dokumentasi keselamatan

28
PROSEDUR KERJA DAN PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN YANG PERLU DIIKUTI DI BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP 1.0 PENGENALAN Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan satu mata pelajaran amali yang berunsurkan teknologi. Ia ditawarkan kepada semua murid di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian rupa untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktiviti. Mata pelajaran ini digubal ke arah membekalkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir dalam teknologi dan ekonomi serta sanggup bekerjasama dan sentiasa bersedia untuk belajar dalam suasana bekerja. Tenaga kerja yang sedemikian rupa dapat memenuhi inspirasi, aspirasi dan keperluan negara yang sedang membangun dalam zaman yang sedang menyaksikan kemajuan teknologi komunikasi maklumat. Perancangan dan pembangunan mata pelajaran ini adalah selaras dengan semangat di sebalik Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat melahirkan warganegara yang berpengetahuan serta berakhlak mulia demi menghadapi cabaran kehidupan masa kini dan masa akan datang. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu yang berbentuk amali, penggunaan bengkel amat diperlukan. Bengkel Kemahiran Hidup terbahagi kepada tiga jenis bengkel iaitu bengkel Kemahiran Manipulatif (KMT), bengkel Pertanian dan bengkel Ekonomi Rumah Tangga. Di antara ketiga-tiga bengkel ini, bengkel Kemahiran Hidup (KMT) yang paling banyak digunakan. Hal ini kerana bengkel ini telah dipecahkan kepada 4 bengkel iaitu bengkel Kerja Kayu dan Logam, bengkel Paip Asas, bengkel Elektrik dan bengkel Enjin. Untuk melatih pelajar menggunakan alatan tangan untuk menghasilkan projekprojek tertentu, maka suasana tempat yang sesuai perlu untuk pelajar melaksanakan tugasan tersebut dengan lebih berkesan. Kemudahan peralatan yang lengkap dan teratur untuk digunakan atau keadaan persekitaran tempat tersebut seharusnya menjadi penyumbang kepada penghasilan projek yang baik. Oleh itu, pelajar seharusnya menggunakan kemudahan yang ada di dalam bengkel dengan menjaga keselamatan diri dan juga orang lain. Kesedaran terhadap keselamatan perlu ditanamkan kepada setiap pelajar supaya sikap mementingkan keselamatan 1

Upload: zurida-shoheh

Post on 21-May-2015

11.840 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dokumentasi keselamatan

PROSEDUR KERJA DAN PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN YANG PERLU

DIIKUTI DI BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP

1.0 PENGENALAN

Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan satu mata pelajaran amali yang berunsurkan

teknologi. Ia ditawarkan kepada semua murid di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Mata

pelajaran ini dirancang sedemikian rupa untuk mencapai matlamat ke arah

mempertingkatkan produktiviti negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif,

inovatif dan produktiviti. Mata pelajaran ini digubal ke arah membekalkan tenaga kerja

yang berpengetahuan dan mahir dalam teknologi dan ekonomi serta sanggup

bekerjasama dan sentiasa bersedia untuk belajar dalam suasana bekerja. Tenaga kerja

yang sedemikian rupa dapat memenuhi inspirasi, aspirasi dan keperluan negara yang

sedang membangun dalam zaman yang sedang menyaksikan kemajuan teknologi

komunikasi maklumat. Perancangan dan pembangunan mata pelajaran ini adalah

selaras dengan semangat di sebalik Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat

melahirkan warganegara yang berpengetahuan serta berakhlak mulia demi menghadapi

cabaran kehidupan masa kini dan masa akan datang.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu yang berbentuk amali, penggunaan bengkel amat diperlukan. Bengkel

Kemahiran Hidup terbahagi kepada tiga jenis bengkel iaitu bengkel Kemahiran

Manipulatif (KMT), bengkel Pertanian dan bengkel Ekonomi Rumah Tangga. Di antara

ketiga-tiga bengkel ini, bengkel Kemahiran Hidup (KMT) yang paling banyak digunakan.

Hal ini kerana bengkel ini telah dipecahkan kepada 4 bengkel iaitu bengkel Kerja Kayu

dan Logam, bengkel Paip Asas, bengkel Elektrik dan bengkel Enjin. Untuk melatih

pelajar menggunakan alatan tangan untuk menghasilkan projekprojek tertentu, maka

suasana tempat yang sesuai perlu untuk pelajar melaksanakan tugasan tersebut

dengan lebih berkesan.

