaman. Untuk itu,

seorang kaunselor haruslah menempatkan dirinya ke dalam posisi perilaku yang dapat

diubah melalui penciptaan kondisi seseorang yang kondusif.

 Teori  Terapi Rasional Emotif secara konseptual menitikberatkan proses

berfikir, menilai, memutuskan, menganalisis dan bertindak. Teori ini dikembangkan oleh

Albert Ellis. Teknik-teknik kaunseling dirancang untuk melibatkan klien ke dalam

evaluasi kritis atas filsafat hidupnya. Diagnosis yang spesifik dibuat. Pendekatan ini

menggunakan prosedur yang pelbagai seperti mengajar, membaca, pekerjaan rumah

dan penerapan metode ilmiah secara logis dengan memperhatikan proses dan bentuk

pemecahan masalahnya. Menurut Albert Ellis, teknik yang di gunakan dalam RET ini

lebih bersifat elektf sesuai dengan karakter permasalahan yang cukup bervariasi,

sebagaimana memiliki pengalaman hidup yang cukup bererti, belajar tentang

pengalaman-pengalaman orang lain, dan memasuki hubungan degan terapis.

Berdasarkan huraian di atas, dapat ditafsirkan bahawa kaunseling adalah suatu

ilmu pengetahuan atau disiplin ilmu, kerana di dalamnya sudah berisi berbagai

pengetahuan tentang teori-teori bantuan yang disusun secara logis dan sistematis

dalam rangka menjelaskan, meramalkan, mengawal serta menangani gejala-gejala

tingkah laku memperbaiki kualita hidup manusia. Seperti ditunjukkan dengan berbagai

15

Page 16: EDU 3073

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK (EDU 3073)

paparan hasil penelitian, buku teks, maupun karya-karya ilmiah yang sudah tersebar

luas di masyarakat.

5.0 STRATEGI KAUNSELING YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH GURU

BIMBINGAN DAN KAUNSELING DALAM MENANGANI MASALAH KES

DISIPLIN MURID

Guru bimbingan dan kaunseling atau guru pembimbing merupakan guru yang

sangat memiliki peranan penting dalam sesebuah sekolah. Guru ini merupakan seorang

yang ahli serta professional dalam hal pendidikan, kerana guru tersebut akan mendidik,

mengajar, serta melatih anak didik. Guru pembimbing ini harus memiliki kemampuan

untuk membantu, dan membimbing murid-muridnya dalam memahami dirinya sendiri,

serta mengenal potensi, bakat, dan minat mereka. Menurut  Thantawy R (dalam Mutia,

2012) menyatakan bahwa “Guru bimbingan dan kaunseling adalah tenaga yang telah

terdidik secara formal dalam bidang kaunseling dan mempunyai kemampuan untuk

membantu klien dalam menyelesaikan masalahnya melalui proses kaunseling”.

Bidang Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menghendaki kaunselor

mengadakan sesi dengan pelajar. Antara corak perkhidmatan yang diberikan ialah Sesi

Kaunseling Individu iaitu sesi yang melibatkan hanya kaunselor dan klien sahaja.

Tujuannya adalah untuk membincangkan permasalahan individu serta membantu klien

mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien. Kaunseling

individu lebih kepada perkara yang bersifat peribadi dan kerahsiaan. Oleh itu sebagai

kaunselor adalah menjadi tanggungjawab baginya untuk menjaga rahsia berkaitan

cerita atau permasalahan klien yang diperbincangkan.

  Bagi Sesi Kaunseling Kelompok pula ia melibatkan kaunseling yang melibatkan

sejumlah pelajar yang mempunyai masalah yang sama atau hampir sama. Semasa sesi

berlangsung kaunselor boleh memilih sama ada bertindak sebagai fasilitator iaitu

membimbing kumpulan terbabit untuk mencapai matlamat yang hendak dicapai di

penghujung sesi tersebut atau sebagai ahli dalam kumpulan tersebut. Semasa

16

Page 17: EDU 3073

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK (EDU 3073)

permulaan sesi kaunselor perlu menerangkan tentang kerahsiaan yang perlu dijaga

oleh setiap ahli kelompok.

