buletin ikhtiar - aim.gov.my · mikro islam yang berlandaskan kepada prinsip-prinsip syariah di...

24
Bersatu Padu Mendokong Visi & Misi AIM FOKUS MIIM Merealisasikan Hasrat Menjayakan Ekosistem AIM > ms.12-15 > ms.18 IKON SAHABAT Minat Bergaya Dorong Buka Spa Ingin Berjaya Seperti Kakak > ms.20 > ms.06 Bil. 2/2014 | www.aim.gov.my Buletin Ikhtiar #MH370 AL-FATIHAH: Buat semua penumpang dan anak kapal MH370 yang beragama Islam. Semoga Allah SWT merahmati mereka.

Upload: others

Post on 26-Dec-2019

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin Ikhtiar - aim.gov.my · Mikro Islam yang berlandaskan kepada prinsip-prinsip syariah di peringkat serantau dan antarabangsa. MISI i. Memartabatkan ilmu kewangan mikro Islam

Bersatu PaduMendokong Visi & Misi AIM

FOKUS• MIIM Merealisasikan Hasrat Menjayakan Ekosistem AIM

> ms.12-15 > ms.18IKON SAHABAT• Minat Bergaya Dorong Buka Spa• Ingin Berjaya Seperti Kakak

> ms.20> ms.06

Bil. 2/2014 | www.aim.gov.my

Buletin

Ikhtiar

#MH370AL-FATIHAH: Buat semua penumpang dan anak kapal MH370 yang beragama Islam. Semoga Allah SWT merahmati mereka.

Page 2: Buletin Ikhtiar - aim.gov.my · Mikro Islam yang berlandaskan kepada prinsip-prinsip syariah di peringkat serantau dan antarabangsa. MISI i. Memartabatkan ilmu kewangan mikro Islam

AHLI LEMBAGA PENGARAH

PengerusiYBhg Dr. Zubir Harun

AhliYBhg. Datuk Dr. A. Manaf HussinEn. Hazim JamaluddinEn. Muhammad IdrisEn. Aizul Fidy KamarudinEn. Mohamad AbdullahHj. Mohamad Shahaimi OthmanDatuk Hj. Yusoff HM HaniffEn. Norsharizal Mashahrin

PANEL SYARIAH

PengerusiYBhg Datuk Abu Hasan L. Din Al-Hafiz

AhliProf. Madya Dr. Engku Rabiah Adawiyah Engku AliProf. Madya Syed Mohd. Ghazali Wafa Syed Adwan WafaProf. Dr. Abdul Rahim Abdul RahmanUstaz Mohd Bakir Haji Mansor

04-05 Mandat Peneraju Mendokong Visi dan Misi AIM

06-08 Fokus MIIM Merealisasikan Hasrat Menjayakan Ekosistem AIM

09-11 Liputan Ikhtiar Berita Mac-Jun

12-13 Ikon Sahabat Minat Bergaya Dorong Buka Spa

14-15 Ikon Sahabat Ingin Berjaya Seperti Kakak

16-17 Semasa Pencapaian AIM dan TKKS

Majlis Penyerahan Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat (TKKS) dan Sumbangan Bantuan Mangsa Banjir Sahabat AIM Cawangan Beaufort, Keningau dan Tenom

18-19 Koperasi Sahabat Perkembangan Semasa Koperasi Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KOOP SAHABAT)

20-21 Personaliti Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2013

22-23 Galeri Amanah

SIDANG EDITORIAL

PenaungDr. Zubir Harun

PenasihatNorsharizal Mashahrin

Ketua EditorYaacob Omar

EditorNoraini Hussin

ISI KANDUNGAN

Visi Untuk menjadi Institusi Kewangan Mikro yang diberkati, dinamik dan bertaraf dunia bagi membasmi kemiskinan serta meningkatkan kesejahteraan ummah.

• Menjadi sebuah institusi kewangan mikro yang kukuh, stabil, berdikari dan lestari.

• Menyediakan rangkaian produk dan perkhidmatan kewangan mikro yang patuh syariah kepada isirumah berpendapatan rendah.

• Menyediakan infrastruktur teknologi dan sistem sokongan terkini bagi penyampaian produk dan perkhidmatan.

Misi • Memantapkan modal insan melalui penerapan budaya pembelajaran, keusahawanan dan inovasi yang berterusan.

• Memperkasa sosio ekonomi komuniti AIM melalui ekosistem yang bersepadu sehingga mereka mampu mengeluarkan zakat, wakaf dan infaq.

• Meneroka pasaran kewangan mikro Islam di peringkat serantau dan antarabangsa.

• Membina budaya sukarelawan dalam komuniti AIM.

> ms.09 > ms.21

Irmi Hasnurshila Abu Hassan

Jurugambar / WartawanSidek Abd RazakTajul Asrul Syah MokhtarMohd Aizuddin Sabarudin

Abdul Gafur Abd MajidMohd Yazid ZainudinDayang Norasmeh Adnin

PenerbitUnit Komunikasi KorporatAmanah Ikhtiar MalaysiaMenara Amanah Ikhtiar,No. 3, Jalan Cempaka SD12/1A,Bandar Sri Damansara, PJU9,52200 Kuala Lumpur.

Reka BentukF2 Communication Sdn Bhd

Buletin

Ikhtiar

Page 3: Buletin Ikhtiar - aim.gov.my · Mikro Islam yang berlandaskan kepada prinsip-prinsip syariah di peringkat serantau dan antarabangsa. MISI i. Memartabatkan ilmu kewangan mikro Islam

Catatan Ketua Editor

AHLI LEMBAGA PENGARAH

PANEL SYARIAH

Dr. Zubir Harun Pengerusi

Datuk Dr. A. Manaf Hussin

Tuan Hj. Muhamad Idris

Prof. Dr. Abdul Rahim

Abdul Rahman

Datuk Hj. Yusuff HM Haniff

Encik Aizul Fidy Kamarudin

Prof. Madya Dato’ Syed Mohd Ghazali Wafa

Syed Adwam Wafa

Encik Hazim Jamaluddin

Encik Mohamad Abdullah

Prof. Madya Dr. Engku Rabiah Adawiyah

Engku Ali

Tuan Hj. Mohamad Shahaimi Othman

Encik Norsharizal Mashahrin

Ustaz Mohd Bakir Hj. Mansor

Datuk Abu Hasan L. Din Al Hafiz Pengerusi

Suku kedua 2014 menyaksikan penerusan revolusi program Retreat seluruh Malaysia yang berteraskan objektif Re-examine, Reposition, Rebranding dan Restrategise AIM susulan program Retreat Disember 2013. Pihak pengurusan tertinggi terus melangkah teguh dan turun padang untuk sama-sama bergabung tenaga mengubah corak lanskap pimpinan dan operasi AIM di akar umbi.

Kekuatan minda dan berfikiran positif merupakan ciri-ciri penting yang perlu ada pada setiap kakitangan AIM demi memastikan visi dan misi AIM tercapai serta organisasi terus kekal relevan untuk Sahabat sedia ada mahupun bakal Sahabat. Di samping itu, kita mahu terus kekal relevan dan menyahut cabaran NKRA yang mahukan lebih ramai usahawan luar bandar menjelang 2020.

Dalam isu ini juga kita akan mengupas perancangan strategik salah satu entiti utama AIM iaitu Malaysian Institute of Islamic Microfinance (MIIM) dalam usaha merealisasikan menjayakan objektif ekosistem AIM.

Fokus Buletin Ikhtiar kali ini turut memaparkan pengalaman Sahabat dari Wilayah Johor dan Wilayah Sabah yang tentunya menarik dan berlainan daripada paparan terdahulu. Kita berpeluang melihat punca pendapatan Sahabat yang berusaha menambahbaik kehidupan dengan pilihan projek ekonomi tersendiri yang mengeksploitasi lokasi dan golongan sasaran masing-masing.

Diharap isu kali ini memberi penerangan dan wawasan untuk semua pembaca.

Page 4: Buletin Ikhtiar - aim.gov.my · Mikro Islam yang berlandaskan kepada prinsip-prinsip syariah di peringkat serantau dan antarabangsa. MISI i. Memartabatkan ilmu kewangan mikro Islam

04 Buletin Ikhtiar Bilangan 2/2014

MANDAT PENERAJU

Mendokong Visi Dan Misi AIMTahun 2014 dilihat sebagai tahun pembaharuan AIM dengan adanya pembentukan dan pengukuhan organisasi dari segi mendokong visi dan misi AIM sejajar dengan arus semasa. Ikuti temubual bersama Pengarah Urusan (M) Amanah Ikhtiar Malaysia, En. Norsharizal Mashahrin.

S

S

J

J

Bagaimana En. Norsharizal melihat cara untuk AIM bergerak bersama-sama untuk mendokong visi dan misi baru AIM? Apa cabaran yang mungkin AIM hadapi dalam usaha mencapai matlamat korporat ini?

Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia, YBhg Dr. Zubir Harun sepertimana yang kita dapat dilihat sangat bersifat hands on dan turun padang. Dari resolusi program-program retreat 2013 kita dapat lihat kesungguhan Dr. Zubir untuk memartabatkan kedudukan AIM. Kalau Dr. Zubir sendiri turun padang, tentunya ia akan menjadi lebih mudah untuk warga AIM yang lain untuk mencontohinya.

