dusun

4
BAB II SOROTAN LITERATUR Pengenalan Setakat yang dapat dikesan dan diketahui, belum lagi ada pengkaji sama ada pengkaji tempatan mahupun pengkaji luar negara yang menyelidik bahasa Dusun Lotud secara meluas. Kajian yang telah dibuat terhadapt dialek yang serumpun ialah kajian bahasa Dusun yang datangnya dari daerah-daerah lain. Walaupun terdapat berpuluh-puluh bahasa bumiputera di Sabah, namun kebanyakannya belum lagi dikaji dan diselediki secara tuntas kecuali beberapa kajian oleh pengkaji barat dan pengkaji tempatan seperti Asmah Hj. Omar. Dalam pada itu, kajian dalam bahasa Melayu memang terhad sekali jika dibandingkan dengan kajian bahasa Inggeris (S. Nathesan, 1993:12). Kebelangkan ini kajian terhadap bahasa Dusun bukannya bahasa Dusun Lotud. Bahasa Dusun Lotud mendapat tempat di hati para pengkaji tempatan. Noor Aina Dani (1993) dalam penulisan ilmiah / tesis telah menyelidiki satu tajuk, iaitu ‘Bahasa Ibunda Dalam Proses Pembelajaran Bahasa Melayu Pelajar pelajar Dusun’. Kajian ini menjelaskan bagaimana pengaruh bahasa ibunda dalam proses pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Dusun. Bahasa Dusun Ranau yang menjadi fokus utama dalam kajian ini diperjelas dalam aspek sistem fonologi, sistem morfologi, sistem sintaksis dan di samping

Upload: christopher-lius

Post on 13-Aug-2015

91 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

sejarah dusun

TRANSCRIPT

Page 1: dusun

BAB II

SOROTAN LITERATUR

Pengenalan

Setakat yang dapat dikesan dan diketahui, belum lagi ada pengkaji sama ada

pengkaji tempatan mahupun pengkaji luar negara yang menyelidik bahasa Dusun Lotud

secara meluas. Kajian yang telah dibuat terhadapt dialek yang serumpun ialah kajian

bahasa Dusun yang datangnya dari daerah-daerah lain.

Walaupun terdapat berpuluh-puluh bahasa bumiputera di Sabah, namun

kebanyakannya belum lagi dikaji dan diselediki secara tuntas kecuali beberapa kajian

oleh pengkaji barat dan pengkaji tempatan seperti Asmah Hj. Omar. Dalam pada itu,

kajian dalam bahasa Melayu memang terhad sekali jika dibandingkan dengan kajian

bahasa Inggeris (S. Nathesan, 1993:12).

Kebelangkan ini kajian terhadap bahasa Dusun bukannya bahasa Dusun Lotud.

Bahasa Dusun Lotud mendapat tempat di hati para pengkaji tempatan. Noor Aina Dani

(1993) dalam penulisan ilmiah / tesis telah menyelidiki satu tajuk, iaitu ‘Bahasa Ibunda

Dalam Proses Pembelajaran Bahasa Melayu Pelajar – pelajar Dusun’. Kajian ini

menjelaskan bagaimana pengaruh bahasa ibunda dalam proses pembelajaran bahasa

Melayu dalam kalangan pelajar Dusun.

Bahasa Dusun Ranau yang menjadi fokus utama dalam kajian ini diperjelas

dalam aspek sistem fonologi, sistem morfologi, sistem sintaksis dan di samping

Page 2: dusun

dikaitkan dengan pernyataan-pernyataan masalah bagi pelajar bahasa Dusun dalam

mempelajari dan seterusnya menguasai bahasa Melayu.

Kajian Tentang Bahasa Dusun Lotud

Selain pengkaji-pengkaji tempatan bahasa Dusun juga mendapat perhatian

daripada pengkaji-pengkaji luar. A.L Gossens (1924) juga telah membuat kajian tentang

perbendaharaan kata dan tatabahasa bahasa Dusun. Kajian beliau ini termuat dalam

Journal Malayan Branch, Royal Society (Vol. II) yang diberi judul, ‘The Dusun

Language’. Hasil kajian ini beliau telah menjelaskan tentang fonetik bahasa Dusun.

