e picture kajian tindakan 2010

11
1 TEKNIK “E-PICTURE: MEMANTAPKAN KEMAHIRAN MENGENALPASTI KOMPONEN PAPAN INDUK KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2KA1 ROSMAWATI BINTI MOHAMED SMK Bandar Putra, Kulaijaya ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran dalam kemahiran mengenalpasti komponen-komponen di atas papan induk komputer. Pelajar- pelajar yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 25 orang pelajar tingkatan 2KA1 di SMK Bandar Putra, Kulai, Johor. Tinjauan awal untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran kemahiran tersebut telah dijalankan dengan menganalisis latihan yang dibuat oleh pelajar dan soalan sumbang saran yang diajukan di dalam kelas. Berdasarkan analisis tersebut, pelajar di dapati masih belum menguasai kemahiran tersebut sepenuhnya. Analisis juga mendapati cara guru mengajar yang lebih kepada teori tidak dapat membantu pelajar dalam mengingati komponen-komponen yang terlibat. Ini adalah disebabkan oleh kekangan di mana guru hanya dapat menunjukkan sepintas lalu papan induk sebenar kepada pelajar menggunakan komputer sedia ada di dalam makmal. Pelajar sukar untuk mengingati sekiranya mereka tidak didedahkan dengan komponen tersebut berulang kali. Bagi mengatasi masalah tersebut, kaedah ”E- Picture” digunakan sebagai pendekatan pembelajaran dan pengajaran dan penekanan diberi kepada aktiviti mengulang tayang gambar-gambar komponen papan induk bagi membantu pelajar mengingati komponen tersebut dengan lebih berkesan. Pelajar diberikan ujian bagi menguji kemahiran mereka. Dapatan hasil ujian ini mendapati pelajar telah dapat menunjukkan peningkatan dan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih menarik kerana pelajar didedahkan dengan pembelajaran yang lebih interaktif. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Dalam menangani dunia teknologi masa kini, murid Tingkatan satu dan dua didedahkan dengan mata pelajaran literasi komputer. Mata pelajaran ini adalah sebagai asas pengetahuan murid kepada dunia perkomputeran. Sewaktu pelajar berada di dalam tingkatan satu, pelajar telah didedahkan dengan komponen- komponen asas komputer. Pada awal tahun lalu, sewaktu membuat ulangkaji bersama murid-murid tingkatan 2KA1 saya telah memberikan beberapa soalan untuk dijawab oleh pelajar. Ini bagi menguji sejauh mana mereka mengingati pelajaran yang telah diajar. Diantara soalan yang ditanya adalah berkenaan dengan komponen input, proses dan output. Kebanyakan pelajar dapat menjawab soalan dengan betul dan dapat membezakan diantara komponen-komponen tersebut. Walau bagaimana pun apabila dintanya mengenai komponen-komponen di atas papan induk, kebanyakan respons yang diperolehi daripada pelajar adalah ”kami lupa cikgu” atau pun ”kami tidak tahu”. Saya mengubah pendekatan soalan dengan membuka sebuah komputer dan menunjukkan kepada mereka papan induk komputer, saya

Upload: azman-adnan

Post on 23-Jun-2015

1.290 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: E picture kajian tindakan 2010

1

TEKNIK “E-PICTURE: MEMANTAPKAN KEMAHIRAN

MENGENALPASTI KOMPONEN PAPAN INDUK

KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR

TINGKATAN 2KA1

ROSMAWATI BINTI MOHAMED

SMK Bandar Putra, Kulaijaya

ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran dalam

kemahiran mengenalpasti komponen-komponen di atas papan induk komputer. Pelajar-

pelajar yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 25 orang pelajar tingkatan 2KA1 di

