e learning assgment

18
5/23/2018 eLearningAssgment-slidepdf.com http://slidepdf.com/reader/full/e-learning-assgment 1/18 1 PENGENALAN Pendidikan merupakan proses penyampaian ilmu pengetahuan dari pendidik atau sumber maklumat yang lain kepada pelajar. Proses ini boleh berlaku secara formal ataupun tidak formal, tetapi matlamat pembelajaran masih tetap sama iaitu untuk membolehkan pelajar menguasai dan memahami apa yang hendak disampaikan oleh pendidik. Penggunaan teknologi komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran sudah pasti akan meningkatkan lagi keberkesanan proses dan hasilnya dalam jangka masa yang pendek mahupun jangka masa yang panjang. Dalam bab ini, perbincangan akan difokuskan kepada definisi e-pembelajaran, sejarah penggunaan e-pembelajaran, kepentingan pembelajaran melalui e-pembelajaran. Sistem pendidikan masa kini mengalami perubahan yang amat pesat. Pelbagai kaedah baru telah diperkenalkan serta digunakan supaya pengajaran seseorang guru menjadi lebih berkesan dan pembelajaran pelajar menjadi lebih bermakna. Para pelajar diberi peluang untuk menentukan teknik belajar yang bersesuaian dengan mereka, membentuk pengetahuan berdasarkan keperluan masing-masing serta mengalami suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan (Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir, 2003). E-pembelajaran atau pembelajaran elektronik umumnya difahami sebagai pembelajaran yang berpusatkan pelajar yang disokong oleh penggunaan teknologi maklumat, komunikasi dan multimedia (ICT) yang menggabungkan kombinasi elemen pendidikan dan teknologi elektonik yang melibatkan komputer dan internet. Kaedah e- pembelajaran ini membolehkan individu mengikuti sesi pembelajaran berdasarkan keupayaan sendiri tanpa perlu mengikuti jadual dan kelas yang ditetapkan. Matlamat utama pembelajaran elektronik adalah untuk membolehkan proses pembelajaran dilaksanakan tanpa batasan tempat dan masa. ICT berupaya memainkan peranan membantu setiap aktiviti utama dalam proses pendidikan iaitu pembangunan bahan pembelajaran, penyampaian pengajaran, program pengukuhan pembelajaran dan penilaian. (Mohamed Noor Hassan et, al, 2000).

Upload: mohamad-fauzi

Post on 14-Oct-2015

30 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

edu sem 7

TRANSCRIPT

PENGENALAN Pendidikan merupakan proses penyampaian ilmu pengetahuan dari pendidik atau sumber maklumat yang lain kepada pelajar. Proses ini boleh berlaku secara formal ataupun tidak formal, tetapi matlamat pembelajaran masih tetap sama iaitu untuk membolehkan pelajar menguasai dan memahami apa yang hendak disampaikan oleh pendidik. Penggunaan teknologi komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran sudah pasti akan meningkatkan lagi keberkesanan proses dan hasilnya dalam jangka masa yang pendek mahupun jangka masa yang panjang. Dalam bab ini, perbincangan akan difokuskan kepada definisi e-pembelajaran, sejarah penggunaan e-pembelajaran, kepentingan pembelajaran melalui e-pembelajaran.

Sistem pendidikan masa kini mengalami perubahan yang amat pesat. Pelbagai kaedah baru telah diperkenalkan serta digunakan supaya pengajaran seseorang guru menjadi lebih berkesan dan pembelajaran pelajar menjadi lebih bermakna. Para pelajar diberi peluang untuk menentukan teknik belajar yang bersesuaian dengan mereka, membentuk pengetahuan berdasarkan keperluan masing-masing serta mengalami suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan (Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir, 2003). E-pembelajaran atau pembelajaran elektronik umumnya difahami sebagai pembelajaran yang berpusatkan pelajar yang disokong oleh penggunaan teknologi maklumat, komunikasi dan multimedia (ICT) yang menggabungkan kombinasi elemen pendidikan dan teknologi elektonik yang melibatkan komputer dan internet. Kaedah e-pembelajaran ini membolehkan individu mengikuti sesi pembelajaran berdasarkan keupayaan sendiri tanpa perlu mengikuti jadual dan kelas yang ditetapkan. Matlamat utama pembelajaran elektronik adalah untuk membolehkan proses pembelajaran dilaksanakan tanpa batasan tempat dan masa. ICT berupaya memainkan peranan membantu setiap aktiviti utama dalam proses pendidikan iaitu pembangunan bahan pembelajaran, penyampaian pengajaran, program pengukuhan pembelajaran dan penilaian. (Mohamed Noor Hassan et, al, 2000).

