skuad prihatin ubat masyarakat, jabatan farmasi,

2
SKUAD PRIHATIN UBAT masyarakat, Jabatan Farmasi, Pertanyaan Untuk sebarang pertanyaan serta maklumat lanjut, sila hubungi: Puan Zainon Omar (09-7673390/3395) Puan Nur Aida Murni Mamamad (09-7673422) Email: [email protected] [email protected] Fax : 09-7673377 Jabatan Farmasi Hospital USM Jalan Raja Perempuan Zainab II 16150, Kubang Kerian Kelantan. http://www.kck.usm.my/husm/pharmacy/

Upload: duonghuong

Post on 18-Jan-2017

262 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SKUAD PRIHATIN UBAT masyarakat, Jabatan Farmasi,

SKUAD PRIHATIN UBAT masyarakat, Jabatan Farmasi,

Pertanyaan Untuk sebarang pertanyaan serta maklumat lanjut, sila hubungi: Puan Zainon Omar (09-7673390/3395) Puan Nur Aida Murni Mamamad (09-7673422) Email: [email protected] [email protected] Fax : 09-7673377

Jabatan Farmasi Hospital USM

Jalan Raja Perempuan Zainab II 16150, Kubang Kerian

Kelantan. http://www.kck.usm.my/husm/pharmacy/

Page 2: SKUAD PRIHATIN UBAT masyarakat, Jabatan Farmasi,

Skuad Prihatin Ubat Masyarakat, Jabatan

Farmasi, Hospital USM

Pengenalan Skuad Prihatin Ubat Masyarakat Kurangnya kefahaman, maklumat dan kesedaran akan penggunaan ubat secara selamat dan rasional mendorong sesetengah masyarakat kita mengambil mudah tentang pengurusan ubat-ubatan bagi diri sendiri mahu pun dalam kalangan ahli keluarga mereka. Akibatnya ubat yang digunakan mungkin berlebihan, berkurangan atau disalahgunakan dan tidak memberi kesan seperti yang diharapkan. Menyedari hakikat ini, Jabatan Farmasi, Hospital USM telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan Skuad Prihatin Ubat Masyarakat. Skuad ini mula bergerak dalam masyarakat melalui program-program kemasyarakatan di sekolah, agensi kerajaan dan tempat-tempat a w a m d e n g a n m e n a w a r k a n perkhidmatan secara percuma bagi meningkatkan keprihatinan masyarakat terhadap penggunaan ubat-ubatan secara berkesan.

Keanggotaan

Skuad Prihatin Ubat Masyarakat ditubuhkan oleh Jawatankuasa Kempen Kesedaran Penggunaan Ubat - Ubatan, Jabatan Farmasi pada tahun 2013. Skuad ini dianggotai oleh pegawai farmasi, penolong pegawai farmasi dan kakitangan sokongan yang lain. Skuad ini dinaungi oleh Timbalan Pengarah Kanan (Farmasi) Hospital USM.

Peranan Skuad

1. Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang penggunaan ubat yang rasional.

2. Menyebar maklumat tentang pengunaan ubat yang betul dalam kalangan pengguna.

3. Memberi pendedahan tentang profesion farmasi kepada pelajar-pelajar sekolah.

Aktiviti yang ditawarkan 1. Ceramah ubat-ubatan 2. Ceramah kerjaya farmasi 3. Kaunseling penggunaan ubat-ubatan 4. Pameran ubat-ubatan 5. Penyediaan dan penyebaran risalah

ubat-ubatan 6. ‘Home Medication Review’ (HMR) Aktiviti- aktiviti mena rik yang lain turut disediakan, seperti teka silangkata, kuiz dan lain-lain. Antara aktiviti -aktiviti yang telah di-jalankan

1. Program SAHABAT HUSM di

Sekolah Menengah Kebangsaan Teratak Pulai (tahun 2011).

2. Pameran di Pasaraya Tesco sempena sambutan Hari Farmasi Sedunia (tahun 2011).

3. Pameran di Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kelantan sempena Majlis Pelancaran Program Duta Kenali Ubat Anda, Kementerian Kesihatan

Malaysia (tahun 2012). 4. Pameran di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Kota Bharu sempena minggu kesihatan LHDN (tahun 2013).