SMK Bandar Putra, Kulai, Johor. Tinjauan awal untuk mengenalpasti masalah yang

dihadapi pelajar dalam pembelajaran kemahiran tersebut telah dijalankan dengan

menganalisis latihan yang dibuat oleh pelajar dan soalan sumbang saran yang diajukan di

dalam kelas. Berdasarkan analisis tersebut, pelajar di dapati masih belum menguasai

kemahiran tersebut sepenuhnya. Analisis juga mendapati cara guru mengajar yang lebih

kepada teori tidak dapat membantu pelajar dalam mengingati komponen-komponen yang

terlibat. Ini adalah disebabkan oleh kekangan di mana guru hanya dapat menunjukkan

sepintas lalu papan induk sebenar kepada pelajar menggunakan komputer sedia ada di

dalam makmal. Pelajar sukar untuk mengingati sekiranya mereka tidak didedahkan

dengan komponen tersebut berulang kali. Bagi mengatasi masalah tersebut, kaedah ”E-

Picture” digunakan sebagai pendekatan pembelajaran dan pengajaran dan penekanan

diberi kepada aktiviti mengulang tayang gambar-gambar komponen papan induk bagi

membantu pelajar mengingati komponen tersebut dengan lebih berkesan. Pelajar

diberikan ujian bagi menguji kemahiran mereka. Dapatan hasil ujian ini mendapati

pelajar telah dapat menunjukkan peningkatan dan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih

menarik kerana pelajar didedahkan dengan pembelajaran yang lebih interaktif.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Dalam menangani dunia teknologi masa kini, murid Tingkatan satu dan dua

didedahkan dengan mata pelajaran literasi komputer. Mata pelajaran ini adalah

sebagai asas pengetahuan murid kepada dunia perkomputeran. Sewaktu pelajar

berada di dalam tingkatan satu, pelajar telah didedahkan dengan komponen-

komponen asas komputer.

Pada awal tahun lalu, sewaktu membuat ulangkaji bersama murid-murid tingkatan

2KA1 saya telah memberikan beberapa soalan untuk dijawab oleh pelajar. Ini

bagi menguji sejauh mana mereka mengingati pelajaran yang telah diajar.

Diantara soalan yang ditanya adalah berkenaan dengan komponen input, proses

dan output. Kebanyakan pelajar dapat menjawab soalan dengan betul dan dapat

membezakan diantara komponen-komponen tersebut. Walau bagaimana pun

apabila dintanya mengenai komponen-komponen di atas papan induk,

kebanyakan respons yang diperolehi daripada pelajar adalah ”kami lupa cikgu”

atau pun ”kami tidak tahu”. Saya mengubah pendekatan soalan dengan membuka

sebuah komputer dan menunjukkan kepada mereka papan induk komputer, saya

Page 2: E picture kajian tindakan 2010

2

meminta seorang pelajar menunjukkan di mana kedudukan CPU, respons yang

saya dapat adalah ”tak tahu”. Saya bertanya kepada beberapa orang lagi pelajar

dan respons yang saya perolehi adalah sama. Saya beralih pula kepada soalan di

mana meminta pelajar menyenaraikan komponen-komponen di atas papan induk

yang telah mereka pelajari, hanya segelintir pelajar dapat menjawab dengan betul

tetapi tidak semua komponen yang dapat mereka senaraikan.

Melalui pemerhatian ini saya dapati pelajar menghadapi masalah dalam

mengingati kedudukan komponen di atas papan induk komputer. Malah keadaan

papan induk yang penuh dengan komponen kecil dan cip-cip kecil menyukarkan

mereka membezakan antara satu komponen dengan komponen yang lain. Masalah

ini juga berlaku disebabkan mereka keliru dengan kedudukan dan rupa komponen

tersebut. Kebanyakan mereka juga tidak pernah melihat komponen tersebut secara

realiti. Walaupun di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya menunjukkan

komponen tersebut di atas papan induk yang sebenar, mereka masih tidak dapat

mengenalpasti komponen yang ditunjukkan.