6.0 PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH MULA

DIPERTIKAIKAN.

Kelemahan dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ini adalah adanya

sebilangan kaunselor yang tidak mahir dalam bidang ini. Ini berkemungkinan kerana

mereka bukanlah dari bidang ini dan tidak mempelajari bidang ini secara menyeluruh

menguruskan atau melakukan sesi kaunseling individu atau pun kaunseling kelompok

kerana kurang keyakinan. Dengan ini, kaunselor hilang fungsinya sebagai seorang

kaunselor di sekolah. Di samping itu juga, kaunselor-kaunselor sekolah diarahkan oleh

guru besar untuk mengajar kerana kekurangan guru dan amat jarang sesuatu

permasalahan pelajar itu dirujuk kepada kaunselor. Jadi, kaunselor dibebani dengan

tugas-tugas yang tiada kaitan lansung dengan pengetahuan dan kemahiran yang telah

di pelajari. Selain itu, ada juga sekolah-sekolah yang terlalu menekankan pencapaian

akademik. Oleh itu, aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling

sekolah banyak tertumpu kepada aktiviti-aktiviti bimbingan akademik seperti

mengadakan bengkel pembelajaran, teknik menjawab soalan dan teknik belajar kepada

pelajarpelajar yang akan menghadapi peperiksaan. Sasaran pelajar banyak tertumpu

kepada pelajar cemerlang. Ini tidak patut menjadi keutamaan semata-mata. Pelajar-

pelajar lemah atau kurang bijak juga patut mendapat keistimewaan yang sama seperti

pelajar pandai. Terpulang kepada peranan kaunselor tersebut merubah konsep kendiri

dan tingkahlaku pelajarnya.

Perkhidmatan ini juga kurang diketahui umum. Hanya warga pelajar dan pendidik

mengetahui tentang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini ada ditawarkan di

sekolah atau pusat pengajian tinggi. Walaubagaimanapun, sedihnya perkhidmatan ini

kurang didedahkan kepada masyarakat. Sebagai contoh, perkhidmatan Unit Bimbingan

Kaunseling di sekolah sepatutnya turut menyediakan perkhidmatan kepada staf sekolah

tersebut tetapi ini tidak berlaku. Penglibatan ibu bapa dalam proses kaunseling pelajar

juga amat penting dalam memastikan perubahan kepada tingkahlaku pelajar namun

17

Page 18: EDU 3073

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK (EDU 3073)

kebanyakan ibu bapa pelajar bermasalah ini juga bermasalah yang mana mereka juga

memerlukan sesi kaunseling bagi pembentukan diri yang lebih baik.

TUGASAN PROJEK:

7.0 CADANGAN-CADANGAN PERUBAHAN BAGI MEREKAYASA PERKHIDMATAN

BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah semakin dipertikaikan. Oleh

itu, KPM menuntut perubahan bukan sahaja dari segi konsep pelaksanaan

perkhidmatan ini tetapi juga dari segi fokus operasinya agar dapat direkayasa semula

dalam membendung permasalahan yang disebutkan tadi. Dalam hal ini, Ketua

Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) telah meminta Bahagian Pengurusan Sekolah

Harian (BPSH), KPM untuk mengambil langkah berkesan dalam usaha merekayasa

Perkhidmatan B & K di sekolah. KPPM telah meminta agar perkhidmatan ini memberi

fokus sepenuhnya kepada usaha pembangunan sahsiah serta membendung

permasalahan disiplin dalam kalangan murid di sekolah. Hal ini disebabkan guru B & K

merupakan guru yang telah dilepaskan daripada tanggungjawab dalam P&P dan

mereka diharap boleh memberi tumpuan sepenuhnya bagi menangani permasalahan

tersebut.