Dari masa ke semasa kita ada tindakan susulan dan kita adakan gerakan yang melibatkan segenap kakitangan. Mungkin klise tetapi there is no I in team. Atas sebab ini, saya rasa memang penting untuk setiap kakitangan AIM sama-sama bekerja memastikan visi dan misi AIM tercapai dalam setiap aktiviti yang kita lakukan. InsyaAllah, saya yakin warga kerja AIM semuanya faham dan mahu mengecapi kejayaan, lebih-lebih lagi apabila hasil akhir adalah kejayaan membantu keluarga miskin keluar dari belenggu kemiskinan.

Antara objektif perjuangan AIM ialah mengurangkan kemiskinan di kalangan isi rumah miskin dan berpendapatan rendah di Malaysia. Cabaran tentulah ada, dan saya rasakan cabaran ini tidaklah sama saja tak kira lokasi, jadi kita kena perhalusi dan dalami setiap isu yang mungkin dikemukakan oleh pelanggan kita (Sahabat). Kita siasat, rekod, cari cara mengatasi permasalahan, semua ini penting untuk satu matlamat yang sama. Kita adalah konsisten dengan dasar kerajaan untuk mengurangkan kadar kemiskinan dalam negara. Di mana perbezaannya? Tentunya pada cara pelaksanaan dan hasil akhir.

Bagaimana peralihan pengurusan organisasi pada tahun 2013 memberi impak kepada corak kepimpinan dan transformasi Amanah Ikhtiar Malaysia?

Setelah wujud selama 27 tahun, AIM harus melihat keperluan masa depan, kerana walaupun bertapak lama dalam bidang kewangan mikro serta merupakan antara pelopor industri ini di Malaysia, ini tidak merupakan jaminan tetap untuk kejayaan masa akan datang. Untuk kekal relevan, selaras dengan perkembangan dan perubahan teknologi, AIM mesti sanggup melakukan transformasi untuk masa depan keluarga miskin di Malaysia.

En. Norsharizal Mashahrin

Page 5: Buletin Ikhtiar - aim.gov.my · Mikro Islam yang berlandaskan kepada prinsip-prinsip syariah di peringkat serantau dan antarabangsa. MISI i. Memartabatkan ilmu kewangan mikro Islam

05 Buletin Ikhtiar Bilangan 2/2014MANDAT PENERAJU

Ada tujuh misi AIM yang memerlukan transformasi dan gerak kerja bersepadu. Sejauh mana kakitangan dapat melaksanakannya?

Misi-misi ini tidaklah baru semuanya. Ianya telah dirombak, diolah semula, dan saya pasti kakitangan AIM bukan baru saja membaca dan menerima misi ini. Kita telahpun menerima pengiktirafan sebagai institusi kewangan mikro Islam terbaik di dunia, di GIFA 2013 serta beberapa anugerah pengiktirafan yang lain yang secara amnya menyokong misi pertama kita.

Satu tindakan baru yang masih dalam pertimbangan adalah penyediaan infrastruktur teknologi untuk kegunaan Sahabat. Kita dalam proses mencari penyelesaian terbaik untuk mendekatkan Sahabat dengan penggunaan cashless system. Kita lihat perubahan ini mampu menyelesaikan masalah kes jenayah yang melibatkan kakitangan kita dirompak dalam perjalanan pulang dari mesyuarat Pusat.

Dari segi melahirkan lebih ramai lagi Sahabat yang bergelar usahawan, saya kira kita sangat berjaya dengan adanya kerjasama dengan Maybank Investment baru-baru ini. Kita juga berpeluang menerapkan budaya pembelajaran dan keusahawanan dan ini akan berterusan selagi termampu. Saya sangat berbangga dengan kejayaan ini. Ianya bermakna AIM walau masih dalam suku pertama 2014 telahpun menyahut cabaran untuk mendokong misi dan visi AIM. Kita mesti dilihat sebagai organisasi yang komited dan sentiasa sanggup meletak kepentingan Sahabat lebih daripada kepentingan lain.

Dalam perkembangan lain, adanya Unit Zakat, Wakaf dan Infaq (UZWI) memperkukuhkan lagi kedudukan kita untuk memperkasakan komuniti AIM melalui ekosistem yang bersepadu sehingga Sahabat mampu mengeluarkan zakat, wakaf dan infaq. Banyak program yang dirancang oleh UZWI untuk memastikan Sahabat faham tanggungjawab mereka dan seterusnya beramal di samping mencari rezeki.

Secara keseluruhannya, tentunya kita memerlukan masa untuk mencapai misi-misi organisasi dan saya yakin pihak pengurusan tertinggi serta semua warga kerja AIM turut bekerja ke arah ini.

Bagaimana pula dengan penerimaan Sahabat? Adakah En. Norsharizal merasakan Sahabat mahu bekerjasama dan turut mendokong matlamat organisasi?

Sejujurnya saya rasakan matlamat organisasi dan Sahabat adalah sama. Mahu atau tidak, itu adalah pilihan Sahabat. Hakikatnya, kalau kita mahu berjaya, kita mesti mahukannya secara jujur dan ikhlas. Kita sedar kebanyakan orang Melayu miskin dari segi kewangan dan pemilikan harta. Anggapan mudah menjelaskan situasi ini adalah mengatakan faktor wang ringgit inilah yang menyebabkan seseorang itu mundur. Namun, kemiskinan seseorang itu bukanlah terletak kepada keupayaan memiliki wang atau harta benda semata-mata, sebaliknya lebih kepada pemilikan jiwa yang hebat berasaskan nilai murni tinggi. Atas kesedaran ini tentunya kita mahukan yang terbaik untuk diri sendiri.

Kemiskinan harta boleh menjadi rintangan, tetapi bukanlah penghalang. Ramai orang yang berjaya, bermula dengan kesusahan. Meskipun lahir dalam keluarga susah, mereka tidak miskin jiwa sebaliknya mempunyai semangat untuk merubah nasib mereka dan berjaya. Atas kesedaran ini kita yakin perubahan dapat diterima oleh Sahabat.

Untuk masa depan, bagaimana hendak membina AIM yang mencerminkan nilai positif?

Kita mesti perbanyakkan lagi proses melatih kakitangan AIM di semua peringkat. Kita didik para pekerja melalui kursus-kursus tertentu. Kita sama-sama bentuk minda untuk berfikir, untuk cari cara terbaik langsungkan perjalanan baru dalam konteks baru. Kemiskinan jiwa kebiasaannya didasari perasaan malas. Hal ini termasuklah malas berfikir, malas berusaha, malas belajar dan membaca, bersifat negatif dalam banyak perkara, tidak jelas tujuan hidup dan tidak berdisiplin. Mungkin ada di antara kita yang agak sensitif apabila dikatakan malas. Namun, biar apa jua yang diperkatakan, yang penting adalah usaha untuk membuktikan tanggapan itu tidak tepat sama sekali.

Dengan kekuatan dan kekayaan jiwa yang dimiliki, kakitangan akan terus maju dan bersemangat biarpun pelbagai cabaran dihadapi, berbekalkan ajaran Islam yang menuntut umatnya untuk sabar dan terus berusaha. Ini semua penting untuk menjayakan visi AIM.

S

S

J

J

S

J

Page 6: Buletin Ikhtiar - aim.gov.my · Mikro Islam yang berlandaskan kepada prinsip-prinsip syariah di peringkat serantau dan antarabangsa. MISI i. Memartabatkan ilmu kewangan mikro Islam

06 Buletin Ikhtiar Bilangan 2/2014FOKUS

Oleh Hajah Mazanah Abdul GhaniPengarah MIIM

PENGENALANMalaysian Institute of Islamic Microfinance (MIIM) telah diperakukan penubuhannya oleh Lembaga Amanah Ikhtiar Malaysia pada 19 Ogos 2013. Penubuhan MIIM dijangka dapat merealisasikan hasrat untuk memantapkan modal insan secara berterusan dan tersusun.

VISIMenjadi peneraju utama di dalam bidang Profesional Kewangan Mikro Islam yang berlandaskan kepada prinsip-prinsip syariah di peringkat serantau dan antarabangsa.

MISIi. Memartabatkan ilmu kewangan mikro Islam di Malaysia dan

antarabangsa,ii. Memperkukuhkan ilmu keusahawanan kepada kelompok 40

peratus ke bawah dalam struktur sosial ekonomi masyarakat,iii. Meningkatkan kewibawaan dan profesionalisme melalui

penyelidikan dan pembangunan serta inovasi produk dan perkhidmatan.

JABATAN DAN PUSAT DI BAWAH MIIMJabatan PendaftarMenguruskan hal ehwal pentadbiran, kewangan, pemasaran dan akademik MIIM.

Centre for Professional Islamic Microfinance (CPIM)Penjenamaan semula Pusat Latihan (PLAT) dengan menyediakan latihan profesional dalam bidang kewangan mikro Islam.

Centre for Entrepreneurship Development (CED)Penjenamaan semula Unit Pembangunan Keusahawanan (UPPK) untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan keusahawanan dan menggalakkan pembangunan tulen yang berkualiti dan berdaya maju.

Center for Research, Development and Innovation (CRDI)Penjenamaan semula Unit Pembangunan dan Penyelidikan (UPP) bagi meneroka bidang baharu melalui kajian dan program pembangunan dengan konsep inkubator.

FUNGSI DAN PERANAN MIIMPeranan utama MIIM adalah untuk menyediakan program-program pendidikan dan latihan yang bersesuaian mengikut keperluan dan kehendak semasa daripada pelanggan (golongan sasaran). Selain itu, MIIM akan menyediakan tenaga pengajar yang profesional dan kompeten di dalam bidang yang diajar dengan merujuk kepada tenaga pengajar dari CPIM. Penggerak

di bawah jawatankuasa MIIM akan merangka, menyusun dan membangunkan struktur kurikulum program sijil/diploma, khususnya di dalam bidang Kewangan Mikro Islam dan Keusahawanan yang merupakan satu usaha bersepadu CPIM dan CED.

