e-modul sains teknologi prinsip syariah

39
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS [CLO3] Membincangkan prinsip syariah dan etika Islam dalam bidang Sains Teknologi dan Kejuruteraan TOPIK 3.0 : PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN 1 Memahami prinsip syariah dalam sains teknologi dan kejuruteraan 3.1.1 Menerangkan prinsip syariah Islamiah dalam sains teknologi dan kejuruteraan [ILO] Syariah adalah berasal dari perkataan syarak yang memberi maksud jalan ke arah sumber air atau memberi makna jalan yang kurus [ al-Jathiyah : 18 ] Syariah dari aspek istilah adalah merujuk kepada segala hukum yang disyariatkan oleh Allah swt kepada umat manusia melalui Rasulullah saw. Dipanggil sumber air kerana syariat diperlukan sebagai sumber kehidupan manusia. Air diperlukan untuk terus hidup begitu juga syariat sangat diperlukan untuk menjadi nadi dalam hidup manusia. Manusia akan mati tanpa air, manusia akan sesat tanpa syariat. Kewujudan syariat bukan menyusahkan tetapi dipatuhi bagi kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat. Bi l Prinsip Syariah Huraian 1 Rabbaniah [Ketuhanan] Prinsip yang pertama ini menjelaskan syariah Islam adalah dicipta dan disusun oleh Allah swt. Sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam AA203 1 i ii iii

Upload: abbas-rozimin

Post on 16-Nov-2015

49 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Tutorial Chapter 1 Engineering Mechanicspoliteknik Muadzam shah

TRANSCRIPT

Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS [CLO3]

Membincangkan prinsip syariah dan etika Islam dalam bidang Sains Teknologi dan Kejuruteraan

TOPIK 3.0 : PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

1Memahami prinsip syariah dalam sains teknologi dan kejuruteraan

i3.1.1Menerangkan prinsip syariah Islamiah dalam sains teknologi dan kejuruteraan [ILO]Syariah adalah berasal dari perkataan syarak yang memberi maksud jalan ke arah sumber air atau memberi makna jalan yang kurus [al-Jathiyah : 18]

iiSyariah dari aspek istilah adalah merujuk kepada segala hukum yang disyariatkan oleh Allah swt kepada umat manusia melalui Rasulullah saw.

iiiDipanggil sumber air kerana syariat diperlukan sebagai sumber kehidupan manusia. Air diperlukan untuk terus hidup begitu juga syariat sangat diperlukan untuk menjadi nadi dalam hidup manusia. Manusia akan mati tanpa air, manusia akan sesat tanpa syariat. Kewujudan syariat bukan menyusahkan tetapi dipatuhi bagi kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat.

BilPrinsip SyariahHuraian

1Rabbaniah[Ketuhanan] Prinsip yang pertama ini menjelaskan syariah Islam adalah dicipta dan disusun oleh Allah swt. Segala kandungannya yang meliputi aspek aqidah, ibadat dan muamalat adalah secocok dengan keperluan manusia. Alam yang terbentang luas dengan segala khazanah di dalamnya boleh diterokai dengan mematuhi peraturan Allah swt. Seluruh ciptaan alam adalah milik Allah swt. Maka kita sebagai khalifah tertakluk kepada peraturan alam milikNya. Setiap kajian dan ciptaan hendaklah menjurus kepada pengabdian diri kepada Allah swt dan menginsafi keagunganNya. Para saintis, teknokrat dan jurutera tertakluk kepada prinsip ketuhanan dan bermatlamatkan kemakmuran sarwajagat.

2Wasatiah [Kesederhanaan] Kesederhanaan dalam syariat adalah memberi makna segala hukum hakamnya adalah bersifat sederhana. Tidak ekstrem kepada yang berlebihan atau berkurangan. Boleh berlaku perubahan dan penyesuaian tertentu pada pelaksanaan hukum mengikut keperluan yang tertentu. Contohnya solat fardu hendaklah hendaklah dilakukan secara berdiri. Diberikan kelonggaran untuk duduk bagi yang sakit. Wasatiah juga memberi makna pertengahan antara dua perkara. Mengambil tindakan antara dua kecenderungan. Contohnya antara kaya dan miskin. Maka mengambil pendirian sederhana dalam mencari harta lebih diutamakan.

3Tawazun[Keseimbangan] Keseimbangan dalam syariat bermaksud segala kandungannya adalah mengimbangi antara keperluan manusia di dunia dan akhirat. Contohnya manusia diminta untuk mencari rezeki bagi menyara hidup diri dan keluarga. Dalam waktu yang sama rezeki tersebut hendaklah dicari secara yang halal, baik dan dilaksanakan secara paling terbaik. Impaknya dia akhir bulan gaji diperolehi, pahala diganjari dan pengurusan kerja dihargai. Keseimbangan ini menuntut saintis, teknokrat dan jurutera mengimbangi keperluan manusia di dunia bagi menjadi bekalan di akhirat nanti.

