kt - tahun 6 - 1

Upload: sekolah-portal

Post on 31-May-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 KT - Tahun 6 - 1

    1/37

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN KBSR TAHUN 6

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

    KAJIAN TEMPATANTAHUN 6

    Pusat Perkembangan KurikulumKementerian Pendidikan Malaysia

    2001

  • 8/14/2019 KT - Tahun 6 - 1

    2/37

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN KBSR TAHUN 6

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

    KAJIAN TEMPATAN

    TAHUN 6

    Pusat Perkembangan Kurikulum

    Kementerian Pendidikan Malaysia2001

  • 8/14/2019 KT - Tahun 6 - 1

    3/37

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN KBSR TAHUN 6

    ISBN

  • 8/14/2019 KT - Tahun 6 - 1

    4/37

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN KBSR TAHUN 6

    KANDUNGAN

    RUKUN NEGARA iv

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN v

    KATA PENGANTAR vi

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN

    Pendahuluan 1

    Matlamat dan objektif 2Organisasi kurikulum 3Kurikulum Kajian Tempatan KBSR Tahun 6 13

    Objektif Kurikulum Kajian Tempatan KBSR Tahun 6 14

    Topik 9 : Sumber Negara 17

    Topik 10 : Ekonomi Negara 31

    Topik 11 : Pembinaan Bangsa dan Negara 47

    Topik 12 : Kejayaan dan Kebanggaan Negara 61

  • 8/14/2019 KT - Tahun 6 - 1

    5/37

  • 8/14/2019 KT - Tahun 6 - 1

    6/37

  • 8/14/2019 KT - Tahun 6 - 1

    7/37

    vi

    KATA PENGANTARHuraian Sukatan Pelajaran ialah dokumen yangmemperincikan kandungan Sukatan Pelajaran yang

    bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangatFalsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakanmurid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi

    berasaskan pengetahuan pada abad 21.

    Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan

    pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti danpenggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakankreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti

    mengikut kesesuaian murid. Huraian ini diharap akandapat membantu guru merancang dan melaksanakanpengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

    Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran,

    guru diharap dapat memberi penekanan kepada unsurbernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiranbelajar cara belajar, penggunaan teknologi maklumat

    dan komunikasi, kecerdasan pelbagai, pembelajaranmasteri, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaransecara konstruktivisme, dan pembelajaran akses kendiri.

    Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dankewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen inidiharapkan dapat memberi keyakinan kepada murid dan

    diaplikasikan dalam kehidupan harian dan duniapekerjaan.

    Kajian Tempatan merupakan mata pelajaran pendukungutama pemupukan semangat patriotik yang mengkaji

    interaksi manusia dengan manusia dan manusia denganalam persekitarannya. Dalam melaksanakan pengajarandan pembelajaran, guru perlu menyepadukan pelbagai

    pendekatan displin dan pengetahuan seperti pendidikansivik dan agama; kemahiran, nilai serta aktiviti di dalamdan di luar bilik darjah. Dengan itu, pengetahuan dan

    kemahiran yang diperoleh adalah lebih bermakna sertamurid lebih peka kepada keharmonian hidup bersama.

    Dalam menyediakan Huraian Sukatan Pelajaran inibanyak pihak terlibat terutama guru, pensyarah maktab

    dan universiti serta pegaw ai Kementerian Pendidikan,dan individu yang mewakili badan-badan tertentu.

    Kepada semua pihak yang telah memberikansumbangan kepakaran, masa dan tenaga sehinggaterhasilnya Huraian Sukatan Pelajaran ini, KementerianPendidikan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

    dan ucapan terima kasih.

    (Dr. SHARIFAH MAIMUNAH BINTI SYED ZIN)Pengarah

    Pusat Perkembangan KurikulumKementerian Pendidikan Malaysia

  • 8/14/2019 KT - Tahun 6 - 1

    8/37

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN KBSR TAHUN 6

    1

    PENDAHULUANMata Pelajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendahyang terangkum dalam bidang kemanusiaan dankemasyarakatan bertujuan membentuk rakyatMalaysiayang bersatu padu, hidup dalam masyarakat yangmempunyai nilai moral dan etika yang utuh,

    mengamalkan demokrasi, penyayang, progresif,sejahtera dan bersemangat patriotik.

    Selaras dengan kehendak Falsafah PendidikanKebangsaan, Mata Pelajaran Kajian Tempatan inidapat melahirkan insan yang berilmu dan beramal,harmonis serta berketerampilan.

    Mata Pelajaran Kajian Tempatan diajar di Tahap IImulai Tahun 4 hingga Tahun 6. Mata pelajaran inidirancang untuk menjadi saluran utama bagi muridmemperoleh pengetahuan, pemahaman asas sertapengalaman hidup yang seimbang dan harmonissesama manusia dan antara manusia dengan alampersekitarannya. Interaksi ini mewujudkan pelbagai

    cara hidup masyarakat Malaysia danmemperlihatkan bagaimana mereka berusaha untukmencapai kesejahteraan hidup. Mata pelajaran ini juga menjadi pendukung utama bagi memupuksemangat patriotik di kalangan murid.

    Kandungan mata pelajaran ini diolah mengikut tigaruang liput seperti berikut:

    Pertama : Keluarga, rumah , jiran dansekolah.

    Kedua : Kawasan tempat tinggal, mukim,daerah/jajahan, bahagian dannegeri.

    Ketiga : Negara kita.

    Kajian menerusi ruang liput dapat memberikanpengetahuan dan pemahaman kepada murid

    tentang persekitarannya yang dekat sebelummenjangkau ke kawasan yang lebih jauh.

    Setiap ruang liput terdiri daripada beberapa topikuntuk memberi tumpuan kepada aspek-aspek yangperlu dipelajari murid. Setiap topik mengandungisubtopik-subtopik yang menentukan skop kajian.Topik-topik dibahagikan kepada Tahun 4, 5 dan 6

    seperti berikut:

    Tahun 4 - Topik 1 hingga 4

    Tahun 5 - Topik 5 hingga 8

    Tahun 6 - Topik 9 hingga 12

  • 8/14/2019 KT - Tahun 6 - 1

    9/37

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN KBSR TAHUN 6

    2

    MATLAMAT

    Mata Pelajaran Kajian Tempatan bertujuan melahirkan

    murid yang setia pada negara, cinta akan tanah air,

    prihatin dan berbangga sebagai rakyat Malaysia serta

    boleh ber interaksi secara berkesan ke arah mew ujudkan

    masyarakat Malaysia yang harmonis, bersatu padu,

    demokratik, progresif dan sentiasa mensyukuri nikmat

    Tuhan.

