editor: siti nur fadzliana ahmad fesol bahagian penerbitan ......interaktif-tuisyen rakyat 1malaysia...

38
Editor: Siti Nur Fadzliana Ahmad Fesol Bahagian Penerbitan Dasar Negara

Upload: others

Post on 28-Jan-2021

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Editor:

    Siti Nur Fadzliana Ahmad Fesol Bahagian Penerbitan Dasar Negara

  • Pengenalan Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh VAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak adalah langkah yang bertepatan dengan slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Selari dengan konsep itu, kerajaan memberi tumpuan bagi membela nasib rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana dengan memperkenalkan pelbagai produk dan perkhidmatan 1 Malaysia bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat.

    Dato' Sri Mohd Najib menyatakan bahawa usaha kerajaan memperkenalkan produk serta perkhidmatan jenama 1 Malaysia tidak ada 'noktah' sebaliknya kerajaan sentiasa berusaha secara berterusan bagi melaksanakan pelbagai inisiatif untuk keselesaan dan kesejahteraan rakyat.

    Produk yang diperkenalkan di bawah konsep 1 Malaysia sehingga ke hari ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari rakyat tanpa mengira kaum dan kumpulan etnik di negara ini.

  • l AZAM Akhlrl Zaman Mlskln

    Projek 1AZAM diperkenalkan melalui empat bidang iaitu AZAM Kerja, AZAM Niaga, AZAM Khidmat dan AZAM Tani. la menyediakan peluang pekerjaan serta menjana pendapatan kepada rakyat berpendapatan rendah melalui pertanian, penempatan pekerjaan dan perniagaan kecil-keeilan. Inisiatif ini mampu mengeluarkan peserta daripada kepompong kemiskinan.

    1 Malaysia Corp menghimpunkan belia-belia yang aktif dalam pelbagai badan sukarela. Program ini dapat membangunkan sahsiah belia ke arah prihatin terhadap masyarakat dan alam sekeliling.

    4

  • Malaysia Family First

    st

    IMalaYSIB Development Berhad

    Dana Belia 1 Malaysia (1 MDB) adalah platform untuk golongan belia menyalurkan bakat dan tenaga mereka ke arah pembangunan belia di negara ini. Dana Belia menawarkan peluang kepada para belia untuk merealisasikan impian mereka.

    l MFl t .. Utamakan Keluarga 1 Malaysia (1 Malaysia Family First) diperkenalkan di bawah NBOS 7. lanya ditubuhkan bagi memastikan keperluan asas kumpulan yang memerlukan seperti warga emas, ibu tunggal dan kanak-kanak miskin. la dapat mencetuskan ikatan kasih sayang yang berpanjangan dalam institusi kekeluargaan dan masyarakat sebagai asas kestabilan sosial.

    5

  • Im4u 1 MAlAYSIA FOR YOUTH

    1 Malaysia For Youth (1 M4U) telah ditubuhkan dengan fokus utamanya untuk menanam semangat kesukarelawan di samping membantu mereka yang memerlukan. Matlamat utamanya adalah untuk mendidik semangat kesukarelawan belia di samping menyalurkan dana kecil-kecilan kepada aktiviti sukarela belia menerusi Dana Sukarelawan 1 Malaysia.

    1 MALAYSIA KOMUNITI PERWANI

    Bertujuan untuk menghimpunkan semua ahli Perwani (wanita) di seluruh Malaysia dan memberi penerangan kepada masyarakat mengenai peranan serta sumbangan 1 Malaysia Komuniti Perwani terhadap pembangunan sosio-ekonomi negara. la berkaitan dengan sumbangan wan ita terhadap negara.

    6

  • 1 MALAYSIA MOBILE HEALTHCARE

    Diperkenalkan di bawah NBOS 7 yang bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan di rumah kepada warga emas yang berpendapatan rendah.

    1 MPrivilege Card memberi keistimewaan kepada anggota tentera dan polis yang sedikit sebanyak dapat meringankan kos perbelanjaan harian. Kemudahan kad tersebut akan membolehkan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat diskaun antara lima hingga 25 peratus daripada harga bel ian barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan.

    7

  • 1 MALAYSIA SKILLS AND EMPLOYABILITY PROGRAMME

    Objektif program ini adalah untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan melalui latihan soft-skills dan on-job-training di syarikat swasta. la juga membuka ruang yang lebih luas untuk para graduan mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian.