Masalah ini berlaku juga berpunca daripada saya kerana saya hanya menunjukkan

secara keseluruhan gambar dan komponen tersebut di atas papan induk tanpa

memisahkan satu-persatu komponen tersebut daripada papan induk.

Oleh sebab kebanyakan pelajar memberikan jawapan bahawa mereka tidak ingat

atau tidak tahu, maka saya telah menerangkan kepada mereka bahawa untuk

mengingat sesuatu perkara terutama yang melibatkan sesuatu yang maujud,

mereka perlu selalu menggunakan alat tersebut atau melihat gambarnya berulang

kali supaya apa yang dilihat menjadi sebati dengan fikiran dan seterusnya apa saja

yang disoal mengenai perkara tersebut dapat dijawab dengan spontan.

2.0 FOKUS KAJIAN

Walaupun kebolehan pelajar untuk mengingat sesuatu perkara adalah berbeza, apa

yang ingin difokuskan di sini adalah teknik yang boleh membantu pelajar

mengingati komponen-komponen papan induk komputer dengan lebih mudah dan

ingatan itu bertahan lebih lama. Oleh kerana topik ini melibatkan beberapa

komponen dan pelajar perlu dapat membezakan setiap komponen tersebut, pelajar

perlu didedahkan dengan komponen tersebut dengan lebih kerap. Menunjukkan

komponen yang sebenar kepada pelajar adalah mustahil kerana beberapa factor

seperti nilai komponen yang mahal dan risiko kecurian, oleh itu kami memikirkan

satu kaedah yang boleh menggantikan komponen tersebut.

Kaedah yang kami lakukan adalah dengan mengambil gambar papan induk dan

juga komponen-komponen di atas papan induk tersebut. Gambar-gambar tersebut

kemudian dikompil di dalam satu fail berformat Microsoft PowerPoint dan diolah

menjadi satu permainan flash card. Kad-kad ini kemudian ditayangkan kepada

pelajar untuk membantu mereka mengenalpasti dan mengingati komponen-

komponen di atas papan induk tersebut.

Page 3: E picture kajian tindakan 2010

3

Kami yakin teknik ini sedikit sebanyak dapat membantu ingatan pelajar dalam

topic ini. Melalui pemerhatian saya, antara kelemahan pelajar yang telah

dikenalpasti adalah

1. Tidak dapat menyenaraikan nama komponen-komponen utama papan

induk komputer

2. Sukar mengenalpasti kedudukan komponan utama papan induk komputer

berikutan struktur papan pinduk yang kompleks.

Dengan usaha yang dilakukan ini diharap pelajar dapat memantapkan kemahiran

mereka dalam menyenaraikan nama komponen-komponen utama papan induk

komputer serta mengenalpasti kedudukan komponen tersebut di atas papan induk

komputer.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Pada akhir Kajian Tindakan ini, pelajar-pelajar akan mencapai objektif-objektif

berikut:

3.1 Objektif Umum

Kajian ini bertujuan membantu murid meningkatkan kemahiran

mengenalpsti komponen-komponen papan induk komputer

3.2 Objektif Khusus

3.2.1 Membantu pelajar menyenaraikan nama komponen utama papan

induk komputer

3.2.2 Membantu pelajar mengenalpasti kedudukan komponen utama

papan induk komputer

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 25 orang murid daripada tingkatan 2KA1 SMK Bandar

Putra Kulaijaya yang terdiri daripada 12 orang lelaki dan 13 orang perempuan.

Kesemua pelajar di dalam kelas ini adalah pelajar melayu dan beragama islam

memandangkan kelas ini adalah kelas aliran agama.

5.0 PERLAKSANAAN KAJIAN

Beberapa aktiviti telah dirancang bagi memastikan proses kajian ini berjalan

dengan sempurna.