    OBJEKTIF

    Kurikulum Kajian Tempatan Sekolah Rendah

    membolehkan mur id:

    1. mengetahui dan memahami peranan, tanggungjaw ab

    dan hak sebagai anggota dalam keluarga danmasyarakat ;

    2. memahami dan menghargai keadaan f izikal setempatdan negara;

    3. mengenali dan memahami ciri-c iri masyarakatsetempat dan negara;

    4. memahami dan menyedari perkembangan danperubahan masyarakat setempat dan negara;

    5. mencintai dan menghargai alam sekitar;

    6. mengenali tokoh-tokoh dan menghargai sumbangan

    mereka dalam memperjuangkan kedaulatan,kemerdekaan dan pembangunan;

    7. memahami dan menghargai sejarah negara;

    8. menguasai kemahiran belajar, kemahiran sosial dankemahiran berfikir;

    9. menghargai keperibadian bangsa dan mempunyaisemangat patriotik; dan

    10. mensyukuri segala nikmat Tuhan.

  • 8/14/2019 KT - Tahun 6 - 1

    10/37

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN KBSR TAHUN 6

    3

    ORGANISASI KURIKULUM

    Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan ini mengandungi

    program pembelajaran untuk tiga tahun mulai Tahun 4

    hingga Tahun 6. Kandungan mata pelajaran ini diolah

    mengikut tiga ruang liput seperti yang berikut :

    RUANG LIPUT KANDUNGAN

    Pertama Keluarga, rumah, jiran dansekolah.

    Kedua Kaw asan tempat tinggal,mukim, daerah/jajahan,

    bahagian dan negeri.

    Ketiga Negara kita.

    Kajian menerusi ruang liput ini dapat memberi

    pengetahuan dan pemahaman kepada mur id tentang

    persekitarannya yang dekat sebelum menjangkau ke

    kawasan yang lebih jauh.

    Ruang liput pertama iaitu keluarga, rumah, jiran dan

    sekolah menekankan interaksi murid dengan keluarga

    dan masyarakat serta amalan nilai-nilai hidup berjiran

    dan bermasyarakat.

    Ruang liput kedua menyedarkan murid

    tentang identiti dan keistimew aan kawasan

    tempat tinggal, mukim, daerah/ jajahan, bahagian

    dan negeri supaya mereka cinta dan bangga

    dengan persekitaran dan negeri mereka.

  • 8/14/2019 KT - Tahun 6 - 1

    11/37

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN KBSR TAHUN 6

    4

    Ruang liput ketiga pula member i pendedahan kepada

    murid tentang sejarah, keadaan sosial, ekonomi dan

    kejayaan negara. Ini akan menimbulkan kesedaran

    kepada murid tentang usaha pembinaan bangsa dan

    negara Malaysia. Pengalaman pembelajaran yang

    diperoleh melalui ruang liput tersebut dapat membentuk

    warganegara yang bersemangat patriotik dan berbangga

    sebagai rakyat Malaysia.

    Setiap ruang liput dibahagikan kepada beberapa topik

    atau bidang pembelajaran untuk memberi tumpuan

    kepada aspek-aspek yang perlu dikaji oleh murid. Setiap

    topik mengandungi subtopik-subtopik yang menentukan

    skop kajian. Topik-top ik dibahagikan kepada Tahun 4, 5

    dan 6 seperti yang berikut :

    Tahun 4 - Topik 1 hingga 4

    Tahun 5 - Topik 5 hingga 8

    Tahun 6 - Topik 9 hingga 12

    Topik 1 hingga 4 untuk Tahun 4 bertujuan mengukuhkan

    pengetahuan dan kemahiran murid bagi memahami dan

    menghargai perihal setempat yang merangkumi ruang liput

    keluarga, rumah, jiran, sekolah, kawasan tempat tinggal,

    mukim, daerah / jajahan, bahagian dan negeri. Topik 5

    hingga 8, murid Tahun 5 diperkenalkan pula tentang latar

    belakang dan identiti negaranya supaya mereka cinta dan

    bangga kepada negara. Seterusnya topik 9 hingga 12,

    murid Tahun 6 dapat menghargai keperibadian bangsa

    dan mempunyai semangat patriotik ke arah pembinaan

    bangsa dan negara.

  • 8/14/2019 KT - Tahun 6 - 1

    12/37

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN KBSR TAHUN 6

    6

    BIDANG PEMBELAJARAN

    TAHUN TOPIK TOPIK TOPIK TOPIK

    TAHUN

    4

    RUMAH

    DANKELUARGA

    KEJIRANAN SEKOLAH KITA PERIHAL

    SETEMPAT

    TAHUN

    5

    MENGENAL

    NEGARAKITA

    KEINDAHAN

    NEGARA KITA

    SEJARAH

    NEGARA KITA

    MASYARAKAT

    MALAYSIA

    TAHUN

    6

    SUMBER

    NEGARA

    EKONOMI

    NEGARA

    PEMBINAAN

    BANGSA DANNEGARA

    KEJAYAAN

    DANKEBANGGAAN

    NEGARA

  • 8/14/2019 KT - Tahun 6 - 1

    13/37

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN KBSR TAHUN 6

    7

    12. KEJAYAAN DAN KEBANGGAAN NEGARA

    11. PEMBINAAN BANGSA DAN NEGARA

    10. EKONOMI NEGARA

    9. SUMBER NEGARA

    KAJIAN

    TEMPATAN

    TAHUN

    6

    5

    4

    URUTAN BIDANG PEMBELAJARAN

    8. MASYARAKAT MALAYSIA

    7. SEJARAH NEGARA KITA

    6. KEINDAHAN NEGARA KITA

    5. MENGENAL NEGARA KITA

    4. PERIHAL SETEMPA

    3. SEKOLAH KITA

    2. KEJIRANAN

    1. RUMAH DAN KELUARGA

  • 8/14/2019 KT - Tahun 6 - 1

    14/37

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN KBSR TAHUN 6

    8

    Bagi merancang dan melaksanakan mata pelajaraninidengan berkesan di sekolah, guru perlulahmengetahui dan memahami matlamat, objektif,organisasi kandungan dan strategi pengajaran dan

    pembelajaran yang dinyatakan dalam Sukatan PelajaranKajian Tempatan Sekolah Rendah. Untuk meningkatkanpemahaman guru dan pihak-pihak yang mempunyai

    peranan dalam aktiviti latihan dan penyebaran maklumattentang kandungan sukatan pelajaran tersebut, Huraian

    Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan Tahun 4,5 dan 6disediakan.

