inovasi sosial kategori...

26
Inovasi Sosial Kategori Penambahbaikan

Upload: others

Post on 03-Sep-2019

49 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Inovasi Sosial Kategori Penambahbaikanhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2542-sahabat-skuad-perkeso...PERKESO Prihatin (SPP). Sebelum projek dijalankan, Skuad PERKESO Prihatin

Inovasi Sosial Kategori Penambahbaikan

Page 2: Inovasi Sosial Kategori Penambahbaikanhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2542-sahabat-skuad-perkeso...PERKESO Prihatin (SPP). Sebelum projek dijalankan, Skuad PERKESO Prihatin
Page 3: Inovasi Sosial Kategori Penambahbaikanhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2542-sahabat-skuad-perkeso...PERKESO Prihatin (SPP). Sebelum projek dijalankan, Skuad PERKESO Prihatin

RINGKASAN EKSEKUTIF

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bertanggungjawab mengurus, mentadbir dan

menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Peraturan Peraturan Am

Keselamatan Sosial Pekerja 1971.

Semasa Majlis Perasmian Penjenamaan Semula PERKESO, YB Menteri Sumber Manusia

telah melancarkan penubuhan Skuad PERKESO Prihatin. Skuad PERKESO Prihatin

ditubuhkan bagi mengambil tindakan proaktif ke atas kes-kes kemalangan atau kematian yang

dilaporkan di media. Dengan adanya Skuad PERKESO Prihatin ini, faedah PERKESO atau

pembekalan peralatan pemulihan dapat diberikan kepada mereka yang layak dalam tempoh

yang segera sekaligus menggambarkan keperihatinan kerajaan dalam memastikan

kesejahteraan rakyat.

Projek Sahabat Skuad PERKESO Prihatin (SSPP) telah dilaksanakan bagi memperkasakan

lagi pengoperasian Skuad PERKESO Prihatin. SSPP adalah individu, NGO atau agensi yang

berpotensi untuk menyalurkan apa-apa maklumat kemalangan atau kematian kepada Skuad

PERKESO Prihatin (SPP). Sebelum projek dijalankan, Skuad PERKESO Prihatin hanya akan

mengambil tindakan ke atas kes-kes yang dilaporkan melalui media sahaja. Dengan SSPP,

jaringan penerimaan maklumat kemalangan dan kematian dapat diperluaskan. SSPP juga

mampu mewujudkan rangkaian hubungan yang baik antara PERKESO dengan pemimpin

masyarakat seperti wakil rakyat, Ketua Kampung, Kesatuan Sekerja, pihak media dan lain-lain

agensi kerajaan yang berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba Malaysia,

Jabatan Kebajikan Masyarakat, pihak hospital dan orang awam bagi memastikan maklumat

berhubung kemalangan,keuzuran dan kematian boleh disalurkan dengan kadar segera.

SSPP boleh menyalurkan maklumat tersebut melalui panggilan ke talian Pusat Khidmat

Pelanggan PERKESO, Whatapps, Twitter dan Facebook. Di samping itu, Cawangan

Pengurusan Perhubungan (CRM) Pelanggan juga akan menyemak laporan akhbar setiap hari

bagi mengenalpasti kes kemalangan atau kematian yang berpotensi layak menerima Faedah

PERKESO. Maklumat yang diterima akan disalurkan kepada Skuad di Pejabat PERKESO

yang berkenaan melalui Sistem eCabs atau whatapps group PERKESO Prihatin yang

dikendalikan melalui CRM .

Dengan adanya SSPP, kes yang berkenaan dapat diambil tindakan segera bagi membantu

orang berinsuran yang ditimpa bencana dan waris orang berinsurans jika ianya melibatkan

kematian tanpa menunggu mereka mengemukakan tuntutan. SSPP akan membantu

menguruskan tuntutan berkaitan sehingga selesai dengan bayaran yang boleh dibuat dan juga

membekalkan peralatan pemulihan yang diperlukan.

.

