· web viewmarzuki haji mahmood (2003), “ keberkesanan dan sambutan masyarakat terhadap...

28
1 TAJDID ULAMAK KELANTAN: SATU PENILAIAN Huzaimah Ismail (Uitm Shah Alam), Rahimin Affandi Abd. Rahim (APIUM), Ab. Halim Ismail (APIUM) Siti Maimunah Kahal (Kolej PTPL Sabah) & Nurhanisah Binti Hadigunawan (Uitm Shah Alam) 1. Pengenalan Dalam sejarah Islam, konsep Tajdid /islah adalah sangat penting dalam membangunkan tamadun ummah Islam. Ia telah menjadi alat utama untuk melakukan proses muhasabah diri dan memperbaiki kepincangan yang melanda umah Islam selepas mereka lalai dan tidak berpegang kepada semangat dan formula Allah. Terpenting lagi, sifat ummah Islam agak dinamik dan sentiasa terbuka dengan perubahan yang menjadi suatu lumrah dalam kehidupan. Maknanya ummah Islam memang melalui elemen kesinambungan dan perubahan (continuity dan Changing), contohnya sesuatu mazhab yang telah dominan kerangka metodologinya akan melalui proses pembaharuan (islah) bagi memperkemaskan lagi kewujudannya. 1 Sejarah keilmuan dunia mencatatkan bagaimana sesuatu doktrin dapat bertahan lama seandainya ianya memenuhi empat syarat utama; pertama, kesahihan logika dan argumen, kedua; menarik perhatian orang untuk diikuti, ketiga, mampu diterapkan terhadap kes yang dihadapi (apllicable) dan keempat, ianya mempunyai mekanisme untuk proses Islah memperbarui idea yang lama tanpa meninggalkan asas tradisi terpenting. 2 Dalam pandangan akademik semasa, konsep Tajdid ini secara silap dianggap hanya menjadi agenda golongan modenis semata- mata, yang kemudiannya dinafikan penggunaannya oleh ulamak tradisi. Sebaliknya, ulamak tradisi dikaitkan dengan tren tradisionalism yang membawa maksud yang sangat negatif. Istilah tradisionalisme ini dikaitkan dengan fahaman yang mempertahankan sesuatu warisan silam ataupun yang lama. Apa yang jelasnya, walaupun memang ada percubaan yang cuba merendah-rendahkan aliran ini yang dinisbahkan dengan segala 1 Louay M. Safi, Truth And Reform : Exploring The Pattern And Dynamics Of Historical Change , Kuala Lumpur : Open press, 1998, h. 86-88. 2 Ismail Raji Faruqi, Tauhid, Kesannya Terhadap Pemikiran Dan Kehidupan, Terj. Oleh Unit Terjemahan Modal Perangsang Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 2000, H. 51-55.

Upload: truongnga

Post on 10-Feb-2018

245 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: · Web viewMarzuki Haji Mahmood (2003), “ Keberkesanan dan sambutan masyarakat terhadap pengajian Islam di Institusi pengajian Islam “, dalam edit. Oleh Suzalie Mohamed, Memahami

1

TAJDID ULAMAK KELANTAN: SATU PENILAIAN

Huzaimah Ismail (Uitm Shah Alam),Rahimin Affandi Abd. Rahim (APIUM),

Ab. Halim Ismail (APIUM)Siti Maimunah Kahal (Kolej PTPL Sabah) &

Nurhanisah Binti Hadigunawan (Uitm Shah Alam)

1. PengenalanDalam sejarah Islam, konsep Tajdid /islah adalah sangat penting dalam membangunkan

tamadun ummah Islam. Ia telah menjadi alat utama untuk melakukan proses muhasabah diri dan memperbaiki kepincangan yang melanda umah Islam selepas mereka lalai dan tidak berpegang kepada semangat dan formula Allah. Terpenting lagi, sifat ummah Islam agak dinamik dan sentiasa terbuka dengan perubahan yang menjadi suatu lumrah dalam kehidupan. Maknanya ummah Islam memang melalui elemen kesinambungan dan perubahan (continuity dan Changing), contohnya sesuatu mazhab yang telah dominan kerangka metodologinya akan melalui proses pembaharuan (islah) bagi memperkemaskan lagi kewujudannya.1 Sejarah keilmuan dunia mencatatkan bagaimana sesuatu doktrin dapat bertahan lama seandainya ianya memenuhi empat syarat utama; pertama, kesahihan logika dan argumen, kedua; menarik perhatian orang untuk diikuti, ketiga, mampu diterapkan terhadap kes yang dihadapi (apllicable) dan keempat, ianya mempunyai mekanisme untuk proses Islah memperbarui idea yang lama tanpa meninggalkan asas tradisi terpenting.2

Dalam pandangan akademik semasa, konsep Tajdid ini secara silap dianggap hanya menjadi agenda golongan modenis semata-mata, yang kemudiannya dinafikan penggunaannya oleh ulamak tradisi. Sebaliknya, ulamak tradisi dikaitkan dengan tren tradisionalism yang membawa maksud yang sangat negatif. Istilah tradisionalisme ini dikaitkan dengan fahaman yang mempertahankan sesuatu warisan silam ataupun yang lama. Apa yang jelasnya, walaupun memang ada percubaan yang cuba merendah-rendahkan aliran ini yang dinisbahkan dengan segala macam keburukan, yang kononnya cuba mengekalkan tradisi lama serta menolak segala bentuk pemodenan, tetapi pandangan sebegini memang salah dan perlu dilihat dari persepktif yang lebih luas.3 Bagi penganut Islam, istilah tradisi yang membawa nisbah negatif seperti difahami dalam dunia akademik barat perlu ditolak. Sebaliknya, istilah tradisionalism ini yang bertapis perlu dibanggakan kerana;1. Asas pegangan yang menjadi sumber kekuatan masyarakat Islam berpunca dari sifat-sifat

tradisi didokong dengan falsafah yang mementingkan pertimbangan agama dan nilai (perennial and ultimate perspective), berbanding dengan masyarakat barat yang lebih mementingkan persoalan kebendaan dan individualism mengatasi persoalan agama.4

2. Tradisi merujuk kepada pemahaman dan penghayatan wahyu Allah di dalam kehidupan yang mencakupi tiga aspek;5

a. Al-Din, agama sebagai panduan untuk keseluruhan aspek kehidupan membabit tiga bentuk hubungan, dengan Allah, Mahkluk dan alam.

1 Louay M. Safi, Truth And Reform : Exploring The Pattern And Dynamics Of Historical Change , Kuala Lumpur : Open press, 1998, h. 86-88.2 Ismail Raji Faruqi, Tauhid, Kesannya Terhadap Pemikiran Dan Kehidupan, Terj. Oleh Unit Terjemahan Modal Perangsang Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 2000, H. 51-55.3 Rahimin Affandi Abd. Rahim (2000), Etika Penyelidikan Islam : Satu Analisa “, dalam jurnal AFKAR, bil. 1, h. 190-191.4 Abdul Rahman Abdullah (2001), Falsafah Dan Kaedah Pemikiran, Kuala Lumpur : Utusan publication, h. 134-140.5 S. Hossein Nasr (1990), Traditional Islam In The Modern World, London : Kegan Paul International, h. 13.

Page 2: · Web viewMarzuki Haji Mahmood (2003), “ Keberkesanan dan sambutan masyarakat terhadap pengajian Islam di Institusi pengajian Islam “, dalam edit. Oleh Suzalie Mohamed, Memahami

2

b. Sunnah, amalan yang terbentuk dan berkembang berdasarkan model sacral (berasaskan wahyu) sehingga menjadi amalan kebudayaan masyarakat yang berpanjangan.

c. Salsilah, mata rantai yang menghubungkan setiap zaman dan pemikiran kepada asasnya yang utama, wahyu Allah.

Mengikut pandangan Islam, tidak semua perkara tradisi dianggap sebagai buruk dan out of date.6 Begitu juga halnya dengan penumpuan matlamat dan komitmen yang kuat untuk berpegang dengan warisan tradisi Islam yang murni tidak boleh dianggap sebagai tindakan fanatik.7 Kedua-dua perkara ini dalam kerangka barat telah dianggap sebagai buruk dan ketinggalan zaman. Bagi mereka, semua perkara elemen baru dan usaha meninggalkan amalan tradisi dianggap sebagai baik dan moden.

2. Reputasi Baik Ulamak Kelantan Hasil kajian ilmiah yang dilakukan oleh serangkaian penyelidik mendapati reputasi

ulamak Kelantan pada masyarakat luar Kelantan sangat tinggi. Hal ini didasarkan kepada; Pertama, model fatwa dan pentadbiran undang-undang Islam Kelantan sering

dijadikan rujukan utama oleh mufti dan agensi pentadbiran undang-undang Islam negeri-negeri lain di Malaysia. Merujuk kepada realiti di Malaysia semasa, terdapat tren ilmiah yang mengatakan bahawa pentadbiran undang-undang Islam dan institusi fatwa telah terpengaruh dengan dua bentuk model, model reformism dan tradisionalism. Model reformism telah diwakili oleh Wilayah Persekutuan yang rata-ratanya didokong oleh lulusan pengajian Islam moden daripada pelbagai institusi pendidikan tempatan dan luar negeri.8 Manakala model tradisionalism pula boleh dirujuk kepada amalan yang dijalankan di Negeri Kelantan, yang terdiri dari lulusan tradisionalis daripada institusi pondok. Ironisnya, walaupun model Kelantan ini kerap dinisbahkan dengan aliran tradisionalis yang kononnya agak ketinggalan zaman, tetapi ianya kerap dijadikan rujukan utama oleh kebanyakan negeri-negeri lain di Malaysia. Hal ini berlaku disebabkan oleh reputasi tinggi yang dimiliki oleh anggota Majlis fatwa negeri Kelantan.9

Ini kerana institusi pendidikan di Kelantan dilihat mampu melahirkan serangkaian mufti di dalam Jemaah ulamak kelantan yang berwibawa. Antara tokoh-tokoh yang sering dijadikan rujukan oleh kalangan mufti di negeri lain adalah Haji Nik Wan Daud hj Wan Sulaiman (1854-1907), Wan Ishak Imam haji Abdullah (1875-1915), haji Wan Musa bin haji Abdul Samad (1874-1939), Haji Wan Muhammad haji Abd. Samad (1868-1920), Dato’ haji Che’ Idris Haji Che’ Hassan (1882-1927), Dato’ haji Ibrahim Haji Muhammad Yusof (1871-1955), Dato’ Haji Ahmad Maher bin Haji Ismail al-Azhari (1904-1968), Dato’ Haji Muhammad Noor Haji Ibrahim, Dato’ haji Ismail bin haji Yusof (1915-1988), Dato’ Haji Muhammad bin Che’ Wok (1936-1990) dan sebagainya.10Sumbangan bermakna yang pernah diberikan oleh tokoh-tokoh ini amat besar sekali, khususnya di dalam membuktikan bagaimana aliran tradisionalism mampu menyediakan jawapan terbaik untuk menyelesaikan masalah umat Melayu-Islam berhadapan dengan pemodenan.