4Mizan[Kesetaraan] Kesetaraan dalam syariat terlihat dalam hukum hakam yang memberikan nilai yang selayaknya bagi sesuatu perkara. Kesetaraan dalam syariat menuntut agar segala tindakan yang dilaksanakan hendaklah meraikan keperluan dunia dan akhirat. Kesetaraan dalam syariat menuntut agar setiap perkara yang dilaksanakan perlu ditimbang agar hukum-hakam tidak menjadi korban atas nama penyelidikan dan pembangunan. Setiap perkara yang dilakukan hendaklah mengambilkira item-item yang digunakan benar menurut sukatan atau had yang ditentukan oleh syariat.

5Tetap & Anjal[Mutlak & Murunah] Tetap dan anjal menurut syariat terlihat dalam aspek hukum hakamnya tetap untuk semua zaman dan umat. Tiada berlaku sebarang perubahan hukum seperti pengharaman arak. Namun begitu, pengharamannya boleh dikecualikan atau digugurkan seandainya ada keperluan yang syari untuk menggunakannya. Contohnya arak terpaksa digunakan untuk tujuan perubatan. Kelonggaran ini boleh berlaku seandainya tiada pilihan lain bagi mengubati penyakit yang merbahaya. Kemutlakan dalam hukum diperlukan bagi memelihara kesucian prinsip syariat dan keanjalan wajar dilakukan bagi meraikan sifat kehidupan manusia yang sentiasa berubah dan dinamik.

3.1.2Menerangkan peranan Syariah Islamiah dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan [ILO]

3.1.3Membincangkan pelaksanaan Syariah Islamiah dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan [ILO]

Utamakan Yang Utama

Islam menjadikan Awlawiyat atau keutamaan dalam melaksanakan sesuatu perkara. Mengelakkan kemudaratan demi mencari kemaslahatan adalah sangat diutamakan. Mendahulukan yang wajib lebih diutamakan daripada yang sunat. Mengutamakan kepentingan ramai adalah wajar didahulukan daripada kepentingan individu. Sebarang kegiatan sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah memberikan keutamaan kepada memelihara peranan syariah. Para saintis, teknokrat dan jurutera seharusnya meletakkan keutamaan memakmurkan alam daripada mencari keuntungan dan kemahsyuran. Pelaksanaan sesuatu perkara hendaklah merujuk kepada mengutamakan agama, nyawa, akal, keturunan, maruah dan harta.

Matlamat Tidak Menghalalkan Cara

Islam mengakui keperluan untuk membuat kajian tentang alam. Manusia dibenarkan untuk menerokai daratan, lautan dan ruang udara untuk tujuan pengimarahan alam. Ciptaan dan penemuan inovasi yang melibatkan teknologi dan kejuruteraan adalah bukti kehebatan akal manusia untuk keperluan dan kemaslahatan hidup manusia. Namun begitu, syariat menegaskan setiap operasi untuk menghasilkan ciptaan dan rekaan hendaklah menghormati peraturan dan etika Islam. Tiada istilah untuk mencapai matlamat keperluan manusia, sebarang kaedah boleh digunapakai dan menghalalkan proses yang bercanggah dengan syariat. Dunia hari ini memaparkan kerakusan manusia untuk maju dan moden hingga bergelar kuasa besar dunia melalui proses mengorbankan alam. Sebagai contoh ujian huklear di lautan telah mengakibatkan berlakunya kerosakan pada lapisan perut bumi yang menjadi punca berlakunya tsunami.

Pelaksanaan Kajian Menepati Syariat Pelaksanaan syariat dalam sains teknologi dan kejuruteraan mengutamakan nilai keagamaan yang lebih fokus kepada etika dan adab dalam membangunkan alam. Peraturan dan hukum yang melibatkan halal, haram, sunat, harus dan makruh serta syubahat hendaklah menjadi asas rujukan dalam pelaksanaan setiap proses kerja. Sebarang ciptaan, penemuan, kajian dan penyelidikan sewajarnya mengambilkira kepentingan prinsip dan etika syariat Islam. Kegagalan mematuhi prosedur ini akan menyumbang kepada ketidakstabilan dan kepincangan pengurusan alam. Andai berlaku pertembungan antara kepentingan keperluan manusia dan pemeliharaan alam, maka syariat menetapkan untuk memilih kemudaratan yang minima.

Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubat

Syariat Islam menetapkan prinsip mencegah adalah menjadi keutamaan dalam pelaksanaan kerja manusia. Prinsip pencegahan yang diminta oleh syariat Islam adalah untuk menolak dan mengelakkan berlakunya kerosakan. Contohnya Islam mengharamkan perbuatan mendekati zina. Maksud mendekati itu adalah termasuk berdua-duaan atau sesuatu tindakan yang boleh membawa zina. Larangan perbuatan yang boleh membawa kepada zina adalah dianggap langkah pencegahan bagi mengelakkan zina dan lahirnya anak luar nikah. Kajian sains dan rekaan teknologi serta kejuruteraan hendaklah mengambil langkah pencegahan dalam segenap aspek dari mula hingga akhir. Akibat yang besar akan menimpa umat manusia apabila langkah-langkah pencegahan tidak diambil kisah. Prinsip mencegah sewajarnya menjadi agenda utama para saintis, teknokrat dan jurutera melaksanakan tugasan mereka. Pengabaian prinsip ini akan menempah suatu pengurusan kos yang lebih besar serta pengorbanan masa yang bukan kepalang. Justeru itu, fikirkan aspek pencegahan sebelum bertindak.

Akidah Diutamakan Syariat Didahulukan

Aqidah yang merupakan tunjang bagi terbangunnya insan terbaik di sisi Allah swt tidak boleh dipandang rendah dalam apa jua pelaksanaan hidup manusia. Syariat adalah peraturan Allah swt untuk dijadikan panduan hidup bagi mengundang rahmat dan berkat. Integrasi pelaksaanaan aqidah dan syariat akan membuahkan keadaan yang harmoni bagi pembangunan modal insan dan pembangunan material sesebuah negara. Pelaksanaan aktiviti sains teknologi dan kejuruteraan haruslah mendahulukan keperluan aqidah sebagai teras pengurusan penyelidikan. Dalam waktu yang sama, syariat menjadi keutamaan bagi seluruh perancangan, program, aktiviti dan hasil kajian menepati kehendak syariat.

3.2Memahami etika Islam dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan3.2.1Menerangkan prinsip Etika Islam dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan [ILO]

3.2.2Membincangkan perlaksanaan prinsip etika Islam dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan [ILO]

MEMAHAMI KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN4.1Memahami Kaedah Fiqh dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan4.1.1Menerangkan pengertian Kaedah Fiqh [ILO]

4.1.2Membincangkan peranan Kaedah Fiqh dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan [ILO]

1Memudahkan pemahaman terhadap hukum untuk digunapakai kepada persoalan sains teknologi dan kejuruteraan

Kaedah fiqh menetapkan formula teras atau asas untuk digunapakai bagi menjadi rujukan sebelum memulakan penyelidikan. Setiap persoalan yang baru dalam kajian sains teknologi dan kejuruteraan boleh dirujuk kepada kaedah fiqh bagi menentukan hukumnya

2Membantu manusia khususnya para saintis, teknokrat dan jurutera untuk menyelesaikan persoalan yang melibatkan isu-isu sains teknologi dan kejuruteraan

Kaedah-kaedah fiqh telah membantu saintis, teknokrat dan jurutera mengenalpasti isu dalam operasi mereka untuk diselesaikan. Isu-isu dalam sains, teknologi dan kejuruteraan mampu ditangani melalui panduan kaedah ini bagi menjadikan operasi dalam penyelidikan mendapat rahmat dan berkat ilahi.

3Menyediakan keperluan hukum-hukum yang menyeluruh bagi menangani isu-isu kecil dalam sains teknologi dan kejuruteraan

Hukum-hukum yang sudah diputuskan dalam kaedah fiqh sangat sesuai untuk menjawab segala persoalan cabangan atau sampingan yang timbul dalam sains, teknologi dan kejuruteraan

Setiap Sesuatu Itu Bergantung Kepada Tujuannya 4.1.3Membincangkan konsep asas Kaedah Fiqh yang bertepatan dengan Sains Teknologi dan Kejuruteraan [ILO]

1

1. Kaedah ini memberi maksud setiap amalan seseorang samada pertuturan atau perbuatan, maka kedudukan atau hukum bagi amalan tersebut adalah bergantung kepada niat atau tujuannya.

2. Persoalan yang timbul adalah apabila amalan yang dilakukan tersebut mempunyai tujuan atau niat yang bukan untuk ibadat. Mungkin juga berlaku sebahagian amalan tersebut bertujuan ibadat dan sebahagian yang lain untuk tujuan tertentu.

3. Rujukan utama kaedah ini adalah hadis riwayat Saiyidina Umar al-Khattab yang bermaksud :

"Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan sesungguhnya kedudukan bagi amalan tersebut adalah tertakluk kepada apa yang diniatkan".

Maksud Niat & Kepentingannya

1. Niat bermaksud suatu lintasan dalam hati untuk melaksanakan sesuatu perkara.

2. Niat diperlukan bagi membezakan antara ibadat dan adat, berpahala atau berdosa, bermanfaat atau bermafsadah kepada seseorang atau kumpulan.

3. Niat juga menentukan tingkatan atau kualiti ibadat seseorang samada mendapat darjat amalan soleh atau amalan toleh, mendapat status sekadar membuat amalan atau mencapai tahap seronok beramal, mendapat balasan syurga atau mendapat status reda Allah swt.