Pada masa yang sama, MIIM menerusi CRDI akan menjalankan kajian dan penyelidikan dalam bidang kewangan mikro Islam. MIIM juga akan bertanggungjawab untuk menganjurkan kursus, seminar, bengkel, konvensyen dan pertandingan berkaitan dengan pembangunan produk berinovasi dalam bidang berkaitan.

MATLAMAT DAN SASARAN MIIM DALAM MEREALISASIKAN HASRAT MENJAYAKAN EKOSISTEM AIM

MIIM menjadi rakan sokongan penting kepada operasi merentasi Sahabat dan kakitangan di setiap Cawangan, Wilayah dan Zon. Bagi tahun 2014, peluang latihan kepada Sahabat dan kakitangan adalah dua kali ganda daripada sebelumnya. Pelbagai program akan dilaksanakan bersama-sama dengan pihak Cawangan, Wilayah dan Zon. Kerjasama strategik menggembeleng kepakaran dalam pembangunan program-program latihan dengan pelbagai pihak juga dijayakan termasuk IPT, kolej-kolej, agensi kerajaan dan swasta dalam memastikan sasaran utama MIIM tercapai.

PERANCANGAN STRATEGIK MIIM 2014Jabatan Pendaftar• Program seminar antarabangsa dengan kerjasama pihak luar.• Program wacana ilmu dengan pakar-pakar mengikut bidang

melibatkan pengurusan peringkat tertinggi, pertengahan, wilayah dan cawangan.

• Bekerjasama dan menjadi ahli jawatankuasa program dengan pihak luar seperti ADFIM dan WISE.

• Membangunkan sistem pangkalan data pelajar dan Web MIIM bagi tujuan mempromosikan produk dan perkhidmatan MIIM kepada pihak luar.

MIIM Merealisasikan Hasrat Menjayakan Ekosistem AIM

Melalui PEST Scanning

AIM

Sumber : Pembentangan Kumpulan A1 (Retreat 2013) Gambarajah 01

Keperluan sikap semangat cintakan agama, bangsa dan negara kesan daripada senario politik masakini

Keperluan merapatkan jurang ekonomi Melayu & Bumiputera dalam masyarakat melalui pengagihan kekayaan secara adil

Keperluan meneruskan pendekatanmembimbing komuniti dengan mengekalkanprinsip “learning organization”

Keperluan teknologi terkini dalam pengeluaranpembiayaan dan kutipanbayaran balik

POLITIKEKONOMI

TEKNOLOGI

SOSIAL

Page 7: Buletin Ikhtiar - aim.gov.my · Mikro Islam yang berlandaskan kepada prinsip-prinsip syariah di peringkat serantau dan antarabangsa. MISI i. Memartabatkan ilmu kewangan mikro Islam

07 Buletin Ikhtiar Bilangan 2/2014FOKUS

Centre for Professional Islamic Microfinance (CPIM)• Memperluaskan peluang latihan

kepada 70 peratus kakitangan bagi meningkatkan tahap kemahiran/profesionalisme.

• Mendaftar 100 orang pelajar (2 kumpulan) mengikuti latihan di peringkat Sijil Kewangan Islam.

• Meneruskan latihan berbentuk sijil bersama dengan Politeknik (6 bulan kursus) dan kemahiran pengkomputeran dengan SKALI.

• Bekerjasama dengan institusi latihan, universiti dan organisasi kerajaan (Biro Tatanegara: BTN) dalam mengendalikan kursus-kursus jangka pendek mengikut keperluan.

• Memantau pelaksanaan program pemantapan kepimpinan (Bengkel Kepimpinan Asas, Bengkel Kepimpinan Pusat dan Lembaga Perwakilan Sahabat) yang dikendalikan oleh Cawangan dan Wilayah.

• Bekerjasama dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menyediakan modul latihan kawalan kewangan dalam setiap modul pembangunan Sahabat.

Centre for Entrepreneurship Development (CED)• Memperluaskan peluang latihan

kepada Sahabat dengan mensasarkan 60 peratus (200,000 ribu orang Sahabat).

• Fokus latihan • Sahabat Teras: Pembudayaan

keusahawanan (idealistik) dengan kursus jangka pendek yang melibatkan sekitar 120,000 orang Sahabat.

• Pemantapan Keusahawanan: Usaha-usaha menaiktaraf aktiviti atau perniagaan Sahabat yang berada di tahap sederhana dengan sasaran 60,000 orang Sahabat.

• Pengembangan Sahabat Berjaya: Terus maju dan berdikari dengan sasaran 20,000 orang Sahabat.

• Memperkaya program keusahawanan terutama program teras untuk dilaksanakan oleh Pegawai Amanah/Cawangan mengikut pusat dengan melantik mentor di kalangan Sahabat Berjaya atau pihak pakar yang dikenalpasti mengendalikan latihan pembudayaan keusahawanan jangka pendek (1 hari di pusat).

• Memperkaya program keusahawanan yang dikendalikan oleh pejabat Wilayah dan Zon bagi program khas/seminar keusahawanan.

• Melaksanakan program khas keusahawanan oleh pihak CED.

• Bekerjasama dengan Kolej Komuniti, BTN, jabatan-jabatan kerajaan, universiti dan jururunding luar.

• Melaksanakan Training of Trainers (TOT) yang melibatkan kakitangan dan Sahabat.

Centre for Research, Development And Innovation (CRDI)

• Akan meneruskan beberapa kajian baharu bagi membantu meningkatkan tahap kepuasan Sahabat, kecekapan dan penambahbaikan operasi berterusan selain mengetengahkan inovasi melalui program inkubator.

• Melaksanakan kajian bertindak bagi mengenalpasti keterbatasan pembangunan Sahabat yang masih termiskin, terkebawah dan terpisah daripada program AIM semasa.

• Bekerjasama dengan pakar penyelidik kewangan mikro dalam membangunkan pangkalan data dan menjalankan kajian.

• Bekerjasama menjalankan kajian dengan agensi, jabatan dan swasta bagi melaksanakan program inkubator/inovasi Sahabat.

• Memperkenalkan produk atau perkhidmatan baharu yang bersesuaian.

• Mengemukakan penemuan dan hasil kajian serta pembentangan kepada pihak pengurusan.

Gambarajah 02

AIM & MIIM

SokonganTeknikal

Universiti/Institusi Penyelidikan

Bank/InstitusiKewangan

Kewangan/Modal

Badan-BadanSwasta (CSR)

KOOP Sahabat, AIMSB, Sahabat

LatihanKemahiran

MARDI, FAMA, PERTANIAN, Lembaga Zakat

Syarikat- syarikatInsuran

Kolej Komuniti,Politeknik, IPTA

SMEs

Kementerian,Kerajaan Pusat & Negeri

Page 8: Buletin Ikhtiar - aim.gov.my · Mikro Islam yang berlandaskan kepada prinsip-prinsip syariah di peringkat serantau dan antarabangsa. MISI i. Memartabatkan ilmu kewangan mikro Islam

08 Buletin Ikhtiar Bilangan 2/2014

14

12

10

08

06

04

Mikro Sederhana Tinggi

02

00

Platform PembangunanBerterusan

• Latihan Teras• Inkubasi• Idea Usahawan

TRANSFORMASI

Pemantapan Usahawan

Sokongan Kewangan & Peningkatan Pengetahuan

Pemantapan Lestari = jumlah pembiayan

lebih besar

> Sahabat berpendapatan kurang daripada RM3,500 sebulan

> 1-Azam/Miskin & gagal

> Kakitangan AIM sebagai Agen Pembangunan Masyarakat

IMPAK

> Sahabat berpendapatan melebihi RM3,000 sebulan

> Perniagaan tahap SEDERHANA kepada BERJAYA

> Sumber pembiayaan yang lestari

Gambarajah 03

FOKUS

MATLAMAT DAN SASARAN KESIMPULANPenubuhan MIIM adalah inisiatif AIM yang selari dengan polisi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam. Hasil Kajian Impak 6 AIM yang dikendalikan oleh UUM pada tahun 2009–2012 telah mencadangkan AIM menubuhkan sebuah institusi pengajian. Secara tidak langsung, inisiatif ini turut menyahut suara Usahawan Bumiputera di dalam “Himpunan Usahawan Bumiputera” anjuran Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) pada 4 Mac 2013, yang mengkehendaki graduan dibina dan digilap untuk menjadi usahawan berdaya saing di peringkat global.

Kejayaan sesebuah organisasi banyak dipengaruhi oleh suasana yang dikenali sebagai iklim organisasi. Iklim organisasi yang baik dan positif akan membentuk gerak kerja yang positif dan seterusnya mempengaruhi keberkesanan sesebuah organisasi. Seiring dengan arus pemodenan, perubahan perlu dilakukan dalam organisasi bagi memudahkan proses merealisasikan objektif organisasi secara cekap dan berkesan. MIIM merupakan rakan sokongan penting kepada sahabat dan kakitangan di setiap Cawangan, Wilayah dan Zon.

Bagi tahun 2014, peluang latihan kepada Sahabat dan kakitangan akan diperluaskan dua kali ganda daripada sebelumnya. Justeru itu bagi meningkatkan kecekapan MIIM, organisasi ini akan menjadi perantara golongan miskin dan berpendapatan rendah dengan kementerian, agensi, syarikat kewangan dan lain-lain entiti yang berkepentingan. Diharapkan dengan menjadi pemangkin kepada program pembangunan, MIIM dapat memastikan golongan miskin terus mendapat pembelaan yang sewajarnya dan kadar kemiskinan dapat dikurangkan dari semasa ke semasa.

