buletin i learn 2013 edisi jan jun

13

Upload: abu-qusyairi

Post on 22-Jan-2016

41 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Buletin i Learn

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin i Learn 2013 Edisi Jan Jun
Page 2: Buletin i Learn 2013 Edisi Jan Jun

Warkah Pengarah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya , Buletin i-Learn berjaya diterbitkan buat ke 7 kalinya. Insya Allah kandungannya lebih jitu dan memberi manfaat kepada pembaca kalian. Tahun 2012 merupakan tahun yang agak sibuk bagi Pusat i-Learn dari segi pertambahan sesi latihan berkenaan e-pembelajaran, pembangunan modul baru latihan e-pembelajaran, pengurusan dua projek POC (Proof of Concept) untuk pembangunan e-kandungan serta permulaan fasa IV pembangunan e-kandungan standard (standardized e-content). Lebih 10,000 pelajar dan 1800 pensyarah dilatih antara bulan Februari hingga Disember tahun lepas. Saya bersyukur kerana staf i-Learn sentiasa giat bekerja untuk memastikan agenda Pusat i-Learn berlangsung. Tahun 2012 juga merupakan tahun yang agak mencabar buat Pusat i-Learn dalam usaha menggerakkan pembelajaran teradun/

blended learning (BL). Rata-rata masih ada warga UiTM yang kurang informed atau tidak yakin dengan kaedah pengajaran ini. Tahun 2013 menjanjikan rentak yang berbeza, malah lebih mengujakan kerana blended learning kini diterima senat sebagai salah satu mod penyampaian yang pada hemat saya, akan menjadi satu kelaziman dalam beberapa tahun akan datang. Justeru itu, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pengurusan tertinggi UiTM kerana memberi mandat dan kepercayaan kepada saya dan warga Pusat i-Learn untuk terus mengusahakan transformasi pembelajaran dan pengajaran melalui kaedah blended ini. UiTM memang beruntung kerana mempunyai ramai champion e-pembelajaran dan BL termasuk Tan Sri Dato’ Sri Naib Canselor sendiri yang sentiasa menggalakkan wadah P & P ini. Kami juga bersyukur kerana Prof TNCAA dan pihak UHEK tidak putus-putus memberi sokongan dan bekerjasama supaya BL dapat dilaksanakan. Dengan penglibatan lebih ramai pensyarah (dianggarkan 30% kursus akan diajar secara BL September 2013) , Pusat i-Learn akan melipatganda usaha untuk memberi sokongan dalam bentuk (1) penerangan dan taklimat mengenai BL, (2) bengkel BL, (3) kursus-kursus berkaitan yang menyokong blended learning seperti Web 2.0, (4) penghasilan pakej-pakej e-content yang lebih mudah dan ringkas dan pembangunan dan penambaikan modul sistem seperti BL registration online dan BL tracking. InsyaAllah, tahun 2013 akan lebih bermakna dan menyaksikan penglibatan Pusat i-Learn dalam pelbagai aktiviti e-pembelajaran. Pusat i-Learn akan mengadakan kolaborasi dalaman untuk menjayakan Karnival e-pembelajaran serta kolaborasi dengan universiti luar bagi merealisaikan konferens ICEL 2013. Beberapa projek perundingan juga dijangka akan bermula tahun ini. Di kesempatan ini juga, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua warga Pusat i-Learn yang dedikasi dan setia berkhidmat ke arah kejayaan Pusat i-Learn. Saya berazam menjadikan Pusat i-Learn pusat sokongan bersepadu e-pembelajaram universiti serta rujukan tempatan dan antarabangsa dalam tahun-tahun yang mendatang. Semoga semua usaha bersama kearah pengajaran e 3- efficient, effective & engaging dirahmati.

Sekian , wassalam. Prof Madya Dr Nor Aziah Hj Alias

Page 3: Buletin i Learn 2013 Edisi Jan Jun

Bahagian Pentadbiran

1.0 TEAMBUILDING PUSAT I-LEARN

Teambuilding Pusat i-Learn telah diadakan di Kendong Village Resort, Sukabumi Adventure Centre, Daerah Kota, Rembau, Negeri Sembilan pada 9 Jun 2013 hingga 11 Jun 2013 yang mana peruntukan program diperolehi daripada pihak ILQAM, UiTM.