Perbincangan Kaedah

1. Amalan selain adat seperti beriman kepada Allah swt tidak perlukan niat kerana ia sudah dimaklumi berbeza dengan yang lain.

2. Ibadat khusus seperti solat tidak disyaratkan niat ibadat kecuali bagi penentuan klasifikasinya seperti berniat solat fardu bagi membezakan dengan solat sunat atau niat solat zohur bagi membezakan waktu.

3. Niat diperlukan bagi menentukan jenisnya samada wajib seperti nazar dan kaffarat atau sunat contohnya puasa.

4. Bagi amalan selain ibadat khusus, niat sangat diperlukan bagi tujuan mencapai status ibadat atau bernilai di sisi Allah swt dengan memenuhi syarat-syarat berikut :

i.Kajian, rekaan dan penyelidikan hendaklah bertujuan baik dan menepati syarak. Contohnya menghasilkan telefon pintar yang boleh memudahkan dan membantu kerja manusia.

ii.Setiap perancangan dan pelaksanaan bagi mencapai matlamat di atas hendaklah disusun dengan baik dan menepati kualiti syarak dan semasa. Contohnya menghasilkan sistem pengurusan yang mampu menjadikan kerja tersusun dan efektif.

iii.Mendahulukan sesuatu yang terpenting daripada yang penting sebagaimana yang diminta oleh tujuan syariat. Contohnya menyelamatkan nyawa ramai manusia menjadi keutamaan dalam menghasilkan kenderaan berbanding untuk tujuan keuntungan.

Keyakinan Tidak Boleh Disingkirkan Dengan Syak

2

1. Kaedah ini menjelaskan keyakinan pada sesuatu perkara tidak boleh diubah kerana sesuatu keraguan. Perubahan keyakinan boleh berlaku seandainya terdapat keyakinan lain yang mampu mengubah keyakinan asal. Contohnya jika seseorang berkeyakinan bahawa dia berada pada rakaat kedua dalam solat zohur, maka tiada sebab dia perlu menambah satu rakaat untuk menghabiskan solat zohurnya. Meskipun dia merasa syak atau ragu tentang rakaatnya samada dua atau tiga. Maka ketika itu dia hendaklah memegang keyakinannya yang asal iaitu hanya menambah dua rakaat sahaja.

2. Keyakinan adalah sesuatu yang dipegang atau dipercayai benar pada asal sesuatu perkara. Syak atau ragu pula bermaksud ketidakyakinan atau ketidakpastian terhadap sesuatu perkara.

3. Kaedah fiqh menetapkan keyakinan yang dipegang oleh seseorang tidak boleh berubah dengan sewenang-wenangnya oleh gangguan syak atau keraguan yang tidak pasti status kebenarannya.4. Dalil yang menjadi sandaran kaedah ini adalah firman Allah swt dalam surah Yunus : 36.

Dan kebanyakannya mereka tidak menurut melainkan suatu sangkaan sahaja. Pada hal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak untuk menentukan sesuatu kebenaran.

Perbincangan Kaedah

1. Kaedah ini memberikan suatu konsep yang menjelaskan bahawa pentingnya keyakinan dalam melaksanakan sesuatu perkara. Keyakinan tersebut mestilah berdasarkan sandaran atau sumber yang jelas dan tiada keraguan padanya.

2. Keraguan pula merupakan musuh kepada manusia yang diilhamkan oleh syaitan dan asas keyakinan yang tidak kukuh. Gangguan-gangguan yang datangnya daripada kelemahan diri dan dibantu dengan dorongan jahat syaitan menjadikan sesuatu perkara tidak pasti. Inilah punca pendirian manusia kerap berubah dan berlakunya pergeseran sesama manusia.

3. Dalam konteks sains teknologi dan kejuruteraan, maka kaedah ini menuntut suatu keyakinan kepada ilmu yang dimiliki secara benar mampu menghasilkankeputusan dan tindakan yang benar dan penuh keyakinan.

4. Gangguan yang datang dalam diri berupa suara-suara meragukan atau cuba untuk memperdayakan saintis dengan hasutan kebendaan, kemahsyuran dan keuntungan pasti menjadi kekangan mereka menghasilkan rekaan, ciptaan dan penyelidikan yang terbaik.

5. Para saintis, teknokrat dan jurutera hendaklah berkeyakinan bahawa segala usaha mereka adalah memenuhi tujuan syariat iaitu untuk memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta manusia. Di samping itu hasil kerja mereka dapat memberikan impak terbaik bagi keselesaan dan kesempurnaan hidup manusia.

Kesukaran Menjadi Sebab Kepada Kemudahan Dan Keringanan

3

1. Masaqqah atau kesukaran atau kesempitan yang dimaksudkan dalam kaedah ini adalah merujuk kepada beberapa keadaan kesukaran yang melampaui tahap kebiasaan bagi manusia normal.