    Tujuan Huraian Sukatan Pelajaran ini disediakanadalah untuk membantu guru:

    i. mentafsir dan memahami Sukatan Pelajaran

    Kajian Tempatan Sekolah Rendah dengan tepat;

    ii. mengetahui skop, ruang liput dan bidang kajianmata pelajaran ini;

    iii. menentukan objektif am, objektif khusus danhasil pembelajaran untuk merancang pelajaran;

    iv. menyediakan rancangan pelajaran yangsistematis; dan

    v. melaksanakan pengajaran dan pembelajarandengan berkesan.

    Huraian Sukatan Pelajaran dipersembahkandalam empat lajur iaitu Topik/Subtopik, Hasil

    Pembelajaran, Unsur Patriotisme dan ContohAktiviti. Setiap lajur tersebut mengandungimaklumat yang perlu diaplikasikan dalampengajaran dan pembelajaran.

    Dalam lajur Topik/Subtopik, disenaraikan topikutama dan subtopik-subtopik kepada topik utamatersebut. Bagi setiap subtopik, disenaraikan tajuk-

    tajuk kecil. Topik utama, subtopik dan tajuk-tajukkecil bagi subtopik ialah kandungan SukatanPelajaran. Bagi setiap tajuk kecil pula tercatatperincian huraian. Kedalaman dan keluasan skopsesuatu topik itu ditentukan oleh subtopik, tajuk kecildan perincian huraian tajuk kecil.

    Dalam persediaan pengajaran dan pembelajaranmingguan dan harian, guru bolehlah memilih satutajuk kecil atau rangkuman beberapa tajuk kecilsebagai isi pelajaran mengikut kesesuaian,kesediaan dan keupayaan murid.

    Dalam lajur Hasil Pembelajaran, segalakemahiran dan pengalaman pembelajaran yang

    perlu dikuasai murid disenaraikan. Penyataanhasil pembelajaran diolah secara khusus supayamudah diukur dengan tepat tentang apa yangboleh dimanifestasikan murid berhubung denganpengetahuan dan pengalaman pembelajaranmereka.

  • 8/14/2019 KT - Tahun 6 - 1

    15/37

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN KBSR TAHUN 6

    9

    Hasil pembelajaran disenaraikan mengikut urutan

    kesukaran dan merangkumi bidang kognitif, afektifdan psikomotor.

    Dalam lajur Unsur Patriotisme pula, disenaraikannilai murni masyarakat dan semangat patriotik yangingin dipupuk. Aspek ini amat penting disepadukandalam proses pengajaran dan pembelajaran keranamelaluinya murid akan dapat menghayati mesej

    yang disampaikan. Pemupukan unsur patriotisme iniboleh dilakukan dalam aktiviti pengajaran danpembelajaran secara terancang. Penyataansemangat patriotik ini disenaraikan selaras denganisi kandungan dalam lajur Topik / Subtopik danHasil Pembelajaran.

    Untuk memastikan murid mengetahui, memahamidan menguasai pelbagai kemahiran, lajur ContohAktiviti disediakan. Berpandukan contoh aktivititersebut, guru dapat mengelolakan pelajarandengan lebih berkesan.

    Contoh yang disediakan adalah berbentukkemahiran yang perlu dikuasai oleh murid.

    Contoh :i. Murid menyenaraikanii. Murid melakarkan petaiii. Murid mencatat

    Selain daripada aktiviti yang dicadangkan, guru

    bolehlah menjalankan aktiviti pembelajaran lainyang sesuai dengan murid. Aktiviti yang dirancangperlu mengambil kira perkara-perkara yang berikut:

    i. Menepati objektif dan isi pelajaran.

    ii. Mengikut kebolehan mental dan fizikalmurid.

    iii. Bersesuaian dengan bakat, minat danemosi murid.

    iv. Menggalakkan mereka berfikir, membuatkajian, mencatat atau merekod, berbincangdan membuat rumusan.

    v. Menggalakkan murid berusaha belajarsendiri dengan arahan dan panduan guruyang minimum.

    vi. Menggalakkan interaksi sesama murid danmurid dengan persekitarannya.

    vii. Menggalakkan murid menghasilkantugasan dalam pelbagai bentuk.

    viii. Menggalakkan murid bekerja secarakumpulan.

  • 8/14/2019 KT - Tahun 6 - 1

    16/37

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN KBSR TAHUN 6

    10

    Dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu topik,

    guru perlulah merujuk kepada setiap ruang dalamHuraian Sukatan Pelajaran untuk memahamitumpuan, kedalaman dan keluasan sesuatu topikdan subtopik serta kemahiran yang perlu dikuasaioleh murid. Guru bolehlah menambah maklumat lainyang dirasakan perlu bagi memastikankeberkesanan pengajaran dan pembelajaran.Dalamusaha ke arah mencapai matlamat Mata Pelajaran

    Kajian Tempatan, perkara yang berikut perlu diberiperhatian dalam proses pengajaran danpembelajaran.

    i. Pendekatan Bersepadu

    Pendekatan bersepadu ialah satu strategiyang berkesan untuk menjalin dan mengadununsur pengetahuan, kemahiran danpemupukan patriotisme. Oleh itu, dalampengajaran dan pembelajaran KajianTempatan yang membicarakan interaksisesama manusia dan persekitarannya,penekanan perlu diberikan terhadappemerolehan pengetahuan, perkembangan

    kemahiran dan pemupukan semangatpatriotik.