LAPORAN PROJEK SAHABAT SKUAD PERKESO PRIHATIN

Page 4: Inovasi Sosial Kategori Penambahbaikanhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2542-sahabat-skuad-perkeso...PERKESO Prihatin (SPP). Sebelum projek dijalankan, Skuad PERKESO Prihatin
Page 5: Inovasi Sosial Kategori Penambahbaikanhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2542-sahabat-skuad-perkeso...PERKESO Prihatin (SPP). Sebelum projek dijalankan, Skuad PERKESO Prihatin

1. 1 Latar Belakang Kumpulan

Nama Kumpulan B-FIT

Nama Organisasi

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Alamat

Menara PERKESO, 281 Jalan Ampang,

50538 Kuala Lumpur

No. telefon & faks

03- 42645000 / 03- 42564857

E-mail

www.perkeso.gov.my

Tarikh kumpulan

ditubuhkan 06 September 2016

Bilangan ahli

9 orang

Nama projek

Sahabat Skuad PERKESO Prihatin ( SSPP )

Bidang inovasi

Inovasi Sosial

Kategori inovasi

Penambahbaikan

Tarikh siap projek

Mei 2017

3

LAPORAN PROJEK SAHABAT SKUAD PERKESO PRIHATIN

1

Page 6: Inovasi Sosial Kategori Penambahbaikanhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2542-sahabat-skuad-perkeso...PERKESO Prihatin (SPP). Sebelum projek dijalankan, Skuad PERKESO Prihatin

1. 2 Sokongan & kelulusan pihak pengurusan tertinggi

LAPORAN PROJEK SAHABAT SKUAD PERKESO PRIHATIN

2

Page 7: Inovasi Sosial Kategori Penambahbaikanhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2542-sahabat-skuad-perkeso...PERKESO Prihatin (SPP). Sebelum projek dijalankan, Skuad PERKESO Prihatin
Page 8: Inovasi Sosial Kategori Penambahbaikanhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2542-sahabat-skuad-perkeso...PERKESO Prihatin (SPP). Sebelum projek dijalankan, Skuad PERKESO Prihatin

2. 1 Projek Sahabat Skuad PERKESO Prihatin (SSPP) yang dilaksanakan mempunyai

kaitan dengan fungsi jabatan dan Teras Strategik PERKESO seperti di bawah;

i. Fungsi Utama Jabatan

Mentadbir dan membuat bayaran faedah-faedah yang layak diterima oleh

pekerja di bawah skim-skim perlindungan PERKESO

Mentadbir dan menguruskan dua skim perlindungan keselamatan sosial

iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan kepada pekerja dan

tanggungannya

Mengurus dan menyediakan rawatan perubatan, kemudahan pemulihan

fizikal dan vokasional untuk pekerja yang ditimpa bencana

ii. Teras Strategik PERKESO

TERAS : 2 MENTRANSFORMASI PERKHIDMATAN MENERUSI

PENJENAMAAN

Usaha untuk melaksanakan Business Process Improvement ke atas

beberapa jenis penyampaian perkhidmatan akan menampakkan

penambahbaikan untuk meningkatkan kepuasan pelanggan.

TERAS : 4 MENINGKATKAN KESEJAHTERAAN SOSIAL

PELANGGAN

Kesejahteraan sosial pelanggan adalah penting bagi meningkatkan

produktiviti, untuk memastikan social safety net kukuh, kesihatan fizikal,

psikologi dan kualiti hidup amat penting diberikan keutamaan. PERKESO

akan menyumbang kepada usaha Kerajaan untuk meningkatkan

kesejahteraan rakyat Malaysia.

iii. Misi dan Visi PERKESO

Visi

Peneraju Keselamatan Sosial yang Dinamik, Unggul dan Cemerlang.

Misi

Memberikan Perlindungan Keselamatan Sosial Kepada Orang Berinsurans

Dan Tanggungan Mereka Menerusi Skim-skim Keselamatan Sosial Serta

Memupuk Kesedaran Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Demi

Meningkatkan Kesejahteraan Sosial Orang Berinsurans.

