draf kt 1

42
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA MURID PEMULIHAN DALAM SUKU KATA VKVKK MENGGUNAKAN TEKNIK ‘SPIDER RUN HOME’ . SABARIAH BINTI ASLI Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syaratpenganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan kepujian Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU 2013 1.0 PENDAHULUAN 1

Upload: hzsoonarr

Post on 02-Oct-2015

26 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

draf kajian tindakan

TRANSCRIPT

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA MURID PEMULIHAN DALAM SUKU KATA VKVKK MENGGUNAKAN TEKNIKSPIDER RUN HOME.SABARIAH BINTI ASLI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syaratpenganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan kepujian

Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TAWAU

2013

1.0 PENDAHULUAN1.1 PengenalanPelan Transformasi Pendidikan negara 2013-2025 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah jelas menggambarkan mengapa perlu ada perubahan terhadap dunia pendidikan pada masa kini. Salah satu sub NKRA ini adalah melibatkan Program LINUS iaitu Program Saringan Numerasi dan Literasi termasuklah Liteasi Bahasa Inggeris yang dilaksanakan kepada murid sekolah rendah tahun 1 hingga 3 untuk membolehkan kadar kelemahan murid dapat dikesan dari awal seterusnya dibantu dengan Program Pemulihan yang dimantapkan jika berlaku masalah keciciran dalam Numerasi dan Literasi.

Daripada petikan ucapan perdana menteri yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia 9 Disember 2012 dalam Majlis Pelancaran Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan, beliau menekankan bahawa,dalam usaha untuk memenuhi aspirasi kita yang tinggi dalam persekitaran global yang semakin kompetitif, kita tidak boleh hanya berdiam diri. Negara memerlukan transformasi dalam keseluruhan sistem pendidikan dan perlu meningkatkan pencapaian semua pelajar. Daripada isu ini jelas menunjukkan bahawa pencapaian negara juga dipengaruhi dari sejauh mana kita melakukan anjakan paradigma terhadap bidang pendidikan yang semakin berdaya saing.Yahya dan Lailinanita dalam kajiannya Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran dalam Kalangan Guru-Guru Teknikal di Sekolah Menengah Teknik Dari Perspektif Guru telah mendapati bahawa guru-guru teknikal telah mengamalkan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah mereka juga telah dibekalkan dengan beberapa latihan untuk membantu melaksanakan inovasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Berlandaskan kenyataan ini juga, Pendidikan Pemulihan bukan suatu bidang baharu yang telah menjadi keutamaan di sekolah.Program ini diwujudkan sebagai tempat untuk membantu murid-murid lemah terutama dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).Pedagogi Pengajaran dan Pembelajaran (2011) menyatakan konsep pemulihan adalah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kelas. Selain itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (2003) juga menjelaskan pendidikan pemulihan adalah merupakan usaha untuk mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.

Jabatan Pendidikan Khas (2003) di mana semua sekolah rendah kecuali Sekolah Kekurangan Murid (Under enrolment) diperuntukkan satu jawatan guru Pemulihan Khas dan mereka tidak termasuk dalam perkiraan peruntukan Guru Asas (n x 1.5) seperti dalam kelayakan peruntukan guru.Justeru perlantikan guru Pemulihan akan banyak membantu pihak sekolah menangani masalah keciciran murid lemah dalam pengajaran dan pembelajaran.Mok (2011) menyatakan pemilihan dan teknik yang sesuai akan menjamin keberkesanan penyampaian sesuatu serta pencapaian objektifsecara optimum.Dalam perkara ini, kesedaran guru Pemulihan yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysiajuga adalah penting untuk memastikan fungsi dan matlamat Pendidikan Pemulihan itu sendiri dapat direalisasikan. Justeru kemahiran pedagogi perlu dikuasai oleh setiap guru untuk membolehkan mereka mencabangkan idea serta mempelbagaikan cara dalam penyampaian pengajaran mereka.

Kajian memfokuskan kepada pendekatan pengajaran yang dapat membantu murid Pemulihan meningkatkan penguasaan mereka dalam kemahiran membaca suku kata VKVKK.Pengkaji mendapati bahawa masalah yang dihadapi murid Pemulihan adalah apabila berhadapan suku kata yang mengandungi huruf konsonan dan vokal yang perlu dieja dan dibaca sekali. Contohnya dalam perkataan abang yang sepatutnya disebut /a/ + /bang/ , murid dikenalpasti selalu menyebut perkataan tersebut menjadi /a/ + /bag/ semasa aktiviti membaca.

Masalah kemahiran membaca dalam kalangan murid Pemulihan dikenal pasti disebabkan oleh aras pengajaran dan pembelajaran yang terlalu tinggi di kelas perdana. Kenyataan ini disokong melalui kajian yang dijalankan oleh Aspalaila dan Maslinda (2006) yang bertajuk Meningkatkan Kemahiran Murid Membaca Ayat-ayat yang Mengandungi Perkataan Gabungan Dua Suku Kata Terbuka dan Tertutup KVKVK mendapati bahawa aktiviti latih tubi lima minit sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran serta kelas bimbingan selepas waktu persekolahan berkesan membantu murid membaca perkataan suku kata KVKVK dengan betul. Sehubungan itu, pengkaji mencadangkan satu teknik berkesan bagi membantu murid dalam kemahiran membaca suku kata VKVKK menggunakan teknik yang dinamakan Spider Run Homesebagai bahan yang menjadi mekanisme untuk membantu murid Pemulihan belajar membaca dengan mudah dan menyeronokkan. 1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu.Pengalaman menghadapi situasi sebenar di sekolah memberi pengkaji peluang yang luas untuk meninjau suasana pembelajaran teutama bagi murid kelas Pemulihan. Dapatan yang diperoleh daripada pengalaman praktikum fasa I dan fasa II di sekitar sekolah Daerah Tawau telah memberi kesedaran kepada pengkaji akan cabaran menjadi seorang guru dalam pelbagai aspek persekitaran. Walau bagaimanapun, pengkaji berasa bertuah kerana melalui pengalaman berpraktikum ini, pengkaji dapat melalui sendiri situasi yang banyak memberi dorongan ilmu kepada diri untuk melakukan pembaharuan.