Pembelajaran elektronik (e-pembelajaran) ialah salah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan infostruktur ICT bagi penyebaran pengetahuan dan pelaksanaan pembelajaran kolaboratif (collaborative learning). E-pembelajaran boleh diaplikasikan dalam pelaksanaan kursus atau program secara jarak jauh dan juga untuk tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran bersemuka (face-to-face teaching and learning) bagi kursus atau program yang dilaksanakan secara konvensional. Dimensi pembelajaran secara kolaboratif melalui perbincangan atau interaksi secara bersemuka dapat dilanjutkan dan diperluaskan lagi secara dalam talian segerak (synchronous) atau tidak segerak dalam pendekatan pembelajaran campuran ini. Melalui pendekatan ini juga, pelajar mempunyai masa pembelajaran yang lebih anjal untuk berinteraksi sesama mereka atau dengan pensyarah. Pada masa yang sama, pelajar dapat menjimatkan masa dalam proses pengukuhan fakta perbincangan melalui carian maklumat di Internet tanpa perlu meninggalkan sesi perbincangan dalam talian. Infostruktur ICT dalam aspek e-pembelajaran, terdiri daripada tiga komponen utama iaitu perkakasan komputer (sistem server, sistem rangkaian dan komputer pengguna), perisian serta aplikasi e-pembelajaran dan pelbagai kategori pengguna (pengajar, pelajar, pereka bentuk pengajaran, pembangun kandungan dan staf teknikal). Pelaksanaan konsep e-pembelajaran di PPSK tidak mengetepikan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka. Konsep ini dilaksanakan dengan objektif untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran melalui capaian kepada bahan pembelajaran di internet dan intranet secara lebih terbimbing dan sistematik. Selain itu, kaedah perbincangan atau interaksi secara dalam talian dapat diwujudkan melalui pelaksanaan konsep e-pembelajaran ini. Aktiviti pembelajaran berasaskan interaksi dalam talian di antara pelajar dan pensyarah atau pelajar dengan pelajar ini adalah sebagai alternatif kepada interaksi bersemuka dalam dewan kuliah atau bilik tutorial. Interaksi dalam talian yang dilakukan secara segerak atau tidak segerak dengan pensyarah sebagai pemudah cara, memberi peluang kepada pelajar melaksanakan kaedah pembelajaran secara kolaboratif, mengikut kesesuaian masa pembelajaran masing-masing. Komputer dan telekomunikasi memainkan peranan penting dan telah menjadi satu medium yang cukup penting dalam pembelajaran masa kini. E-pembelajaran ataupun pembelajaran elektronik merupakan satu kaedah pembelajaran yang sangat popular digunakan oleh pelbagai pihak termasuklah dalam pendidikan teknik dan vokasional bagi melengkapkan teknik-teknik pembelajaran tradisional. Sebelum ini, e-pembelajaran di Malaysia lebih menjurus kepada pembelajaran atas talian yang kebanyakkannya ditawarkan di peringkat universiti yang menjalankan usahasama dengan universiti luar negara. Inisiatif untuk membangun dan menggunakan e-pembelajaran bermula selepas pelancaran Malaysia East Satellite (MEASAT) dan pelaksanaan Lebuhraya Koridor ( MSC ). Era pendidikan elektronik menjadi salah satu trend masa kini. Pembelajaran elektronik ini kian diaplikasi sama ada pada sistem pendidikan akademik sama ada di peringkat IPTA dan sekolahE-pembelajaran boleh berdasarkan media seperti CD-ROM, rangkaian setempat, internet, ataupun intranet. E-pembelajaran biasanya menggunakan elemen-elemen teks, video, audio, animasi, dan persekitaran maya. E-pembelajaran boleh memperkayakan pengalaman belajar yang mampu mengatasi tahap latihan dalam satu bilik darjah. Pendek kata, e-pembelajaran adalah pembelajaran secara hands-on dan mengikut kapasiti diri-sendiri.Fokus utama e-pembelajaran adalah menyediakan persekitaran pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Suasana e-pembelajaran merangsang pelajar untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam proses pembelajarannya dengan membuat perancangan dan mencari maklumat berkaitan pembelajaran dengan daya usaha dan inisiatif sendiri. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi dan komunikasi (ICT) merujuk kepada kebolehan guru mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi, dan teknologi dalam pengajarannya serta kemampuan pelajar mengakses dan belajar dari bahan yang disediakan. Walaupun e-pembelajaran bukan penyelesaian menyeluruh bagi mengatasi kelemahan-kelemahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran namun ia merupakan suatu pilihan yang terbaik untuk merealisasikan hasrat mencapai hasil pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan sebagai alternatif kepada kaedah pembelajaran tradisional.DEFINISI E-PEMBELAJARAN (E-LEARNING)E-pembelajaran boleh didefinisikan sebagai satu pembelajaran elektronik, dimana pada peringkat awal ia berfungsi sebagai satu koleksi pakej pembelajaran dan informasi dalam pendidikan lanjutan. Ianya juga dapat dicapai pada bila-bila masa sahaja dan ianya juga disampaikan secara elektronik.(Dichantz, 2001)Dalam era teknologi maklumat kini, penyebaran maklumat berasaskan ilmiah berkembang dengan pesat. Seiring dengan perkembangan ini, semua pihak terutama pelajar perlu bersaing untuk memperoleh banyak maklumat bagi memantapkan pembelajaran mereka. Begitu juga pihak guru, ibu bapa dan masyarakat. Dengan itu, e-pembelajaran menjadi salah satu sumber penting untuk mendapatkan maklumat.Umumnya, e-pembelajaran ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan secara atas talian (online) menggunakan rangkaian elektronik untuk penyampaian isi kandungan, interaksi atau pemudahcara. Azwan dan Rozita (2002) menyatakan bahawa e-pembelajaran merupakan pembelajaran yang menggunakan sistem talian sebagai medium perantaraan antara pengajar dan pelajar. Menurut Rosenberg (2001) e-pembelajaran merujuk kepada penggunaan teknologi-teknologi internet dengan penyebaran yang meluas dalam mencari penyelesaian untuk peningkatan pengetahuan dan prestasi. E-pembelajaran juga disampaikan kepada pengguna melalui komputer dengan menggunakan teknologi internet yang berpiawai. Di samping itu, Yusup (2000) menyatakan bahawa e-pembelajaran merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara terarah pengajar (pendekatan sistem) atau terarah pelajar. E-pembelajaran juga merupakan satu pendekatan pembelajaran yang merupakan satu pendekatan pembelajaran yang menggunakan media digital dan rangkaian komputer untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan terutama menggunakan internet.Jamaludin (2000) pula mendefinisikan e-pembelajaran sebagai suatu pendekatan pembelajaran yang mana pendidikan, latihan dan maklumat yang berstruktur disepadukan dan disampaikan oleh komputer melalui internet, khususnya web atau cakera keras, CD-ROM ataupun melalui sistem jaringan organisasi. E-pembelajaran bukan sekadar penggunaan Power Point untuk pengajaran dan pembelajaran, tetapi merupakan suatu pendekatan di mana interaksi pelajar dengan sistem serta pengajar diberi tumpuan.

