dr zaniah group (1).doc

16
KAB6024 TUGASAN 1 KAB6024 – PERKEMBANGAN KEMAHIRAN BAHASA DAN LITERASI KANAK-KANAK TAJUK TUGASAN SISTEM PERTUMBUHAN MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN BAHASA AWAL KANAK-KANAK NAMA PENSYARAH :PROFESOR MADYA DR. ZAINIAH BT MOHAMED ISA NAMA AHLI KUMPULAN : 1. RATY RECTO (M20151000542) 2. MARIA ULFAH BT MOHYEDDIN (M20151000544)

Upload: maria

Post on 13-Apr-2016

228 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: dr zaniah group (1).doc

KAB6024 TUGASAN 1

KAB6024 – PERKEMBANGAN KEMAHIRAN BAHASA DAN LITERASI KANAK-KANAK

TAJUK TUGASAN

SISTEM PERTUMBUHAN MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN BAHASA AWAL KANAK-KANAK

NAMA PENSYARAH :PROFESOR MADYA DR. ZAINIAH BT MOHAMED ISA

NAMA AHLI KUMPULAN :

1. RATY RECTO (M20151000542)

2. MARIA ULFAH BT MOHYEDDIN (M20151000544)

3. EDA MURYANTI BT EMAM MURHIT (M2015100543)

4. NORLY AFIDAH BINTI AZIZ (M20151000541)

5. MASTURA BINTI TAJUL ARIFFIN (M2015100551)

KUMPULAN : A (MI5I)

Page 2: dr zaniah group (1).doc

KAB6024 TUGASAN 1

ABSTRAK

Perkembangan secara umumnya dapat didefinisikan sebagai aspek perubahan yang dihadapi

oleh individu yang berubah menurut peredaran masa dan perkembangan juga adalah

perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat dari sifat baru

yang berlainan dari sifat yang lebih awal. Jadi disini kami ingin melihat sejauh mana aspek

perkembangan itu memberi kesan besar terhadap perkembangan bahasa seseorang kanak-

kanak dan apa peranan masyarakat sekeliling terutama ibubapa dan guru dalam membantu

kanak-kanak ini meningkatkan bahasa. Fokus utama, kami ingin melihat apakah perubahan

yang biasa dan tidak biasa berlaku di setiap peringkat perkembangan dan melihat reaksi atau

tindakan ibubapa dan guru.Beberapa contoh diberikan mengenai apakah tindakan yang perlu

ibubapa dan guru lakukan. Maklumat yang diperolehi diharap dapat membantu ibubapa dan

guru untuk tidak melakukan kesilapan dalam mendidik anak/murid seterusnya meperkaya dan

meningkatkan bahasa anak-anak ini tanpa kita membantutkannya.

1.0 Pengenalan

Tumbesaran dan perkembangan adalah serupa bagi semua kanak-kanak tetapi kadar

pencapaian peringkat tumbesaran bagi setiap kanak-kanak adalah berbeza. Terdapat satu julat

bagi setiap tugas perkembangan untuk berlaku. Walau bagaimanapun, ianya tidak seragam di

dalam diri seseorang individu kanak-kanak. Contohnya perkembangan intelek seseorang

kanak-kanak mungkin maju lebih cepat daripada perkembangan emosi dan sosialnya.

(Santrock, 2003). Manakala Vygotsky dalam Roopnarine dan Johnson (2005) berpendapat,

proses mental yang lebih tinggi berkembang apabila kanak-kanak membentuk pertuturan

semasa melakukan aktiviti praktikal. Sebelum kanak-kanak bertutur , mereka menggunakan alat

bagi menyempurnakan tugas tetapi setelah mereka bertutur, mereka menggunakan bahasa

dalam aktiviti (Cristie Dan Roskos 2009, Almon 2004).