Pada kali pertama berpraktikumpengkaji berpeluang untuk mengajar kelas Pemulihan selama sebulan dan pengkaji melaksanakan pelbagai teknik dan pendekatan semasa proses pengajaran dan pembelajaran kepada murid. Pada mulanya, pengkaji menghadapi masalah untuk mengawal murid dan mengendalikan pengajaran dengan baik kerana kekurangan pengalaman dan kemahiran mengajar yang bersesuain. Pengkaji juga pernah menghadapi murid yang tidak mahu berkomunikasi dengan guru dan kesannya objektif pembelajaran yang dirancang gagal dicapai. Selain itu, pengkaji mendapati bahawa faktor perhatian yang diberikan oleh murid setiap hari adalah berbeza bergantung kepada bagaimana penyampaian pengajaran yang diberikan. Justeru, sepanjang menjalankan praktikum pengkaji menggunakan ruangan membuat refleksi sebagai mekanisme untuk menambah baik dan meningkatkan kualiti pengajaran. Nasihat dan bimbingan daripada pensyarah juga memberikan inspirasi yang tinggi kepada pengkaji untuk memandang serius setiap permasalahan yang dihadapi oleh murid Pemulihan.

Menurut Lai Kim Leong (2007) dalam kajiannya bertajuk Penyelesaian Masalah Menggunakan Strategi Melukis Gambar Rajah menyatakan,pemilihan strategi penyelesaian masalah adalah bergantung kepada jenis masalah yang ingin diselesaikan. Melalui kenyataan ini, objektif pengkaji didapati sentiasa tersasar disebabkan salah tafsir terhadap masalah yang dihadapi oleh murid sehingga menggunakan penyelesaian yang tidak bersesuaian dengan potensi murid. Pengkaji mengesan masalah ini semasa membuat pengajaran pada konstruk kemahiran VKVKK. Pengkaji percaya masalah ini perlu diberi perhatian kerana ianya akan mempengaruhi kelancaran membaca perkataan murid pada peringkat bacaan seterusnya.

Tambahan lagi, pengalaman praktikum fasa II telah mengukuhkan lagi tinjauan masalah kepada pengkaji untuk melihat bagaimana perkembangan kemahiran bacaan oleh murid Pemulihan di sekolah yang berbeza. Pada kali ini, masalah murid dikenalpasti lemah dalam membatangkan suku kata perkataan pada pola yang sama iaitu VKVKK dan mengakibatkan bacaan kurang lancar. Perkara ini dikukuhkan lagi dalam sebuah kajian yang telah dilaksanakan oleh beberapa orang pensyarah dari institut pendidikan guru. Menurut Noor Aini, Fadhilah et-al., (2011) dalam kajiannya Meningkatkan Kefahaman Guru Pelatih Terhadap Tumpuan Belajar Murid Slow Learner dalam Bilik Darjah Berdasarkan Tindakan Guru Pelatih yang mengatakan bahawa kesukaran membaca biasanya dialami oleh murid sekolah dalam keadaan bertambah runcing apabila murid-murid di peringkat sekolah menengah masih belum menguasai kemahiran membaca dan menulis.

Semasa menjalankan praktikum fasa II ini juga, pengkaji berhadapan dengan murid disleksia yang lemah dalam kemahiran mengeja dan membaca namun kecerdasannya dalam perkara lain masih dapat dikesan terutama subjek yang melibatkan lukisan, gambar dan matematik. Perkara ini diberi perhatian kepada pengkaji untuk memikirkan satu bentuk penyelesaian masalah yang melibatkan kemahiran mengeja dan membaca perkataan yang sukar disebut dan dibaca menggunakan teknik yang berkesan dan sesuai dengan tahap murid Pemulihan. Hal ini disokong dalam sebuah kajian yang telah dilaksanakan oleh Noor Hassan (2009) tentang perbezaaan indeks kreativiti muridmurid kelas Pemulihan dan kelas perdana. Impak daripada kajian ini menunjukkan bahawa kreativiti murid pemulihan dapat dikembangkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Tambahan lagi, pengkaji mempunyai pengalaman dalam melaksanakan pengajaran dan mengaplikasikan peta konsep semasa mengajar suku kata dan perkataan yang mudah. Hasil refleksi pengajaran, pengkaji mendapati murid Pemulihan juga berupaya mengembangkan peta minda seperti murid-murid yang lain. Sepanjang pelaksanaan pengajaran yang pernah dilakukan juga, pengkaji mendapati murid menunjukkan respon positif apabila pengkaji mengaplikasikan penggunaan gambar rajah pokok, kad gambar, dan bahan lagu sebagai ransangan. Pengkaji membuat inferens bahawa murid Pemulihan juga boleh menggunakan alternatif konsep peta minda sebagai asasuntuk belajar mengeja perkataan dalam kemahiran VKVKK. Pengkaji juga menerapkan aplikasi belajar sambil bermain dan berfikir selaras dengan kecergasan pelbagai yang dimiliki oleh murid Pemulihan.1.3 Refleksi Nilai Pendidikan.Kajian tindakan ini dilaksanakan sebagai medium yang dapat membantu murid Pemulihan untuk meningkatkan kemahiran membaca suku kata VKVKK dengan betul menggunakan teknik Spider Run Home. Teknik ini berpotensi untuk membantu murid Pemulihan mengaplikasikan kemahiran berfikir berasaskan peta konsep yang mudah namun diadaptasi bersesuaian dengan peringkat dan tahap potensi murid.

Kajian ini juga berpotensi untuk membantu guru pemulihan mengembangkan cara pengajaran mereka berlandaskan teori pembelajaran Gagne yang menggunakan hierarki pembelajaran sebagai peringkat yang membantu pembelajaran murid dilakukan dari aras mudah kepada yang lebih kompleks. Menurut Gagne yang dipetik daripada Noriati, Boon, dan Syarifah (2009), teori pembelajaran hendaklah mengambil kira faktor-faktor khusus yang mempengaruhi pembelajaran kemahiran yang kompleks. Justeru pembelajaran adalah relevan jika guru bermula daripada pembinaan isyarat dan seterusnya secara berperingkat kepada pembelajaran penyelesaian masalah. Pengkaji percaya murid Pemulihan dapat mengadaptasi gaya pembelajaran secara berperingkat sesuai dengan hak potensi yang mereka ada. Tambahan lagi, perkara ini disokong melalui kenyataan Zalizan (2009) mengenai Deklasi Dunia terhadap Pendidikan untuk Semua (UNESCO, 1990) hak pendidikan yang sama terhadap semua kanak-kanak.

Menurut Caine dan Caine (1998) dalam kajian Suria Baba (2007) mengenai pratulisan, proses pembelajaran perlu berpaksikan suasana yang selesa bagi membantu usaha pemprosesan maklumat yang aktif. Lantaran itu, pelaksanaan pengajaran menggunakan teknik Spider Run Home diharapkan dapat menyediakan ruang berfikir yang selesa kepada murid Pemulihan untuk belajar seperti murid yang lain. Pendekatan guru yang memfokuskan kepada masalah kemahiran membaca murid Pemulihan ini akan banyak membantu kepada peringkat kemahiran menulis murid dengan lebih berkesan.2.0 FOKUS KAJIAN.2.1 PengenalanKemahiran membaca merupakan perkara asas yang perlu dikuasai oleh murid sekolah rendah termasuklah murid Pemulihan yang menghadapi pelbagai masalah dalam kemahiran ini. Menurut Abdul Rasid dan Zulkafli (2008), masalah menguasai kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam matapelajaran Bahasa Melayu adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya..

