document 1

7
Pengurusan bilik darjah bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan dan kerjasama ahli untuk mencapai objektif organisasi atau kumpulan dalam sesuatu gerakerja. Ini termasuklah proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Pengurusan bilik darjah yang dinamik dapat mencapai objektif ke arah pembinaan Modal Insan yang menjurus kepada pembinaan JERIS. Faktor kepelbagaian sosio-budaya di Malaysia memberikan impak kepada para guru. Justeru, seseorang guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas tentang kepelbagaian budaya dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Hal ini penting agar guru dapat mengaplikasikan pengetahuan ini di dalam bilik darjah. Perkara yang utama ialah guru seharusnya mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya di sekolah. Dalam konteks ini, persekitaran bilik darjah bukan sekadar melibatkan unsur-unsur fizikal yang dapat dilihat dengan pancaindera semata- mata seperti ruang bilik darjah serta peralatan di dalamnya, sebaliknya persekitaran bilik darjah turut melibatkan unsur-unsur emosi dan hubungan kemanusiaan. Kedua-dua unsur sangat perlu digabungkan serta diserasikan untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah mesra budaya. Pembinaan bilik darjah mesra budaya mencakupi unsur-unsur yang berikut : a) Ruang fizikal dan peralatan serta kemudahan pengajaran dan pembelajaran. b) Guru dan murid yang melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. c) Amalan nilai-nilai murni sewaktu melalui proses pengajaran dan pembelajaran. d) Peraturan di bilik darjah yang ditetapkan dan diamalkan. e) Amalan pedagogi terbaik dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. f) Hubungan kemanusiaan antara guru dengan murid, murid dengan murid, guru dan murid dengan komuniti sekolah. Lemlech (1988) menjelaskan bahawa pengurusan bilik darjah sebagai okestra kehidupan. Pengurusan bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosedur dan sumber

Upload: ali-imran

Post on 11-Nov-2015

223 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

dokumen

TRANSCRIPT

Pengurusan bilik darjah bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan dan kerjasama ahli untuk mencapai objektif organisasi atau kumpulan dalam sesuatu gerakerja. Ini termasuklah proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Pengurusan bilik darjah yang dinamik dapat mencapai objektif ke arah pembinaan Modal Insan yang menjurus kepada pembinaan JERIS. Faktor kepelbagaian sosio-budaya di Malaysia memberikan impak kepada para guru. Justeru, seseorang guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas tentang kepelbagaian budaya dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Hal ini penting agar guru dapat mengaplikasikan pengetahuan ini di dalam bilik darjah. Perkara yang utama ialah guru seharusnya mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya di sekolah. Dalam konteks ini, persekitaran bilik darjah bukan sekadar melibatkan unsur-unsur fizikal yang dapat dilihat dengan pancaindera semata-mata seperti ruang bilik darjah serta peralatan di dalamnya, sebaliknya persekitaran bilik darjah turut melibatkan unsur-unsur emosi dan hubungan kemanusiaan. Kedua-dua unsur sangat perlu digabungkan serta diserasikan untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah mesra budaya. Pembinaan bilik darjah mesra budaya mencakupi unsur-unsur yang berikut :a) Ruang fizikal dan peralatan serta kemudahan pengajaran dan pembelajaran.b) Guru dan murid yang melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.c) Amalan nilai-nilai murni sewaktu melalui proses pengajaran dan pembelajaran.d) Peraturan di bilik darjah yang ditetapkan dan diamalkan.e) Amalan pedagogi terbaik dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.f) Hubungan kemanusiaan antara guru dengan murid, murid dengan murid, guru dan murid dengan komuniti sekolah.

