kajian tindakan 2010

Upload: nornaz15

Post on 10-Jul-2015

425 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

ANALISIS KANDUNGAN BUKU TEKS MATEMATIK KBSM TINGKATAN 5 Oleh : Nor Nazifa Binti Mohd Kamran SMK Ayer Baloi 82100 Ayer Baloi, Pontian 1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang lalu Buku teks merupakan cermin kepada kurikulum matematik yang bertindak sebagai rancangan operasi untuk pengajaran yang terkandung didalamnya bidang ilmu matematik yang perlu diketahui oleh pelajar dan bagaimana matlamat kurikulum tersebut dapat dicapai oleh pelajar. Peranan buku teks penting sebagai medium rujukan guru dan pelajar seterusnya menjadi penentu kepada pencapaian prestasi pelajar. Buku teks menjadi pilihan utama bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di dalam kelas disebabkan beberapa faktor seperti bahan bentuk bercetak, berkos sederahana dan mudah didapati. Sehubungan itu, buku teks dianggap sebagai sumber rasmi yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi semua mata pelajaran di sekolah (Angela et. al., 2002; Michael & Schmidt, 2005). Walaupun buku penting sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran, namun kajian mengenai fungsi dan sumbangannya telah menimbulkan banyak persoalan terutama dari aspek keberkesanan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (Jason, 2002). Kajian menunjukkan sebahagian besar guru matematik menggunakan buku teks sebagai rujukan kurikulum dan sumber pengajaran (St John, 2001). Sepanjang pemerhatian saya mengajar selama 3 tahun di SMK Ayer Baloi,tidak kira sama ada guru baru, guru yang berpengalaman mahupun bagi guru yang kurang mempunyai masa untuk merancang pembelajaran, kebanyakan guru ini berbantukan buku teks sebagai sumber pengajaran dari halaman pertama hingga halaman terakhir buku teks. Timbul beberapa persoalan dalam diri saya. Antaranya adalah: a) Sejauh manakah kandungan dalam buku teks membantu pelajar menguasai konsep matematik dengan berkesan? b) Sejauh manakah penglibatan aktif pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan menggunakan buku teks?

c)

Adakah buku teks sedia ada mementingkan perkembangan daya pemikiran dan kebolehan individu pelajar?

d)

Adakah kandungan dalam buku teks selaras dengan kehendak Huraian Sukatan Pelajaran dari segi strategi pengajaran dan pembelajaran secara bersepadu seperti kemhairan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran saintifik, pendekatan kontekstual, pembelajaran inkuiri penemuan, pembelajarn penguasaan, pembelajaran berfikrah dan penyelesaian masalah? Persoalan ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya kerana buku teks merupakan

sumber utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang bermutu dan sesuai dapat menarik minat pelajar demi mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang produktif dan cekap (Shaharom & Yap, 1991). Sehubungan itu, sewajarnya kandungan sesebuah buku teks perlu dianalisis terlebih dahulu daripada pelbagai aspek sebelum digunakan sebagai sumber pengajaran (Roney, 1960; Newton, 1984; Eltrige & Robert, 1993; Theresa, 1995; Stern, 2003). 2.0 Fokus Kajian Dalam kajian ini, analisis buku teks dilakukan ke atas buku teks matematik KBSM tingkatan 5 bagi melihat Adakah buku teks Matematik KBSM tingkatan 5 menitikberatkan pendekatan berpusatkan pelajar berdasarkan kandungan yang terdapat di dalam buku teks. Enam komponen dianalisis dalam kajian ini iaitu aktiviti, gambarajah, objektif pengajaran, rumusan topik, serta soalan latihan pada akhir setiap topik. Analisis dijalankan melibatkan kesemua topik yang tedapat dalam buku teks Matematik KBSM tingkatan 5 iaitu Number Bases, Graph of Function II, Transformation III, Matrices, Variations, Gradient and Area under a Grap, Probability, Bearing, Earth as a Sphere, dan Plans and Elevations. 3.0 Objektif Kajian 3.1 Objektif Am Kajian ini dijalankan bagi melihat sama ada buku teks Matematik KBSM tingkatan 5 menitikberatkan pendekatan berpusatkan pelajar berdasarkan isi kandungan yang terdapat di dalam buku teks.

3.2

Objektif Khusus 3.2.1 3.2.2 3.2.3 Mendedahkan keadaan sebenar kandungan buku teks. Melahirkan kesedaran guru terhadap isi kandungan buku teks. Menjadikan guru lebih peka dalam pemilihan dan penggunaan buku teks yang bermutu tinggi dan bermakna dalam konteks pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

4.0

Kumpulan Sasaran Nama Buku teks Terbitan Tahun diterbitkan Penulis : Integratted Curriculum For Secondary Schools Mathematics Form 5 : Maxporia Sdn. Bhd. : 2006 : Encik Yeow Pow Choo Puan Kalthom Binti Parman Encik Chen Chow Wan Encik Gan Hock Chye Pakej buku teks Matematik Tingkatan 5 ini disediakan merujuk kepada kurikulum

bersepadu sekolah menengah (KBSM), Huraian Sukatan pelajaran Matematik Tingkatan 5 dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Buku ini terdiri daripada dua komponen iaitu buku teks dan CD-ROM pelajar (MyCD). Terdapat 10 topik terkandung di dalam buku teks ini dimana setiap topik tersebut ditulis secara sistematik sebagai panduan kepada guru dalam memacu pengajaran dan pembelajaran secara efektif dan dinamik di dalam kelas. Komponen yang menarik dalam buku teks dibina untuk meransang minat pelajar dalam mempelajari matematik. MyCD pula direka untuk menyokong dan mengembangkan represantasi buku teks Matematik Tingkatan 5. Buku teks ini hanya digunapakai oleh sekolah-sekolah yang terletak di zon selatan Malaysia sahaja.