Melalui pengkajian dan penganalisaan yang telah saya lakukan, terdapat

beberapa cadangan perubahan bagi merekayasa semula perkhidmatan bimbingan dan

kaunseling di sekolah agar perkhidmatan itu berjaya melahirkan murid-murid yang

menurut aspirasi falsafah pendidikan kebangsaan dan sekaligus dapat membendung

permasalahan isu disiplin. Antaranya mengadakan kursus-kursus seperti Kursus

kaunseling bagi pelajar asrama, kursus Trainers, kursus Fajar bagi pelajar berisiko

tinggi, kursus motivasi pada semua pelajar, program minggu silaturrahim, kursus

fasilitator adalah antara kursus yang amat penting bagi pelajar mengikutinya. Bagi

kaunselor pelajar sekiranya boleh mereka sendiri yang menjalankan kursus tersebut di

sekolah. Ini amat penting kerana selepas itu merekalah yang akan memantau selepas

setiap program dijalankan. Sekiranya kursus dijalankan oleh pihak luar, ia akan menjadi

18

Page 19: EDU 3073

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK (EDU 3073)

kurang berkesan kerana masalah pemantauan. Pelajar pula merasakan diri mereka

tidak komited dengan program yang telah mereka lalui dengan orang luar itu.

Selain itu, pendekatan yang dapat digunakan ialah kasih sayang. Walaupun guru

disiplin dapat mengubah tingkahlaku dalam masa sesaat namun dari pemerhatian saya

tidak timbul sesuatu yang positif dalam banyak perkara kerana kecenderungan pelajar

ke arah bersikap dendam terhadap guru amat jelas. Dengan ini akan timbul tingkahlaku

alternatif yang membayangkan ke arah rasa tidak puas hati seperti ponteng, tidak

menghormat guru, sanggup kena rotan walaupun berkali-kali, bereifat semakin degil,

melengah-lengah masuk ke kelas, tidur di dalam kelas, melawan guru dan sebagainya.

Namun dalam pendekatan kasih sayang walaupun mengambil masa setengah tahun,

namun penantian yang sebegitu lama amat berfaedah sekali dan mewujudkan insan

yang berbudi bahasa, pandai berinteraksi, suka menolong, bersemangat untuk belajar

dan amat memahami.

Antara cadangan seterusnya ialah , guru bimbingan dan kaunseling harus

membuat ‘ engagement bersama murid, guru dan ibu bapa bagi memastikan agar

perkhidmatan ini menjadi istimewa. Maka guru Bimbingan dan kaunseling hendaklah

mengadakan jalinan perhubungan mesra dengan khususnya ibu bapa dan keluarga

dalam menangani sesuatu isu berhubung murid terutamanya isu displin murid.

Tambahan guru bimbingan dan kaunseling perlu mengamalkan sikap penyayang dalam

hubungannya dengan murid, rakan guru, ibu bapa, komuniti setempat dan masyarakat

serta mewujudkan jaringan (networking) dengan pihak-pihak lain termasuk murid, rakan

guru, ibu bapa dan masyarakat bagi mendapatkan maklum balas terhadap

perkhidmatan yang diberi.

Pendekatan ini juga berbeza dari segi layanan mengikut gender. Sebagaimana

diketahui di sekolah pelajar-pelajar lelaki dikaitkan dengan amalan-amalan negatif

seperti merokok, berjudi, mengambil arak, membuli, ponteng, samseng, gangsterisme,

dan vadalisme manakala pelajar-pelajar perempuan pula dikaitkan dengan bentuk-

bentuk kesalahan yang melibatkan cara berpakaian, cara bersolek, vandalisme dan

19

Page 20: EDU 3073

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK (EDU 3073)

berpasangan (Amir Hasan Dawi, 2006) maka sudah tentu faktor gender perlu

diambilkira. Pelajar lelaki berkecenderungan membuat kesalahan realiti berat oleh itu

layanannya dengan menjadikan dia sebagai rakan dan perlu diajak keluar mengikuti

aktiviti tertentu di luar persekolahan seperti memancing, menghadiri majlis-majlis ilmu

dan bermain bola sepak bersama-samanya. Manakala perempuan mempunyai

kecenderungan melakukan kesalahan ringan maka intervensi suara dan layanan

melalui sms dengan memberi motivasi ke arah pembelajaran adalah amat berkesan. 