1) Perkembangan dari segi fizikal

Perkembangan fizikal merupakan satu aspek yang menekankan asas pertumbuhan dan

pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat dan selamat (Zainudin, 2008). Dalam proses

mendidik kanak-kanak, aspek perkembangan fizikal seharusnya diberi perhatian. Seorang

Page 3: dr zaniah group (1).doc

KAB6024 TUGASAN 1

kanak-kanak tidak akan dapat berkembang dengan baik sekiranya aspek ini diabaikan. Dari

aspek kesihatan, kanak-kanak perlu tahu peri pentingnya menjaga kebersihan tubuh badan

seperti mandi, memotong kuku, menyikat rambut dan memberus gigi. Mereka juga harus

diberikan pengetahuan dari aspek pemakanan yang sihat, seimbang dan berkhasiat. Selain itu,

kanak-kanak juga seharusnya dapat mengamalkan tabiat cara pemakanan yang baik seperti

jenis makanan yang sesuai untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Hai ini

telah dinyatakan oleh Heliza Hamzah dan Joy N Samuel dalam buku perkembangan kanak-

kanak. Prasekolah dan pusat penjagaan kanak-kanak adalah tempat yang menyediaan

pelbagai aktiviti dalaman dan luaran bagi perkembangan motor kanak-kanak.

a) Peringkat bayi.

Perkembangan bermula dari peringkat bayi lagi. Perlakuan bayi adalah perkembangan

pengetahuan. Melihat dan dan cuba untuk menyentuh persekitaran adalah perkara yang

dilakukan oleh bayi diperingkat awal. Pada tahap awal fizikal ini, ianya akan membentuk

pengetahuan didalam dunia bayi tersebut. Perkara ini akan membina perkara yang dinamakan

kebolehan bercakap. Semakin kanak-kanak matang, ketajaman persepsi meningkat. Pada

tahap ini, mekanisma pendengaran menjadi matang dan tidak akan berubah melainkan

penyakit atau kecedaraan.

Kajian Piaget 1985 mendapati, penglihatan bayi menunjukan perubahan bersiri dalam melihat

sesuatu keadaan dari peringkat bayi sehingga berumur 5 tahum,

i) Dua bulan – perubahan dari memberi perhatian kepada pergerakan manusia dan

sesuatu benda kepada benda yang bergerak.

ii) Umur 2 – 5 bulan – perubahan dari pencarian tidak sistematik kepada pencarian yang

lebih fokus.

Kanak-kanak menjadi lebih baik setiap hari dengan memberi tumpuan kepada sesuatu aspek

dalam situasi yang kompleks. Mereka akan menjadi seorang yang teliti dalam pemilihan dan

begitu peka dengan perkara yang menggangu. Tiffany Davis, Meghann Hummel, dan Kay

Sauers (2006).

b) Perkembangan motor

Menurut Doherty dan Brennan (2008), Istilah perkembangan motor merujuk

kepada perkembangan fizikal atau pertumbuhan dalam kebolehan kanak-kanak

Page 4: dr zaniah group (1).doc

KAB6024 TUGASAN 1

menggunakan anggota badan dan kemahiran fizikal mereka. Perkembangan motor juga

kerap kali didefinisikan sebagai proses yang mana diperlukan bagi membentuk cara

mereka melakukan gerakan.

Perkembangan motor mempunyai tiga peringkat, pertama tempoh sensorimotor iaitu

dari 18 bulan ke 24 bulan. Semasa tempoh ini, bayi akan cenderung kepada pergerakan

fizikal terhadap sesuatu benda. Tahap yang kedua ialah tempoh preoperational iaitu dari

24 bulan ke 8 tahun, pada tempoh ini kanak-kanak akan lebih cenderung untuk meniru

dari apa yang mereka lihat. Tahap ketiga ialah tempoh concrete-operations iaitu dari 8

tahun ke 12 tahun. Pada tempoh ini kanak-kanak akan menjadi lebih matang dah mula

memikirkan pergerakkan fizikal yang mereka lihat.

Perkembangan-persepsi motor ini dapat membentuk kanak-kanak seperti berikut,

- kesedaran diri dalam sesuatu keadaan

- kesedaran diri dalam hubungan diantara objek

- koordinasi diri

- posisi tubuh dan keseimbangan

- gerak badan mengikut irama

- keupayaan mengenalpasti objek dan permukaan dengan mata yang tertutup

- kesedaran terhadap haba

- keupayaan mengenalpasti makanan dengan merasa

- keupayaan mengenalpasti bau dari pelbagai benda

c) Aktiviti untuk perkembangan motor bagi kanak-kanak

Aktiviti visual - mengenal pasti bentuk fizikal objek atau benda (panjang, pendek,

lebar, tinggi, rendah dan sebagainya)

Aktiviti auditori - mengenal pasti bunyi sesuatu objek (bising, senyap, bunyi

loceng,bunyi pecah dan sebagainya)