Lemlech (1988) menjelaskan bahawa pengurusan bilik darjah sebagai okestra kehidupan. Pengurusan bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran. Aspek yang diberi keutamaan adalah penyusunan suasana bilik bagi memaksimumkan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta tanggungjawab guru dalam memikirkan terlebih dahulu masalah-masalah yang mungkin timbul.Marzana (2003) menyatakan tindakan guru dalam bilik darjah mempunyai impak dua kali ganda dalam pencapaian murid berbanding dengan polisi sekolah berkenaan kurikulum, penialaian kerjasama antara guru dan penglibatan masyarakat. Beberapa kajian yang telah dijalankan menunjukkan banyak pemboleh ubah yang dibandingkan dengan pengurusan bilik darjah mempunyai kesan besar dalam pencapaian murid. Oleh kerana tindakan guru boleh memberikan impak yang besar, maka menjadi tanggungjawap bersar bagi guru untuk menyediakan persekitaran fizikal yang efektif bagi membantu perkembangan murid dalam pembelajaran.Selain itu, pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran dalam abad yang mencabar ini dan lebih-lebih lagi melibatkan murid-murid dari pelbagai latar belakang etnik. Pengurusan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dapat dilihat melalui penyusunan susun atur di dalam bilik darjah. Contoh lakaran pelan lantai yang mesra budaya adalah seperti yang berikut :Guru perlu memastikan supaya terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai kumpulan etnik dan tidak hanya satu kumpulan etnik dikelompokkan dalam satu kumpulan melalui penyusunan meja . Apabila ada perbincangan kumpulan atau aktiviti-aktiviti kumpulan ahli-ahli kumpulan perlu terdiri dari pelbagai kaum etnik. Secara tidak langsung kepelbagaian kumpulan etnik dalam satu-satu kumpulan secara tidak langsung dapat mewujudkan serta memupuk satu suasana mesra budaya secara tidak langsung. Aktiviti seperti ini dapat dijalankan disudut bergaulan kaum yang disediakan dengan pelbagai kemudahan seprti alatan mewarna, kertas majong, manila kad dan sebagainya.Dalam bilik darjah, guru perlu menyediakan pelbagai sudut pembelajaran dan aktiviti yang dapat membantu perkembangan intelek murid seperti sudut boneka, kognitif, kinestetik serta sudut kreativiti dan sebagainya. Di samping itu, guru juga harus membentuk sudut-sudut bacaan seperti buku cerita dan majalah pendidikan dan sudut multimedia seperti komputer, televisyen dan multimedia. Selain itu, guru juga harus menulis atau melukis slogan yang berunsurkan perpaduan sebagi moto kelas. Moto- moto seperti ini dapat meningkat semangat perpaduan diantara pelajar yang pelbagai kaum. Secara tidak langsung nilai- nilai seperti kerjasama, tolak ansur dan sebagainya dapat diterapkan dalam diri pelajar.

Kemudahan asas dalam bilik darjah mestilah mencukupi serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan. Sebagai contoh guru boleh menyediakan hiasan pada papan kenyataan di dalam kelas, menghias kerusi mej murid-murid, menghiaskan papan hijau atau papan putih yang terdapat didalam kelas. Secara tidak langsung ianya telah mewujudkan suatu suasana yang ceria dan mampu mengharmonikan lagi persekitaran di dalam bilik darjah. Kesannya murid akan lebih selesa dan bertambah bersemangat untuk menimba ilmu pelajaran sesame berada di dalam kelas tersebutKejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang kondusif bermakna guru telah berjaya membentuk Budaya berdisiplin, kerjasama, sayang kepada keindahan alam sekitar, mematuhi setiap arahan, kehidupan berkualiti yang melambangkan sebahagian daripada keimanan. Sebagai contoh, budaya kerja iaitu penyediaan jadual bertugas untuk kelas. Dimana ianya merangkumi bidang kerja seperti menyapu sampah, lap cermin, mengutip sampah, menyusun meja dan sebagainya. Oleh sebab itu, sikap budaya berdisiplin dan kerjasama dikalangan murid dapat dibentuk.Pengurusan fizikal bilik darjah bolehlah dirumuskan meliputi aspek keselamatan termasuklah menyediakan peraturan dan amalan bilik darjah. Ini juga penting untuk memastikan persekitaran bilik darjah selamat. Tambahan itu pula, guru boleh menyediakan papan penyataan peraturan ketika didalam. Sebagai contoh, guru boleh melekatkan peraturan di setiap meja murid yang berada di dalam kelas tersebut untuk memastikan murid-murid sentiasa membaca peraturan tersebut dan secara tidak langsung murid dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Peraturan diwujudkan berpandukan Pekeliling dan Peraturan Sekolah. Antaranya merangkumi amalan menepati masa, amanah, rasa tanggungjawab, menjaga kebersihan, hormat-menghormati, bertolak ansur dan bekerjasama. Dalam pada itu juga, sekiranya murid telah boleh mengikuti peraturan yang telah disediakan maka murid telah mengamalkan amalan-amalan bilik darjah yang diinginkan oleh guru kelas.Seterusnya, dalam pengajaran dan pembelajaran, salah satu strategi yang sesuai digunakan dalam bilik darjah ialah pembelajaran koperatif. Melalui struktur pembelajaran koperatif, pelajar dalam kumpulan heterogenous dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman, belajar bersama-sama, saling membantu dan berinteraksi untuk memastikan pencapaian kumpulan. Pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang, etnik, taraf sosial dan pencapaian dapat saling belajar dan mengenali budaya secara tidak langsung. Kesedaran budaya mikro kumpulan etnik yang berbeza secara tidak langsung dapat membantu mengeratkan hubungan dan mewujudkan kerjasama dan toleransi yang diperlukan dalam masyarakat majmuk.