    Melalui pendekatan bersepadu, penekanan juga perlu diberikan terhadap penggunaanbahasa sebagai alat komunikasi dan bahasa

    ilmu. Di samping itu, pengetahuan dan

    kemahiran daripada mata pelajaran lain sertapengalaman hidup seharian murid perludihubungkaitkan dalam pengajaran danpembelajaran.

    ii. Pemahaman Idea dan Konsep

    Mata Pelajaran Kajian Tempatan

    mempunyai idea dan konsep yang khusus.Pemahaman dan penghayatan idea dankonsep amat penting supaya pengetahuanyang diperoleh berguna dalam kehidupanseharian.

    iii. Pemupukan Patriotisme

    Mata Pelajaran Kajian Tempatan adalahpendukung utama pemupukan semangatpatriotik di sekolah rendah. Dalam pengajarandan pembelajaran, penekanan perlu dibuatsupaya murid dapat menyayangi keluarga , jiran dan persekitaran serta menghormatimasyarakat, patuh kepada pemimpin dan taat

    kepada raja; dan seterusnya sentiasamendaulatkan undang-undang . Pengalamanpembelajaran ini akan membentuk murid yangsetia kepada negara dan bangga sebagairakyat Malaysia.

  • 8/14/2019 KT - Tahun 6 - 1

    17/37

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN KBSR TAHUN 6

    11

    iv. Peningkatan Kemahiran Belajar,Kemahiran Sosial dan Kemahiran Berfikir.

    Dalam proses pengajaran dan pembelajaran,penekanan perlu diberikan kepadaperkembangan kemahiran belajar, kemahiransosial dan kemahiran berfikir. Dalamkemahiran belajar, beberapa proses perlu

    dilalui oleh murid iaitu mengumpul danmengelas maklumat, mentafsir, menganalisis,mensintesis dan mengaplikasi. Penguasaankemahiran sosial seperti kemahiranberinteraksi dalam kelas, dalam kumpulan dandalam masyarakat juga diutamakan.Kemahiran belajar, kemahiran sosial dan

    kemahiran berfikir sentiasa berkait rapat dalammelaksanakan sesuatu tugasan. Kemantapanmurid membuat rumusan dan usaha mengatasisesuatu masalah banyak bergantung kepadakeupayaan dan cara mereka berfikir. Oleh itu,murid perlu dibimbing dan digalakkan berfikirsecara kritis, kreatif dan inovatif.

    v. Penggunaan Pelbagai Strategi Pengajarandan Pembelajaran

    Untuk mengembangkan lagi potensiserta meningkatkan keupayaan dankebolehan murid secara menyeluruh danseimbang, murid

    perlulah melibatkan diri secara aktif dalamaktiviti pengajaran dan pembelajaran.

    Bagi Mata Pelajaran Kajian Tempatan, pelbagaikaedah boleh digunakan. Salah satudaripada kaedah yang boleh digunakan ialahkaedah inkuiri penemuan.

    Kaedah inkuiri penemuan sesuai digunakan keranamelalui kaedah ini, murid memperoleh pengetahuandan menguasai kemahiran dengan daya usahamereka sendiri. Murid mencari dan mengumpulmaklumat melalui berbagai-bagai aktiviti. Denganitu, pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh

    adalah lebih bermakna dan berkesan.

    Kaedah ini juga dapat mengembangkankemahiran berfikir dan naluri ingin tahu di kalanganmurid. Dalam menjalankan proses inkuiripenemuan, murid akan lebih peka kepada keadaanmasyarakat dan persekitarannya.

    Kaedah inkuiri penemuan adalah satu kaedahpengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkepada murid. Murid memainkan peranan pentingdalam merancang dan menjalankan aktivitipembelajarannya. Mereka melibatkan diri secaraaktif dalam mencari dan mengumpulkan maklumatmelalui berbagai-bagai aktiviti seperti memerhati,

  • 8/14/2019 KT - Tahun 6 - 1

    18/37

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN KBSR TAHUN 6

    12

    mendengar, menyoal, berbincang, membuat

    rujukan, membuat ulang kaji dan membuat kajiselidik. Aktiviti ini boleh dijalankan secarabersendirian atau kumpulan. Aktiviti tersebutmerupakan kemahiran penting dalam tugasan yanglebih menyeluruh seperti kerja projek, kajian kes,simulasi , lawatan, main peranan dan kuiz.

    Mengikut kaedah ini, guru bertindak sebagaipembimbing dan penggalak untuk merangsangmurid menjadi lebih yakin dan berminat dalammenjalankan aktiviti pembelajarannya.

    Pada amnya, kaedah inkuiri penemuan dalamproses pengajaran dan pembelajaran ada lima

    peringkat. Pada setiap peringkat, murid terlibatsecara aktif dalam:

    a. mengenal pasti perkara yang hendak dikajimelalui soal jawab dan perbincangan;

    b. menentukan cara untuk mengatasi masalahyang dikenal pasti dengan bersoal jawab dan

    berbincang;

    c. mengumpul maklumat melalui berbagai-bagaicara seperti bersoal jawab, mencerap,membuat uji kaji dan kaji siasat mengenaimasalah yang hendak diselesaikan;

    d. mengkaji maklumat yang telah dikumpulkan

    dengan cara mengelas, membanding danmenganalisis untuk menyelesaikan masalahyang dihadapi; dan

    e. membuat rumusan dalam bentuk generalisasiberdasarkan maklumat yang telah dikumpuldan dianalisis.

    Oleh sebab inkuiri penemuan ini kaedah yangberpusatkan murid, guru perlu membimbingdan menggalakkan murid dalam mengenalpasti masalah yang dihadapi. Dalammenjalankan aktiviti untuk mendapatkanrumusan, guru tidak memberi jawapansebelum murid terlibat dalam proses inkuiri

    penemuan. Guru hendaklah sentiasamengemukakan soalan yang merangsangmurid ke arah menemui jawapan yangdicari.Guru perlu sabar dan memberi masayang cukup kepada murid bagi menjalankanaktiviti pembelajaran yang berkaitan.