BIL. MATLAMAT SASARAN

1. 100% Sahabat Pencarian dan penambahan rezeki Sahabat dengan menetapkan 5 jenis kemahiran untuk setiap Sahabat

2. 60% (Latihan Teras)30% (Latihan Dinamik)10% (Latihan Perdana)

Meningkatkan kemahiran dan kecenderungan Sahabat di dalam bidang keusahawanan

3. 70% (Kakitangan Latihan)Kakitangan capai objektifOE difahami

Peningkatan modal insan merangkumi pengetahuan, kemahiran dan produktiviti di kalangan kakitangan AIM

Jadual 01

Page 9: Buletin Ikhtiar - aim.gov.my · Mikro Islam yang berlandaskan kepada prinsip-prinsip syariah di peringkat serantau dan antarabangsa. MISI i. Memartabatkan ilmu kewangan mikro Islam

09 Buletin Ikhtiar Bilangan 2/2014

LIPUTAN IKHTIAR

Program Retreat Wilayah Terengganu 2014Oleh Abdul Gafur Abd Majid

Program Retreat Wilayah Terengganu telah berlangsung di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu pada 6–8 Mac 2014. Cawangan-cawangan yang terlibat adalah Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Marang, Dungun, Kemaman, Kuala Terengganu, Kuala Terengganu 2 dan PKMB Kuala Terengganu.

Retreat ini bertujuan memastikan semua lapisan kakitangan memahami fokus dan keutamaan operasi serta matlamat AIM pada 2014 selain mengenalpasti isu dan membuat perancangan dengan lebih efektif. Pengerusi Lembaga AIM, Dr. Zubir Harun menekankan perubahan yang perlu dilakukan oleh kakitangan bagi memastikan kelangsungan AIM. Beliau mengingatkan kakitangan supaya mendalami dan memperbanyakkan ilmu bagi memperkasa peribadi dalam mengharungi cabaran semasa. Seperti di wilayah lain juga, Dr. Zubir mengharapkan setiap wilayah dan cawangan mengadakan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan untuk kebaikan bersama.

AIM Sabah Sahut CabaranOleh Sidek Abd Razak

Seluruh kakitangan AIM Wilayah Sabah Barat dan Wilayah Sabah Tengah menyahut cabaran pengurusan melalui Retreat yang diadakan di Hotel Tang Dynasty, Kota Kinabalu pada 14–16 Mac 2014.

Kakitangan perlu membentuk ekosistem yang komprehensif dengan menjalin hubungan kerjasama dengan agensi kerajaan termasuk MARA, Kolej Komuniti dan Jabatan Pertanian. Dalam menyahut cabaran ini, Pengarah Urusan AIM, En. Norsharizal Mashahrin menyeru kakitangan agar menjaga kualiti perkhidmatan dan berbelanja secara berhemah bagi mengekalkan kecemerlangan AIM dalam industri. AIM dijangka akan mengalami pertumbuhan pada kadar 15%, tambah beliau.

Lembaga Perwakilan Sahabat Kebangsaan 2014Oleh Abdul Gafur Abd Majid

Pada 12-13 Mac 2014 bertempat di Hotel Carlton Holiday & Suites Shah Alam, seramai 48 orang Lembaga Perwakilan Sahabat (LPS) Kebangsaan dari 12 wilayah telah menghadiri Mesyuarat Perwakilan Sahabat peringkat nasional.

Dalam ucaptama perasmian program, Pengerusi Lembaga AIM, Dr. Zubir Harun berharap semua perwakilan yang dilantik bersama-sama pengurusan menggembleng usaha dalam melaksanakan pembaharuan bagi memastikan visi dan misi baru AIM dapat dicapai dengan jayanya. Beliau juga menyentuhmengenai kepentingan Sahabat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan bagi menghadapi cabaran mendatang. Kerjasamayang telah dijalinkan dengan beberapa agensi kerajaan seperti Kolej Komuniti diharap dapat dimanfaatkan oleh Sahabat dalammeningkatkan ilmu dan kemahiran, sekaligus dapat menaikkantaraf ekonomi keluarga.

Di akhir program, Pengerusi Lembaga AIM, Dr. Zubir Harun berharap kakitangan memberi komitmen yang tinggi dalam merealisasikan halatuju wilayah dan cawangan serta hasrat pengurusan dalam memastikan ekosistem dapat dilaksanakan dengan baik.

Bengkel Kesedaran Pengurusan Risiko Peringkat Zon SelatanOleh Norbie Wahab (Unit Pengurusan Risiko Dan Pematuhan)

Bengkel Pengurusan Risiko Peringkat Zon Selatan telah dilaksanakan pada 21–22 April 2014 di Hotel Seri Malaysia, Port Dickson. Seramai 22 orang kakitangan termasuk Pengurus Perhubungan Korporat dan Kesejahteraan (Wakil Zon Selatan), Pengurus Wilayah, Penolong Pengurus Wilayah dan Pengurus Cawangan telah menyertai bengkel ini.

Objektif bengkel ini adalah:i) Memberi kefahaman dan kemahiran berkaitan penilaian

risiko serta proses melaksanakan analisa risiko.ii) Memberi kefahaman untuk merangka, melaksana dan

memantau pelan pengurusan risiko.iii) Mendedahkan para peserta bengkel dengan definisi

terminologi dan proses-proses utama dalam pengurusan risiko.

Page 10: Buletin Ikhtiar - aim.gov.my · Mikro Islam yang berlandaskan kepada prinsip-prinsip syariah di peringkat serantau dan antarabangsa. MISI i. Memartabatkan ilmu kewangan mikro Islam

10 Buletin Ikhtiar Bilangan 2/2014LIPUTAN IKHTIAR

Peluang Menjana Pendapatan SahabatOleh Sidek Abd Razak

Dalam usaha mewujudkan ekosistem yang baru dan lebih kondusif, satu memorandum persefahaman (MOU) telah dimeterai bersama di antara AIM, Yayasan Sabah dan Rembau Kristal Sdn. Bhd. pada 15 Mei 2014, di Dewan Salingkawang, Pusat Kraftangan Sabah.

Perjanjian persefahaman ini ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga AIM, Dr. Zubir Harun, Pengarah Yayasan Sabah, YB Datuk Sepawi Haji Ahmad, dan Ahli Lembaga Pengarah Rembau Crystal Sdn. Bhd., YBhg. Dato’ Haji Halim Mansor. Majlis ini turut menjemput YB Datuk Haji Sairin Haji Karno, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan merangkap ADUN Liawan, serta lebih 200 orang Sahabat cawangan Keningau.

Jalinan kerjasama ini sebagai platform untuk menggerakkan usaha-usaha membantu keluarga miskin dan memajukan usahawan desa di seluruh negeri Sabah. Majlis ini juga diadakan bagi mendedahkan maklumat berkaitan pelaksanaan program latihan kraftangan di negeri Sabah.Di akhir program, Dr. Zubir turut mengiringi YB. Datuk Haji Sairin Haji Karno melawat ruang pameran kraftangan dan juga tempat membuat kristal.

Para peserta telah diberikan latihan berkaitan pengisian borang-borang kawalan UPRP dalam mengenal pasti, menganalisa, menilai dan mengendalikan risiko berdasarkan kepada piawaian antarabangsa iaitu ISO 31000 dan Committee Of Sponsoring Organization (COSO). Lantikan Jawatankuasa Pengurusan Peringkat Zon dan Wilayah (JPRZ/JPRZ) juga telah dilaksanakan bagi memastikan pelaksanaan Polisi Pengurusan Risiko AIM dapat dipantau.

Program Karnival Jualan & Bentong BerselawatOleh Abdul Gafur Abd Majid

Pagi 26 April 2014, Dataran Bentong meriah dengan kehadiran lebih 700 pengunjung sempena Program Karnival Jualan dan Bentong Berselawat anjuran AIM cawangan Bentong.

Majlis dimulakan acara perbarisan masuk Sahabat mengikut blok. Selesai bacaan ikrar, program diteruskan dengan Ucapan Perasmian dan gimik pelancaran oleh Pengerusi Lembaga AIM, Dr. Zubir Harun. Turut hadir bersama Ketua Zon Tengah, En. Faizal Noor Laiman, Pengurus Wilayah Pahang, En. Hashim Rajimun, Pengurus CED, En. Khairul Amri, Pengurus Cawangan Bentong, Pn. Amalina Abdul Rahman dan wakil Pegawai Daerah Bentong.

Kumpulan Syamsul Haq Al-Haqqani, bersama Imam Muda Asyraf memulakan acara kemuncak Malam Cinta Rasul dengan membuat persembahan qasidah. Sungguhpun hujan mula turun kira-kira setengah jam kemudian namun ia tidak mematahkan semangat pengunjung untuk terus bersama-sama. Imam Muda Asyraf kemudian memberikan ceramah sehingga kira-kira jam 11.15 malam. Para pengunjung kemudian diajak berselawat beramai-ramai sebagai penutup program jam 11.45 malam. Diharap program seperti ini dapat menjalinkan silaturrahim sesama Sahabat selain dapat memberi gambaran positif kepada masyarakat luar mengenai AIM.