2.2 Isu dan Penyataan MasalahKemahiran membaca merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid di sekolah. Kemahiran membaca ini merupakan kemahiran membunyikan lambang-lambang tulisan dan membawa makna tertentu. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), membaca membawa maksud memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya.Dalam kamus ini juga dijelaskan makna lain membaca ialah mengucapkan apa yang tertulis atau tercetak pada buku, papan tanda dan sebagainya secara lisan dengan kuat, memahamkan makna sesuatu seperti tanda, huruf dan sebagainya tidak dengan mata tetapi dengan jari yang juga dikenali sebagai braille.

Kemahiran dalam suku kata VKVKK pula merupakan konstruk kemahiran 19 yang dilaksanakan di kelas Pemulihan dan mempunyai objektif penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang telahditetapkan. Berdasarkan dua definisi yang dikemukakan tadi jelas membuktikan bahawa kemahiran membaca dalam perkataan suku kata VKVKK adalah merupakan permasalahan yang perlu diselesaikan.Although learning to read and write is a natural process, you cant just given children books, paper and pencil and let them to go with it. Your role in process and your knowledge are vital (Dominic Wyse, 2007).Daripada kata inspirasi ini, pengkaji sedar bahawa peranan guru dalam melakukan pembaharuan terhadap teknik pengajaran dapat membantu murid meningkatkan kemahiran membaca mereka ke peringkat yang lebih maju.2.3 Tinjauan Literatur dan Kajian Lalu Berkaitan dengan Isu KajiTun Jah dan Faridah (2007), mendefinisikan teknik sebagai taktik atau cara-cara yang digunakan untuk hasil segera yang maksimum ketika menyampaian sesuatu pengajaran. Berdasarkan definisi daripada Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) teknik bermaksud pengetahuan yang berkaitan dengan pembuatan barang-barang hasil industri seperti jentera, kenderaan dan lain-lain. Maksud kedua teknik dihuraikan sebagai kaedah mencipta sesuatu hasil seni.

Spider Run Home merupakan satu istilah kata nama yang pengkaji gunakan sebagai teknik yang boleh membantu murid Pemulihan mengingat apa yang dibaca. Murid akan menyelesaikan peta konsep sarang labah-labah sehingga lengkap, mencantum dan mengeja suku kata seterusnya membaca perkataan pola suku kata VKVKK dengan betul. Pengkaji menggunakan prinsip perwakilan nombor untuk mewakili setiap huruf dan suku kata yang ingin dilengkapkan. Penerapan unsur permainan ini akan menggalakkan lagi penglibatan murid. Hal ini berbeza jika guru hanya menggunakan kad suku kata dalam kaedah tradisional. Latar berwarna yang berbeza digunakan oleh pengkaji untuk memudahkan murid membaca perkataan dan suku kata VKVKK dengan mudah.

Abdillah(2009), menyatakan dalam kajiannya yang bertajuk Meningkatkan Kemahiran Membaca Ayat-ayat yang Mengandungi Perkataan Gabungan tiga suku kata terbuka KV+KV+KV bahawa penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) seperti kad suku kata KV, kad perkataan KV+KV+KV, kad bergambar, Power Point, dan bacaan bergred yang mengandungi ayat-ayat mudah atau petikan pemahaman mudah sebagai bahan rangsangan amat penting dan dapat membantu murid-murid ini menguasai kemahiran yang ditetapkan. Dapatan daripadaUjian Pos yang dijalankan menunjukkan peningkatan prestasi berbanding Ujian Pra atau Ujian Diagnostik dari segi kemahiran murid membaca perkataan KV+KV+KV. Kajian ini membuktikan penggunaan bahan yang mempunyai reka bentuk dan sesuai dengan tahap kecergasan murid dapat membina perkembangan kognitif murid. Justeru pengkaji bercadang untuk menekankan aspek pelbagai rangsangan dalam teknik Spider Run Home ini dimana subjek kajian akan melengkapkan peta konsep menggunakan perwakilan nombor yang disediakan sambil menyebut dan pembaca perkataan yang berjaya dibentuk dengan betul.

Charlie (2008), dalam Kajian Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Kemahiran Asas Membaca di kelas Pemulihan suatu Kajian kes di lima buah sekolah Daerah Serian, kajian dijalankan ke atas lima orang guru dan lima belas orang murid pendidikan Pemulihan di lima buah sekolah daerah Serian mengenai penggunaan bahan bantu mengajar dalam kemahiran asas membaca di kelas Pemulihan mendapati prestasi yang ditunjukkan oleh pelajar sebelum dan selepas penggunaan bahan bantu mengajar dalam asas bacaan amatlah ketara.Jelaslah bahawa penerapan penggunaan bahan bantu mengajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang difokuskan dalam kajian ini dapat membantu murid meningkatkan kemahiran membaca suku kata dan perkataan VKVKK.

Seterusnya, Mohd Hanafia, Hasnah, Mohd Mokhtar et-al.,(2010) telah menjalankan Kajian mengenai Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Pengajaran Muridmurid Pemulihan Khas Guru Permulaan dalam Prosiding Seminar Serantau Guru Permulaan (2010) IPG Kampus Perempuan Melayu, kajian menunjukkan perbezaan yang ketara antara tiga kaedah pengajaran yang dijalankan iaitu kaedah tradisional, bahan bantu mengajar tanpa ICT dan kaedah bahan bantu dengan ICT.Kajian ini telah menjadikan sumber rujukan kepada pengkaji untuk mencari alternatif mengajar membaca menggunakan konsep bahan yang mampu merangsang kemahiran berfikir murid. Selain itu, perbezaan guru yang melakukan pengajaran menggunakan bahan bantu dan tanpa menggunakan bahan bantu dapat dilihat melalui kesan pengajaran yang diberikan. Pengkaji mendapat idea untuk menggunakan bahan manipulatif berbentuk peta minda yang mudah difahami oleh murid pemulihan sebagai bahan bantu yang dapat meningkatkan kemahiran murid dalam kemahiran membaca perkataan VKVKK.