Selain Pengarah dan Staf Pusat i-Learn, program juga melibatkan sama wakil daripada Institut Pendidikan NEO (iNED), wakil daripada Unit Kewangan Bendahari Zon 17 dan wakil Trainers i-Learn.

Program berjalan seperti di jadualkan. Peserta di harap dapat mengimplikasikan segala yang diperolehi sepanjang program dan di manfaatkan bagi memastikan Pusat i-Learn menjadi pusat akademik yang membantu bersama pembangunan akademik universiti khususnya.

TEAM BUILDING

9 J

un 2

013

hin

gga

11

Jun

201

3

Page 4: Buletin i Learn 2013 Edisi Jan Jun

2.0 PROGRAM SANTAI I-LEARN

Pusat i-Learn telah mengadakan program santai i-learn pada 1 Mei 2013 di Agrotek Resort and Training Centre, Batu 14 , Ulu Langat Selangor. Aktiviti ini bertujuan untuk memastikan kesinambungan hubungan erat sillaturrahim antara staf dan keluarga berterusan . Program dihadiri semua staf Pusat i-Learn dan keluarga. Program berjalan seperti dirancang dan yang amat dibanggakan ialah kos pembiayaan ditanggung sendiri oleh staf.

SANTAI ...

Page 5: Buletin i Learn 2013 Edisi Jan Jun

Ketua Unit : Azlan Abdul Aziz

Unit Pembangunan Bahan

PROJEK SME - Subject Matter Expert

Bil Lokasi Bengkel Pembangunan Kumpulan1 Makmal Komputer PTAR - Terbuka 12 Makmal Pusat i-Learn 23 Makmal UiTM Kampus Perak 34 Makmal UiTM Kampus Pulau Pinang 45 Makmal Pusat i-Learn - FSSR 56 Makmal Pusat i-Learn - Terbuka 67 Makmal Pusat i-Learn - FSG 78 Makmal Pusat i-Learn - FSSR 89 Makmal Pusat i-Learn - Terbuka 910 Makmal UiTM Kampus Jengka Pahang 1011 Makmal UiTM Pulau Pinang 1112 Makmal UiTM Kampus Kuala Pilah 1112 Makmal UiTM Kelantan 12

Senarai Peserta SME Fasa 4

E-Pembelajaran telah menjadi kebiasaan di kalangan institusi- institusi pengajian tinggi di seluruh dunia. Pembelajaran atas talian telah terbukti berkesan bagi pelajar dan pensyarah di mana maklumat boleh di akses secara 24/7 di mana sahaja tanpa mengira masa.

Sehubungan dengan itu, projek SME yang merupakan singkatan bagi Subject Matter Expert telah dilancarkan bagi mencapai matlamat e pembelajaran di kalangan warga UiTM

Sehubungan dengan itu, Pusat i-Learn masih lagi mencari pensyarah yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi bagi mengisi salah satu pakej pembangunan bahan kursus seperti berikut: Pakej 1 : Pensyarah hanya membangunkan papan cerita / stoyboard. Pusat i-Learn akan membangunkan bahan pengajaran tersebut ke dalam bentuk multimedia. Insentif berupa wang tunai RM1000 akan diberikan. Pakej 2 : Pensyarah akan membangunkan papan cerita / stoyboard. Pusat i-Learn akan memberikan template multimedia untuk dibangunkan oleh pensyarah tersebut. Pensyarah terbabit dikehendaki menyiapkan kod kursus tersebut ke dalam bentuk multimedia. Insentif berupa wang tunai RM2000 akan diberikan. Pakej 3: Pensyarah akan membangunkan papan cerita dan template multimedia secara menyeluruh dan menyiapkan kod kursus tersebut ke dalam bentuk multimedia mengikut kemahiran dan kepakaran masing-masing.Insentif berupa wang tunai RM3000 akan diberikan.

Page 6: Buletin i Learn 2013 Edisi Jan Jun

Ketua Unit : Azlan Abdul Aziz

Unit Pembangunan Bahan

PROJEK RAKAMAN VIDEO

Pusat i-Learn juga turut menyediakan perkhidmatan rakaman video bagi mana-mana pensyarah yang berminat untuk merakamkan syarahan mereka. Rakaman tersebut akan dimuatnaik ke portal i-learn dan salinannya akan diserahkan kepada pensyarah terbabit. Pensyarah yang berminat bolehlah membuat permohonan dengan menghubungi En Jefri Dahlan di talian 03-5543 5773 atau Emelkan ke [email protected]

