dokumentasi pameran

13
SEK KEB SUNGAI LALANG BEDONG, KEDAH. LAPORAN DOKUMENTASI MAJLIS BACAAN YASSIN TAHUN 6 & NISFU SYAABAN ANJURAN BERSAMA GURU PELATIH PISMP, UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING DAN PANITIA PEND. ISLAM TARIKH: 26 JULAI 2010

Upload: khadijah-kathy

Post on 01-Jul-2015

189 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: dokumentasi pameran

SEK KEB SUNGAI LALANG

BEDONG, KEDAH.

LAPORAN DOKUMENTASI

MAJLIS BACAAN YASSIN TAHUN 6 & NISFU SYAABAN

ANJURAN BERSAMA GURU PELATIH PISMP, UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING DAN PANITIA

PEND. ISLAM

TARIKH:

26 JULAI 2010

NAMA SEKOLAH: SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI LALANG, BEDONG, KEDAH.

Page 2: dokumentasi pameran

NAMA PROJEK / AKTIVITI : PAMERAN DAN PERTANDINGAN REKACIPTA DAN

INOVASI

TEMPOH PERLAKSAAN : 18 JULAI 2010 (AHAD)

OBJEKTIF:

1. Institusi pendidikan merupakan institusi yang mempunyai kekuatan untuk

memperkenalkan dunia luar dan dunia baru kepada murid-murid sebagai

persediaan masa hadapan terutamanya dalam bidang rekacipta dan inovasi.

2. Proses pendidikan secara pemerhatian dan penglibatan secara aktif ini

diharapkan dapat menyediakan murid supaya lebih inovatif dan kreatif dalam

menempuh kehidupan seharian.

3. Ahli komuniti seperti pihak guru-guru dan warga sekolah lainnya juga berperanan

dalam usaha murni ini kerana mereka juga adalah individu yang hampir dengan

murid, bagi membuat perubahan tingkahlaku serta dorongan untuk maju ke

hadapan.

4. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai kreativiti, inovatif, sedia hadapi cabaran

dalam amalan kehidupan seharian.

5. Memberi pendedahan mengenai rekacipta dan inovasi terkini dan membawa

kepada idea baru kepada murid dalam bidang rekacipta.

6. Memberi suntikan semangat untuk berinovasi dan berkreativiti dalam persaingan

sihat melalui pertandingan rekacipta dan mengamalkan cara beriadah secara

sihat melalui aktiviti berfaedah.

STRATEGI PERLAKSAAN:

Page 3: dokumentasi pameran

Pameran Rekacipta dan Inovasi merupakan satu aktiviti yang diinspirasikan

untuk memenuhi keperluan dan merentasi kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah

Rendah. Kedua-dua aktiviti ini diharapkan dapat memberi idea-idea baru kepada guru-

guru Pendidikan Seni Visual untuk Pengajaran dan Pembelajaran serta memberi

pengetahuan yang luas kepada murid-murid tentang aktiviti kesenian.

Impak daripada kejayaan aktiviti-aktiviti seni sebelum ini membawa kepada

wujudnya Pameran dan Pertandingan Rekacipta dan Inovasi ini. Pihak jawatankuasa

berharap aktiviti ini dapat memberi idea dan ilmu baru kepada semua pihak terlibat

samada pihak murid, guru-guru Pendidikan Seni Visual, dan pihak sekolah lainnya.

Kumpulan yang disasarkan dalam menjayakan program ini adalah semua murid

tahun 1, 4 dan 5. Manakala murid tahun 6 tidak difokuskan kerana mereka perlu

melibatkan diri dalam program-program yang melibatkan persediaan ke arah

peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

1. Perasmian Pembukaan Pameran dan Pertandingan.

Kaedah perlaksaan yang dijalankan untuk menjayakan program ini

bermula dengan perasmian pembukaan Pameran Rekacipta dan Inovasi

yang telah disempurnakan oleh Puan Guru Besar, Pn. Hjh Noral Aishah

Bt. Harun semasa perhimpunan mingguan.

2. Lawatan pameran oleh guru-guru dan murid-murid dan Pertandingan rekacipta

dan inovasi

Beberapa aktiviti telah direncakan untuk menyempurnakan program ini.