2. Kesukaran-kesukaran ini pasti akan barlaku dalam melaksanakan kewajipan di dunia sehingga menimbulkan kemudaratan bagi terlaksananya kewajipan tersebut.

3. Contohnya puasa dalam bulan ramadan tidak dapat diteruskan kerana kesakitan yang melampaui hingga menyebabkan seseorang itu terpaksa berbuka atau diberikan kelonggaran untuk tidak berpuasa.

4. Dalil yang menjadi sumber rujukan untuk kaedah ini adalah firman Allah swt dalam surah al-Baqarah : ayat 185

Dan ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama

Perbincangan Kaedah

1. Antara kesukaran yang boleh menjadi sebab berlakunya kemudahan dan keringanan ialah :-

i. KekuranganKekurangan yang dimaksudkan adalah merujuk kepada kegilaan hingga siuman, kanak-kanak sehingga umur baligh dan orang yang tidur sehingga ia sedar.

ii. JahilKejahilan yang dimaksudkan merujuk kepada hilangnya kewarasan biasa sebagai seorang manusia. Atau kejahilan juga bermaksud suatu keadaan tidak tahu perkara sebenar. Namun diketahui selepas berlakunya sesuatu perkara tersebut.iii. SakitKesakitan memberi makna diberikan kemudahan untuk memilih kaedah lain untuk melunaskan kewajipan. Contohnya seseorang itu dibenarkan untuk bertayammum kerana sakit yang boleh memudaratkan dirinya andai ia berwuduk.

iv. MusafirSeseorang yang bermusafir atas tujuan yang baik, dibenarkan untuk menyempurnakan kewajipan tertentu andai urusan musafir tersebut menimbulkan kesukaran baginya. Contohnya seseorang itu dibenarkan untuk melakukan solat qasar dan jamak bagi menggantikan solat fardu secara penuh.

v. Kelupaan atau terlupaSeseorang yang terlupa melaksanakan sesuatu ibadat atau apa jua perkara dianggap tidak menanggung apa-apa tanggungjawab. Contohnya tidak dianggap berdosa bagi seseorang yang makan pada siang hari bila ia terlupa.

vi. PaksaanPaksaan yang diterima bagi melayakkan seseorang gugur memikul tanggungjawab dalam agama adalah untuk menyelamatkan agama, nyawa dan lain-lain maksud syariat.

vii. Umumul BalwaSuatu perkara yang telah diterima umum yang boleh dimaafkan bila berlakunya perkara tersebut. Contohnya percikkan tanah merah yang mengenai pakaian.

2. Konsep Rukhsah [Kelonggaran] yang dibenarkan oleh syarak merangkumi perkara-perkara berikut :-

i. PengguguranDigugurkan sesuatu hukum atas sebab tertentu yang boleh dianggap kesukaran. Contohnya dibenarkan meninggalkan puasa ramadan disebabkan kesakitan yang berat.

ii. PenguranganPengurangan dalam melaksanakan ibadat boleh berlaku apabila kesukaran boleh mengganggu tujuan sesuatu perkara. Contohnya dibenarkan mengurangkan solat fardu empat rakaat menjadi dua rakaat sahaja.

iii. PenggantianKesukaran bagi melakukan sesuatu ibadat atau kerja boleh diganti dengan sesuatu yang lain. Contohnya bertayyammum untuk menggantikan wuduk.

iv. PendahuluanSeseorang dibenarkan untuk mendahulukan sesuatu perkara pada masa hadapan atas sebab kesukaran yang tertentu. Contohnya solat asar dalam waktu zohur atas sebab musafir.

v. Penangguhan atau melewatkanPengangguhan boleh dibuat dalam melaksanakan ibadat apabila ia diperlukan untuk mengelakkan kesukaran. Contohnya melaksanaka solat zohur dalam waktu asar atas sebab bermusafir.

Perbincangan Aplikasi Kaedah

1. Aplikasi kaedah ini bagi sains teknologi dan kejuruteraan adalah tertakluk kepada prinsip-prinsip syariat dan tujuan-tujuannya.

2. Antara perkara-perkara penting yang perlu menjadi perhatian bagi saintis, teknokrat dan jurutera adalah seperti berikut :-

i. Sebarang kesukaran yang berlaku dalam proses penyelidikan hendaklah dirujuk kepada syarat-syarat yang membolehkan rukhsah terpakai.

ii. Pertimbangan untuk mencipta sesuatu bagi kepentingan manusia haruslah menjadi keutamaan untuk menggunapakai konsep rukhsah.

iii. Keizinan untuk menggunapakai kaedah ini berlaku apabila sesuatu tujuan yang sangat diperlukan oleh manusia di dunia terhalang oleh sesuatu kesukaran atau kepayahan.iv. Status kebenaran untuk menggunakan segala bentuk kerukhsahan adalah berkuatkuasa selama mana kesukaran tersebut masih berlaku.

v. Kaedah ini bukan diambil mudah untuk menghalalkan segala bentuk rukhsah sebelum pelbagai pilihan lain diuji bagi mengelak atau mengatasi kesukaran tersebut.

vi. Keluasan pemakaian kaedah ini tiada had dan sempadan waktu. Keutamaan hanya diberikan kepada kes-kes yang boleh memudaratkan agama, nyawa, akal, maruah, keturunan dan harta manusia.

vii. Kejujuran dan kepertanggungjawaban yang maksima diperlukan oleh para saintis, teknokrat dan jurutera dalam menjalankan peranan mereka. Kewajaran dan kerelevanan sesuatu perkara dibuat atau dihasilkan hendaklah benar lagi tulus bagi tujuan kebaikan dan menolak kesukaran.