Program Jelajah UZWI Zon UtaraOleh Tajul Asrul Syah Mokhtar

Pada 15 Mei 2014, program Kesedaran Bersedekah, Berzakat dan Berwakaf anjuran Zon Utara dengan kerjasama Unit Zakat, Wakaf dan Infaq (UZWI) telah diadakan. Program ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada Sahabat AIM cawangan Baling dan cawangan Hulu Perak di samping memperkenalkan UZWI dan peranannya kepada masyarakat setempat. Program dirasmikan oleh En. Che Mahdi Idris, Ketua Zon Utara. Hadir sama ialah Pengurus Wilayah Kedah/Perlis, Pn. Salina Jaafar dan Pengurus Wilayah Perak/Pulau Pinang, En. Remy Shahar Yahya. Pihak UZWI juga menjemput penceramah daripada Pejabat Zakat Selangor.

Majlis juga menyampaikan sumbangan alat pendengaran kepada Muhammad Ilmam Muqri Muhamad Nazri (7 tahun), anak kepada Pn. Isma Intan Bahri, Sahabat Pusat Auni Nadrah

Page 11: Buletin Ikhtiar - aim.gov.my · Mikro Islam yang berlandaskan kepada prinsip-prinsip syariah di peringkat serantau dan antarabangsa. MISI i. Memartabatkan ilmu kewangan mikro Islam

11 Buletin Ikhtiar Bilangan 2/2014LIPUTAN IKHTIAR

AIM cawangan Baling. Pihak UZWI juga telah menyumbangkan kerusi roda kepada Sahabat Pusat Tawakal cawangan Hulu Perak, Pn. Rusnani Sain yang mengidap kencing manis.

Kesepakatan Ke Arah Mewujudkan Kerjasama AIM dan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS)Oleh Mohamad Aizuddin Sabarudin

Pada 26 Mei 2014 bertempat di pejabat Perbadanan Wakaf Selangor, Shah Alam, satu mesyuarat kerjasama di antara Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah diadakan.

Selari dengan hasrat AIM untuk mengimarahkan zakat, wakaf dan infaq melalui penubuhan UZWI, objektif utama pertemuan ini adalah membentuk kerjasama AIM dan PWS dalam melaksanakan wakaf khas yang bakal dikenali dengan Wakaf Selangor – Ikhtiar. Semoga dengan tercetusnya jalinan kerjasama di antara AIM dan PWS akan menyemarakkan amalan berwakaf di negara ini dan seterusnya membantu meningkatkan lagi ekonomi ummah.

Program Tranformasi Negara 2014: Program Kerjasama AIM dan BTNOleh Hafia Norsha Shareh (Pengurus Latihan, MIIM)

Program Transformasi Negara 2014 merupakan program bersiri anjuran bersama AIM dan Biro Tatanegara (BTN) yang melibatkan kakitangan AIM dan Sahabat di seluruh negara. Program ini bermatlamat memupuk semangat kesepakatan dan kerjasama berkumpulan yang kuat, di samping menerapkan ciri-ciri kepimpinan cemerlang, berkarisma dan berketerampilan.

Program ini telah dilaksanakan di empat lokasi iaitu di Kem BTN Ulu Sepri, Negeri Sembilan (9–13 April 2014), Kem BTN Kulim, Kedah (26–30 April 2014), Kem BTN Sampadi, Sarawak (11–15 Mei 2014) dan Kem Kundasang, Sabah (29 Mei–1 Jun 2014). Kesemua program diisi dengan slot ceramah isu-isu jatidiri dan kesedaran tentang kepentingan perpaduan dan minda yang positif, aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan aktiviti riadah.

Semoga program seumpama ini akan dapat melahirkan kakitangan yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang terunggul, mampan dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran demi memastikan objektif AIM dicapai.

Page 12: Buletin Ikhtiar - aim.gov.my · Mikro Islam yang berlandaskan kepada prinsip-prinsip syariah di peringkat serantau dan antarabangsa. MISI i. Memartabatkan ilmu kewangan mikro Islam

12 Buletin Ikhtiar Bilangan 2/2014

IKON SAHABAT

Minat Bergaya Dorong Buka SpaOleh Mohd Yazid Zainudin

Sikapnya yang suka bergaya dan menjaga penampilan diri membuatkan ibu kepada 3 orang anak ini nekad untuk membuka sebuah pusat kecantikan atau spa. Dia telah berjinak-jinak dalam dunia ini hampir 5 tahun dan memulakan kerjayanya dengan bekerja bersama rakan di sebuah spa yang terletak di Pasir Gudang, Johor Bahru. Ketika itu, beliau hanya seorang pekerja spa biasa yang menuruti segala arahan dari majikan. Antara tugasnya termasuk memberikan kaunseling kepada pelanggan sehingga ke sesi rawatan.

Wanita yang dimaksudkan ialah Pn. Khatijah binti Ibrahim atau lebih mesra dipanggil Eja. Pn. Eja berusia 35 tahun dan merupakan Sahabat AIM Pusat Cendana, Cawangan Johor Bahru. Pn. Eja menyertai Amanah Ikhtiar Malaysia pada tahun 2013 setelah diperkenalkan oleh sepupunya. Pinjaman kali pertama Pn. Eja pada jumlah maksimum RM3,000 dijadikan modal permulaan perniagaannya.

Perniagaan spa Pn. Eja menggajikan empat orang kakitangan dan seorang pengurus, termasuk dirinya sendiri. Tahun 2014

telah membawa makna yang sangat besar bagi Pn. Eja kerana dia berjaya membuka cawangan Reiss Spa yang kedua di Tesco Tebrau, Johor Bahru. Cawangan Reiss Spa yang pertama terletak di Tesco Pasir Gudang. Cawangan yang kedua ini dibuka bagi memperluaskan lagi pasaran produk Reiss Spa serta memenuhi permintaan para pelanggan yang sangat menggalakkan, terutamanya warga negeri Johor Bahru.

Pelbagai produk dan perkhidmatan ditawarkan di Reiss Spa. Salah satunya merupakan set penjagaan kulit muka berjerawat dan berminyak. Kebiasaannya, pekerja Reiss Spa akan memberikan khidmat kaunseling terlebih dahulu berkaitan dengan produk dan rawatan kepada para pelanggan. Ini penting bagi memastikan produk yang digunakan sesuai dengan kulit pelanggan. Pelanggan juga perlu didedahkan tentang prosedur penjagaan kulit muka agar produk yang digunakan memberikan kesan terbaik.

Reiss Spa juga menyediakan khidmat urutan badan dan mandi wap. Kebanyakan pelanggan yang datang ke pusat kecantikan ini suka mengambil tawaran khidmat secara pakej. Ini kerana khidmat secara pakej lebih murah harganya dan berbaloi untuk pelanggan. Lebih menarik lagi, Reiss Spa turut menyediakan kursus rawatan kecantikan bagi mereka yang berminat. Kursus ini terbuka kepada semua wanita dan mempunyai waktu pembelajaran yang bersesuaian kepada mereka yang bekerja. Yuran yang dikenakan juga sangat berpatutan iaitu RM3,000 bagi tempoh 6 bulan pembelajaran.

Sepertimana orang lain, Pn. Eja sedar bahawa hidup ini ada cabarannya. Jika kita gagal menghadapi cabaran ini pasti kita akan kecundang dalam hidup. Cabaran yang pahit dan getir adakalanya akan menjadi manis sekiranya seseorang mengharunginya dengan tabah, sabar dan tidak mudah menyerah kalah. Pengalamannya ketika bekerja di sebuah spa sebelum membuka perniagaan sendiri memberikan pengajaran berguna untuk Pn. Eja. Dia nyaris kehilangan punca pendapatan apabila spa tempat kerjanya hampir tutup kerana kurang pelanggan dan pengurusan yang kurang cekap. Biarpun

diuji sebegitu, Pn. Eja nekad untuk terus bekerja dan mencari pengalaman dalam

bidang kecantikan.

Page 13: Buletin Ikhtiar - aim.gov.my · Mikro Islam yang berlandaskan kepada prinsip-prinsip syariah di peringkat serantau dan antarabangsa. MISI i. Memartabatkan ilmu kewangan mikro Islam

13 Buletin Ikhtiar Bilangan 2/2014IKON SAHABAT

Berkat usaha dan kesabarannya, beliau berjaya membuka Reiss Spa tidak lama selepas meninggalkan majikannya.

Sungguhpun begitu, Pn. Eja tidak terus duduk bersenang-lenang setelah membuka perniagaan sendiri kerana tiba masanya beliau menghadapi cabaran mengendalikan Reiss Spa. Pertamanya, persaingan jenama dan produk yang lebih baik dalam pasaran. Bagi mengatasi cabaran ini, Pn. Eja perlu menentukan produknya benar-benar berkualiti dan memuaskan para pelanggannya. Hal ini dapat memastikan kecekapan pengurusan perhubungan pelanggan, seterusnya penyampaian perkhidmatan yang responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan.

Di samping itu, setiap kali produk baru keluar di pasaran, Pn. Eja akan mencuba menggunakannya terlebih dahulu untuk melihat keberkesanan produk tersebut. Jika ianya berkesan, beliau akan terus memasarkan produk itu kepada para pelanggannya. Dengan berbuat sedemikian, Pn. Eja berharap dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan, di samping memberi kepuasan dan memikat minat pelanggan terhadap kecantikan dan penjagaan kesihatan diri masing-masing.