6 Wan Mohd Nor Wan Daud (2001), Pembangunan Di Malaysia : Ke Arah Suatu Kefahaman Baru Yang Lebih Sempurna, Kuala Lumpur, h. 12-17.7 Lihat Mohamad Noor Habibi Long (2003), “ Ekstremisme : Satu perspektif “, dalam Jurnal YADIM, bil. 5, h. 114-118. 8 Rahimin Affandi (1999), Islamic Legal Reform In The Administration Of Islamic Law In Malaysia : A Critical Analysis, Tesis Ph.D untuk University of Birmingham, England, h. 281-283.9 Ibid.10 Kajian terperinci tentang tokoh-tokoh ini perlu dilakukan demi untuk mendapatkan pendetailan tentang impak mereka terhadap perkembangan perundangan Islam di kelantan. Sebagai contohnya, sila lihat Noor Naemah Abd Rahman (2003), Fatwa Jemaah Ulamak Kelantan Tahun 1920an Hingga 1990an : Satu Analisis, Tesis PhD untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM, h. 163-185.

Page 3: · Web viewMarzuki Haji Mahmood (2003), “ Keberkesanan dan sambutan masyarakat terhadap pengajian Islam di Institusi pengajian Islam “, dalam edit. Oleh Suzalie Mohamed, Memahami

3

Kedua, model pembentukan buku teks sekolah agama di Kelantan telah ditiru oleh sekolah agama di negeri lain, termasuk sabah, sarawak, kampucia dan Brunei. Lebih menarik lagi, model pengajian pondok yang diasaskan oleh pondok Kelantan dan Pattani turut menjadi ikutan oleh sistem pengajian pondok di negeri lain. Ia membabitkan susunan rumah guru dan asrama pelajar, disiplin, kaedah berpakaian, sistem halaqah, senarai kitab yang menjadi bahan pengajaran dan sebagainya.

Ketiga, kematangan politik orang kelantan dalam senario politik di Malaysia sering dikaitkan pengaruh ulamak Kelantan.11 Mengikut Mohd. Mahadee Haji Ism,12 kematangan budaya politik masyarakat Kelantan adalah yang terbaik pernah dicatatkan sejarah politik di Malaysia. Antara elemen kematangan politik ini;1. orang-orang Kelantan bukan hanya bermain politik tetapi mereka mencaturkan politik

berdasarkan rentak dan haluan hidup mereka. Dalam konteks demokrasi, penterjemahannya agak ketara dalam budaya politik orang Kelantan. Hal ini dapat dilihat melalui penentuan siapa yang sepatutnya berhak menjadi pemerintah mereka. Mereka bebas memilih tanpa adanya ikatan yang jumud dengan mana-mana parti politik mahupun individu tertentu yang dikatakan berpengaruh dan sebagainya.

2. Atas pengaruh ulamak tempatan, orang Kelantan melihat kepentingan Islam adalah lebih utama dari kepentingan Melayu. Keunikan dan kematangan mereka dalam politik amat berkait rapat dengan struktur masyarakatnya yang homogen dan mempunyai tradisi keagamaan yang kuat.

3. Demokrasi menekankan kebebasan individu untuk berorganisasi, berpolitik mahupun menyokong mana-mana pihak yang mereka sukai. Dengan kata lain, setiap individu mempunyai kebebasan yang luas untuk berpolitik. Hak inilah yang diterjemahkan sepenuhnya dalam budaya politik orang-orang Melayu di Kelantan. Mereka tidak lagi takut mahupun cuba berselindung daripada menyokong pihak yang dipercayai dapat membela kebajikan dan kepentingan mereka.

4. Dalam keghairahan berpolitik, pelbagai taktik telah digunakan bagi menarik sokongan dengan matlamat untuk mencapai kemenangan. Antaranya, masyarakat ditakutkan dengan indoktrinasi parti pemerintah dengan amaran bahawa sekiranya mereka bertindak menyokong parti pembangkang, hanya akan mengundang kekacauan politik antara kaum dan menimbulkan pelbagai bentuk kekecohan. Pada masa yang sama segala bentuk pembangunan tidak boleh dilaksanakan dan pelbagai lagi bentuk indoktrinasi politik dilemparkan. Dalam konteks ini, parti pemerintah mampu untuk menarik sokongan politik dari masyarakat terbanyak. Namun bagi masyarakat Kelantan, taktik ini gagal menarik sokongan masyarakat awam. Mereka tidak lagi kisah sekiranya di anak-tirikan oleh mana-mana pihak. Mereka juga menunjukkan sokongan mereka secara terang-terangan tanpa khuatir tidak mendapat biasiswa, peluang pekerjaan, ditukar tempat kerja ke kawasan pedalaman, atau apa-apa bentuk bantuan dari pihak kerajaan pusat khususnya.

3. Reputasi Ulamak Kelantan Dan Proses Islamisasi Awal Di Tanah MelayuSecara terang-terangan kita boleh menegaskan reputasi ulamak Kelantan ini

mempunyai kaitan langsung dengan proses Islamisasi awal Tanah Melayu. Sebelum ini, terdapat teori yang mendakwa Melaka merupakan tempat terawal menerima ajaran Islam di Tanah Melayu. Ia dikaitkan sebagai pusat memperkembangkan Islam ke seluruh jajahan takluk empayar Melaka yang lain. Secara mudahnya, kita dapat mengatakan bukti tempat

11 Shamsul Amri Baharudin (1995), Kelantan Dalam Pembentukan Bangsa Malaysia : Satu Catatan Analitikal, Dalam Perkembangan Perubahan Sosio-Politik Kelantan, 1955-1995, Bangi :UKM, h. 55-6412 Mohd. Mahadee Haji Ismail dan Ab. Bassit Husin (2008), Penterjemahan Demokrasi Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12: Satu Tinjauan Ke Atas Budaya Politik Masyarakat Melayu Kelantan, Prosiding Seminar Politik Malaysia, Shah Alam : Pusat Penerbitan Universiti (Uitm), h. 349-360

Page 4: · Web viewMarzuki Haji Mahmood (2003), “ Keberkesanan dan sambutan masyarakat terhadap pengajian Islam di Institusi pengajian Islam “, dalam edit. Oleh Suzalie Mohamed, Memahami

4

awal menerima Islam perlu didasarkan dengan wujudnya beberapa bukti, merangkumi (i) kitab atau manuskrip agama, (ii) masjib tertua, (iii) institusi pendidikan Islam seperti pondok, (iv) kubur seseorang ulamak dan (v) terpenting sekali pengaruh pemikiran Islam yang berkekalan serta dapat dikesan penggunaanya secara meluas di dalam masyarakat.13 Seandainya bukti-bukti ini mahu diambilkira, kita akan bersetuju bahawa kawasan pantai Timur Tanah Melayu lebih memenuhi syarat bukti ini, kerana kesemua bukti ini memang terdapat secara lengkap di kawasan pantai Timur seperti Terengganu, Kelantan dan pahang, dan bukannya di kawasan Pantai Barat Tanah Melayu.

Untuk pembuktian kepada pandangan ini, kita boleh merujuk kepada dua bukti Islamisasi awal bermula di pantai timur Tanah Melayu; pertama, artifak dan tamadun asas yang menjadi tapak kewujudan kerajaan dan masyarakat Islam. Ianya diwakili dengan penemuan Batu Bersurat di Terengganu dan beberapa artifak lain di Kelantan.

Dalam Batu Bersurat di Terengganu tercatat pengisytiharan Islam sebagai agama rasmi di Terengganu yang disertakan dengan pelaksanaan undang-undang Islam oleh Mandulika bertarikh 22 Februari 1303M. Bagi D.G.E. Hall, proses pendidikan dan perundangan Islam telah bertapak lebih daripada seratus sebelumnya.14 Hanya selepas Islam benar-benar diterima ramai dan menjadi asas kehidupan masyarakat Melayu di Terenganu, barulah ianya dicatatkan pada Batu Bersurat sebagai pengisytiharan dan peringatan tentang kedaulatan Islam di kawasan tersebut. Ada keterangan tentang Allah dan Rasul, disamping bukti bahawa sistem perundangan Islam berupa gabungan antara undang-undang adat dan Islam.15 Ia membabitkan 9 atau 10 hukum dalam bidang (a) mu’amalat – tentang hutang puitang, undang-undang keterangan, hukuman kerana enggan membayar denda atau melarikan diri daripada hukuman dan (b) hukuman bagi kesalahan zina.

Bukti pertama ini membawa kepada bukti kedua, iaitu wujudnya budaya hidup Islam yang berterusan di kawasan terbabit. Dalam soal ini, kita akan menolak teori yang dikemukakan oleh orientalis barat. Dalam menilai tamadun Islam, genre orientalism menekankan pemakaian dua aksioma utama;16

1. wujud ataupun tidak sesuatu tamadun bagi sesuatu masyarakat atau kerajaan bergantung kepada adanya atau ditemui artifak yang mengandungi maklumat tentang tamadun tersebut. Andainya tidak ditemui artifak bersejarah ini maka mereka akan menganggap bahawa memang tidak wujud tamadun yang didakwa ini.

2. proses tafsiran terhadap artifak ini perlu dibantu dengan sumber artifak dan manusckrip tamadun lain. Ini kerana mereka menafikan kepintaran masyarakat peribumi menghasilkan tamadunnya dan perlu bergantung kepada tamadun lain (proses peniruan dan adaptasi).

Sebagai gantinya, selain bergantung kepada bukti artifak fizikal seperti Batu Bersurat, kita juga perlu mengkaji elemen budaya yang hidup di dalam masyarakat. Hal ini bertepatan dengan pandangan Muhammad Arkoun, kajian terhadap sesuatu teks klasik perlu melihat kepada sistem budaya yang wujud ( living tradition) dalam masyarakat yang kekal dan disokong dengan sumber sejarah yang lain. Maknanya untuk mengetahui bagaimana bentuk jati diri masyarakat Islam pantai timur silam (Terengganu dan Kelantan), kita perlu melihat kepada masyarakat Melayu pantai timur pada masa sekarang - kerana ianya merupakan penerusan daripada tradisi budaya dan sosiologi masyarakat silam. Memanglah ada perbezaannya daripada segi luaran kerana faktor pemodenan tetapi bentuk sifat dan 13 S. Hossein Nasr (1990), Traditional Islam In The Modern World, London : Kegan Paul International, 1990, h. 1314 D.G. E. Hall (1968), A History Of South East Asia, London : St. Martins Press, h. 255. 15 M.B. Hooker (1976), The Terengganu In Malayan Legal History, dalam JMBRAS, v. XLIX, part 2, h. 127-131.16 Rahimin Affandi Abdul Rahim (2011), Metodologi Disiplin Occidentalisme Alternatif: Tumpuan Khusus Terhadap Pandangan Orientalis Terhadap Hukum Islam, dalam Jurnal syariah, no.2

Page 5: · Web viewMarzuki Haji Mahmood (2003), “ Keberkesanan dan sambutan masyarakat terhadap pengajian Islam di Institusi pengajian Islam “, dalam edit. Oleh Suzalie Mohamed, Memahami

5

jatidirinya adalah tetap sama - mereka terbentuk daripada pengaruh budaya masyarakat Timur Laut Melayu.