LAPORAN PROJEK SAHABAT SKUAD PERKESO PRIHATIN

3

Page 9: Inovasi Sosial Kategori Penambahbaikanhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2542-sahabat-skuad-perkeso...PERKESO Prihatin (SPP). Sebelum projek dijalankan, Skuad PERKESO Prihatin

2. 2 Projek SSPP yang dihasilkan adalah selaras dengan kehendak pelanggan dan

pemegang taruh (stakeholder).

i. Merealisasikan Pelan Strategik PERKESO 2016-2020 dengan didukung oleh

nilai teras bersama dalam mencapai visi dan misi yang dikotakan seperti berikut

:

Fokus Kepada Pelanggan

Fokus kepada pelanggan dengan memberi perhatian dan tumpuan utama

dalam memberi perkhidmatan yang terbaik bertaraf dunia.

Prihatin

Keperibadian mulia dan keperihatinan kepada semua stakeholders dan

pelanggan menjadi amalan bagi membawa perkhidmatan yang cemerlang

dan memenuhi aspirasi rakyat.

Kompeten

Mewujudkan semangat daya saing, berkebolehan , keupayaan sebagai

pengamal keselamatan sosial (Social Security Practioner) berpotensi ,

berkomunikasi secara efektif, bekerjasama antara satu sama lain

memberikan makna dan implikasi besar kepada pencapaian yang positif dan

peningkatan kualiti perkhidmatan.

Inovatif

Sentiasa bersedia, berketerampilan dan kaya dengan idea yang kreatif

mengilhamkan idea yang bernas, baharu dan bijaksana dalam mengusahan

penambahbaikan, pembaharuan dan perubahan sesuai dengan persekitaran

dan tuntutan masa.

Ketepatan

Sentiasa meningkatkan nilai kompetensi serta bertindak dengan penuh

komitmen, tepat dengan memfaatkan kepakaran khusus apabila

melaksanakan cadangan penyelesaian menerusi proses penambahbaikan

setiap tugasan yang dipertanggungjawabkan bagi menghasilkan output dan

outcome yang disasarkan.

ii. Pihak berkepentingan.

LAPORAN PROJEK SAHABAT SKUAD PERKESO PRIHATIN

4

Page 10: Inovasi Sosial Kategori Penambahbaikanhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2542-sahabat-skuad-perkeso...PERKESO Prihatin (SPP). Sebelum projek dijalankan, Skuad PERKESO Prihatin

2. 3 Projek SSPP ini juga dihasilkan sejajar dengan agenda nasional iaitu :

i. Rancangan Malaysia Ke-11

Teras ke 2 - Meningkatkan kesejahteraan rakyat

ii. Tranformasi Nasional 2050 ( TN50 )

TN50 mensasarkan untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam

ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi.

iii. Saranan Ketua Setiausaha Negara agar penjawat awam sentiasa turun

padang bagi menyelesaikan masalah rakyat. Sumber : The Star 14 Disember

2015

2. 4 Kaitan dengan keadaan & ekosistem semasa

i. Penambahbaikan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat dengan fungsi dan

perkhidmatan PERKESO melalui Kajian Kepuasan Pelanggan PERKESO

Skuad PERKESO Prihatin yang dibuat bagi tempoh 2016.

ii. Peningkatan teknologi dapat mempelbagaikan kaedah jaringan hubungan

memandangkan laporan kemalangan/ kematian melalui Media Massa adalah

terhad dan tidak merangkumi pelbagai jenis kemalangan dan kawasan liputan.

iii. Melihat kepada keadaan ekonomi semasa, kos sara hidup yang semakin

meningkat telah menyebabkan tekanan kepada kehidupan masyarakat. Secara

tidak langsung mewujudkan kekangan pencarum PERKESO atau waris untuk

berurusan di Pejabat PERKESO.

iv. Kadar yang tinggi bagi kompaun majikan lewat melapor kemalangan dalam

tempoh 48 jam. – Peraturan 71 (1) & (2) Peraturan-Peraturan AM Keselamatan

Sosial 1971 dan Seksyen 94(e) Akta Keselamatan Sosial Pekerja ( AKSP ) 1969.