Di samping itu, terkini terdapat banyak saluran yang mungkin dapat diwujudkan

melalui internet antaranya portal dan blog. Ia merupakan platform yang membolehkan

pelajar berinteraksi secara terus dan berbalas-balas informasi bersama kaunselor.

Portal yang merupakan julung-julung kalinya diadakan di sekolah adalah beralamat

www.techboard.cjb.net yang mengandungi pelbagai topik. Setiap topik akan dikunjungi

oleh semua lapisan pelajar untuk memberi maklumat dan respon mereka tentang

budaya sekolah mahupun pendidikan dalam negara kita. Manakala melalui blog, pelajar

dapat mengunjungi alamat http://lamankaunseling.blogspot.com. Seperkara lagi agak

teristimewa melalui portal ini ialah dalam techboard di bawahnya terdapat ’ic’ bagi

setiap pengunjung. Ini bermakna terdapat dua orang memasukinya, maka akan

diketahui melalui portal tersebut dan kita boleh berinteraksi dengan orang itu tanpa

mengetahui siapakah orang yang tidak mahu mengenali namanya tersebut (Abdul Aziz

bin Yatim, 2006).

Bangunan sekolah baru yang dibina oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM) perlu diambilkira supaya menyediakan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

yang kondusif. Pusat perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling perlu mempunyai

bilik/tempat kaunseling individu dan juga kelompok yang muatannya 10-12 orang

pelajar. Selaras dengan itu, pusat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling perlu

mempunyai kemudahan asas yang sesuai seperti kerusi, meja, rak buku dan kabinet

simpan fail. Guru besar juga patut berusaha agar pusat/bilik bimbingan dan kaunseling

telap suara. Dengan perkhidmatan bilik bimbingan dan kaunseling yang selamat dan

20

Page 21: EDU 3073

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK (EDU 3073)

kondusif sudah pasti murid akan yakin untuk ke bilik tersebut bagi berbincang dengan

kaunselor.

Sejajar dengan itu, adalah dicadangkan kaunselor berhubung dengan agensi

kerajaan dan swasta untuk mendapat maklumat tentang peluang pendidikan dan

kerjaya yang terdapat di pasaran. Ini dapat membantu pelajar membuat perancangan

kerjaya dan akademik mereka. Guru yang membantu kaunselor harus diberi kursus

bimbingan kaunseling supaya guru tersebut dapat membantu kaunselor menyenggara

aktiviti bimbingan dan kaunseling yang dijalankan di sekolah dengan lebih berkesan

lagi. Untuk meningkatkan keberkesanan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling,

kaunselor harus mengajar murid dalam kelas. Langkah ini dapat membantu kaunselor

memahami suasana pembelajaran dan masalah murid. Dengan itu, kaunselor dapat

berdamping dengan murid serta mewujudkan hubungan yang rapat dengan murid.

Di samping itu, beberapa program boleh dijalankan bagi meningkatkan

perkhidmatan ini seperti Program Latihan Dalaman dan program Rundingan

‘Consulation’. Kedua- dua program ini dapat mendedahkan guru kepada teknik- teknik

kaunseling dan cara mengaplikasikanya dalam mempertingkatkan pengurusan

perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Secara tidak langsung , pihak lain akan

berkeyakinan terhapad perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang dapat menangani

masalah pelajar dengan cekap dengan pendedahan teori, falsafah dan teknik yang

terbaru.

Tambahan pula, pertemuan dan interaksi dengan kaunselor dari sekolah lain

juga boleh diadakan bagi bertukar--tukar pendapat dan bagi meningkatkan

keberkesanan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Hubungan yang baik antara

guru-guru lain dan kaunselor akan memudahkan perbincangan di antara kaunselor dan

guru untuk mengetahui sama ada murid yang menghadiri sesi kaunseling berubah dari

segi tingkahlaku atau tidak. Justeru, kaunselor juga boleh mengadakan peti cadangan

21

Page 22: EDU 3073

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK (EDU 3073)

di luar bilik kaunseling supaya pelajar dapat memberi cadangan tentang keberkesanan

perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah yang dikaji.