    Walaupun kaedah inkuiri penemuan diberi

    penekanan, guru boleh menggunakan kaedahlain yang difikirkan sesuai bagi menyampaikansesuatu maklumat atau idea kepada murid.Walau bagaimanapun, dalam melaksanakankaedah lain, guru hendaklah sentiasamelibatkan murid secara aktif dalam proses

  • 8/14/2019 KT - Tahun 6 - 1

    19/37

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN KBSR TAHUN 6

    13

    pembelajaran. Kepelbagaian kecerdasan muridperlu diambilkira bagi memperkukuhdan memperkaya pengalaman pembelajaranmereka.

    vii. Komuniti Sebagai Sumber

    Dalam pengajaran dan pembelajaran melalui

    kaedah inkuiri penemuan, murid memainkanperanan penting dalam mencari maklumatuntuk menyelesaikan sesuatu masalah atauisu.

    Bagi Mata Pelajaran Kajian Tempatan,komuniti setempat merupakan sumber utama

    untuk mendapatkan maklumat yangdiperlukan. Dalam usaha untuk mendapatkanmaklumat, murid boleh bergaul rapat dengankomuniti.

    Daripada komuniti, murid dapatmengumpulkan berbagai-bagai bahan danperalatan budaya yang mempunyai nilai-nilai

    pendidikan yang tertentu.

    Murid juga boleh memerhati atau menyertaisendiri berbagai-bagai kegiatan yangdijalankan dalam komunitinya. Dengan ini,murid mendapat pengalaman pembelajaran

    yang berguna. Selain itu, anggota komuniti itusendiri dapat digunakan sebagai sumberrujukan untuk mendapatkan maklumat.Mereka ini boleh dikunjungi atau dijemputuntuk memberi ceramah. Guru perlumenyedarkan murid betapa besarnyapotensi komuniti setempat sebagai sumbermaklumat dalam proses pembelajaran. Untuk

    mendapatkan maklumat, murid perlumenguasai kemahiran memerhati, mengumpulserta mengkaji bahan dan menemu bual.

  • 8/14/2019 KT - Tahun 6 - 1

    20/37

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN KBSR TAHUN 6

    14

    KANDUNGAN

    Kandungan pelajaran untuk Tahun 6 merangkumi

    ruang liput yang ketiga iaitu Negara Kita.

    Ruang liput ketiga memberi pendedahan kepada

    murid tentang sejarah, keadaan sosial, ekonomi dan

    kejayaan negara. Ini akan menimbulkan kesedaran

    kepada murid tentang usaha pembinaan bangsa

    dan negara Malaysia. Pengalaman pembelajaran

    yang diperoleh melalui ruang liput tersebut dapat

    membentuk warganegara yang bersemangat

    patriotik dan berbangga sebagai rakyat Malaysia.

    Ruang liput bagi Tahun 6 terdiri daripada empat

    topik iaitu:

    Topik 9 : Sumber Negara

    Topik 10 : Ekonomi Negara

    Topik 11 : Pembinaan Bangsa dan Negara

    Topik 12 : Kejayaan dan Kebanggaan

    Negara

    KURIKULUM KAJIAN TEMPATAN TAHUN 6

  • 8/14/2019 KT - Tahun 6 - 1

    21/37

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN KBSR TAHUN 6

    15

    Objektif kurikulum Kajian Tempatan Tahun 6

    adalah untuk membolehkan murid:

    1. mengenali dan menghargai pelbagai sumber di

    negara kita;

    2. menyedari cara sumber diperoleh dan

    kesannya pada sumber dan landskap;

    3. mengetahui cara-cara pengurusan sumber

    negara;

    4. menyedari setiap individu bertanggungjawab

    dan mempunyai komitmen terhadap

    pemeliharaan dan pemuliharaan sumber

    negara;

    5. mengetahui pelbagai kegiatan ekonomi utama

    dan lokasinya di Malaysia;

    6. mengetahui dan menghargai sumbangan

    kegiatan ekonomi terhadap pekerjaan,

    pendapatan dan pembangunan negara;

    7. memahami dan menyedari usaha -

    usaha pembangunan ekonomi sentiasa

    dipertingkatkan;

    8. menyedari pelbagai usaha dijalankan untuk

    menjamin perkembangan ekonomi dan

    pembangunan negara secara berterusan;

    9. mengenal perlembagaan negara kita;

    10. memahami dan mengamalkan Rukun Negara

    dalam usaha membina bangsa dan negara;

    11. mengamalkan nilai-nilai murni dalam

    kehidupan harian dalam usaha

    membangunkan negara;

    12. menghormati dan mengamalkan Bahasa

    Melayu sebagai bahasa rasmi negara kita;

    13. menghormati dan memahami pelbagai

    rancangan ekonomi , sosial dan kerohanian

    dalam usaha membangunkan negara kita;

    OBJEKTIF KURIKULUM KAJIAN TEMPATAN TAHUN 6

  • 8/14/2019 KT - Tahun 6 - 1

    22/37

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN KBSR TAHUN 6

    16

    14. mengenal dan memahami kejayaan dan

    kebanggaan negara kita dalam bidang

    sosiobudaya, ekonomi , sukan dan hubungan

    antarabangsa;

    15. memahami dan menyedari bahawa kemajuan

    dan kejayaan negara adalah berpunca daripada

    usaha gigih rakyat yang berterusan;

    16. menyedari bahawa mengamalkan penggunaan

    Bahasa Melayu yang betul, bersikap hormat

    menghormati serta toleransi terhadap pelbagai

    agama dan kepercayaan serta amalan nilai

    murni akan membawa keharmonian serta

    kesejahteraan hidup yang berterusan di

    kalangan rakyat Malaysia; dan

    17. mengetahui peranan dan sumbangan negara

    kita melalui keanggotaannya dalam pertubuhan

    antarabangsa.

  • 8/14/2019 KT - Tahun 6 - 1

    23/37

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN KBSR TAHUN 6

    17

    TOPIK 9 : SUMBER NEGARA

    Topik ini membolehkan murid mengenali dan menghargaipelbagai jenis sumber di negara kita. Melalui prosespengajaran dan pembelajaran, murid mengetahui pelbagaicara pemerolehan, penggunaan dan pengurusan sumber

    negara. Murid juga mengetahui dan menyedari bahawapemerolehan sumber boleh mengakibatkan perubahanlandskap, pencemaran dan kepupusan sumber. Melalui topikini, kepekaan dan rasa tanggungjawab terhadap sumbernegara dapat dipupuk di kalangan murid dan seterusnya

    bertindak memelihara dan memulihara sumber negara.