Page 5: dr zaniah group (1).doc

KAB6024 TUGASAN 1

Aktiviti sentuhan - mengenal pasti sesuatu objek dengan deria sentuhan (kasar,

lembut, bentuk dan sebangainya)

Aktiviti Rasa - mengenalpasti sesuatu dengan deria rasa (masam, masin, pahit

manis dan sebagainya)

Aktiviti menghidu - mengenalpasti sesuatu dengan deria bau (busuk, wangi, dan

sebangainya)

2 Perkembangan Kognitif

Perkembangan kognitif mengupas isu kemahiran yang merangkumi kemahiran bahasa,

membaca, menulis, mengira, berfikir secara kreatif dan kritis. Perkembangan ini adalah

perubahan-perubahan yang berlaku semasa otak berfungsi. Ini bermaksud persepsi,

pembentukan konsep permerolehan bahasa, daya ingatan, kebolehan ruang dan kebolehan

matematik. Lain-lain aspek perkembangan kognitif ialah kebolehan penghujahan, penaakulan

secara rasional untuk penggunaan dalam penyelesaian masalah-masalah logik. Manakala

Page 6: dr zaniah group (1).doc

KAB6024 TUGASAN 1

menurut Siti hawa Munji dan Ma’arof Redzuan dalam buku pengantar Psikologi, perkembangan

kognitif dikatakan sebagai perkembangan intelek manusia, peningkatan keupayaan pemikiran,

pengetahuan dan intelektual kanak-kanak.

a) Mengklasifikasikan Maklumat

Intelek adalah tunjang dalam setiap kanak-kanak dimana mereka meyimpan persepsi

dan pengalaman deria. Setiap kanak-kanak yang mentafsir keadaan cuba untuk mengaitkan

keadaan tersebut dengan apa yang mereka sudah tahu. Sekiranya mereka merasakan keadaan

tersebut mereka tahu, mereka akan memahaminya. Sebagai contoh ianya boleh dilihat dimana

seorang kanak-kanak yang berumur 9 bulan belajar cara untuk mengeluarkan bunyi dari

permainan plastik. Pada permulaannya, kanak-kanak tersebut tidak mempunyai apa-apa

pengetahuan untuk menghasilkan bunyi. Apabila kanak-kanak tersebut berjaya menghasilkan

bunyi buat kali pertama, mereka akan mengulanginya lagi (dalam keadaan gembira). Bayi,

kanak-kanak kecil dan kanak-kanak prasekolah boleh diajar untuk mengenal jenis-jenis and

kelas-kelas mental sebelum mereka mengenal perkataan. Setiap kumpulan mental dibezakan

dengan ciri-ciri tersendiri. Simbol bahasa dan perkataan boleh diselitkan di dalam kelas atau

ketegori, dimana ianya boleh membuat kanak kanak tersebukt berkomunikasi mengenai apa

yang mereka faham dan perasaan mereka tentang kelas dan kategori.

Penny Tassoni, Kath Bullman, Kate Beith (2005)

Cikgu-cikgu prasekolah sememangnya telah melihat perbezaan diantara perasaan dan maksud

yang ditunjukkan oleh setiap kanak-kanak. Sebagai contoh, sebahagian kanak-kanak akan

menunjukkan kelakuan apabila mereka berjumpa dengan haiwan yang bersaiz besar. Kelakuan

yang ditunjukan kebiasaannya ditunjukkan dari apa yang mereka tahu dan rasa. Keseluruhan

reaksi mungkin bertentangan untuk sebahagian kanak-kanak lain.

Meletakkan perkara dan pengelaman dalam kelas dan kategori adalah semula jadi - proses

semula jadi mental. Pengetahuan kanak-kanak sentiasa berubah untuk kanak-kanak yang

mempunyai semangat ingin tahu dan sentiasa mencari pengalaman baru untuk menghilang kan

bosan.

Dalam perkembangan Bahasa kanak-kanak, kelas-kelas mental, kategori, dan juga konsep

mewakili simbolik perkataan. Perkataan memudahkan perkara, dimana ianya menyingkirkan

Page 7: dr zaniah group (1).doc

KAB6024 TUGASAN 1

keperluan gerak geri badan dan isyarat untuk membuatkan seseorang faham tentang

sesesuatu perkara (Abdullah 2005).