5.0

Pelaksanaan Tindakan 5.1 Tinjauan Masalah 5.1.1 Pemerhatian Sepanjang pemerhatian semenjak saya berada di SMK Ayer Baloi bermula tahun 2007, saya mendapati kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Matematik di sekolah saya lebih kepada pendekatan berpusatkan guru dengan buku teks sebagai medium utama pengajaran. Tidak kira sama ada guru baru, guru yang berpengalaman mahupun bagi guru yang kurang mempunyai masa untuk merancang pembelajaran, mereka berbantukan sepenuhnya kepada buku teks sebagai sumber pengajaran bermula daripada halaman pertama hingga halaman terakhir buku teks. 5.1.2 Soal selidik Dalam kajian ini, soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada 5 orang guru Matematik yang mengajar di tingkatan 5. Guru-guru ini dikenal pasti menggunakan buku teks matematik tingkatan 5 sebagai rujukan utama dalam kelas di SMK Ayer Baloi, Pontian dimana mereka berpengalaman mengajar matematik tingkatan 5 dan menggunakan buku teks matematik KBSM tingkatan 5 dalam tempoh 17-21 tahun. Guru yang dipilih ini diperakui mempunyai pengetahuan yang mendalam terutama berkaitan kandungan buku teks matematik tingkatan 5. Jadual 5.0 menunjukkan analisis soal selidik yang telah dijawab oleh kelima-lima orang guru Matematik yang mengajar tingkatan 5 di SMK Ayer Baloi, Pontian.

Jadual 5.0 Taburan nilai rubrik yang diberi oleh setiap penganalisis serta min skor bagi setiap penerangan merujuk kepada soal selidik Bahagian A: Kandungan Matematik Penerangan 1 Kesukaran dan kedalaman isi kandungan Memberikan peluang yang terhad kepada pelajar untuk terlibat dalam matematik yang bermakna dan mencabar 2 Penglibatan pelajar dalam matematik yang bermakna dan mencabar secara berkala. Tidak konsisten dalam membekalkan peluang kepada pelajar untuk mengembangkan potensi kefahaman matematik secara menyelururh Kadangkala memberi peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman matematik dalam diri mereka Terma dan simbol matematik dilaraskan berdasarkan skop pelajar mengikut tingkatan Skor 3 Pelajar terlibat secara konsisten dalam matematik yang bermakna dan mencabar serta memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan potensi kefahaman matematik secara menyeluruh 4 Dipersembahkan dengan cara yang konsisten bagi mempertingkat kefahaman pelajar melalui matematik yang bermakna dan mencabar serta dibina daripada pengetahuan sedia ada. Idea matematik dihubungkait secara logik dan teratur. Guru A 1 Skor diperoleh Guru Guru Guru B C D 3 4 4

Guru E 3

Perkembangan kefahaman konseptual

Jarang memberi peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman matematik dalam diri mereka Penggunaan bahasa matematik yang tidak konsisten

Memberi peluang secara konsisten kepada pelajar untuk membina kefahaman matematik dalam diri mereka

Memberi peluang secara konsisten kepada pelajar untuk membina kefahaman matematik dalam diri mereka dan membantu pelajar membina perkaitan idea matematik secara teratur. Penggunaan bahasa matematik yang tepat dan dipersembahkan dengan pelbagai cara

2

3

4

4

3

Bahasa Matematik

Penggunaan bahasa matematik yang tepat dengan kekerapan perwakilan bukan linguistik

3

4

4

4

3

Simbol dan terma matematik

Tidak memasukkan semua terma dan simbol matematik yang perlu berdasarkan skop pelajar mengikut tingkatan Tidak mempersembahkan aplikasi matematik dalam kehidupan

Memasukkan semua terma dan simbol matematik yang perlu berdasarkan skop pelajar mengikut tingkatan Jarang mempersembahkan aplikasi matematik dalam kehidupan

Pendahuluan yang sesuai dan mantap bagi memperkenalkan terma dan simbol matematik yang perlu berdasarkan skop pelajar mengikut tingkatan Mempersembahkan aplikasi matematik dalam kehidupan yang terkini dan bersepadu melalui pengajaran

Aplikasi dalam kehidupan seharian

Pendahuluan yang sesuai dan mantap bagi memperkenalkan terma dan simbol matematik menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai berdasarkan skop pelajar mengikut tingkatan Mempersembahkan aplikasi matematik dalam kehidupan yang terkini dan bersepadu melalui pengajaran serta mempromosi pemikiran kritis dan kreatif

3

4

4

4

2

3

3

3

2

2

Bahagian B : Kemahiran Memproses

Penerangan 1 Penyelesaian masalah Menyediakan masalah rutin dimana kaedah penyelesaian telah diketahui 2 Menyediakan masalah kompleks dimana kaedah penyelesaian telah diketahui