  • 8/14/2019 KT - Tahun 6 - 1

    24/37

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN KBSR TAHUN 6

    18

    TOPIK 9 : SUMBER NEGARA

    OBJEKTIF : 1. Mengenali dan menghargai pelbagai sumber di negara kita.

    2. Mengetahui cara sumber diperoleh dan menyedari kesannya terhadap landskap dan sumber.

    3. Mengetahui penggunaan dan cara pengurusan sumber negara.

    4. Menyedari bahaw a setiap individu bertanggungjawab terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan sumber

    negara supaya alam sekitar terpelihara.

    TOPIK / SUBTOPIK HASIL PEM BELAJARAN UNSUR PATRIOTISME CONTOH AKTIVITI

    9. SUMBER NEGARA

    9.1 Sumber Semula Jadi

    a. Jenis sumber

    i. Mineral seperti petroleum

    dan gas asli

    ii. Air

    Aras 1

    1. Menyenaraikan jenis-jenissumber yang terdapat di

    negara kita.

    2. Menyenaraikan sumber

    mineral utama.

    3. Menyenaraikan hasil hutanyang terdapat di negara

    kita.

    Berbangga dan bersyukurdengan w ujudnya pelbagai

    sumber yang dapatdinikmati oleh rakyatnegara kita.

    1. Membincangkan jenis-jenis sumber

    berdasarkan gambaratau sumber sebenar.

    2. Membuat peta mindaberkenaan dengan jenis

    sumber semula jadi.

  • 8/14/2019 KT - Tahun 6 - 1

    25/37

  • 8/14/2019 KT - Tahun 6 - 1

    26/37

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN KBSR TAHUN 6

    20

    TOPIK / SUBTOPIK HASIL PEM BELAJARAN UNSUR PATRIOTISME CONTOH AKTIVITI

    Tanih

    Suria

    ii. Sumber yang tidak bolehdibaharui ialah sumber yangterhad dan akan habis

    Sumber mineral sepertipetroleum, gas asli, logamdan bijih timah

    Aras 2

    1. Mengelaskan sumber-sumber mengikut jenisnya.

    2. Membandingkan danmembezakan bahan-bahan

    kegunaan harian daripadasumber yang bolehdibaharui dan tidak boleh

    dibaharui.

    Aras 3

    1. Meramalkan akibat jikasumber petroleum dan gasasli negara kita kehabisan.

    2. Melabelkan barangan

    seperti pakaian, kereta,makanan dan minumanhasil daripada sumber

    yang boleh dibaharuidan tidak bolehdibaharui.

    3. Melayari laman w eb

    untuk mendapatkanmaklumat mengenaisumber yang dibaharui

    dan tidak boleh

    dibaharui.

    http://www.kjc.gov.my

    /people/environ/phdb.htm

  • 8/14/2019 KT - Tahun 6 - 1

    27/37

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN KBSR TAHUN 6

    21

    TOPIK / SUBTOPIK HASIL PEM BELAJARAN UNSUR PATRIOTISME CONTOH AKTIVITI

    c. Cara mendapatkan sumber

    i. Sumber diperoleh melalui aktivitiseperti perlombongan,

    pembalakan dan penangkapan

    Aras 1

    1. Menerangkan caramendapatkan sumber

    semula jadi.

    2. Menyenaraikan

    peralatan yangdigunakan untukmendapatkan sumber

    semula jadi.

    Menghargai usahamendapatkan pelbagai

    sumber.

    1. Mengumpul gambar-gambar yangmenunjukkan cara

    mendapatkan sumberdan membuat catatanringkas tentang gambar

    tersebut dalam bukuskrap.

  • 8/14/2019 KT - Tahun 6 - 1

    28/37

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN KBSR TAHUN 6

    22

    TOPIK / SUBTOPIK HASIL PEM BELAJARAN UNSUR PATRIOTISME CONTOH AKTIVITI

    Aras 2

    1. Membandingkan danmembezakan cara

    mendapat dua jenissumber alam diMalaysia.

    Aras 3

    1. Mencadangkan alternatifkepada kaedah

    mendapatkan sumberalam dan sumbertenaga.

    2. Membincangkan

    peranan sekolah,institusi pengajian tinggidan pusat-pusat latihan

    dalam membangunkansumber manusia.

    2. Membincangkan danmelaporkan caramendapatkan sumber

    seperti hasil laut.

    3. Memadankan

    penyataan dengangambar caramendapatkan sumber.

    4. Menonton tayangan

    video tentang cara

    mendapatkan sumberdan membuat catatan

    mengenai maklumat

    penting.

  • 8/14/2019 KT - Tahun 6 - 1

    29/37

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN KBSR TAHUN 6

    23

    TOPIK / SUBTOPIK HASIL PEM BELAJARAN UNSUR PATRIOTISME CONTOH AKTIVITI

    d. Kegunaan sumber

    i. Sumber semula jadi

    digunakan untuk

    mendapatkan tenaga

    ii. Bahan mentah untuk

    kegunaan sektorperindustrian

    iii. Hasil laut seperti udang,kerang, ikan dan tiram

    sebagai sumber makanan

    iv. Tanih yang subur untuk aktivit ipertanian

    v. Hasil laut dan hasil hutandigunakan sebagai bahan

    dalam ubat-ubatan

    Aras 1

    1. Menyenaraikan kegunaan

    sumber.

    2. Menerangkan kegunaansumber untuk memenuhi

    keperluan manusia.

    3. Menamakan produk yang

    dihasilkan daripada pelbagaisumber.

    Aras 2

    1. Menerangkan kepentingan

    sumber dalam pembangunannegara.

    Aras 3

    1. Mengkaji dan merumuskan

    langkah-langkahpenggunaan sumber secaraoptimum.

    Bersyukur dan berbangga

    dapat menggunakan

    sumber semula jadi dinegara kita.

    Berbangga negara kitadapat menghasilkanproduk daripada pelbagai

    sumber

    1. Membincangkan cara

    sumber menghasilkan

    tenaga dan membantumanusia menjalanihidup dengan lebih

    mudah.