Kemudahan peralatan yang lengkap dan teratur untuk digunakan atau keadaan

persekitaran tempat tersebut seharusnya menjadi penyumbang kepada penghasilan

projek yang baik. Oleh itu, pelajar seharusnya menggunakan kemudahan yang ada di

dalam bengkel dengan menjaga keselamatan diri dan juga orang lain. Kesedaran

terhadap keselamatan perlu ditanamkan kepada setiap pelajar supaya sikap

1

Page 2: Dokumentasi keselamatan

mementingkan keselamatan ini dapat di amalkan semasa membuat kerja amali di

sekolah dan seterusnya diamalkan setelah memasuki ke alam pekerjaan. Oleh itu,

pelajar seharusnya menggunakan kemudahan yang ada di dalam bengkel dengan

menjaga keselamatan diri dan juga orang lain. Kesedaran terhadap keselamatan perlu

ditanamkan kepada setiap pelajar supaya sikap mementingkan keselamatan ini dapat di

amalkan semasa membuat kerja-kerja amali di sekolah dan seterusnya diamalkan

setelah memasuki ke alam pekerjaan.

2.0 DEFINISI

Kemahiran Hidup adalah satu mata pelajaran yang terkandung di dalam kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Ianya dirancang untuk membolehkan murid-

murid menggunakan pelbagai alat dan bahan melalui berbagai kaedah dan teknik bagi

menghasilkan sesuatu (projek) yang dirancangkan. Pengalaman yang diperolehi

menjadikan murid lebih berkeyakinan, celik teknologi dan sentiasa bersedia seandainya

keadaan memerlukan mereka melakukan sesuatu untuk kehidupan tanpa bergantung

kepada individu lain. P&P dalam kemahiran hidup membolehkan murid-murid

mengendalikan pelbagai alat tangan dan bahan. Mata pelajaran Kemahiran Hidup

bertujuan untuk membina dan membentuk sebuah masyarakat yang berorientasikan

teknologi selaras dengan hasrat negara dan perkembangan industri elektronik yang

pesat berkembang di negara kita. Secara tidak langsung akan menimbulkan keinginan

dan minat murid terhadap teknologi dalam kehidupan.

Keselamatan ditakrifkan sebagai satu keadaan bebas daripada kecederaan,

ketakutan, kesakitan atau kehilangan yang mana ia memerlukan tindakan yang

sewajarnya daripada semua pihak. Kebanyakan kemalangan adalah disebabkan oleh

kecuaian manusia sendiri dan jarang sekali berlaku dengan sendirinya. Walaupun

beberapa usaha telah dibuat, namun kemalangan bengkel masih lagi berlaku

terutamanya ketika menjalankan kerja-kerja amali di bengkel. Kemalangan yang terjadi

biasanya boleh mengakibatkan luka, kecacatan anggota dan kehilangan nyawa. Hal ini

akan menjadikan sekolah pada mulanya untuk menimba ilmu tetapi tidak terjamin

daripada aspek keselamatannya.

2

Page 3: Dokumentasi keselamatan

Rajah: Mesin yang mempunyai tali sawat dan penghadang

3.0 PUNCA-PUNCA KEMALANGAN DI DALAM BENGKEL

Sebahagian besar kemalangan yang berlaku di tempat kerja melibatkan pelajar baru.

Lazimnya kemalangan boleh berpunca daripada penyalahgunaan alatan tangan dan

mesin, keadaan tempat kerja yang tidak selamat dan kelalaian pelajar itu sendiri.

3.1 Penyalahgunaan Alatan Dan Mesin

Berbagai-bagai alatan tangan dan mesin terdapat dibengkel. Setiap alat

hendaklah digunakan dengan betul. Kemalangan berlaku sekiranya perkara

berikut tidak diambil berat :

Menggunakan alatan tangan yang tidak sesuai dengan kerja dengan

kerja yang dilakukan.

Menggunakan alatan tangan yang pemegangnya tidak sesuai.

Menggunakan alatan tangan dengan kaedah yang sesuai.

Perhatian yang penting hendaklah diberi terhadap penggunaan mesin kerana

pelajar yang menggunakan mesin tersebut terdedah kepada risiko kemalangan

yang lebih tinggi. Berikut adalah perkara penting yang perlu dititik beratkan

sebelum menggunakan mesin :

Mesin hendaklah diuji sebelum digunakan.

Mesin hendaklah mempunyai penghadang keselamatan.

Memakai pakaian yang sesuai semasa menggendalikan mesin.

Memastikan dawai elektrik mesin mudah alih dalam keadaan

sempurna.

3

Page 4: Dokumentasi keselamatan

3.2 Keadaan tempat kerja yang tidak sesuai.

Keadaan bengkel atau tapak binaan boleh mempengaruhi keselamatan pelajar.

Semasa bertugas di bengkel perkara yang berikut haruslah diberi perhatian :

Cahaya di dalam bengkelperlu mencukupi.

Susun atur mesin dan meja hendaklah mempunyai ruang legar yang

mencukupi.

Saiz bengkel hendaklah bersesuain dengan bilangan pelajar.

Pendawaian elektrik hendaklah mengikut peraturan.

Bengkel hendaklah sentiasa bersih dan kemas.

Pengalihudaraan hendaklah mencukupi.

Alat pemadam api hendaklah diletakkan pada tempat strategik.