Untuk bukti kedua ini, momentum pelaksanaan syariah yang awal di Terengganu dan Kelantan memang berlaku, bila mana ia telah menjana perkembangan Islam yang lebih dinamik. Antaranya;1. mercu tanda terbaik bahawa syariah Islam pernah menjadi law of the land di dalam

masyarakat Melayu silam. Atas dasar inilah usaha untuk menghapuskan pemakaian English Common Law di Malaysia seperti dicita-citakan oleh Profesor Ahmad Ibrahim memang tidak mustahil untuk dilakukan.17 Ini kerana syariah Islam pernah berfungsi dengan cukup baik di Tanah Melayu sebelum kedatangan kuasa penjajah British.

2. Fakta sejarah tentang wujudnya institusi mahkamah yang membicarakan kes yang dihakimi oleh sultan di Negeri Terengganu. Ia menunjukkan bahawa kerajaan Islam di Terengganu masih menjalankan institusi penguatkuasaan syariah Islam walaupun selepas era Batu Bersurat.18 Keadaan ini semakin dipergiatkan lagi dengan diwujudkan undang-undang tubuh Negeri Terengganu, Perlembagaan Itqan al-Muluk.19 Hal ini kemudiannya telah dirosakkan oleh kuasa kolonialisme British yang telah memisahkan agama daripada sistem politik (dasar sekularisme) di dalam sistem politik pemerintahan kerajaan Melayu. Agama dikhususkan hanya untuk tujuan peribadi yang sempit, manakala pemerintahan negara perlu dijalankan mengikut sistem politik Sekular Barat.

3. Masyarakat Timur Laut ini terkenal kuat pegangan agama dan tradisi pengajian agama. Kawasan ini mempunyai sejarah sistem pengajian ilmu agama yang agak panjang dengan pelbagai ulamak yang bertaraf dunia. Mohamed Redzuan Othman telah mencatatkan bahawa seorang ulamak Terengganu, Abdul Malik Abdullah telah dikenali ramai pada abad ke 18-19 yang terlibat mengajar di Masjidil Haram, di samping terlibat menulis kitab agama. Tokoh ini turut dikenali ramai bukan setakat oleh pelajar daripada rantau Alam Melayu bahkan juga kepada pelajar Arab.20 Karya tulisan tokoh ini dikatakan telah dijadikan sumber rujukan utama oleh serangkaian pondok di Alam Melayu.21

4. Reputasi kawasan pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu sebagai pusat ilmu agama Islam terserlah apabila ianya dikenali sebagai Serambi Mekah suatu masa dahulu. Gelaran Serambi Mekah ini mempunyai beberapa maksud utama;a. tempat ini telah menjadi tempat persiapan awal yang wajib dihadiri untuk pelajar

agama yang ingin melanjuntukan pelajaran yang lebih tinggi ke Mekah.22

b. Terdapat ungkapan yang menyebut bahawa sesiapa yang belajar di tempat ini mutu ilmu, otoritinya dan suasana masyarakatnya bersamaan seperti belajar di kota Mekah.

17 Anuar Ramli (2002), Asas Hukum Dalam Budaya : Kajian Terhadap Beberapa Aspek Hubungan Social Dalam Kebudayaan Malaysia, Tesis sarjana untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM dan Mohd Fauzi bin Audzir (2002), Uruf Tempatan Di Negeri Kedah Dan Kesannya Terhadap Perubahan Hukum : Satu Analisis, Tesis sarjana untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM.18 Moshe Yegar (1979), Islam And Islamic Institutions In British Malaya, Jerusalem, h. 7619 Mohd Nazri Chik (2006), Perlembagaan Itqan Al-Muluk Bi Ta’dil Al-Suluk 1911 : Ditinjau Dari Aspek Latar Belakang Dan Pengaruhnya Kepada Pelaksanaan Undang-Undang Islam Di Terengganu, Tesis Sarjana Untuk Jabatan Fiqh Dan Usul, APIUM.20 Mohamed Redzuan Othman (2001), " Pengaruh Timur Tengah Dalam Perkembangan Awal Kesedaran Politik Melayu ", dalam (edit) Mohamed Redzuan Othman, Jendela Masa : Kumpulan Esei Sempena Persaraan Dato' Khoo Kay Kim, Kuala Lumpur : Penerbit UM, h. 245-247.21 Md Sidin Ahmad Ishak (1992), Malay Book Publishing And Printing In Malaya And Singapore 1807-1949 , Tesis Phd, University Of Stirling, 1992, h. 107.22 Rahimin Affandi Abd. Rahim (2003), “ Analisis Sejarah Dakwah Dan Jalinan Intelektuaal Rantau Malaysia-Indonesia “, dalam (edit oleh Zulkiple Abd. Ghani) Jaringan Dakwah Malaysia-Indonesia, Terbitan Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, UKM dan Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU), Bangi, h. 47-74.

Page 6: · Web viewMarzuki Haji Mahmood (2003), “ Keberkesanan dan sambutan masyarakat terhadap pengajian Islam di Institusi pengajian Islam “, dalam edit. Oleh Suzalie Mohamed, Memahami

6

Maksudnya, bagi sesiapa yang tidak berpeluang belajar di Mekah, sudah memadai andainya mereka berpeluang belajar di kawasan Serambi Mekah ini.23 

c. kawasan Serambi Mekah ini terkenal dengan pengamalan budaya Rehlah Ilmiah.24 Konsep ini menuntut pelajar agama sentiasa berusaha keras di dalam menuntut ilmu di pelbagai tempat tempat yang berbeza, bukan setakat untuk menimba ilmu bahkan pengalaman (seperti menyaksikan sosiologi masyarakat yang berbeza). Hasilnya, pengamalan konsep ini akan melahirkan ulama Islam yang mantap dari segi ilmu, akhlak dan pengalaman hidup yang kemudiannya mengikut epistemologi Islam bakal melahirkan hikmah (kebijaksanaan).25Apa yang jelasnya pengamalan budaya Rehlah ilmiah ini telah secara langsung memankinkan perkembangan ilmu Islam di kawasan Timur Laut dan sekitarnya.

d. Sistem pengajian ilmu Islam telah disusun rapi dengan mengambilkira realiti tempatan wilayah Timur laut. Ianya dibuat secara sentesis bila mana ulamak Melayu telah meniru bentuk halaqat pengajian ilmu-ilmu Islam daripada sistem pengajian Masjidil Haram di Mekah yang disesuaikan dengan ciri-ciri tempatan Melayu dari segi bentuk asrama, stail pakaian dan sebagainya yang melahirkan sistem pengajian pondok. yang lebih berorientasikan tempatan.26 Ringkasnya, tindakan ulamak Melayu ini didorong dengan prinsip mengakui keabsahan dan menghormati kebudayaan tempatan Melayu dan tidak meniru secara bulat-bulat kesemua unsur-unsur dari Timur tengah.

Hal ini kekal sehingga sekarang apabila Kelantan, Terengganu dan Pahang mempunyai institusi pendidikan Islam (pondok, IPT dan Maahab Tahfiz) dan jumlah pelajar agama yang secara relatifnya agak tinggi di Malaysia.27 Ini termasuk jumlah pelajar daripada kawasan ini yang melanjutkan pelajaran agama di beberapa universiti Islam di Timur Tengah.28 Rata-ratanya masyarakat Islam di kawasan Timur Laut ini tidak merasa berpuas hati dengan segala pencapaian positif yang terhasil daripada kesedaran kebangkitan semula Islam di tahun-tahun 1970-1980an, memandangkan pada masa yang sama penyebaran fahaman sekularisme tetap juga secara utuh berkembang di Malaysia seiringan dengan timbulnya kesedaran Islam.29

Apa yang boleh dibanggakan lagi, hingga pada masa sekarang, keluarga Melayu di kawasan ini amat mementingkan kecermelangan anak-anak mereka dalam bidang pendidikan. Hal ini terserlah apabila setiap tahun negeri-negeri ini mencatatkan keputusan peperiksaan peringkat rendah dan menengah yang tertinggi di Malaysia.

4. Ulamak Kelantan dan Prinsip Wasatiyyah

23 Aziz Deraman (2013), Citra Budaya Kelantan, dalam (edit) Mahmood Zuhdi Abd Majib, Puri Kencana : Kecemerlangan Satu Abad Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Kota Bharu : MAIK, h. 529.24 Azyumardi Azra (1998), Esei-Esei Intelektual Muslim Dan Pendidikan Islam, Jakarta : LOGOS, h. 89-9025 Rahimin Affandi Abd. Rahim, Ruzman Md. Noor & Nor Adina Abdul Kadir ( 2011), " Pemikiran Pendidikan Islam Dalam Sejarah Tradisi Alam Melayu: Analisis Kritikal ". Dalam Prosiding International Conference Of Islamic Civilization And Malay Identity 2011 (ICICMI2011), h. 17-3026 Md. Sidin Ahmad Ishak (2000), The Malays In The Middle East, With A Bibliography Of Malay Printed Works Published In The Midde East, Kuala Lumpur, h. 29-30.27 Marzuki Haji Mahmood (2003), “ Keberkesanan dan sambutan masyarakat terhadap pengajian Islam di Institusi pengajian Islam “, dalam edit. Oleh Suzalie Mohamed, Memahami isu-isu pendidikan Islam di Malaysia, Kuala Lumpur : IKIM, h. 179-186.28 Mona Abaza (1994), “ Islam In South East Asia : Varying Impact And Images Of The Middle East “, dalam Husin Mutalib (Ed.) Islam, Muslim and the modern state, case-studies of Muslim in Thirteen countries, London : The Oxford University Press.29 Muhammad Abu Bakar (2000), “ Dakwah Di Persimpangan : Halatuju Dan Masa Depan Islam Di Malaysia “, dalam ed. Oleh Ahmad Redzuwan Mohd Yunus, Dakwah Gerakan Islam Alaf Baru, Bangi : UKM, h. 207-219.

Page 7: · Web viewMarzuki Haji Mahmood (2003), “ Keberkesanan dan sambutan masyarakat terhadap pengajian Islam di Institusi pengajian Islam “, dalam edit. Oleh Suzalie Mohamed, Memahami

7

Dewasa ini, prinsip wasatiyah ini telah menjadi isu besar dalam masyarakat. Ia bermaksud berada di tempat yang sesuai di antara dua situasi yang bertentangan, selalu mengambil jalan tengah dalam berhadapan dengan apa-apa yang berlaku dalam kehidupan. Asas sandaran wasatiyyah ini di dalam Islam diperolehi pemahamannya daripada sumber al-Quran dan Sunnah. Dalam al-Quran terdapat dua penegasan Allah yang memuji keistimewaan umat Islam yang mengamalkan sifat adil dan wasatiyyah ini.