    Dasar 1 Murid 1 Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah.

    8

  • Amanah Saham 1 Malaysia (AS 1 M) adalah satu pelaburan saham yang disokong oleh kerajaan dengan menawarkan RM10 bilion unit dana berharga tetap RMl seunit bagi seluruh rakyat Malaysia dengan pelaburan permulaan minimum sebanyak 100 unit.

    IBILI1MI Banluan Lesen 1 Malaysia

    Skim Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL 1 M) bertujuan untuk membantu golongan belia memiliki lesen motosikal yang sah selain memberi kesedaran mengenai undang-undang jalan raya dan membina etika pemanduan berhemah.

    9

  • BRI M BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA

    Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR 1 M) ialah bantuan tunai, secara one-off, sebanyak RM500 kepada 5.3 juta keluarga di Malaysia yang mempunyai pendapatan isi rumah sebanyak RM3,OOO dan ke bawah. Usaha ini telah memberi manfaat kepada lebih 75% daripada keseluruhan keluarga di negara ini. BR1 M 2.0 - RM250 diberikan kepada golongan bujang berumur 21 tahun dan ke atas serta berpendapatan RM2,OOO dan ke bawah.

    BATIK 1 MALAYSIA

    Warna Batik 1 Malaysia mewakili semua warna yang terdapat pada bendera Malaysia yang digabungkan dengan elemen kaum di negara ini iaitu Melayu, (ina, India dan etnik di Sabah dan Sarawak. Batik 1 Malaysia menampilkan empat corak batik yang terdiri daripada masing-masing satu kemeja serta dua baju kurung dan dua kebaya.

    10

  • aal M BAUCARBUKU1MALAYS~

    Inisiatif Baucar Buku 1 Malaysia (BB 1 M) bertujuan untuk mengurangkan beban kira-kira 1.3 juta pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta sambil menanam minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

    BBl M bagi tahun 2012 = RM200.00

    BBl M bagi tahun 2013 = RM250.00

    DANA SUKARELAWAN 1 MALAYSIA (Drel M)

    Dana Sukarelawan 1 Malaysia (Drel M) menyediakan sokongan berbentuk bantuan kewangan bagi golongan belia menjalankan aktiviti bagi membantu komuniti sasaran serta organisasi dan kumpulan sosiallain dengan dana permulaan disediakan sebanyak RM 130 juta.

    11

  • Interaktif-Tuisyen Rakyat 1Malaysia

    Malaysia

    Laman sosial Facebook Skuad 1 Malaysia dilancarkan sebagai satu usaha untuk mendekatkan lagi golongan remaja dan belia dengan kerajaan di negara ini. Laman sosial ini membolehkan kerajaan menerapkan minat dan semangat kesukarelaan di samping membasmi masalah dadah dalam kalangan remaja.

    f-trlm Interaktif-Tuisyen Rakyat 1 Malaysia (i-TR 1 M) adalah satu program yang tertumpu pad a pendidikan dan disasarkan kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dengan menyediakan kelas bimbingan tambahan percuma untuk mata pelajaran UPSR, PMR dan SPM secara online atau melalui cara konvensional.

    12

  • KDR1M Satu kad diskaun yang diagihkan kepada lebih 10 juta rakyat Malaysia, melayakkan mereka untuk mendapat diskaun di antara 10-50% di lebih 4,500 kedai dan perkhidmatan terpilih di seluruh negara. Program ini merangkumi klinik perubatan, restoran, hotel, sekan dan kecerdasan, pemborong dan peruncit, taman tema dalam dan luar bangunan, resort, pakaian dan aksesori kenderaan, perlindungan insurans am dan sebagainya.

    SlswAt Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1 M) diperkenalkan dengan tujuan membantu pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (lPT) awam dan swasta seluruh negara mengurangkan kos sara hidup mereka. Melalui KADS1 M, para pelajar akan mendapat diskaun bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.

    13

  • KAD KOMUTER 1 MALAYSIA

    Rakyat Malaysia yang berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah kini layak mendapat diskaun 50 peratus kadar tambang KTM Komuter untuk tempoh setahun, mulai 1 November 2012 hingga 31 Oktober 2013.lnisiatif ini dapat meringankan kos sara hidup rakyat serta menggalakkan mereka menggunakan pengangkutan awam.