    2. Membuat carta

    bergambar mengenaiproduk yang berasaskan

    hasil laut.

    3. Menulis puisibertemakan sumbangan

    hutan kepada manusia.

  • 8/14/2019 KT - Tahun 6 - 1

    30/37

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN KBSR TAHUN 6

    24

    TOPIK / SUBTOPIK HASIL PEM BELAJARAN UNSUR PATRIOTISME CONTOH AKTIVITI

    e. Kesan kegiatan mendapatkansumber kepada alam sekitar

    i. Landskap

    Perubahan landskap akibatperlombongan, pembalakandan pembinaan empangan

    elektrik hidro

    - kolam-kolam lombong- kawasan tandus

    - permukaan bumi yangterdedah- pembentukan tasik-

    tasik yangmenenggelamkankaw asan terlibat

    ii. Pencemaran

    Pencemaran laut akibatperlombongan minyak

    Aras 1

    1. Menyatakan kesan aktiviti

    mendapatkan sumber

    kepada alam sekitar.

    2. Menyenaraikan perubahan

    landskap akibat daripadaaktiviti perlombongan,pembalakan dan pembinaan

    empangan eletrik hidro.

    3. Menyatakan jenispencemaran.

    Aras 2

    1. Menghuraikan puncaberlakunya pencemaran.

    2. Menyatakan aktivit i yangboleh menyebabkankepupusan sumber.

    Menghargai keindahan

    alam semula jadi.

    Menyedari pentingnya

    menjaga alam sekitar.

    1. Menghasilkan buku skrap

    daripada gambar-

    gambar yangmenunjukkan perubahan

    landskap akibatpembalakan,perlombongan dan

    pembinaan empanganelektrik hidro.

    2. Membincangkanperubahan landskap

    melalui tayangan video.

    3. Membuat laporan tentang

    gambar atau keratan

    akhbar mengenai

    pencemaran di negarakita.

  • 8/14/2019 KT - Tahun 6 - 1

    31/37

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN KBSR TAHUN 6

    25

    TOPIK / SUBTOPIK HASIL PEM BELAJARAN UNSUR PATRIOTISME CONTOH AKTIVITI

    Pencemaran sungai akibatpembalakan danperlombongan

    Pencemaran udara akibatkegiatan manusia sepertikerja-kerja kuari

    iii. Ancaman kepupusan

    Aktiviti membalak bolehmengakibatkan kepupusan

    spesis sumber hutan

    Aktiviti mendapatkan hasil laut

    secara berleluasa bolehmenyebabkan spesis sumberlaut berkurangan

    Aktiviti perlombongan yang

    berterusan untuk jangkamasa yang lamamenyebabkan bekalan dan

    simpanan sumber galianberkurangan

    Aras 3

    1. Menjelaskan kesanpencemaran terhadap

    tumbuhan, hidupan laut,haiwan dan manusia.

    2. Mencadangkan usaha untuk

    mengurangkan kepupusansumber.

    3. Meramalkan akibat daripada

    kepupusan sumber alam dantenaga.

    Mematuhi dan mentaati

    undang-undang dan

    peraturan alam sekitar.

    Menyayangi khazanahalam yang terdapat di

    negara kita.

    4. Meneliti lirik lagu atau

    puisi yang bertemakan

    alam sekitar.Bincangkan jenis dankesan pencemaran

    dalam lagu tersebut.

    5. Mengkaji satu kaw asan

    berhampiran rumah atausekolah murid yang

    mengalami pencemaran.Tuliskan satu laporantentang jenis dan puncapencemaran serta

    keadaan di kawasantersebut.

    .

  • 8/14/2019 KT - Tahun 6 - 1

    32/37

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN KBSR TAHUN 6

    26

    TOPIK / SUBTOPIK HASIL PEM BELAJARAN UNSUR PATRIOTISME CONTOH AKTIVITI

    6. Membincangkan usahayang diambil oleh

    pegaw ai perikanan untukmengelakkan kepupusanhidupan laut.

    7. Sumbang saranmengenai kesan aktiviti

    pembalakan,perlombongan danpenangkapan hasil laut.

    f. Pemeliharaan danpemuliharaan

    i. Penggunaan sumber secarapositif

    Penggunaan sumber tanpapembaziran dengan

    mengambil kira imbanganantara keperluan denganpengurusan alam sekitar danekologi

    Aras 1

    1. Menyenaraikan langkah-

    langkah pemeliharaan danpemuliharaan sumber.

    2. Menamakan pihak-pihakyang terlibat dalam proses

    penghutanan semula.

    Menyedari perlunya

    menggunakan sumberdengan bijak.

    1. Membincangkan

    langkah-langkah

    penjimatan dalampenggunaan sumber.

    2. Menonton video

    mengenai programpenghutanan semula di

    Malaysia.

  • 8/14/2019 KT - Tahun 6 - 1

    33/37

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN KBSR TAHUN 6

    27

    TOPIK / SUBTOPIK HASIL PEM BELAJARAN UNSUR PATRIOTISME CONTOH AKTIVITI

    ii. Penghutanan semula

    Penghutanan semula merupakansatu usaha menanam semula

    bagi menggantikan pokok-pokokyang ditebang

    Tujuan penghutanansemula

    Cara penghutanan semula

    Agensi yang terlibat dalampenghutanan semula

    iii. Tebus guna tanah

    Tebus guna sebagai satulangkah pemeliharaan dan

    pemuliharaan tanah dan tanih

    Kaw asan bekas lombongdigunakan secara produktif

    untuk penanaman,akuakultur dan rekreasi

    2. Menyatakan langkah

    pemeliharaan danpemuliharaan sumber tanah.

    3. Menyenaraikan caramenjimatkan pengggunaansumber.

    4. Menjelaskan cara tebus gunatanah dan tujuan menebus.

    5. Menyenaraikan caramenjimatkan penggunaan

    sumber.

    6. Mew arnakan bahan-bahanyang boleh dikitar dan

    digunakan semula.

    Aras 2

    1. Menyatakan peranan semuapihak dalam pemeliharaandan pemiliharaan hutan.

    Menyedari perlunya

    menggunakan sumberdengan bijak.

    Menghargai kepentingan

    tanah dan tanih kepadamanusia dan hidupan lain.