Anti tesis ataupun lawan kepada sifat wasatiyyah ini adalah sifat tafrit (melampaui batas) samada terlalu keras atau lembut, rajin atau malas dalam melakukan sesuatu pemahaman dan tindakan. Ianya didorong oleh ketiadaan ilmu yang benar (konsep kehilangan adab) dan terlalu mengikut dorongan nafsu dalam melakukan sesuatu perkara. Aplikasi prinsip wasatiyyah yang diamalkan oleh ulamak Kelantan boleh dilihat dalam amalan keterbukaan mazhab fiqh. Jauh sebelum konsep keterbukaan mazhab fiqh diperkenalkan di Malaysia selepas merdeka, ulamak Kelantan telahpun sejak dahulu lagi mengamalkan pendekatan keterbukaan mazhab ini. Hal ini terbukti daripada kes;1. Pemakaian konsep talfiq dalam kes pembayaran zakat fitrah di Malaysia. Mengikut

amalan mazhab Shafici yang menjadi mazhab pegangan utama di Malaysia, sesuatu zakat fitrah perlu dibayar dalam bentuk makanan asasi tempatan. Tetapi kerana masalah kominikasi yang kurang baik, pembayaran zakat tersebut dengan menggunakan wang, mengikut mazhab Hanafi telah diterimapakai dengan meluas oleh kebanyakan majlis agama negeri di Malaysia30.

2. isu perkara yang membatalkan wudu semasa mengerjakan ibadat haji mengikut Mazhab Maliki.

3. Ulamak Kelantan berjaya mendidik masyarakat Kelantan menolak pendekatan ekstrim. Dalam sejarah Tanah Melayu, pendekatan yang menggunakan kaedah kekerasan dan menimbulkan isu kontroversial yang melampau memang pernah ditimbulkan oleh golongan Kaum Muda yang merupakan proto-gerakan salafi. Dalam wacana yang diberikan oleh Kaum Muda, beberapa pendekatan yang melampau digunakan; a. Pendekatan yang menghina ulamak tradisional dengan menisbahkan kepada mereka

dengan pelbagai nama yang hina.31

b. Pendekatan yang mengutuk sistem pengajian tradisional Melayu, sistem Pondok yang menggunakan sistem pengajian ala Taqlid.32

c. Pendekatan yang mengutuk ulamak tradisional yang terlibat di dalam institusi pentadbiran undang-undang Islam telah bersekongkol dengan raja-raja Melayu dan pihak British sendiri tanpa mempedulikan nasib ummah Melayu yang serba kekurangan dalam aspek pemodenan.33 Sikap keterlaluan kaum Muda ini yang kononnya cuba bertindak selaku penyelamat ummah Melayu, jika dilihat secara mendalam ternyata mempunyai kelemahan yang tersendiri, iaitu pandangan mereka yang begitu taasub dengan kemajuan material yang dicapai oleh kuasa British, sehinggakan menafikan sumbangan bernilai yang pernah dimainkan oleh ulamak tradisional Melayu.34

4. Peristiwa Dailoq Fuqaha dalam Isu Jilatan Anjing di Istana Balai Besar Kota Bharu Kelantan. Walaupun dailog ini gagal mendapat kata sepakat, namun kita dapat

30 Othman Ishak (1985), Talfiq Dalam Perundangan Islam dalam ISLAMIKA, v. 111, h. 95-98.31 Lihat sebagai contohnya pendapat Kaum Muda yang menempelak dan menghina lulusan pondok sebagai lebai pondok yang terlalu mengharapkan pemberian sedekah daripada orang ramai. Lihat Rahimin Affandi Abd. Rahim (1995), “ Budaya Taqlid Di Dalam Masyarakat Melayu : Suatu Tinjauan Ringkas “, dalam Jurnal Syariah, v. 3, bil. 1, h. 30-31.32 Ibid.33 Adnan Hj. Nawang (1998) Za’ba Dan Melayu, Kuala Lumpur : Berita Publishing, h. 74-76.34 Ibrahim Abu Bakar (1994), Islamic Modernism in Malaya, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, h. 171-172.

Page 8: · Web viewMarzuki Haji Mahmood (2003), “ Keberkesanan dan sambutan masyarakat terhadap pengajian Islam di Institusi pengajian Islam “, dalam edit. Oleh Suzalie Mohamed, Memahami

8

memaklumi bagaimana prosedur dailog fuqaha dalam sejarah Tanah Melayu telah dilakukan ; ia dilakukan penuh beradab, dihadiri oleh pakar dan rujukan akhir dibuat kepada mufti di Universiti Azhar, Mesir.

5. Majalah Pengasuh Sebagai Saluran TajdidMajalah pengasuh sebagai majalah Islam tertua di Asia Tenggara memang terlibat

dalam memperjuangkan konsep Tajdid di Kelantan. Hal ini antara lainnya boleh dirujuk kepada beberapa perkara;

Pertama, seruan kepada masyarakat Kelantan memastikan kerangka kefahaman ajaran Islam perlu merujuk pada sumber Quran dan sunnah serta pandangan ulamak muktabar. Mengikut kajian Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid, isu tajdid dan islah telah disentuh oleh majalah Pengasuh sejak tahun 1918 lagi, jauh sebelum hal ini digembar-gemburkan dalam majalah al-Imam di tahun-tahun 1930an.35 Pada tahun 1918, Sidang Pengarang Pengasuh telah menulis tentang isu usul fiqh, dengan tujuan membuka pemikiran masyarakat tentang kegunaan ilmu ini untuk memahami dalam menyelesaikan masalah dan cabaran semasa yang dihadapi oleh umat Islam.36

Kedua, ulamak perlu bertindak membawa misi tajdid yang bertindak sebagai intelektual ummah. Hal ini terbukti apabila para ulamak Kelantan telah menulis dalam majalah pengasuh tentang pelbagai isu yang timbul dalam masyarakat yang perlu diselesaikan. Dalam konteks sejarah Malaysia, terdapat tren yang mengagung majalah milik Kaum Muda serta meremehkan sumbangan majalah pengasuh. Hal ini agak keterlaluan kerana beberapa sebab;1. Isu tajdid yang ditulis oleh ulamak Kelantan ternyata sangat luas membabitkan pelbagai

isu semasa yang timbul di dalam masyarakat. Ia turut membabitkan isu-isu canggih yang dibincangkan oleh penulis zaman moden, seperti isu permasalahan umat Islam di peringkat antarabangsa, cabaran dalaman dan luaran umat Islam. Ia turut membabitkan isu seperti orientalisme dan komunisme. 37

2. Majalah pengasuh dapat bertahan lama hingga sekarang kerana komitmen MAIK membawa agenda pencerdasan ummah tanpa mengira pulangan material.38

3. Nisbah tradisionalism yang enggan berubah dikaitkan pada ulamak Kelantan (kaum tua) adalah tidak benar. Ini kerana sepanjang penerbitannya pelbagai perubahan memang berlaku kepada majalah pengasuh ini, dengan perubahan editornya yang terdiri daripada pelbagai tokoh ternama di Kelantan. Di sepanjang usianya yang relatif panjang itu, Pengasuh telah dipimpin oleh ramai tokoh ulama' Melayu. Terdapat sederetan nama besar yang tidak asing ketokohan mereka dalam dunia persuratan tanah air dan ilmuan Islam yang mengisi ruang-ruang tulisan dalam majalah Pengasuh. Nama-nama besar seperti Haji Muhamad Yusof Awang Kenali (1918-1919), Dato' Laksamana Haji Muhamad bin Tok Khatib (1919-1933), Dato' Haji Ahmad Maher (1933-1935), Encik Ahmad Adnan Ariffin (1946-1957), Hassan bin Haji Muhamad (1957-1961), Dato' Haji Ismail bin Yusoff(1964-1965), Drs. Abdul GhaniAzmi bin Idris(1967-1971), Dato'YusuffZakybin Yacob(1975- 1995) adalah gandingan antara tokoh ulamak yang telah menjayakan penerbitan Pengasuh dalam merentangi berbagai cabaran dalam era sebelum dan selepas merdeka.

35 Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid (2013), Pemikiran Islah Majalah Pengasuh Tahun 1918, Jurnal Al-Tamaddun , Bil. 8 (1), h. 115-13136 Ibid. 37 Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid (2013), Pemikiran Islah Majalah Pengasuh Tahun 1918, Jurnal Al-Tamaddun , Bil. 8 (1), h. 115-13138 Ibid.

Page 9: · Web viewMarzuki Haji Mahmood (2003), “ Keberkesanan dan sambutan masyarakat terhadap pengajian Islam di Institusi pengajian Islam “, dalam edit. Oleh Suzalie Mohamed, Memahami

9

6. Ulamak Kelantan dan Pendekatan Proaktif Dan Strategik Dalam Menghadapi Cabaran Pemodenan.

Ulamak Kelantan memang menekankan pendekatan yang menuntut peranan proaktif yang perlu dimainkan oleh golongan ulamak di dalam kehidupan bermasyarakat.39 Hal ini bertepatan dengan sirah perjuangan yang dipraktikkan oleh ulamak Islam yang awal. Gagasan ini antara lainnya berbentuk;1. Memberi peluang yang lebih luas kepada ulamak untuk setiap zaman memainkan

peranan mereka, khususnya membabitkan isu memperbetulkan segala bentuk kelemahan dan keburukan yang timbul di dalam masyarakat,40dan membuktikan idea kemajuan yang terkandung di dalam Islam.41

2. Mengingatkan ulamak bahawa mereka patut menjadi agen perubahan yang bersikap prihatin dan proaktif dengan isu-isu semasa yang timbul di dalam masyarakat. Bersesuaian dengan tugas ulamak sebagai pewaris nabi-nabi, sepatutnya tugas mereka bukan terhad kepada menjadi penyaksi kepada peristiwa sejarah di zamannya, tetapi apa yang lebih penting lagi mereka patut menjadi tenaga utama yang mengerakkan peristiwa sejarah tersebut dengan menganalisis permasalahan semasa dan mengemukakan jawapan yang terbaik.42

Pembuktian kepada peranan proaktif dan strategik ulamak ini boleh diteliti kepada beberapa fakta utama;1. Peranan Tokku Paloh menghadapi ancaman campur tangan penjajah British di

Terengganu. Dalam soal ini, Tokku Paloh telah mengamalkan kaedah pemikiran strategik bagi menghadapi campur tangan penjajah British yang bakal mendesak dan mempengaruhi sultan Melayu. Hal ini dirujuk kepada usaha mengekang campurtangan British dan mengekalkan kedaulatan negeri sebagai sebuah negeri Islam. Usaha untuk mengekang campurtangan kuasa British ini boleh dilihat dalam fasal 14 Perlembagaan Itqan Muluk menetapkan;