Di samping itu, antara cara guru untuk mengaplikasikan kepelbagaian budaya dalam bilik darjah ialah perancangan pengajaran dan pembelajaran guru perlu melibatkan komunikasi dua hala iaitu interaksi guru dan murid serta interaksi murid dengan murid. Komunikasi merupakan medium dan saluran yang baik untuk menghubungkan individu dengan individu lain. Guru mestilah berupaya menyusun dan merangka pelbagai aktiviti yang melibatkan penyertaan semua murid. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu mengambil kira peluang yang sama rata kepada setiap ahli kumpulan. Hal ini bermaksud setiap kumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu mengambil peranan penting untuk menjayakan tugasan yang diberi. Kejayaan dalam melaksanakan aktiviti tersebut akan membentuk rapo yang positif dalam kumpulan mereka. Dengan adanya aktiviti yang dirangka dengan baik, guru dapat mengelakkan prejudis antara murid yang berbeza budaya. Prejudis berlaku dalam bentuk pandangan negatif yang tersemat dalam hati seseorang yang berbeza kelompok etnik terhadap kelompok etnik lain (Shamsul Amri Baharuddin,2007:12). Prejudis antara murid yang berbeza budaya perlu dikikis dan dihapuskan dengan menerapkan nilai-nilai murni dan baik sangka antara murid dalam bilik darjah. Selain itu juga, guru boleh melaksanakan pengajaran kelas bercantum. Pelaksanaan kelas bercantum walaupun mempunyai bilangan murid yang kecil, tetapi tetap mengamalkan pengajaran secara kelas tanpa mengabaikan kepentingan kepelbagaian murid yang berbeza-beza dari sudut daya tanggapan, imaginasi, minat dan konsentrasi walaupun mereka dalam kumpulan umur yang hampir sebaya. Pelaksanaan dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran kelas bercantum masih boleh diteruskan dengan membahagikan murid ke dalam kumpulan-kumpulan kecil dengan mengambil kira prinsip-prinsip seperti yang berikut :a) Kumpulan sama kebolehanb) Kumpulan pelbagai kebolehanc) Kumpulan tahun persekolahand) Kumpulan sosiale) Kumpulan individu