2. 5 Pembuktian melalui analisis & ujicuba

i. Penilaian data analisis bagi tempoh Januari hingga Mac 2017, sebanyak 433 kes telah

diproses melalui SSPP berbanding 118 kes bagi tempoh yang sama bagi tahun 2016

(peningkatan sebanyak 72.74%)

LAPORAN PROJEK SAHABAT SKUAD PERKESO PRIHATIN

5

0

50

100

150

200

250

Januari Februari March

JUMLAH KES DITERIMA

2016 2017

Page 11: Inovasi Sosial Kategori Penambahbaikanhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2542-sahabat-skuad-perkeso...PERKESO Prihatin (SPP). Sebelum projek dijalankan, Skuad PERKESO Prihatin

ii. Kompaun dan Pendakwaan bagi kes kemalangan lewat dilapor

Seiring dengan peruntukan AKSP 1969, memerlukan majikan untuk melapor

kemalangan dalam tempoh 48 jam kepada PERKESO selepas menerima makluman

daripada pekerja atau waris. Kelewatan melaporkan kemalangan ini akan memberi

kesan program pemulihan lewat dilaksanakan dan menyebabkan kecederaan semakin

teruk serta mempengaruhi pembayaran pampasan oleh pihak PERKESO

Menurut Laporan Tahunan Kompaun dan Pendakwaan 2016, Bahagian

Penguatkuasaan Ibu Pejabat berikut menunjukkan jumlah kes majikan dikompaun

sebanyak 792 kes manakala sebanyak 228 kes majikan didakwa bagi kesalahan

lewat lapor kemalangan.

iii. Hilang Sumber Pendapatan

Pengantian sumber pendapatan bagi meneruskan kelangsungan hidup Sumber : Sinar Harian 17 Jun 2016

LAPORAN PROJEK SKUAD PERKESO PRIHATIN

6

Page 12: Inovasi Sosial Kategori Penambahbaikanhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2542-sahabat-skuad-perkeso...PERKESO Prihatin (SPP). Sebelum projek dijalankan, Skuad PERKESO Prihatin
Page 13: Inovasi Sosial Kategori Penambahbaikanhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2542-sahabat-skuad-perkeso...PERKESO Prihatin (SPP). Sebelum projek dijalankan, Skuad PERKESO Prihatin

3. 1 Cadangan penyelesaian

Dalam menentukan cadangan penyelesaian, projek ini telah mengambil kira

beberapa faktor iaitu :

i. Hasil penilaian dari Soal Selidik yang diterima daripada orang berinsurans

dan waris melalui tindakan Skuad PERKESO Prihatin yang menyarankan

liputan diperluaskan terutama kawasan pedalaman.

ii. Laporan kemalangan/ kematian melalui Media Massa adalah terhad dan

tidak merangkumi pelbagai jenis kemalangan dan kawasan liputan .

iii. Meningkatkan jumlah kes yang diterima bagi tempoh pemprosesan yang

pendek

iv. Susulan laporan media massa berhubung Orang Berinsurans atau Waris

lewat melaporkan kemalangan / tidak mengetahui kelayakan mengenai

tuntutan PERKESO

Bagi mengukuhkan lagi kaedah penyelesaian tersebut, kaedah Design Thinking

dan New Blue Ocean Strategy ( NBOS ) berdasarkan kepada canvasing strategic

seperti dibawah.

Hasil daripada penilaian berdasarkan kaedah tersebut kumpulan bersetuju untuk

melaksanakan projek Sahabat Skuad PERKESO Prihatin.

3. 2 Pelan tindakan penyelesaian

Pelan tindakan dalam pelaksanaan skuad prihatin adalah mengikut carta perbatuan

seperti berikut :

LAPORAN PROJEK SKUAD PERKESO PRIHATIN

7

Page 14: Inovasi Sosial Kategori Penambahbaikanhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2542-sahabat-skuad-perkeso...PERKESO Prihatin (SPP). Sebelum projek dijalankan, Skuad PERKESO Prihatin

3. 3 Pelaksanaan tindakan penyelesaian

Projek Sahabat Skuad PERKESO Prihatin (SSPP) telah dilaksanakan bagi

memperkasakan lagi pengoperasian Skuad PERKESO Prihatin. SSPP adalah individu,

NGO atau agensi yang berpotensi untuk menyalurkan apa-apa maklumat kemalangan

atau kematian kepada Skuad PERKESO Prihatin (SPP). Sebelum projek dijalankan,

Skuad PERKESO Prihatin hanya akan mengambil tindakan ke atas kes-kes yang

dilaporkan melalui media sahaja. Dengan adanya SSPP, jaringan penerimaan

maklumat kemalangan dan kematian dapat diperluaskan. SSPP juga mampu

mewujudkan rangkaian hubungan yang baik antara PERKESO dengan pemimpin

masyarakat seperti wakil rakyat, Ketua Kampung, Kesatuan Sekerja, pihak media dan

lain-lain agensi kerajaan yang berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba

Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, pihak hospital dan orang awam bagi

memastikan maklumat berhubung kemalangan,keuzuran dan kematian boleh

disalurkan dengan kadar segera.

SSPP boleh menyalurkan maklumat tersebut melalui panggilan ke talian Pusat

Khidmat Pelanggan PERKESO, Whatapps, Twitter dan Facebook. Di samping itu,

Cawangan Pengurusan Perhubungan (CRM) Pelanggan juga akan menyemak laporan

akhbar setiap hari bagi mengenalpasti kes kemalangan atau kematian yang berpotensi

layak menerima Faedah PERKESO. Maklumat yang diterima akan disalurkan kepada

Skuad di Pejabat PERKESO yang berkenaan melalui Sistem eCabs atau whatapps

group PERKESO Prihatin yang dikendalikan melalui CRM .

Dengan adanya SSPP, kes yang berkenaan dapat diambil tindakan segera bagi

membantu orang berinsuran yang ditimpa bencana dan waris orang berinsurans jika

ianya melibatkan kematian tanpa menunggu mereka mengemukakan tuntutan. SSPP

akan membantu menguruskan tuntutan berkaitan sehingga selesai dengan bayaran

yang boleh dibuat dan juga membekalkan peralatan pemulihan yang diperlukan.

Aliran kerja Skuad PERKESO Prihatin bertindak berdasarkan makluman

kemalangan/ kematian yang diterima.

LAPORAN PROJEK SAHABAT SKUAD PERKESO PRIHATIN

8

Page 15: Inovasi Sosial Kategori Penambahbaikanhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2542-sahabat-skuad-perkeso...PERKESO Prihatin (SPP). Sebelum projek dijalankan, Skuad PERKESO Prihatin

Bilangan Kes Diproses Oleh SSPP

Bagi tempoh Januari hingga September 2017, sebanyak 1,812 kes telah diproses oleh

SSPP berbanding 1332 kes bagi tempoh yang sama tahun 2016 (peningkatan sebanyak

36%)

Peningkatan Jaringan Penyaluran melalui SSPP

Selepas cadangan penyelesaian dibuat bagi tempoh Januari hingga September 2017, jumlah SSPP adalah sebanyak 38,463 orang berbanding 1332 orang pada September 2016

Kelulusan Pengurusan

Projek disokong oleh pihak pengurusan bagi kelancaran proses tindakan Skuad

PERKESO Prihatin merujuk kepada memo Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) seperti

berikut :

LAPORAN PROJEK SAHABAT SKUAD PERKESO PRIHATIN

9

Page 16: Inovasi Sosial Kategori Penambahbaikanhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2542-sahabat-skuad-perkeso...PERKESO Prihatin (SPP). Sebelum projek dijalankan, Skuad PERKESO Prihatin

Kolaberasi Agensi luar Tindakan kolaberasi dengan angensi luar telah dilaksanakan secara rasmi. i. Polis Diraja Malaysia ( PDRM) ii. Jabatan Bomba Malaysia iii. Media Cetak

Ruang Rasmi Sahabat Skuad PERKESO Prihatin Penerimaan pengguna “Facebook” terhadap Sahabat PERKESO Prihatin amat

memberangsangkan sehingga mencecah 2963 like.

Bagi tujuan hebahan mengenai Skuad PERKESO prihatin, risalah dan poster bersaiz

A4 diedarkan secara media sosial dan emel.