“ maka tiada lulus dan tiada sah sekali-kali Raja membuat perjanjian atau ikhtiar melepas atau menyerahkan negeri dan kerajaannya itu atau suatu bahagian daripada kuasa kerajaan atau Huquqnya itu kepada sebarang mana-mana kerajaan atau kepada kuasa-kuasa bangsa Eropah atau lainnya. Maka jikalau raja cubai lalui larangan dan tegahan ini nescaya disifatkanlah akan dia memecahkan amanah yang diletakkan atasnya serta tiada sah perbuatan yang demikian itu. Maka tatkala itu tiadalah diwajibkan di atas ahli-ahli kerajaan dan segala rakyat bersetia lagi dengan dia haruslah diturunkan dia daripada taktha kerajaannya dan diangkatkan gantinya pula.” Fasal 14 ini secara terang-terangan menetapkan bahawa tidak sah raja yang menerima

persekutuan dengan kuasa kafir luar. Hal ini ternyata betul kerana fasal 14 ini telah menyulitkan tugas Harold Mac Michael memujuk sultan Terengganu untuk menandatangani persetujuan penubuhan Malayan Union yang membawa erti penyerahan kuasa negeri kepada penjajah British.43

39 Noor Naemah Abd Rahman (2011), Hubungan Rentas Sempadan Dan Pengaruhnya Terhadap Pembentukan Pemikiran Hukum Islam Di Kelantan, Jurnal Al-Tamaddun , Bil. 6, h. 51-7340 Mohd Shukri Hanapi (2012), Pembentukan Tasawur Dan Kesan Terhadap Pembangunan Tradisi Keilmuan Islam, International Journal of Islamic Thought Vol. 2, h. 55-60; Mahmood Zuhdi Abd. Majid (1997), “Pengajian Syariah: Satu Pentakrifan”, Dalam Dinamisme Pengajian Syariah, Kuala Lumpur, h. 6-10.41 Muhammad Abu Bakar (1982), Penghayatan Sebuah Ideal, Kuala Lumpur, h. 27-53.42 Mohd Kamil Ab. Majid (1999), “Ulama Dan Perubahan Social Dalam Islam”, Dalam Jurnal Usuluddin, Bil. 10, h. 84-93.43 Zainal Abiding Abdul Wahid (1992),” Penubuhan Kongres Melayu Se-Malaya Dan Kelahiran UMNO “ Dalam Zainal Abiding Abdul Wahid Et.Al, Malaysia : Warisan Dan Perkembangan, Kuala Lumpur : DBP, h. 193-195

Page 10: · Web viewMarzuki Haji Mahmood (2003), “ Keberkesanan dan sambutan masyarakat terhadap pengajian Islam di Institusi pengajian Islam “, dalam edit. Oleh Suzalie Mohamed, Memahami

10

Untuk konsteks negeri Kelantan, hal yang sama telah dilakukan oleh ulamak-pentadbir pendidikan Islam. Hal ini terbukti daripada kajian Dr Nur Azuki Yussuf yang mendapati ulamak-pentadbir pendidikan Islam di Kelantan telah melakukan reformasi dalam bentuk penambahbaikian sistem, kurikulum dan struktur yang sebaiknya. Hal ini terbukti kemudiannya telah menyebabkan sekolah agama di Kelantan tetap maju dan menjadi pilihan keluarga Melayu. Beliau menegaskan : " corak pentadbiran dan pengurusan Inggeris benar-benar menguji arus perkembangan Islam di Kelantan. Oleh itu, telah timbul kesedaran tinggi masyarakat Kelantan untuk memantapkan sistem dan institusi pendidikan Islam dalam menghadapi persaingan dengan institusi konvensional yang ditaja oleh penjajah."44

Maknanya, berhadapan dengan dasar British yang cuba meminggirkan sistem pendidikan Islam, ulamak Kelantan tidak mengambil sikap pasif, tetapi bergerak cergas mengkaji, meniru dan melakukan reformasi sistem pendidikan Islam tanpa mengorbankan nilai-nilai Islam sejati. Matlamat terpenting adalah bagi memastikan sistem pendidikan menjadi terus relevan dalam masyarakat Melayu Kelantan walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai ancaman pemodenan. Dengan cara ini secara tidak langsung, mengikut Dr Abdullah Ishak, ulamak Melayu Kelantan telah menjadi pembimbing utama kegiatan masyarakat ke arah nilai-nilai Islam dan menjadi penapis dan kubu untuk menangkis serangan idea pemodenan berteraskan sekularisme yang dibawa oleh penjajah barat.45

Dalam perkembangan selepas merdeka, ulamak pondok dikesan telah memandang program pemodenan system pendidikan secara proaktif, selektif dan strategic. Mereka tidak memandang system pendidikan arus perdana secara negative, sebaliknya telah menghantar anak-anak mereka memasuki system pendidikan arus perdana ini. Mereka memahami tentang manafaat pengetahuan dwi-sistem (pendidikan pondok dan sekolah kebangsaan) yang bakal memantapkan pembentukan modal insan di Malaysia. Hasilnya, kita dapati memang ramai anak-anak guru pondok yang telah berjaya memegang pelbagai jawatan tertinggi dalam Negara. Ramainya daripada yang telah menjadi kakitangan akademik dalam pelbagai bidang di IPTA Malaysia.

7. Ulamak Kelantan dan Budaya Ilmu Pengamalan budaya ilmu yang dianggap sebagai pemankin utama kepada wujudnya

tamadun intelektual Islam memang diterapkan dalam institusi pengajian pondok. Apa yang jelasnya, sebelum sistem pondok ini diperkenalkan, bentuk pengajian agama Islam adalah tidak teratur dan lebih bersifat serpihan yang berpusat di rumah ulama, Surau dan masjib.46

Sebaliknya, sistem pondok yang diasaskan oleh ulamak Patani-Kelantan dilihat sebagai lebih sistematik dan berkesan yang kekal sehingga sekarang. Di antara bentuk dan sistem pondok ini adalah, pertama, sesuatu kawasan pondok perlu mempunyai rumah guru, masjib dan hostel pelajar yang terletak di sekitar kawasan pondok yang biasanya dibina dalam kawasan pendalaman47; keduanya, pembelajaran akan dilakukan di dalam masjib dalam bentuk halaqah yang dipimpin oleh seseorang guru dan pembantunya;48 ketiga, terdapat jadual waktu pengajian yang khusus disesuaikan dengan pencapaian seseorang pelajar yang dibahagikan kepada tiga peringkat utama (awal, pertengahan dan tinggi);49 keempat, sesuatu pengajian dibuat berasaskan kepada beberapa kitab tertentu mengikut kecenderungan dan

44 Nur Azuki Yusuff (2007), Institusi Dan Sistem Pendidikan Islam: Suatu Analisa Tahap Perkembangannyadi Kelantan, Jurnal Al- Tamaddun, Bil. 2, h. 139 - 160.45 Abdullah Ishak (1995), Pendidikan Islam Dan Pengaruhnya Di Malaysia, Kuala Lumpur : DBP, h. 230-23546 Che Omar Awang (1996), The Methodology Of Teaching In Islam, With Special Reference To The Traditional Educational Method In Malaysia, Tesis Ph.D untuk University of Edinburgh, h. 196-220.47 Abdul Rashid Ahmad (1966), Kedudukan Pondok Dalam Masyarakat Di Kelantan, Tesis B.A. untuk Universiti Malaya, h. 23-24.48 Abdullah Ishak (1995), Pendidikan Islam Dan Pengaruhnya Di Malaysia, Kuala Lumpur, h. 212-218. 49 Ibid, h. 205-207.

Page 11: · Web viewMarzuki Haji Mahmood (2003), “ Keberkesanan dan sambutan masyarakat terhadap pengajian Islam di Institusi pengajian Islam “, dalam edit. Oleh Suzalie Mohamed, Memahami

11

kepakaran seseorang guru50; kelima, pedagogi dan kaedah pengajaran biasanya menggunakan pendekatan Taqlid (menadah kitab) membabitkan pengajaran satu hala daripada guru kepada murib dan perbincangan antara keduanya,51 dan keenamnya, struktur organisasi pondok telah disusun secara teratur dengan seseorang guru selaku pemimpin dan rujukan utama yang dibantu sepenuh oleh beberapa orang pembantu yang terdiri dari pelajar-pelajar yang lebih senior.52

7.1. Sistem Pengajian Pondok Dan Asas Kemahiran Insaniah.Institusi pondok tradisi mampu menerapkan beberapa bentuk kemahiran insaniah (suatu

bentuk kemahiran yang cukup ketara dibincangkan dalam sistem pendidikan semasa) dengan cukup sempurna kepada graduannya. Sebagai contohnya, institusi pondok silam telah mampu menerapkan elemen kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan menyelesaikan masalah dan etika dan moral professionalisme kepada lulusannya. Dalam sistem pengajian pondok, soal ilmu, amal (akhlak) dan disiplin amat dititikberatkan mengatasi soal lain. Untuk jangka masa panjang, ia terbukti mampu melahirkan ulama dan individu Melayu yang celek agama dan mampu menyelesaikan masalah yang timbul dalam kehidupan peribadi dan bermayarakat mengikut persepktif Islam.53

Kita dapat menyaksikan bagaimana usaha mulia ini akan mengambil masa yang panjang dan ianya tidak dianggap sebagai masalah oleh pelajar pondok. Mereka menyedari tentang kepentingan konsep Rehlah Ilmiah54 (termasuk beberapa ciri budaya ilmu : sentiasa ingin belajar, bertindak mengikut perkiraan ilmu dan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi) Konsep ini menuntut pelajar sentiasa berusaha keras di dalam menuntut ilmu di pelbagai tempat tempat yang berbeza, bukan setakat untuk menimba ilmu bahkan pengalaman (seperti menyaksikan sosiologi masyarakat yang berbeza). Hasilnya, pengamalan konsep ini akan melahirkan ulama Islam yang mantap dari segi ilmu, akhlak dan pengalaman hidup yang kemudiannya mengikut epistemologi Islam bakal melahirkan hikmah (kebijaksanaan).

Bagi tujuan penyebaran ilmu Islam tidak dapat tidak seseorang pelajar pondok perlu menguasai pelbagai bahasa seperti bahasa Melayu dan Arab yang memang menjadi bahasa pengantar keilmuan Islam dan lingua franca pada masa tersebut. Hal ini terbukti dengan timbulnya konsep Serambi Mekah di kawasan Alam Melayu yang menjadi tempat persinggahan (pusat yang menyediakan Kursus Persediaan Pelajar) bagi mana-mana pelajar Alam Melayu yang melanjuntukan pengajian mereka ke Mekah. Antara beberapa tempat yang dimaksudkan, Terengganu, Pattani, Kedah dan Acheh.55

7.2. Pondok Sebagai Penyumbang Kepada Factor Ekonomi Dan Asas Keusahawanan.

Dalam konteks latihan keusahawanan, apa yang menariknya, pelajar pondok telah mempelajarinya secara langsung daripada pengamalan budaya hidup berdikari yang diamalkan oleh guru pondok. Guru pondok rata-ratanya boleh dikatakan sebagai usahawan yang berjaya sehingga dapat menarik minat masyarakat Melayu pada masa itu, seperti mana

50 Shafie Abu Bakar (1994), “ Keilmuan Islam Dan Tradisi Pengajian Pondok “, dalam Budi Kencana, Kuala Lumpur, h. 104-111.51 Ibid, h. 112-115 dan Abdul Rashid Ahmad, Kedudukan pondok, h. 26-28.52 Ibrahim Abu Bakar (1994), Islamic Modernism in Malaya, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, h. 101-104.53 Abdullah Ishak (1995), Pendidikan Islam Dan Pengaruhnya Di Malaysia, Kuala Lumpur : DBP, h. 202-20454 Azyumardi Azra (1998), Esei-Esei Intelektual Muslim Dan Pendidikan Islam, Jakarta : LOGOS, h. 89-9055Rahimin Affandi Abd. Rahim (2003), “ Analisis sejarah Dakwah dan jalinan intelektuaal rantau Malaysia-Indonesia “, dalam (edit oleh Zulkiple Abd. Ghani) Jaringan Dakwah Malaysia-Indonesia, Terbitan Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, UKM dan Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU), Bangi, h. 47-74

Page 12: · Web viewMarzuki Haji Mahmood (2003), “ Keberkesanan dan sambutan masyarakat terhadap pengajian Islam di Institusi pengajian Islam “, dalam edit. Oleh Suzalie Mohamed, Memahami

12

halnya mubaligh awal yang mengembangkan ajaran Islam di Alam Melayu yang terdiri daripada saudagar besar. Hasilnya, mereka sangat disanjung tinggi oleh masyarakat Melayu yang mendorong proses penyebaran Islam dapat berjalan dengan lancar dan tanpa menumpahkan darah. Guru pondok terlibat dalam pelbagai aktiviti keusahawanan seperti penternakan (lembu, kambing dan ikan), pertanian (padi, tanaman kontang, getah, buah-buahan dan sayuran), pengilangan padi dan balak, kedai runcit, orang tengah untuk penjualan tanah dan getah serta agen haji.

