draf metodologi kajian part 4

Upload: rv-mala-ramachandran

Post on 14-Apr-2018

247 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Draf Metodologi Kajian Part 4

    1/10

    1

    METODOLOGI KAJIAN

    3.1 Pendahuluan 46

    3.2 Reka Bentuk Kajian 46

    3.3 Kerangka Konseptual Kajian 47

    3.4 Populasi Kajian 48

    3.5 Tempat Kajian 48

    3.6 Sampel Kajian 48

    3.7 Instrumentasi

    3.7.1 Bahagian A: Latar belakang Responden 49

    3.7.2 Bahagian B: Tahap Tekanan Kerja 49

    3.7.3 Bahagian C Faktor-faktor Tekanan Kerja Guru 50

    3.8 Keesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen 51

    3.9 Kajian Rintis 51

    3.10 Prosedur Pengumpulan Data 52

    3.11 Penganalisisian Data 53

    3.12 Penutup

  • 7/27/2019 Draf Metodologi Kajian Part 4

    2/10

    2

    BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

    3.1 PENDAHULUAN

    Bab ini menerangkan tentang kaedah dan proses penyelidikan dijalankan. Metodologi Kajian

    adalah kaedah penyelidikan bagaimana maklumat didapati. Maklumat penyelidikan

    dikumpulkan,dianalisis dan dinilai dengan perancangan yang teliti. Proses ini meliputi

    penerangan tentang aktiviti awal sebelum menjalankan kerja lapangan dan seterusnya cara data

    kajian diperolehi. Dalam bab ini, perkara-perkara yang dibincangkan adalah pembolehubah

    kajian, rekabentuk kajian, sampel kajian kuantitatif, instrumen kajian, lokasi kajian, prosedur

    kajian, kajian rintis, teknik pengumpulan data, analisa data dan pengukuran kajian.

    3.2 PEMBOLEH UBAH

    Kajian ini mengandungi dua jenis pemboleh ubah iaitu pemboleh ubah bebas dan pemboleh

    ubah bersandar.

    3.2.1 Pemboleh ubah bebas

    Pemboleh ubah bebas yang terlibat dalam kajian ini adalah punca tekanan.

    3.2.2 Pemboleh ubah bersandar

    Pemboleh ubah bersandar adalah guru sekolah rendah.

    3.3 Rekabentuk Kajian

    Reka bentuk kajian merupakan kaedah atau teknik yang digunakan untuk mendapatkan

    maklumat yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah. Kajian yang dijalankan adalah

    kajian deskriptif dan berbentuk kuantitatif. Kajian kuantitatif merupakan suatu pertanyaan

    terhadap masalah yang telah dikenalpasti yang mana berdasarkan kepada pengujian suatu

  • 7/27/2019 Draf Metodologi Kajian Part 4

    3/10

    3

    teori yang digubah oleh pembolehubah, diukur melalui perwakilan nombor, dan dianalisa

    menggunakan teknik statistikal (Neuman, 2000).

    Kaedah yang digunakan adalah kaedah soal selidik.

    3.4 POPULASI KAJIAN

    Menurut Kamus Pelajar terbitan Pusat Bahasa Dan Pendidikan Nasional tahun 2003, populasi

    adalah jumlah orang atau penduduk dalam suatu daerah; jumlah penghuni baik manusiaatau pun

    makhluk hidup lainnya pada suatu tempat atau ruang tertentu. Populasi menurut Gay(1987:102)

    merupakan kelompok tertentu dari sesuatu (orang, benda, peristiwa, dan sebagainya)yang dipilih

    oleh peneliti yang hasil kajiannya atau penelitiannya dapat digeneralisasikan terhadap kelompok

    tersebut. Dalam kajian ini, populasi kajian terdiri daripada 130 orang guru terlatih yang

    mengajar di tiga buah sekolah Sekolah Kebangsaan di Taiping,Perak. Rajah 1 menunjukkan

    populasi yang terdiri daripada tiga buah sekolah yang dipilih.