Skor 3 Menyediakan peluang kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah kompleks yang memerlukan usaha yang signifikan. Soalan mempunyai pelbagai langkah penyelesaian 4 Menyediakan peluang kepada pelajar untuk menggunakan formula, mendalaminya dan menyelesaikan masalah matematik kompleks yang memerlukan usaha signifikan. Soalan mempunyai pelbagai Guru A 1

Skor diperoleh Guru B 3 Guru C 3 Guru D 4 Guru E 2

langkah penyelesaian Komunikasi Peluang yang minimum atau pelajar tidak berpeluang berkomunikasi untuk menyatakan pendapat Jarang menuntut pelajar menggunakan tujuan dan bukti Pelajar berpeluang untuk berkomunikasi dalam menyatakan pendapat Pelajar dicabar secara rutin untuk berkomunikasi dalam menyatakan pendapat secara lisan, tulisan atau bergambar Pelajar dicabar secara rutin untuk berkomunikasi dalam menyatakan pendapat secara lisan, tulisan atau bergambar dengan menggunakan laras bahasa matematik yang tepat Pelajar membuat agakan matematik, membina dan menilai hujah matematik secara konsisten dan bersepadu. Penggunaan pelbagai kaedah tujuan dan bukti Membuat hubungkait diantara idea matematik secara rutin serta menunjukkan bagaiamana idea ini digabungjalin dan mempunyai perkaitan diantara satu sama lain Memerlukan pelajar menggunakan perwakilan untuk mengorganisasi, merekod dan berkomunikasi tentang 3 2 3 4 2

Tujuan dan pembuktian (reasoning and proof)

Kadangkala memerlukan pelajar membina hujah matematik serta menggunakan tujuan dan bukti Membuat sedikit hubungkait diantara idea matematik

Pelajar membuat agakan matematik, membina dan menilai hujah matematik. Penggunaan pelbagai kaedah tujuan dan bukti

2

1

4

4

2

Perkaitan dalam matematik

Sangat kurang membuat hubungkait diantara idaea matematik

Kerap membuat hubungkait diantara idea matematik

2

2

4

4

2

Perwakilan

Jarang memerlukan pelajar menggunakan perwakilan

Kadangakala memerlukan pelajar menggunakan perwakilan untuk mengorganisasi,

Memerlukan pelajar menggunakan perwakilan untuk mengorganisasi, merekod dan berkomunikasi tentang

2

2

3

4

2

merekod dan berkomunikasi tentang idea matematik

idea matematik; memilih, mengaplikasi, dan menterjemah perwakilan matematik untuk menyelesaikan masalah dan menggunakan perwakilan sebagai model untuk interpretasi fenomena matematik

idea matematik; memilih, mengaplikasi, dan menterjemah perwakilan matematik untuk menyelesaikan masalah dan menggunakan perwakilan sebagai model untuk interpretasi fenomena matematik secara mental dan fizikal

Bahagian C: Penilaian Penerangan 1 Tujuan penilaian Penilaian secara formal dimana material yang digunakan hanya untuk tujuan formatif 2 Penilaian secara formal dimana material digunakan untuk tujuan penilaian diagnostik, formatif dan sumatif Penilaian melibatkan soalan aneka pilihan, jawapan pendek dan respon bebas yang terhad Skor 3 Penilaian secara formal dan tidak formal dimana material digunakan untuk tujuan penilaian diagnostik, formatif dan sumatif Terdapat pelbagai jenis penilaian digunakan termasuk soalan aneka pilihan, jawapan pendek dan respon bebas 4 Penilaian secara formal dan tidak formal disepadukan dimana material digunakan untuk tujuan penilaian diagnostik, formatif dan sumatif Terdapat pelbagai jenis penilaian digunakan termasuk soalan aneka pilihan, jawapan pendek dan respon bebas yang memerlukan pelajar menggunakan Guru A 4 Skor diperolehi Guru B 3 Guru C 4 Guru D 4 Guru E 2

Jenis penilaian

Penilaian hanya tertumpu kepada soalan aneka pilihan, jawapan pendek dan respon bebas

2

1

4

4

2

reasoning, bukti, komunikasi dan kepelbagaian representasi Jangkaan pencapaian pelajar Jangkaan pencapaian pelajar tidak jelas Jangkaan pencapaian pelajar disampaikan melalu rubrik dan miskonsepsi utama Jangkaan pencapaian pelajar disampaikan melalu rubrik dan miskonsepsi utama termasuk penilaian secara individu, analisis idea pelajar dan komen guru Jangkaan pencapaian pelajar disampaikan melalu rubrik dan miskonsepsi utama pelajar termasuk penilaian secara individu, analisis idea pelajar, komen guru dan komen pelajar 1 2 4 4 3

Bahagian D: Penerangan

Pengalaman pelajar Skor 1 2 Membekalkan organizer bagi membolehkan pelajar merekod pembelajaran, pencapaian dan aktiviti 3 Menggalakkan pelajar melakukan pembelajaran kendiri dengan merefleks tingkahlaku, pencapaian dan usaha pelajar. Membekalkan organizer dan rubrik sebagai panduan untuk 4 Menyepadukan pembelajaran kendiri yang memerlukan pelajar merefleks dan membuat laporan tentang tingkahlaku, pencapaian dan usaha pelajar. Membekalkan organizer dan rubrik Guru A 3 Skor diperolehi Guru B 1 Guru C 3 Guru D 3 Guru E 2