    KEDAI1 BUKU~

    Kedai Buku 1 Malaysia memudahkan masyarakat untuk mendapatkan buku yang terkemuka berbanding di kedai buku kecil. Kewujudan Kedai Buku 1 Malaysia dapat memberi manfaat kepada rakyat khususnya di pekan kecil dan luar bandar. Rakyat berhak mendapat akses kepada bahan bacaan berkualiti tanpa mengira lokasi di mana mereka berada.

    14

  • COOP

  • KEDAIIKAN RAKYAT 1 MALAYSIA (KIRl M)

    Menawarkan barangan basah seperti ikan, ayam, daging dan sayuran pada harga rendah sehingga 40 peratus berbanding harga pasaran tanpa menjejaskan kualiti. Satu inisiatif yang disasarkan kepada pengguna dan syarikat persendirian dengan cara membantu mereka membeli bekalan pada harga yang berpatutan.

    l KEDAI KAlN RAKYAT MAlAYSIA IItI/qfIrDldtJhulululll,,,.,,.,,,.,,..,tJIuIrJmamn Kedai Kain 1 Malaysia (KKl M) menawarkan kain dan pakaian yang berkualiti tinggi pada kos rendah, dengan diskaun sehingga 70%. Inisiatif ini dapat membantu kumpulan berpendapatan rendah membeli kain untuk membuat pakaian, pakaian seragam sekolah, langsir dan keperluan-keperluan lain dengan harga yang murah.

    16

  • KEDAI MAKAN ASNAF 1 MALAYSIA

    Inisiatif ini adalah untuk membantu golongan asnaf dan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur dengan menyediakan juadah makan tengah hari percuma setiap hari di Kedai Makan Asnaf 1 Malaysia. Program ini diuruskan bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

    Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR 1 M) merupakan sebuah kedai yang berkonsepkan pasar mini yang menjual pelbagai barangan keperluan asas dengan harga yang rendah. Perbezaan Kedai Rakyat 1 Malaysia dengan kedai-kedai runcit yang lain adalah, barangan keperluan asas seperti beras, minyak, susu tepung, lampin pakai buang dan banyak lagi dipek dengan jenama "Kedai Rakyat 1 Malaysia". Setakat ini, terdapat sebanyak 250 jenis barangan yang telah dijenamakan dengan jenama ini dan ianya akan bertambah dari semasa ke semasa.

    17

  • Kelab Putera 1 Malaysia (KP1 M) bertujuan untuk mendekati golongan muda dan merapatkan hubungan antara barisan kepimpinan negara dan golongan belia. Pelbagai program telah dilakukan oleh KP1 M, antaranya misi bantuan kemanusiaan sama ada di dalam negara atau di seluruh dunia. Contohnya, misi bantuan mangsa bencana di Kedah hinggalah misi bantuan ke Pakistan, Somalia dan New Zealand.

    tAMAN Kempen 1AMAN merupakan inisiatif baru di bawah NBOS 8 yang melibatkan penglibatan golongan veteran dan RELA melalui perkongsian awam dan swasta untuk meningkatkan keselamatan di kawasan berisiko tinggi. Selain itu, melalui kempen ini, teksi dan kedai serbaneka akan dijadikan sebagai kawasan keselamatan.

    18

  • Kempen 1 Malaysia 1 Halal (1 M1 H) merupakan satu kempen untuk mewujudkan kesedaran serta mendidik masyarakat terhadap pentingnya mengambil makanan dan penggunaan produk halal dalam kehidupan harian, khususnya kepada umat Islam.

    Kios Informasi 1 Malaysia merupakan pusat maklumat setempatyang menggabungkan informasi dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pelbagai kementerian I agensi kerajaan. Seta kat ini, terdapat 5 kios informasi yang ditempatkan di RTC dan menawarkan pelbagai perkhidmatan.

    19

  • KENDURI RAKYAT 1 MALAYSIA

    Inisiatif ini dapat merapatkan lagi hubungan antara pemimpin dengan rakyat. Selain itu, ia berperanan untuk mempereratkan lagi hubungan serta perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

    C KLINIK 1 MALAYSIA Klinik 1 Malaysia (K1 M) merupakan satu inisiatif bagi memastikan rakyat sentiasa mendapat akses kepada perkhidmatan perubatan yang sempurna dan segera. Perkhidmatan ini dapat membantu golongan berpendapatan rendah bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan dengan bayaran yang murah.