5.1 Tinjauan Masalah

5.1.1 Pemerhatian dalam kelas

Sewaktu sesi ulangkaji, pemerhatian telah dibuat di dalam kelas

dan didapati hampir kesemua pelajar kelihatan terpinga-pinga

seperti tidak pernah mempelajari topik tersebut.

Page 4: E picture kajian tindakan 2010

4

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

5.2.1 Pemerhatian Di dalam Kelas

Hasil daripada pemerhatian, saya dapati hampir semua pelajar

gagal memberikan jawapan yang tepat. Ini berpunca daripada

pelajar tidak mengingati topik yang telah dipelajari.

5.3 Perlaksanaan Tindakan dan Pemerhatian / Penilaian

Perlaksaan tindakan adalah mengikut aktiviti yang telah dirancang.

5.3.1 ” Ice Breaking”

Aktiviti pertama melibatkan sesi penerangan kepada pelajar

mengenai ujian yang akan dilaksanakan ke atas mereka.

Kedatangan mereka juga direkod bagi memastikan kejituan data

yang akan dikumpul. Setiap pelajar perlu mengikuti setiap aktiviti

yang telah dirancang untuk mereka.

Pelajar diminta membuat persediaan menghadapi ujian pra yang

akan diberikan pada sesi p&p yang seterusnya. Pelajar juga

diterangkan mengenai format ujian yang akan mereka lalui untuk

memberii gambaran soalan kepada mereka.

Disamping itu guru membuat ulangkaji mengenai topik berkenaan

bersama pelajar. Pelajar diperkenalkan dengan komponen di atas

papan induk secara teori dan guru membuka satu komputer untuk

pelajar melihat papan induk secara realiti.

5.3.2 Ujian Pra

Aktiviti kedua melibatkan sesi menduduki ujian pra. Ujian ini di

adakan pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang berikutnya

setelah sesi penerangan dan ulangkaji. Ini bagi membolehkan

pelajar membuat persediaan yang sepatutnya. Pelajar diberikan 10

soalan berkenaan komponen papan induk komputer dan kedudukan

komponen tersebut. Pelajar perlu menjawab dalam masa yang

ditetapkan iaitu selama 7 minit. (Sila rujuk lampiran 1). Setelah

tamat tempoh menjawab, keputusan direkod dan berikut adalah

dapatan daripada ujian tersebut.

Page 5: E picture kajian tindakan 2010

5

Pelajar Bil Betul Bil.

Salah Pelajar Bil Betul

Bil.

Salah

P1 5 5 P14 4 6

P2 3 7 P15 4 6

P3 6 4 P16 6 4

P4 5 5 P17 5 5

P5 4 6 P18 5 5

P6 7 3 P19 4 6

P7 3 7 P20 6 4

P8 3 7 P21 3 7

P9 4 6 P22 3 7

P10 5 5 P23 3 7

P11 2 8 P24 5 5

P12 4 6 P25 5 5

P13 6 4

Jadual 1 : Keputusan Ujian Pra Mengikut Pelajar

Dapatan Ujian Pra

0

2

4

6

8

10

P1

P3

P5

P7

P9

P11

P13

P15

P17

P19

P21

P23

P25

Pelajar

So

ala

n

Bil Betul

Bil Salah

Gambarajah 1 : Graf Keputusan Ujian Pra Mengikut soalan

Daripada keputusan tersebut dapat kita simpulkan bahawa pelajar

masih belum menguasai kemahiran tersebut walaupun guru telah

menerangkan format soalan dan sesi ulangkaji telah dibuat. Ini

membuktikan teknik yang digunakan adalah untuk menghafal dan

bukan mengingat komponen tersebut.

Untuk mengatasi masalah tersebut, teknik ”E-Picture” diharap

dapat membantu pelajar lebih mudah mengingat komponen-

komponen tersebut. Teknik ini digunakan dalam aktiviti ke tiga.