Tanggungjawab pelajar dalam pembelajaran

Tidak memasukkan komponen yang membolehkan pelajar merekod pembelajaran, pencapaian dan aktiviti

pelajar mencapai objektif pembelajaran Pembelajaran aktif dan penglibatan pelajar Tidak terdapat panduan/tunjuk ajar bagi menarik pelajar untuk mengeksplorasi idea matematik secara individu mahupun secara koloboratif Tidak terdapat panduan/ tunjuk ajar untuk pelajar menghubungkait pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru Tidak memberi peluang kepada pelajar untuk membincangkan idea matematik dengan guru dan rakan Menyertakan panduan/tunjuk ajar bagi menarik pelajar untuk mengeksplorasi idea matematik secara individu mahupun secara koloboratif Menyertakan panduan/ tunjuk ajar untuk pelajar menghubungkait pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru Memberi peluang kepada pelajar untuk membincangkan idea matematik dengan guru dan rakan Menarik pelajar secara rutin untuk mengeksplorasi idea matematik secara individu mahupun secara koloboratif dengan menyepadukan standard proses

sebagai panduan untuk pelajar mencapai objektif pembelajaran Menarik pelajar dengan konsisten untuk mengeksplorasi idea matematik secara individu mahupun secara koloboratif dengan menyepadukan standard proses 1 2 3 4 2

Pelajar mengkonstruk pemahaman

Membekalkan peluang kepada pelajar menghubungkait pengetahuan sedia ada dengan idea matematik yang baru

Pelajar menghubungkait pengetahuan sedia ada dengan idea matematik yang baru secara konsisten dan mengkonstruk pemahaman matematik dalam diri Memberi peluang secara konsisten kepada pelajar untuk membincangkan idea matematik dengan guru dan rakan, memberi hujah dan alasan serta

1

2

4

4

1

Hujah dan alasan

Memberi peluang secara rutin kepada pelajar untuk membincangkan idea matematik dengan guru dan rakan, memberi hujah dan alasan serta

2

2

4

4

1

membuktikan idea mereka dalam bentuk penulisan dan lisan Kepelbagaian model Tidak memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka idea matematik menggunakan gambarajah, manipulatif, model, graf, jadual dan simbol. Fokus utama kepada demonstrasi oleh guru dan panduan penggunaan Hanya menyertakan teknologi sebagai kemahiran untuk meyemak jalan kerja Kadangkala memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka idea matematik menggunakan gambarajah, manipulatif, model, graf, jadual dan simbol. Fokus utama kepada demonstrasi oleh guru dan panduan penggunaan Kadangkala menggunakan teknologi untuk menyelesaikan masalah, tetapi fokus utama hanya kepada kemahiran dan penyemakan Memberi peluang secara rutin kepada pelajar untuk meneroka idea matematik menggunakan gambarajah, manipulatif, model, graf, jadual, simbol, situasi model matematik, analisis data dan penyelesaian masalah

membuktikan idea mereka dalam bentuk penulisan dan lisan Memberi peluang secara konsisten kepada pelajar untuk meneroka idea matematik menggunakan gambarajah, manipulatif, model, graf, jadual, simbol, situasi model matematik, analisis data dan penyelesaian masalah 2 1 4 4 1

Teknologi

Menggunakan teknologi apabila perlu untuk memodelkan situasi matematik, analisis data, mengira keputusan dan menyelesaikan masalah

Menggunakan teknologi secara bersepadu untuk memodelkan situasi matematik, analisis data, mengira keputusan dan menyelesaikan masalah

2

2

4

4

1

jawapan

5.2

Tindakan Yang Dijalankan Bagi menganalisis kandungan buku teks, pengkaji menggunakan kaedah analisis kuantitatif (Shaharom, 1994). Terdapat enam aspek yang perlu dinilai iaitu aktiviti, gambar rajah, objektif pengajaran, rumusan topik, serta latihan sumatif di akhir setiap topik. Kaedah analisis secara kuantitatif diukur menggunakan indeks bagi setiap aspek yang dinilai. Nilai indeks yang tinggi menunjukkan buku teks tersebut menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar yang dapat membantu pelajar untuk belajar.

5.3

Penilaian Kajian Indeks penilaian buku teks dianalisis dengan menilai enam aspek dalam buku teks

iaitu aktiviti, gambar rajah, objektif pengajaran, rumusan topik, serta latihan sumatif pada akhir setiap topik. Kaedah analisis secara kuantitatif diukur menggunakan indeks bagi setiap aspek yang dinilai. Semua indeks dikira nilainya dan bagi mendapatkan indeks penilaian buku teks, I, kesemua indeks ditambahkan dan dicari nilai puratanya dengan menggunakan rumus I = It + Ia + Ig + Io + Ir + Il 6 Jadual 5.1 digunakan sebagai rujukan untuk menilai sama ada buku teks Matematik KBSM tingkatan 5 menitikberatkan pendekatan berpusatkan pelajar seperti yang sepatutnya dipertimbangkan. Jadual 5.1 : Rubrik Analisis Buku Teks secara Kuantitatif Indeks 0 0.4 1.0 >1.3 Infiniti Penerangan Tidak melibatkan pelajar Autokrasi, tidak mencabar, lebih kepada hafalan dan penerangan kosep sahaja Ideal dan seimbang Tidak banyak kandungan, Cuma soalan atau aktiviti. Kandungan buku teks tidak cukup informasi untuk pelajar Tiada kandungan, hanya memerlukan pelajar menganalisis sahaja.

