edisi 3/2013

20
1 MENTERI BESAR MELAWAT BOOTH JPS SELANGOR SEMPENA SAMBUTAN AIR SEDUNIA m/s : 3 Lawatan JPS Terengganu M/S : 6 Kursus Asas KIK JPS Negeri Selangor M/S : 13 ANTARA YANG MENARIK : Kuliah Dhuha Bersama Ustaz Don M/S : 15 http://water.selangor.gov.my | JPS Careline 1 300 80 1010 | Edisi 3 2013 (April - Jun) JPS Negeri Selangor Tingkat 5 ,Podium Selatan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 40626 Shah Alam

Upload: hoangcong

Post on 25-Jan-2017

274 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Edisi 3/2013

1

MENTERI BESAR MELAWAT

BOOTH JPS SELANGOR SEMPENA SAMBUTAN AIR SEDUNIA

m/s : 3

Lawatan JPS Terengganu

M/S : 6

Kursus Asas KIK JPS Negeri

Selangor

M/S : 13

ANTARA YANG MENARIK :

Kuliah Dhuha Bersama Ustaz

Don

M/S : 15

http://water.selangor.gov.my | JPS Careline 1 300 80 1010 | Edisi 3 2013 (April - Jun)

JPS Negeri Selangor

Tingkat 5 ,Podium Selatan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 40626 Shah Alam

Page 2: Edisi 3/2013

2

Bahagian Sungai, Pantai & Pengurusan Banjir JPS

Selangor telah memenuhi jemputan dari Kelab

Pencinta Alam SMK Abdul Jalil untuk menyertai

Program BANYU(Air) yang telah diadakan pada 13

April 2013 (Sabtu) bertempat di Orchad Homestay, Kg. Jawa Batu 18, Hulu

Langat Selangor.

PROGRAM BANYU (AIR)

Kursus Asas ArcGIS v.10 telah diadakan untuk desk officer/pegawai GIS

pada 16 sehingga 18 April 2013 (Selasa-Khamis)bertempat di Bilik Latihan

BPME, JPS Negeri Selangor, Shah Alam. Ceramah di sampaikan oleh En

Kamaruddin Bin Mohd Arif dan di bantu oleh En Hafizan Bin Muksan

daripada Unit GIS dan Rekabentuk JPS Shah Alam.

KURSUS ASAS SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS)

Page 3: Edisi 3/2013

3

Program ini telah diadakan pada 27 April 2013 (Sabtu) bertempat di Pantai

Morib , Kuala Langat di mana JPS Negeri Selangor turut menyertai pam-

eran di program tersebut. Program dirasmikan oleh Y.A.B Tan Sri Dato‟ Seri

Abd Khalid Bin Ibrahim, Dato‟ Menteri Besar Selangor.

PROGRAM SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA 2013

JPS Selangor telah mengadakan Konvesyen Majlis BersamaJabatan (MBJ)

Tahun 2013 pada 15 Mei 2013 (Rabu) bertempat di Ballroom, Dewan Jubli

Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam untuk pemilihan

Wakil Pekerja MBJ bagi sesi 2013/2015. Konvesyen dirasmikan oleh Tuan Hj.

Mohamad Nazif Bin Daud Timbalan Pengarah Pembangunan (II), JPS Negeri

Selangor.

KONVENSYEN MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) 2013

Page 4: Edisi 3/2013

4

BSAH JPS Pulau Pi-

nang telah

mengadakan

lawatan sambil

belajar ke JPS

Negeri Selangor

pada 21 Mei 2013

(Selasa) yang

diketuai oleh

Ir Nasser Bin Salim,

Ketua Penolong

Pengarah Operasi

JPS Pulau Pinang.

Ucapan aluan te-

lah di sampaikan

oleh Ir Ab Qahar Bin Osman AMN.PPT dan taklimat pengenalan di sampaikan oleh

En. Danapal A\L Kannusamy, Pegawai Hidrologi Negeri.