Abdul Rashid (2011), Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah Luar Bandar merumuskan dapatan kajian yang ditunjukkan bahawa terdapatmasalah dalam diri murid untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu, antaranya pengetahuan asas membaca dan menulis, persekitaran dan kaedah pengajaran guru. Dapatan kajian dalam masalah kemahiran membaca menunjukkan bahawa kegagalan murid-murid memahami kandungan maklumat dalam teks yang dibaca ialah (min = 3.40; sp =71) dan tidak memahami maksud ayat yang dibaca (min=3.24;sp =60).Kajian ini membantu pengkaji untuk memahami aspek masalah kajian,membina objektif dan persoalan kajian seterusnya bagaimana pengkaji mengenalpasti kaedah yang sesuai untuk mengutip data dengan lebih tepat. Pemerolehan data dalam kajian ini juga membantu pengkaji membuat perbandingan terhadap data deskriptif dan kuantitatif yang biasa digunakan dalam kajian tindakan.

Cathy John (2009), dalam kajiannya keatas seorang subjek kajian dan mendapati dalam tempoh dua bulan dia telah boleh mengeja, membunyikan, menyebut dan menulis suku kata KVKV dengan tepat setelah menjalankan intervensi dalam kajian tindakannya menggunakan kaedah yang dinamakan sebut, eja dan bunyikan.Kajian ini telah menunjukkan bertapa pentingnya intervensi dan teknik yang mudah difahami serta menyeronokkan digunakan sebagai mekanisme membantu pengkaji mencapai objektif dalam kajian ini.

Abdul Sukor dan Kalaidevi (2012), menjalankan kajian yang bertujuan untuk mengenal pasti kesan Pendekatan Pembelajaran Masteri terhadap Pencapaian Kemahiran Membaca Bahasa Melayu Murid Pemulihan Sekolah rendah. Dapatan kajian kumpulan eksperimen menunjukkan skor min ujian pasca melebihi skor ujian pra yang mana peningkatan skor min ujian penilaian membaca direkod sebanyak 13.77. Ekoran daripada dapatan ini, teori Pembelajaran Masteri telah membuktikan bahawa murid Pemulihan harus menguasai kemahiran membaca dengan betul sebelum menguasai bidang kemahiran lain. Kepentingan kemahiran membaca dalam kalangan murid pemulihan mempengarhi pembelajaran murid dalam kemahiran lain termasuklah menulis dan mengira.3.0 OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN.3.1 Tujuan Kajian.Secara umumnya, kajian ini dilaksanakan adalah untuk membantu murid meningkatkan kemahiran membaca dalam suku kata VKVKK. Isu dan masalah dikenalpasti daripada pengalaman berpraktikum didapati terdapatmurid yang tidak menguasai ejaan dan sebutan suku kata melibatkan perkataan yang mengandungi suku kata VKVKK dengan betul. Teknik Spider Run Homedigunakan sebagai mekanisme untuk membantu murid pemulihan membaca perkataan daripada suku kata VKVKK.3.2Objektif Kajian:i. Mengenal pasti tahap penguasaan murid Pemulihan dalam kemahiran suku kata VKVKK.ii. Mengenal pasti punca kelemahan murid dalam kemahiran membaca suku kata VKVKK.iii. Mengkaji keberkesanan teknik Spider Run Homedalam membantu murid meningkatkan kemahiran suku kata VKVKK.3.2Persoalan Kajian:

i. Apakah tahap penguasaaan murid Pemuihan dalam kemahiran suku kata VKVKK?

ii. Apakah punca kelemahan murid dalam kemahiran membaca suku kata VKVKK ?

iii. Bagaimanakah kesan penggunaan teknik Spider Run Homedalam membantu murid pemulihan dalam kemahiran VKVKK ?

4.0 METODOLOGI KAJIAN

4.1 Kumpulan Sasaran Kajian.Kajian ini bersesuaian jika kumpulan sasaran yang diambil terdiri daripada murid Pemulihan Sekolah Rendah yang mempunyai masalah dalam kemahiran membaca perkataan suku kata VKVKK. Oleh kerana pengkaji berada dalam lingkungan daerah Tawau, pengalaman berpraktikum fasa III akan dijadikan landasan untuk mengenal pasti sasaran kajian dijalankan.

Teknik yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini ialah menggunakan purposive sampling iaitu proses menentuan sasaran dengan menentukan terlebih dahulu jumlah subjek kajian yang ingin diambil sebagai kumpulan sasaran. Kumpulan sasaran hanya akan ditentukan berdasarkan tujuan tertentu dan tidak bercanggah dengan ciri-ciri subjek kajian yang telah ditetapkan. Menurut Tashakkori dan Teddlie (2003) dalam Charles Teddlie dan Fen Yu (2007), menyatakan bahawa Purposive sampling techniques have also been referred to as nonprobability samplingor purposeful sampling or qualitative sampling. As noted above, purposive sampling techniques involve selecting certain units or cases based on a specic purpose rather thanrandomly. Pengkaji mendapati bahawa teknik yang akan digunakan dalam kajian ini juga dikenali sebagai sampel bertujuan.

Justeru, pengkaji mengambil empat murid kelas Pemulihan daripada sekolah rendah di daerah Tawau sebagai kumpulan sasaran yang akan membantu pengkaji mengenal pasti keberkesanan teknik yang digunakan. Subjek kajian yang dikenal pasti haruslah mempunyai masalah yang jelas dalam kemahiran membaca suku kata terutama pola VKVKK dan dilihat bersikap pasif,suka bermain serta sukar memberi penglibatan di dalam kelas. Pengkaji akan melakukan beberapa kaedah pengumpulan data yang sesuai termasuklah analisis dokumen dan pemerhatian bagi mengenal pasti sasaran dengan jelas.4.2 Reka Bentuk Kajian.

Kajian tindakan dilaksanakan oleh guru adalah bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dalam pengajaran atau rakan setugas, untuk menguji teori pendidikan secara praktikal, atau untuk menilai dan melaksanakan prosedur sekolah.Dengan membuat kajian tindakan, guru akan lebih bertanggungjawab terhadap tindakan mereka dan mewujudkan persekitaran yang bersesuaian dengan kaedah pengumpulan data kajian.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), perkataan reka dapat didefinisikan sebagai aturan, tindakan yang diambil manakala reka bentuk dispesifikkan sebagai rancangan, corak, bentuk dan sebagainya yang menunjukkan susunan,struktur atau aspek-aspek sesuatu binaan dan sebagainya. Reka bentuk kajian ini juga merupakan rancangan bagaimana sampel kajiandibahagikan kepada kumpulan-kumpulan, apakah rawatan kepada subjek kajian dan lebih jelas untuk menunjukkan apakah data dan bagaimanakah data ini dikutip.