E-PEMBELAJARAN ( E-LEARNING )Perkembangan teknologi komputer dan internet dalam sistem pendidikan telah meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran. Strategi pembelajaran menggunakan komputer dan internet dalam pendidikan menunjukkan banyak peningkatan dari segi pengetahuan, kecekapan dan kemahiran. Banyak kajian-kajian berasaskan komputer dan multimedia dan internet yang disebut sebagai pembelajaran berasaskan komputer meninggalkan kesan positif terhadap proses pembelajaran (Tylor, 1980). Sejarah awal menunjukkan bahawa perkembangan pendidikan dicetuskan melalui wujudnya Internet. Internet ialah singkatan daripada perkataan inggeris international network, iaitu jaringan informasi global, atau dalam bahasa inggeris disebut the largest global network of computers, that enables people throughout the world to connect with each other. Internet merupakan jaringan global yang menghubungkan beribu bahkan berjuta jaringan komputer seluruh dunia (local/wide ared network) dengan komputer pribadi (stand alone), yang memungkinkan setiap komputer yang terhubung kepadanya boleh melakukan komunikasi satu sama lain (Brace, 1997). Jaringan ini bukan merupakan suatu organisasi atau institusi, kerana tak satu pihak pun yang mempunyai autoriti dan memilikinya. Hingga kini fasiliti aplikasi Internet sangat banyak sehingga mampu memberikan keperluan kepada tentera, para pendidik, kalangan media massa, perniagaan dan perdagangan termasuk juga dalam bidang pendidikan.

