document(6)

Upload: guna

Post on 10-Jan-2016

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

thjgf

TRANSCRIPT

  • BAB 2 PENDAPATAN DAN PENGGUNAAN PENDAPATAN INDIVIDU

    SPM 2004

    Soalan 1

    (c) Rajah 1 menunjukkan maklumat tentang hadiah pertandingan kuiz bonanza

    Cadangkan tiga cara bagaimana pemenang kuiz itu boleh menggunakan wang tersebut untuk menambah pendapatannya. ( 9 markah )

    Contoh jawapan:Cara untuk menambah pendapatan1. Membeli aset tetap seperti tanah untuk disewakan2. Menjadikan modal perniagaan seperti membuka restoran untuk mendapat untung3. Menyimpan di bank perdagangan untuk mendapat faedah/di Bank Islam untuk mendapat dividen4. Membuat pelaburan seperti membeli tanah dan menjualnya dengan harga lebih tinggiuntuk mendapat untung

    Soalan 2(a) Selain daripada untung, nyatakan dan terangkan jenis-jenis pendapatan individu yang lain. ( 9 markah )

    Contoh jawapan:Jenis-jenis pendapatan individu1. Upah Diterima oleh buruh atas sumbangan tenaga mental dan fizikal dalam proses pengeluaran .

  • 2. SewaDiterima oleh pemilik tanah atau bangunan yang membenarkan orang lain menggunakan hartanya.

    3. FaedahDiterima oleh pemilik modal wang yang menyimpan wang di bank perdagangan4. Bayaran pindahan Diterima oleh individu tanpa apa-apa sumbangan dalam proses pengeluaran. Contoh biasiswa yang diterima oleh pelajar dan pencen yang diterima oleh pesara

    (b) Jelaskan maksud perkara-perkara berikut: i) Pendapatan boleh guna ( 2 markah )

    Contoh jawapan:Pendapatan boleh guna ialah pendapatan yang boleh dibelanjakan selepas ditolak potongan wajibPendapatan boleh guna = Jumlah Pendapatan Individu potongan wajib ( KWSP + cukai pendapatan individu + zakat + PERKESO )

    ii) Pendapatan boleh cukai ( 2 markah )

    Contoh jawapan:Pendapatan boleh cukai ialah sejumlah pendapatan yang layak dikenakan cukai selepas ditolak pelepasan-pelepasan seperti pelepasan diri sendiriPendapatan boleh cukai = Jumlah pendapatan individu pelepasan

    iii) Upah benar ( 2 markah )

    Contoh jawapan:Upah benar kuasa beli upah wang

    Upah benar = Upah wang _________________ Harga purata barang

    (c) Data 1 ialah maklumat diri Cik Aina.

    Data 1

    UMUR : 30 TahunKELULUSAN : Ijazah Undang-UndangPEKERJAAN SEKARANG : Guru Tadika

  • Berdasarkan faktor pemilihan pekerjaan, mengapakah Cik Aina memilih kerjaya sebagai guru tadika walaupun berkelulusan undang-undang ? ( 10 markah )

    Contoh jawapan:Faktor-faktor yang menyebabkan Cik Aina menjadi guru tadika ialah1. Minat Cik Aina lebih berminat menjadi guru tadika 2. Pengaruh keluarga Mungkin ibu atau adik-beradik Cik Aina menjadi guru tadika 3. Suasana tempat kerjaCik Aina suka bekerja di tempat yang riuh dengan suara kanak-kanak.4. JarakJarak tadika dengan rumah Cik Aina dekat dengan tempat tinggalnya

    SPM 2005

    Soalan 2

    (a) Pendapatan boleh guna Encik Saiful pada bulan April ialah RM 2 000. Maklumat berikut menunjukkan perbelanjaan beliau dalam bulan itu.

    (i) Adakah anda bersetuju dengan perbelanjaan beliau? Berikan alasan anda. ( 5 markah )

    Contoh jawapan:Tidak bersetuju kerana jumlah perbelanjaan melebihi pendapatan boleh guna sebanyak RM200.Berlaku pembaziran dalam perbelanjaanTiada tabungan untuk masa depan En Saiful terpaksa meminjam untuk berbelanjaMenyebabkan infasi

    Perbelanjaan RM

    Sewa rumah 500Hiburan/rekreasi 300Sumbangan kepada ibu bapa 300Kesihatan 100Tambang 200Bil elektrik, air, telefon 200Makanan 600

  • (ii) Sediakan satu penyata belanjawan peribadi yang sistematik untuk Encik Saiful. ( 6 markah )

    Contoh jawapan:Penyata belanjawan peribadi yang sistematik untuk En. Saiful

    Butiran RM RMPendapatan boleh guna Tolak perbelanjaanSewa rumahMakananBil elektrik, air, telefonHiburan / rekreasiSumbangan kepada ibu bapaKesihatan TambangJumlah perbelanjaan

    500500200100300100200

    2000

    1900Baki untuk tabungan 100

    (b) Situasi berikut merupakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam sebuah kelas.