    3. Berbincang dan

    membuat laporantentang aktivitipenghutanan semula di

    Malaysia.

    4. Mencari maklumat dan

    melaporkan tujuan dancara tebus guna tanah.

    5. Membincangkankeadaan f izikal kaw asanyang telah ditebus guna

    berdasarkan gambar-gambar.

    6. Membincangkan dan

    mencadangkan langkah-langkah penjimatan airdi rumah atau di sekolah

    secara berkumpulan.

  • 8/14/2019 KT - Tahun 6 - 1

    34/37

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN KBSR TAHUN 6

    28

    TOPIK / SUBTOPIK HASIL PEM BELAJARAN UNSUR PATRIOTISME CONTOH AKTIVITI

    Kaw asan paya dijadikankawasan pertanian, perumahandan perindustrian

    iv. Pengurangan penggunaan

    Penggunaan sumber secaraoptimum dengan mengambilkira bekalan dan simpanan

    terutamanya sumber yang tidakboleh dibaharui

    v. Kitar dan guna semula

    Kitar dan guna semula bahan-

    bahan buangan seperti kertas,tin, kaca, besi dan plastik

    vi. Raw atan sisa buangan

    Raw atan pada sisa buangan

    sumber seperti sisa hasil hutandan sisa hasil laut

    2. Menyatakan kepentinganmeraw at sisa buangan.

    3. Menghuraikan cara meraw atsisa buangan.

    4. Membincangkan langkah-langkah penjimatan dalam

    penggunaan sumber.

    Aras 3

    1. Menyatakan sebab dan

    akibat sekiranya tiadaperancangan yangsempurna dalampemeliharaan dan

    pemuliharaan sumber.

    2. Membuat generalisasi

    mengenai kesedaran

    masyarakat di dalampenjagaan alam sekitar.

    Sentiasa berjimat dalammenggunakan sumber.

    7. Melukis poster yangbertema penjimatan air.

    8. Mengadakan kempen disekolah untuk

    mengumpul suratkhabar, tin dan barangkaca bagi tujuan kitar

    dan diguna semula.

    9. Mengadakan ceramah

    tentang pengurusan danpenggunaan bahan

    buangan yang dikitardan diguna semula.

    10. Menjalankan uji kaji

    meraw at air yangtercemar melalui prosespenurasan.

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN KBSR TAHUN 6

  • 8/14/2019 KT - Tahun 6 - 1

    35/37

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN KBSR TAHUN 6

    29

    TOPIK / SUBTOPIK HASIL PEM BELAJARAN UNSUR PATRIOTISME CONTOH AKTIVITI

    Raw atan pada air yang tercemarakibat aktiviti perlombongan,

    pembalakan, perkumbahan danperkilangan

    9.2 Sumber Manusia

    a. Jumlah penduduk

    i. Penduduk merupakansumber kepada Negara.

    a. Penduduk merupakan

    sumber kepada negara.

    Wujud kepelbagaian tahap

    kebolehan dan kemahiran.

    3. Mencadangkan usaha-usahayang dijalankan bagi

    memastikan alam sekitar

    dilindungi setelah sumberdigunakan.

    Aras 1

    1. Menyatakan maksudsumber manusia.

    2. Menerangkan sumbermanusia sebagai asas

    kekayaaan sesebuahnegara.

    Aras 2

    1. Menghuraikan bagaimana

    kepelbagaian tahapkebolehan dan kemahiranmemberi faedah kepada

    negara.

    2. Menjelaskan situasi yang

    akan ber laku jika Negaratiada sumber tenagapekerja mahir.

    Menyedari bahaw a bahanbuangan masih berguna

    dalam kehidupan kita.

    Berbangga kerana negaramempunyai matlamat

    untuk mencapai sasaran70 juta penduduk padatahun 2020.

    Bersyukur kerana negaramempunyai sumber

    manusia yang sihat,berkualiti dan produktif

    1. Berbincang untukmendapatkan maklumat

    mengenai penduduk

    yang menyumbangkepada pembangunan

    negara.

    2. Mengadakan perbahasanbertajuk Penduduk YangRamai Menguntungkan

    Pembangunan Negara.

    3. Forum mengenai tahap

    kesihatan bertemakantenaga kerja berkualiti.

    4. Membincangkan sloganRakyat Bersih, NegaraSihat.

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN KBSR TAHUN 6

  • 8/14/2019 KT - Tahun 6 - 1

    36/37

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN KBSR TAHUN 6

    30

    TOPIK / SUBTOPIK HASIL PEM BELAJARAN UNSUR PATRIOTISME CONTOH AKTIVITI

    b. Tahap Pendidikan

    i. Pendidikan dankepakaran pendudukberupaya melaksanakan

    pembangunan Negara.

    Sumber tenaga mahir bolehdibentuk melalui pendidikan.

    Aras 3

    1. Meramalkan kemungkinan-kemungkinan yang akan

    w ujud jika sesebuah Negaraitu mempunyai kurangpenduduk.

    Aras 1

    1. Menyatakan kepentinganpendidikan dalampembangunan negara.

    2. Menyatakan tahap-tahappendidikan di Malaysia.

    Aras 2

    1. Menjelaskan tahap

    pendidikan menentukantahap pembangunan

    negara.

    Bersyukur kerana negara

    mempunyai sumbermanusia yang sihat,

    berkualiti dan produktif.

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN KBSR TAHUN 6

  • 8/14/2019 KT - Tahun 6 - 1

    37/37

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN KBSR TAHUN 6

    31

    TOPIK 10 : EKONOMI NEGARA

    Melalui topik ini, murid dapat mengetahui pelbagai sektorekonomi dan lokasi utama kegiatan ekonomi negara. Melaluiproses pengajaran dan pembelajaran, murid mengetahui

    sumbangan kegiatan ekonomi terhadap pendapatan,pekerjaan dan pembangunan negara. Topik ini juga dapatmenyedarkan murid bahawa penyelidikan danpembangunan yang mempengaruhi perkembangan ekonominegara perlu ditingkatkan dan diteruskan. Akhirnya, murid

    menyedari bahawa terdapat pelbagai usaha dijalankan untukmenjamin perkembangan ekonomi dan pembangunan

    negara yang mapan.