Pihak kaunselor sekolah perlu mengadakan hubungan yang baik dengan semua

pihak seperti Polis,Jabatan-¬jabatan kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat

LPPKN, Pejabat Agama Islam, Yayasan Pembangunan Keluarga dan lain¬-

lain.Hubungan yang baik dengan agensi luar sebenarnya memudahkan lagi kaunselor

untuk mendapatkan maklumat berkenaan bukan sahaja peluang-peluang yang bakal

diperolehi pelajar tetapi juga dapat menjaminkan para pelajar mendapatkan maklumat

terkini berkenaan sesuatu agensi.

Seterusnya, Kaunselor perlu mengadakan pelbagai program untuk memenuhi

masa ruang para pelajar terutama pada waktu cuti penggal dan setelah tamat

peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Ssekolah Rendah,Penilaian Menengah

Rendah ,Sijil Peperiksaan Malaysia dan Sijil Tinggi Perekolahan Malaysia . Perkara ini

amat penting kerana pada kebiasannya para pelajar yang agak lemah tidak mempunyai

apa-apa program.Mereka lebih suka merayau dan melepak bersama rakan-rakan.Dan

sudah tentulah akan timbul gejala-gejala negatif di kalangan mereka.Justeru

itu,kaunselor harus memainkan peranan dalam mengisi ruang masa yang wujud di

kalangan pelajar dengan mengadakan pelbagai program seperti perkhemahan ,kem

motivasi ,bengkel-bengkel dan lain-lain yang difikirkan perlu.Ini penting agar masa yang

terluang di kalangan pelajar tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya mengikut nilai-

nilai yang diterima oleh agama dan masyarakatnya.

22

Page 23: EDU 3073

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK (EDU 3073)

Oleh itu, pihak sekolah dan kaunselor khususnya perlu memberikan lebih banyak

pendedahan kepada pelajar tentang peranan dan kepentingan Perkhidmatan

Bimbingan dan Kaunseling. Antara usaha yang boleh dijalankan ialah:

1. Melaksanakan Minggu Kaunseling di mana setiap murid berpeluang untuk

mengetahui peranan kaunseling.

2. Untuk mengatasi masalah kesuntukan masa pelajar berjumpa kaunselor, adalah

dicadangkan supaya diadakan pengubahsuaian waktu perkhidmatan kaunselor

iaitu bilik kaunseling perlu dibuka hingga petang supaya pelajar sesi pagi dapat

berjumpa kaunselor dan dapat menunjukkan kepada pelajar bahawa bilik

kaunseling sentiasa terbuka untuk mereka di sepanjang masa ataupun sesi

kaunseling dimasukkan dalam jadual waktu supaya pelajar boleh berjumpa

kaunselor jika perlu.

3. Pendekatan kaunseling yang seharusnya dipertingkatkan dari semasa ke

semasa kerana generasi sekarang sangat berbeza dengan generasi lampau

(.Rohani Ibrahim 2003, Siti Hairaney Bachok, 2004 ) Mereka bersikap lebih

terbuka dan perasaan ingin tahu yang tinggi diikuti dengan pendedahan media

tanpa sempadan dan konflik keluarga yang kompleks menyebabkan pelajar

sekarang sangat memerlukan bimbingan kaunseling yang selari dengan

perkembangan masa. Oleh itu peningkatan ilmu adalah sangat penting melalui

pembacaan, menghadiri seminar dan melibatkan diri dalam penyelidikan. dan

kaunselor perlu mendahului pelajar mereka di bidang kerjaya dan peluang

pekerjaan. Antaranya ialah melalui penyelidikan tindakan untuk membaiki

prestasi diri, meningkatkan kemahiran dan profesionalisme seseorang kaunselor.

23

Page 24: EDU 3073

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK (EDU 3073)

RUMUSAN

Kesimpulannya, bagi mewujudkan suasana yang harmoni di asrama dan di

sekolah serta untuk menjaminkan pelajar berasa seronok belajar di sekolah berkenaan,

pihak kaunselor pelajar dan guru disiplin haruslah bekerjasama dan sama-sama

memikirkan kaedah yang paling sesuai untuk dilaksanakan di sekolah. Sebenarnya

terlalu banyak perkara yang mesti dilakukan oleh kedua-dua personel yang penting di

sesebuah sekolah itu. Ini memberi implikasi bahawa mereka perlu didedahkan dengan

pelbagai kemahiran terutamanya kemahiran dalam mengendalikan program supaya

ianya sesuai dan dapat memikat hati pelajar bagi mengikuti program tersebut.

pelajar.

Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan.

Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan

klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien .

Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya

yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri

adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri.

Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk

dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan

serta interaksi yang baik, manakala klien memperihalkan masalah mereka dan cuba

memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan

reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalan

yang dihadapinya.

Kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang

menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada

permasalahannya. Oleh itu fokus mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri

melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang

berbentuk emosional atau antara individu.

24

Page 25: EDU 3073

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK (EDU 3073)

Krumboltz (George & Kristianni, 1990), pula mengatakan kaunseling merangkumi

aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunseling dalam usaha membantu

klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkah laku yang akan menghasilkan

penyelesaian kepada masalah klien.

Tambahan pula, untuk pemahaman dengan lebih jelas lagi tentang definisi

kaunseling, dipetik tiga definisi yang telah dibuat oleh tiga tokoh iaitu Blocher (1974);

Corey (1977) dan James (1982). Blocher (1974) berpendapat kaunseling sebagai suatu

proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan

bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya.  Sebagai rumusan,

kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu

individu memahami diri dan alam sekelilingnya.

Sebagai guru kaunselor, guru bimbingan dan guru-guru perlu memiliki tahap

profesionalisme yang tinggi dalam melaksanakan tugas mereka. Oleh itu, peningkatan

ilmu pengetahuan dalam profesionalisme keguruan dalam kalangan guru-guru amat

penting. Peningkatan profesionalisme keguruan dapat dilakukan dalam tiga kaedah,

yakni peningkatan Kendiri, penyertaan Kursus peningkatan Profesionalisme keguruan

dan kerjasama profesional. Sebagai guru yang berprofesionalisme, kita sentiasa harus

mengetahui kemahiran-kemahiran asas seperti kaunseling dan bimbingan. Ini adalah

kerana melalui kaunseling ialah bantuan yang diberi kepada murid-murid biasa yang

sedang dalam perkembangan dan pertumbuhan mental, sosial, intelek , fizikal, emosi,

kejiwaan dan kerohanian.

Kaunselor dan guru perlu berganding bahu dan bekerjasama dalam membantu

menangani masalah displin pelajar di sekolah. Diharapkan cadangan dan kajian dapat

dilaksanakan untuk menilai pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

supaya keberkesanan perkhidmatan dapat ditingkatkan.

25

Page 26: EDU 3073

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK (EDU 3073)

REFLEKSI

Pada semester ketujuh ini, saya telah ditugaskan untuk menyiapkan tugasan

Kerja Kursus Pendek yang melibatkan mata pelajaran Bimbingan dan Kaunseling

Kanak-Kanak (EDU 3107). Tugasan ini mengenai konsep, matlamat, keperluan dan

perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Seterusnya, perbincangan

mengenai cadangan dalam merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di

sekolah bagi membantu dalam pembentukan murid- murid. Tugasan ini telah

dilaksanakan sepanjang menjalani praktikum fasa III.

Tugasan ini memerlukan saya untuk memainkan satu peranan yang boleh

disumbangkan oleh guru biasa dalam membantu perkhidmatan bimbingan dan

kaunseling di sekolah serta mempraktikkan amalan terapi yang dipelajari semasa dalam

proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah oleh seseorang guru biasa. Hasil

daripada tugasan ini, saya telah mendapat banyak input dan informasi yang sangat

berguna sebagai persediaan bagi menghadapi cabaran sebagai seorang guru kelak.

Dalam proses menyempurnakan tugasan ini, saya sedar bahawa tugas seorang guru

bukanlah hanya sekadar mengajar di dalam kelas semata-mata, tetapi seseorang guru

itu juga berperanan dalam memberi bimbingan dan kaunseling kepada para muridnya

dalam cara dan kaedah yang tersendiri tanpa disedari.