    Rajah 1

    SEKOLAH POPULASI

    Sek.Keb King Edward (1), Taiping 60

    Sek.Keb Convent Kota,Taiping 50

    Sek Keb Tebing Tinggi, Selama 20

    3.4.1 Sampel Kajian

    Dalam kajian ini, penyelidik menentukan saiz sampel berdasarkan Jadual Penentuan

    Sampel oleh Krejcie danMorgan (1970) (Lampiran B). Oleh itu, bilangan sampel adalah

    seramai 97 guru yang dipilih secara rawak kelompok. Sampel kajian adalah guru sekolah

    rendah Daerah Larut Matang Dan Selama. Sekolah yang terlibat adalah Sekolah Kebangsaan

  • 7/27/2019 Draf Metodologi Kajian Part 4

    4/10

    4

    King Edward (1), Taiping, Sekolah Kebangsaan Kampung Jambu dan Sekolah Kebangsaan

    Tebing Tinggi.

    Penentuan saiz sampel brdasarkan Populasi Krejcie dan Morgan

    POPULASI SAMPEL

    110 86

    120 92

    130 97

    3.5 Lokasi Kajian

    Kajian ini dijalankan di Daerah Larut Matang Dan Selama . Dua buah sekolah dari Zon

    Taiping iaitu Sekolah Kebangsaan King Edwad (1),Taiping, Sekolah Kebangsaan Kampung

    Jambu,Taiping dan sebuah sekolah Zon Selama iaitu Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi,Selama

    terpilih dalam kajian ini.

    3.6 INSTRUMENTASI

    Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah soal selidik berdasarkan instrumen Teacher

    Stress Inventory yang digunakan oleh Boyle et al. (1995) dan ia telah diubahsuai oleh Mokhtar

    (1998) dan Mazlan (2002) untuk digunakan di dalam konteks guru-guru di Malaysia.

    Kebolehpercayaan Alfa Cronbach ialah 0.93 dengan paras keertian kajian ditetapkan pada =

    0.05. Satu set borang soal selidik diberikan kepada responden untuk mendapatkan maklumat

    atau data yang diperlukan untuk menjawab persoalan kajian. Borang soal selidik mengandungi

    tiga bahagian yang akan dijawab oleh respondenn iaitu Bahagian A, B dan C.

  • 7/27/2019 Draf Metodologi Kajian Part 4

    5/10

    5

    3.6.1 Bahagian A : Latar Belakang Responden

    Bahagian A mengandungi soalan latar belakang responden iaitu factor demografi guru iaitu

    jantina, umur, status perkahwinan,kelulusan akademik dan pengalaman mengajar. Responden

    dikehendaki menanda ( / ) pada ruangan yang disediakan.

    3.6.2 Bahagian B : Tahap Tekanan Kerja

    Bahagian B adalah soalan-soalan yang menentukan paras tekanan kerja yang dialami oleh

    responden. Terdapat 20 item soal selidik pada bahagian ini. Responden perlu menandakan dan

    membulatkan nombor yang mewakili maklumbalas bagi setiap pernyataan yang dikemukakan

    berdasarkan skala Likert.

    Rajah 2

    Kenyataan Ringkasan Skor

    Tidak Pernah TP 1

    Jarang J 2

    Kadangkala KK 3

    Agak Kerap AK 4

    Kerap K 5

    3.6.3 Bah C: Faktor-faktor Tekanan Kerja Guru

    Bah C ialah soal selidik Teacher Stress Inventory yang digunakan oleh Boyle, Falzon &

    Bslgous(1995) yang diubahsuai oleh Mokhtar (1998). Ia digunakan untuk menentukan factor-

    faktor yang menyebabkan tekanan kerja dalam kalangan guru.

  • 7/27/2019 Draf Metodologi Kajian Part 4

    6/10

    6

    Jadual 1

    Taburan Item Soal Selidik

    SUMBER TEKANAN KERJA NOMBOR ITEM

    Kerenah Pelajar 1,2,3,4,5

    Beban Tugas 6,7,8,9,10

    Kekangan Masa 11,12,13,14,15

    Penghargaan 16,17,18,19,20

    Jumlah 20

    Jadual 2

    Taburan Item Soal Selidik

    Kenyataan Ringkasan Skor

    Tidak Ada Tekanan T 1

    Tekanan Rendah TR 2

    Tekanan Sederhana TS 3

    Tekanan Tinggi TT 4

    Tekanan Sangat Tinggi TST 5

    3.7 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN

    Kesahan merupakan kriteria yang penting dalam sesuatu ujian. Tujuan kesahan sesuatu ujian

    adalah untuk memastikan ujian yang dibina mengukur apa yang sepatutnya diukur.