Apa yang diusahakan oleh guru pondok ini telah ditiru oleh pelajar mereka secara langsung sehingga ianya mampu melahirkan beberapa orang usahawan lulusan pondok yang berjaya. Sikap berdikari ini kemudiannya telah mula berubah apabila pihak British memperkenalkan sistem pendidikan barat di Tanah Melayu yang mewujudkan sindrom makan gaji di kalangan masyarakat Melayu.56 Apa yang diperkenalkan oleh pihak British ini bertentangan sama sekali dengan budaya keusahawan dan hidup berdikari yang diterapkan dalam sistem pondok, berpaksikan kepada prinsip Tauhid (hanya Allah yang menentukan hidup dan rezeki mahkluk tanpa perlu bergantung harap kepada mahkluk) dan hadis Rasulullah tentang 90 peratus daripada sumber rezeki bersumberkan kepada perniagaan. Atas dasar inilah kita dapat melihat bagaimana institusi pondok berbentuk swasta (bebas) tanpa kongkongan dan kekangan polisi dari pihak pemerintah. Keadaan ini menyebabkan seseorang ulama itu dapat bertindak secara bebas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang mempunyai agenda dan kepentingan tertentu. Lebih tepat lagi, ulama pondok dalam era tradisi telah bertindak selaku agen perubahan dan intelektual ummah yang bersikap sensitif dan proaktif dengan isu semasa yang timbul di dalam masyarakat.57

Aura kehebatan dan pengaruh pengembangan ekonomi yang dijana oleh institusi pondok boleh dilihat daripada fakta sejarah pengembangan ekonomi masyarakat Melayu silam. Mengikut analisa Muhammad Abu Bakar, sesuatu penempatan pondok yang biasanya berpusat di kawasan pendalaman dengan sebab hubungan yang rapat di antara masyarakat awam sekitar dengan warga pondok kemudiannya telah menambah aktifkan kegiatan sosial dan ekonomi serta melahirkan beberapa penempatan kampung yang baru.58Fenomena ini boleh dilihat contohnya dengan fakta kelahiran dan kemasyuran kawasan baru di Kelantan yang dikaitkan dengan ulama tempatan yang ada di tempat tersebut. Antaranya kawasan pekan Melor, Pasir Mas, Kubang Kerian (Tuk Kenali), Kota Bharu, Machang (Tuk Kemuning), Bachok (Tuk Bachok) dan sebagainya. Jalinan hubungan kemasyarakatan ini telah menjadikan pondok tersebut sebagai tempat rujukan utama kepada anggota masyarakat.

7.3. Budaya Pergi Dengar Orang MengajarBudaya Pergi Dengar Orang Mengajar adalah merupakan produk sosiologi

masyarakat Melayu Kelantan. Ianya terhasil daripada usaha gigih ulamak Kelantan. Dari segi falsafah asasnya, budaya ini merupakan manifestasi pemahaman tentang agama Islam yang amat mementingkan ilmu pengetahuan bagi setiap penganutnya. Ianya berpandu kepada ayat Quran pertama (surah al-Alaq) yang diturunkan dan menekankan tentang kepentingan ilmu pengetahuan kepada umat manusia. Ayat ini boleh diperincikan sebagai;1. Kewajipan menuntut ilmu bagi setiap penganut Islam tanpa tolak ansur.2. Orang yang berilmu diangkat martabatnya di sisi Allah sehingga mencapai taraf sebagai

pewaris nabi-nabi.56 Abdul Rahman Aziz (1996), “ Nilai Pekerjaan Orang Melayu “, dalam (ed. Oleh Ahmad Fawzi Basri) Nilai Orang Melayu, Sintok : UUM, h. 213-21857 Syukri Ahmad (2000), “ Implikasi Pengaruh Ulama Terhadap Halatuju Perubahan Pemikiran Politik Masyarakat Islam Wilayah Utara Semenanjong Malaysia Dari Tahun 1950an Hingga 1990an “, dalam Jurnal Usuluddin, bil. 14, h. 19-2858 Muhammad Abu Bakar (1990), “ Dari Pusat Ke Penggiran : Masa Kini Dan Masa Depan Pondok Di Malaysia “, Dalam Jurnal Pendidikan Islam, v. 3, bil 1, h. 1-4

Page 13: · Web viewMarzuki Haji Mahmood (2003), “ Keberkesanan dan sambutan masyarakat terhadap pengajian Islam di Institusi pengajian Islam “, dalam edit. Oleh Suzalie Mohamed, Memahami

13

3. Neraca memiliki ilmu menjadi asas utama kelebihan seseorang manusia berbanding dengan makhluk lain, termasuklah malaikat itu sendiri, apabila para malaikat dikehendaki sujud sebagai tanda hormat kepada kelebihan ilmu yang dimiliki oleh nabi Allah Adam (as).

4. Memiliki ilmu adalah sebagai cara utama untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.

5. Mengalakkan proses pemerolehan dan pengembangan ilmu melalui ayat Quran Qauliyyah dan ayat Kauniyyah (Tentang kejadian alam).

Budaya ini bertepatan dengan konsep budaya ilmu di dalam segenap aspek kehidupan. yang dapat diperincikan melalui beberapa elemen yang utama;59

1. Tindakan menjadikan pencarian ilmu itu sebagai matlamat utama kehidupan melebihi semua matlamat lain seperti matlamat mencari harta benda dan pengaruh.

2. Tindakan yang menghargai semua bentuk ilmu pengetahuan samada ianya tergolong dalam ilmu fardu ’ain ataupun fardu kifayah.

3. Terlibat secara langsung dalam proses pengajaran, pembelajaran daan penyebaran ilmu pengetahuan.

4. Bertindak mengikut perkiraan ilmu yang benar dan bukannya mengikut dorongan ilmu yang salah serta hawa nafsu.

5. Pencapaian ilmu perlu dijelmakan dalam bentuk praktikal melalui akhlak yang mulia. Tidak ada gunanya, seseorang itu memperolihi pencapaian akademik yang tinggi seandainya tidak mempunyai akhlak yang mulia.

6. Bersikap hormat-kritis terhadap pandangan sarjana silam dengan perkiraan dan neraca kebenaran yang berteraskan sumber wahyu.

7. Bersikap selektif terhadap semua bentuk ilmu pengetahuan menggunakan pendekatan tauhid.

8. Bertindak mengamalkan semua ilmu yang dimiliki secara bersepadu.

Secara praktiknya, budaya pergi dengar orang mengajar yang menjadi tradisi masyarakat Kelantan mengandungi beberapa ciri utama;

Pertama, hari jumaat yang merupakan hari cuti akan dianggap sebagai hari ibadat dan menuntut ilmu. Ia telah menjadi budaya turun temurun bagi masyarakat Kelantan. Setiap keluarga daripada pelbagai kelas akan membawa ahli keluarga mereka setiap hari jumaat di sebelah pagi dan petang mengunjungi sesebuah masjib, rumah ulamak dan pusat pengajian khusus untuk mendengar pengajian ulamak berasaskan kepada kitab agama tertentu. Memang terdapat beberapa kitab utama yang biasanya digunakan bersesuaian dengan level masyarakat awam. Antaranya adalah kitab  Mastika Hadis, Riyadul Salihin, Ihya Ulumuddin, kitab Hikam dan sebagainya.

Kedua, penggunaan kitab-kitab pilihan ini secara langsung akan mempengaruhi proses celik agama dan pengukuhan mazhab Ahli Sunnah di kalangan masyarakat. Ia juga menyebabkan sistem pengajian agama menjadi lebih fokus dan terarah. Lebih penting lagi, pemilihan kitab pengajaran ini terdiri daripada;1. kitab yang ternama dalam dunia ilmu Islam.2. Mengandungi tafsir Quran, hadis dan pandangan ulamak yang muktabar.3. Ia mudah difahami untuk masyarakat awam - membabitkan elemen kognitif dan afektif.4. Ia mengabungkan antara ilmu terpenting dalam Islam; syariah, usuluddin dan tasawuf.

Ketiga, kaedah penyampaian guru yang terlibat akan menggunakan beberapa pendekatan;

59 Wan Mohd Nor Wan Daud (1990), “ Budaya Ilmu Sebagai Asas Pembangunan Tamadun “, dalam Jurnal Pendidikan Islam, v. 3, bil. 1, h. 51-67.

Page 14: · Web viewMarzuki Haji Mahmood (2003), “ Keberkesanan dan sambutan masyarakat terhadap pengajian Islam di Institusi pengajian Islam “, dalam edit. Oleh Suzalie Mohamed, Memahami

14

1. Ia menggunakan dailek Kelantan yang menjadikan pengajarannya mudah difahami oleh pendengar.

2. Pengajaran menggunakan sistem pembesar bagi memastikan suara guru dapat didengar dengan jelas walaupun dalam jarak yang agak jauh. Ini kerana majlis ilmu ini akan membabitkan suatu kawasan yang agak luas, masijb dan kawasan persekitaran.

3. Majlis ilmu ini akan dibuka dan ditutup mengikut adab yang sesuai dalam Islam.4. Penggunaan pita rakaman oleh pelajar-pendengar akan dibenarkan. Ia berbeza dengan

sistem pengajian pondok yang tidak membenarkan penggunaan pita rakaman oleh pelajarnya.

5. Pemilihan topic perbincangan akan ditentukan oleh guru sepenuhnya. Ia didasarkan kepada sesuatu kitab yang khusus dan program ilmu ini akan mengambil masa yang tidak terlalu panjang.