Rajah: Gambar keadaan di dalam bengkel

3.3 Kelalaian pelajar

Keadaan bengkel, suasana kerja dan alatan yang baik belum menjamin

keselamatan. Sikap pelajar itu sendiri semasa bekerja juga memainkan peranan

yang penting. Sikap lalai dan tidak bertanggungjawab boleh menyebabkan

kemalangan dan ia boleh dielakkan sekiranya pelajar :

Mematuhi arahan dan peraturan keselamatan.

Mengendalikan mesin setelah mengetahui kaedah menggunakannya.

Memakai kelengkapan perlindungan keselamatan semasa membuat kerja.

Mengambil kira kemampuan diri sendiri.

4

Page 5: Dokumentasi keselamatan

3.4 Perbezaan diantara keselamatan diri, alat, mesin, perkakasan memesin,

mesin kimpalan arka dan kimpalan gas

Berikut merupakan perbezaannya:

Bil Diri

Perkakasan

Memesin/

Mesin/Alat

Mesin Kimpalan Arka

Peralatan

Kimpalan

Gas

1.Bagi menghidari daripada Kecederaan fizikal

Bagi menghidari daripada Kerosakan

Bagi menghidari daripada Kerosakan

Bagi menghidari daripada Letupan atau Kebakaran

2. Pakaian hendaklah kemas dan sesuai

Pastikan dalam keadaan baik

Pastikan dalam keadaan baik

Pastikan dalam keadaan baik

3. Pakai pakaian Keselamatan

Pastikan dalam keadaan baik

Sistem pengudaraan yang baik bagi mengelak dari terhidu gas beracun

Sistem pengudaraan yang baik

4.

Pakaian keselamatan yang dipakai hendaklah sesuai dengan jenis kerja yang dilakukan

Tidak Rosak/ Penghadang keselamatan ditempat yang betul

Mempunyai pembumian yang sempurna bagi mengelak bahaya elektrik

Periksa peralatan sebelum digunakan dan pastikan tiada kebocoran gas

5

Page 6: Dokumentasi keselamatan

4.0 LANGKAH KESELAMATAN

Amalan 4M terdiri daripada :

Membersih :  

Aspek fizikal iaitu memakai pakaian yang sesuai, apron dan berkasut getah. 

Kebersihan mental iaitu dari aspek fikiran ialah memberi tumpuan dalam

bengkel. 

Kebersihan bengkel supaya selamat untuk menjalankan kerja-kerja. 

Mesin penyedut hampagas (vacuum cleaner) dan mesin pemampat udara

(air compressor/air blower) digalakkan kerana alatan ini lebih berkesan

membersihkan debu dan sisa-sisa kayu.

Rajah: antara

mesin yang digunakan.

Menyusun atur: 

Alatan dan bahan disusun dengan kemas dan disimpan di tempat yang telah

ditetapkan supaya mudah diambil dan disimpan semula selepas digunakan. 

Bangku-bangku diletak jauh semasa bekerja.

Menilai:  

Murid membuat penilaian terhadap diri sendiri dari segi ketepatan langkah

kerja, hasil kerja dan keadaan tempat kerja untuk memastikan semua

tugasan dilakukan dengan penuh sistematik. 

Penilaian oleh guru terhadap nilai-nilai murni.

6

Page 7: Dokumentasi keselamatan

Mendisiplin:   

Murid sentiasa mempraktikkan peraturan keselamatan dengan mengikut

langkah-langkah kerja yang ditetapkan dan menggunakan alatan yang betul

untuk melakukan sesuatu projek.

5.0 PERATURAN DAN KESELAMATAN

Peraturan keselamatan diadakan untuk memastikan suasana kerja dalam persekitaran

serta suasana bengkel KH yang teratur dan selamat tanpa berlakunya kemalangan

ataupun kecederaan. Keselamatan am bengkel meliputi aspek yang berikut:

(i) Keselamatan umum

(ii) Keselamatan diri dan rakan

(iii) Keselamatan alatan dan bahan

5.1 Keselamatan Umum

Peraturan dari segi pemakaian dan potongan rambut yang diurus dengan kemas dan

menggunakan kasut bertutup perlu difahami oleh semua murid.

Rambut mestilah pendek dan kemas.

Pakai pakaian yang sesuai dan memakai kasut getah.

Pemakaian apron yang betul.

Bagi lelaki tali leher perlu dimasukkan ke dalam apron.

Lengan baju yang panjang dilipat kemas.

Sebelum memasuki bengkel perlu mendapat kebenaran dan berada dibawah

pengawasan guru sepenuhnya.

Keadaan persekitaran bengkel perlu dipastikan sentiasa kemas, bersih dan teratur.

Sentiasa mematuhi arahan guru dan berhati-hati dalam setiap kerja di bengkel

Kawasan tempat kerja perlu dibersihkan sebelum meninggalkan bengkel KH

Semua suis elektrik perlu dimatikan sebelum meninggalkan bengkel.