26

Page 27: EDU 3073

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK (EDU 3073)

Selain itu, kemahiran asas yang terdapat dalam bidang kaunseling juga

mempunyai banyak faedahnya kepada guru khususnya saya sendiri yang akan bergelar

guru kelak. Teori yang digunakan dalam tugasan ini ialah Teori REBT. Melalui teori ini

kita dapat mengenal pasti sesuatu gangguan emosi itu disebabkan oleh pemikiran yang

tidak rasional. Teori ini juga berpendapat manusia mempunyai keupayaan untuk

mengubah proses-proses kognitif, emotif dan tngkah laku. Apabila manusia sudah

biasa atau terlazim untuk bertindak dengan sesuatu cara yang tertentu, maka ia akan

terus bertindak sedemikian sepanjang hayatnya.

REBT lebih menekankan kepada pemikiran (kognitif) dan tidak kepada perasaan

dan emosi. Memandangkan teori ini banyak menggunakan konfrantasi dan arahan,

klien akan menjadi pasif, hanya mendengar dan menunggu arahan daripada kaunselor

sahaja. Sekiranya seorang kaunselor kurang inisiatif dan tidak kreatif dalam usaha

untuk menyedarkan klien terutamanya dengan menggunakan hujah dan cabaran, ia

berkemungkinan menyinggung perasaan klien dan akan mengganggu proses

penerokaan. Sebagai hasil keseluruhan daripada tugasan ini, saya dapat menguasai

beberapa sikap sebagai seorang guru yang reflektif. Setelah berusaha menyiapkan

tugasan yang diberikan ini, dapat saya rumuskan bahawa seseorang guru yang

bertindak sebagai kaunselor yang ingin memberikan perkhidmatan kaunseling yang

baik perlu menguasai serta mengaplikasikan beberapa kemahiran-kemahiran asas

kaunseling. Kecekapan menguasai kemahiran-kemahiran ini sangat berguna ketika

berhadapan dengan klien yang berada dalam ketidakseimbangan emosi dan psikologi.

Secara umumnya, untuk menjadi seorang kaunselor yang berjaya adalah tidak mudah

kerana ia memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu.

27

Page 28: EDU 3073

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK (EDU 3073)

Di samping itu, saya dapati tugas seorang kaunselor bukan hanya

menyelesaikan masalah- masalah displin pelajar sekolah malahan mempunyai

tanggungjawab dari segi pengurusan pentadbiran. Urusan pentadbiran yang

dimaksudkan adalah urusan dan pentadbiran yang berkaitan dengan bidang Bimbingan

dan Kaunseling serta hubungannya dengan pihak pentadbir sekolah ataupun agensi

luar.Perkara yang termasuk dalam pengurusan antaranya ialah mengurus dan menyelia

sistem fail. Dalam urusan ini kaunselor bertanggungjawab terhadap pengurusan segala

jenis fail yang telah diwujudkan.

Antara implikasi terhadap diri saya ialah, saya sebagai bakal pendidik

mempunyai tanggungjawab dalam menangani isu yang semakin serius di sekolah.

Saya harus bertanggungjawab dengan menangani masalah displin murid dengan

pengukuhan interaksi guru dan pelajar di bilik darjah . Sebagai guru harus

menggabungjalinkan permasalah dan gejala disiplin dalam pengajaran dan

pembelajaran mereka di bilik darjah supaya pelajar dapat pendedahan masalah yang

berlaku.

Tambahan pula,saya sebagai bakal pendidik berpendapat bahawa semua guru

harus menguasai kemahiran menangani masalah salah laku, melibatkan diri dengan

aktif dalam mengubah dasar dan polisi yang berkaitan dengan masalah displin serta

mengendalikan program- program yang berkitan dengan displin dan bekerjasama

dengan pihak pentadbir. Antara kemahiran yang ditekankan ialah bimbingan individu

dan bimbingan kelompok yang memainkan peranan dalam perkembangan dan

pencapaian murid-murid dalam pembelajaran. Seseorang guru perlu mempunyai

kemahiran-kemahiran ini bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran

berjalan dengan lancar. Kemahiran-kemahiran ini penting bagi mengesan masalah-

masalah yang dihadapi murid dapat dicegah dan ditangani di peringkat awal. 