inisiatif

jenis modulSehingga kini terdapat 3 modul perisian yang boleh diguna pakai dalam membantu pembangunan bahan dalam bentuk multimedia. Modul terbabit merupakan salah satu modul yang tersenarai dalam kalendar latihan Pusat i-Learn. Modul terbabit iaitu Lecture Maker, Adobe Flash dan Prezi

kerjasama dengan pihak luar

Sebagai sebuah pusat yang bertanggungjawab dalam pembangunan e Learning universiti, adalah menjadi tanggungjawab Pusat i-Learn untuk sentiasa peka mengenai perkembangan teknologi berkaitan e Learning. Sehubungan dengan itu, beberapa siri kerjasama dengan pihak luar telah diadakan dalam memberi pendedahan kepada pensyarah UiTM. Antaranya adalah seperti kerjasama bersama pihak V-Cube (M) Sdn Bhd , Panopto International dan sebagainya. Kesemua kerjasama ini merupakan salah satu kaedah dalam memantapkan lagi Pusat i-Learn dalam memartabatkan kaedah pembelajaran secara dalam talian di peringkat UiTM.

Akademi Pengajian Bahasa telah melaksanakan satu projek inisiatif khas di kalangan pensyarah APB dalam

membangunkan e Kandungan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran menggunakan perisian Lecture Maker.

Sehubungan dengan itu, sebanyak 8 kod subjek yang berjaya dihasilkan telah dimuat naik ke dalam Portal

i-Learn untuk kegunaan dalam proses P&P seterusnya merangkul Anugerah Khas dalam Anugerah e Learning

2012 bagi kategori : Innovative & Proactive Performance

Page 7: Buletin i Learn 2013 Edisi Jan Jun

Ketua Unit : Mohd Ali Mohd Isa

Unit SistemPendaftaran Blended Learning secara online Bermula semester Mac – Julai 2013, pensyarah yang ingin menjalankan mod pengajaran secara Blended Learning boleh mendaftar secara online melalui Sistem i-Learn. Pendaftaran ini dibuka secara rasmi mulai minggu 1 sehingga minggu 4 setiap semester bagi memastikan perjalanan kelas dan penentuan kumpulan pelajar berada dalam keadaan stabil. Surat pengesahan yang ditandatangani oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) akan dijana oleh sistem secara automatik setelah pensyarah mendaftar. Pensyarah boleh melayari front page Portal i-Learn untuk mendaftar Blended Learning.

Pendaftaran BL

Sistem Pengurusan Kurikulum Elektronik (SPeK)Unit Hal Ehwal Kurikulum (UHEK, BHEA) dengan kerjasama Pusat i-Learn telah menghasilkan satu sistem pendokumentasian secara elektronik yang dikenali sebagai Sistem Pengurusan Kurikulum Elektronik (SPeK). Sistem ini merupakan satu inovasi yang dapat memendekkan masa pembangunan dan semakan kurikulum di samping menjamin ketekalan dokumen kurikulum di seluruh sistem UiTM. Di samping itu, ia juga membolehkan penjanaan dokumen maklumat kursus untuk keperluan pemegangtaruh. Sistem ini

boleh dilayari di http://spek.uitm.edu.my.

SPeK

BL

Page 8: Buletin i Learn 2013 Edisi Jan Jun

Ketua Unit : Mohd Nor Hajar Hasrol Jono

Unit Latihan

PROGRAM & AKTIVITI PUSAT i-LEARN (JAN - JUN 2013)

Taklimat Blended Learning

Latihan Blended Learning Lain-lain Latihan

Taklimat Blended Learning

Latihan Blended Learning Lain-lain Latihan

1 63 118 8

JANUARI

FEBRUARI

Taklimat Blended Learning

Latihan Blended Learning Lain-lain Latihan

31710

APRIL

41112

MAC

Taklimat Blended Learning

Latihan Blended Learning Lain-lain Latihan

Page 9: Buletin i Learn 2013 Edisi Jan Jun

Ketua Unit : Mohd Nor Hajar Hasrol Jono

Unit Latihan

Taklimat Blended Learning

Latihan Blended Learning Lain-lain Latihan

Taklimat Blended Learning

Latihan Blended Learning Lain-lain Latihan

- 213 414 10

MEI

JUN

PROGRAM & AKTIVITI PUSAT i-LEARN (JAN - JUN 2013)