    20

  • ~LlNIK BERGERAKt M!:.~~~!~ Klinik Bergerak 1 Malaysia merupakan satu siri klinik bergerak yang terdiri daripada 171 unit yang menyediakan perkhidmatan kesihatan bagi kawasan luar bandar yang jauh daripada kemudahan kesihatan dan perubatan. Perkhidmatan yang diberikan termasuk pemeriksaan gigi dan mata.lnisiatif ini telah memberi manfaat kepada 1,600 buah kampung di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

    Klinik Bot Bergerak 1 Malaysia (KBB 1 M) memberi perkhidmatan kesihatan serta manfaat kepada rakyat yang tinggal di sepanjang persisiran sungai dan ia merupakan konsep yang begitu istimewa dan sesuai di kawasan terbabit.

    Klinik Pergigian Bergerak 1 Malaysia (KPG 1 M) diwujudkan bertujuan menyediakan perkhidmatan kesihatan pergigian kepada golongan yang tinggal di kawasan pedalaman. Kerajaan menanggung 95 peratus kos rawatan pergigian ini dan ia mampu meningkatkan taraf kesihatan pergigian rakyat di kawasan terbabit.

    21

  • f}Comuniti 1 ~

    Komuniti 1 Malaysia (Kl M) merupakan penjenamaan semula Komuniti Bestari yang telah dilancarkan oleh Y.B. Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Kl M merupakan sebuah pertubuhan sukarela terdiri daripada rakyat pelbagai kaum yang ditubuhkan dan diselia oleh Jabatan Penerangan Malaysia bagi memupuk nilai-nilai perpaduan.

    I.,~Menu ~ . ..., Rakyat ~ Malaysia

    Skim Menu Rakyat 1 Malaysia ini menyediakan makanan bersubsidi kepada orang ramai dengan harga RM2 bagi pakej sarapan dan RM4 bagi makan tengah hari. Skim ini dapat membantu rakyat berpendapatan rendah di samping menyumbang kepada usaha Kerajaan Malaysia menyatupadukan rakyat melalui makanan.

    22

  • NETBOOK 1 MALAYSIA

    Sumbangan komputer riba tersebut adalah inisiatif kerajaan Malaysia melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sebagai salah satu langkah untuk merapatkan jurang digital khususnya dalam kalangan murid-murid yang ibu bapanya berpendapatan rendah. Inisiatif ini dapat menggalakkan lagi pembelajaran pelajar melalui komputer serta menjadikan generasi muda celik IT.

    Pasar Bergerak 1 Malaysia Inisiatif Pasar Bergerak 1 Malaysia (PB 1 M) adalah untuk memberi kemudahan kepada rakyat bagi mendapatkan barang keperluan pada harga yang berpatutan. Inisiatif berkonsepkan pasar mini bergerak ini dilaksanakan dengan kerjasama dari Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). la menawarkan produk barangan runci!, barang kawalan dan barangan segar.

    23

  • Peru mahan Rakyat 1 Malaysia (PR 1 MA) disasarkan kepada golongan berpendapatan pertengahan yang tidak mampu memiliki rumah yang mahal. tetapi pada masa yang sama, mereka tidak layak untuk memohon skim perumahan kos rendah. Permohonan hanya dibenarkan untuk bakal pemilik rumah yang memohon untuk kali pertama, dengan pendapatan tidak melebihi RM6,000 sebulan.

    Program Kebajikan Rakyat 1 Malaysia (KAR 1 SMA) memberi manfaat kepada hampir 500,000 penerima bantuan, meliputi warga em as miskin, kanak-kanak miskin, dan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam meringankan beban sara hidup mereka.

    24

  • PROGRAM SUSU 1 MALAYSIA

    Susu pereuma diberikan kepada lebih daripada 3 juta pelajar sekolah rendah dengan tujuan untuk membina generasi Malaysia yang lebih sihat dan kuat di samping menggalakkan pertumbuhan industri tenusu di negara ini.

    Program Transformasi Kedai Runeit (TUKAR) dimulakan untuk membantu kedai keeil meningkatkan daya saing mereka menerusi penggunaan teknologi moden. la juga menggalakkan pemindahan pemilikan daripada generasi lama kepada generasi baru. Program ini dapat mentransformasikan perniagaan kecil menjadi lebih berdaya saing.