  • ( i ) Terangkan cara-cara pelaburan yang dimaksudkan oleh guru itu. (8 markah)

    Contoh jawapan:Cara-cara pelaburan 1. Membeli barang niaga atau bahan mentah, kemudian dijual dengan harga yang lebih tinggi bagi mendapat keuntungan.2. Membeli aset tetap seperti tanah atau bangunan dan menyewakannya untuk mendapatkan sewa atau dijual dengan harga lebih tinggi untuk mendapat untung3. Membeli barang modal seperti jentera atau mesin untuk meningkatkan pengeluaran4. Pelaburan sumber manusia melalui pendidikan untuk meningkatkan kemahiran

    ( ii ) Bezakan pulangan yang dinyatakan oleh kedua-dua murid itu. (6 markah)

    Contoh jawapan:Perbezaan pulangan

    Pulangan Tabungan Pulangan Pelaburan1. Pulangan tabungan dalam bentuk faedah atau dividen2. Pulangan rendah3. Risiko rendah/lebih terjamin4. Bersifat mudah cair5. Contoh: menabung di bank perdagangan

    1. Pulangan pelaburan ialah untung

    2. Pulangan tinggi3. Risiko tinggi/kurang selamat4. Bersifat tidak mudah cair5. Contoh: Membeli tanah

    SPM 2006

    Soalan 1(c) Berikut adalam maklumat mengenai Encik Shafiq.

    Terangkan lima faktor yang menyebabkan Encik Shafiq bertukar kerja.( 10 markah )

    Encik Shafiq berkelulusan SPM adalah anak seorang pegawai kerajaan dan tinggal di Alor Setar, Kedah. Enam bulan yang lepas beliau telah bekerja sebagai pencuci bangunan tinggi di sebuah syarikat di Johor Bahru dengan gaji RM 1 000. Sekarang beliau telah bertukar kerja sebagai kerani di sebuah jabatan kerajaan di Alor Setar, Kedah dengan gaji RM750.

  • Contoh jawapan:Sebab Encik Shafiq bertukar kerja1. Faedah sampingan lebih banyak seperti rawatan perubatan percuma2. Suasana di tempat kerja lebih selesa 3. Minat kerana Encik Shafiq lebih berminat menjadi kerani4. Pengaruh keluarga kerana ayah Encik Shafiq bekerja sebagai pegawai kerajaan5. Jarak lebih dekat dengan tempat tinggalnya di Alor Setar6. Prospek pekerjaan kerana mempunyai peluang kenaikan pangkat7. Kelayakan akademik En Saiful sesuai untuk menjadi kerani

    SPM 2007

    Soalan 2(a) Gambar 3 menunjukkan maklumat yang berkaitan dengan satu daripada

    sumber pendapatan Encik Samad bagi tempoh satu bulan tertentu.

    .

    Huraikan dua sumber pendapatan Encik Samad selain daripada yang dinyatakan di atas.( 6 markah )

    Contoh jawapan:1. Bekerja sendiriContohnya berniagaAkan mendapat untung2. Bekerja dengan orang lainContohnya bekerja dengan sektor kerajaan atau swasta Akan mendapat upah

  • (b) Jadual 1 berkaitan dengan pendapatan dan perbelanjaan Encik Amir pada satu bulan tertentu.

    Butiran RMGaji

    KWSP

    Cukai Pendapatan

    PERKESO

    Insurans Nyawa

    Faedah Simpanan

    4 000.00

    60.00

    15.00

    20.00

    100.00

    100.00 Jadual 1

    Hitungkan pendapatan boleh guna Encik Amir pada bulan tersebut. ( 7 markah )

    Contoh jawapan:Pendapatan Boleh Guna = Jumlah Pendapatan Individu Potongan Wajib (KWSP + cukai pendapatan + Perkeso)

    PendapatanGajiFaedah SimpananJumlah Pendapatan

    Tolak : Potongan WajibKWSPCukai PendapatanPERKESO

    Jumlah Potongan

    RM

    4 000 100

    360 15 20

    RM

    4 100

    395

    Pendapatan Boleh Guna 3 705

    (c) (i) Jelaskan maksud belanjawan peribadi ( 2 markah )

    Contoh jawapan:Belanjawan peribadi ialah suatu anggaran perbelanjaan berdasarkan anggaran pendapatan individu untuk jangkamasa tertentu

  • Merupakan panduan untuk belanja dengan cermat.

    (ii) Terangkan dua kepentingan belanjawan peribadi kepada individu. ( 4 markah )

    Contoh jawapan:Kepentingan belanjawan peribadi1. Mendahulukan barang yang pentingDapat mengelakkan pembaziran2. Dapat menabungUntuk digunakan semasa kecemasan3. Dapat merancang perbelanjaan mengikut pendapatanUntuk mengelakkan hutang.4. Mengawal inflasiDapat mengurangkan permintaan dan kenaikan harga barang secara berterusan.