Untuk sebarang bentuk latihan yang berkaitan, sila berhubung dengan unit latihanPusat i-Learn iaitu En Mohd Nor Hajar Hasrol di talian 03-5543 5775

44012

85

JUMLAH PENGLIBATAN PENSYARAH : JUMLAH PENGLIBATAN PELAJAR: JUMLAH MODUL LATIHAN: JUMLAH PENGLIBATAN TRAINER PUSAT i-LEARN :

1,809

Page 10: Buletin i Learn 2013 Edisi Jan Jun

Ketua Unit : Prof Madya Dr Mohd Nor Mamat

Karnival E-Learning UiTM 2013 (UCEL 2013) telah berlangsung pada 3-4 Jun 2013 bertempat di Dewan Seri Budiman dan Anjung Seri Budiman, UiTM Shah Alam. Ia adalah cetusan idea kreatif Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang berfungsi sebagai platform untuk mempromosikan, eksplorasi dan perkongsian pengetahuan mengenai e-learning. Karnival ini adalah bersempena dengan sambutan 5 tahun Pusat i-Learn sejak penubuhannya sebagai institusi sokongan kepada pelaksanaan e-learning di UiTM. Karnival ini merangkumi 3 program utama iaitu pameran, pertandingan dan anugerah e-learning universiti. Ia telah dianjurkan secara bersama oleh Pusat i-Learn, INFOTECH dan iNED. Karnival ini antara lain berobjektifkan:

•Sebagai platfom untuk menggalakkan e-learning dan pelaksanaan Pembelajaran secara “Blended learning” kepada semua kakitangan dan pelajar UiTM •Sebagai platform untuk pelajar dan kakitangan berkongsi, menyampai serta mempromosikan produk inovasi mereka•Sebagai sebuah majlis penyampaian anugerah kepada semua warga UiTM dan pelajar bagi pencapaian dan prestasi mereka

Lebih daripada 2000 pengunjung termasuk peserta yang hadir sepanjang dua hari karnival berlangsung. Secara umumnya, karnival ini telah berjaya mencapai objektifnya di mana penglibatan fakulti, kampus dan vendor yang turut memeriahkan persekitaran pembelajaran elearning dengan inovasi terkini serta pencapaian elearning oleh fakulti dan kampus berkaitan.

Sebanyak 40 booth dibuka dan penyertaan oleh 12 vendor iaitu INTEL, Panopto, Microsoft, ECS, DELL, iSpring, CA Sdn Bhd, eLearning Mind, MTech, VCube, Edaran dan Pestariang. Sebanyak 17 fakulti dan kampus telah menyertai dengan mempamerkan inovasi dan pencapaian yang telah dicapai oleh pensyarah dan pelajar di fakulti/ kampus.

Sebanyak tiga kategori pertandingan inovasi dan teknologi dalam pendidikan telah dijalankan dan berjaya menarik penyertaan yang memberangsangkan daripada pelajar dan staf.

a) Pertandingan yang dianjurkan :1. Pertandingan Fotografik dan Manipulasi Digital2. Pertandingan Pembangunan Sistem dan Aplikasi Mobile3. Pertandingan Invention, Innovation & Design on e-Learning (IIDE)

Pertandingan Fotografik dan Manipulasi Digital telah dimenangi oleh Arif Zulhilmi b. Mohd Zin dengan foto bertajuk ‘Beyond Technologies’ sebagai pemenang pertama manakala pemenang kedua jatuh kepada Nik Mohd Razif Othman dengan foto ‘e-Education for e-Generation’ dan tempat ketiga dimenangi oleh Nabiha Mohd Mashut dengan foto bertajuk ‘Light of e-Nation (Cahaya e-Negara)’.

Unit Penyelidikan, Inovasi & Pengkomersilan

Page 11: Buletin i Learn 2013 Edisi Jan Jun

Ketua Unit : Prof Madya Dr Mohd Nor Mamat

Manakala Pertandingan Pembangunan Sistem dan Aplikasi Mobile menyaksikan 13 penyertaan inovatif di kalangan pelajar dan staf dengan tempat pertama dimenangi oleh Mohd Hisham Hamdi Mohd Nadzri dan rakan-rakan dengan aplikasi bertajuk DIE-EAT :- The Video Game Arcade (Dance Your Way Towards Healthy Eating!). Pemenang kedua ialah Dr.Rezian-na Muhammad Kassim dan rakan-rakan yang mempertaruhkan inovasi Sistem Automasi Pengecualian Kredit manakala tempat ketiga dimenangi Mohd Azrul Amir Muhamad Tajudin dan rakan-rakandengan inovasi UiTMCell Timetable Management.