Guru juga perlu sentiasa bertindak dalam memastikan ruang pembelajaran murid tidak terganggu dengan perbezaan latar belakang, kelas sosial dan kaum masing-masing dengan cara tidak membezakan mereka di antara satu sama lain. Contohnya, guru akan memastikan murid dari pelbagai latar belakang ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama semasa melakukan aktiviti berkumpulan. Ini akan memberikan peluang kepada murid untuk berinteraksi sesama sendiri secara terbuka seterusnya mewujudkan pergaulan yang tidak berkelompok dan tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Guru juga perlu menunjukkan teladan yang baik di hadapan murid-murid. Contohnya guru datang awal ke bilik darjah, sentiasa bersikap adil dan berdisiplin dalam apa jua hal. Perkara ini akan meningkatkan rasa hormat murid terhadap guru dan menjadikan guru sebagai idola mereka. Hubungan guru dengan murid akan erat dan ini secara tidak langsung akan meningkatkan minat murid untuk meneruskan pembelajaran mereka.Selain itu juga, ruang dan pengerakan mestilah diurus supaya lebih fleksibel. Ini bermaksud kelas mempunyai ruang yang mencukupi untuk menjalankan aktiviti semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Tambahan itu juga, ruang tersebut mestilah memudahkan pergerakan seorang murid ketika berada di dalam kelas. Aspek ruang dan pergerakan ini amat untuk memastikan murid-murid selesa dan mudah untuk bergerak ketika berada di dalam kelas. Guru seharusnya memainkan yang penting untuk memastikan bilik darjah berada di dalam keadaaan yang tersusun dan terurus untuk keselesaan murid dan juga guru ketika menjalankan sesi pengajaran dan pembalajaran.Tambahan itu juga, dalam aspek pencahayaan, pengudaraan dan kedudukan murid juga akan mendorong murid untuk memberikan tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Ini telah dibuktikan dimana murid yang berada di dalam kelas yang mempunyai suasana suram akan mudah mengantuk, cepat untuk hilang tumpuan dan kurang untuk fokus ketika sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berjalan. Disamping itu, sekiranya kedudukan murid kurang sesuai, murid akan mudah untuk bermain dengan rakan ketika guru sedang menyampaikan isi pengajaran ketika berada di dalam kelas.

Seterusnya, guru bertanggungjawab untuk membina persefahaman di antara setiap murid yang berlainan latar belakang. Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan bagi menghalang mana-mana aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, mengejek dan menghina di antara satu sama lain dan sebagainya. Guru juga perlu memberi peluang sama rata kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlulah dipastikan agar tidak mempunyai unsur bias kepada mana-mana murid bagi memberi peluang kepada setiap murid untuk menerokai aktiviti pembelajaran. Selain itu, guru juga perlu menggunakan bahasa standard kebangsaan yang boleh diterima oleh semua lapisan murid dan bukannya menggunakan dialek bahasa yang sedikit sebanyak memberikan impak terhadap pembelajaran. Penggunaan bahasa yang standard ini akan memberi peluang sama rata kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Aktiviti pembelajaran yang dirancang oleh guru seharusnya boleh memberi peluang kepada semua murid tanpa mengira etnik dan jantina. Penggunaan dan pengamalan bahasa standard akan meningkatkan tahap penguasaan bahasa murid selain daripada dapat mencapai tahap kematangan sosial yang sepatutnya.

Seterusnya kesedaran guru tentang hubungan yang harmonis antara murid-murid pelbagai kaum akan mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif. Kelancaran pengajaran dan pembelajaran banyak disumbangkan oleh kerjasama dan perhatian yang diberikan murid-murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Sebarang gangguan dari murid akan menjejaskan tumpuan murid-murid lain dan guru. Oleh itu, penyusunan kedudukan meja murid-murid dalam bilik darjah hendaklah melibatkan semua kaum. Dengan itu, mereka dapat melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama di sepanjang sesi persekolahan. Konflik yang timbul sesama murid dalam bilik darjah terutamanya yang melibatkan perkauman perlu diatasi segera bagi mengelakkan masalah tersebut menjadi lebih besar. Sebagai contoh pergaduhan antara murid yang melibatkan perkauman merupakan kes serius yang dapat merosakkan imej negara. Oleh itu, penerapan nilai-nilai merentasi kurikulum harus diterapkan di dalam setiap mata pelajaran. Penekanan nilai-nilai positif dan moral pada setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran mampu membentuk dan mencorakkan peribadi murid-murid dalam menghadapi masa akan datang.