Jangan berlari dan bermain di dalam bengkel.

7

Page 8: Dokumentasi keselamatan

Jangan menyentuh alatan dan mesin tanpa mendapat kebenaran dan penyeliaan

daripada guru.

Duduk dan bekerja ditempat yang telah ditetapkan.

Jika berlaku kemalangan atau kecederaan, segera beritahu guru yang berkenaan.

Pastikan bengkel dalam keadaan selamat dan selesa ketika penggunaannya dan

bersih serta kemas sebelum meninggalkannya.

Letakkan beg di luar bengkel atau di tempat yang dikhaskan.

Tumpukan perhatian pada kerja yang dibuat. 

Bekerja dengan teratur dan sistematik. 

Simpankan semua alatan di tempat yang dikhaskan.

Bersihkan alatan dan bengkel setelah selesai membuat kerja. 

Pastikan alat kawalan dan perlindungan elektrik di bengkel berfungsi dengan baik.

Pastikan tempat kerja mempunyai cahaya yang cukup terang dan peredaran udara

yang baik.

Sekiranya berlaku situasi yang berbahaya, laporkan kepada guru dengan segera.

Pastikan alat pemadam api dan kotak pertolongan cemas terdapat dalam bengkel.

Pastikan setiap bilik makmal dilengkapi dengan alat pemadam api.

5.2 Keselamatan Diri Dan Rakan

Pastikan pakaian kemas dan sesuai semasa bekerja di makmal.

Laporkan dan rekodkan sebarang kemalangan tersebut dalam buku rekod

kemalangan dan kecederaan.

Pakaian di tempat kerja boleh dikelaskan kepada tiga

a. Pakaian am

b. Pakaian perlindungan

c. Peralatan perlindungan

5.2.1 Pakaian am

8

Page 9: Dokumentasi keselamatan

I. Pakaian mestilah tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar

II. Rambut sentiasa pendekdan kemas bagi lelaki manakala bagi

perempuan yang berambut panjang hendaklah diikat dan yang bertudung

disisipkan dalam baju

III. Elakkan memakai barang perhiasan seperti rantai,jam tangan dan

sebagainya

Contoh pakaian yang sesuai semasa di dalam bengkel.

5.2.2 Peralatan Perlindungan

Alat pelindung keselamatan yang sesuai seperti gogal (semasa mencanai dan

menggerudi) serta pelindung muka (semasa mengimpal arka) perlu digunakan.

9

Page 10: Dokumentasi keselamatan

5.2.3 Pakaian perlindungan

I. Gunakan kasut keselamatan

II. Gunakan sarung tangan yang sesuai untuk memegang bahan dan alatan

III. Gunakan apron atau pekaian keselamatan yang diperbuat daripada kulit

untuk melindungi tubuh semasa mengimpal

IV. Gunakan gogal dan pelindung muka semasa bekerja

Rajah: kasut getah yang sesuai Rajah:

penggunaan gogal

dipakai di dalam bengkel

Rajah: sarung tangan kulit

10

Rajah: Seorang pekerja yang lengkap

dengan peralatan perlindungan ketika

melakukan kerja kimpalan.

Page 11: Dokumentasi keselamatan

5.3 Keselamatan Alatan Dan Bahan

Pastikan alatan yang digunakan sesuai dengan kerja yang hendak dibuat.

Bersihkan alatan setelah digunakan dan simpan semula alatan di tempat yang

dikhaskan.

Laporkan alatan yang rosak, hilang dan berbahaya kepada guru dengan segera.

Penggunaan bahan dan alatan perlu mendapat bimbingan daripada guru sebelum murid

boleh menggunakannya.

Penggunaan alatan yang teratur dan betul adalah penting bagi memelihara peralatan

daripada cepat rosak.

Perancangan penggunaan alatan dan bahan dengan teliti sebelum memulakan sesuatu

projek.

Atalan perlu dibersihkan dan dipulangkan kembali ke stor setelah selesai

penggunaannya.

Penyimpanan bahan mudah terbakar, mudah pecah dan berbahaya perlu menepati

piawaian keselamatan yang terbaik oleh guru.

Sentiasa berhati-hati sewaktu menggunakan sebarang peralatan di bengkel KH.

11

Page 12: Dokumentasi keselamatan

Rajah: Susunan peralatan pertukangan pada kedudukan asalnya di dalam bengkel

6.0 PENGALIHAN DAN PENYIMPANAN BAHAN-BAHAN

Terdapat pelbagai jenis bahan yang digunakan dalam aktiviti kejuruteraan.Antara bahan

yang biasa digunakan di tempat kerja ialah bahan mudah terbakar, bahan yang berat

dan panjang, serta bahan toksik. Bahan tersebut hendaklah disimpan di tempat yang

selamat dan mudah disenggara.