Page 6: E picture kajian tindakan 2010

6

5.3.3 Tayangan ”E-Picture”

Aktiviti ke tiga adalah aktiviti di mana pelajar diperkenalkan

dengan teknik ”E-Picture”. Aktiviti ini dilaksanakan setelah

keputusan daripada ujian pra diperolehi. Guru menayangkan

gambar-gambar komponen menggunakan perisian Microsoft

Power Point. Teknik ini menggunakan konsep flash card di mana

pelajar ditunjukkan gambar komponen berserta nama komponen

disamping soalan sumbang saran yang dikemukakan oleh guru.

Proses tayangan ini dilakukan berulang kali sehingga guru merasa

puas hati dengan pencapaian pelajar.

Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran ini, pelajar diberikan

ujian Pos 1 untuk menguji sejauh mana ingatan mereka sejurus

selepas berakhirnya tayangan ”E-Picture” ini. Ujian Pos 1

dilaksanakan sebagai aktiviti ke empat perlaksanaan kajian ini.

5.3.4 Ujian Pos 1

Aktiviti ke empat ini dijalankan di akhir sesi pengajaran dan

pembelajaran, sejurus selepas ”E-Picture” ditayangkan. Pelajar

diberikan semula soalan yang sama bagi menguji kecekapan

mereka mengingat. Pelajar dikehendaki menjawab soalan tersebut

dalam jangka masa yang sama iaitu 7 minit. Setelah itu, keputusan

direkod adalah seperti berikut:

Pelajar Bil Betul Bil.

Salah Pelajar Bil Betul

Bil.

Salah

P1 10 0 P14 10 0

P2 10 0 P15 10 0

P3 10 0 P16 10 0

P4 10 0 P17 10 0

P5 10 0 P18 10 0

P6 10 0 P19 10 0

P7 10 0 P20 10 0

P8 10 0 P21 10 0

P9 10 0 P22 10 0

P10 10 0 P23 10 0

P11 10 0 P24 10 0

P12 10 0 P25 10 0

P13 10 0

Jadual 2: Keputusan Ujian Pos 1 Mengikut Pelajar

Page 7: E picture kajian tindakan 2010

7

Dapatan Ujian Pos 1

0

2

4

6

8

10

12

P1

P3

P5

P7

P9

P11

P13

P15

P17

P19

P21

P23

P25

Pelajar

So

ala

n

Bil Betul

Bil. Salah

Gambarajah 2 : Graf Keputusan Ujian Pos 1

Daripada keputusan tersebut didapati pelajar telah dapat

meningkatkan kebolehan mengingat dan mengenalpasti komponen

papan induk tersebut. Ini disebabkan oleh gambar-gambar yang

dipaparkan masih lagi berada dalam ingatan mereka.

Bagi memastikan keputusan yang diperolehi boleh digunapakai,

pelajar diberikan ujian pos kedua untuk menguji tahap ingatan

mereka kepada topik ini.

5.3.5 Ujian Pos 2

Aktiviti ke lima ini dilaksanakan pada sesi pembelajaran dan

pengajaran yang berikutnya untuk kelas tersebut. Kehadiran pelajar

direkod bagi memastikan bilangan pelajar yang sama dan betul.

Pelajar diberikan set soalan yang sama tetapi kali ini soalan

tersebut diubah kedudukannya bagi menguji kemahiran mereka

mengenalpasti komponen (Sila rujuk Lampiran 2). Masa yang

diberikan juga adalah selama 7 minit.

Page 8: E picture kajian tindakan 2010

8

Keputusan ujian pos 2 ini direkod dan berikut adalah hasilnya

Pelajar Bil Betul Bil.

Salah Pelajar Bil Betul

Bil.