Walaubagaimanapun, perkataan yang digunakan oleh kanak-kanak boleh difahami dan

dikenalpasti oleh orang dewasa, tetapi pengetahuan kanak-kanak disebalik perkataan yang

mereka gunakan selalunya membawa maksud yang berbeza (Rita Kurnia & Rohaty 2009).

b)Tahap kematangan yang berbeza

Kajian menunjukkan, pada tahap usia 2 hingga 4 tahun, terdapatnya perkembangan

otak yang cepat dimana kanak-kanak dapat meningkatkan tahap yang baru dalam

pembelajaran dan menerima halangan kognitif. Secara semula jadi, perkembangan struktur

otak kanak-kanak selalunya perlahan daripada kanak-kanak yang lain (Piaget (1985). Ianya

akan menjejaskan keupayaan mereka untuk belajar dan kemungkinan cikgu akan bertindak

tidak adil kerana pelajar lain yang berumur sama dengan mereka menunjukkan perkembangan

yang cepat. Oleh itu, cikgu harus memberi lebih tumpuan kepada yang mereka yang

memerlukan.

Kenyataan Kanak-kanak prasekolah yang selalunya disalah anggap, adalah sebenarnya

matang and senang difahami. Sebagai contoh, mereka mengatakan unta adalah kuda yang

berbonggol dibelakang. Mereka sepatutnya diberi pujian kerana melihat persamaan daripada

membetulkan pada benda yang betul

Kebanyakkan kanak-kanak semasa prasekolah sudah boleh meniru perjalan cerita dan

mengenalpasti karakter-karakter buku. Cikgu perlu tahu bahawa terdapat perbezaan diantara

konsep kanak-kanak dan konsep orang dewasa. Kanak-kanak melihat dunia ini berdasarkan

perkara yang sedang berlaku. Perkataan yang diluahkan oleh kanak-kanak kebiasaannya

penuh dengan salah faham, kesimpulan dan kesilapan. Kesilapan ini berlaku kerana setiap

kanak-kanak mempunyai pemikiran yang unik untuk mengenalpasti sesuatu perkara.

3.Perkembangan sosial dan emosi

Perkembangan sosial kanak-kanak merupakan satu proses perkembangan yang

membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima

oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Pendek kata perkembangan sosial melibatkan proses

sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku social atau melakukan

Page 8: dr zaniah group (1).doc

KAB6024 TUGASAN 1

penyesuaian social dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial. Perkembangan sosial

kanak-kanak dapat dikaji melalui beberapa aspek sosialisasi yang penting seperti proses

peniruan dan identifikasi,aktiviti bermain, perkembangan sosial, persahabatan dan

perhubungan dengan rakan sebaya. Apabila kanak-kanak berinteraksi social antara satu sama

lain semasa bermain, kanak-kanak sebenarnya belajar kemahiran sosial seperti tolak ansur,

bekerja sama dan berkongsi sesuatu. Ini dapat dilihat dalam contoh ketika kanak-kanak sedang

bermain, mereka bersosial dengan rakan sebaya. Permainan sosial boleh berlaku dalam

kumpulan ataupun individu. Jadi apabila kanak-kanak ingin meminjam alat permainan walaupun

kanak-kanak itu tidak bermain dengan rakannya itu tetapi akan berlaku juga interaksi sesama

mereka (Smidt 2010).

Sepanjang proses sosialisasi, kanak-kanak mempelajari idea, perkongsian, nilai, yang terpapar

disekeliling mereka. Mereka juga mempelajari peraturan -peraturan sosial yang diamalkan oleh

sesuatu kumpulan sosial. Misalnya,mereka mempelajari cara pemaparan emosi yang

sesuai,dan cara mentafsir tingkah laku dan pernyataan emosi orang lain dengan tepat.

Prasekolah adalah permulaan bagi kanak-kanak mempelajari tentang perasaan seperti

perasaan takut,sedih,cemburu gembira dan sebagainya.

Manakala menurut Vygotsky(1978), banyak pembelajaran yang penting oleh kanak-

kanak berlaku melalui interaksi social dengan seorang pembimbing yang mahir. Pembimbing

tersebut mungkin memberikan model kelakuan atau pengajaran verbal kepada kanak-kanak

tersebut. Vygotsky merujuk kepada ini sebagai dialog kooperatif atau kolaboratif. Kanak-kanak

tersebut cuba memahami tindakan atau pengajaran yang diberikan oleh pembimbing iaitu guru

atau ibu bapa kemudian menginternalisasi maklumat tersebut dan menggunakannya untuk

memandu atau mengatur perlakuannya sendiri.