“Cabaran yang pahit dan getir adakalanya akan menjadi manis sekiranya seseorang mengharunginya dengan tabah, sabar dan tidak mudah menyerah kalah

Kata Pn. Eja, pengalaman mengajar erti kehidupan. Kejayaan yang dimiliki hari ini hasil daripada pengalaman yang dilalui sebelumnya. Bak kata pepatah “kejayaan tidak akan datang bergolek”. Jadi, jika seseorang ingin mengecapi kejayaan sudah pasti usaha dan perancangan hidup sangat diperlukan. Perancangan tersebut perlu sistematik dan fleksibel berubah mengikut arus pemodenan, terutamanya dalam dunia perniagaan yang semakin mencabar. Penambahbaikan dan transformasi akan dilakukan dari semasa ke semasa bagi menepati kehendak dan keperluan semasa yang sentiasa berubah-ubah. Harapan Pn. Eja satu masa nanti produk dan perkhidmatan Reiss Spa akan menjadi salah satu produk yang diminati dan dikenali di seluruh Malaysia. Bahkan beliau juga berhasrat membuka sebuah kilang produk hasil keluaran ciptaannya sendiri setanding produk Sendayu Tinggi.

Reiss SpaPn. Eja

Level 1, Tesco Tebrau,Johor Bharu, Johor+6017 - 351 3900

Page 14: Buletin Ikhtiar - aim.gov.my · Mikro Islam yang berlandaskan kepada prinsip-prinsip syariah di peringkat serantau dan antarabangsa. MISI i. Memartabatkan ilmu kewangan mikro Islam

14 Buletin Ikhtiar Bilangan 2/2014

Itulah ungkapan dan motivasi yang dipegang oleh Sahabat Norasiah binti Losiun dalam menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjayanya.

Mesra dipanggil Nora, melihat kakaknya, Hetty binti Losiun dipilih sebagai salah seorang Ikon Usahawan Mikro Wanita Sabah 2014 membakar semangat Nora untuk sama-sama berjaya. Tika rakan seusia mengulit masa indah menjalani kehidupan remaja, Nora pula sebaliknya. Status sebagai ibu tunggal di usia 26 tahun mencemburuinya untuk terus bersenang-lenang.

Biarpun hanya bersekolah sehingga Tingkatan 4, anak bongsu dua beradik dari Kampung Taginambur ini tidak patah hati, sebaliknya dia terus menceburkan diri di dalam bidang keusahawanan dengan membuka kedai cenderahati secara kecil-kecilan di Pekan Nabalu.

Perniagaan Cenderahati Di Pekan Nabalu

Pekan Nabalu terletak kira-kira 12 kilometer dari Taman Kinabalu. Panorama mempesonakan Gunung Kinabalu menjadi latar belakang indah untuk diabadikan. Pekan kecil ini dahulunya tidak dipandang, namun kini Pekan Nabalu merupakan pusat hentian pelancong sebelum meneruskan perjalanan ke Taman Kinabalu dan Gunung Kinabalu.

Itulah kata Nora mentafsir keadaan. Walaupun majoriti warga Pekan Nabalu merupakan petani dan pekebun, Nora bijak mencari peluang perniagaan. Berpandukan pembangunan tempat tinggalnya, kedai cenderahati menjadi pilihan Nora memulakan perniagaan kecil yang berjaya.

Usaha awal Nora dibantu AIM pada tahun 2009. Pinjaman pertama sebanyak RM 3,000 digunakan oleh Nora untuk menyewa gerai kecil dan modal membeli barang cenderahati. Sehingga kini, pembiayaan terkumpulnya berjumlah RM 92,000.

Beliau amat teliti dalam memilih jenis-jenis cenderahati yang ingin dipasarkan demi memenuhi citarasa pelanggan yang berkunjung ke kedai kecilnya. Selain cenderahati biasa seperti magnet peti ais, rantai kunci dan baju-T, Nora juga bijak menambah koleksi barangan jualannya dengan barangan etnik seperti pemegang surat, alat muzik tradisional tempatan, dan replika alat memburu iaitu panah. Kedainya sentiasa di dalam keadaan bersih dan tersusun rapi yang tentunya menarik minat pengunjung.

Penglibatan Dalam AIM

Wanita muda ini bukan sahaja sibuk berniaga tetapi turut aktif di dalam AIM. Nora merupakan Setiausaha kumpulan Bestari di pusat Wanita Nabalu. Bersama-sama ahli kumpulan yang lain, Nora sangat aktif menyertai program-program kendalian

“Saya juga ingin menjadi seorang usahawan berjaya

seperti kakak.”

Ingin Berjaya Seperti KakakOleh Irmi Hasnurshila Abu Hassan

”Ramai pelancong

singgah di Nabalu nak cari

cenderahati, nak bawa pulang

IKON SAHABAT

Page 15: Buletin Ikhtiar - aim.gov.my · Mikro Islam yang berlandaskan kepada prinsip-prinsip syariah di peringkat serantau dan antarabangsa. MISI i. Memartabatkan ilmu kewangan mikro Islam

15 Buletin Ikhtiar Bilangan 2/2014IKON SAHABAT

AIM serta program setempat. Pada tahun 2013, Nora pernah berpeluang menjalani Kursus Latihan Pembangunan Usahawan anjuran Unit Pembangunan Usahawan AIM di Kota Kinabalu.

Usaha gigih Nora telahpun menunjukkan hasil yang membanggakan. Daripada mengusahakan sebuah kedai kecil sendirian, kini Nora berupaya menggaji seorang pekerja bagi membantunya menjalankan urusan seharian. Kejayaan Nora mengembangkan perniagaan menjadikan pendapatan bersih yang diterima mencecah RM 6,000 sebulan!

Cabaran Yang Dihadapi Dan Harapan Masa Depan

Setiap perniagaan yang dimulakan mesti ada cabaran dan rintangannya sendiri. Begitu juga dengan perniagaan cenderahati Nora. Melihatkan industri pelancongan yang semakin berkembang, semakin ramai penghuni Pekan Nabalu menceburi bidang yang sama. Ini menjadikan Nora terpaksa menghadapi saingan yang sengit dan berkongsi keuntungan.

Namun setiap cabaran hanyalah sebuah langkah permulaan kepada kejayaan. Nora kini bercita-cita untuk mengembangkan perniagaannya melalui pembukaan cawangan di luar Pekan Nabalu. Tidak hanya berharap pada word-of-mouth, Nora turut berkeinginan menggunakan laman media sosial paling popular masakini iaitu facebook bagi mengiklankan kedai beliau kepada pengunjung yang bakal datang. Perancangan masa depannya turut melibatkan Nora menceburi bidang perniagaan lain iaitu pengusahaan restoran, bersama-sama ibu dan kakaknya.

Melihat kesungguhan ibu tunggal ini, tidak mustahil Nora akan menjadi seorang usahawan yang berjaya dalam masa terdekat. Siapa tahu, si kakak pula yang mencemburui kejayaan si adik!

Makin banyak kedai bukak, makin banyak persaingan...

kraftangan nabaluNorasiah Losiun

Pekan Nabalu, Tuaran +6011 - 3153 8660

Page 16: Buletin Ikhtiar - aim.gov.my · Mikro Islam yang berlandaskan kepada prinsip-prinsip syariah di peringkat serantau dan antarabangsa. MISI i. Memartabatkan ilmu kewangan mikro Islam

16 Buletin Ikhtiar Bilangan 2/2014SEMASA

Pencapaian AIM

Jumlah Keseluruhan Pembiayaan : RM10,881,797,393

> Petunjuk

Kedah RM1,887,384,110

Perak RM1,345,598,040

Kelantan RM2,538,761,608

Terengganu RM1,431,928,655

Pahang RM646,915,970

Johor RM219,364,170

Sarawak Selatan RM401,325,430

Sarawak Utara RM383,015,420

Sabah Timur RM447,609,040

Sabah Barat RM487,796,850

Selangor/KL RM467,730,170

Sabah Tengah RM327,156,310

N.Sembilan & Melaka RM297,211,620

Kedah

N. Sembilan & Melaka

Perak

Kelantan

Terengganu

Pahang

Johor

Sarawak Selatan

Sarawak Utara

Sabah Timur

Sabah Barat

Selangor/KL

Sabah Tengah

12%

2%

12%

17%

24%

13%

6%

3%

4%

4%

4%

4%

3%

4%

Gambarajah 04

Jumlah Pembiayaan Terkumpul Mengikut Wilayah Pada 30 Jun 2014

Saiz Portfolio Di Pasaran Mengikut Wilayah Pada 30 Jun 2014

> Petunjuk

Kedah RM265,106,692.45

Perak RM191,059,018.11

Kelantan RM263,553,651.06

Terengganu RM181,415,399.99

Pahang RM105,936,077.85

Johor RM44,626,529.02

Sarawak Selatan RM51,595,483.00

Sarawak Utara RM47,897,752.16

Sabah Timur RM51,284,902.09

Sabah Barat RM66,361,586.60

Sabah Tengah RM58,016,637.00

Selangor/KL RM107,109,426.13

N.Sembilan & Melaka RM60,717,490.10

Jumlah Baki Kini Keseluruhan : RM1,494,680,646

Kedah

N. Sembilan & Melaka

Perak

Kelantan

Terengganu

Pahang

Johor

Sarawak Selatan

Sarawak Utara

Sabah Timur

Sabah Barat

Sabah Tengah

Selangor/KL

12%

4%

12%

17%

21%

12%

7%

4%

3%

3%

4%

7%

1%

5%

Gambarajah 05

Page 17: Buletin Ikhtiar - aim.gov.my · Mikro Islam yang berlandaskan kepada prinsip-prinsip syariah di peringkat serantau dan antarabangsa. MISI i. Memartabatkan ilmu kewangan mikro Islam

17 Buletin Ikhtiar Bilangan 2/2014SEMASA

Pada awal bulan Februari 2014, satu banjir besar telah melanda Sabah yang melibatkan daerah Beaufort, Keningau dan Tenom. Seramai 3,108 Sahabat AIM telah terkesan akibat kejadian tersebut.