Kewujudan internet di negara ini bermula apabila Rangkaian Komputer Malaysia (Rangkom) diwujudkan pada tahun 1987. Sungguhpun demikian, MIMOS yang ditubuhkan pada tahun 1985 telah memainkan peranan penting dalam merealisasikan perkhidmatan internet kerana projek RangKom terbesar menjadi projek Joint Advanced Research Integrated Network atau dikenali sebagai rangkaian bersepadu JARING pada taun 1991. Projek ini mempromosikan pertukaran maklumat dan pembangunan pangkalan data melalui capaian internet dengan kos yang tidak membebankan. Negara kita memasuki era internet apabila JARING menjadi Internet Service Provider (ISP) yang pertama, diikuti oleh TMNet sebagai ISP kedua pada tahun 1996, MAXIS, ISP ketiga dan Time Telekom dan ISP keempat pada tahun 1999. Dianggarkan pada bulan November tahun 1999 terdapat hampir 630,000 orang pelanggan internet di Malaysia dan meningkat ke 1,157,384 orang pada tahun 2000 (Malaysia, 2001). Internet terus berkembang di negara ini bukan sahaja daripada peningkatan capaian oleh orang ramai, malah dari segi teknologi dalam pendidikan juga mengaplikasikan teknologi ini.

Pada tahun 2007, Telekom Malaysia Bhd (TM) dan Verizon Business hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) bagi meninjau kemampuan menubuhkan Hab Internet Protokol (IP) Malaysia. MOU ini menyokong agenda kebangsaan Malaysia bagi membolehkan syarikat-syarikat Malaysia memanfaatkan kemampuan komunikasi IP termaju. Melalui perjanjian ini membolehkan Malaysia sebagai hab Internet rantau Asia-Pasifik, untuk syarikat-syarikat dalam negara mendapat manfaat daripada perkhidmatan IP tempatan. Dengan penubuhan hab tersebut bersama Verizon Business, syarikat-syarikat milikan asing dan tempatan yang berada di Malaysia berpeluang menggunakan teknologi rangkaian IP termaju serta membuat persediaan untuk perkhidmatan komunikasi masa depan. Ini adalah kerana Rangkaian IP Verizon Business adalah salah satu rangkaian IP terbesar dan paling disegani dalam industri dan salah satu daripada syarikat rangkaian Tahap-1 yang paling tersohor di dunia. Ini terdiri daripada 3 angka utama Sistem Autonomous (AS), iaitu AS701 untuk rangkaian IP Amerika Utara, AS702 untuk rangkaian IP Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA) dan AS703 untuk rangkaian IP Asia Pasifik (APAC). Perkongsian ini akan menghasilkan penjimatan kos yang signifikan bagi TM dan Pembekal Khidmat Internet (ISP) lain kerana pertanyaan dan lalu-lintas Internet hanya terbatas dalam negeri. Selain itu, pengguna Internet mampu mengakses tapak web antarabangsa dengan lebih cepat.Di samping itu, permuafakatan ini akan membuka ruang baru dalam perkongsian laluan Internet ke Malaysia oleh para pembekal ISP Tahap-1 seperti dari Korea, Jepun, China dan India , sekali gus memantapkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hab IP utama di rantau ini dengan kemampuan setanding negara-negara yang telah terlebih dahulu menempa nama di rantau ini. Kepesatan penggunaan internet yang berkadaran dengan komputer telah meningkat dari setiap tahun di seluruh dunia seperti Jadual 3 di bawah:

TahunPengguna internet

1983562

19841024

19851961

19862308

19875089

198828174

198980000

1990290000

1991500000

1992727000

19931200000

19942217000

19954852000

19969472000

199716146000

199829670000

199943230000

200073000000

Sumber : The Internet Book, Douglas E. Comer, m.s 76Pembangunan pendidikan melalui internet ini telah banyak digunakan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Perancis, Jepun dan Korea Selatan. Sejajar dengan itu, pembangunan pendidikan ini telah dicontohi oleh Malaysia dalam meningkatkan pendidikan di negara ini dan pendedahan melalui e-pembelajaran telah diperkenalkan seawal tahun 2001 yang telah dicadangkan oleh Perdana Menteri masa itu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad sebaik tertubuhnya Multimedia Super Coridor (MSC). Kerajaan telah menubuhkan sekolah bestari yang telah memperlihatkan kesungguhan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mentransformasikan pendidikan agar bangsa Malaysia abad ke-21 ini bukan sahaja menguasai teknologi maklumat malah berupaya merealisasikan Wawasan 2020. Transformasi ini telah mengubah anjakan paradikma pengajar dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidkan negara khususnya dalam meningkatkan minat pelajar, meningkatkan kreativiti dan pengetahuan pelajar melalui penggunaan teknologi multimedia dan jaringan seluruh dunia.Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melihat ICT sebagai suatu alat untuk merevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurikulum, memperkembangkan pedagogi, menstrukturkan organisasi sekolah dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih kuat di antara sekolah-sekolah dan masyarakat, dan meningkatkan penguasaan pelajar. Konsep ICT dalam pendidikan dari kaca mata KPM merangkumi 3 polisi utama:i. ICT untuk semua pelajar, bermaksud bahawa ICT digunakan sebagai sesuatu yang boleh mengurangkan jurang digital antara sekolah.ii. Fungsi dan peranan ICT di dalam pendidikan adalah sebagai suatu alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai sebahagian daripada subjek tersebut, dan sebagai sesuatu subjek tersendiri.iii. Menggunakan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sesuatu sistem pengurusan.Internet telah membolehkan perkhidmatan dan program latihan disalurkan melalui talian dan diakses secara jarak jauh. E- Learning atau pembelajaran melalui online adalah pembelajaran yang pelaksanaanya didukung oleh jasa teknologi seperti telefon, audio, videotape, transmisi satelit atau komputer. Menurut Lowe (2000) staf akademik dan pelajar mendapati pembelajaran secara talian merupakan satu kaedah yang menyenangkan pembelajaran dan pengajaran. Pembelajaran ini membolehkan pelajar belajar di mana sahaja dan pada masa yang dipilih oleh pelajar. Ini membolehkan pelajar menguruskan sendiri masanya dengan lebih efektif. Pembelajaran secara maya ini juga melibatkan penggunaan kos secara efektif. Pembelajaran secara interaktif secara talian membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan digital atau laman web. Pelajar berpeluang mendapatkan pengalaman berbincang dengan pakar dari universiti melalui e-mel atau blackboard. Apabila semakin banyak teknologi diperkenalkan dalam bidang pendidikan, pendidikan jarak jauh menyediakan satu cara untuk menyebarkan maklumat dan pengetahuan secara global.E-pembelajaran pada masa ini bukan sahaja digunakan untuk mahasiswa-mahasiswa yang telah pun berada di IPT atau diperingkat tinggi malah penggunaan e-pembelajaran juga telah diterapkan di dalam pendidikan sekolah menengah dan juga sekolah rendah.Jadi pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh kerajaan untuk menerapkan e-pembelajaran disekolah rendah dalam membentuk pelajar yang lebih berpengetahuan dalam bidang ICT. Penggunaan e-pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah :Cakera Padat CD RomInternetAplikasi

Perisian Kursus Pendidikan (Tutorial) CoursewarePencarian maklumat search Engine 1 browsing + pangkalan data + membangun laman web home page designPemprosesan Data Microsoft Word-Microsoft Publisher-Page Maker

Pangkalan Data DatabaseKomunikasi-Forum-Emel-ChatHamparan elektronik-Microsoft Excel

Ensaiklopedia / Maklumat/ Sumber MultimediaMuat turun DownloadPersembahan-Microsoft Power Point

Sumber : Aplikasi ICT dalam P&P; Panel Jurulatih Utama ICT Negeri SelangorSTRATEGI PELAKSANAAN E-PEMBELAJARAN ( E-LEARNING )