LAWATAN JPS PULAU PINANG

Bahagian Pengurusan Maklumat telah mengadakan Bengkel Penyediaan

DKICT pada 20 Mei sehingga 21 Mei 2013(Isnin-Selasa) khusus untuk Jawa-

tankuasa Pemandu ICT JPS Selangor bertempat di Impian Morib Hotel,

Banting Selangor. Penceramah jemputan adalah Pn Hazimah Binti

Ahmad Jasman daripada Bahagian Pematuhan ICT, Seksyen

Keselamatan ICT MAMPU dan Encik Muhammad Arif Bin Amir, daripada

BPM, JPS Malaysia. Bengkel ini telah dirasmikan oleh En. Rajaselvam A\L

Govindaraju, Ketua Penolong Pengarah Kanan BPME.

BENGKEL PENYEDIAAN DASAR KESELAMATAN ICT (DKICT)

JPS NEGERI SELANGOR

Page 5: Edisi 3/2013

5

Unit GIS &Rekabentuk, Bahagian Pengurusan Maklu-

mat JPS Selangor telah mengadakan Lawatan GIS ke

PeGIS Pulau Pinang pada 09 Jun sehingga 11 Jun 2013

(Ahad-Selasa) bertempat di pejabat JPS

Pulau Pinang.

LAWATAN TEKNIKAL J/KUASA GIS SELANGOR KE PEGIS

Takli-

mat

Ama-

lan 5S

telah diadakan pada 20 Jun 2013 (Khamis) bertem-

pat di Bilik Cempaka yang

telah di sampaikan oleh perunding yang telah di

lantik iaitu En Mohd Lizuan Bin Latiff dari Qualitymind

Sdn Bhd untuk JPS Selangor memperoleh pensijilan

Amalan Persekitaran Berkualiti 5S daripada MPC.

TAKLIMAT AMALAN 5S JPS SELANGOR

Page 6: Edisi 3/2013

6

Pada 24 Jun – 26 Jun 2013 (Isnin-Rabu) bertempat

di kem El-Azzhar Training, Kuala Langat telah

diadakan Bengkel Motivasi Diri (“TeamBuilding”)

Khusus untuk penyelaras Jawatankuasa Latihan &

Kerjaya JPS Selangor anjuran Unit Pembangunan

BENGKEL MOTIVASI JATI DIRI (“TEAM BUILDING”)

JPS Terengganu telah mengadakan lawatan ke Unit GIS JPS Selangor pada 25 Jun

2013 (Selasa). Lawatan JPS Terangganu telah di ketuai oleh Ketua Penolong Pengarah

Kanan (KPPK)En Salahuddin Bin Ali. Pada lawatan ini Pengarah JPS Selangor, Ir Hj Ab

Qahar Bin Osman AMK PPT telah memberi sedikit ucapan aluan dan taklimat GIS di

sampaikan oleh En. Kamaruddin Bin Mohd Arif Pelukis Pelan Tertinggi Unit GIS JPS

Negeri Selangor.

TAKLIMAT GIS & LAWATAN JPS TERENGGANU

Page 7: Edisi 3/2013

7

Pada 28 Jun 2013(Jumaat) bertempat di Bilik

mesyuarat cempaka, JPS Selangor telah

mengadakan Ceramah bertajuk “Cara

Menghayati Ramadhan” yang telah di

sampaikan oleh penceramah jemputan iaitu

Ustaz Annuar Hamzah Bin Tohar daripada

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

CERAMAH “CARA MENGHAYATI RAMADHAN”

Page 8: Edisi 3/2013

8

Pada 1 Jun 2013 JPS Daerah Klang telah

menerima Jurutera Daerah yang baru

dilantik iaitu Tn Hj Safii Bin Ramli yang

sebelum ini bertugas di JPS Kuala

Selangor. Kakitangan JPS Klang

mengalu-alukan kehadiran Tn Haji Safii Bin

Ramli ke JPS Klang. Semoga dengan

kehadiran

Jurutera Daerah

yang baru dapat

meningkatkan

nama JPS Klang

PERPINDAHAN KAKITANGAN JPS KLANG

PERKAHWINAN KAKITANGAN JPS KLANG

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada

Kakitangan JPS Klang En Helmi Bin Amat Anas

dan pasangannya Puan Juria Bt Abdul Wahab

yang telah selamat diijabkabulkan pada 2 Jun

2013. Kami Warga kerja JPS Klang mendoakan

semoga perkahwinan ini kekal sehingga ke akhir

hayat.

Page 9: Edisi 3/2013

9

Pada 20 Jun 2013, Taklimat Buku

Perkhidmatan dan Hari Pelanggan

kepada kakitangan Jabatan Pengairan

dan Saliran Daerah Klang telah diadakan

di Bahagian Teknikal JPS Klang, Selangor.