6.1 Bahan Mudah Terbakar

Terdiri daripada silinder gas yang berisikan gas asetilena dan oksigen yang

digunakan dalam kerja kimpalan dan cecair bahan api seperti petrol,diesel,

kerosin dan sebagainya

Bahan ini mesti disimpan dalam bekas tertutup dan tidak mudah terdedah

pada udara

Simpan di tempat yang jauh dari punca api

Tempat simpanannya hendaklah dilabelkan dengan tanda amaran seperti

Awas Bahan Mudah Terbakar

Bahan mudah terbakar perlu disimpan di tempat yang mempunyai

pengudaraan yang baik

Label bahan mudah

terbakar dan Silinder gas

6.2 Bahan Berat Dan Panjang

12

Page 13: Dokumentasi keselamatan

Terdiri daripada bahan berbentik pepejal pelbagai saiz seperti logam dan

komponen mesin

Bahan berat dan panjang mestilah diletakkan diatas rak yang kukuh dan kuat

Rak yang dibina hendaklah tidak terlalu tinggi sehingga sukar dicapai

Apabila bahan berat hendak dialih lakukan dengan berhati-hati dengan

bantuan rakan atau dengan bantuan jek atau troli

Bagi bahan panjang dapatkan bantuan rakan untuk memudahkan kerja

pengalihan

6.3 Bahan Toksik

Terdiri daripada bahan kimia dan hendaklah diasingkan dari bahan mudah

terbakar dan bahan lain

Bekas bahan toksik mestilah dilabelkan

Apabila bahan hendak dialihkan gunakan troli dan bekas tertutup bagi

mengelakkan tumpahan

Contoh label untuk bahan toksik.

6.4 Penggunaan Alat Dan Kelengkapan

Peraturan penggunaan alat dan kelengkapan juga perlu dipatuhi bagi menjamin

keselamatan pengguna di tempat kerja. Antara peraturannya adalah seperti yang

berikut:

13

Page 14: Dokumentasi keselamatan

a. Elakkan daripada menggunakan peralatan atau mesin sekiranya tidak

tahu kaedah penggunaannya. Jika salah menggunakannya atau

mengendalikannya mungkin boleh menyebabkan kemalangan.

b. Pastikan bahagian mesin yang berputar mempunyai pelindung

keselamatan.

Rajah: Pemampat udara yang mempunyai pelindung

c. Pastikan peralatan dalam keadaan baik sebelum digunakan seperti dalam Rajah

3.4. Penggunaan peralatan yang telah rosak seperti pahat yang berkepala

cendawan boleh menyebabkan berlakunya kemalangan akibat penyerpihan

logam pahat semasa memahat.

a) Pahat yang selamat digunakan.

b) Pahat yang tidak selamat digunakan

d. Pastikan setiap alat dan mesin mempunyai pembumian sempurna seperti dalam

Rajah 3.5 bagi mengelakkan bahaya elektrik semasa digunakan.

14

Page 15: Dokumentasi keselamatan

Pemasangan soket tiga pin yang betul

e. Gunakan peralatan dan mesin dengan betul.Contohnya, kikir berfungsi hanya untuk

mengikir dan bukannya mengetuk

f. Pastikan peralatan yang rosak perlu segera dibaiki bagi mengelakkan kemalangan.

15

Page 16: Dokumentasi keselamatan

7.0 PENGGUNAAN KUASA ELEKTRIK

Kuasa elektrik digunakan dengan meluas dalam bidang perindustrian dan

pembuatan. Kuasa elektrik digunakan bagi membolehkan kerja dilakukan dengan lebih

cepat, selamat dan sistematik. Bagaimanapun, penggunaan elektrik yang tidak

disenggara dengan baik boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna.

Penggunaan kuasa elektrik dengan cara yang tidak selamat seperti boleh

menyebabkan renjatan elektrik dan kebakaran. Bagi mengelakkan kemalangan elektrik,

pekerja mestilah sentiasa berwaspada dan mengikuti peraturan yang telah ditetapkan.

Antara langkah yang perlu diberi perhatian bagi mengelakkan kemalangan elektrik

adalah dengan memastikan setiap penggunaan bahan elektrik dilengkapi dengan

pembumian dan penebatan.

Pembumian ialah satu sambungan antara pendawaian elektrik dengan bumi

yang terdapat pada alat elektrik. Fungsi pembumian adalah untuk menghindarkan

pengguna daripada bahaya renjatan elektrik apabila berlaku kebocoran pada

pendawaian elektrik. Penebatan pula amat perlu bagi setiap alat elektrik sebagai

pelindung untuk mengawal pengaliran arus. Arus dan voltan yang berlebihan semasa

alat elektrik digunakan boleh membahayakan pengguna dan merosakkan alat tersebut.

Sebab itu, alat pelindung diperlukan

16

Page 17: Dokumentasi keselamatan

Alat pelindung atau peranti pelindung yang biasa digunakan ialah fius dan

pemutus litar. Peranti pelindung berfungsi memutuskan aliran elektrik dalam litar jika

berlaku kebocoran elektrik atau sekiranya tenaga elektrik digunakan secara

berlebihan.Jika tiada peranti perlindung, kemalangan elektrik mungkin boleh berlaku.