Jadual 5.2 menunjukkan indeks penilaian buku teks merujuk kepada setiap aspek yang diuji. Purata indeks keseluruhan (I) bernilai 0.78. Secara keseluruhan, dapatan indeks keseluruhan ini menunjukkan buku teks ini bersifat autokrasi, tidak mencabar, lebih kepada hafalan dan penerangan kosep sahaja. Jadual 5.2 : Indeks Penilaian Buku Teks Merujuk Kepada Setiap Aspek yang diuji Secara Keseluruhan ASPEK Teks PENERANGAN a) Fakta b)Kesimpulan/Generalisasi c) Definisi d) Soalan dengan jawapan yang boleh didapati daripada teks e)Soalan yang memerlukan pelajar menganalisis data f) Pernyataan yang memerlukan pelajar membuat kesimpulan g) pernyataan yang memerlukan pelajar menyelesaikan masalah atau melakukan aktiviti h) soalan yang dapat menarik minat pelajar dan memerlukan pelajar berfikir untuk Gambarajah mendapatkan jawapan a) Untuk tujuan ilustrasi b) Untuk aktiviti dan analisis data a) Jawapan terus daripada teks b) Soalan menyoal 21 19 14 Il = 1.18 57 Ig = 0.91 Hampir ideal dan seimbang Hampir ideal dan seimbang 5 21 14 It = 1.32 104 JUMLAH 39 17 12 41 NILAI INDEKS Tidak banyak kandungan, Cuma soalan atau aktiviti. Kandungan buku teks tidak cukup informasi untuk pelajar ANALISIS

Soalan latihan

definisi/ konsep c) Soalan aplikasi d) Soalan penyelesaian Rumusan topik masalah a) Hanya merumuskan

53 31 10 Ir = 0 Tidak melibatkan pelajar 0

idea yang sama daripada teks b) mengandungi dimana jawapan soalan tidak

terdapat didalam teks Objektif pengajaran Aktiviti Tertera objektif pengajaran pada topik Halaman yang mencadangkan aktiviti untuk pelajar Indeks Keseluruhan 0.78 9 Ia = 0.27 10 Io = 1 Ideal dan seimbang Tidak melibatkan pelajar Bersifat autokrasi, tidak mencabar, lebih kepada hafalan dan penerangan kosep sahaja

5.3.1

Analisis Item Teks Jadual 5.3 menunjukkan analisis penilaian buku teks daripada aspek teks. Dalam

kajian ini, teks merujuk ayat yang wujud pada sesuatu topik dalam buku teks. Teks kemudiannya dikelaskankan kepada 8 kategori iaitu: a) Fakta- Penerangan ringkas oleh pengarang b) Kesimpulan/ generalisasi Pendapat yang diutarakan oleh pengarang c) Definasi prinsip atau konsep d) Soalan dengan jawapan yang boleh didapati daripada teks

e) Soalan yang memerlukan pelajar menganalisis data f) Pernyataan yang memerlukan pelajar membuat kesimpulan g) Pernyataan yang memerlukan pelajar menyelesaikan masalah atau melakukan aktiviti h) Soalan yang dapat menarik minat pelajar dan memerlukan pelajar berfikir untuk mendapatkan jawapan Bagi analisis teks, pengkaji memilih secara rawak 10% daripada kesemua halaman dalam buku teks matematik KBSM tingkatan 5 bermula daripada halaman 81 hingga halaman 114 dan menganalisis teks yang terdapat dalam halaman yang dipilih. Teks kemudiannya dikelaskan mengikut lapan kategori yang ditetapkan. Namun begitu, penerangan bagi gambar rajah, jadual, pengenalan dan tajuk topik dikecualikan daripada kategori teks

Jadual 5.1

Analisis Item Teks

Analisis Teks

Penerangan a) Fakta

Halaman (H) ; Baris (B) H 83; B14 H 84; B2 H 88; B6 dan B7 H90; B5, B6, B7, B8, B9, B10, B11, B12, B13, B14, B15 H 9; B1, B2 H 92; B1, B2, B3 H 93; B1, B2 H 95; B4 H99; B12, B13 H 102; B10, B11, B12 H 106; B10, B11 H 109; B1, B2, B3, B4, B5 H112; B1, B2

Jumlah 39

H 114; B11, B12 b)Kesimpulan/Generalisasi H 85; B7, B12 H 87; B8, B9 H 90; B16 H 95; B3, B4, B5, B6, B7 H 99; B8, B9 c) Definisi H101; B8, B9, B10, B11, B12 H 82; B8, B9, B10 H 83; B10, B11, B12, B13 d) Soalan dengan jawapan yang boleh didapati daripada teks H 87; B2, B3, B5, B6, B7 H 82; B12 H83; B5, B9 H84; B4, B5, B6, B7, B14, B15, B16, B17 H86; B3, B4, B9, B10, B11, B13, B14 H 87; B10 H 88; B1, B8

17

12

41

5.3.2

Analisis Item Gambarajah Dalam kajian ini, gambarajah melibatkan rajah, graf, gambar dan jadual yang terdapat

dalam buku teks Matematik KBSM tingkatan 5. Pengkaji memilih 50 gambarajah yang terdapat dalam buku teks dan mengelaskannya kepada dua kategori utama iaitu untuk tujuan ilustrasi dan untuk aktiviti dan analisis data. Seterusnya Indeks penglibatan pelajar daripada gambarajah dikira dengan Ig= Ib/Ia. Daripada jadual 5.4, terdapat 21 buah gambarajah bagi tujuan ilustrasi manakala 19 gambarajah adalah untuk aktiviti dan analisis data. Merujuk rumus, Indeks penglibatan pelajar daripada gambarajah (Ig) didapati bernilai 0.91 membawa maksud penglibatan pelajar daripada aspek gambarajah adalah hampir ideal dan seimbang. Secara keseluruhan, indeks penglibatan pelajar daripada gambarajah (Ig) = 0.91 menunjukkan buku teks ini menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar yang dapat membantu pelajar untuk belajar.

