kertas kerja pameran arca

10
INSTITUT PERGURUAN RAJANG 96509 BINTANGOR, SARAWAK KERTAS KERJA PAMERAN ARCA “DERITA DERA” PENGANJUR

Upload: d-fbuser-33895881

Post on 27-Jun-2015

318 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Pameran Arca

INSTITUT PERGURUAN RAJANG

96509 BINTANGOR, SARAWAK

KERTAS KERJA

PAMERAN ARCA “DERITA DERA”

PENGANJUR

Page 2: Kertas Kerja Pameran Arca

WARISAN IPR ART PRODUCTION (WIPRAP)

KERTAS KERJA PAMERAN ARCA “DERITA DERA”

1.0 Tema :

“Derita Dera”

2.0 Pengenalan

Pameran arca bertemakan ‘Derita Dera’ dianjurkan oleh Warisan IPR Art

Production dalam mencapai satu matlamat iaitu memberi penghargaan kepada

artis-artis yang cuba menyampaikan mesej penderitaan mangsa-mangsa dera

melalui arca-arca yang mereka hasilkan. Pameran ini juga disertai oleh pengarca-

pengarca dari dalam negara dan luar negara seperti Filipina, Thailand, Indonesia,

Singapura dan Brunei Darussalam. Pameran ini diadakan di Marriot Hotel Spa &

Resort pada 2 hingga 8 Disember 2006.

Pameran ini dianjurkan bertujuan untuk memperkenalkan fungsi-fungsi

arca dalam menyampaikan mesej iaitu peristiwa atau kejadian yang berlaku di

sekeliling kita melalui rupa dan bentuk arca yang dipamerkan. Ini menerapkan

dalam setiap individu bahawa arca mempunyai fungsi tersendiri dalam

menyampaikan mesej kepada orang ramai melalui cara seni.

Reka bentuk arca yang dipamerkan menyerupai penderitaan sebenar

mangsa-mangsa dera yang kebanyakkannya terdiri daripada wanita dan kanak-

kanak. Pameran ini juga ingin memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa

masih berleluasanya peristiwa dera dan setiap individu perlu lebih prihatin

terhadap mangsa-mangsa dera.

3.0 Tarikh

2 Disember 2008 (Sabtu) – 8 Disember 2008 (Jumaat)

Page 3: Kertas Kerja Pameran Arca

4.0 Penganjur

Warisan IPR (Institut Perguruan Rajang) Art Production

5.0 Objektif

5.1 Meningkat dan meluaskan pengetahuan serta pengalaman para penganjur

dalam merancang dan melaksanakan projek khususnya projek pameran.

5.2 Memberi peluang kepada pengarca-pengarca untuk mempamerkan karya-

karya mereka dalam pameran ini.

5.3 Memperkenalkan fungsi-fungsi arca dalam menyampaikan mesej kepada

orang ramai melalui rupa dan bentuk arca yang dipamerkan.

5.4 Memberi kesedaran kepada masyarakat agar menyedari betapa deritanya

mangsa-mangsa yang didera.

6.0 Lokasi Pameran

Marriot Hall, Level 2,

Marriot Hotel Spa & Resort,

Jalan Temenggong Datuk Oyong Lawai,

Po. Box 1145, 98000 Miri,

Sarawak

7.0 Penaja

7.1 Marriot Hotel Spa & Resort

7.2 Boulevard Corporation (M)

7.3 OGP Technical Service Sdn Bhd

7.4 Columbia Asia Medical Centre

7.5 OSK Securities

7.6 Shell ServiceAsia Sdn Bhd

Dengan kerjasama :

Marriot Hotel Spa & Resort

Page 4: Kertas Kerja Pameran Arca

Jabatan Residen Bahagian Miri

Majlis Bandaraya Miri

Polis Diraja Malaysia, Cawangan Miri

Radio Televisyen Malaysia, Miri

Miri Port

Miri International Airport (MAS)

MAS Kargo

Viking Cargo Ship Company

Hospital Umum Miri

8.0 Jawatankuasa

Pengerusi : Recarldo Gonzalez

Naib Pengerusi : Zulkarami Bahron

Setiausaha : Abraham Lincorn

Bendahari : Kiu Chai Yieng

AJK Sambutan & Protokol : Rosmawati Irshaad

AJK Publisiti : Ganesharan a/l Mhutusamy

AJK Peragaan : Arsraf Mohd. Noh

AJK Pengangkutan & Peralatan : Kamala Dewi a/p Krishnan

AJK Jamuan & Kebajikan : Alice Lu Mei Hua

9.0 Bidang Tugas Jawatankuasa

Bil Jawatankuasa Bidang Tugas

1. Pengerusi Bertindak sebagai ketua program. Memastikan ahli jawatankuasa yang lain

menjalankan tugas masing-masing. Mengemukakan surat kebenaran daripada pihak

yang berkenaan.

2. Naib Pengerusi Membantu pengerusi menjalankan tugas yang berkaitan.

Membantu pengerusi untuk memastikan aturcara

Page 5: Kertas Kerja Pameran Arca

program berjalan dengan lancar dan teratur.

3. AJK Jamuan & Kebajikan Mendapatkan pembekal makanan. Menyediakan menu makanan. Mengurus keperluan makanan. Mengurus tempat jamuan. Menentukan belanjawan untuk jamuan. Memastikan kebajikan ahli jawatankuasa

terjamin.