7.1 Keselamatan Penggunaan Elektrik

1. Bengkel haruslah memberikan keutamaan kepada keselamatan.

2. Pengguna bengkel mestilah selamat sebelum menggunakan, semasa menggunakan

dan selepas menggunakan bengkel dan segala peralatan di bengkel

3. Guru dan pelajar mestilah tahu bagaimana bertindak apabila berlaku

Kecederaan dan kemalangan

Kejutan elektrik

Kebakaran

4. Bengkel perlu ada peti kecemasan yang mengandungi ubat luka dan sapuan untuk

lecur serta kain balutan untuk kecederaan ringan.

5. Jika berlaku kecederaan yang serius dan teruk hendaklah dilaporkan kepada guru

bertugas dan terus dirujuk kepada hospital yang terdekat

6. Bengkel juga mesti mempunyai alat pencegah kebakaran yang berfungsi di setiap

bengkel. Alat pencegah kebakaran mestilah digantung ditempat mudah dilihat dan

mudah dicapai.

7. Jika berlaku kebakaran besar hendaklah keluar dengan segera mengikut pelan

kecemasan kebakaran dan memanggil bomba melalui talian kecemasan 999.

8. Jangan gunakan alatan elektrik yang telah haus atau rosak.

9. Jangan bebankan litar elektrik dengan menggunakan penyuai 3 hala.

10. Matikan suis sebelum dan selepas menggunakan alatan elektrik.

11. Jika berlaku sebarang kejutan elektrik, hendaklah 

a. Matikan suis utama terlebih dahulu atau menekan suis keselamatan bengkel

b. Jangan sentuh mangsa kejutan dengan tangan, gunakan kayu kering untuk

mengalih mangsa daripada benda atau wayar yang menjadi punca kejutan

elektrik

c. Lakukan pemulihan pernafasan

d. Dapatkan pertolongan dengan segera

17

Page 18: Dokumentasi keselamatan

7.2 Aspek Keselamatan Dan Penggunaan Elektrik

Jangan gunakan plag atau soket yang pecah dan rosak

 

Jangan membuat sambungan yang banyak daripada satu punca

 

Jangan cuba menyentuh wayar hidup yang tidak bertebat.

 

18

Page 19: Dokumentasi keselamatan

Jangan cuba menggantikan dawai fius dengan sebarang dawai atau logam

 

 

Jangan menggunakan kabel yang pecah atau terlalu lama

7.3 Renjatan Elektrik

Apabila berlaku renjatan elektrik, pengguna akan terdedah kepada

bahaya elektrik sehingga

masalah yang menyebabkan renjatan dapat diatasi. Biasanya, renjatan elektrik boleh

menyebabkan kematian sekiranya tidak dirawat dengan segera. Terdapat beberapa

punca yang boleh menyebabkan renjatan elektrik. Antaranya termasuklah:

a. Kebocoran pendawaian seperti kabel pecah, sambungan yang rosak dan tiada

pembumian.

b. Kesilapan pendawaian elektrik semasa dibaiki dan diubahsuai oleh orang yang

tidak bertauliah.

c. Persekitaran yang basah.

d. Kerosakan alat elektrik.

Semasa renjatan elektrik berlaku,badan mangsa akan berfungsi sebagai pengalir arus

19

Page 20: Dokumentasi keselamatan

elektrik. Renjatan juga akan menyebabkan mangsa melecur, pengsan dan perlu di beri

rawatan segera. Sekiranya tidak dirawat dengan segera, mungkin boleh mengakibatkan

kematian kepada mangsa. Berikut merupakan langkah yang perlu diambil apabila

berlaku renjatan elektrik:

a. Putuskan bekalan utama elektrik, jangan sesekali menyentuh mangsa sebelum

bekalan diputuskan.

b. Alihkan mangsa renjatan ke tempat yang selamat.

c. Berikan bantuan pernafasan sekiranya mangsa pengsan atau pernafasannya terhenti.

d. Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

7.4 Kebakaran

Elektrik juga boleh menyebabkan kebakaran. Umumnya, terdapat beberapa faktor

yang menyebabkan hal ini berlaku, antaranya :

a. Berlaku kerosakan pada sistem penebatan kabel yang menyebabkan litar pintas.

b. Penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan.

c. Penggunaan fius yang salah

d. Penyambungan litar yang longgar pada peranti

7.5 Pencegahan Kebakaran

Kebakaran yang berlaku boleh menyebabkan kecederaan, kehilangan nyawa dan

kerugian harta benda. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kebakaran.