Jadual 5.4 Analisis Gambarajah

Analisis Item Gambarajah Penerangan a) Untuk tujuan ilustrasi Kedudukan Gambarajah Halaman 57 : Mathematics in action Halaman 58 : Introduction Halaman 80 : Mathematics in action Halaman 90 : About Malaysian Halaman 198 : Gambarajah 7.1: Probability of an event Halaman 198 : History Halaman 199 : Think About It Halaman 205 : Complement of an event Halaman 209 : Combined Event Halaman 212 : Warm up activity Halaman 221 : Mathematics in action Halaman 222 : Introduction Halaman 223 : 8.1 Bearing Halaman 234 : Introduction Halaman 235 : Info receiver Halaman 276 : Introduction Halaman 277 : History Halaman 277 : Identifying an orthogonal projection of an object Halaman 278 : The orthogonal projection of a point Halaman 279 : Orthogonal projection of a line segment Jumlah 21

b) Untuk aktiviti dan analisis Halaman 203 : Formative exercise 7.1, No. 3 data Halaman 208 : Checkpoint 5, No. 4 Halaman 210 : Example 11 solution Halaman 211 : Example 13 solution Halaman 220 : Mathematics Skill question, No. 3 Halaman 230 : Checkpoint 5, No. 2 Halaman 231 : Formative exercise, No. 8 Halaman 232 : Mathematics skill, No. 2 Halaman 233 : Mathematics skill, No. 4 Halaman 236 : Longitude of a point Halaman 237 : Longitude of a point Halaman 238 : Longitude of a point Halaman 80 : Mathematics Skill, No. 9 Halaman 133 : Mathematics in action Halaman 165 : Mathematics in action Halaman 55 : Mathematics skills 2 Halaman 70 : Example 8 Halaman 77 : Formative exercise, No. 10 Halaman 78 : Checkpoint 8, No. 1

19

5.3.3

Analisis item Soalan Latihan Dalam kajian ini, pengkaji menganalisis 10 set soalan latihan pada akhir topik yang

terdapat dalam buku teks Matematik KBSM tingkatan 5. Sepuluh soalan daripada setiap set latihan kemudiannya dipilih secara rawak dan dikelaskan kepada 4 kategori iaitu: a) Jawapan terus didapati daripada teks b) Soalan menyoal definisi/ konsep c) Soalan aplikasi d) Soalan penyelesaian masalah Seterusnya Indeks penglibatan pelajar daripada aspek latihan sumatif pada akhir topik, Is dikira dengan Is=[c+d]/[a+b]. Jadual 5.5 menunjukkan analisis item soalan latihan daripada setiap bab dalam buku teks yang telah dikelaskan kepada 4 kategori. Terdapat 14 soalan latihan merupakan soalan dimana jawapan terus daripada buku teks, 57 soalan latihan menyoal tentang konsep, 53 soalan berbentuk aplikasi dan 31 soalan berbentuk penyelesaian masalah. Berdasarkan rumus, Indeks penglibatan pelajar daripada aspek latihan sumatif (Is) bernilai 1.18 membawa maksud penglibatan pelajar daripada aspek gambarajah adalah ideal dan seimbang. Secara keseluruhannya, indeks penglibatan pelajar daripada soalan latihan sumatif, Is = 1.18 menunjukkan buku teks ini menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar yang dapat membantu pelajar untuk belajar.

Jadual 5.5 :

Analisis Item Soalan Latihan

Anali sis

Peneranga n a) Jawapan terus daripada buku teks 1 Halam an 13: no.1, no. 4 2 3 4 Halam an 129: no. 2a 5

Bab 6 Halam an 191: no.6 7 8 9 Halam an 270: no.2, no.3a, no.8a, no.10a 10 Halam an 161: no.1, no. 2, no.3,

Juml ah 14

Soala n latiha n b) Soalan menyoal definisi/ konsep Halam an 13: no.2, no.3, no.5, no.6, no.7, no. 8, no.9, no.10 Halam an 51: no.1 Halam an 52: no.2, no.3, no.4, no.5, no.6 Halam an 54: no.1a Halam an 55: no.2b, no.3a, c) Soalan aplikasi no.4b Halam an 54: no.1bi, no.1bi i Halam an 75: no.1, no.2, no.3 Halam an 76: no.4, no.5a, no.5b, no.6a, no.6b, no.7a, no.7b, no.8a, no.8b, No.9a, No.9b Halam an 77: no.10 Halam an 130: no.4, no.5 Halam an 129: no.1, no.2b, no.3 an 132: no.5a, no.5b, no.5c, no.6a, no.6b, no.6c, no.6d

no.5a, no.5b, no.6a Halam an 161: no.4a, no.4b, no.5c, no.6bi i Halam an 192: no.2 Halam an 194: no.2a Halam an 230: no.1, no.2, no.3b, no.4a, no.4b,