Aktiviti adalah terdiri daripada lawatan pameran oleh guru-guru dan murid-

murid yang telah dirancangkan selama sehari, pertandingan Rekacipta

dan Inovasi, penilaian dan pemarkahan hasil kerja murid untuk

pertandingan, dan diakhiri dengan majlis penutupan dan penyampaian

Page 4: dokumentasi pameran

hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan. Aturcara sepanjang

pameran adalah seperti berikut:

HARI / MASA AKTIVITI

RABU (14 JULAI)

7.40 PAGI - Murid-murid berkumpul di Tapak Perhimpunan

- Perasmian Pameran Rekacipta dan Inovasi oleh Puan Guru

Besar.

8.40 PAGI - Persiapan Tempat

10.00 PAGI - Pameran dibuka kepada semua murid dan guru.

(15-19 JULAI)

- Pertandingan Rekacipta dan Inovasi (semua murid Tahun 4

& 5)

SELASA (20

JULAI)

- Penilaian hasil pertandingan oleh juri-juri.

RABU (21 JULAI) - Majlis Penutupan Pameran dan Pertandingan Rekacipta dan

Inovasi.

- Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan.

Page 5: dokumentasi pameran

Selain itu, untuk melancarkan lagi pameran yang dianjurkan, kami telah

menyediakan jadual lawatan yang untuk ke pameran. Murid-murid setiap kelas perlu

melawat pameran pada masa dan waktu yang ditetapkan bersama-sama kawalan guru-

guru matapelajaran masing-masing. Jadual lawatan yang diaturkan adalah seperti

berikut:

MASA KELAS

10.00 -10.15 pg 1 C 1

1 C 2

10.20– 10.35 pg 1 C 3

1 C 4

10.40 - 10.55 pg 1 C 5

1 C 6

11.00 - 11.15pg 4 C 1

4 C 2

11.20 – 11. 35 pg 4 C 3

4 C 4

11.40 – 11.55 pg 4 C 5

4 C 6

12 .00 – 12.15 tgh 4 C 7

5 C 1

12.20 – 12.35 tgh 5 C 2

5 C 3

12.40 – 12. 55 tgh 5 C 4

5 C 5

1.00 – 1.15 tgh 5 C 6

Page 6: dokumentasi pameran

Disamping itu, perlaksaan program turut mencatat keperluan anggaran

belanjawan untuk sepanjang program berlangsung. Belanjawan telah disokongkan dan

diluluskan oleh Guru Besar. Anggaran belanjawan adalah seperti:

BIL BUTIRAN KOS SUMBER CATATAN

1 Bahan dan alatan Pameran

dan Pertandingan

RM 20

2. Hadiah dan Penghargaan

pertandingan.

RM 60 Johan

3 Dokumentasi RM 20

4 Brosur - Rezo 150 keping

JUMLAH RM 100

Segala perancangan telah dilaksanakan dengan lancar dan baik sekali. Melalui

program kesenian seperti ini banyak bakat-bakat baru dan kebolehan murid dapat

dicungkil. Selain itu, banyak pengetahuan dan ilmu baru dapat di timba seisi sekolah

melalui pameran yang telah dilancarkan. Selain memenuhi kehendak dan keperluan

internship, aktiviti ini juga selaras dengan keperluan kajian kami sebagai guru pelatih

terhadap minat murid dalam aktiviti kesenian.

Page 7: dokumentasi pameran

Kami mendapati bahawa murid-murid amat berminat dan memberi komitmen

yang tinggi dalam aktiviti-aktiviti seperti ini. Diharapkan sambutan yang baik seperti ini

akan sentiasa konsisten daripada pihak murid dengan untuk kewujudan aktiviti-aktiviti

yang akan menyusul selepas ini.

REFLEKSI:

1) Kekuatan Projek/ Aktiviti:

Projek ini berjalan dengan lancar dan mengikut masa yang di tetapkan.

Majlis pelancaran pameran dan pertandingan disempurnakan oleh Puan

Guru Besar sendiri dengan penuh gilang gemilang.