Pengkaji menggunakan reka bentuk kajian tindakan dan mencadangkan untuk memilih dua cara penggutan data bagi menjelaskan bagaimana dapatan kajian akan diperolehi. Kajian ini melibatkan punggutan data secara kuantitatif dan kualitatif.Kaedah yang dicadangkan ini bersesuaian dengan objektif dan persoalan yang telah dinyatakan dalam kajian dimana salah satunya adalah mengenal pasti keberkesanan penggunaan teknik Spider Run Home dalam meningkatkan kemahiran membaca murid Pemulihan dalam perkataan yang mengandungi suku kata VKVKK.Cara pengumpulan data secara kuantitatif dijalankan menggunakan analisis skor ujian pra dan post, pemerhatian berstruktur dan analisis dokumen skor lembaran kerja manakala kaedah kualitatif melibatkan temu bual yang dijalankan kepada murid selepas teknik Spider Run Home diperkenalkan kepada mereka.

Rajah 4.2 : Cara pengumpulan data dilakukan.

Chowdan Jaizah (2007), menegaskan bahawa terdapat sebuah tujuan utama dalam kajian tindakan iaitu untuk memperbaiki. Jika data yang diperoleh menunjukkan kesahan yang tinggi, data tersebut dapat menjadi kayu ukur sama ada objektif yang dibina pengkaji tercapai atau sebaliknya. Data kualitatif yang diperolehi dianalisis meliputi mereduksiatau penyaringan data, memaparkan data dan membuatkesimpulan dan verifikasi (Miles dan Huberman, 1994). Manakala tujuan kajian kuantitatif lebih kepada memberi penerangan tentang apa yang diselidik (Yeap Keng Leng, 2000)

4.3Pelan Tindakan dan Pelaksanaan Pelan Tindakan.Untuk mengetahui sejauh mana perancangan dan pelaksanaan tindakan dijalankan lebih sistematik dalam sesebuah kajian, model reka bentuk kajian dijadikan laluan dan panduan kepada pengkaji. Sehubungan dengan perkara ini, pengkajimenjadikan model reka bentuk kajian Kemmis dan McTaggart 1988 sebagai proses kitaran kajian yang akan dilakukan. Model ini mengandungi dua kitaran dan dalam fasa pertama terdapat empat fasa penting dalam kajian iaitu merancang, bertindak dan membuat refleksi. Kitaran kedua bermula pada fasa pertama ialah mengubah suai pelan tindakan. Selepas melaksanakan tindakan yang diubahsuai fasa pemerhatian dilakukan seterusnya proses membuat refleksi terhadap pengubahsuaian dihuraikan dengan jelas. Ini menunjukkan bahawa kitaran kajian tindakan boleh mengubah matlamat kajian disebabkan oleh beberapa perkara dan dapatan daripada refleksi akhir dalam setiap kitaran.

Rajah 4.3 : Model Kajian Kemmis dan Mc Taggart (1988

i. Fasa 1 : Merancang

Pengkaji melakukan perancangan terhadap kajian yang dijalankan berdasarkan masalah yang diperoleh daripada pengalaman praktikum fasa I dan fasa II. Dalam langkah ini pengkaji mencadangkan untuk mengenalpasti subjek kajian berdasarkan kelemahan mereka dalam membaca perkataan suku kata VKVKK. Pengkaji juga merancang ingin menggunakan analisis ujian dan rekod sebagai cara untuk mengukur sejauh mana tahap penguasaan subjek kajian terhadap masalah yang dinyatakan. Tambahan lagi, dalam fasa ini pengkaji mencadangkan untuk membuat empat kali intervensi menggunakan bahan dan teknik sarang labah-labah sebagai mekamisme untuk membantu subjek kajian nanti.Analisis pemerhatian akhir akan menentukan sejauh mana teknik sarang labah-labah ini membantu subjek kajian meningkatkan kemahiran tersebut.ii. Fasa 2 : Bertindak

Pengkaji akan bertindak terdapat perkara yang dirancangkan dan menjalankan empat kali intervensi di kelas Pemulihan.

iii. Fasa 3 : Pemerhatian

Pengkaji akan melakukan pemerhatian secara berterusan dan mengumpul data yang mencukupi untuk mengetahui beberapa aspek mengenai amalan murid di kelas.iv. Fasa 4 : Refleksi

Pengkaji membuat refleksi berdasarkan dapatan yang dikumpul dan menghuaraikan keberkesanan intervensi menggunakan teknik sarang labah-labah terhadap subjek pengkaji.

Prosedur pengumpulan data yang dicadangkan oleh pengkaji ini sepanjang pelaksanaan kajian semasa berpraktikum nanti.

4.4 Kaedah Pengumpulan Data Kajan.Kaedah pengumpulan data amat sesuai untuk menjawab persoalan kajian yang dibina. Menurut LisahChong (2008), dalam kajian Teknik menyemak data dalam Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan, triangulasi merupakan kaedah yang dilakukan dengan membuat perbandingan antara sumber data yang dikumpul seperti rakaman video, nota lapangan, temu bual, lembaran kerja, borang maklum balas dan rekod perkembangan prestasi peserta kajian. Perbandingan ini membolehkan menyemak kredibiliti data yang diperolehi. Dalam kajian ini, pengkaji melakukan beberapa jenis kaedah yang bertepatan dengan objektif iaiatu melalui kaedah ujian, pemerhatian, kaedah ujian binaan guru iaitu lembaran kerja dan kaedah temu bual. 4.4.1 Pemerhatian berstruktur Dalam pemerhatian berstruktur aspek yang hendak diperhatikan dikenal pasti terlebih dahulu. Penyelidik memerhati, mendengar dan merekod maklumat berdasarkan set aktiviti yang telah dikenal pasti. Pemerhatian berstruktur dilakukan dengan menggunakan senarai semak seperti yang jelas ditunjukkan pada bab penganalisisan data.(Bahagian Perancangan dan Penyelidikan KPM, 2008). Pemerhatian berstruktur dilakukan oleh pengkaji pada awal dan akhir kajian untuk mengukur tahap kemahiran membaca murid suku kata VKVKK selepas intervensi dijalankan.4.4.2Ujian.

Ujian merupakan kaedah yang digunakan untuk mengutip data bagi menilai dan mengesan kefahaman murid terhadap sesuatu pelajaran yang telah dipelajari. Ujian boleh dijalankan secara lisan ataupun bertulis pada kertas atau komputer. Terdapat dua jenis ujian iaitu Ujian Pra dan Ujian Pos.