28

Page 29: EDU 3073

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK (EDU 3073)

Cadangan- cadangan perubahan yang dinyatakan harus dilaksanakan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia bagi merekayasa semula perkhidmatan Bimbingan

dan kaunseling di sekolah agar berjaya melahirkan murid- murid menurut aspirasi

falsafah pendidikan kebangsaan serta dapat membendung masalah displin. Saya dapat

menggunakan ilmu yang diperolehi dalam kerjaya saya pada masa depan. Saya dapat

merasakan keyakinan diri dalam bidang menuntut ilmu dan menganalisis maklumat

semakin meningkat. Saya dapat menggunakan maklumat-maklumat dan ilmu yang

saya dapati sepanjang melakukan kerja kursus ini serta mengaplikasikannya semasa

proses pembelajaran.

Sebagai kesimpulannya, kaunselor harus memahami segala kemahiran yang

dipelajari dan tahu mengaplikasikan ke atas klien pada tempat, masa dan keadaan

yang sesuai. Maka, dengan input-input ini saya akan mengaplikasikannya ke dalam

suasana pembelajaran yang saya wujudkan kelak. Melalui kerja kursus ini juga, saya

dapat meningkatkan tingkah laku dan nilai-nilai etika keguruan yang positif.

Sekian.

29

Page 30: EDU 3073

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK (EDU 3073)

RUJUKAN

RUJUKAN BUKU

Sapora Sipon, Hapshah Md Yusof, Ab Aziz Mohd Yatim, (2006). Kaunseling Individu Edisi

Ketiga, Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Lee Keok Cheong, Ee Ah Meng, Suppiah Nachiappan, Taquddin Abd Mukti, (2012). Bimbingan

Dan Kaunseling Kanak-Kanak, Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Khadijah Rohani Binti Mohd Yunus, Nazariah Binti Ab. Samad, (2007). Bimbingan dan

Penasihatan Falsafah, Kemahiran, Proses dan Etika, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Tan Chee Yee (1987). Bimbingan dan Kaunseling Di Sekolah Rendah dan Menengah. Kuala

Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Zainal Abdin Ahmad & Wan Abdul Kader Wan Ahmad (2004). Modul Bimbingan dan

Kaunseling. University Terbuka Malaysia.

RUJUKAN JURNAL

Abdul Halim Othman (1999). Kaunseling untuk kesejahteraan Insan. Satu pengalaman di

Malaysia. Kota Kinabalu:Universiti Malaysia Sabah.

American Counselling Association (1995). Code of Ethics and standards for practice.

Alexandria,VA: Author.

Arbuckle, D.S (1975). Counseling and Psychotherapy . Boston: Allyn and Bacon. BPS Division

of Clinical Psychology (1979). Report of the writing Party on the psychological therapists.

Leicester. British Psychological Societies.

Corey.C. (1991). Theory and Practice of Counseling and psychotherapy (4th edn). Pacific

Grove:CA Brooks/Cole.

30

Page 31: EDU 3073

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK (EDU 3073)

RUJUKAN INTERNET

- Diakses pada 27 Januari 2015 di

http://skpsi-haryanti.zoom-a.com/faktamenarik.html

- Diakses pada 15 Februari 2015 di

http://ddms.usim.edu.my/bitstream/handle/123456789/2727/Pengurusan

- Diakses pada 15 Februari 2015 di

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah.pdf?sequence=1

- Diakses pada 20 Februari 2015 di

http://anandaaristya.wordpress.com/2013/04/15/terapi-perilaku-emotif-rasional/

- Diakses pada 21 Februari 2015 di

http://www.mpkk.org/index.php/artikel/kaunseling/39-amalan-serta-peranan-dan

tanggungjawab-kaunselor-di-sekolah-sekolah-dalam-menangani-masalah-kekeluargaan

- Diakses pada 24 februari 2015 di

http://www.vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3107_1299483089.pdf (6

31