    (d) Maklumat berikut berkaitan dengan satu persamaan dalam ekonomi.

    (i) Apakah X ? ( 1 markah )

    Contoh jawapan:X ialah tabungan

    (ii) Terangkan tiga kepentingan X kepada individu. ( 5 markah)

    Contoh jawapan:Kepentingan menabung1. Awasan/ kecemasanSeperti sakit, ditimpa kemalangan atau kematian.2. Untuk membeli barang tahan secara tunai kerana harga yang lebih rendah.3. Menambah punca kewanganJika menyimpan di bank perdagangan mendapat faedah.4. Membiayai pendidikanUntuk melanjutkan pelajaran ke universiti 5. Memenuhi cita-cita tertentuSeperti menunaikan fardu haji atau melancong

    X + Perbelanjaan = Pendapatan Potongan Wajib

  • 2008

    2(a) Perbualan berikut tentang kerjaya dua orang sahabat.

    Bezakan kerjaya yang dipilih oleh Jamal dan Arief berdasarkan faktor pemilihan pekerjaan. (6 markah)

    Contoh jawapan: Perbezaannya: 1. Pekerjaan Arief tidak mempunyai faedah sampingan/contoh faedah sampingan tetapi pekerjaan Jamal banyak faedah sampingan 2. Suasana tempat kerja Arief kurang selesa tetapi suasana tempat kerja Jamal selesa 3. Pekerjaan Arief tidak memerlukan kelayakan akademik tetapi pekerjaan Jamal memerlukan kelayakan akademik 4. Waktu bekerja Arief tidak menentu tetapi Jamal bekerja ikut waktu pejabat

    2(b) Maklumat berikut tentang pendapatan, pendapatan boleh cukai dan potongan wajib Encik Farish dalam tempoh setahun.

    Pendapatan RM 48 000.00 Pendapatan boleh cukai RM 33 000.00 Zakat RM 600.00 KWSP 10 % PERKESO RM 240.00

    Kadar cukai yang dibenarkan adalah seperti berikut:

    Pendapatan Boleh Cukai (RM) Kadar Cukai (%) Cukai (RM)RM 5 000 yang pertamaRM 10 000 yang berikut

    01

    0100

    RM 15 000 yang pertamaRM 15 000 yang berikut

    -3

    100450

    RM 30 000 yang berikutRM 20 000 yang berikut

    -5

    550

    Hitungkan pendapatan boleh guna Encik Farish. (9 markah)

    Jamal : AriefAku bangga engkau menjadi petani yang berjaya.

    Arief : Engkau pun apa kurangnyaJadi pegawai bank.

  • Contoh jawapan: Pendapatan boleh cukai RM 33 000.00

    Pengiraan cukai pendapatan: 1) RM 5 000 X 0 % = RM 0 2) RM 10 000 X 1 % = RM 100.00 3) RM 15 000 X 3 % = RM 450.00 4) RM 3 000 X 5 % = RM 150.00 Jumlah cukai pendapatan RM 700.00 Tolak Zakat RM 600.00 Cukai pendapatan EN Farish RM 100.00

    Pendapatan Boleh Guna = Jumlah Pendapatan Potongan Wajib (KWSP + Zakat + PERKESO + Cukai Pendapatan)

    Pendapatan Boleh Guna = RM 48 000 (RM 4 800 + RM 600 + RM 240 + RM 100) = RM 48 000 RM 5 740 Pendapatan Boleh Guna = RM 42 260.00

    2(c) Jelaskan empat kepentingan belanjawan peribadi. (4 markah)

    Contoh jawapan: Kepentingan belanjawan peribadi:

    1. Menggalakkan tabungan2. Berbelanja ikut kemampuan3. Mengawal inflasi4. mengelakkan hutang5. mengutamakan barang penting6. mengelakkan pembaziran

    2(d) Gambar 3 menunjukkan perbualan tentang pelaburan dan tabungan.

    Gambar 3 (i) Huraikan cara pelaburan yang dimaksudkan oleh Encik Gopal. (3 markah)

  • Contoh jawapan: Cara pelaburan yang dimaksudkan: Pembelian aset tetap Contohnya tanah/rumah Jual dengan harga lebih tinggi dapat untung Sewakan

    (ii) Adakah anda bersetuju dengan cadangan yang dibuat oleh Encik Ah Seng? Berikan dua alasan. (3 markah)

    Contoh jawapan: Setuju Tabungan lebih selamat/risiko rendah/Pelaburan kurang selamat/risiko tinggi Tabungan mudah cair/Pelaburan tidak mudah cair Tabungan dapat dividen/dapat faedah/Pelaburan dapat untung/sewa