Doris E. Blood (1995) juga telah membuat kajian tentang bahasa lisan bahasa

Dusun Lotud. Kajian ini telah dimuatkan dalam The Sarawak Meseum Journal yang

diberi tajuk ‘Verbal Focus in Lotud’. Beliau telah menerangkan bahawa bahasa Dusun

Lotud tergolong dalam rumpun keluarga bahasa Dusun di Sabah.

Di samping itu, kajian beliau tertumpu kepada bagaimana bahasa Dusun Lotud

ini digunakan dalam bahasa lisan \ pertuturan. Kajian ini telah dilakukan di sebuah

kampung yang terdapat dalam daerah Tamparuli, iaitu Kampung Damat, Tamparuli,

Sabah.

Kroeger, Paul R. (1998) telah membuat satu kajian yang bertajuk ‘The

morphology of affectedness in Kimaragang Dusun. To appear in Pacific Linguistics.

Page 3: dusun

Kajian beliau ini berkisar tentang morfologi bahasa Dusun Kimaragang yang terdapat di

negeri Sabah.

Kajian Tentang Bahasa Melayu Baku

Kajian tentang bahasa Melayu di negara kita sebenarnya telah dimulakan oleh

pengkaji barat. Di antara pengkaji barat tersebut ialah R.J Llyod, James T. Collins,

semua pengkaji barat itu bukanlah ahli linguistik yang mempunyai latar belakang ilmu

linguistik. Kebanyakan mereka adalah petugas-petugas pihak pentadbiran British di

Tanah Melayu (Asiah Idris, 1986:7).

Penyelidikan atau kajian tentang bahasa Melayu telah banyak dilakukan oleh

pengkaji barat atau tempatan sendiri. Kebanyakan kajian yang dijalankan oleh pengkaji

bahasa Melayu tersebut bermula sejak zaman belum merdeka lagi (Asmah Haji Omar,

1985:3).

Dalam kajian bahasa Melayu Baku dirujuk kepada Tatabahasa Dewan edisi

baharu, keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Penerbitan Tatabahasa

Dewan sangat dialu-alukan oleh sebab merupakan satu usaha pengekodan bahasa

yang amat penting sebagai ciri utama dalam proses pembinaan suatu bahasa baku

(Hassan Ahmad, 1986).

Nathesan (1992) telah menulis sebuah artikel tentang perkembangan bahasa

Melayu di Sabah. Dalam artikel itu, beliau mendapati bahawa perkembangan bahasa

Melayu di Sabah agak berbeza berbanding di semenanjung Malaysia. Dalam tahun

1993 artikel beliau yang berjudul, ‘Bahasa Melayu Dialek Sabah’, terbit dalam Jurnal

Dewan Bahasa. Dalam artikel ini, S. Nathesan mendapati penutur-penutur bahasa

Page 4: dusun

Melayu dialek Sabah seringkali menukar bunyi vokal [e] dengan bunyi vokal [a] dan

bunyi konsonan [c] diganti dengan bunyi konsonan [s].

Bahasa Melayu sebagai satu ragam bahasa untuk pengantar ilmu dan untuk

sarana kebudayaan bangsa merupakan suatu cita-cita luhur. Cita-cita ini dapat dicapai

dengan usaha membina dan mengembangkan bahasa Melayu Baku, kerana yang

dapat menjadi bahasa Melayu tinggi mestilah bahasa Melayu yang baku (Asraf.

1984:51).

Bahasa Melayu dapat menjadi satu bahasa kesatuan yang berkesan dan

berpotensi sebagai bahasa antarabangsa, maka usaha utama perlu kita lakukan ialah

memupuknya ke arah merealisasikannya. Pada peringkat awal, perlu bersikap lebih

serius dan komited dalam usaha mahu menjadikan bahasa sebagai satu bahasa

kesatuan di rantau ini.

Perlu dilihat penyatuan bahasa tersebut sebagai sarana identiti dan jati diri yang

lebih luas, bukan sahaja sebagai penunjang pengembangan ilmu dan teknologi, bahkan

juga sebagai wadah yang memungkinkan kita sama-sama membina dan

mengembangkan kebudayaan kesatuan di wilayah nusantara ini.