Kemudaratan Hendaklah Dihilangkan 4

1. Kemudaratan dalam kaedah ini bermaksud sesuatu perkara yang menjadi kesukaran bagi tercapainya kepentingan asasi kehidupan manusia yang melibatkan agama, nyawa, maruah, keturunan, akal dan harta.

2. Kaedah ini lahir berdasarkan hadis Rasulullah saw yang dikeluarkan oleh Imam Suyuti yang berbunyi :-

Maksudnya Tidak dibenarkan melakukan kemudaratan dan membalas sesuatu dengan kemudaratan.

3. Islam mengharamkan segala tindakan yang boleh membawa kepada kemudaratan samada kepada diri, orang lain dan alam sekitar. Dalam masa yang sama, Islam melarang tindak balas kepada sesuatu tindakan daripada pihak lain yang boleh memberikan kemudaratan.

4. Ukuran kemudaratan adalah dengan merujuk kepada impak buruk atau negatif menurut perspektif agama di samping sedikit sistem nilai dan norma masyarakat yang tidak bercanggah dengan tujuan dan prinsip syariat.

5. Contohnya Islam menetapkan etika berpakaian yang tertentu kepada lelaki dan perempuan. Kegagalan mematuhi etika ini akan mengundang kemudaratan kepada sistem nilai manusia. Fesyen pakaian yang pelbagai merupakan suatu kemaslahatan kepada konsep menghayati kecantikan dan keindahan. Namun begitu, fesyen pakaian yang boleh memudaratkan pandangan, perasaan, akal dan hati walaupun masyarakat mengiktiraf fesyen tersebut, dianggap haram oleh Islam.

Perbincangan Aplikasi Kaedah

1. Kaedah kemudaratan hendaklah dihilangkan atau ditiadakan adalah sangat berpengaruh dalam kehidupan manusia. Kemajuan sains, teknologi dan kejuruteraan banyak membantu kehidupan manusia menjadi lebih mudah, selesa, cepat dan melampaui norma kehidupan biasa.

2. Andai kita melihat pengurusan kehidupan manusia pada hari ini telah menjadi bukti kukuh bahawa ciptaan sains, teknologi dan kejuruteraan telah banyak membantu menghilangkan kesukaran dan kemudaratan dalam hidup manusia.

3. Sebagai contoh hubungan manusia di mana jua berada menjadi dekat dengan bantuan medium telekomunikasi dan ICT. Kemudaratan yang timbul sebelum wujudnya peralatan tersebut telah dihapuskan. Malah kehidupan manusia bertambah maju dan selesa.

4. Namun begitu, kemudaratan yang lain pula timbul. Ketiadaan kawalan iman dan akhlak menyebabkan kecanggihan tersebut telah disalahguna untuk mengaut keuntungan. Kerosakan akhlak dan krisis amalan untuk bekalan selepas mati telah menerjah masuk dalam hidup manusia. Akibatnya ciptaan teknologi dan kejuruteraan sekadar memudahkan sementara hidup manusia, sedangkan daya fikir serta kos membendung dan merawat penyakit yang timbul daripadanya berganda-ganda beratnya.

5. Aplikasi kaedah ini juga membolehkan sesuatu kemudaratan yang akan disingkirkan boleh membenarkan sesuatu yang asalnya terlarang atau haram untuk dilaksanakan atau digunakan.

6. Contohnya keharusan doktor lelaki memandang aurat wanita sekadar yang perlu untuk tujuan rawatan. Dengan syarat tiada doktor wanita yang boleh merawatnya. 7. Dalam waktu yang sama, kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang setaraf dengannya. Contohnya seseorang itu tidak boleh menghasilkan sesuatu yang bahayanya sama walaupun berbeza bentuk. Penggunaan arak samada untuk diminum atau dimakan atau digunakan atas alasan biasa masih dihukumkan haram. Namun jika digunakan untuk menjadi penawar terbaik setelah gagalnya ubatan yang lain, maka penggunaan itu dibenarkan.

8. Melalui kaedah ini, menolak kerosakan menjadi keutamaan daripada mengambil kebaikan. Kaedah ini menuntut apa jua program dan aktiviti dalam sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah lebih mendahulukan tujuan menyingkirkan kemudaratan berbanding kebaikan. Ini bermakna para saintis, teknokrat dan jurutera hendaklah menjadikan penyelidikan mereka bagi menghapuskan kesukaran dan kemudaratan berbanding nilai kebaikan serta keselesaan.