Antaranya ialah:

i. Bahan mudah terbakar seperti gas, petrol dan sebagainya.

ii. Kecuaian pekerja yang tidak mematuhi peraturan semasa bekerja

20

Page 21: Dokumentasi keselamatan

dengan bahan api dan merokok di tempat kerja.

iii. Berlaku litar pintas yang disebabkan oleh kerosakan pada pendawaian,

peralatan dan mesin.

Bagi mengelakkan kebakaran, pengguna mesti sentiasa mematuhi peraturan dan langkah

keselamatan yang telah ditetapkan. Antara langkah yang perlu diambil dan dipatuhi ialah:

i. Pastikan pendawaian elektrik di tempat kerja dalam keadaan sempurna.

ii. Pastikan peralatan dan mesin yang menggunakan kuasa elektrik sentiasa

dalam keadaan selamat untuk digunakan.

iii. Pastikan bahan mudah terbakar tersimpan di tempat yang selamat dan

jauh dari punca api

iv. Pastikan alat pemadam api sentiasa dalam keadaan baik dan boleh

digunakan. Letakkannya di tempat yang mudah dicapai.

Dengan mengambil langkah berjaga-jaga, pengguna dapat mengelakkan sebarang kejadian yang

tidak diingini demi keselamatan semua pihak.

8.0 ALAT PEMADAM API

Alat pemadam api ialah alat yang digunakan untuk memadam kebakaran. Alat

pemadam api yang sering digunakan adalah dalam bentuk silinder. Kaedah menggunakan

alat pemadam api perlu dipelajari oleh semua pihak agar dapat bertindak dengan cara yang

betul.

Apabila berlaku kebakaran,setiap pekerja yang berada di tempat kerja perlu bersedia

21

Page 22: Dokumentasi keselamatan

mengambil tindakan yang cepat dan tepat. Alat pemadam api yang disediakan mesti digunakan

dengan betul dan dapat membantu memadamkan kebakaran.

Biasanya, alat pemadam api yang terdapat di tempat kerja digunakan untuk memadamkan

kebakaran yang kecil dan punca kebakaran sebelum pihak bomba datang membantu. Adalah

satu kesalahan sekiranya mana-mana bangunan tidak menyediakan alat pemadam api kerana

ia amat penting bagi mengelakkan kebakaran kecil daripada terus merebak ke tempat lain.

Terdapat pelbagai alat pemadam api yang boleh digunakan untuk memadamkan kebakaran.

Selain itu, pasir dan air juga boleh digunakan bagi memadamkan kebakaran yang berpunca

daripada bahan seperti tilam,kain,kayu dan perabot

8.1 Pengelasan Alat Pemadam Api 

Air

Kayu, sampah sarap, plastik,

kain

Label A

Buih

Minyak, cat, petrol, lekar,

thinner, gas

Label B

22

JENIS BAHAN PEMADAM API

PUNCA API/BAHAN BAKAR LABEL

Page 24: Dokumentasi keselamatan

8.2 Langkah Menggunakan Alat Pemadam Api

1. Keluarkan pin picu

2. Halakan muncung pemancut alat

24

Page 25: Dokumentasi keselamatan

3. Tekan tuas rapat pada pemegang supaya bahan pemadam api dapat

disembur

9.0 PETI PERTOLONGAN KECEMASAN

Semua pekerja perlu mempunyai pengetahuan asas tentang pertolongan cemas supaya

dapat membantu sekiranya berlakunya kemalangan atau kecemasan di tempat kerja. Di

samping itu, tempat kerja juga perlu dilengkapi dengan peti pertolongan cemas seperti

yang ditunjukkan dalam Rajah

Peti kecemasan dan peralatannya

Peti ini hendaklah diletakkan di tempat yang sesuai dan mudah diperolehi

apabila ingin digunakan. Senarai kelengkapan dan ubat-ubatan yang perlu ada dalam

25

Page 26: Dokumentasi keselamatan

kotak peti pertolongan cemas serta kegunaannya ditunjukkan dalam Jadual. Senarai

alat dan ubat yang perlu ada dalam peti pertolongan cemas serta kegunaannya.

Alat/Ubat Kegunaan

1. Kain anduh Mengampu lengan yang patah atau terseliuh

2. Kain Pembalut Kasa Membalut luka atau anggota yang terseliuh

3. Gunting Memotong

4. Larutan Flavin Merawat luka

5. Larutan Antiseptik Merawat luka

6. Krim Antiseptik Merawat luka

7. Kapas Mencuci luka serta menyapu ubat pada luka

8. Penampal Luka (Plaster) Membalut luka kecil

10.0 KESIMPULAN

Aspek keselamatan merupakan faktor yang paling penting ditekankan semasa

melakukan kerja-kerja amali khususnya di bengkel. Kesedaran terhadap keselamatan

bengkel perlu ditanamkan kepada setiap bakal guru ini supaya sikap mementingkan

keselamatan ini dapat diamalkan semasa menjadi pendidik di sekolah. Seterusnya

menerapkan pentingnya menjaga keselamatan kepada para pelajar semasa menjalani

aktiviti di bengkel. Aspek keselamatan perlu diberi perhatian utama dan merupakan ciri

penting yang mesti diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran di bengkel pada

setiap masa. Hal ini penting agar tidak berlakunya lagi perkara-perkara yang tidak di

ingini berlaku seperti kemalangan, kecederaan terhadap fizikal.

