sejarah asal-usul kaum dusun di sabah

17
Disediakan oleh : Eva Nathylea Wastin SEJARAH ASAL-USUL KAUM DUSUN DI SABAH

Upload: eva-nathylea

Post on 14-Nov-2015

215 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

sejarah dusun

TRANSCRIPT

Sejarah Asal-usul Kaum Dusun di Sabah

Disediakan oleh : Eva Nathylea Wastin

Sejarah Asal-usul Kaum Dusun di Sabah

Terdapat 5 teori mengenai asal usul kaum Dusun di SabahTeori pertamaKaum Dusun dipercayai berasal dari rumpun Indo-Malayan dari Selatan China ke negara-negara di Asia Tenggara (T.R. Williams: 1965).

Dalam kajian mereka, saintis sosial dan ahli sejarah mengambil kira aspek fizikal, bahasa pertuturan, kumpulan darah dan bahan kesenian yang dicipta oleh masyarakat Kadazan-Dusun.TEORI KEDUA : Asal-usul dikaitkan dengan penghijrahan orang Mongol, orang China atau orang Kanchin dan orang Annam dari Myanmar (Ivor H.N. Evans:1923 dan T.R. Williams: 1965).

TEORI KETIGA : Kaum Kadazandusun adalah kacukan kaum China (Ivor H.N. Evans:1923 dan Owen Rutter:19220).

TEORI KEEMPAT : Kaum Kadazandusun adalah keturunan orang purba Gua Madai.

TEORI KELIMA : mengatakan kaum ini asalnya dari suku kaum Bunun di Taiwan.

Sejak kemasukan kolonialisme pada tahun 1865 dan tersebarnya fahaman monotheisme di kalangan masyarakat Dusun sejak tahun 1970-an, cara hidup orang Dusun mula berubah namun demikian masih terdapat khazanah-khazanah berharga yang masih utuh dan tidak dimakan zaman.

Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan satu pertiga dari penduduk Sabah.

Kaum etnik Kadazan-Dusun ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya.

Antaranya ialahDusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya.

Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau : Petani tradisi, memburu serta menangkap ikan sungai.

ISTILAH KADAZAN-DUSUNIstilah Kadazan-Dusun ini wujud dari hasil penggabungan etnik Kadazan dan Dusun serta beberapa etnik kecil lain. Penggabungan ini adalah akibat pertelingkahan politik.

Lagipun, perbezaan antara kaum Kadazan dan Dusun tidaklah begitu besar.

Kalau diperhatikan dari segi jumlah penutur antara dialek Dusun dan Kadazan, didapati penutur dialek Dusun lebih ramai.PAKAIAN TRADISIPakaian tradisi suku kaum Kadazandusun kaya dengan keunikannya. Ini adalah kerana, ianya berlainan diantara satu tempat dengan tempat yang lain. Setiap etnik dalam kaum Kadazandusun ini mempunyai perbezaan dari segi pakaian tredisinya.

DUSUN TINDAL

DUSUN KIMARAGANG

DUSUN PENAMPANG

DUSUN LOTUD

DUSUN RANAU

DUSUN RUNGUS