9. Sebagai satu rumusan, kaedah ini memberikan satu panduan umum kepada para saintis, teknokrat dan jurutera tentang pentingnya nilai menolak kemudaratan demi mencari kebaikan. Tiada istilah kerana kepentingan manusia segala perkara menjadi halal. Konsep kemudaratan dan kesukaran serta kebaikan sewajarnya diberikan makna yang sebenar berasaskan panduan Islam dalam kaedah-kaedah fiqh.

5Adat Dijadikan Sebagai Rujukan Hukum

1.Adat bermaksud adalah sesuatu yang sudah menjadi satu kelaziman dilakukan oleh manusia. Uruf pula merujuk kepada sesuatu yang telah dimaklumi oleh masyarakat hingga menjadi amalan kebiasaan. Ia melibatkan perkataan atau perbuatan atau sesuatu yang tidak dilakukan. 2. Kaedah ini memberi maksud adat dan uruf boleh dijadikan rujukan bagi menetapkan sesuatu hukum bagi satu-satu isu atau kes dengan syarat ketiadaan nas syarak dalam permasalahan tersebut. Andai terdapat nas syarak, maka penggunaan kaedah ini akan terbatal.

3. Adat atau uruf terbahagi kepada empat bahagian utama, iaitu :-

3.1Adat AmIa merujuk kepada sesuatu kebiasaan yang diterima umum sebagai satu yang memberi maksud tertentu. Contohnya sembahyang merujuk kepada solat bukan bermaksud yang lain seperti yang difahami oleh agama lain.

3.2Adat KhususIa bermaksud sesuatu yang terpakai dan difahami oleh sesetengah masyarakat atau negeri atau di kalangan golongan tertentu. Contohnya kesarjanaan merujuk kepada kepandaian dan kecendekiawan seseorang.

3.3Adat SahihSesuatu adat yang tidak bercanggah dengan nas syarak atau prinsip syariat atau menghalalkan yang haram atau tidak membatalkan yang wajib atau menghilangkan kemaslahatan dalam syariat. Contohnya pemberian hantaran dalam majlis perkahwinan tidak termasuk dalam mas kahwin. Hanya seorang sahaja antara pembeli atau penjual yang melafazkan aqad jual beli.

3.4Adat Fasid atau RosakSesuatu adat yang berlawanan atau bercanggah dengan nas syarak atau prinsip syariat atau menghalalkan yang haram atau membatalkan yang wajib atau menghilangkan kemaslahatan dalam syariat. Contohnya menjual barang secara bertangguh melebihi daripada bayaran secara tunai.

Perbincangan Aplikasi Kaedah

1.Kaedah ini amat besar peranannya dalam pengurusan manusia. Setiap kajian dalam sains, teknologi dan kejuruteraan dibenarkan menggunakan kaedah ini bagi tujuan sebagai sumber rujukan untuk membuat keputusan.

2.Pemakaian kaedah ini hendaklah didasari oleh kefahaman yang mendalam tentang konsep adat dan uruf yang mampu menjadi rujukan hukum. Kebiasaan yang berstatus baik serta menepati kehendak syarak atau tidak bertentangan dengan prinsip syariat seharusnya menjadi bahan perbincangan khusus sebelum sesuatu operasi penyelidikan dibuat.

3.Kebiasaan yang diterima umum dan satu kelaziman yang meluas belum cukup menjadi sandaran untuk menghasilkan bahan rekaan dan teknologi baru, andaikata impak buruknya lebih besar.

4.Asas pertimbangan utama untuk menerima adat sebagai rujukan hukum ialah mencegah berlakunya kemudaratan melebihi daripada menarik kemaslahatan untuk manusia.

5.Para saintis, teknokrat dan jurutera tidak dapat tidak untuk menjadikan nas syarak dan prinsip-prinsip utama syariat serta tujuan-tujuan syariat sebagai sumber teras dalam membuat penyelidikan.

6.Antara syarat utama Uruf atau Adat diterima ialah :-

6.1Hendaklah uruf tersebut menjadi satu amalan kebiasaan atau satu budaya yang diamalkan secara berskala besar oleh masyarakat, konsisten dan tidak mudah berubah-ubah dalam tempoh yang singkat. Contohnya amalan membaca Yasin setiap malam Jumaat.

6.2Hendaklah amalan yang dikatakan sebagai adat tersebut tidak bercanggah dengan nas syarak atau mana-mana prinsip syariat yang putus [Qati]

6.3Andai Uruf boleh menimbulkan kemudaratan dan kepayahan dalam pengurusan hidup, maka Uruf tersebut dikira terbatal. Contohnya larangan mengambil upah mengajar al-Quran oleh para ulamak terdahulu. Kini zaman sudah berubah, ulamak mutakhir mengambil sikap dibenarkan mengambil upah atas sebab perubahan Uruf semasa.

