drama berkhidmat untuk negara nota f4

2
DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA SINOPSIS Drama ini mengisahkan Aiman, seorang pelajar yang berusia 16 tahun yang memberikan pelbagai alasan untuk tidak menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Oleh sebab berasal daripada keluarga yang berada dan sudah biasa hidup dalam kemewahan, Aiman beranggaoab bahawa PLKN mungkin akan menggugat zon keselesaannya. Walaupun ibu Aiman, Masnah memihak kepada Aiman agar tidak menyertai PLKN, namun ayahnya Khir Ghazali member galakan dan kata-kata perangsang kepada Aiman untuk menyertainya. Selain Khir Ghazali, watak posmen, Nora, Sundarani, Ah Tiau, Syuhada dan Cikgu Dahari turut memberikan dorongan kepada Aiman untuk menyertai Khidmat Negara. Akhirnya, setelah menlayari sesawang yang memaparkan kejayaan pelajar senior yang menyertai dan menerima anugerah PLKN , hati Aiman terbuka untuk menyertai PLKN dan dia bertekad untuk membuktikan sikap berdikari dan semangat cinta akan tanah air. PEMIKIRAN Sikap remaja yang mempunyai tanggapan negeatif tentang PLKN. – Aiman berusaha untuk menggelakkan diri daripada menyertai PLKN. PERSOALAN 1. Sikap positif golongan remaja yang berminat untuk menyertai PLKN dan memberikan sumbangan kepada negara. Contoh: Nora, Sundarani, Ah Tiau dan Syhada berasa seronok apabila mereka terpilih sebagai peserta PLKN dan nama mereka terpamp[ang di papan kenyataan sekolah. 2. Kesibukan dalam kalangan ahli keluarga yang merenggangkan hubungan kekeluargaan. Contoh: Aiman sentiasa berasa kesunyian kerana ayahnya sibuk bekerja manakala ibunya Datin Masnah sibuk dengan urusan di luar dan kakaknya Dapnia sibuk dengan tugasnnya di universiti. 3. Sikap segelintir ibu bapa yang terlalu memanjakan anak

Upload: boon-hooi

Post on 02-Dec-2015

78 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

drama

TRANSCRIPT

Page 1: Drama Berkhidmat Untuk Negara Nota f4

DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

 SINOPSIS

Drama ini mengisahkan Aiman, seorang pelajar yang berusia 16 tahun yang memberikan pelbagai alasan untuk tidak menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Oleh sebab berasal daripada keluarga yang berada dan sudah biasa hidup dalam kemewahan, Aiman beranggaoab bahawa PLKN mungkin akan menggugat zon keselesaannya.

Walaupun ibu Aiman, Masnah memihak kepada Aiman agar tidak menyertai PLKN, namun ayahnya Khir Ghazali member galakan dan kata-kata perangsang kepada

Aiman untuk menyertainya. Selain Khir Ghazali, watak posmen, Nora, Sundarani, Ah Tiau, Syuhada dan Cikgu Dahari turut memberikan dorongan kepada Aiman untuk menyertai Khidmat Negara.

Akhirnya, setelah menlayari sesawang yang memaparkan kejayaan pelajar senior yang menyertai dan menerima anugerah PLKN , hati Aiman terbuka untuk menyertai PLKN dan dia bertekad untuk membuktikan sikap berdikari dan semangat cinta akan tanah air.

 PEMIKIRAN

Sikap remaja yang mempunyai tanggapan negeatif tentang PLKN. – Aiman berusaha untuk menggelakkan diri daripada menyertai PLKN.

 PERSOALAN

1. Sikap positif golongan remaja yang berminat untuk menyertai PLKN dan memberikan sumbangan kepada negara.

Contoh: Nora, Sundarani, Ah Tiau dan Syhada berasa seronok apabila mereka terpilih sebagai peserta PLKN dan nama mereka terpamp[ang di papan kenyataan sekolah.

2. Kesibukan dalam kalangan ahli keluarga yang merenggangkan hubungan kekeluargaan.

Contoh: Aiman sentiasa berasa kesunyian kerana ayahnya sibuk bekerja manakala ibunya Datin Masnah sibuk dengan urusan di luar dan kakaknya Dapnia sibuk dengan tugasnnya di universiti.

3. Sikap segelintir ibu bapa yang terlalu memanjakan anak

Contoh: Datin Masnah menyokong hasrat Aiman yang ingin mengecualikan diri daripada menyertai PLKN. Sebagai seorang ibu dan juga isteri kepada seseorang yang terpengaruh, beliau sepatutnya mendorong dan memberi motivasi kepada anaknya untuk berkhidmat  kepada negara.

4. Peranan seorang guru dalam memberikan kesedaran dan mewujudkan semangat patriotrisme dalam kalangan pelajar

Contoh: Cikgu  Dahari memberikan penerangan yang jelas kepada murid-muridnya agar mereka faham akan objektif dan pelaksanaan PLKN.