    25

  • PUSAT BERSALIN BERISIKO RENDAH 1 MALAYSIA

    Inisiatif ini merupakan sebuah klinik bersalin yang berkualiti tinggi untuk ibu-ibu yang mengandung bagi mendapatkan perkhidmatan dan rawatan. Bayaran yang dikenakan hanya RM3 untuk bersalin termasuk rawatan, bilik, makanan dan perubatan. la merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk menyediakan penjagaan kesihatan berkualiti pada harga yang berpatutan.

    PolAl INTERNO 1 MALAYSIA Pusat Internet 1 Malaysia (P11 M) merupakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan bagi memberikan kemudahan kepada rakyat untuk mendapatkan kemudahan internet. la bertujuan untuk membina masyarakat yang celik IT seiring dengan perkembangan teknologi maklumat terkini.

    26

  • O N E M A L A Y S I A T R A I N I N G C E N T R E

    Projek Pusat Latihan 1 Malaysia (1 MTC) bertujuan untuk mengoptimakan penggunaan semua kemudahan latihan yang sedia ada di Institut Latihan Awam (ILA) Kementerian dan agensi Kerajaan yang telah dikenal pasti serta membantu Kerajaan dalam membuat keputusan strategik berkaitan penggunaan ILA.

    lMa@ l.tJu-StF'·l§I,.Uil"@u;$'

    Pusat Panggilan 1 Malaysia (1 MOCC) bertujuan untuk memudahkan cara komunikasi orang awam dengan agensi Kerajaan melalui konsep pusat panggilan setempat. 1 MOCC membolehkan orang awam untuk mengemukakan sebarang pertanyaan, aduan atau cadangan kepada pelbagai agensi kerajaan menggunakan satu nombor rujukan tunggal, 03 8000 8000. Lima saluran komunikasi iaitu telefon, sistem pesanan ringkas (sms), faks, e-mel dan media sosial.

    27

  • UIC PUSR lRANSFORMASllANDAR

    Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berkonsepkan mesra rakyat dengan menempatkan jabatan dan agensi kerajaan pusat dan negeri di bawah satu bumbung akan memberi kepuasan kepada rakyat dalam berurusan dengan pihak kerajaan.

    fTC PUSAT TRANSFORMASI WAR BANDAR

    Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) menjadi hab utama kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif dan program kerajaan secara kerjasama bagi tujuan pembangunan luar bandar. Kewujudan RTC adalah untuk mengimbangi kepesatan pembangunan bandar dan luar bandar.

    28

  • Senam Seni 1 Malaysia merangkumi semua tarian tradisi masyarakat berbilang kaum termasuk etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Objektif utama aktiviti itu ialah untuk membolehkan rakyat Malaysia lebih menyayangi dan mendekati seni tari dan lagu rakyat pelbagai kaum melalui elemen senaman dan sekali gus dapat meningkatkan amalan penjagaan kesihatan.

    RUMAH MESRA RAKYAT 1 MALAYSIA (RMRl M)

    Program Rumah Mesra Rakyat kini dikenali sebagai Program Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1 M). Program ini diwujudkan adalah untuk membantu rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan golongan yang tidak berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri atau tinggal di rumah usang tetapi memiliki tanah dan ingin mempunyai rumah sendiri yang lebih selesa dan sempurna.

    29

  • RAWATAN PERUBATAN PERCUMA BAGI WARGA EMAS

    Warga emas boleh menikmati rawatan perubatan secara percuma tanpa perlu membayar RM 1. Inisiatif ini memberi manfaat kepada lebih 1.5 juta rakyat Malaysia.

    'I SARA~ SKIM AMAHAN RAKYAT

    ~ Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia (SARA) ialah tabung pelaburan amanah yang disokong oleh kerajaan bagi isi rumah berpendapatan kurang daripada RM3,000. Skim ini memberi manfaat kepada kira-kira 1,000,000 isi rumah dan membolehkan mereka yang layak untuk melabur sehingga RM5,000 dengan pulangan bulanan sebanyak RM134. Skim khas ini bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur.

    30

  • Skim Keselamatan Makanan 1 Malaysia (SK1 M) adalah satu inisiatifyang berterusan untuk memeriksa semua barangan makanan yang dihasilkan oleh industri kecil dan sederhana sebelum memasuki pasaran menjelang 2014. Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti keselamatan makanan melalui pelaksanaan peraturan yang ketat.