    Kebolehpercayaan pula adalah ciri penting yang perlu ada pada sesuatu ujian.

    Kebolehpercayaan sesuatu ujian merupakan keupayaan ujian tersebut mengukur apa yang

    hendak diukur dngan tekal (Bhasah Abu Bakar,2003)

  • 7/27/2019 Draf Metodologi Kajian Part 4

    7/10

    7

    Dalam kajian ini , pengelasan skor min dan peratusan akan digunakan untuk membuat anggaran

    ketekalan alat ukuran.

    3.8 KAJIAN RINTIS

    Sebelum kajian sebenar dijalankan, kajian rintis dilakukan terlebih dahulu untuk mengenal pasti

    perkara-perkara berikut:

    i. Untuk mengetahui sejauh mana responden memahami setiap pernyataan dan item yang

    digunakan. Ini dilakukan dengan membenarkan responden bertanya kepada penyelidik.

    ii. Untuk mengetahui sejauh mana kesesuaian keseluruhan penggunaan instrumen kepada

    responden kajian, terutamanya dalam penggunaan istilah dan struktur ayat.

    iii. Untuk mengetahui kesesuaian item-item yang digunakan.

    iv. Untuk mengetahui sejauh mana responden memahami kehendak

    Kajian Rintis dijalankan keatas 20 orang guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Sungai

    Bayor, Selama yang bukan sampel kajian untuk menentukan ketekalan alat ukur yang digunakan.

    Soal selidik Kajian Rintis diproses dengan menggunakan perisian komputer (Statical Package

    For Social Sciences) untuk menilai kebolehpercayaannya. Indeks Alpha 0.05 digunakan

    sebagai alat kajian kerana indeks kepercayaan dan kesahan melebihi 0.05 boleh digunakan

    sebagai alat ukur.

    3.9 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

    Pelaksanaan kajian ini dimulakan dengan mengenal pasti masalah kajian, membina objektif

    kajian dan soalan-soalan kajian serta mengenal pasti dan membentuk instrumen kajian bagi

    tujuan mengutip data.Untuk menjayakan kajian ini, pengkaji akan mengikut prosedur-prosedur

    seprti berikut:

  • 7/27/2019 Draf Metodologi Kajian Part 4

    8/10

    8

    i.Mendapatkan kebenaran untuk menjalankan kajian daripada pihak Bahagian Perancangan dan

    Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD), Kementerian Pelajaran Malaysia.

    ii.Mendapatkan kebenaran daripada pihak Jabatan Pelajaran Negeri Perak untuk menjalankan

    kajian di sekolah-sekolah rendah yang terlibat.

    iii.Berjumpa sendiri dengan guru-guru besar sekolah yang terlibat untuk mendapatkan kebenaran

    menjalankan kajian di sekolah bekenaan.

    iv.Memberikan taklimat ringkas kepada pelajar yang terlibat sebagai responden supaya mereka

    jelas tentang tujuan kajian dijalankan dan cara menjawab soal selidik kajian.Sebelum soal selidik

    ditadbir, penyelidik akan berjumpa dengan pihak pentadbir ketiga-tiga sekolah bagi

    mendapatkan kebenaran untuk menjalankan kajian ke atas golongan sasaran kajian. Setelah

    diberikan keizinan, barulah instrumen ditadbirkan.Di sekolah yang pertama, penyelidik akan

    mentadbir sendiri instrument ini kepada responden, manakala bagi sekolah yang kedua dan

    ketiga instrumen (soal selidik) akan ditadbir oleh seorang wakil, iaitu pentadbir sekolah

    bekenaan. Penyelidik akan menjelaskan prosedur pentadbiran soal selidik ini kepada wakil