LAPORAN PROJEK SAHABAT SKUAD PERKESO PRIHATIN

10

Page 17: Inovasi Sosial Kategori Penambahbaikanhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2542-sahabat-skuad-perkeso...PERKESO Prihatin (SPP). Sebelum projek dijalankan, Skuad PERKESO Prihatin

Penyeragaman Kepada Anggota PERKESO

Hasil pemantauan yang telah dilaksanakan, perancangan jadual taklimat SSPP

disediakan bagi tujuan penjelasan dan penyeragaman kepada semua anggota yang

terlibat secara berperingkat seperti di jadual di bawah :

LAPORAN PROJEK SAHABAT SKUAD PERKESO PRIHATIN

11

Page 18: Inovasi Sosial Kategori Penambahbaikanhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2542-sahabat-skuad-perkeso...PERKESO Prihatin (SPP). Sebelum projek dijalankan, Skuad PERKESO Prihatin
Page 19: Inovasi Sosial Kategori Penambahbaikanhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2542-sahabat-skuad-perkeso...PERKESO Prihatin (SPP). Sebelum projek dijalankan, Skuad PERKESO Prihatin

4. 1 Outcome projek (dijangka) & pembuktian analisa berasaskan

i. Kesan jangka pendek

a) Produktiviti

Peningkatan tahap pemprosesan Faedah

Bantuan segera kepada mereka yang memerlukan sebaik

sahaja maklumat berkenaan diperolehi

Peningkatan kecekapan kemahiran dan sumber manusia

b) Moral

Peningkatan kepuasan pelanggan ( Majikan / Orang

Berinsurans / Waris ) kerana menerima pampasan dalam

tempoh kadar yang singkat.

Dapat menyelami perasaan dan masalah pelanggan secara

berdepan

Orang berinsurans atau waris merasai jaminan bagi

meneruskan kelangsungan hidup

c) Kualiti dan Perkhidmatan Memperlihatkan kesedaran orang ramai untuk berkongsi

maklumat mereka yang memerlukan bantuan.

Kefahaman orang ramai dapat dipertingkatkan mengenai skim perlindungan yang disediakan oleh PERKESO.

Mendapat hebahan/ promosi secara berkala dan berterusan

apabila penyampaian faedah dan peralatan pemulihan disiarkan oleh pihak media.

Mempertingkatkan jaringan keselamatan sosial yang lebih

mantap antara PERKESO dengan pelbagai agensi kerajaan serta pemimpin masyarakat yang membawa kepada perkhidmatan kepada rakyat sentiasa diberi keutamaan.

d) Keselamatan

Tindakan awal SSPP boleh mengelakkan kegiatan orang

tengah yang cuba mengambil kesempatan terhadap mereka

yang ditimpa bencana.

ii. Nilai tambah

Dapat dekati orang berinsurans dengan lebih mesra ( Turun padang dan

menyelami nasib orang masyarakat setempat )

Memberikan sokongan dan motivasi kepada orang berinsurans /

keluarga / waris

Sentuhan prihatin.

Berkongsi kegembiraan

Aspek peningkatan imej PERKESO melaui pengurusan yang efektif dan

efisien.

LAPORAN PROJEK SAHABAT SKUAD PERKESO PRIHATIN

12

Page 20: Inovasi Sosial Kategori Penambahbaikanhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2542-sahabat-skuad-perkeso...PERKESO Prihatin (SPP). Sebelum projek dijalankan, Skuad PERKESO Prihatin

iii. Pembuktian melalui data & sumber rasmi

a) Penjimatan Kos Perjalanan

Melalui pendekatan Skuad PERKESO prihatin membantu

menyelesaikan tuntutan secara proaktif telah membantu menjimatkan

kos kepada pelanggan sekiranya mereka hadir ke pejabat PERKESO

seperti jadual dibawah :

Catitan : Pemilihan jenis pengangkutan mengambilkira keadaan kesihatan Orang Berinsurans dan

memudahkan waris.

b) Penjimatan Kos Publisiti

Kos publisiti dapat dijimatkan dengan adanya penyiaran Skuad

PERKESO Prihatin melalui media seperti jadual di bawah :

c) Pencapaian Produktiviti

I. Bilangan Kes Diproses Oleh SSPP

Bagi tempoh Januari hingga September 2017, sebanyak 1,813 kes telah

diproses oleh SSPP berbanding 1,332 kes bagi tempoh yang sama

tahun 2016 (peningkatan sebanyak 36 %)