    1 SKIM LATlHAN 1 MALAYSIA

    Skim Skim Latihan 1 Malaysia (SL 1 M) bertujuan membantu para siswazah mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan mereka dengan menyediakan keperluan latihan I internship bagi graduan-graduan baru oleh Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). Syarikat yang mengambil bahagian dalam skim ini akan menerima potongan cukai dua kali ganda ke atas elaun dan perbelanjaan latihan yang disediakan.

    31

  • Skim Prihatin Pendidikan 1MalaysiaSPpl M

    Skim Prihatin Pendidikan 1 Malaysia (SPP1 M) bertindak sebagai pinjaman tambahan kepada dana atau pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional sedia ada untuk pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dan sarjana dalam bidang tertentu.

    SVTBI Dibawah skim Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1 Malaysia (SVTB 1 M), kerajaan telah bersetuju untuk memberi sumbangan sebanyak RM 1 ,000 secara sekali gus (one-off) kepada 234,500 orang Veteran ATM yang bersara awal. Tujuan pemberian SVBT1 Mini adalah sebagai pengiktirafan dan penghargaan kerajaan di atas pengorbanan dan perkhidmatan Veteran ATM yang tidak berpencen mempertahankan kedaulatan negara.

    32

  • SKIM PERSARAAN 1 MALAYSIA (1 MRS)

    Skim ini bertujuan untuk menggalakkan golongan bekerja sendiri menyertai Skim Persaraan 1 Malaysia (1 MRS). Mereka yang mengambil skim ini akan menikmati dividen seperti mana yang diterima oleh pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

    SUKUK 1 MALAYSIA

    Sukuk 1 Malaysia merupakan instrumen pelaburan tambahan untuk warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas. la menawarkan pulangan sebanyak 5% setahun dengan tempoh matang selama tiga tahun.

    TABUNG PENYELENGGARAAN 1 MALAYSIA (TP 1 MALAYSIA)

    TP 1 Malaysia bertujuan bagi membaik pulih dan menyelenggara rumah-rumah kos rendah milik awam dan swasta di ibu kota. Sebanyak RM500 juta diperuntukkan bagi melaksanakan projek ini sepanjang tempoh RMK-1 0 (2011 - 2015).

    33

  • TASKA 1 MALAYSIA

    Kerajaan menyediakan 40 Taska 1 Malaysia yang diurus oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi membantu wanita mendapat penjagaan bayi berkualiti dan pendidikan awal untuk anak-anak mereka. Taska 1 Malaysia ini dulunya dikenali sebagai Taska Komuniti.

    Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR 1 Mal adalah satu skim yang menyediakan baucar RM520 kepada sejumlah 2,264 pemandu teksi dan van sewa bagi menampung kos menukar tayar. la merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan bagi pemandu-pemandu teksi menangani peningkatan kos sara hidup.

    34

  • YAYASAN ARTIS 1 MALAYSIA

    Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) telah melancarkan Yayasan Artis 1 Malaysia untuk menjaga kebajikan para artis khususnya yang berstatus warga emas. Penubuhan yayasan tersebut merupakan pelengkap kepada usaha untuk menghargai jasa dan pengorbanan para artis dalam mengangkat martabat seni negara.

    YAYASAN PONDOK 1 MALAYSIA (yPl M)

    Penubuhan YP1 M memberi pengiktirafan kepada institusi pengajian pondok yang banyak menyumbang kepada pembangunan dan perkembangan agama serta melahirkan ramai tokoh ilmuan agama.

    35

  • Kesimpulan Sesungguhnya, inisiatif dan agenda transformasi negara telah berjaya dizahirkan melalui penghasilan pelbagai produk dan perkhidmatan 1 Malaysia. Kejayaan ini melambangkan ketulusan, keikhlasan dan kerja keras yang ditunjukkan oleh pucuk pimpinan negara kita pada hari ini. la merupakan sebahagian daripada rantaian usaha dan iltizam kerajaan untuk meningkalkan kebajikan serta memberi keselesaan dan kesejahteraan kepada rakyat Malaysia. Sebagai sebuah pentadbiran yang mendahulukan rakyat, segala usaha yang dilakukan kerajaan adalah untuk memastikan kesejahteraan serta kemakmuran dinikmati oleh semua lapisan masyarakat lanpa mengira kaum dan kedudukan.

    RUJUICAN: http://woAMr.informasimalaysia.com.my/ http://www.1malaysia.com.my/ http://www.pmo.gov.my/ http://www.pemandu.gov.my/

    36