Pertandingan Invention, Innovation & Design on e-Learning (IIDE) menyaksikan 60 penyertaan pensyarah dengan hasil inovasi yang pelbagai. Inovasi mereka diberi penilaian sama ada bertaraf emas, perak atau gangsa. Tiga penyertaan terbaik dimenangi oleh Teh Hong Siok dan rakan-rakan di tempat pertama dengan inovasi Perisian Kursus Bahasa Mandarin 1 (BMD101/A) Satu Produk e-Pembelajaran untuk “Blended Learning”, kedua Sumardiansha Silah dan rakan-rakan dengan inovasi e-Motif (Tradition and Transfomation on Contemporary Motif Design with Adobe Software manakala tempat ketiga dimenangi oleh Nor Azhar Mohd Taib dengan inovasi Oh La La ! Learning French is Fun with Lecture Maker. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Canselor dan dihadiri oleh pengurusan kanan Universiti. Karnival ini berjaya membuktikan bahawa Universiti memiliki kepakaran di kalangan pelajar dan staf yang pelbagai dalam mencipta inovasi dan teknologi seiring dengan perkembangan dan keperluan elearning. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua AJK yang bertungkus lumus bekerjasama menjayakan konferens ini!

Unit Penyelidikan, Inovasi & Pengkomersilan

Page 12: Buletin i Learn 2013 Edisi Jan Jun

Ketua Unit : Prof Madya Dr Mohd Nor Mamat

Unit Penyelidikan, Inovasi & Pengkomersilan

PENERIMA E-LEARNING AWARD 2013Terdapat 5 kategori anugerah e-learning dan satu anugerah khas yang akan disampaikan kepada individu, fakulti atau kampus cawangan yang mempraktikkan e-learning dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Anugerah tersebut adalah sebagai simbol penghargaan dan pengiktirafan kepada sumbangan warga universiti di dalam menjulang aspirasi universiti. THE MOST DYNAMIC LECTURER 2012The Most Dynamic Lecturer 2012 (Science & Technology) – EN. ZAINI ZABIDIThe Most Dynamic Lecturer 2012 (Social Science & Humanities) – PM DR. TEOH SIAN HOONThe Most Dynamic Lecturer 2012 (Management & Business) – PN. SITTI SYAMSIAR MUHARRAM

THE MOST INTERACTIVE MULTIMEDIA CONTENT 2012The Most Interactive Multimedia Content 2012 (Science & Technology) – EN AZRUL NIZAM ALIASThe Most Interactive Multimedia Content 2012 (Social Science & Humanities) - TIADA PEMENANGThe Most Interactive Multimedia Content 2012 (Management & Business) - TIADA PEMENANG

THE MOST COMPREHENSIVE CONTENT 2012The Most Comprehensive Content 2012 (Science & Technology) – EN. WAN YA WAN HUSSINThe Most Comprehensive Content 2012 (Social Science & Humanities) – PM DR TEOH SIAN HOONThe Most Comprehensive Content 2012 (Management & Business) - PN.YANTY RAHAYU RAMBLI

THE MOST ACTIVE FACULTY 2012The Most Active Faculty 2012 (Science & Technology) - FAKULTI KEJURUTERAAN KIMIAThe Most Active Faculty 2012 (Social Science & Humanities) - FAKULTI PENDIDIKANThe Most Active Faculty 2012 (Management & Business) - FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT

iNED BEST LEARNING FACILITATOR 2012Best Learning Facilitator for Diploma Program 2012 (iNED iClass System) – PN KADULLIAH GHAZALIBest Learning Facilitator for Degree Program 2012 (iNED iClass System) – EN. SUMARDIANSHAH SILAHBest Learning Facilitator for Online Assessment 2012 (iNED iClass System) – PROF. DR MOKHTAR MUHAMMAD

SPECIAL AWARD : Innovative & Proactive Performance 2012 - AKADEMI PENGAJIAN BAHASA

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah e-learning 2012 atas pencapaian dan sumbangan yang telah ditunjukkan dalam merealisasikan aspirasi ‘blended learning’ sebagai persekitaran pembelajaran utama dalam sistem universiti kini.

Page 13: Buletin i Learn 2013 Edisi Jan Jun

Unit

Contentdevelopm ent