dokumentasi kebakaran

5
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK GADONG JALAN SERAMPANG 3 OFF JALAN TELOK PULAI 41100 KLANG JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN BENCANA DOKUMENTASI LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN (FIRE DRILL) TARIKH: 2 MAC 2011

Upload: abdul-mudzil-mahamod

Post on 02-Jul-2015

1.275 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: dokumentasi kebakaran

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK GADONGJALAN SERAMPANG 3 OFF JALAN TELOK PULAI

41100 KLANG

JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN BENCANA

DOKUMENTASI

LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN(FIRE DRILL)

TARIKH: 2 MAC 2011

Page 2: dokumentasi kebakaran

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK GADONGLAPORAN KAWAT PENGUNGSIAN BANGUNAN (LATIHAN KEBAKARAN)

TAHUN 2011

Tujuan:Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Gadong telah mengadakan kawat pengungsian bangunan pada 2 Mac 2011 bersamaan hari Rabu. Sesi pagi diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi manakala sesi petang telah diadakan pada jam 4.30 petang hingga 5.30 petang.

Tujuan diadakan Kawat Pengungsian Bangunan ialah untuk membiasakan diri pengguna dan penghuni bangunan (murid-murid, guru dan para pekerja) dengan jalan-jalan keluar keselamatan, memahami panduan jalan keluar supaya jika berlaku kebakaran setiap individu dapat keluar dengan selamat dan bersistematik dan mengurangkan panic.

Keperluan Sebelum Mengadakan Latihan Kawat:1. Melantik AJK Keselamatan (Kebakaran).2. Mengadakan Pelan laluan kebakaran dan panduan mengosongkan bangunan. Pelan

Kebakaran dan risalah panduan ini ditampal pada setiap kelas, makmal, pejabat, bilik jahitan, bilik masakan, bilik computer dan bengkel.

3. Membuat tunjuk arah laluan kebakaran pada setiap blok bangunan untuk menunjukkan arah laluan keluar.

4. Memberi taklimat Pelan laluan kebakaran dan latihan kebakaran.5. Membuat pengagihan tugas (AJK latihan kebakaran).

Semasa Latihan Dijalankan:1. Membuat pengawasan di tempat berkumpul yang telah ditetapkan.2. Membuat pemerhatian laluan keluar dan memeriksa persekitaran bangunan.3. Merekodkan kesalahan perilaku yang terdapat semasa latihan kebakaran.4. Membuat pemeriksaan bilik darjah dan bilik-bilik khas sama ada lampu, kipas dan suis

elektrik ditutup.5. Membuat panggilan telefon kepada pihak Bomba Klang Selatan menyatakan ada kebakaran

berlaku di SMK Telok Gadong.

Selepas Latihan:1. Para pelajar, guru-guru dan para pekerja berkumpul di padang SMK Telok Gadong.2. Guru kelas mengambil kehadiran para pelajar dengan mengisi borang kehadiran yang telah

disediakan.3. Masa yang diambil untuk berkumpul di tempat yang telah ditetapkan ialah 3 minit 25 saat.

Masa yang ditetapkan untuk pelajar keluar dari bangunan ialah 3 minit. Borang kehadiran tadi diserahkan kepada penyelaras tingkatan untuk dibuat semakan dan analisis.

4. AJK Pemeriksaan Bangunan menyerahkan borang pemeriksaan bangunan kepada Setiausaha untuk tindakan lanjut.

5. AJK Kebakaran memberi taklimat dan komen latihan kebakaran yang telah dijalankan.6. Semua kelas dan bilik-bilik khas menutup suis lampu dan kipas.

Page 3: dokumentasi kebakaran

7. Beberapa orang pelajar yang hadir tidak ada di tapak perhimpunan.8. Pegawai Bomba dan Penyelamat Klang Selatan iaitu Encik Aziz memberi komen latihan

kebakaran dan memberi sedikit ceramah berkaitan pencegahan kebakaran dan cara-cara menyelamatkan diri sewaktu kebakaran kepada warga sekolah.

9. Cara-cara memadam api telah ditunjukkan.10. Satu demonstrasi penyelamatan telah dijalankan.

Komen Kawat Pegungsian Bangunan daripada pihak bomba

1. Pelajar tidak serius menjalankan latihan.2. Pelajar berbual dan menunggu kawan-kawan untuk turun daripada bangunan.3. Persediaan untuk latihan adalah baik.4. Keseluruhan kawat pengungsian bangunan ini berjaya dilaksanakan.

Kesimpulan

Kawat pengungsian bangunan ini perlu dijalankan setiap tahun untuk memberi kesedaran dan panduan kepada para penghuni dan pengguna bangunan tentang tatacara yang betul dan selamat untuk keluar apabila berlakunya kebakaran. Hal ini penting untuk mengurangkan panik seterusnya dapat menyelamatkan nyawa. Kesimpulannya, kawat pengungsian bangunan yang dijalankan telah berjaya mencapai objektif kerana pelajar dapat mengikuti laluan yang telah ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

_________________________(EN ABDUL MUDZIL MAHAMOD)AJK DokumentasiJK Latihan Kebakaran

Disemak oleh,

_________________________(EN MOHD ZULKIFLY CHE JUSOH)Setiausaha,JK Keselamatan dan Bencana

Disahkan oleh,

_______________________(TN. HJ. HISHAMUDDIN SIRAT)Penolong Kanan HEM,SMK Telok Gadong

Page 4: dokumentasi kebakaran

GAMBAR FOTOLATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN (FIRE DRILL)