57

-

-

Halam no.6bi,

Halam an 161: no.4c iii no.4c iv

Halam an 192: no.3a, no.3b, no.3c, no.3d, no.4a, no.4b, no.4c, no.4d, no.5a,

Halam an 219: no.1a, no.1b, no.1c Halam an 220: no.2a, no.2b, no.3a,

Halam an 230: no.3a, no.5a, no.5b

Halam an 270: no.1, no.3b, no.4a, no.4b, no.9a

Halam an 300: no.1, no.2, no.3, no.4, Halam an 301: no.5a Halam

53

5.3.4

Analisis Item Rumusan Topik Dalam kajian ini, pengkaji menganalisis kesemua rumusan pada akhir setiap topik

yang terdapat dalam buku teks Matematik tingkatan 5 dan mengelaskan rumusan yang ada pada setiap topik kepada dua kategori iaitu : a) Hanya merumuskan idea yang sama daripada teks b) Mengandungi soalan dimana jawapan tidak terdapat didalam teks Seterusnya, Indeks penglibatan pelajar dari aspek rumusan topik, Ir dikira dengan Ir = b/a. Jadual 5.6 menunjukkan analisis item rumusan topik yang dikelaskan kepada dua kategori. Berdasarkan jadual, terdapat 10 rumusan daripada 10 bab dalam buku teks matematik KBSM tingkatan 5 yang hanya merumuskan idea yang sama daripada buku teks. Namun begitu, rumusan daripada setiap topik tidak dibuat dalam bentuk soalan dimana jawapan tidak terdapat didalam teks sekaligus memerlukan pelajar berfikir bagi mendapatkan jawapan. Indeks penglibatan pelajar melalui aspek rumusan topik, Ir bernilai 0 menunjukkan buku teks ini tidak melibatkan pelajar Secara keseluruhannya, indeks penglibatan pelajar daripada rumusan topik, Ir = 0 menunjukkan buku teks ini tidak menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar yang berkesan bagi membantu pelajar untuk belajar.

Jadual 5.6 : Analisis

Analisis Item Rumusan Topik Bab Jumlah 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Halaman Halaman Halaman Halaman Halaman Halaman Halaman Halaman Halaman Halaman 10 14 53 77 130 163 193 218 231 272 302

Penerangan Hanya merumuskan idea yang sama

Rumusan daripada teks Mengandungi Pada soalan setiap dimana topik jawapan tidak terdapat di dalam teks

Tiada

Tiada

Tiada

Tiada

Tiada

Tiada

Tiada

Tiada

Tiada

Tiada

0

5.3.5

Analisis Item Objektif Pengajaran Dalam kajian ini, analisis objektif pengajaran dilakukan dengan pengkaji memilih

kesemua topik yang terdapat dalam buku teks Matematik KBSM tingkatan 5. Seterusnya topik-topik yang tertera objektif pengajaran dikira kekerapannya. Indeks penglibatan pelajar berdasarkan objektif pengajaran, Io dikira menggunakan Io = a/b dengan a= bilangan topik yang tertera objektif pengajaran dan b = bilangan keseluruhan topik dalam buku teks. Jadual 5.7 menunjukkan analisis item objektif pengajaran bagi buku teks matematik KBSM tingkatan 5. Berdasarkan jadual, didapati terdapat 10 bab didalam buku teks dan setiap bab tertera objektif pengajaran pada permulaan topik. Indeks penglibatan pelajar melalui aspek objektif pengajaran, Io bernilai 1 menunjukkan buku teks ini adalah seimbang dan ideal dalam penglibatan pelajar. Secara keseluruhannya, indeks penglibatan pelajar berdasarkan objektif pengajaran, Io =1 menunjukkan buku teks ini menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar yang berkesan bagi membantu pelajar untuk belajar.

Jadual 5.7: Analisis

Analisis Item Objektif Pengajaran Penerangan Tertera Bab Jumlah 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Halaman Halaman Halaman Halaman Halaman Halaman Halaman Halaman Halaman Halaman 10 1 17 58 81 134 166 197 222 234 276

Objektif

objektif pada topik

pengajaran pengajaran

5.3.6

Analisis Item Aktiviti Dalam kajian ini, aktiviti merujuk kepada bahagian yang menjalankan sesuatu

kegiatan seperti membuat tugasan, mengumpul maklumat, aktiviti penerokaan, analogi, eksperimen, perbincangan dan simulasi. Bagi menganalisis aktiviti yang terdapat dalam buku teks, pengkaji memilih 10% daripada keseluruhan halaman yang terdapat dalam buku teks secara rawak bermula daripada halaman 45 hingga halaman 78. Seterusnya, bilangan halaman yang mengandungi aktiviti untuk pelajar dikira. Indeks penglibatan pelajar berdasarkan aktiviti, Ia dikira dengan menggunakan Ia=b/a dengan a = bilangan halman yang mengandungi aktiviti dan b = bilangan keseluruhan halaman dalam buku teks. Merujuk jadual 5.8, analisis bagi item aktiviti buku teks matematik KBSM tingkatan 5 menunjukkan terdapat 9 halaman daripada sejumlah 33 halaman yang dikaji dalam buku teks mencadangkan aktiviti kepada pelajar . Indeks penglibatan pelajar melalui aspek aktiviti, Ia bernilai 0.27 menunjukkan buku teks ini adalah autokrasi, tidak mencabar, lebih kepada hafalan dan penerangan kosep sahaja. Secara keseluruhannya, indeks penglibatan pelajar berdasarkan objektif pengajaran, Ia = 0.27 menunjukkan buku teks ini menggunakan pendekatan yang tidak mesra pelajar serta tidak membantu pelajar untuk belajar.