Kemalangan dapat dielakkan atau dikurangkan jika pelajar sentiasa mematuhi

langkah-langkah keselamatan. Kesedaran mengutamakan keselamatan bukan hanya

pada diri sendiri sahaja tetapi juga terhadap rakan-rakan yang sama-sama bekerja,

terhadap persekitaran dan keselamatan harta benda. Kesedaran mengutamakan

keselamatan akan hanya timbul sekiranya pelajar itu sendiri mengambil berat untuk

mengetahui dan memahami akan kegunaan alatan kelengkapan yang ada di dalam

bengkel. Keselamatan di dalam bengkel akan lebih rumit jika bilangan pelajar terlalu

ramai menggunakan ruang atau kemudahan peralatan yang sedia ada dalam satu

masa. Ruang yang sempit serta pelajar yang ramai akan memburukkan lagi suasana

26

Page 27: Dokumentasi keselamatan

melakukan aktiviti di bengkel. Disebabkan ruang yang terhad dan sempit perkara seperti

gangguan emosi, keadaan yang panas dan suasana yang tidak teratur boleh berlaku.

Sikap pelajar yang tidak ambil berat tentang amalan keselamatan dan sikap acuh

tak acuh terhadap tugas atau kerja boleh mendatangkan bahaya kepada diri dan juga

rakan sekerja. Kesedaran pelajar terhadap amalan keselamatan hendaklah dipupuk dari

awal lagi agar amalan yang positif sentiasa tersemat pada jiwa pelajar itu sendiri.

Dengan itu, hasil kerja dapat dipertingkatkan dan suasana kerja berjalan dengan

selamat. Pengabaian aspek keselamatan mungkin akan mengakibatkan kecederaan,

kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda. Malahan, imej institusi yang terlibat juga

akan buruk serta memberi kesan terhadap kelancaran operasi bengkel berkenaan.

Selain itu juga, kerugian terpaksa di tanggung akibat kerosakan dan tanggungan kos

perubatan.

Secara lazimnya, terdapat peraturan-peraturan keselamatan bengkel di sekolah

tetapi bagi pelajar yang masih mentah dan kurang pengalaman, adakah mereka akan

sentiasa amalkan dan patuhinya sepanjang masa. Dengan itu, langkah-langkah yang

sewajarnya perlulah diambil untuk memelihara dan menjaga keselamatan pelajar yang

terbabit. Pelajar akan diingatkan dari masa ke semasa supaya mereka dapat

membentuk budaya kerja yang selamat untuk diri sendiri, orang lain, alatan dan

persekitaran.

Oleh yang demikian, latihan amali yang diikuti di bengkel adalah merupakan

pendedahan awal kepada pelajar sebelum mereka menempuh ke alam pekerjaan yang

sebenar kelak. Walaupun pelaksanaan kepentingan keselamatan didedahkan kepada

para pelajar ia tidak menjamin keselesaan para pelajar seratus peratus semasa

menjalankan amali di bengkel. Hal ini kerana pengetahuan, kemahiran dan amalan serta

suasana juga merupakan faktor penting dalam pelaksanaan kepentingan keselamatan

bengkel. Pendedahan awal di alam persekolahan akan dapat membiasakan diri pelajar

apabila keluar bekerja dalam situasi yang sebenar kelak.

BIBLIOGRAFI

27

Page 28: Dokumentasi keselamatan

Buku teks: Pengajian Kejuteraan awam (tingkatan 4)

Buku teks: Teknologi Binaan Bangunan

Kaharrudin bin Ismail,Azmi Bin Mohd Yassir,Ramli Bin Asun. Pengajian Kejuruteraan Mekanikal Tingkatan 4.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka

Zulkifli Bin Mohd Salleh, Zainal Bin Abdul Rahim Dan Tuslah Binti Abdan. 2008. Buku Teks Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1. Selangor. Cerdik Publications.Sdn.Bhd.

Diperoleh pada 28 Julai 2010 daripada, Apakah Kemahiran Hidup? (On-line)

http://kemahiranhidupbestari.blogspot.com/

Diperoleh pada 28 Julai 2010 daripada,

http://www.members.fortunecity.com/rescue991/jpa3.htm

Diperoleh pada 28 Julai 2010 daripada, Organisasi Bengkel Dan Keselamatan. (On-line). http://nota.could.ws/bab1bengkel.html

Diperoleh pada 28 Julai 2010 daripada, Peraturan Dan Keselamatan. (On-line). www.scribd.com/doc/.../Peraturan-Keselamatan-Dlm-Bengkel

28