KELEBIHAN PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DALAM P & PMenurut Ryder & Hughes (1997) ada dua jenis tautan yang dikenakan ke atas guru dan pelajar apabila menggunakan internet untuk pengajaran dan pembelajaran. Tuntutan pertama ialah pelajar dikehendaki mempunyai kemahiran melayari internet dengan menggunakan enjin pencarian maklumat yang efektif, menilai maklumat yang diperolehi dan memuatkan turunkan fail. Kedua ialah mengenai kemahiran berfikir pelajar iaitu bagaimana ia berfungsi apabila berhadapan dengan maklumat dalam bentuk hiperteks. Apabila menggunakan hiperteks, pelajar tidak lagi menerima bahan dalam format yang berstruktur seperti yang distruktur oleh pengarang buku teks. Sebaliknya, maklumat berbentuk hiperteks memberi peluang pelajar membina maklumat mengikut tahap kognitif dan minat mereka. Oleh yang demikian cara pembelajaran menggunakan buku teks adalah berlainan dengan menggunakan bahan dari hiperteks. Namun demikian internet mempunyai banyak kelebihan yang boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Salah satu yang penting ialah internet adalah sebagai sumber pembelajaran di peringkat pengajian tinggi yang membolehkan pelajar mengekses pembelajaran kendiri. Through independent study, students become doers, as well as thinkers(Cobine, 1997). Oleh yang demikian pelajar dapat mengakses secara online dari berbagai perpustakaan, museum, database, dan mendapatkan sumber utama tentang berbagai peristiwa sejarah, biografi, rakaman, laporan, data statistik, atau kutipan yang berkaitan dengan pembelajaran tinggi (Gordin et. al., 1995). Sebenarnya penggunaan internet sebagai keperluan pendidikan telah pun meluas, terutama di negara-negara maju, ini merupakan fakta yang menunjukkan bahwa dengan media ini memungkinkan tenaga pengajar dapat diselenggara dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif. Hal itu terjadi karena dengan sifat dan karakteristik Internet yang cukup istimewa, sehingga diharapkan boleh digunakan sebagai media pengajaran dan pembelajaran sebagaimana media lain seperti radio, television, CD-ROM Interkatif dan lain-lain.

Sebagai media yang diharapkan akan menjadi bahagian dari suatu proses pengajaran dan pembelajaran, internet sebaiknya harus mampu memberikan proses komunikasi interaktif antara pensyarah dengan pelajar. Ini merupakan pra-syarat utama. Kandungannya harus mampu ditangani dalam internet tersebut terutama berkaitan dengan strategi pembelajaran yang akan dikembangkan sebagai kegiatan komunikasi yang dilakukan untuk mengajak pelajar mengerjakan tugas-tugasnya dan membantu dalam memperolehi pengetahuan yang diperlukan dalam rangka mengerjakan tugas-tugas tersebut (Boettcher 1999). Strategi pengajaran dan pembelajaran yang meliputi pengajaran, diskusi, membaca, kerja kursus, presentasi dan penilaian, secara umum bergantung pada dialog dan komunikasi sebagai berikut (Boettcher 1999): 1. Dialog dan komunikasi antara pensyarah dengan pelajar 2. Dialog dan komunikasi antara pelajar dengan sumber maklumat 3. Dialog dan komunikasi antara sesama pelajar Apabila ketiga-tiga aspek tersebut boleh diselenggarakan dengan komposisi yang serasi, maka diharapkan akan terjadi proses pembelajaran akan berlaku secara baik. Para pakar pendidikan menyatakan bahawa keberhasilan pencapaian tujuan dari pembelajaran sangat ditentukan oleh keseimbangan antara ketiga aspek tersebut (Pelikan, 1992). Lantaran itu suatu perancangan dengan menggutamakan keseimbangan antara ketiga-tiga dialog dan komunikasi tersebut adalah sangat berhubung rapat dengan pembelajaran berasaskan internet. (Bottcher, 1995).Kajian yang dilakukan oleh Center for Applied Special Technology (CAST) pada tahun 1996, yang dilakukan terhadap sekitar 500 murid tahun lima dan enam sekolah rendah. 