4. Setiausaha Membuat kertas kerja program. Mencatat minit mesyuarat setiap kali mesyuarat

diadakan. Menghantar surat jemputan kepada pihak yang

berkenaan. Memastikan surat jemputan sampai dan diterima

oleh pihak yang berkenaan. Menghubungi pihak yang terbabit untuk

mengesahkan kehadiran. Menghantar surat untuk mendapat sumbangtaja

daripada pihak yang terbabit.

5. Bendahari Menentukan jumlah keseluruhan belanjawan program.

Memastikan belanjawan program mencukupi dan teratur.

6. AJK Peragaan Memastikan tempat untuk peragaan. Memastikan tempat yang sesuai untuk pameran. Menentukan belanjawan untuk bahagian

peragaan. Menghubungi dan menempah lokasi pameran.

7. AJK Publisiti Menghubungi pihak media. Mengiklankan projek. Membuat katalog, kain rentang dan kad

jemputan majlis perasmian.

8. AJK Pengangkutan & Peralatan

Menyediakan pengangkutan untuk membawa arca pameran ke lokasi pameran.

Menyediakan peralatan seperti peralatan untuk siaraya serta peralatan untuk pameran.

Menghubungi pihak yang berkenaan untuk mendapatkan khidmat pengangkutan.

9. AJK Sambutan & Protokol Menjemput tetamu masuk ke lokasi pameran.

Page 6: Kertas Kerja Pameran Arca

Menjemput tetamu-tetamu kehormat. Menguruskan majlis perasmian. Bekerjasama dengan AJK Peragaan dalam galeri.

10.0 Perancangan

10.1 Mengadakan perbincangan dan mesyuarat dan membentuk jawatankuasa.

10.2 Menyediakan kertas kerja.

10.3 Mengemukakan kertas kerja kepada Ketua Jabatan Hal Ehwal pelajar

untuk diluluskan terlebih dahulu.

10.4 Memohon kebenaran daripada Pengarah, Institut Perguruan Rajang.

10.5 Memohon kebenaran daripada Bahagian Pendidikan Guru dan

Kementerian Pelajaran Malaysia.

10.6 Memohon untuk mendapat sumbangtaja.

10.7 Menghantar surat jemputan kepada pihak yang berkenaan.

10.8 Membuat tempahan / mendapatkan cenderamata.

10.9 Menghubungi semua pihak yang berkenaan.

10.10 Taklimat kepada semua yang berkenaan.

11.0 Pelaksanaan

JADUAL PENGISIAN PROGRAM

TARIKH MASA AKTIVITI TINDAKAN

2 Disember 2008(Selasa)

8.00 pg Galeri dibuka Pengurus Projek

11.00 pg Majlis Perasmian oleh YB Dato’ Sri Shahrizat Abdul JalilMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

AJK Pengacara & Pengurus Projek

12.00 tghari

Makan tengahari. AJK Jamuan & Makanan

2.00ptg – 5.00 ptg

Pameran arca AJK Peraga dan Pengurus Projek

Page 7: Kertas Kerja Pameran Arca

3 Disember 2008(Rabu)

8.00 pg – 5.00 ptg

Pameran arca AJK Peraga & AJK yang berkaitan

4 Disember 2008 (Khamis)

8.00 pg – 5.00 ptg

Pameran arca AJK Peraga & AJK yang berkaitan

5 Disember 2006 (Jumaat)

8.00 pg – 5.00 ptg

Pameran arca AJK Peraga & AJK yang berkaitan

6 Disember 2006(Sabtu)

8.00 pg – 5.00 ptg

Pameran arca AJK Peraga & AJK yang berkaitan

7 Disember 2006 (Ahad)

8.00 pg – 5.00 ptg

Pameran arca AJK Peraga & AJK yang berkaitan

8 Disember 2006 (Isnin)

8.00 pg – 5.00 ptg

Pameran arca AJK Peraga & AJK yang berkaitan

12.0 Kewangan

12.1 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN

PERKARA KOS

1. Jamuan dan makanan

2. Publisiti

3. Pengangkutan & Peralatan

4. Peragaan

5. Kebajikan AJK

6. Kebajikan peserta

= RM 815.00

= RM 25650.00

= RM 39500.00

= RM 8750.00

= RM 5985.00

= RM 14875.00

Jumlah RM 95 575.00

13.0 Sumber Kewangan

PERKARA KOS

1. Yuran penyertaan peserta

2. Sumbangtaja dan derma

RM2000.00 x 25 = RM 50000.00

= RM 30000.00

Page 8: Kertas Kerja Pameran Arca

perseorangan

3. Peruntukan dari Institut / BPG

4. Akaun WIPRAP

= RM 20000.00

= RM 10000.00

Jumlah RM 110 000.00

14.0 Penutup

Program Pameran Arca “Derita Dera” ini adalah merupakan satu anjakkan

paradigma kepada “Dunia Luar” bagi semua yang terlibat secara langsung atau

tidak langsung dan ianya sungguh bermakna dalam kehidupan. Di samping itu,

program ini juga dapat meluaskan lagi pengetahuan dan pengalaman pihak

penganjur dalam melaksanakan dan menguruskan suatu projek yang besar seperti

ini. Oleh yang demikian, adalah diharapkan program ini mendapat kelulusan dan

sokongan penuh daripada pihak pengurusan Institut Perguruan Rajang dan

Bahagian Pendidikan Guru.

Kejayaan program ini juga adalah diharapkan akan menjadi garis panduan

dan penandarasan (benchmark) kepada kumpulan-kumpulan / persatuan-persatuan

dan kelab-kelab.

Kertas Kerja disediakan oleh :

(ABRAHAM LINCORN) TARIKH : 1 Ogos 2006

Setiausaha

Page 9: Kertas Kerja Pameran Arca