6. Program ini dibuat dalam bentuk satu hala; guru mengajar dan murib hnya mendengar. Namun begitu, para pendengar dibenarkan untuk bertanya guru selepas majlis itu berakhir, dengan cara berjumpa secara bersendirian bersemuka dengan guru. Kerap kali juga berlaku, di mana pelajar akan bertanya soalan di awal sessi pengajian, yang kemudiannya akan diulas oleh guru di dalam pengajarannya.

7. Guru akan mengaitkan kitab agama yang dibacanya dengan isu-isu semasa yang timbul di dalam masyarakat.

Keempat, program ini akan dikendalikan oleh ulamak khusus yang membabitkan jumlah pendengar yang agak ramai. Untuk itu, reputasi ulamak terbabit sangat dititikberatkan. Ini kerana setiap isi pengajaran oleh setiap guru oleh dihormati dan dijadikan pegangan oleh murib. Reputasi guru ini didasarkan kepada factor keturunan, lepasan pengajian daripada tempat ternama dan kehidupan zuhud yang diamalkan.

Kelima, setiap ahli yang menghadiri pengajian agama ini akan memastikan disiplin yang ketat dipatuhi. Antaranya anak-anak kecil tidak dibenarkan membuat bising, amalan jual beli dan kutipan derma tidak akan dibenarkan. Lebih penting lagi, masyarakat sekitar akan turut menjaga ketenteraman dan kebersihan persekitaran semasa majlis ilmu berlangsung. Setiap ahli akan memastikan pemakaian pakaian yang sesuai untuk majlis ilmu. Pakaian untuk majlis agama biasanya adalah baju tradisional Melayu, berkopiah dan menutup aurat.

Keenam, hari jumaat dianggap sebagai hari bertemu pelanggan; di antara ulamak dan tokoh penting dalam masyarakat untuk bertemu dengan masyarakat awam. Ia merangkumi pengumuman penting yang ingin diistiharkan kepada ahli jemaah, ahli jemaah akan meminta khidmat nasihat dengan ulamak. Ia menjadi platform terpenting wakil rakyat PAS bertemu masyarakat sekitar. Ia secara langsung menyebabkan guru-wakil rakyat dapat memastikan mereka dapat meraih sokongan daripada masyarakat-pengundi mereka.

Di Kelantan, beberapa kawasan utama dikenali ramai sebagai pusat budaya dengar orang mengajar seperti Penambang (masjib bekas mufti Kelantan, Haji Mohd Noor), Pulau Melaka (masjib Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat), Melur (masjib Tuan Guru Haji Daud), Pasir Puteh ( masjib Hj Daud Bukit Abal), Pasir Mas ( pondok Kubang Bemban dan Lubuk Tapah), Masjib Muhammadi di bandaraya Kota Bharu dan pejabat PAS.

8. Kesimpulan

Sebagai rumusan akhir, dapat ditegaskan bahawa teori Islamisasi awal daripada pantai timur Malaysia ternyata betul dan amat relevan dipakai apabila mengkaji perkembangan Islam di Malaysia. Hal ini didasarkan kepada bukti budaya hidup Islam (Islamic living tradition) yang tetap utuh dan berkembang di negeri Kelantan. Antara bukti-bukti ini adalah kecanggihan idea dan pemikiran ulamak Kelantan di dalam memastikan world-view Islam

Page 15: · Web viewMarzuki Haji Mahmood (2003), “ Keberkesanan dan sambutan masyarakat terhadap pengajian Islam di Institusi pengajian Islam “, dalam edit. Oleh Suzalie Mohamed, Memahami

15

dapat terus kekal berkembang di dalam masyarakat. Bagi memastikan agar pemikiran ini tidak tenggelam ditelan zaman, ianya perlu sentiasa dikaji dan diambik manafaat terbaik untuk generasi sekarang. Apa yang boleh dibanggakan lagi, rata-ratanya idea Islam yang diutarakan oleh ulamak kelantan silam masih lagi utuh dilaksanakan dalam kehidupan masyarakat Kelantan. Jadi, memang tepat dan sesuai andainya negeri Kelantan diberikan jolokan negeri Serambi Mekah kerana budaya hidup Islam masih diamalkan dengan penuh setia oleh masyarakat Kelantan.

SUMBER RUJUKAN

Abdul Latif Hamindong (1993), “ Institusi Pondok Dalam Tradisi Budaya Ilmu “, Dalam Tamadun Melayu, Kuala Lumpur, V. 2

Abdullah Ishak (1995), Pendidikan Islam Dan Pengaruhnya Di Malaysia, Kuala Lumpur : DBP

Abdul Halim El-Muhammady (1992), “ Ikhtilaf And Its Development In Malaysia “, Dalam Islamic University Law Journal, V. 2, No.2.

Abdul Rahman Aziz (1996), “ Nilai Pekerjaan Orang Melayu “, dalam (ed. Oleh Ahmad Fawzi Basri) Nilai Orang Melayu, Sintok : UUM

Abdul Rahman Abdullah (2001), Falsafah Dan Kaedah Pemikiran, Kuala Lumpur : Utusan publication

Abdul Rahman Embong (2002), “ Faktor Ideologi Politik Dan Budaya Dalam Penutupan Minda Melayu Islam “, dalam Persidangan Isu Dan Proses Pembukaan Minda Umat Melayu Islam, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, pada 29-31 Januari 2002

Abdul Rashid Ahmad (1966), Kedudukan Pondok Dalam Masyarakat Di Kelantan, Tesis B.A. untuk Universiti Malaya.

Adnan Hj. Nawang (1998) Za’ba Dan Melayu, Kuala Lumpur : Berita PublishingA.H. John (19161), “ Muslim Mystics And Historical Writing “, dalam Historians of South-

East Asia, LondonAkh Minhaji (2002), “ Persoalan Gender Dalam Persepktif Metodologi Studi Hukum Islam “,

Dalam (Edit Oleh Siti Ruhaini Dzuhayatin) Rekonstruksi Metodologis Wacana Kesetaraan Gender Dalam Islam, Yogyakarta : Pustaka Pelajar Offset

Amir Mualim (2006), Ijtihad Dan Legislasi Muslim Kontemporer, Yogyakarta : UII PressAnuar Ramli (2002), Asas Hukum Dalam Budaya : Kajian Terhadap Beberapa Aspek

Hubungan Social Dalam Kebudayaan Malaysia, Tesis sarjana untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM

Ali Maksum (2003), Tasawuf Sebagai Pembebasan Manusia Modern : Telaah Signifikansi Konsep Tradisionalisme Islam Sayyed Hossein Nasr, Surabaya : Pustaka Pelajar

Aziz Deraman (2013), Citra Budaya Kelantan, dalam (edit) Mahmood Zuhdi Abd Majib, Puri Kencana : Kecemerlangan Satu Abad Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Kota Bharu : MAIK

Azyumardi Azra (1998), Esei-Esei Intelektual Muslim Dan Pendidikan Islam, Jakarta : LOGOS

Che Omar Awang (1996), The Methodology Of Teaching In Islam, With Special Reference To The Traditional Educational Method In Malaysia, Tesis Ph.D untuk University of Edinburgh

Che Zarrina Sa’ari Dan Wan Suhaimi Wan Abdullah (2006), “ Budaya Dan Etika Di Kalangan Ahli Tasauf Dan Pengaruhnya Terhadap Ketentuan Hukum “, Dalam Md

Page 16: · Web viewMarzuki Haji Mahmood (2003), “ Keberkesanan dan sambutan masyarakat terhadap pengajian Islam di Institusi pengajian Islam “, dalam edit. Oleh Suzalie Mohamed, Memahami

16

Salleh Haji Ahmad(ed.), Hukum Islam Dan Budaya Tempatan, Kuala Lumpur : Jabatan Fiqh Dan Usul, APIUM

D.G. E. Hall (1968), A History Of South East Asia, London : St. Martins PressFaisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid (2013), Pemikiran Islah Majalah Pengasuh Tahun

1918, Jurnal Al-Tamaddun , Bil. 8 (1)Fauzi Deraman (1997), Kedudukan Hadith Dalam Kitab Jawi : Satu Kajian Terhadap Karya-

Karya Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Patani, Tesis Ph.D untuk Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Ghazali Darusalam (1998), Dakwah Islam Dan Ideologi Barat, Kuala Lumpur : Utusan Publication

Hallaq (1996), “ Ifta And Ijtihad In Sunni Legal Theory : A Development Account “, Dalam Islamic Legal Interpretation : Muftis And Their Fatwas, Cambridge : Harvard University press

Hamid Fahmy Zarkasyi (2004), Tantangan Sekularisasi Dan Liberalisasi Di Dunia Islam, Surabaya : Penerbit Khairul Bayan

Hassan Saab (1963), “ The Spirit Of Reform In Islam “, dalam Islamic Studies, v. 2Hassan Ahmad (2006), Memperkasa Bangsa Melalui Kekuatan Dalaman: Ke Arah Kelahiran

Melayu Glokal, Kuala Lumpur : Alaf 21Hashim Musa (2001), Merekonstruksi Tamadun Melayu Islam : Ke Arah Pembinaan Sebuah

Tamadun Dunia Alaf Baru, Kuala LumpurIbrahim Abu Bakar (1994), Islamic Modernism in Malaya, Kuala Lumpur : Penerbit

Universiti MalayaIsmail Raji Faruqi (2000), Tauhid, Kesannya Terhadap Pemikiran Dan Kehidupan, Terj.

Oleh Unit Terjemahan Modal Perangsang Sdn Bhd, Kuala LumpurJacques Waardenburg (1985), “ Islam As A Vehicle Of Protest “, dalam Islamic Dilemmas :

Reformers, Nationalists and Industrialization, BerlinJohn O. Voll (1983), “ Renewal And Reform In Islamic History : Tajdid And Islah “, dalam (

ed. Oleh John O. Voll) The Voice of Resurgent Islam, New YorkLouay M. Safi, Truth And Reform : Exploring The Pattern And Dynamics Of Historical

Change, Kuala Lumpur : Open pressLutpi Ibrahim (1993), “ Perhubungan Ilm Kalam Dengan Fikh Dalam Pemikiran Islam “,

dalam Antologi Pemikiran Islam, Shah AlamMahmood Zuhdi Ab. Majid (2001), Bidang Kuasa Jenayah Mahkamah Syariah Di Malaysia,

Kuala LumpurMajid Ersan Kailani (1997), Mendidik Peribadi, terj. Muhammad Firdaus, Kuala Lumpur:

Berita PublishingMarzuki Haji Mahmood (2003), “ Keberkesanan dan sambutan masyarakat terhadap

pengajian Islam di Institusi pengajian Islam “, dalam edit. Oleh Suzalie Mohamed, Memahami isu-isu pendidikan Islam di Malaysia, Kuala Lumpur : IKIM

M.B. Hooker (1976), The Terengganu In Malayan Legal History, dalam JMBRAS, v. XLIX, part 2

------(1985), “ The Translation Of Islam Into South-East Asia “, dalam Readings On Islam In Southeast Asia, Singapore

Md Sidin Ahmad Ishak (1992), Malay Book Publishing And Printing In Malaya And Singapore 1807-1949, Tesis Phd, University Of Stirling