500 murid tersebut dimasukkan dalam dua kelompok yaitu kelompok eksperimen yang dalam kegiatan belajamya dilengkapi dengan akses Internet dan kelompok kontrol. Setelah dua bulan menunjukkan bahwa kelompok eksperimen mendapat nilai yang lebih tinggi berdasarkan hasil ujian akhir tahun. Kajian ini menunjukkan bahawa kejayaan internet dalam penggunaan dalam satu pengajaran dan pembelajaran. Satu kajian ini telah membolehkan keyakinan bahawa pembelajaran dengan menggunakan internet sangat perkesan dan afektif. Pelajar dan pensyarah tidak perlu hadir secara realistik ke kuliah. Malah dengan penggunaan jaringan seperti e-learning pelajar dapat mempelajari bahan pembelajaran dan tugasan-tugasan pembelajaran serta ujian dengan cara mengakses jaringan komputer yang telah ditetapkan secara online.Kebaikan pendidikan melalui e-pembelajaran adalah seperti yang berikut:i. Pelajar boleh belajar mengikut tahap sendiri berdasarkan keupayaannya.ii. Belajar mengikut lokasi yang sesuai samada di pejabat, rumah, universiti dan masa santai kerana kemudahan internet ini boleh diakses di mana sahaja lebih-lebih lagi dengan adanya 3G.iii. Pelajar boleh melibatkan diri dalam program yang ditawarkan oleh universiti, kolej, dan kumpulan lain yang menawarkan program berprestij dan berkualiti tanpa berpindah lokasi. iv. Pembelajaran melalui e-pembelajaran membolehkan pelajar dilatih untuk menggunakan pelbagai teknologi seperti pemain CD, penyiaran komputer, rakaman pita video dan lain-lain.v. Pelajar boleh mengarahkan pembelajaran mereka sendiri akan tetapi panduan pembelajaran diperlukan untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.Pelajar perlu bertanggungjawab terhadap program pengajiannya, menyelesaikan tugasan dalam tempoh masa yang ditetapkan, mengumpul maklumat dan membangunkan kemahirannya. Penggunaan e-learning memberi impak pembelajaran atau peluang yang luas kepada pelajar menerusi penglibatan aktif pelajar, interaktif, koloboratif dan menggalakkan pembelajaran seumur hidup. Pengalaman pembelajaran boleh diperolehi menerusi penggunaan e-learning tidak dibatasi oleh empat dinding kelas semata-mata; malah penggunaannya mampu menambah nilai pembelajaran sekiranya diurus dalam persekitaran pembelajaran yang sesuai. Nilai-nilai tersebut sebagaimana diberikan oleh (Oblinger, Barone dan Hawkins, 2001) iaitu Exploration, Experience Engagement, Empowerment, Effectiveness, Expanded dan Ease of Use. Menurut Razman (2003), dengan menggunakan e-pembelajaran semua masalah ini dapat dielakkan kerana sistem e-pembelajaran ini dapat memenuhi kehendak dan kesesuaian pelajar tanpa mengambil kira bilangan pelajar yang mencapai sistem ini. Ini akan menyebabkan mereka lebih terlibat dalam proses pembelajaran.E-pembelajaran adalah berpusatkan pelajar di mana pelajar perlu berdikari pada masa-masa tertentu. Suasana pembelajaran e-pembelajaran memaksa pelajar untuk memainkan peranan yang lebih dan melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif. Pelajar perlu membuat perancangan dan mencari bahan atau maklumat berkenaan isi pelajaran dengan daya usaha serta inisiatif sendiri. Sistem e-pembelajaran membolehkan pelajar belajar secara kendiri dengan cekap dan efektif. Pelajar berupaya untuk menentukan waktu pembelajaran, objektif yang ingin dicapai dan maklumat yang diperlukan mengikut kehendak sendiri. Selain itu, sistem ini juga membolehkan pelajar mempelajari topik yang sukar mengikut aras keupayaan mereka sehinggalah mereka benar-benar menguasai pengetahuan tersebut.