Salah

P1 10 0 P14 9 1

P2 10 0 P15 10 0

P3 10 0 P16 10 0

P4 10 0 P17 10 0

P5 9 1 P18 9 1

P6 8 2 P19 10 0

P7 10 0 P20 10 0

P8 10 0 P21 10 0

P9 10 0 P22 9 1

P10 10 0 P23 10 0

P11 10 0 P24 10 0

P12 10 0 P25 10 0

P13 10 0

Jadual 3 : Keputusan Ujian Pos 2

Dapatan Ujian Pos 2

0

2

4

6

8

10

12

P1

P3

P5

P7

P9

P11

P13

P15

P17

P19

P21

P23

P25

Pelajar

So

ala

n

Bil Betul

Bil Salah

Gambarajah 3: Graf Keputusan Ujian Pos 2

Dapatan daripada ujian tersebut mendapati pelajar masih dapat

mengingat dan mengenalpasti komponen yang dipelajari dengan baik.

Ini secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan kemahiran

mereka dalam topik ini.

Page 9: E picture kajian tindakan 2010

9

5.4 Refleksi Kajian

Berdasarkan aktiviti yang dijalankan, saya dapati pelajar lebih mudah

mengingati komponen-komponen yang ditunjukkan kepada mereka. Aktiviti ujian

pos juga menunjukkan peningkatan dari segi bilangan pelajar yang dapat enjawab

soalan dengan lebih tepat. Perbandingan antara keputusan ujian pra dan ujian pos

boleh dilihat daripada jadual di bawah

Pelajar

Ujian Pra Ujian Pos

Bilangan

Betul

Bilangan

Salah

Bilangan

Betul

Bilangan

Salah

P1 5 5 10 0

P2 3 7 10 0

P3 6 4 10 0

P4 5 5 10 0

P5 4 6 9 1

P6 7 3 8 2

P7 3 7 10 0

P8 3 7 10 0

P9 4 6 10 0

P10 5 5 10 0

P11 2 8 10 0

P12 4 6 10 0

P13 6 4 10 0

P14 4 6 9 1

P15 4 6 10 0

P16 6 4 10 0

P17 5 5 10 0

P18 5 5 9 1

P19 4 6 10 0

P20 6 4 10 0

P21 3 7 10 0

P22 3 7 9 1

P23 3 7 10 0

P24 5 5 10 0

P25 5 5 10 0

Jadual 4 : Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Mengikut Pelajar

Jadual 4 menunjukkan semua pelajar menunjukkan peningkatan dalam mengingat

komponen-komponen papan induk tersebut. Bilangan jawapan yang betul

meningkat dengan amat ketara. Ini membuktikan kaedah ini dapat membantu

pelajar memantapkan ingatan mereka terhadap komponen-komponen tersebut.

Page 10: E picture kajian tindakan 2010

10

Disepanjang aktiviti dijalankan juga pelajar menunjukkan minat yang amat tinggi

dan mereka merasa seronok kerana aktiviti ini lebih santai, kurang tekanan dan

lebih ke arah permainan.

6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, didapati bahawa sesetengah pelajar

memerlukan pendekatan yang berbeza dalam mempelajari sesuatu kemahiran

yang hendak diterapkan dalam pembelajaran. Oleh kerana itu, perlu dilakukan

kajian terhadap kaedah-kaedah yang boleh digunakan dalam proses P&P. Sebagai

contoh dalam tajuk Computer Hardware, perlu ada teknik yang digunakan untuk

memudahkan pelajar mengingati fungsi perkakasan komputer.

Atas kesedaran dan keyakinan yang telah saya perolehi hasil daripada kajian

tindakan ini, saya berasa masih perlu melakukan kajian tindakan dalam mengatasi

masalah pembelajaran terutamanya di dalam tajuk yang sukar difahami oleh

pelajar.

BIBLIOGRAFI

Jabatan Pelajaran Negeri Johor. 2009. Jurnal Kajian Tindakan Sekolah-sekolah Negeri

Johor. Jilid 2/2009. Johor.

http://www.arjpnj.com/ktindak

http://www.arjpnj.com/ktindak/files/pengenalan.pdf

Page 11: E picture kajian tindakan 2010

LAMPIRAN