Taklimat tersebut telah dikendalikan oleh

Y.M Raja Kamariah Binti Raja Shahardin

dan juga En. Rajandran A/L Aiyakannu.

Ia telah dihadiri oleh semua kakitangan

JPS Klang iaitu seramai lebih kurang 80

orang.Taklimat ini di adakan bagi tujuan

semakan dan kemaskini rekod

perkhidmatan semua kakitangan .

TAKLIMAT BUKU PERKHIDMATAN DAN HARI PELANGGAN

KAKITANGAN BERSARA JPS KLANG

JPS Klang mengucapkan selamat

bersara kepada kakitangan yang

telah pun bersara dan

mengucapkan ribuan terima kasih

atas perkhidmatan dan jasa yang

telah diberikan sepanjang tempoh

bertugas di dalam Perkhidmatan

Awam.

ROJAMAN BIN YALID

SITI MARIAM BINTI ABD MAJID

AHMAD SARKONI BIN HAJI BAJORI

PERGURNIAAN PINGAT

JABATAN PENGAIRAN DAN

SALIRAN DAERAH KLANG

Tahniah diucapkan kepada kakitangan

JPS Klang yang akan dikurniakan pingat

PJK En Samuri B Susah,

En Jaali B Abdul Rahman,

En Ahmad Sarkori Bin Hj Bajori,

En Jonit B Hamzah

Page 10: Edisi 3/2013

10

MAJLIS PERPISAHAN JURUTERA JPS KUALA SELANGOR

Pada 28 Mei 2013 Majlis Perpisahan Jurutera Daerah

Jabatan Pengairan dan Saliran Kuala Selangor telah

diadakan di Restoran Ikan Bakar, Pantai Jeram,

Kuala Selangor. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pen-

garah Tuan Hj Ab Qahar bin Osman, Timbalan Pengarah

(Pembangunan) En Azman bin Yahya,

Jurutera Daerah Sabak Bernam En Herman bin Tawil, Ju-

rutera Daerah Petaling Tuan Hj Ishak bin

Shamsuddin, Jurutera Daerah Gombak Tuan Hj Fuad bin

Buang, Jurutera Pengairan Bhgn. Tg karang

En Zuraidy bin Jalal, Pegawai Penjaga Hulu Selangor En

Halim bin Masri , En Saari bin Harun,

En Muhammad Fairuz bin Md Yusof serta pegawai dan

kakitangan JPS Daerah Kuala Selangor.

“Selamat Datang dan Menjalankan Tugas”

JD JPS KUALA SELANGOR.

1 June 2013 Merupakan hari

pertama En Zurraidy bin Jalal

menjalankan tugas sebagai

Jurutera Daerah Jabatan

Pengairan dan Saliran

Daerah Kuala Selangor.

Jawatan ini disandang

selepas Jurutera Daerah yang

terdahulu bertukar ke JPS

Daerah Klang. Seluruh

warga kerja JPS Daerah Kuala

Selangor mengalu-alukan ke-

datangan beliau dan

mengucapkan “Selamat

Datang dan Menjalankan

Tugas”. Beliau bukanlah asing

bagi semua kakitangan di

daerah ini kerana sebelum ini beliau bertugas sebagai Jurutera di Bahagian Pengairan

Tg. Karang mulai 5 Febuary 2009 hingga 30 Mei 2013. Moga dengan kehadiran beliau ini

menambah erat hubungan yang terjalin dan seluruh warga kerja JPS Daerah Kuala

Selangor akan memberi kerjasama yang penuh kepada Jurutera Daerah JPS yang baru

dalam melaksanakan tugas yang diarahkan.

Page 11: Edisi 3/2013

11

Pada 20 June 2013 Jabatan Pengairan Dan

Saliran Daerah Kuala Selangor telah

menjemput seramai 33 Pengerusi JKKK bagi

Daerah Kuala Selangor khususnya di

Kawasan Pengairan Tg Karang dan

sebahagian dari kawasan Saliran Blok 1, Blok

II dan Blok III serta kakitangan yang terlibat

dalam menjayakan program “Hari Keseda-

ran Alam Sekitar Bersama

Komuniti”pada 2.6.2013 bertempat di Sawah

Sempadan, Tg Karang untuk menerima sijil

penghargaan. Pada hari tersebut seramai

850 orang awam telah terlibat menjayakan program tersebut. Program tersebut memu-

puk kesedaran orang ramai dalam menjaga kelastarian alam sekitar dan

menjaga kebersihan di samping pengawalan penggunaan racun serangga dan rum-

pai. Pada hari tersebut juga diadakan acara memancing bagi tujuan mencari dana un-

tuk Kelab Sukan dan Kebajikan JPS Tg Karang / K.Selangor.