    berkenaan serta lain-lain perkara yang bersangkutan yang perlu diberikan perhatian semasa

    mentadbir instrument. Selepas 4 hari, kesemua instrumen yang telah dilengkapi oleh responden

    akan diserahkan oleh wakil berkenaan kepada penyelidik.Semasa pentadbiran instrumen di

    sekolah yang pertama, penyelidik akan mengumpulkan semua responden di dalam sebuah bilik

    dan mereka diminta bersedia untuk menjawab soal selidik berkenaan.Sebelum mereka mula

    menjawab soal selidik, penerangan telah diberikan kepada mereka tentang tujuan soal selidik ini

    dijalankan ke atas mereka dan member jaminan akan berkaitan kerahsiaan kesemua maklumat

    yang mereka berikan dan kesemua maklumat ini hanya akan digunakan bagi tujuan kajian

    inisahaja. Responden diberikan masa antara 30 . 40 minit untuk menjawab soal selidik

    berkenaan.Responden tidak dibenarkan berbincang semasa menjawab soal selidik berkenaan.

  • 7/27/2019 Draf Metodologi Kajian Part 4

    9/10

    9

    3.10 PENGANALISISAN DATA

    Data yang diperolehi dikumpulkan dengan menggunakan program SPSS (Statical Package for

    Social Science). Dua kaedah penganalisaan adalah seperti berikut:

    3.10.1 Analisis Deskriptif

    Analisis deskriptif dilakukan untuk melihat kekerapan dan peratusan data. Ia melibatkan

    penghuraian secara menyeluruh. Statistik taburan frekuensi kekerapan min dan peratusan

    digunakan dalam penganalisaan data yang diperoleh untuk Bahagian A. Ciri-ciri demografi guru

    dari segi jantina,umur,kebolehan akademik. Subjek kajian diperihal dengan menggunakan

    taburan frekuensi kekerapan, min dan peratusan.

    Untuk bahagian B dan C statistic yang digunakan ialah frekuensi , peratusan dan min. Punca

    tekanan dalam kalangan guru dianalisis dengan menggunakan skor min dan peratusan. Tahap

    tekanan dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tahap rendah,sederhana dan tinggi. Penggunaan

    formula keadah peratusan dan pembahagian julat min bagi mengukur persepsi responden.

    Adalah seperti ditunjukkan dalam rajah penentuan tahap tekanan kerja guru.

    Rajah 3

    PERATUS SKOR MIN TAHAP PENILAIAN

    1.00-2.33 Rendah

    2.34-3.07 Sederhana

    3.68-5.00 Tinggi

  • 7/27/2019 Draf Metodologi Kajian Part 4

    10/10

    10

    3.10.2 Analisis Inferensi

    Analisis infrensi digunakan untuk melihat perkaitan yang wujud diantara pemboleh ubah yang

    dikaji iaitu pemboleh ubah bebas iaitu punca tekanan dan pemboleh ubah bersandar ialah guru

    sekolah rendah.

    i. Ujian t digunakan bagi melihat perbezaan kelompok dua kategori sepertiperkaitan punca tekanan dengan perbezaan gender .

    ii. Ujian Korelasi digunakan untuk mengetahui sama ada terdapat hubungan antaratahap stres kerja dengan ciri-ciri demografi seperti umur, pengalaman mengajar dan

    pendapatan gaji sebulan.

    3.10 KESIMPULAN

    Bab ini telah membincangkan metodologi kajian yang digunakan oleh

    penyelidik bagi menjalankan kajian ini. Metodologi yang digunakan adalah

    bertujuan untuk menjawab segala persoalan-persoalan kajian seperti yang dinyatakan

    dalam Bab I. Dengan menggunakan instrumen soal selidik, penyelidik dapat membuat

    penganalisisan data yang diperolehi dengan lebih mudah kerana segala maklumat

    yang diperolehi boleh disemak semula dan jawapan yang telah diperolehi merupakan

    jawapan yang tepat kerana responden hanya perlu memilih satu jawapan sahaja

    daripada persoalan yang diberikan. Daripada nilai analisis data yang diperolehi,

    penyelidik dapat menghurai.