Ujian digunakan untuk membandingkan prestasi murid sebelum dan selepas sesuatu rawatan atau program intervensi dijalankan. Jika keputusan Ujian Pos menunjukkan peningkatan yang signifikan berbanding Ujian Pra, maka objektif kajian tercapai. Kedua-dua set soalan. Ujian Pra dan Ujian Pos mestilah sama ataupun setara untuk membolehkan perbandingan dibuat. Suasana peperiksaan kedua-dua ujian juga mesti tidak jauh berbeza.Keputusan yang diperoleh daripada ujian boleh menjadi satu indikator yang baik tentang pencapaian atau penguasaan terhadap sesuatu kemahiran atau pengetahuan yang telah diajar kepada murid.(Bahagian Perancangan dan Penyelidikan KPM,2008). Dalam kajian ini pengkaji menggunakan Ujian Pra dan Ujian Post serta Ujian binaan guru iaitu lembaran kerja bagi membandingkan skor terhadap pencapaian murid sepanjang kajian dijalankan.

4.4.3 Temu Bual.Temu bual merupakan kaedah pengutipan data yang melibatkan interaksi face-to-face antara penyelidik dengan informan atau orang yang ditemu bual. Temu bual ialah kaedah terbaik untuk meneroka (probe) dan mendapatkan maklumat daripada informan secara mendalam. Informan bagi temu bual terdiri daripada murid, ahli panitia, rakan sejawatan, pihak pentadbir dan ibu bapa. Mereka perlu ditemu bual untuk mengetahui persepsi, pendapat dan sikap mereka terhadap kajian yang dijalankan. (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan KPM, 2008)

Temu bual separa berstruktur dijalankan kepada guru pemulihan dan pengkaji hanya menyediakan soalan utama dan kemudian menyesuaikan soalan lain mengikut keperluan bagi memastikan objektif kedua dapat dicapai iaitu mengenal pasti faktor murid lemah dalam membaca suku kata VKVKK. Kaedah ini akan menguatkan lagi objektif ketiga dalam kajian ini mengenai keberkesanan teknik Spider Run Home yang boleh dilaksanakan dengan menyesuaikan punca masalah kemahiran murid.4.5 Cara Penganalisisan Data Kajian.

Penganalisasan data merupakan bahagian yang perlu diambil berat kepada pengkaji untuk memastikan data yang diperoleh dapat menunjukkan kebolehpercayaan dan kesahan keputusan kajian. Pengkaji telah merujuk kepada beberapa teknik analisis yang berkesan dalam dapatan kajian termasuklah menggunakan analisis pemerhatian berstruktur.4.5.1Analisis data ke atas pemerhatian yang dijalankan

Permerhatian yang dijalankan oleh pengkaji adalah berbentuk berstrukut dan analisis ke atas data yang diperoleh adalah dengan mengira kekerapan dan peratusan atau mengambil kira susunan mengikut keutamaan yang diperoleh oleh subjek kajian. Rubrik markah digunakan dalam menentukan spesifikasi tahap murid melalui pemerhatian yang dijalankan.4.5.2Analisis data temu bual.

Data temu bual yang diperoleh perlu dibuat tranksripsi (transcription) iaitu ditaip dengan lengkap supaya memudahkan proses menganalisis Untuk membolehkan analisis dibuat dengan tepat, bolehlah dibuat transkripsi secara verbatim, iaitu menggunakan perkataan atau ayat-ayat yang sebenarnya diperoleh. (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, 2008). Analisis data dalam kajian ini dilaksanakan secara manual atau transkripsi data dan secara separa berstruktur. Pengkaji menyediakan soalan utaman dan beberapa soalan lain dikemukakan mengikut keperluan subjek kajian.

4.5.3Analisis Ujian dan Latihan

Analisis ujian boleh dijalankan melalui beberapa cara iaitu mengira bilangan dan peratus pelajar yang tidak memahami sesuatu item.Analisis juga boleh dijalankan dengan mengira bilangan pelajar yang lulus atau gagal secara keseluruhan. Pengkaji melakukan analisis bilangan pelajar yang mencapai tahap minima atau melakukan analisis bilangan pelajar yang boleh menjawab soalan-soalan yang dikemukakan berpandukan rubrik markah yang disediakan. Banding beza markah setiap intervensi akan membantu pengkaji menganalisis dapatan data dengan jelas Tambahan lagi, analisis ini boleh dijalankan untuk mengenal pasti item yang susah dan item yang senang untuk memperoleh indeks kesusahan (difficulty index).BILObjektif KajianKaedah KajianInstrumen kajian Cara Analisis Kajian

1Mengenal pasti

tahap penguasaan

murid Pemulihan

dalam kemahiran

suku kata VKVKK.

Ujian pra

Pemerhatian

berstruktur Ujian pre- test

Senarai semak

pemerhatian

berstruktur

Analisis ujian pra

Analisis senarai

Semak berstruktur

2Mengenal pasti

punca kelemahan

murid dalam kemahiran

membaca

suku kata VKVKK

Temu bual

Analisis

Dokumen

(Rekod dan

Ujian Diagnostik

yang ada pada guru) Senarai semak

temu bual

separa berstrukur

senarai semak

analisis dokumen Analisis

secara transkripsidata temu bual separa berstruktur.

Analisis senarai

semak dokumen

3Mengenal pasti

keberkesanan

teknik Spider Run Home

dalam membantu murid

meningkatkan

kemahiran suku kata

VKVKK.

Ujian post

Binaan ujian guru

Pemerhatian Ujian post test

Lembaran kerja

pada setiap

intervensi

Senarai semak

pemerhatian

berstruktur Analisis ujian

Analisis Latihan

Analisis senarai

semak berstruktur

Rajah 4.5 : Kaedah dan analisis data kajian.5.1Refleksi terjemahan pengalaman semasa dalam penyediaan kertas

cadangan peyelidikan.

Pelaksanaan penyediaan kertas cadangan Kajian Tindakan Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP) bagi pelajar tahun empat semester ini adalah merupakan prosedur wajib yang dilaksanakan oleh pelajar sebagai pendedehan awal sebelum menghadapi prosedur kajian tindakan sebenar pada semester akhir. Pelaksanaan kertas cadangan ini telah berjaya dilaksanakan secara berstruktur berdasarkan panduan yang diberikan kepada pensyarah pembimbing. Pada awal perancangan saya melakukan pengolahan idea tajuk kajian berdasarkan masalah yang telah dikenalpasti sepanjang menjalankan praktikum fasa I dan fasa II. Perbincangan dan kolaborasi mengenai perkongsian ilmu bersama supevisor juga dilaksanakan sebagai panduan terhadap penulisan kertas cadangan ini. Penyediaan draf sebelum penulisan sebenar telah membantu mengukuhkan lagi penyampaian idea dan pelaksanaan kajian untuk menjadi lebih berkesan.