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN

“ Program Kesedaran Alam Sekitar Bersama Komuniti”

SEKILAS PANDANG……….

Page 12: Edisi 3/2013

12

Khamis 2 Mei 2013, Kursus Motivasi dan

Perjumpaan Kakitangan Bersama Ketua

Jabatan serta Majlis Jasamu Dikenang

telah diadakan di Hotel Impian Morib.

Majlis perasmian telah di sempurnakan

Jurutera Daerah JPS Kuala Langat Tuan

Badaruddin Bin Tahiruddin

KURSUS MOTIVASI, PERJUMPAAN KAKITANGAN BERSAMA KETUA

JABATAN DAN MAJLIS JASAMU DIKENANG

SEKILAS PANDANG……….

Page 13: Edisi 3/2013

13

KURSUS ASAS KIK JPS NEGERI SELANGOR DI PUSAT LATIHAN AWAM

SELANGOR MORIB.

OBJEKTIF KURSUS

Berusaha untuk mewujudkan satu

kumpulan yang beretika

dalam menyelesaikan masalah

Berusaha memuaskan kehendak

pelanggan dan menaikan imej jabatan Me-

wujudkan semangat berpasukan

BACAAN YASIN DAN CERAMAH SEMPENA ISRAK MIKRAJ

Majlis tersebut telah diadakan pada hari

Jumaat 7.6.2013 jam 8.30 pagi bertempat di

bilik mesyuarat JPS Kuala Langat. Majlis

disertai oleh Jurutera Daerah En. Badaruddin

Bin Tahiruddin. Manakala ceramah telah di

sampaikan oleh Imam Masjid

Alaeddin Kg.

Bandar.

Page 14: Edisi 3/2013

14

BENGKEL SEMAKAN DOKUMEN MANUAL ALAM SEKITAR

Satu Bengkel Semakan

Dokumen Manual Alam Sekitar

(MAS) telah diadakan pada

3hb hingga 5hb April 2013

bertempat di Bilik Mesyuarat

Bunga Raya, JPS Daerah Sabak

Bernam. Bengkel ini juga telah

mengadakan lawatan ke

Rumah Pam Bagan Terap.

PROGRAM MESRA ALAM SEKITAR ANJURAN EMS ISO 14001:2004

SKIM PENGAIRAN RUMAH PAM BAGAN TERAP (SPRPBT), JABATAN

PENGAIRAN DAN SALIRAN DAERAH SABAK BERNAM

Satu program Mesra Alam Sekitar Anjuran EMS

ISO 14001:2004 SPRPBT telah diadakan pada

30hb April 2013 bertempat di Perkarangan

Rumah Pam Bagan Terap, Parit 12, Sungai

Panjang. Program ini melibatkan pengerusi

JKKK, ahli JKKK, petani dan ahli SPRPBT

sendiri.Antara aturcaranya ialah taklimat dari

Penolong Jurutera dan Jurutera Daerah, sesi

penyampaian Poster Mesra Alam Sekitar serta

sesi dialog antara Jurutera Daerah dengan

ketua kampung dan petani. Terdapat juga pameran mengenai Skim Pengairan

Rumah Pam Bagan Terap (SPRPBT). Phak bomba juga telah dijemput untuk memberi

taklimat mengenai kebakaran dan membuat demostrasi cara-cara memadamkan

api kebakaran kecil.

Page 15: Edisi 3/2013

15

CERAMAH ISRAK-MIKRAJ 1431H / 2013 MOTIVASI KE ARAH

PEKERJA CEMERLANG JPS DAERAH SABAK BERNAM

Majlis Ceramah Israk-Mikraj Motivasi Ke

Arah Pekerja Cemerlang Jabatan Pen-

gairan dan Saliran Peringkat Daerah Sa-

bak Bernam telah diadakan pada 31hb

Mei 2013 bersamaan 21 Rejab 1434M

bertempat di Dewan JPSSB, Jalan Sun-

gai Limau, Sungai Besar. Majlis ini telah

dijayakan oleh semua

kakitangan pejabat ini sera-

mai 189 orang.