JADUAL 1 - Penjimatan Kos Perjalanan Kepada Pelanggan

Teksi 3110.00 62.20

Perkhidmatan Uber 1500.56 30.01

Perkhidmatab Grab 3145.38 62.91

Purata

Kos

(RM)

Jumlah

Kes

(Bil)

Jenis Pengangkutan

50 46.85

Purata

Jarak-

Pergi &

Balik

(KM)

Jumlah

Kos

(RM)

LAPORAN PROJEK SAHABAT SKUAD PERKESO PRIHATIN

13

Perkhidmatan Grab

Page 21: Inovasi Sosial Kategori Penambahbaikanhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2542-sahabat-skuad-perkeso...PERKESO Prihatin (SPP). Sebelum projek dijalankan, Skuad PERKESO Prihatin

II. Jumlah Kes FPM Dibayar

Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2017, sebanyak 11,748 kes FPM telah

dibayar berbanding 11,213 kes pada tempoh yang sama tahun 2016

(peningkatan sebanyak 4.77%)

Iii . Jumlah Kes Tuntutan Faedah Didaftar

Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2017, sebanyak 101,375 kes telah

didaftar berbanding 93,834 kes pada tempoh yang sama tahun 2016

(peningkatan sebanyak 7.96%)

d) Kepuasan Pelanggan

Kajian Kepuasan Pelanggan

Kajian kepuasan pelanggan dilaksanakan bagi tempoh 3 bulan merangkumi

borang kaji selidik dan juga temuduga dengan pelanggan.

LAPORAN PROJEK SAHABAT SKUAD PERKESO PRIHATIN

14

Page 22: Inovasi Sosial Kategori Penambahbaikanhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2542-sahabat-skuad-perkeso...PERKESO Prihatin (SPP). Sebelum projek dijalankan, Skuad PERKESO Prihatin

Hasil maklum balas yang diterima ke atas 4 soalan utama adalah seperti Jadual

1 dan Graf 1- 4 di bawah:

JADUAL 1

Perkara Maklumbalas Peratus

Faedah Penubuhan SP

Sangat Bersetuju 80.56%

Bersetuju 19.44%

Tidak Setuju 0%

Sangat Tidak Bersetuju 0%

Kecekapan Perkhidmatan SP Ya 100%

Tidak 0%

Penerangan Tuntutan Faedah Oleh SP

Sangat Jelas 72.48%

Jelas 27.52%

Tidak Jelas 0%

Sangat Tidak Jelas 0%

Kualiti Anggota SP

Sangat Berpuashati 81.65%

Berpuashati 18.35%

Tidak Berpuashati 0%

Sangat Tidak Berpuashati 0%

100%

0%

Ya

Tidak

Ya Tidak

Peratus 100% 0%

Kecekapan Perkhidmatan Anggota Skuad PERKESO Prihatin

75.00%25.00%

0.00%

0.00%

Sangat Jelas

Jelas

Tidak Jelas

Sangat Tidak Jelas

Sangat Jelas Jelas Tidak JelasSangat

Tidak Jelas

Peratus 75.00% 25.00% 0.00% 0.00%

Penerangan Tuntutan Faedah Oleh Skuad PERKESO Prihatin

82.64%17.30%

0.00%0.00%

Sangat Berpuashati

Tidak Berpuashati

SangatBerpuash

ati

Berpuashati

TidakBerpuash

ati

SangatTidak

Berpuashati

Peratus 82.64% 17.30% 0.00% 0.00%

Kualiti Anggota Skuad PERKESO Prihatin

80.56%

19.44%

0.00%

0.00%

Sangat Bersetuju

Bersetuju

Tidak Setuju

Sangat Tidak Setuju

SangatBersetuju

BersetujuTidakSetuju

SangatTidakSetuju

Peratus 80.56% 19.44% 0.00% 0.00%

Faedah Penubuhan Skuad PERKESO Prihatin

1 2

3 4

12

LAPORAN PROJEK SAHABAT SKUAD PERKESO PRIHATIN

15

Page 23: Inovasi Sosial Kategori Penambahbaikanhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2542-sahabat-skuad-perkeso...PERKESO Prihatin (SPP). Sebelum projek dijalankan, Skuad PERKESO Prihatin

4. 2 Impak projek (luar jangka) & pembuktian

i. Kesan jangka panjang – Kesan kepada pembangunan serta kemajuan negara

Membentuk hubungan baik antara PERKESO, agensi berkaitan, pekerja,

majikan, media, NGO dan pemimpin masyarakat.