------(2000), The Malays In The Middle East, With A Bibliography Of Malay Printed Works Published In The Midde East, Kuala Lumpur

Mohd Fauzi bin Audzir (2002), Uruf Tempatan Di Negeri Kedah Dan Kesannya Terhadap Perubahan Hukum : Satu Analisis, Tesis sarjana untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM

Page 17: · Web viewMarzuki Haji Mahmood (2003), “ Keberkesanan dan sambutan masyarakat terhadap pengajian Islam di Institusi pengajian Islam “, dalam edit. Oleh Suzalie Mohamed, Memahami

17

Mohd Kamil Ab. Majid (1999), “Ulama Dan Perubahan Social Dalam Islam”, Dalam Jurnal Usuluddin, Bil. 10

Mohd Nazri Chik (2006), Perlembagaan Itqan Al-Muluk Bi Ta’dil Al-Suluk 1911 : Ditinjau Dari Aspek Latar Belakang Dan Pengaruhnya Kepada Pelaksanaan Undang-Undang Islam Di Terengganu, Tesis Sarjana Untuk Jabatan Fiqh Dan Usul, APIUM

Mohd. Mahadee Haji Ismail dan Ab. Bassit Husin (2008), Penterjemahan Demokrasi Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12: Satu Tinjauan Ke Atas Budaya Politik Masyarakat Melayu Kelantan, Prosiding Seminar Politik Malaysia, Shah Alam : Pusat Penerbitan Universiti (Uitm)

Mohd Shukri Hanapi (2012), Pembentukan Tasawur Dan Kesan Terhadap Pembangunan Tradisi Keilmuan Islam, International Journal of Islamic Thought Vol. 2

Mohamed Redzuan Othman (2001), " Pengaruh Timur Tengah Dalam Perkembangan Awal Kesedaran Politik Melayu ", dalam (edit) Mohamed Redzuan Othman, Jendela Masa : Kumpulan Esei Sempena Persaraan Dato' Khoo Kay Kim, Kuala Lumpur : Penerbit UM

Mohamad Noor Habibi Long (2003), “ Ekstremisme : Satu perspektif “, dalam Jurnal YADIM, bil. 5

Muhammad Abu Bakar (1982), Penghayatan Sebuah Ideal, Kuala Lumpur------(1990), “ Dari Pusat Ke Penggiran : Masa Kini Dan Masa Depan Pondok Di Malaysia “,

Dalam Jurnal Pendidikan Islam, v. 3, bil 1-----(1993), “ Pandangan Dunia, Ideologi Dan Kesarjanaan : Islam, Proses Sejarah Dan

Rekonstruksi Realiti Sosial “, dalam Tinta Kenangan, Sumbangan Sempena Persaraan Dan Perlantikan Naib Canselor, Profesor Datuk Mohd Taib Osman, Kuala Lumpur

------(2000), “ Dakwah Di Persimpangan : Halatuju Dan Masa Depan Islam Di Malaysia “, dalam ed. Oleh Ahmad Redzuwan Mohd Yunus, Dakwah Gerakan Islam Alaf Baru, Bangi : UKM

Muhammad Iqbal (2004), Ibn Rusyd Dan Averroisme : Sebuah Pemberontakan Terhadap Agama, Jakarta : Gaya Media Pratama

Muhammad Zainiy Uthman (2001), “ Islam, Sains Dan Pemikiran Objektif : Suatu Perbandingan Ringkas “, dalam Jurnal YADIM, bil. 2

Mona Abdul-Fadl (1989), Paradigms In Political Science Revisited, Herndon : AMSS & IIITMoshe Yegar (1979), Islam And Islamic Institutions In British Malaya, JerusalemNoor Naemah Abd Rahman (2003), Fatwa Jemaah Ulamak Kelantan Tahun 1920an Hingga

1990an : Satu Analisis, Tesis PhD untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM------(2011), Hubungan Rentas Sempadan Dan Pengaruhnya Terhadap Pembentukan

Pemikiran Hukum Islam Di Kelantan, Jurnal Al-Tamaddun , Bil. 6Nur Azuki Yusuff (2007), Institusi Dan Sistem Pendidikan Islam: Suatu Analisa Tahap

Perkembangannyadi Kelantan, Jurnal Al- Tamaddun, Bil. 2Othman Ishak (1985), Talfiq Dalam Perundangan Islam dalam ISLAMIKA, v. 111Omar Awang (1981), “ The Major Arabic Sources Which Determined The Structure Of

Islamic Thought In The Field Of Law, Theology And Sufism “, dalam Islamika, v. 1Rahimin Affandi Abd Rahim (2005), “Pemikiran Reformasi Melayu Semasa: Satu Analisis”,

Dalam Hashim Musa (Ed.), Bahasa Dan Pemikiran Melayu, Kuala Lumpur: APMUM-----(1999), Islamic Legal Reform In The Administration Of Islamic Law In Malaysia : A

Critical Analysis, Tesis Ph.D untuk University of Birmingham, England-----(2000), Etika Penyelidikan Islam : Satu Analisa “, dalam jurnal AFKAR, bil. 1------ (2000), “ Fiqh Malaysia : Satu Tinjauan Sejarah “, dalam Fiqh Malaysia, Ke Arah

Pembinaan Fiqh Tempatan Yang Terkini, Kuala Lumpur

Page 18: · Web viewMarzuki Haji Mahmood (2003), “ Keberkesanan dan sambutan masyarakat terhadap pengajian Islam di Institusi pengajian Islam “, dalam edit. Oleh Suzalie Mohamed, Memahami

18

-----(2011), Metodologi Disiplin Occidentalisme Alternatif: Tumpuan Khusus Terhadap Pandangan Orientalis Terhadap Hukum Islam, dalam Jurnal syariah, no.2

------(2003), “ Analisis Sejarah Dakwah Dan Jalinan Intelektuaal Rantau Malaysia-Indonesia “, dalam (edit oleh Zulkiple Abd. Ghani) Jaringan Dakwah Malaysia-Indonesia, Terbitan Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, UKM dan Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU), Bangi

-----(2003), “ Keistimewaan Islam Sebagai Sistem Hidup Yang Lengkap “, dalam Seminar Keindahan Islam 2003 Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus, Anjuran Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, di Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan, Seremban, pada 25hb. Mac 2003

-----( 2011), " Pemikiran Pendidikan Islam Dalam Sejarah Tradisi Alam Melayu: Analisis Kritikal ". Dalam Prosiding International Conference Of Islamic Civilization And Malay Identity 2011 (ICICMI2011)

-----(2006) , “Islam Hadhari Sebagai Wahana Ilmu Untuk Kecemerlangan Umat Islam Di Malaysia “, Dalam Risalah Khas Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1427 H, Putrajaya : JAKIM

-----(1995), “ Budaya Taqlid Di Dalam Masyarakat Melayu : Suatu Tinjauan Ringkas “, dalam Jurnal Syariah, v. 3, bil. 1

------(1994), “ Reformasi Perundangan Islam Di Malaysia : Antara Impian Dan Realiti “, dalam Jurnal Syariah, v. 2, bil. 1

------(1994) “ Hubungan Antara Ulama Dan Pemerintah Di Dalam Sejarah Tamadun Umat Islam “, Dalam Jurnal Pengajian Melayu, V. 4.

------(2008), Pendekatan Malaysia Dan Indonesia Dalam Menangani Perkembangan Aliran Pemikiran Islam : Satu Analisis Perbandingan, Jurnal JATI, Vol. 13

------(2005), “ Pemikiran Reformasi Melayu Semasa : Satu Analisis “, Dalam Hashim Musa(ed.), Bahasa Dan Pemikiran Melayu, Kuala Lumpur : APMUM.

------(1993), “The Concept Of Ijma’ In Islamic Law : A Comparative”, Dalam The Journal Of Hamdard Islamicus, Pakistan, V. 16

-----(2006), “Ulamak Dan Paradigma Menanggani Kebudayaan Melayu “, Dalam Hashim Awang (ed.), Wacana Budaya, Kuala Lumpur : APMUM

-----(2003), “ Pengamalan Ilmu Usul Al-Fiqh Di Dalam Sastera Undang-Undang Melayu : Satu Analisa “, Dalam (Edit Oleh Muhammad Mokhtar Hassan) Kesusasteraan Dan Undang-Undang, Penerbitan Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya

Saleh Faghizadeh (2004), Sosiologi Sosiologi, Terjemahan Mohd Fauzi Yaacob, Kuala Lumpur : ITNMB

Shafie Abu Bakar (1994), “ Keilmuan Islam Dan Tradisi Pengajian Pondok “, dalam Budi Kencana, Kuala Lumpur

Shamsul Amri Baharudin (1995), Kelantan Dalam Pembentukan Bangsa Malaysia : Satu Catatan Analitikal, Dalam Perkembangan Perubahan Sosio-Politik Kelantan, 1955-1995, Bangi :UKM

S. Hossein Nasr,(1990) Traditional Islam in the Modern world, London : Kegan Paul International

Siddiq Fadhil (2006), “ Pertembungan Islam Dengan Budaya Peribumi : Pengalaman Alam Melayu “,Dalam Md Salleh Haji Ahmad (ed.), Hukum Islam Dan Budaya Tempatan, Kuala Lumpur : Jabatan Fiqh Dan Usul, APIUM

Suwaid Tapah (2001), Harta Perkahwinan : Harta Sepencarian, Siri Penerangan Undang-Undang Islam 2, Kuala Lumpur

Syukri Ahmad (2000), “ Implikasi Pengaruh Ulama Terhadap Halatuju Perubahan Pemikiran Politik Masyarakat Islam Wilayah Utara Semenanjong Malaysia Dari Tahun 1950an Hingga 1990an “, dalam Jurnal Usuluddin, bil. 14

Page 19: · Web viewMarzuki Haji Mahmood (2003), “ Keberkesanan dan sambutan masyarakat terhadap pengajian Islam di Institusi pengajian Islam “, dalam edit. Oleh Suzalie Mohamed, Memahami

19

Taha Jabir Al-‘Alwani (1990), Usul Al-Fiqh Al-Islami, Virginia : IIT T.J. De Boer (1994), The History Of Philosophy In Islam, Richmond : Curson pressWan Mohd Nor Wan Daud (2001), Pembangunan Di Malaysia : Ke Arah Suatu Kefahaman

Baru Yang Lebih Sempurna, Kuala Lumpur-----(1990), “ Budaya Ilmu Sebagai Asas Pembangunan Tamadun “, dalam Jurnal Pendidikan

Islam, v. 3, bil. 1Zainal kling, 2000, “ Keranamu Malaysia : Negara Itu Adalah Akar Umbi Kehidupan Dan

Essensi Kewujudan Manusia “, Dalam Perpaduan, Bil. 3, h. 4-11Zainal Abiding Abdul Wahid (1992),” Penubuhan Kongres Melayu Se-Malaya Dan

Kelahiran UMNO “ Dalam Zainal Abiding Abdul Wahid Et.Al, Malaysia : Warisan Dan Perkembangan, Kuala Lumpur : DBP