Penceramah jemputan

pada majlis tersebut

adalah Ustaz Haji Mohd

Farid Bin Haji Dawam.

KULIAH DHUHA BERSAMA USTAZ DON DANIAL BIN DON

BIYAJID BERSEMPENA BULAN WAKAF NEGERI SELANGOR

Satu Kuliah Dhuha anjuran Perbadanan Wakaf

Selangor telah diadakan di Dewan Seri Bernam,

Daerah Sabak Bernam pada 5hb Jun 2013 ber-

mula pada pukul 9.00 pagi. Penceramah yang

terlibat ialah Ustaz Don Danial Bin Don Biyajid. Se-

mua jabatan di dalam Daerah Sabak Bernam te-

lah dijemput untuk

menghadiri kuliah terse-

but. Tajuk kuliah yang

diberikan ialah

„Menjemput Rezeki Den-

Page 16: Edisi 3/2013

16

LAWATAN BAGI INVENTORI AKTIVITI KOLAM TERNAKAN UDANG DI

DAERAH SABAK BERNAM

Satu lawatan bersama dengan Lembaga

Urus Air Selangor (LUAS) serta Pejabat Daerah

Dan Tanah Daerah Sabak Bernam dan

Jabatan Pengairan Dan Saliran telah

diadakan pada 6hb Jun 2013. Lawatan

melibatkan semua kolam ternakan udang di

dalam daerah Sabak Bernam. Tujuan di

adakan lawatan ini adalah untuk membuat

inventori kolam ternakan udang oleh LUAS.

PERTANDINGAN BOWLING SILATURAHIM ANTARA AGENSI

Jabatan ini telah menerima jemputan dari

Jabatan Pengairan Dan Saliran Barat Laut

(IADA) Kuala Selangor untuk menyertai satu

pertandingan bowling silaturahim antara agensi

yag telah diadakan di Megalanes Bowling

Centre One Plaza, Kuala Selangor.

Pertandingan in diadakan pada 21hb Jun 2013

pada pukul 3.00 petang. Seramai 4 orang wakil

dari jabatan ini.

Page 17: Edisi 3/2013

17

KEJOHANAN BOLA TAMPAR ANTARA JABATAN DAERAH

SABAK BERNAM 2013

Kejohanan Bola Tampar Antara Jabatan

Daerah Sabak Bernam telah diadakan di

Padang Kuarters JPS Jalan Sungai

Limau selama 2 hari iaitu pada 22hb

hingga 23hb Jun 2013. Kejohanan ini

dianjurkan oleh Kelab Sukan Dan

Kebajikan Jabatan Pengairan Dan

Saliran Daerah Sabak Bernam. Sebanyak

8 pasukan yang telah menyertai

kejohanan tersebut. Keputusan

kejohanan adalah seperti berikut:

PSKPP

MDSB A

JPS

JKR

KAKITANGAN JPS SABAK BERNAM YANG BERPINDAH

MOHD SELAMAT BIN MD YATIM

Juruteknik J22

Berpindah ke JKR Sabak Bernam

Tarikh Mula Berkhidmat : 01/11/1980

Tarikh Berpindah : 28/02/2013

HAJI SHAHRANI BIN SAMSUDDIN

Juruteknik J22

Berpindah ke JKR Sabak Bernam

Tarikh Mula Berkhidmat : 02/01/1982

Tarikh Berpindah : 28/02/2013

NORHASLIZA BINTI KHAFIT

Juruteknik J17 (Naik Pangkat Ke

Penolong Jurutera J29)

Berpindah ke JKR Kuala Selangor

Tarikh Mula Berkhidmat : 16/08/2003

Tarikh Berpindah : 31/03/2013

BAHARUDDIN BIN SIBAN

Juruteknik J22 (Naik Pangkat Ke

Juruteknik Kanan J26)

Berpindah ke JPS Kuala Selangor

Tarikh Mula Berkhidmat : 01/04/2011

Tarikh Berpindah : 01/05/2013

Page 18: Edisi 3/2013

18

LAWATAN PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA CAWANGAN

SELANGOR

Seramai 20 orang peserta dari PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA CAWANGAN

SELANGOR DAN WAKIL PBT membuat

lawatan ke Kawasan Rekreasi Perigi Tujuh

pada 14.5.2013 (SELASA), Serendah yang

dibawah jagaan JPS Daerah Hulu Selangor.