Bahan-bahan untuk aktiviti pameran mudah diperolehi kerana ianya

merupakan hasil kerja tugasan Pendidikan Seni Visual yang telah kami

jalankan sepanjang berada di institut perguruan.

Tempat untuk pameran senang untuk diselenggara dan mempunyai

kemudahan untuk kegunaan sepanjang pameran.

Peralatan sampingan seperti kerusi dan meja senang diperolehi untuk

memudahkan rekaletak semasa pameran.

Perjalanan pertandingan menjadi lancar dan sempurna dengan kerjasama

daripada semua guru dan murid.

Murid-murid memberikan komitmen yang tinggi dalam pertandingan.

Jumlah penyertaan yang amat memberangsangkan daripada murid- murid

malah terdapat beberapa orang murid menghasilkan lebih daripada satu

karya rekacipta.

Belanjawan yang diterima amat bertepatan dengan segala keperluan

sepanjang minggu aktiviti ini dijalankan.

Murid-murid menerima penghargaan dan hadiah melalui kejayaan hasil

karya rekacipta mereka.

Page 8: dokumentasi pameran

2) Kelemahan Projek/ Aktiviti:

Projek ini telah ditunda beberapa kali oleh kerana desakan masa dan

terdapat ralat dalam pemilihan tarikh.

Aktiviti pameran berjalan lancar namun, kami menghadapi masalah dalam

memberi penerangan semasa pameran kerana terdapat program lain

yang berlangsung serentak di kawasan yang sama dan terdapat

gangguan bunyi.

Kawasan pameran yang terbuka menghasilkan gangguan persekitaran

misalnya, murid-murid yang tidak terlibat lalu-lalang dan membuat bising

di sekitar kawasan pameran.

Kawalan murid semasa dalam perjalanan ke kawasan pameran perlu

lebih diawasi oleh guru-guru.

Bantuan dan kerjasama daripada ahli-ahli jawatankuasa kurang

menyebabkan masalah semasa penyediaan sebelum pameran

berlangsung.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

Kami perlu lebih kerap berhubung dan berbincang dengan pelbagai pihak bukan

sahaja pihak pentadbir dan guru pembimbing malah pihak guru-guru lain juga

untuk mengelakkan berlakunya pertindihan program pada tarikh dan waktu yang

sama untuk mengelakkan berlakunya perselisihan waktu program berlangsung.

Kami perlu mencari inisiatif lain untuk mengatasi masalah gangguan suara dan

bunyi daripada program lain yang sedang berlangsung dengan memberi

penerangan di kawasan lain sebelum murid-murid masuk dan menyaksikan

pameran.

Kami perlu menggunakan kawasan yang lebih tertutup supaya tiada gangguan

daripada persekitaran dan daripada murid-murid yang tidak terlibat.

Kawalan murid daripada semua guru-guru yang terlibat perlu diperketatkan.

Pembahagian tugasan perlu dikuatkuasakan untuk melancarkan persediaan

awal sebelum pameran.

Page 9: dokumentasi pameran

KESIMPULAN:

Dengan izin daripada Ilahi projek ini berjalan dengan lancar dan tiada sebarang

masalah serius timbul. Semua perancangan awal dilaksanakan dan memberi respon

dan kejayaan yang positif. Semua murid didapati mengambil bahagian seratus peratus

di dalam kedua-dua aktiviti ini. Kami harapkan aktiviti seperti dapat dijalankan lagi pada

masa akan datang supaya mereka lebih terdedah dengan ilmu-ilmu dan pengetahuan

baru untuk memperluaskan lagi pandangan mereka.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

______________________ ______________________________

(KHADIJAH BT MOHD NOPIAH) (PN NORAL AISHAH BT HARUN)

Setiausaha, Guru Besar,

Majlis Bacaan Yassin Tahun 6 & Nisfu Syaaban, Sek Keb Sg. Lalang.

Sek Keb Sg Lalang.

Dokumentasi Pameran dan Pertandingan

Rekacipta dan Inovasi

Page 10: dokumentasi pameran

Perasmian pembukaan oleh Puan Guru Besar.

Memberi penerangan tentang pameran kepada murid-murid.