Atas dasar keprihatinan, AIM telah menyalurkan bantuan sumbangan melalui Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat (TKKS) berjumlah RM 621,600.00. Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga AIM, Dr. Zubir Harun pada 16 April 2014. Hadir sama adalah Cik Hajah Jamilah Bisri, Ketua Zon Sabah, En. Yaacob Omar, Pengarah Bahagian Perhubungan Korporat dan Kesejahteraan, Pn. Nor Hayati Hussin, Pengurus Wilayah Sabah Tengah dan En. Suharno Ali, Pengurus Wilayah Sabah Barat.

Sumbangan TKKS dan Serahan Bantuan Banjir

Majlis ini dapat disempurnakan dengan kerjasama yang diberikan oleh pelbagai pihak termasuk Koperasi Kakitangan AIM, Unit Zakat, Wakaf Dan Infaq (UZWI), pejabat-pejabat daerah dan pemimpin tempatan Beaufort,Keningau dan Tenom, Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia serta sumbangan peribadi.

Sikap saling bantu-membantu dengan ikhlas juga merupakan satu kekuatan Sahabat AIM sehingga berjaya mendokong AIM menjadi sebuah organisasi kewangan mikro yang terunggul, dinamik dan diberkati.

Majlis Penyerahan Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat (TKKS) dan Sumbangan Bantuan Mangsa Banjir Sahabat AIM Cawangan Beaufort, Keningau dan TenomOleh Tajul Asrul Syah Mokhtar

BIL. CAWANGAN BILANGAN PUSAT

BILANGAN SAHABAT

JUMLAH BAYARAN (RM)

1. Beaufourt 50 2,446 489,200.00

2. Keningau 5 77 15,400.00

3. Tenom 22 585 117,000.00

Jumlah 77 3,108 621,600.00

Jadual 02

Taburan Sahabat mengikut Wilayah pada 30 Jun 2014

> Petunjuk

Kedah 43,868

Perak 40,966

Kelantan 47,949

Terengganu 30,240

Pahang 23,580

Johor 18,420

Sarawak Selatan 19,106

Sarawak Utara 17,418

Sabah Timur 23,979

Sabah Barat 24,265

Jumlah Keseluruhan Sahabat : 346,056 Orang

Selangor/KL 23,559

Sabah Tengah 16,231

N.Sembilan & Melaka 16,475

Kedah

N. Sembilan & Melaka

Perak

Kelantan

Terengganu

Pahang

Johor

Sarawak Selatan

Sarawak Utara

Sabah Timur

Sabah Barat

Sabah Tengah

Selangor/KL

12%

3%

12%

13%

14%

9%

7%

7%

5%

5%

7%

7%

4%

7%

Gambarajah 06

Saiz Dana Tabung Kebajikan & Kesejahteraan Sahabat Pada 30 Jun 2014

Kedah

N. Sembilan & Melaka

Perak

Kelantan

TerengganuPahang

Johor

Sarawak Selatan

Sarawak Utara

Sabah Timur

Sabah Barat

Sabah Tengah

12%

6%

11%

14%

20%

11%4%

3%

6%

3%

7%

8%

0%

7%

Gambarajah 07

> Petunjuk

Kedah RM12,625,421.30

Perak RM9,659,400.70

Kelantan RM17,367,734.00

Terengganu RM9,518,810.30

Pahang RM3,615,410.00

Johor RM2,642,241.80

Sarawak Selatan RM5,181,749.50

Sarawak Utara RM2,268,348.50

Sabah Timur RM5,847,142.50

Sabah Barat RM7,469,359.60

Selangor/KL RM6,125,962.90

Sabah Tengah RM214,719.00

N.Sembilan & Melaka RM4,997,990.50

Jumlah Dana Keseluruhan : RM87,534,290.60Bayaran Manfaat Yang Dikeluarkan : RM65,588,614.20

Selangor/KL

TKKS

Page 18: Buletin Ikhtiar - aim.gov.my · Mikro Islam yang berlandaskan kepada prinsip-prinsip syariah di peringkat serantau dan antarabangsa. MISI i. Memartabatkan ilmu kewangan mikro Islam

18 Buletin Ikhtiar Bilangan 2/2014

KOPERASI SAHABAT

Perkembangan Semasa Koperasi Amanah Ikhtiar Malaysia BerhadOleh Mohd Syukri Abdul Majid Pengurus Besar, Koperasi Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad

> Anggota yang menghadiri Mesyuarat Agung Kawasan bagi Kawasan Kelantan Tengah di Kota Bharu, Kelantan

> Bergambar selepas Mesyuarat Agung Kawasan Perak Utara dijalankan di Taiping, Perak

Pelbagai pencapaian yang memberangsangkan telah dapat dicapai oleh Koperasi Sahabat sepanjang suku kedua tahun 2014.

Penstrukturan Semula: Koperasi Sahabat telah membuat penstrukturan semula organisasi. Unit Komunikasi Korporat dan Promosi telah diwujudkan, berperanan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti penerangan mengenai Koperasi Sahabat, promosi keanggotaan dan penambahan syer, pengendalian produk pembiayaan i-Usahawan dan lain-lain lagi. Dalam perancangan masa panjang, Pegawai Komunikasi Korporat dan Promosi akan ditempatkan di setiap Wilayah. Buat masa ini, Pegawai Komunikasi Korporat dan Promosi ditempatkan di zon terlebih dahulu, di mana 4 orang Pegawai Komunikasi Korporat dan Promosi telah ditempatkan di Zon Tengah, Zon Selatan, Zon Timur dan Zon Sabah.

Mesyuarat Agung Kawasan: Mesyuarat Agung Kawasan telah diadakan bagi melantik perwakilan dari setiap 18 kawasan yang telah ditetapkan.Mesyuarat Agung Kawasan ini telah diadakan dengan jayanya, berkat kerjasama dari semua pihak termasuk pengurusan Amanah Ikhtiar Malaysia di setiap Wilayah dan Cawangan. Mesyuarat ini telah diadakan dari 14 Mac–28 April 2014, meliputi setiap negeri di Malaysia.

Seramai 180 orang perwakilan telah dipilih dan akan menghadiri Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan pada 11 dan 12 Oktober 2014 di Carlton Holiday Hotel & Suites, Shah Alam, Selangor.

Sesi Penerangan dan Promosi Koperasi: Sehingga kini pihak Koperasi telah mengadakan sesi penerangan dan promosi yang berterusan kepada kakitangan dan juga Sahabat AIM. Semasa Mesyuarat Agung Kawasan berlangsung, promosi penambahan syer turut diadakan dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Sesi penerangan turut diadakan di Mesyuarat Tindakan Wilayah, Mesyuarat Tindakan Pusat, Mesyuarat Pusat serta perjumpaan dengan Sahabat.

Latihan eNiaga GMBO: Pihak Koperasi Sahabat menjadi pemudahcara untuk Sahabat memohon geran kerajaan Get Malaysian Business Online (GMBO) yang disalurkan melalui Suruhanjaya Multimedia Malaysia (SKMM). Seramai 18,478 orang Sahabat telah mendapat kelulusan SKMM untuk menerima geran tersebut. Setiap Sahabat yang menerima geran mempunyai laman sesawang sendiri dengan kerjasama perunding (consultant) yang telah dilantik oleh pihak Koperasi Sahabat. Pihak perunding ini akan memberi latihan untuk mengemaskini laman sesawang Sahabat AIM. Sebagai bonus, peserta program GMBO ini turut diberikan aplikasi tambahan iaitu eBazaar, satu aplikasi mobile yang membolehkan Sahabat memasarkan produk mereka atas talian.

Lathan eNiaga GMBO bermula 2 Mei 2014 di Wilayah Kuala Lumpur & Selangor, Wilayah Johor, Wilayah Melaka, Wilayah Perak, Pulau Pinang, Wilayah Pahang, Wilayah Terengganu dan Wilayah Kelantan.

Page 19: Buletin Ikhtiar - aim.gov.my · Mikro Islam yang berlandaskan kepada prinsip-prinsip syariah di peringkat serantau dan antarabangsa. MISI i. Memartabatkan ilmu kewangan mikro Islam

19 Buletin Ikhtiar Bilangan 2/2014

> Latihan eNiaga GMBO memberi latihan hands on kepada Sahabat

KOPERASI SAHABAT

Pengambilalihan kilang pembungkusan makanan berteknologi retort: Pada penghujung Jun 2014, Koperasi Sahabat sekali lagi telah mencipta sejarah dengan pembelian kilang pembungkusan makanan yang dulunya milik Sime Darby Plantation. Kilang yang terletak di Senawang, Negeri Sembilan ini terletak di atas tanah berkeluasan 2 ekar. Kilang ini berpotensi untuk menjadi salah satu kilang pembungkusan makanan berteknologi retort terbesar di Malaysia. Dari segi perancangan perniagaan, peringkat awal kilang ini akan memberi fokus produk OEM dari pengeluar-pengeluar yang terdapat di pasaran, sebelum memberi fokus bagi melancarkan produk-produk pengeluaran berjenama sendiri. Kilang yang dikenali sebagai Sahabat Ikhtiar Retot ini akan mengadakan siri ‘Hari Bersama Pelanggan’ bermula penghujung Oktober 2014. Hari Bersama Pelanggan ini akan diadakan setiap hari Sabtu, bertujuan memberi fokus kepada anggota Koperasi yang berminat mempunyai produk makanan sendiri yang dibungkus menggunakan teknologi retort. Pembungkusan cara ini menghasilkan makanan tahan lebih 2 tahun tanpa menggunakan bahan pengawet dan dapat mengekalkan rasa asal makanan tersebut.