Lawatan tersebut merupakan sebahagian

dari lawatan ke Kawasan-kawasan yang

besejarah di Daerah Hulu Selangor .

PERTANDINGAN BOWLING DI ANTARA KAKITANGAN JPS DAERAH HULU

SELANGOR

Pejabat JPS Daerah Hulu Selangor telah

mengadakan satu pertandingan bowling diantara

kakitangan JPS Daerah Hulu Selangor yang telah

diadakan di BUKIT BERUNTUNG GOLF RESORT &

COUNTRY CLUB pada 1.6.2013 (SABTU). Tujuan

pertandingan diadakan bagi mengeratkan lagi

hubungan silatulrahim diantara kakitangan jabatan

serta mencari bakat terpendam yang boleh dike-

tengahkan dalam sukan bowling. Seramai hampir

50 orang peserta yang mengambil

bahagian dan telah dibahagikan kepada

12 kumpulan

Page 19: Edisi 3/2013

19

LAWATAN YB LEE KEE HIONG ADUN KUALA KUBU BHARU.

Lawatan YB LEE KEE HIONG ADUN KUALA

KUBU BHARU ke pejabat JPS Daerah Hulu

Selangor pada 05.06.2013 (RABU) bertujuan

untuk beramah mesra serta memperkenalkan

diri sebagai Adun dan berkenalan dengan

kakitangan Jabatan selain membincangkan

urusan kerja

LAWATAN TIMBALAN PENGARAH PEMBANGUNAN II

Lawatan TIMBALAN PENGARAH PEMBANGUNAN II TUAN HAJI

MOHAMAD NAZIF BIN DAUD ke

Daerah Hulu Selangor bertujuan me-

lawat tapak pembangunan kerja

serta meninjau kawasan

pengambilan pasir sungai di Mukim

Batang kali pada 19.06.2013 (RABU).

Page 20: Edisi 3/2013

20

PENAUNG Ir. Haji Ab. Qahar Bin Osman AMK PPT

PENGERUSI Marenawati Bt Abd Malek

PENASIHAT Rajaselvam A/L Govindaraju

KETUA EDITOR Mohd Khoir Bin Shafie

SIDANG EDITOR DAN PEREKA MAJALAH

Nurnajihan Bt Nasoha

Norazlin Bt Abdul Wahab

Raja Mohd Noor Aizal Bin Raja Ismail.

PENYUMBANG IDEA (Bahagian /Daerah)

BKP (Irwan Shah Bin Hashim & Nurul Azhar Bin Husin),

BPA (Azrin Bin Alias & Nor Azlina Bt Mamat ),

BUBK (Khairul Nizam Bin Torman & Mohd Fairuz Bin Mohd Yusof ),

BKORP(Sriyanty Bt Samsuri & Nor Hafizah Bt Suhadis),

BSMA (Siti Sulina Bt Md. Sulaiman & Ong Hon Lim ),

BPSAH ( Mohd Jefri Bin Zamri),

BPME.(Zarinah Bt Abdul Majid),

BPSP (Norzihan Bt Mohd Yusop),

BSgP(Siti Saimah Bt Abd Rahman & Muhammad Sahril Bin Tijan ),

JPS Hulu Langat(Aizakazalie Bin Osman),

JPS Hulu Selangor.(Rosli Bin Badros & Adzuan Bin Anuar),

JPS Klang.(Abdul Wahid Bin Bakri & Ely Elyani Bt Selamat) ,

JPS Kuala Langat ( Hj Amat Yahaya Bin Hj. Ibrahim & Izzad Bin Nizam),

JPS Kuala Selangor (Muhammad Samdin Bin Yusop),

JPS Petaling(Ishak Bin Othman),

JPS Sabak Bernam.(Mohd Yusrizal Bin Amiruddin & Herman Bin Tawil),

JPS Sepang (Md Sadiq Bin Kasmani).

JURUGAMBAR

Shariful Izwan Bin Sharifudin

Mohd Isham Bin Ishak

SIDANG PENGARANGSIDANG PENGARANG