Justeru itu, guru memainkan peranan penting dalam pembentukan sosial dan emosi kanak-

kanak prasekolah. Manakala dalam kurikulum Waldorf percaya kanak-kanakbelajar kemahiran s

berinteraksi social ketika bersama rakan-rakan. Kurikulum waldorf juga hamper mempunyai

kesamaan dengan amalan yang bersesuaian dan menekankan supaya kanak-kanak belajar

melalui penyertaan aktiviti. Diantara aktiviti yang membantu perkembangan deria kanak-kanak

adalah seperti berikut

-Aktiviti mengunakan cermin

Page 9: dr zaniah group (1).doc

KAB6024 TUGASAN 1

-Aktiviti mengunakan gambar kanak-kanak

-Membuat tag nama dan meletakkannya di barang persendirian (meja, buku dan alat tulis)

-Aktiviti untuk mengenal dan berbincang mengenai perasaan mereka

-Aktiviti untuk mengenali pasti cita-cita mengikut pilihan individu (Katz & Chard 2006).

Kesimpulan

Tahap perkembangan kanak-kanak adalah berbeza dari pelbagai sudut fizikal,

intelektual, sosial dan emosi walaupun masing-masing melalui peringkat pertumbuhan yang

sama. Kanak-kanak yang menguasai bahasa dengan baik akan dapat belajar kemahiran

membaca, menulis dan mengira dengan cepat kerana bahasa adalah alat manusia melahirkan

fikiran, perasaan, kehendak, dan sebagainya semasa berkomunikasi. Kanak-kanak yang

mempunyai kepercayaan dalam diri dapat belajar dengan mudah. Guru-guru harus menerima

perasaan kanak-kanak dan memberi perhatian sepenuhnya untuk menghasilkan ikatan diantara

kanak-kanak dan diri mereka sendiri. Ini dapat membantu mereka dalam perkembangan

keupayaan di peringkat awal kanak-kanak.Pengajaran berkait rapat dengan tanggungjawab

guru sebagai penyampai ilmu dan keberkesanan pengajaran banyak bergantung kepada

sejauh mana guru Berjaya menyampai objektif pengajarannya dalam membantu kanak-kanak

belajar apa yang diajarkan (Zamri, Juliawati, & Nik Mohd Rahimi 2009). Oleh itu pengetahuan

berkenaan pendekatan berkesan berdasarkan fitrah kanak-kanak perlu diketahui guru bagi

menjawab soalan paling penting, iaitu apakah yang terbaik untuk kanak-kanak supaya gejala

hasil pembelajaran dapat dicapai dengan cemerlang.

Page 10: dr zaniah group (1).doc

KAB6024 TUGASAN 1

RUJUKAN

1. Jeanne M. Machado ( 2013 ). Early Childhood Experiences in Language Arts: Early Literacy 10th Edition. New York : Delmar Publisher.

2. Penny Tassoni,Kath Bullman (2005). Children’s care Learning & Development. UK

3. Freud . L (2009). Martenal regulation of children’s problem solving behaviorand its impact on children performance. Child Development, 61.113-126

4. Stephen A. Petrill, Sara A. Hart, Nicole Harlaar, Jessica Logan, Laura M. Justice, Christopher Schatschneider, Lee Thompson, Laura S. DeThorne, Kirby Deater-Deckard5 and Laurie Cutting (2010),Genetic and environmental influences on the growth of early reading skills. Journal of Child Psychology and Psychiatry 51:6, pp 660–667.8

5. Santos, Rosa Milagros; Fettig, Angel; Shaffer, LaShorage.(2012).Young Children, Helping Families Connect Early Literacy with Social Emotional Development v67 n2 p8893.

6. Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel.(2009) Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku . Shah Alam, Selangor : Oxford Fajar.

7. Agustina Prasetyo Magini .(2013).Sejarah Pendekatan Montessori. Indonesia Kansiusmedia.com. Indonesia

8. John W. Santrock (2003). Psychology. New York, USA: McGraw-Hill.

9. Sandra Smidt (2010). Playing to Learn: The role of play in the early years. UK:Taylor & Francis.

Page 11: dr zaniah group (1).doc

KAB6024 TUGASAN 1