Jadual 5.8 Analisis

Analisis Item Aktiviti Aktiviti yang dicadangkan Activity to investigate the position of a given point relative to the graph of y= ax 49 + b using Geometers Sketchpad. Activity to find the region that satisfies the inequalities y x and y 5-x using a 54 57 graphing calculator. Mathematical terms (crossword puzzle). Mathematics in action (work in group of four, find out more about the uses of parabolic reflectors in our daily life. Present the outcomes of your research to 57 59 the class. Mathematics at work To explore combination of 2 isometric transformation using Geometers 63 Sketchpad To explore combined transformation involving enlargement using Geometers 69 Sketchpad Determining whether combined transformation AB is equivalent to combined transformation BA using 72 Geometers Sketchpad To find a simple transformation which equivalent to the combination of two isometric transformation using geometers 78 Sketchpad Mathematics term (crossword puzzle) 10 Jumlah

Halaman 45

Aktiviti

5.4

Refleksi Kajian

Senario kini menunjukkan buku teks yang diguna pakai di sekolah meliputi terlalu banyak topik tanpa mengambil kira perkembangan pemikiran pelajar menguasai topik-topik tersebut. Penguasaan konsep utama yang tidak ditangani secara mendalam meminimumkan pemahaman pelajar terhadap topik yang diutarakan.

Merujuk kepada analisis data yang telah dilakukan bagi melihat sama ada pendekatan yang diguna pakai dalam kandungan buku teks adalah pendekatan yang berpusatkan pelajar, purata indeks keseluruhan (I) bernilai 0.78 menunjukkan buku teks yang dinilai menjauhi daripada buku teks yang ideal dan seimbang. Dapatan indeks keseluruhan ini menunjukkan buku teks ini bersifat autokrasi, tidak mencabar, lebih kepada hafalan dan penerangan kosep sahaja. Kajian ini adalah satu usaha yang berterusan untuk mendedahkan keadaan sebenar kandungan buku teks. Keadaan ini perlu diperbaiki semula kerana penggunaan buku teks dalam pengajaran dan pembelajaran matematik akan memberi kesan kepada pencapaian pelajar. Selain itu, kajian ini adalah satu usaha yang berterusan bagi melahirkan kesedaran guru terhadap isi kandungan buku teks. Secara tidak langsung, guru lebih peka dalam pemilihan dan penggunaan buku teks yang bermutu tinggi dan bermakna dalam konteks pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

6.0

Cadangan Untuk Kajian Seterusnya

Sebagai kesinambungan daripada kajian ini, saya ingin mengutarakan beberapa cadangan kajian lanjutan bagi kegunaan kajian akan datang. Cadangan-cadangan tersebut merangkumi: i. ii. Kajian ini dapat diperluaskan dengan menganalisis pendekatan lain seperti yang disarankan oleh KBSM. buku teks yang dianalisis hanya melibatkan buku teks matematik tingkatan 5. Kajian lanjutan boleh dilakukan terhadap buku teks matematik bagi setiap tingkatan bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas megenai kandungan dalam buku teks.

iii.

Buku teks yang diguna pakai di zon lain di Malaysia perlu dianalisis dan dibandingkan menggunakan kaedah comparative analysis. Ini dapat memberikan gambaran sebenar mengenai kandungan buk teks matematik tingkatan 5 yang digunakan di Malaysia.

iv.

Analisis kandungan terhadap bahan pengajaran dan pembelajaran seperti buku teks mencakupi skop yang amat luas, bergantung kepada kehendak penyelidik. Kajian boleh dilakukan ke atas buku teks yang sama dari aspek kehendak kurikulum, perbandingan antara konsep dalam dua buku teks serta kesesuaian buku teks dari aspek penglibatan aktif pelajar.

RUJUKAN

RUJUKAN

Eltinge, E.M. & Robert, C.W. (1993). Linguistic Content Analysis: A Method To Measure Science As Inquiry In Textbook. Journal Of Research In Science Teaching. 30(1), 65-83. Jason, N. (2002). Methods In School Textbook Research. Thesis Kedoktoran University Of Oxford. Tidak Diterbitkan. Michael, D. & Schmidt, H.J. (2005). Textbooks And Teachers Understanding Of Acid Base Models Used In Chemistry Teaching. Chemistry Education Research And Practice 6(1), 19-35. Newton, D.P., (1984). The Use Of Textbook For Advance Level GCE Course In Physics, Chemistry And Biology By Sixth Form Students. British Journal Of Education Technology. Robitaille, D.F (1980). Intention, Implementation, Realization: The Impact Of Curriculum Reform In Mathematics.Journal Of Curriculum Studies. 12(4).Halaman 299-306. Shaharom Nordin & Yap Kueh Ching (1991). Ke Arah Mengindividukan Pengajaran Menerusi Pengajaran Bermodul. Bahagian Pendidikan Guru. 7, 89-107. Stern, L. (2003). Reply: Analysis Of Students Achievement In Curriculum Materials: Fidelity To National Students. Journal Of Research In Science Teaching 40(8), 827-834. Theresa, J.Z. (1995). Promoting Higher Order Thinking Skills. Journal Of Chemical Education (72) 7, 631-638.