Meningkatkan produktiviti negara secara keseluruhannya dari segi penjimatan

kos, pengemasan sistem & prosedur kerja dan juga penjimatan tenaga kerja.

Mempertingkatkan jaringan keselamatan sosial yang lebih mantap antara

PERKESO dengan pelbagai agensi kerajaan serta pemimpin masyarakat yang

membawa kepada perkhidmatan kepada rakyat sentiasa diberi keutamaan.

ii. Impak projek (hasil luar jangka)

a. Impak kepada Masyarakat

Proses pembelajaran anak orang berinsurans tidak tertangguh disebabkan

faedah segera yang diterima hasil tindkan Skuad PERKESO Prihatin.

Faedah PERKESO yang diterima dapat membantu orang berinsurans dan

tanggungan mereka meneruskan kelangsungan hidup dari segi ekonomi

dan emosi.

Membentuk hubungan baik antara PERKESO dengan masyarakat dalam

memberikan perkhidmatan

Mempercepatkan proses pemulihan dan mengelakkan daripada

kecederaan yang lebih teruk.

Perkhidmatan Skuad PERKESO Prihatin melangkaui ekspektasi

pelanggan.

b. Impak kepada Organisasi

Meningkatkan imej PERKESO

Mempercepatkan proses pemulihan dan mengelakkan daripada

kecederaan yang lebih teruk secara tidak langsung mengurangkan kos

pampasan bayaran Faedah.

Menjimatkan kos publisiti terhadap perkhidmatan PERKESO.

LAPORAN PROJEK SAHABAT SKUAD PERKESO PRIHATIN

16

Page 24: Inovasi Sosial Kategori Penambahbaikanhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2542-sahabat-skuad-perkeso...PERKESO Prihatin (SPP). Sebelum projek dijalankan, Skuad PERKESO Prihatin

iii. Pembuktian melalui data rasmi

Maklumbalas yang diterima daripada orang tanggungan mengenai tindakan segera

Skuad PERKESO Prihatin :

Sumber : Sinar Harian - 14 Julai 2017

Sumber : Sinar Harian – 16 Ogos 2017

LAPORAN PROJEK SAHABAT SKUAD PERKESO PRIHATIN

17

Page 25: Inovasi Sosial Kategori Penambahbaikanhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2542-sahabat-skuad-perkeso...PERKESO Prihatin (SPP). Sebelum projek dijalankan, Skuad PERKESO Prihatin
Page 26: Inovasi Sosial Kategori Penambahbaikanhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2542-sahabat-skuad-perkeso...PERKESO Prihatin (SPP). Sebelum projek dijalankan, Skuad PERKESO Prihatin

5. 1 Tahap ketersediaan teknologi/ sistem/ proses

- Proses kerja yang sistematik

5. 2 Tahap replikasi/ pengkomersialan (ROI)

Penyeragaman & pemantauan

Standard Operating Procedure bagi Pengurusan Skim Bencana Kerja dan

Pengendalian Faedah Pengurusan Mayat di bawah Skuad PERKESO

Prihatin telah disediakan untuk diedarkan kepada semua pejabat.

Kesimpulan

Skuad PERKESO Prihatin (SPP) berjaya meletakkan perkhidmatan PERKESO ke satu

tahap yang menepati hasrat dan melangkaui ekspektasi pelanggan.

Dengan adanya Sahabat Skuad PERKESO Prihatin, dapat merealisasikan matlamat

organisasi untuk menjadi sebuah agensi yang prihatin dan seterusnya berjaya

membentuk satu jaringan keselamatan sosial yang mantap dikalangan anggota

PERKESO, agensi kerajaan yang berkaitan, pihak media, pemimpin masyarakat dan juga

masyarakat awam.

LAPORAN PROJEK SAHABAT SKUAD PERKESO PRIHATIN

18