Berdasarkan sorotan perjalanan kertas cadangan kajian tindakan ini, pengkaji mendapat satu perasaan yang tidak dapat dinyatakan sepenuhnya dengan menggunakan tinta penulisan namun pengalaman yang berguna banyak mengajar pengkaji menjadi lebih matang dan bersedia menghadapi cabaran menjadi pendidik. Fasa pertama pembinaan kertas cadangan ini, pengkaji berhadapan dengan situasi gelisah dan perancangan yang ingin dilakukan sukar untuk dilaksanakan disebabkan penyampaian idea yang masih kurang jelas, tidak mempunyai apa-apa pengalaman melakukan kajian tindakan sebelum ini. Pendedahan yang masih tidak jelas mengenai prosedur pembinaan kajian tindakan yang sebenar juga tidak diperoleh malah pengkaji hanya bergantung kepada rujukan buku dan bimbingan beberapa pensyarah yang prihatin terhadap proses pembelajaran seorang guru pelatih.

Walau bagaimanapun, cabaran pertama ini telah membakar semangat kental pengkaji untuk melakukan yang terbaik dan bermatlamat untuk menyumbangkan sesuatu kepada profesion perguruan. Pengkaji melakukan beberapa pencarian bukan sahaja para pensyarah dan beberapa buku dan rujukan jurnal malah laman sesawang juga banyak membantu pengkaji. Masalah yang dihadapi pengkaji semasa mencari maklumat adalah ketepatan dan keaslian sumber namun apabila beberapa kali melakukan pembetulan,pengkaji banyak belajar memperbaiki masalah ini.

Sepanjang proses penyediaan kertas cadangan ini juga pengkaji dapati bahawa mencari sesuatu bukti yang sahih terhadap setiap kenyataan yang dilakukan dalam kertas kerja ini tidak semudah yang dijangka. Ilmu yang mencukupi perlu dan pengalaman yang kurang boleh menjadikan kajian yang dilaksanakan hilang hala tuju dan tidak selaras dengan apa yang dicatatkan. Penyediaan beberapa draf dan nasihat pensyarah supervisor telah banyak membantu pengkaji menyampaikan idea secara berkesan. Selain itu dorongan dan semangat yang diberi daripada rakan seperjuangan telah menjadi pencetus inspirasi buat pengkaji.

Seterusnya penyediaan kertas cadangan ini juga banyak membantu pengkaji untuk mendisiplinkan diri dengan lebih baik. Pada mulanya pengkaji masih tidak dapat menyatakan objektif, isu dan persoalan kajian yang jelas. Objektif kajian yang dilakukan pada mulanya tidak menunjukkan bagaimana kajian dan data dapat diperoleh. Pengkaji juga pada awalnya berasa tertekan dengan hala tuju kajian kerana faktor persekitaran. Dan ada satu ketika idea yang disampaikan oleh pengkaji adalah sama dengan pengkaji yang lain. Namun ,persaingan sihat untuk membuat kajian yang terbaik menjadikan pengkaji tidak putus asa untuk meneruskan perjuangan menyiapkan kertas cadangan ini dan bersedia menghadapi pembentangan pada masa yang ditetapkan.

Tambahan lagi, pengalaman menyediakan kertas cadangan ini telah berjaya menjadikan pengkaji seorang yang prihatin terhadap persekitaran. Ini kerana semasa menjalankan praktikum pengkaji banyak menggunakan bahan bantu mengajar yang dilaksanakan di kelas Pemulihan. Namun pada masa yang sama pengkaji tidak sedar bahawa salah satu kaedah dan bahan yang pernah dilaksanakan ini perlu untuk ditonjolkan sebagai mekanisme untuk membantu murid Pemulihan secara global. Dengan adanyan kajian tindakan seperti ini, guru Pemulihan dapat berkongsi idea dan mencadangkan intervensi yang berkesan untuk memastikan Pelan Transformasi Pendidikan yang dinyatakan dalam pengenalan tajuk dapat direalisasikan. Pengkaji sedar bahawa percambahan teknik pengajaran berkesan adalah perlu untuk memastikan prestasi dalam pengajaran dapat ditunjukkan.

Kesimpulannya, daripada pengalaman dan dapatan yang telah dikongsikan dalam kertas cadangan ini diharapkan dapat menjadi sumber ilham kepada pengkaji untuk melaksanakan kajian sebenar dengan jayanya. Pengkaji akan memastikan bahawa dapatan data yang bakal diperoleh akan sama seperti yang dicadangkan. Setiap kesilapan yang dilakukan oleh pengkaji sepanjang menyediakan kertas cadangan ini sebenarnya banyak membuka peluang kepada pengkaji untuk belajar dan memahami orang lain. Semoga perkongsian ilmu dalam kajian ini memberi manfaat kepada semua pihak terutama kepada bakal-bakal guru untuk menjadi warga pendidik yang menyumbangkan bakti kepada negara.5.2Refleksi terjemahan amalan pedagogi yang akan dilaksanakan dalam

kajian.

Bidang pedagogi amatlah meluas dan telah menjadi perkara sinonim kepada profesion keguruan. Penyediaan kertas cadangan ini banyak menyatakan bagaimana teknik yang pengkaji perkenalkan adalah berlandarkan teori pembelajaran yang pernah dipelajari sepanjang pengajian. Pengkaji mengambil penerapan yang diaplikasikan dalam teori pembelajaran Gagne iaitu Hierarki Peringkat Pembelajaran perlu diterapkan dalam kalangan murid pemulihan.

Berdasarkan kajian literur yang dilakukan , pengkaji dapat menyedari keperluan murid Pemulihan yang harus dibantu dalam kemahiran membaca suku kata VKVKK.Menurut Gagne yang dipetik dalam Noriati, Boon dan Sharifah, (2009), teori pembelajaran hendaklah mengambil kira faktor-faktor khusus yang mempengaruhi pembelajaran kemahiran yang kompleks. Justeru pembelajaran adalah relevan jika guru bermula daripada pembinaan isyarat dan seterusnya secara berperingkat kepada pembelajaran penyelesaian masalah

Pengkaji juga menggunakan teori pembelajaran masteri sebagai asas penghasilan intervensi menggunakan teknik Spider Run Home. Menurut Bloom, (1968) dalam Noriati, Boon dan Sharifah, (2009) pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatanpengajaran dan pembelajaranbagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang diharapkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya. menyatakan pendekatan masteri ini merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan kanak-kanak dalam sesuatu perkara yang diajar. Jelaslah jika murid tidak menguasai kemahiran membaca, murid akan gagal mengembangkan potensi mereka dalam kemahiran lain.

Justeru kenyataan ini menjelaskan mengapa pengkaji menggunakandua teori pembelajaran ini untuk menghasilkan teknik Spider Run Home ini. Teknik Spider Run Homeini merupakan teknik yang diketengahkan oleh pengkaji kepada murid pemulihan mengenai penggunaan peta KonsepSpider Run Homeakan banyak membantu murid Pemulihan untuk mengembangkan imaginasi mereka untuk menggunakan peta konsep berbentuk sarang labah-labah sebagai mekanisme untuk menangani permasalahan yang dinyatakan dalam kajian ini.