Bibliografi

Abdullah Basmeih (2001), Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (Rumi), Kuala Lumpur: DarulFikir.(ISBN 9830420132)

Diyan Yulianto & M.S. Rohman alih bahasa Noraini Abdullah, (2011), Sumbangan KarySains Hebat Islam Abad Pertengahan, Al-Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd. Cet.1, Kuala Lumpur

Jalaluddin as-Suyuthi, Koleksi Hadis-Hadis Nabi, jil. 1-4 (Al-Jamiush Shaghir), Johor Darul Tazim: Perniagaan Jahabersa. (ISBN:983-077-288-8)

Hasan Ahmad dan Salleh Ahmad .(2002). Usul Fiqh al-Qawaid al-Fiqhiyah. Shah Alam :Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Sulaiman Nordin, (2005), Sains Menurut Perspektif Islam, Penyelenggara. PercetakanDewan Bahasa dan Pustaka, Ampang Selangor.

Shahrir M.Zain, (2006), Pengenalan Tamadun Islam Dalam Sains dan Teknologi.Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, Ampang, Selangor.

Wahbah al-Zuhaili, (2007), Fiqh & Perundangan Islam. 8 jil. Terjemahan Md. Akhir HajiYaacob et.al Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, Ampang, Selangor.

Mohd Saleh Haji Ahmad, (1999). Pengantar Syariat Islam. Pustaka Haji Abdul Majid, KualaLumpur.

Zulekha Yusoff dan Asmak Hj. Ali, (2007), Ikhtisar Sains dan Teknologi Dalam Islam.Universiti Teknologi MARA : UPENA, Shah Alam

Cadangan Aktiviti

TOPIK 3.0 : PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

BilMetodologi P & PAktiviti P & PCadangan Masa

1CL Collaborative LearningPensyarah mengedarkan keratan akhbar/majalah/artikel yang berkaitan topik

Pensyarah memberikan arahan kepada pelajar agar berada dalam kumpulan beserta keratan tersebut

Para pelajar berbincang secara kolaboratif dalam kumpulan bagi mencari isi-isi penting beserta contoh

Setiap kumpulan akan berdebat dengan kumpulan lain berkaitan dengan topik masing-masing

Atau setiap kumpulan akan membuat pembentangan melalui kaedah forum dan sebagainya

Soal jawab akan berlangsung bagi setiap kumpulan

Rumusan akan dibuat oleh wakil setiap kumpulan berkaitan dengan topik tersebut

2LBL Library Base LearningPensyarah akan mengedarkan rangka kerja berkaitan dengan topik

Pelajar akan mencari bahan untuk menyiapkan kajian secara berkumpulan

Setiap kumpulan menyiapkan buku skrap berdasarkan panduan yang diberikan

Setiap kumpulan akan membentangkan hasil kerja masing-masing

3PBL - Project Base Learning Pensyarah akan mengedarkan tajuk-tajuk projek yang berkaitan topik untuk diselesaikan secara berkumpulan

Tajuk-tajuk projek adalah berkaitan dengan menggunakan prinsip-prinsip syariat dalam sains teknologi dan kejuruteraan.

4TBL Trip Base LearningPensyarah membawa para pelajar ke tempat yang sesuai bagi melihat bukti-bukti aplikasi sains teknologi dan kejuruteraan Islam dalam dunia hari ini

Pembahagian kumpulan diperlukan bagi mereka membuat kajian berdasarkan ciptaan sains teknologi atau kejuruteraan

Kertas edaran yang mengandungi tugasan yang melibatkan prinsip syariat hendaklah diberikan kepada setiap kumpulan

5Merging Notes Base Learning - MNBLSetiap pelajar diberikan beberapa prinsip syariat, maksud, contoh dan huraiannya.

Pensyarah meminta setiap pelajar bergerak mencari prinsip, maksud, contoh dan huraian yang sesuai untuk membentuk satu kumpulan yang punyai satu prinsip fiqh yang sempurna.

Setiap kumpulan akan mempersembahkan hasil cantuman mereka. Kumpulan-kumpulan lain akan memberikan komentar yang berkaitan.

6Menghasilkan iklan pendek yang berkaitan dengan sains teknologi dan kejuruteraanSetiap kumpulan hendaklah membuat satu iklan inovatif berasaskan penggunaan IT, sains dan kejuruteraan

Satu pertandingan antara kelas yang mengambil AA203 boleh dibuat secara berjadual dan ditakwimkan.

7

Contoh-contoh soalan kuiz dan ujian

BilDomain KognitifContoh Soalan Aras RendahContoh Soalan Aras Tinggi

Aras Pengetahuan

Aras Kefahaman

Aras Aplikasi

Aras Analisis

Aras Sintesis

Aras Penilaian

Sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam AA2031