Rasty (2003) menyatakan bahawa e-pembelajaran menyediakan pelbagai kelebihan yang tidak terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Antaranya ialah:

1. Segala maklumat dan maklum balas dapat disediakan dengan lebih tersusun secara terancang kerana adanya jangka masa yang mencukupi.1. Boleh digunakan untuk waktu-waktu kecemasan atau terdesak tanpa menjejaskan waktu pembelajaran.1. Mempertingkatkan motivasi iaitu keyakinan diri serta menggalakkan pelajar terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran.1. Mempertingkatkan serta menggalakkan mutu komunikasi di antara pelajar.1. Pendapat serta pengetahuan dapat diterima dan dipindahkan di antara para pelajar dan para guru.1. Membolehkan segala maklumat pengajaran dan pembelajaran diakses sekaligus berupaya untuk membincangkannya.1. Keupayaan untuk mengendalikan perbincangan secara terbuka di mana semua pelajar mendapat hak yang sama untuk memberikan pendapat berbanding perbincangan secara bersemuka di dalam kelas.

KELEMAHAN PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DALAM P & PPembelajaran e-learning sememangnya kaedah pembelajaran yang perlu diterapkan dikalangan pendidik masa kini. Ia bukan sahaja mampu menarik minat pelajar dan membantu memberi kefahaman yang jelas, tetapi memberi pendedahan awal kepada mereka tentang penggunaan ICT dalam kehidupan seharian. Pengaplikasian ICT dalam rutin harian memerlukan kemahiran. Dan, kemahiran itu sendiri perlu dilatih. Kekerapan penggunaan ICT menyediakan minda dan pengalaman yang baik untuk masa depan pelajar.Walaubagaimana pun, seperti apa yang telah diperkatakan, saya sememangnya bersetuju dengan penyataan bahawa terdapat kekangan untuk pelaksanaan e-learning ini di Malaysia. Ini kerana, tidak semua sekolah mendapat talian internet terutamanya sekolah-sekolah di kawasan pedalaman. Pihak-pihak yang berkenaan seharusnya mengambil berat mengenai masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam melaksanakan e-learning. Namun begitu, pihak sekolah juga haruslah bijak untuk menangani masalah yang mungkin timbul berkaitan penggunaan e-learning di sekolah. Ini adalah supaya tidak berlakunya sebarang jurangakses dan ekuiti khususnya dalam ICT bagi pelajar dan guru sama ada di bandar, luar bandar dan juga pendalaman dalam menggunakan ICT bagi tujuan pendidikan. Ini selaras dengan teras Rancangan Pembanguan Pendidikan Negara iaitu meningkatkan akses kepada pendidikan dan memperluaskan ekuiti dalam pendidikan.

Dari segi kecekapan guru pula, tidak semua guru mahir menggunakan ICT terutamanya golongan yang telah hampir pencen. Mereka menganggap bahawa ICT sebagai suatu beban. Sedangkan ia sepatutnya dipelajari dan dikuasai.Selain itu, kelengkapan infrstruktur yang tidak lengkap juga turut menambahkan lagi kekangan sedia ada. Namun, guru perlu kreatif menggunakan peluang yang ada semaksimum mungkin. CD Rom dan CD pembelajaran yang dijual boleh membantu mengatasi kekangan ini sedikit sebanyak.Menurut pandangan Hassan Mohd Ghazali (2006) dalam kajiannya yang bertajuk Kelebihan dan Kelemahan Penggunaan Sumber dan Perkhidmatan Internet dalam Pengajaran dan Pembelajaran terdapat kelemahan dalam penggunaan pembelajaran berasaskan elektronik atau e-pembelajaran. Antaranya : 1. Sumber maklumat yang tidak menyakinkan, kerana tidak adanya autoriti dalam data base tersebut.2. Tingginya kemungkinan gangguan belajar; sebab sistem tersebut mengkondisikan pelajar untuk belajar kendiri, menyebabkan pelajar yang malas hanya menerima bahan dari pelajar yang rajin mencari maklumat.3. Fasiliti yang masih tidak mencukupi, terutama dikawasan luar Bandar yang belum mempunyai kemudahan-kemudahan asas.4. Pembelajaran tidak berlaku dalam bentuk bersekemuka, kalau berlakupun terlalu sedikit. 5. Kurang kawalan daripada pengajar.6. Pembelajaran kendiri melalui saluran ini menyebabkan pelajar lebih individulistik.

KESIMPULANKesimpulannya, e-pembelajaran atau pembelajaran elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran banyak kelebihan dan juga kelemahan. Antara kelebihannya, ia berupaya mempercepatkan pengajaran dan proses pembelajaran dengan lebih efektif. Banyak kajian-kajian yang telah dibuat menunjukkan pencarian bahan melalui e-pembelajaran lebih terbuka dan memberi peluang kepada pelajar menerokai bahan terbaharu. Lataran itu, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi dan komunikasi (ICT) merujuk kepada kebolehan guru mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi, dan teknologi dalam pengajarannya serta kemampuan pelajar mengakses dan belajar dari bahan yang disediakan.Peluang yang begitu luas sekali untuk mencari bahan dan maklumat dipelusuk dunia sekali gus membantu mendapatkan bahan untuk membantu proses pembelajaran dan juga pengajaran. Lazimnya seperti yang kita sedia maklum, e-pembelajaran berupaya memainkan peranan membantu setiap aktiviti utama dalam proses pendidikan iaitu pembangunan bahan pembelajaran, penyampaian pengajaran, program pengukuhan pembelajaran dan penilaian. Bahan-bahan yang begitu banyak dapat diproses dan ditapis untuk digunakan sebagai bahan pembelajaran. Pelajar dengan menggunakan pendekatan pembelajaran kendiri dapat menyesuaikan masa dan ruang untuk belajar dan tidak terlalu bergantung dengan pensyarah semata-mata.Secara umum, pembelajaran masa kini dilihat daripada perspektif yang lebih luas yang mana penggunaan teknologi, terutamanya Internet dalam pembelajaran telah banyak mengubah kaedah pembelajaran. Kaedah e-pembelajaran yang semakin popular di pelbagai peringkat pendidikan, iaitu sekolah rendah, sekolah menengah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menjadi dominan penting dalam pembelajaran masa kini.

1