Jelaslah bahawa, apa pun bentuk inisiatif atau kaedah manipulatif yang ingin diketengahkan oleh seorang guru, pengalaman mengajar penting selain minat untuk menuntut ilmu perlu ada agar setiap permasalahan mudah diselesaikanSENARAI RUJUKANAbdillah Bin Nurdin Asis (2009). Meningkatkan Kemahiran Membaca Ayat-ayat yang Mengandungi Perkataan Gabungan Tiga Suku Kata Terbuka KVKVKV. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan. IPGM KBL(tidak diterbitkan).Abdul Rashid Jaimin (2011). Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Murid-murid Sekolah Rendah di Luar Bandar:Jurnal Pendidikan. Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan . Fakulti Pengajian Pendidikan UPM.Dimuat turun pada 7 Januari 2013.Abdul Rasid Jamian dan Zulkafli Abu Zarin (2008). Keupayaan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Murid Sekolah Rendah Kebangsaan Luar Bandar. Kertas Kerja di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008. UPSI (tidak diterbitkan)Abdul Sukor Shaari dan Kalaidevi A/P Aplainaidu (2012). Kesan Pendekatan Pembelajaran Masteri terhadap Pencapaian Kemahiran Membaca Bahasa Melayu Murid Pemulihan Sekolah Rendah.Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM. Dimuat turun 7 Januari 2013.

Aspalaila Ramli & Maslinda Mahmud (2006). Meningkatkan Kemahiran Murid Membaca Ayat-ayat Terbuka dan Tertutup KVKVK. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor Sekolah Rendah. (tidak diterbitkan)Cathy John (2009). Kaedah Sebut , Eja dan Bunyikan. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar.PenyelidikanIPGM KBL. Dimuat turun pada 8 Januari 2013.Charles Teddie dan Fen Yu (2007). Jurnal of Mixed Method Reseach : Sage Publication. Dimuat turun pada 14 Januari 2013 di http//mmr.sagepub.comCharlie Anak Ugang. (2008). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Kemahiran Asas Membaca di Kelas Pemulihan : Kajian kes di Lima Buah Sekolah Daerah Serian. Jurnal Penyelidikan IPBL Jilid 8(tidak diterbitkan).

Chow dan Jaizah.(2007). Kajian Tindakan :Konsep dan Amalan dalam Pengajaran . Selangor.: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Wyse D. (2007). How to help your child read and write. England: Pearson Education Limited.Jabatan Pendidikan Khas (2003). Buku Panduan Program Pemulihan Khas Tahap Satu. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur. Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lai Kim Leong. (2007). Satu Kajian Penyelesaian Masalah Matematik Sekolah Rendah dengan Menggunakan Strategi Melukis Gambar Rajah. Koleksi Bahan Bengkel Inovasi Pedagogi 2007.(tidak diterbitkan).Lisah binti Chong.(2008).Penelitian Teknik Menyemak data dalam Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan.IPKBL.( tidak diterbitkan)Bahagian Perancangan dan Penyelidikan (2008). Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Kemeterian Pelajaran Malaysia.Miles,M.b & Huberman A.M. (1994). Qualitative Data Analysis2nd Ed.Thousand Oaks, California: Sage Publication.Mok Sang Sang.(2011). Pedagogi Pengajaran & Pembelajaran. Selangor:Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Mohd Hanafi Mohd Yasid, Hasnah Toran, Mohd Mokhtar, Kamarudin Abu Hassan, Suzali Abd Halim, Nik Abd Rahman at-al. (2010). Suatu Kajian Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Pengajaran Murid murid Pemulihan Guru Permulaan. Prosiding Seminar Serantau Guru Permulaan. IPG Kampus Perempuan Melayu. (tidak diterbitkan)

Noraini Aini Ahmad, Fadhilah Mohd Razali, Marzita Mansor, Rohaizah Abdul Wahid, Abdul Aziz Shukor, Roznim Mohd Rasli. (2011). Meningkatkan Kefahaman Guru Pelatih Terhadap Tumpuan Belajar Murid Slow Learner berdasarkan Kajian Tindakan Guru Terlatih. (tidak diterbitkan)

Noriati A.Rashid , Boon Poong Ying, Sharifah Fakhirah Syed Ahmad. (2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor :Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Noor Hassan Md.Dali (2009). Perbezaan Indeks Kreativiti Murid Kelas Pemulihan dan Kelas Perdana. Jabatan Ilmu Pendidikan .Jurnal IPG Kampus Tawau Jilid 1 2009.(tidak diterbitkan).

Suria bt.Baba (2007). Pelaksanaan Aktiviti Pratulisan Bahasa Melayu dilandasi oleh Teori Pembelajaran Berasaskan Otak. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru Pendidikan Guru.Jilid 3 2007. (tidak diterbitkan)

Transformasi Pendidikan. Petikan ucapan pelancaran Pelan Tindakan Trasformasi Pendidikan. Diakses9 Januari 2013 dariwww.utusan.com.my/utusan/Dalam-Negeri/20120913/dn03/Transformasi pendidikan-Yahya dan Lailanatita (2000). Inovasi Pengajaran dan Pembelajan dalam Kalangan Guru-guru Teknikaldari Perspektif Guru. Fakulti Pendidikan UTM. Di muat turun pada 14 Januari 2013 pada eprint.utm.my/1170/Inovasi_Pengajaran.Yeap Keng Leng. (2000). Esei Penyelidikan : Kajian Kualitatif : Satu Pengenalan.Jurnal Keningau Bil 3. Jabatan Kajian Sosial. Dimuat turun 8 Januari 2013.

Zalizan Mohd Jelas. (2009). Ke arah PendidikanInkuiri di Malaysia.Fakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia UKM. (tidak diterbitkan)

Objektif 1 :

Ujian pra

Pemerhatian bestruktur

Objektif 2

Temu bual

Analisis dokumen ( rekod data murid dan ujian diagnostik guru Pemulihan)

Cara

pengumpulan

data

Objektif 3

Ujian Pasca

Lembaran kerja

Pemerhatian berstruktur.

Ujian Pra / Pre test

Analisis Ujian Pre Test

(Analisis skor markah ujian Pre Test )

Rumusan analisis ujian Pre Test

Temu bual dan Pemerhatian berstruktur

Intervensi 1, 2, 3,4 + Lembaran kerja

Ujian Pos / Ujian Pasca

Analisis dan rumusan Ujian Pasca

( Analisis skor markah ujian pasca dan banding beza dengan ujian pre test )

1