Koperasi Sahabat akan terus gigih berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan yang diberikan kepada anggota untuk penambahan syer, maklumat keanggotaan serta pendaftaran anggota baru. Begitu juga usaha mengendalikan permohonan pembiayaan i-Usahawan yang merupakan bisnes utama Koperasi dengan lebih efisyen. Pada masa yang sama, Koperasi juga komited di dalam membangunkan perniagaan yang telah diceburi dan bakal memberi keuntungan seperti yang diharapkan, seterusnya mampu memberi pulangan kepada anggota dalam bentuk dividen yang lebih tinggi pada tahun mendatang.

> Mesyuarat Agung Kawasan Selatan di Batu Pahat, Johor

> Komputer riba disediakan untuk setiap peserta latihan untuk pembelajaran

> Anggota membuat penambahan syer semasa promosi di Mesyuarat Agung Kawasan

> Sesi penerangan di Mesyuarat LPS Wilayah Sabah Tengah

> Sesi penerangan kepada Ketua Pusat Cawangan Beaufort, Sabah

> Pengambilalihan kilang pembungkusan makanan berteknologi retort

Page 20: Buletin Ikhtiar - aim.gov.my · Mikro Islam yang berlandaskan kepada prinsip-prinsip syariah di peringkat serantau dan antarabangsa. MISI i. Memartabatkan ilmu kewangan mikro Islam

20 Buletin Ikhtiar Bilangan 2/2014PERSONALITI

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) adalah sesuatu pengiktirafan yang diberi kepada kakitangan dalam sesebuah organisasi bagi menghargai sumbangan mereka yang cemerlang melebihi tanggungjawab yang diamanahkan. Penghargaan ini bertujuan menyuntik semangat esprit-de corps di kalangan semua warga jabatan terbabit sebagai dorongan memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti, selain menjadi contoh kepada kakitangan lain untuk sama-sama meningkatkan lagi taraf perkhidmatan demi mencapai matlamat organisasi.

Antara penerima APC Amanah Ikhtiar Malaysia tahun ini adalah En. Sulaiman bin Saiban. Mula berkhidmat dengan AIM pada 1 April 2008, En. Sulaiman mendapat pendidikan tertinggi di Universiti Utara Malaysia dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi. Pendidikan awalnya di Sekolah Rendah Kebangsaan Slim River, Perak dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Zulkifli Muhammad, Slim River, Perak. Cita-citanya sewaktu kecil ialah menjadi seorang pemain bola sepak.

En. Sulaiman bertanggungjawab untuk tugasan pengauditan dan pelaporan audit. Ulasnya, kualiti kerja di AIM masih berada dalam keadaan baik. Namun begitu, penambahbaikan perlu mengikut perubahan masa dan teknologi yang kian maju. Dia turut berpandangan bahawa AIM masih berusaha untuk mencapai kepuasan pelanggan secara maksimum dan sentiasa memberi maklum balas bagi setiap aduan pelanggan. Dengan adanya talian aduan pelanggan membuktikan AIM bersungguh-sungguh untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada setiap Sahabat. Penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan juga bukan sahaja tertumpu kepada sistem dan proses kerja, malahan perhatian sewajarnya perlu diberikan kepada aspek meningkatkan jalinan hubungan organisasi dengan pelanggan-pelanggannya.

Antara aktiviti yang dilakukan oleh En. Sulaiman bagi meningkatkan prestasi pekerja dan kepuasan pelanggan ialah menjadi penghubung diantara kakitangan dengan pihak pengurusan. Setiap risiko, kelemahan dan kebaikan yang diperoleh semasa pengauditan akan dilaporkan dengan kadar yang segera. Laporan audit yang terhasil akan memberi pandangan secara telus dan objektif terhadap hasil kerja kakitangan organisasi. Harapannya semoga niat untuk berjaya dalam kehidupan dipermudahkan Allah SWT.

Rahsia kecemerlangan En. Sulaiman sehingga berjaya mendapatkan APC ialah dengan bekerja secara ikhlas. Tanggungjawab seseorang merupakan amanah yang perlu ditunaikan. Hal ini dapat dilihat dalam firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia hendaklah kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah maha mendengar lagi maha melihat. Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul(Nya) dan uli amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berselisih pendapat mengenai sesuatu hendaklah kamu kembalikan (hal itu) kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (sunnahnya) jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih baik (bagi kamu) dan lebih baik akibatnya.” (Al-Nisa’: 58-59).

En. Sulaiman berharap semoga AIM akan terus maju, diberkati dan dapat merealisasikan semua misi dan visi yang ditetapkan dengan jayanya.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang AIM 2013 Oleh Dayang Norasmeh Adnin dan Jamilah Manshor

En. Sulaiman Saiban Pegawai Audit Dalaman, Jabatan Audit Dalaman Ibu Pejabat

Page 21: Buletin Ikhtiar - aim.gov.my · Mikro Islam yang berlandaskan kepada prinsip-prinsip syariah di peringkat serantau dan antarabangsa. MISI i. Memartabatkan ilmu kewangan mikro Islam

21 Buletin Ikhtiar Bilangan 2/2014PERSONALITI

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kam u mengetahui (salahnya).” (Al-Anfal : 27)

Amanah adalah satu tanggungjawab yang paling berat atau sukar dijaga oleh setiap manusia. Perintah Allah menyuruh agar amanah itu disampaikan oleh orang yang sepatutnya dan selayaknya untuk memikul amanah tersebut.

Mula berkhidmat seawal usia 24 tahun dengan AIM sebagai Pelatih Pembantu Amanah membuatkan Pn. Rohana binti Jalil sentiasa komited dengan kerja yang diamanahkan. Sikap jujur dan amanah dalam memberikan perkhidmatan kepada golongan yang memerlukan, di samping semangat dan motivasi dalam pekerjaan telah melayakkan dirinya dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) untuk tahun ini.

Pn. Rohana mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kerajaan Matu Baru, Kuching, Sarawak. Dia ingin menjadi seorang pramugari sewaktu kecil. Selain tanggungjawab di pejabat, dia juga seorang ibu dan isteri selepas waktu kerja. Pn. Rohana banyak menghabiskan masa lapang dengan membaca novel.

Rahsia kejayaan Pn. Rohana bagi meningkatkan prestasi pekerja dan kepuasan pelanggan adalah dengan melibatkan diri dalam setiap program Sahabat. Dia memberikan perkhidmatan terbaik di Mesyuarat Pusat dan menyampaikan maklumat terkini berkaitan AIM dengan berkesan dan tepat kepada Sahabat. Setiap organisasi perlu mempamerkan corak dan layanan

yang baik dan mesra. Pn. Rohana juga sentiasa mengambil peluang untuk membantu mendedahkan pelbagai ilmu pengetahuan berkaitan perniagaan termasuklah menganjurkan atau menawarkan peluang dalam bengkel kemahiran kepada Sahabat.

Pn. Rohana berharap kejayaannya dapat dicontohi dan memberikan motivasi kepada rakan-rakan sepejabat untuk bersama-sama mengharumkan nama AIM. Katanya, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh jika mahu mengecapi kejayaan. Usaha dan kegigihan yang tidak pernah putus akan menghasilkan produktiviti kerja yang baik dan sistematik di masa depan kelak. Inilah rahsia kecemerlangan Pn. Rohana sehingga layak mendapat APC yang sentiasa menjadi idaman setiap kakitangan, sama ada sektor awam atau swasta.

Nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati terhadap masyarakat tanpa mengira agama, umur dan pangkat perlu ditanamkan dalam diri setiap individu. Mereka juga perlu berfikiran terbuka, positif dan rasional dalam membuat sebarang keputusan dan tidak mudah mengalah atau patah semangat apabila ditimpa ujian. Pn. Rohana turut berpesan agar sifat pemalu perlu dikikis, menjaga solat dan yang paling penting perlu membuang perasaan hasad dengki dan iri hati terhadap manusia.

Pn. Rohana berharap organisasi AIM akan terus berjaya dalam menyediakan pembiayaan mikrokredit sekaligus menjadi organisasi yang disanjungi kerana mampu mengubah nasib masyarakat agar dapat keluar dari belenggu kemiskinan.

Pn. Rohana Jalil Penolong Pengurus Cawangan, Sarikei, Sarawak

Page 22: Buletin Ikhtiar - aim.gov.my · Mikro Islam yang berlandaskan kepada prinsip-prinsip syariah di peringkat serantau dan antarabangsa. MISI i. Memartabatkan ilmu kewangan mikro Islam

22 Buletin Ikhtiar Bilangan 2/2014

GALERI AMANAH

> AIM & Perbadanan Wakaf Selangor

> Bengkel Kesedaran Risiko Zon Selatan

> Jelajah UZWI Zon Utara

Page 23: Buletin Ikhtiar - aim.gov.my · Mikro Islam yang berlandaskan kepada prinsip-prinsip syariah di peringkat serantau dan antarabangsa. MISI i. Memartabatkan ilmu kewangan mikro Islam

23 Buletin Ikhtiar Bilangan 2/2014GALERI AMANAH

> Karnival Jualan & Bentong Berselawat

> LPS Kebangsaan 2014

> Peluang Menjana Pendapatan Sahabat > Program BTN Sabah

> Retreat Wilayah Sabah Barat & Sabah Tengah 2014

Page 24: Buletin Ikhtiar - aim.gov.my · Mikro Islam yang berlandaskan kepada prinsip-prinsip syariah di peringkat serantau dan antarabangsa. MISI i. Memartabatkan ilmu kewangan mikro Islam